Telegram Web Link
JIWA TARBAWI 506




Usah merasa aman dari azab Allah ta’ala .


Allah Ta’ala berfirman,

أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ

“Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.”

(Al A’raf: 99).


Yang dimaksud dengan ‘makar Allah ‘ di sini adalah bencana atau azab. Iaitu apakah mereka merasa aman dari azab Allah di saat mereka lalai?

Tiada yang merasa aman kecuali orang-orang yang merugi.


Al Hasan Al Bashri rahimahullahu ta’ala mengatakan,

المؤمن يعمل بالطاعات وهو مُشْفِق وَجِل خائف، والفاجر يعمل بالمعاصي وهو آمن

“Seorang mukmin beramal taat dan ia dalam keadaan takut (akan siksa Allah). Sedangkan ahli maksiat melakukan maksiat dan selalu merasa aman (dari murka Allah).”

(Tafsir Ibnu Katsir)

Merasa aman sehingga begitu senangnya ketika bermaksiat adalah termasuk dosa besar.

Dalam hadits yang disebutkan oleh ‘Abdur Razaq dalam Mushonnafnya,

عن بن مسعود قال أكبر الكبائر الإشراك بالله والأمن من مكر الله والقنوط من رحمة الله واليأس من روح الله

“Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata bahwa di antara dosa besar yang terbesar adalah berbuat syirik pada Allah, merasa aman dari murka Allah dan merasa putus asa dan putus harapan dari ampunan Allah.”

(HR. Abdurrazaq, 10: 460, dikeluarkan pula oleh Ath Thabarani.)

Sikap yang lebih baik adalah sikap pertengahan, iaitu tidak begitu melehihkan rasa harap (roja’), begitu pula tidak melebihkan rasa takut (khouf). Seharusnya pertengahan di antara keduanya.

Jadi jika ia memiliki rasa takut, janganlah membuatnya sampai berputus asa. Jika ia memiliki rasa harap, janganlah sampai ia menganggap remeh murka Allah.



Seorang hamba hendaknya tidak merasa aman dengan iman yang ia miliki. Bahkan seharusnya ia selalu merasa takut akan kecacatan imannya nanti. Sehingga itu membuatnya selalu berdo’a pada Allah,

يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

“Yaa muqollibal qulub, tsabbit qolbiy ‘alaa diinik” (Wahai Yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku dalam agama-Mu),

Iaitu supaya ia dikukuhkan dan tidak terjerumus dalam kerosakan. Kerana siapa pun seorang hamba itu, bagaimana pun keadaanya, maka ia tidak boleh yakin pasti selamat.


Justeru, hidupkanlah jiwa mu dengan ingatan zikir yang kuat denganNya ..



ABi
JIWA TARBAWI 507


Seseorang itu boleh sahaja mendakwa dirinya pejuang agama Allah ...

Seseorang itu boleh sahaja mendakwa dia sanggup berkorban fi sabilillah ...

Seseorang itu boleh sahaja mendakwa dia ikhlas dalam amalannya ...


Pejuang fi sabilillah hanyalah,


حَدَّثَنَا عُثْمَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْقِتَالُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَإِنَّ أَحَدَنَا يُقَاتِلُ غَضَبًا وَيُقَاتِلُ حَمِيَّةً فَرَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ قَالَ وَمَا رَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ إِلَّا أَنَّهُ كَانَ قَائِمًا فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ


Telah menceritakan kepada kami 'Utsman berkata, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Abu Wa'il dari Abu Musa berkata, Seorang laki-laki datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya, “ Wahai Rasulullah, apakah yang disebut dengan perang fi sabilillah (di jalan Allah)? Sebab di antara kami ada yang berperang karena marah dan ada yang karena semangat? Beliau lalu mengangkat kepalanya ke arah orang yang bertanya, dan tidaklah beliau angkat kepalanya kecuali karena orang yang bertanya itu berdiri. Beliau lalu menjawab: Barangsiapa berperang untuk meninggikan kalimat Allah, maka dia perperang di jalan Allah 'azza wajalla."

HR Bukhari, 120

Yang benar-benar sanggup berkorban fi sabilillah hanyalah,


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
﴿الحجرات: ١٥﴾

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.

Al Hujurat : 15

Ukuran ikhlas sebenarnya hanya di sisi Allah ‘azza wa jala. Namun ilmu tentang keikhlasan menilai amalan diri,

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ﴿الكهف: ١١٠﴾

Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.

Al Kahfi : 110

قال شداد بن أوس: رأيت النبي صلى الله عليه و سلم يبكي، فقلت: ما يبكيك يا رسول الله؟ قال: أخوف ما أخاف على أمتي الشرك والشهوة الخفية. قلت: يا رسول الله أتشرك أمتك من بعدك؟ قال: نعم أما إنهم لا يعبدون شمساً ولا قمراً ولا حجراً ولا وثناً ولكن يراؤون بأعمالهم
[أخرجه الإمام أحمد عن شداد بن أوس ]

Syidad bin Aus RA berkata:" Aku melihat Rasulullah SAW menangis, maka aku berkata:" Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah ". Rasulullah SAW bersabda : " Yang paling aku takut ke atas ummatku ialah syirik dan syahwat yang tersembunyi. Aku bertanya:" Wahai Rasulullah! apakah ummatmu akan berlaku syirik selepas kewafatanmu?". Nabi SAW bersabda: " Ya, mereka tidak menyembah matahari, bulan, batu dan berhala tetapi mereka berlaku riya' dengan amalan mereka".

HR Ahmad


وعن الفضيل بن عياض رضي الله عنه قال: 
ترك العمل لأجل الناس رياء والعمل لأجل الناس شرك والإخلاص أن يعافيك الله منهما

Fudhail ibnu 'Iyadh mengatakan, "Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya', beramal kerana manusia itu syirik, dan ikhlas itu bahawa Allah menyelamatkanmu dari keduanya"


قال أبو القاسم القشيري رحمه الله تعالى : الإخلاص تصفية الفعل عن ملاحظة المخلوقين

Abul Qosim Al Qusyairiah juga mengatakan, “Ikhlas adalah membersihkan amalan dari perhatian (ulasan) manusia.”

وعن ذي النون رحمه الله تعالى قال: ثلاث من علامات الإخلاص استواء المدح والذم من العامة ونسيان رؤية العمل في الأعمال واقتضاء ثواب الأعمال في الآخرة

Dari Dzun Nuun RahimahulLahu ta'ala, menyebutkan tiga tanda ikhlas:

1. Tetap merasa sama antara pujian dan celaan orang lain.
2.
Melupakan amalan kebajikan yang dulu pernah diperbuat.
3. Mengharap balasan dari amalan di akhirat (dan bukan di dunia).

(At Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur’an, An Nawawi)



Justeru, bimbang terhadap penilaian Tuhanmu pada dakwaan-dakwaan mu itu adalah terlebih utama kerana hanya DIA yang akan membalasi amalan-amalanmu.



وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ

Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut. (Mereka menyadari bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka

Al Mukminûn :60

Ketika Rasûlullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam membacakan ayat di atas, ‘Aisyah Radhiyallahu anha bertanya, “Apakah mereka adalah orang-orang yang minum khamer dan mencuri?” Rasûlullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Tidak wahai puteri Abu Bakar ash-Shiddîq. Mereka itu adalah yang melakukan ibadah saum, shalat, dan bersedekah, namun mereka TAKUT jika amalan mereka tidak diterima oleh Allâh Azza wa Jalla . Mereka itu adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam segala kebaikan dan mereka selalu menjadi yang terdepan”.





ABi
JIWA TARBAWI 508



DIA yang menguji, dan DIA jua yang mengangkat ujian itu ..

DIA yang memberi penyakit, dan DIA jua yang mengubatinya ..



وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿الشعراء: ٨٠﴾

dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,

As Syu’ara :80

Dalam menanti kesembuhan datang, mohonlah kesabaran Nabi Ayyub,

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ ﴿الأنبياء: ٨٣﴾

dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang".

Al Anbiya’ : 83

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ ﴿ص: ٤١﴾

Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhan-nya: "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan".

Shaad : 41




Anugerahilah kesabaran Nabi Ayyub dari Mu .. Ya Rabb


إِنَّا وَجَدْنَاهُ صَابِرًا نِّعْمَ الْعَبْدُ إِنَّهُ أَوَّابٌ
﴿ص: ٤٤﴾

Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan-nya).

Shaad : 44




ABi
JIWA TARBAWI 509




Setiap jiwa akan menemui kematian, namun tiada siapa yang tahu bagaimana akhir kehidupannya itu ..


حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ سَهْلٍ قَالَ الْتَقَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْمُشْرِكُونَ فِي بَعْضِ مَغَازِيهِ فَاقْتَتَلُوا فَمَالَ كُلُّ قَوْمٍ إِلَى عَسْكَرِهِمْ وَفِي الْمُسْلِمِينَ رَجُلٌ لَا يَدَعُ مِنْ الْمُشْرِكِينَ شَاذَّةً وَلَا فَاذَّةً إِلَّا اتَّبَعَهَا فَضَرَبَهَا بِسَيْفِهِ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَجْزَأَ أَحَدٌ مَا أَجْزَأَ فُلَانٌ فَقَالَ إِنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَقَالُوا أَيُّنَا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ إِنْ كَانَ هَذَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ لَأَتَّبِعَنَّهُ فَإِذَا أَسْرَعَ وَأَبْطَأَ كُنْتُ مَعَهُ حَتَّى جُرِحَ فَاسْتَعْجَلَ الْمَوْتَ فَوَضَعَ نِصَابَ سَيْفِهِ بِالْأَرْضِ وَذُبَابَهُ بَيْنَ ثَدْيَيْهِ ثُمَّ تَحَامَلَ عَلَيْهِ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَجَاءَ الرَّجُلُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ فَقَالَ وَمَا ذَاكَ فَأَخْبَرَهُ فَقَالَ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَإِنَّهُ لَمِنْ أَهْلِ النَّارِ وَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ


Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Hazim dari Bapaknya dari Sahal ia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berhadapan dengan Kaum Musyrikin di peperangan beliau, lalu beliau saling menyerang. Kemudian masing-masing pasukan bergabung dengan bala tentara mereka. Sementara di antara Kaum Muslimin terdapat seseorang yang tidak meninggalkan baki seorang musyrik pun kecuali ia terus mengejarnya untuk dipenggal dengan pedangnya. Seseorang berkata; Wahai Rasulullah, tidak ada seorangpun yang mendapat ganjaran pahala sebagaimana yang didapat si fulan. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sungguh orang itu termasuk penduduk neraka. Mereka balik bertanya; Kalau begitu siapa di antara kami yang menjadi penduduk surga bila orang seperti ini termasuk penduduk neraka?. Kemudian seorang laki-laki dari kaum Muslimin berkata; Aku akan mengikutinya. Maka dia mengikuti orang tersebut, hingga ketika dia mempercepat langkah atau memperlambatnya, aku selalu bersamanya. Akhirnya dia mendapatkan luka parah, ketika dalam keadaan sakarat, dia meletakkan pedangnya di tanah dan ujung pedangnya diletakkah di antara dua dadanya, lalu dia menekannya, akhirnya dia membunuh dirinya sendiri. Maka orang yang mengikutinya tadi pergi menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seraya berkata; Aku bersaksi bahwa tuan adalah benar-benar utusan Allah. Beliau bertanya: Kenapa kamu berkata begitu?. Orang itu mengabarkan kepada beliau. Baginda lalu bersabda: Sesungguhnya ada seseorang yang beramal dengan amalan penduduk surga berdasarkan yang nampak oleh manusia padahal dia dari penduduk neraka. Dan ada seseorang yang mengamalkan amalan penduduk neraka berdasarkan yang nampak oleh manusia padahal dia dari penduduk surga.

HR Bukhari



حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ الزَّمَنَ الطَّوِيلَ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُخْتَمُ لَهُ عَمَلُهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ الزَّمَنَ الطَّوِيلَ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ثُمَّ يُخْتَمُ لَهُ عَمَلُهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id; Telah menceritakan kepada kami 'Abdul 'Aziz yaitu Ibnu Muhammad dari Al A'laa dari Bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: Ada orang yang mengamalkan amalan ahli surga pada waktu yang sangat lama, lalu ia menutup akhir hidupnya dengan amalan ahli neraka.
Ada pula orang yang mengerjakan amalan ahli neraka pada waktu yang sangat lama, tetapi kemudian ia menutup akhir hidupnya dengan amalan ahli surga.

HR Muslim



اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Ya Allah, Aku mengharapkan rahmat kasih sayangMu, maka janganlah Engkau serahkan aku pada diriku sendiri walaupun kadar sekelip mata sekali pun, Dan Engkau baikilah keadaanku keseluruhannya, Tiada Tuhan melainkan Engkau ( Ya Allah )






ABi
Dosa sering menjadikan jiwa gelisah


Daripada Saidina Al Hasan bin ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ

“Tinggalkanlah yang meragukanmu dan beralihlah pada apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kejujuran lebih menenangkan jiwa, sedangkan dusta (menipu) akan menggelisahkan jiwa.”


HR. Tirmidzi no. 2518 dan Ahmad 1/200.

Dalam lafaz lain disebutkan,

فَإِنَّ الخَيْرَ طُمَأْنِيْنَةٌ وَإِنَّ الشَّرَّ رِيْبَةٌ

“Kebaikan selalu mendatangkan ketenangan, sedangkan kejelekan selalu mendatangkan kegelisahan.”

HR Al Hakim 2/51 Al Mustadrak

Dalam hadis yang lain, dari Nawas bin Sam’an, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ

“Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan jiwa. Ketika dosa tersebut dilakukan, tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia.”

HR Muslim, 2553

Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan,

“Dosa selalu menggelisahkan dan tidak menenangkan bagi jiwa. Di hati pun akan tidak tenang dan selalu khawatir akan dosa.”

Bagaimana jika ada yang melakukan dosa tetapi hatinya begitu tenteram ?


Jawapannya, itubukan bermakna perbuatan dosa atau maksiat dibenarkan. Yang benar adalah itulah keadaan hati yang penuh kekotoran, yang telah tertutupi dengan noda hitam kerana tidak kunjung berhenti dari maksiat. Itu bukan hati seorang mukmin yang sejahtera.

Allah Ta’ala berfirman,

‎كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.”

Al Muthoffifin: 14

Jika hati terus tertutup dengan sebab maksiat, maka sungguh sulit mendapatkan petunjuk dan melakukan kebaikan.

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sulit untuk mengenal petunjuk kebenaran.”


Berkata Abdullah Ibnu Mas’ûd Radhiyallahu anhuma :

‎إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ وَقَعَ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا فَطَارَ

Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung dia takut gunung itu akan menimpanya, sedangkan orang fajir, dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap dihidungnya dengan sekali kibasan maka lalat itu akan pergi.”

HR. At-Tirmidzȋ, no. 2497





Justeru, mohonlah kebaikan dariNYA dan mohon jua dijauhi kemungkaran.

‎اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ


Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mudah melakukan berbagai kebajikan dan meninggalkan berbagai kemungkaran.
 
HR Tirmizi,3233




ABi
JIWA TARBAWI 511



Manusia sering bergembira bila mendapat kesenangan atau kemenangan. Sehingga menisbahkannya sebagai kemuliaan untuk dirinya.



فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ ﴿الفجر: ١٥﴾

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu Dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka Dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”.

(Al Fajr : 15)

Namun, ia akan merasa terhina bila menerima kesusahan atau kekalahan sehingga mengeluh dan merasa putus harapan.

وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ ﴿الفجر: ١٦﴾

Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rizkinya Maka Dia berkata: “Tuhanku menghinakanku“.

(Al Fajr: 16)

Sedangkan kedua-duanya itu datangnya dari Allah, Tuhan Yang Esa. Tiada Tuhan selainNYA.

Yang jadi masaalah hanyalah pegangan dan kejiwaan manusia. Suka dan benci itu sebenarnya dari nafsu manusia.

وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ﴿البقرة: ٢١٦﴾

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

(Al Baqarah : 216)

Senang atau menang, susah atau kalah adalah ujian yang Allah ta’ala beri kepada manusia untuk manusia ingat dan kembalikan kesyukuran kepadaNYA.



وَقَطَّعْنَاهُمْ فِي الْأَرْضِ أُمَمًا مِّنْهُمُ الصَّالِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَٰلِكَ وَبَلَوْنَاهُم بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿الأعراف: ١٦٨﴾

Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang saleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami coba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).

(Al A’raf : 168)

Namun, terlalu sedikit di kalangan manusia yang bersyukur dan beringat ..


وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ ﴿سبإ: ١٣﴾

Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.

(Saba’ : 13 )



Justeru, jangan putus dari rahmat Allah ..


عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. 
Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.”


(HR Muslim,5318)






ABi
JIWA TARBAWI 512




Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh aqabah ( pendakian) di sepanjang jalan sebagai seorang hamba ( ‘abid ) menuju keredhaan Allah SWT :

1) Aqabah ilmu dan Makrifat
‎(عقبة العلم والمعرفة)

Untuk menjalani jalan ibadah, seorang hamba wajib ( fardhu ‘ain) berbekalkan dengan ilmu-ilmu berikut :

a. Usuluddin atau aqidah iaitu Ilmu untuk mengenal Allah dan RasulNYA.

b. Feqah iaitu Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah (taklifi) pada diri dan harta.

c. Tasauf iaitu Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada amalan batinnya yakni di dalam hati.

2) Aqabah Taubat
‎(عقبة التوبة )

Membersihkan jiwa daripada segala dosa melalui jalan taubat. Dosa yang sering merosakkan jiwa :

a. Dosa kepada Allah, disebabkan meninggalkan yang wajib dan mengerjakan yang haram.

b. Dosa pada makhluk. Manusia sering menganiaya dan menzalimi diri mereka, harta,ahli keluarga bahkan juga agama mereka sendiri.

Rukun taubat :

a. Menyesal daripada segala perbuatan maksiat dan mungkar.

b. Berazam untuk tidak mengulanginya.

c. Menunaikan semula segala kefardhuan yang ditinggalkan seperti solat dan yang lainnya.

d. Memohon keampunan dan kemaafan kepada semua pihak yang pernah dizalimi.

3) Aqabah Penghalang Ibadah
‎(عقبة العوائق )

a. Dunia , dihadapi dengan zuhud.
b. Manusia, hendaklah beruzlah daripada manusia yang merosakkan.
c. Syaitan hendaklah diperangi.
d. Nafsu , mestilah dikekang dengan takwa kepada Allah.

4) Aqabah Perintang Ibadah
‎( عقبة العوارض )

a. Rezeki , maka hendaklah tawakal yakni tetap yakin dengan janji rezeki dari Allah.

b. Khawathir ertinya lintasan-lintasan hati yang di takuti atau dibimbangi, maka hendaklah hendaklah berserah kepada Allah.

c. Qadha' ketentuan Allah, hendaklah redha dengan ketentuanNya.

d. Bala' ujian Allah, maka hendaklah bersabar.

5) Aqabah Pembangkit Ibadah
‎(عقبة البواعث )

iaitu dengan khauf dan raja’.

Khauf ( takut pada Allah ) dengan mengingatkan azab seksaNYA di dalam neraka.

Raja' ( harap kepada Allah) dengan menginginkan rahmat dan nikmatNya di dalam syurga.

6) Aqabah Pencacat Ibadah
‎(عقيبة القوادح )

iaitu 2 yang paling utama,

Riya' dihadapi melalui beramal ikhlas semata-mata kerana Allah.

‘Ujub dihadapi dengan ingat bahawa segala nikmat dan ibadah adalah dari petunjuk Allah dan pertolongan Nya semata-mata.

7) Aqabah Puji dan Syukur
‎(عقبة الحمد والشكر)

Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan menjurus kepada mentaati Allah yang mengurniakannya.

( Ringkasan kitab Minhajul Abidin )

Justeru,... laluilah aqabah-aqabah ini sungguh-sungguh, bermujahadah tanpa rasa jemu dan malas, dan mohonlah pertolonganNya semoga jiwa jadi tenang ( muthmainnah ) ketika bertemuNya.

‎يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
masuklah ke dalam surga-Ku.

Al Fajr : 27-30






ABi
JIWA TARBAWI 513


Cukuplah, jangan lagi berbuat dosa terhadap manusia lain...


وَعَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ رَحْمَةُ اللَّهِ تَعَالَى عَلَيْهِ , أَنَّهُ قَالَ :

إِنْ لَقِيتَ اللَّهَ تَعَالَى بِسَبْعِينَ ذَنْبًا فِيمَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ اللَّهِ تَعَالَى أَهْوَنُ عَلَيْكَ مِنْ أَنْ تَلْقَاهُ بِذَنْبٍ وَاحِدٍ فِيمَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الْعِبَادِ

Dari Sufyan At Tsauri rahmatullah ta’ala ‘alaih, bahawa dia berkata:

“ Jika engkau bertemu Allah ta’ala dengan ( membawa ) tujuh puluh dosa antara mu dengan Allah ta’ala, itu lebih ringan atas mu daripada engkau bertemuNYA dengan satu dosa antara mu dengan manusia .”

( Nukilan dari Kitab Tanbihul Ghafilin )

قال الإمام محمد بن إدريس الشافعي رحمه الله تعالى :

بئس الزَّاد إلى المعاد العُدْوَانُ على العباد

Al Imam Muhammad bin Idris As Syafie rahimahullahu ta’ala :

“ Seburuk-buruk bekalan menuju Hari Kebangkitan ialah (dosa) permusuhan sesama manusia. “





ABi
JIWA TARBAWI 514



Bilakah lagi kesedaran akan muncul dari hati ..



Bahawa setiap diri akan membawa dirinya sendiri untuk dihisab di mahkamah Allah azza wa jalla.

وَكُلُّهُمْ آتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَرْدًا ﴿مريم: ٩٥﴾

Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri.

Justeru, kenapa masih merasa aman dengan kecuaian dan kelalaian sedangkan setiap diri akan dipertanggungjawabkan dengan dirinya sendiri?


أَيَحْسَبُ الْإِنسَانُ أَن يُتْرَكَ سُدًى ﴿القيامة: ٣٦﴾

“Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)?”

Qiyamah: 36

Manusia sering tewas dengan sangkaan-sangkaan bodohnya...


. وَمَا كُنتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَن يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ وَلَـٰكِن ظَنَنتُمْ أَنَّ اللَّـهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِّمَّا تَعْمَلُونَ ﴿فصلت: ٢٢﴾


Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu kepadamu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.


وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿الإسراء: ٣٦﴾


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.



وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ حَلِيمٌ ﴿البقرة: ٢٣٥﴾

“Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahi apa yang ada dalam hatimu, maka takutlah kepada-Nya”

Al Baqarah:235

Ingatlah, engkau mungkin mampu menunjukkan kebaikan dan menyembunyikan berbagai keburukan dirimu di hadapan manusia,

Namun engkau tidak akan mampu menyembunyikan niat buruk mu dalam beramal dan amal buruk mu di hadapan Allah Azza wa Jalla ... Tuhanmu.


يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللَّـهِ وَهُوَ مَعَهُمْ إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرْضَىٰ مِنَ الْقَوْلِ وَكَانَ اللَّـهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا ﴿النساء: ١٠٨﴾

“Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak ridhai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan”

An Nisaa’:108


يعلم خائنةَ الأَعْيُنِ وما تُخْفِي الصُدور

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan dalam hati”

al-Mu’min:19


وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”

Qaaf: 16-18


Justeru, ambil beratlah terhadap dirimu sendiri.






ABi
JIWA TARBAWI 515






Bila cinta dan benci kerana Allah Azza wa Jalla....

itu lah tanda kesempurnaan iman....

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ أَحَبَّ لِلَّهِ وَأَبْغَضَ لِلَّهِ وَأَعْطَى لِلَّهِ وَمَنَعَ لِلَّهِ فَقَدْ اسْتَكْمَلَ الْإِيمَانَ

Dari Abu Umamah dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:

" Barangsiapa mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan melarang (menahan) kerana Allah, maka sempurnalah imannya. "

HR Abu Daud No: 4061

...cinta dalam menjunjung bersama seluruh perintah dan menjauhi laranganNYA

...itu tanda cinta dalam ketaqwaan.

...begitu juga benci kepada maksiat dan kemungkaran walaupun yang ada pada diri kawan dan sahabat sendiri...

Dosa dan maksiat boleh merenggangkan persahabatan kerana Allah ta'ala...

Sabda Ar Rasul sallallahu 'alaihi wasallam,

(( وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ مَا تَوَادَّ اثْنَانِ فَفُرِّقَ بَيْنَهُمَا إِلَّا بِذَنْبٍ يُحْدِثُهُ أَحَدُهُمَا ))

[رواه أحمد عن ابن عمر ]

“ Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah, maka berpisah keduanya kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”

HR Imam Ahmad

وقال الإمام المزني:
إذا وجدت من إخوانك جفاء، فتب إلى الله، فإنك أحدثت ذنبا، وإذا وجدت منهم زيادة ود، فذلك لطاعة أحدثتها، فاشكر الله تعالى

Imam Muzni berkata :

" Apabila engkau mendapati pada saudaramu rasa kerenggangan (kebencian), maka bertaubatlah kepada Allah, sesungguhnya engkau telah melakukan dosa. Apabila engkau mendapati pertambahan kasih pada mereka, yang demikian itu adalah kerana ketaatan yang engkau telah lakukan, maka bersyukurlah kepada Allah "

Justeru, dalam persahabatan dan persaudaraan, tegur menegur amatlah dipuji.

Bahkan kita harus marah kepada sahabat sendiri jika ia mahu melakukan atau terlibat dengan dosa dan maksiat.

Namun tegurlah..

marahlah dengan penuh kasih sayang...

dan bukan dengan perasaan penuh permusuhan dan kebencian kerana kedua-duanya itulah senjata syaitan untuk memecah belahkan ukhuwwah dan persaudaraan....

﴿ إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللّهِ وَعَنِ الصَّلاَةِ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴾
( سورة المائدة : 91)

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).(91)

Al Maidah : 91






ABi
JIWA TARBAWI 516


Satu pegangan dan keyakinan yang dapat membina ketegasan dan keberanian seorang mukmin dalam mengharungi kehidupan dan perjuangan....

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَاعْلَمْ أَنّ الأُمّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ الله لَكَ, ولو اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرّوكَ إِلاّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ الله عَلَيْكَ

“Ketahuilah, sesungguhnya kalau seandainya seluruh manusia berkumpul untuk memberikan manfaat, sungguh mereka tidak akan mampu memberikan manfaat sedikit pun kepadamu kecuali yang telah ditetapkan oleh Allah kebaikan untukmu. Dan kalau seandainya seluruh manusia berkumpul untuk memberikan mudharat kepadamu, sungguh mereka tidak akan mampu memberikan mudharat sedikit pun kapadamu kecuali yang telah ditetapkan oleh Allah mudharat terhadapmu.”

(HR. At Tirmidzi,2516)



وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

“…Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya…”

[ At Thalâq: 3]


Justeru,


حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.

( Âli ‘Imrân : 173)





ABi
JIWA TARBAWI 517






Sikap manusia akan sering kecewa dan putus asa, murung bahkan menyalahkan takdir bila hilang sesuatu nikmat dari nya...

وَلَئِنْ أَذَقْنَا الْإِنسَانَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَئُوسٌ كَفُورٌ ﴿هود: ٩﴾

Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.

Hud : 9

Namun, tidak bersyukur berbangga dan menyandarkan suatu nikmat itu pada dirinya bila terlepas dari bencana dan mendapat nikmat ...

وَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ نَعْمَاءَ بَعْدَ ضَرَّاءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ السَّيِّئَاتُ عَنِّي إِنَّهُ لَفَرِحٌ فَخُورٌ ﴿هود: ١٠﴾

Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata: "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku"; sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga,

Hud : 10

Justeru, jadilah seorang mukmin yang beramal saleh dalam menghadapi ujian nikmat dari Allah ta’ala ,

إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ ﴿هود: ١١﴾


kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.

Hud : 11

Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ( maksudnya )

“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, Allah tidak akan menetapkan suatu ketetapan bagi seorang mukmin, melainkan akan menjadikan kebaikan baginya. Jika mendapatkan hal yang menyenangkan, ia akan bersyukur dan yang demikian itu adalah lebih baik baginya. Dan jika ditimpa musibah maka ia akan bersabar, dan yang demikian itu adalah lebih baik baginya. Dan hal itu tidak untuk seorang pun selain (orang) mukmin.”

HR Bukhari, Muslim





ABi
JIWA TARBAWI 518



Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنٌ فِيْهِمَا كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ.

“Dua nikmat yang banyak manusia tertipu dengan keduanya, iaitu nikmat sehat dan waktu luang.”


HR al-Bukhari (no. 6412), at-Tirmidzi (no. 2304), Ibnu Majah (no. 4170), Ahmad (I/258,344)

Ibnu Baththaal rahimahullah berkata: “Makna hadis ini, bahwa seseorang tidaklah menjadi orang yang longgar (banyak waktu luang) sehingga dia cukup (keperluannya) dan sihat badannya. Barangsiapa dua perkara itu ada padanya, maka hendaklah dia berusaha agar tidak tertipu, iaitu meninggalkan syukur kepada Allah terhadap nikmat yang telah Dia berikan kepadanya. Dan termasuk syukur kepada Allah adalah melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya. Barangsiapa melalaikan hal itu, maka dia adalah orang yang tertipu”.

[Fathul Bari].

Dari Abu Hurairah, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُسْأَلُ عَنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَعْنِى الْعَبْدَ مِنَ النَّعِيمِ أَنْ يُقَالَ لَهُ أَلَمْ نُصِحَّ لَكَ جِسْمَكَ وَنُرْوِيكَ مِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ

“Sungguh nikmat yang akan ditanyakan pada hamba pertama kali pada hari kiamat kelak adalah dengan pertanyaan: “Bukankah Kami telah memberikan kesihatan pada badanmu dan telah memberikan padamu air yang menyegarkan?”

(HR. Tirmidzi no. 3358.

Manusia sering lalai dan tidak banyak berzikir mengingati Allah ketika ia sihat dan banyak masa lapang. Ruang dan masa dalam kehidupannya lebih banyak digunakan untuk melayan keinginan nafsu dan keseronokan dunia. Sehingga ketika solat sekali pun, keinginan nafsu dan keseronokan dunia masih dibawa.

Sedangkan para ahli syurga pun masih terkenangkan waktu alpa mereka sewaktu di dunia ..

عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

ليس يتحسر أهل الجنة إلا على ساعة مرت بهم ولم يذكروا الله

حديث رواه البيهقي والطبراني

Tidak ada sesuatu yang lebih dirasai rugi oleh para penghuni syurga selain atas satu saat yang pernah mereka lalui di dunia, yang tidak mereka gunakan untuk mengingat Allah.”

(HR. Ath-Thabrani di Al-Kabir (20/93/182), Al-baihaqi dalam “As-Sya’bi” (1/136) dan lainnya )

Justeru, usah biarkan kehidupan berlalu tanpa diisi dengan ilmu dan ibadah. Seriuslah mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat. Jangan jadi manusia ‘penganggur’ yang tiada amal kerja di dunia..

Umar bin Khottob mengatakan,

إنِّي أَكْرَهُ الرَّجُلَ أَنْ أَرَاهُ يَمْشِي سَبَهْلَلًا أَيْ : لَا فِي أَمْرِ الدُّنْيَا ، وَلَا فِي أَمْرِ آخِرَةٍ .


“Aku tidak suka melihat seseorang yang berjalan seenaknya tanpa mengindahkan ini dan itu, iaitu tidak peduli penghidupan dunianya dan tidak pula sibuk dengan urusan akhiratnya.”

Ibnu Mas’ud mengatakan,

إنِّي لَأَبْغَضُ الرَّجُلَ فَارِغًا لَا فِي عَمَلِ دُنْيَا وَلَا فِي عَمَلِ الْآخِرَةِ

“Aku sangat membenci orang yang menganggur, yaitu tidak punya amalan untuk penghidupan dunianya ataupun akhiratnya”






ABi
JIWA TARBAWI 519



Bila dunia semakin jauh dari hati...



Ketika ditanya Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam tentang tanda dan alamat bagi seorang yang telah diterangi hatinya dengan cahaya nur petunjuk dari Allah, Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,

الْإِنَابَةُ إِلَى دَارِ الخُلُود، والتَّجَافِي عَنْ دَارِ الْغُرُورِ، وَالِاسْتِعْدَادُ لِلْمَوْتِ قَبْلَ لِقَاءِ الْمَوْتِ"

“ (Selalu ingat hari ) kembali ke alam yang kekal ( akhirat), menjauh alam (duniawi ) yang memperdaya, dan membekalkan diri untuk menghadapi kematian sebelum maut datang menjemputnya. “

Hati yang seperti ini ialah hati yang sudah meyakini kehidupan akhirat jauh lebih baik dan kekal, menjadi matlamat di penghujung kehidupan.

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿الأعلى: ١٧﴾

Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.

Al A’laa : 17

Itulah hati yang sudah ada sifat zuhud di dalamnya.


عَنْ أَبِـي الْعَبَّاسِ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ؛ قَالَ : أَتَىَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ ، فَقَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِِ ! دُلَّنِـيْ عَلَـىٰ عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِيَ اللهُ وَأَحَبَّنِيَ النَّاسُ. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : «اِزْهَدْ فِـي الدُّنْيَا ، يُـحِبُّكَ اللّٰـهُ ، وَازْهَدْ فِيْمَـا فِي أَيْدِى النَّاس ، يُـحِبُّكَ النَّاسُ». حَدِيْثٌ حَسَنٌ

رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ وَغَيْرُهُ بِأَسَانِيْدَ حَسَنَةٍ

Dari Abul ‘Abbâs Sahl bin Sa’d as-Sa’idi Radhiyallahu anhu , ia berkata,

“Ada seseorang yang datang kepada Rasulullâh sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, ‘Wahai Rasulullâh! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang jika aku mengamalkannya maka aku akan dicintai oleh Allah dan dicintai manusia.” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Zuhudlah terhadap dunia, niscaya engkau dicintai Allah dan zuhudlah terhadap apa yang dimiliki manusia, niscaya engkau dicintai manusia.”

[HR Ibnu Majah]

Zuhud terhadap sesuatu maknanya berpaling darinya kerana menganggapnya remeh, tidak bernilai, atau tidak meminatinya.


Abu Muslim al-Khaulâni rahimahullah berkata,

“Zuhud terhadap dunia tidak dengan mengharamkan yang halal dan menyia-nyiakan harta. Namun zuhud terhadap dunia ialah engkau lebih yakin kepada apa yang ada di tangan Allah Azza wa Jalla daripada apa yang ada di tanganmu, dan jika engkau diuji dengan musibah maka engkau lebih senang dengan pahalanya hingga engkau berharap seandainya musibah tersebut tetap terjadi padamu.”

( Jâmi’ul ‘Ulûm wal Hikam II/179 )

Ini adalah merupakan satu keyakinan terhadap apa yang dijanjikan Allah ‘azza wa jalla,

وَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِندَ اللَّـهِ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ﴿القصص: ٦٠﴾

Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?

Al Qasas : 60

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah mengatakan bahwa zuhud yang sesuai dengan syari’at adalah seseorang meninggalkan segala yang tidak bermanfaat di akhiratnya dan hatinya yakin serta percaya terhadap apa yang ada di sisi Allah Azza wa Jalla.

( Majmû’ Fatâwâ X/641 )


Jadi, zuhud merupakan sifat dan perbuatan hati dan bukan lakonan zahir perlakuan manusia.

Abu Sulaiman mengatakan,

“Janganlah engkau bersaksi untuk seseorang bahwa ia seorang yang zuhud kerana zuhud itu letaknya di hati.”

( Jâmi’ul ‘Ulûm wal Hikam II/180 )


Abu Hâzim rahimahullah pernah ditanya, “Apa hartamu?” Ia menjawab, “Aku mempunyai dua harta yang menyebabkan aku tidak takut miskin; Pertama, percaya sepenuhnya kepada Allah Azza wa Jalla dan kedua, tidak mempunyai harapan terhadap apa yang ada di tangan manusia.”

( Jâmi’ul ‘Ulûm wal Hikam II/182 )

Mengenali hakikat dunia yang hina akan menumbuhkan sikap zuhud sebenar dalam hati.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ

Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan

[Al Hadîd : 20]

Rasulullâh sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَ اللهِ ، مَا الدُّنْيَا فِـي الْآخِرَةِ إِلاَّ مِثْلُ مَا يَـجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ فِـي الْيَمِّ ، فَلْيَنْظُرْ بِمَ تَرْجِعُ ؟

“Demi Allah, tidaklah dunia dibandingkan akhirat melainkan seperti salah seorang dari kalian meletakkan jari-jarinya ke laut, maka lihatlah air yang dibawa jari-jarinya ?

( HR. Muslim no. 2858 dan Ibnu Hibbân no. 4315 )

Sa’id bin Jubair Radhiyallahu anhu mengatakan,

“Kenikmatan yang menipu ialah kenikmatan yang melalaikanmu dari mencari akhirat dan apa saja yang tidak melalaikanmu tidak dikatakan kenikmatan yang menipu, namun dikatakan kenikmatan yang mengantarkan kepada sesuatu yang lebih baik.”

( Jâmi’ul ‘Ulûm wal Hikam II/193 )

Seorang yang zuhud terhadap dunia, memahami dan meyakini tentang nilai dan harga ilmu dan zikir, dan bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan dan melaksanakannya.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اَلدُّنْيَا مَلْعُوْنَةٌ ، مَلْعُوْنٌ مَا فِيْهَـا ، إِلاَّ ذِكْرَ اللهِ وَمَــا وَالاَهُ أَوْ عَالِـمًـا أَوْ مُتَعَلِّمًـا

Dunia itu terlaknat dan terlaknat pula apa yang ada di dalamnya, kecuali dzikir kepada Allah dan apa saja yang mendukungnya (dzikir), orang alim, dan orang yang belajar.

( HR. at-Tirmidzi no. 2322 dan Ibnu Mâjah no. 4112 , hassan)


Dunia lah sering memecah belahkan hati, miskin jiwa dan tertipu dengannya.

Rasulullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَـمَّهُ ؛ فَـرَّقَ اللّٰـهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَـيْهِ ، وَلَـمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا كُتِبَ لَـهُ ، وَمَنْ كَـانَتِ الْآخِرَةُ نِـيَّـتَـهُ ، جَـمَعَ اللّٰـهُ لَهُ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ غِنَاهُ فِـيْ قَلْبِهِ ، وَأَتَتْهُ الدُّنْيَـا وَهِيَ رَاغِمَةٌ

Barangsiapa yang tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di kedua pelupuk matanya, dan ia mendapat dunia menurut apa yang telah ditetapkan baginya. Dan barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allah akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.

(HR. Ahmad V/183, Ibnu Mâjah no. 4105, dan Ibnu Hibbân no. 72)

Sedangkan kemuliaan seorang yang beriman bukan pada dunianya,

Rasulullâh sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَاعْلَمْ أَنَّ شَرَفَ الْـمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ ، وَعِزَّهُ اسْتِغْنَاؤُهُ عَنِ النَّاسِ

Dan ketahuilah bahwa kemuliaan seorang Mukmin ialah shalat malamnya dan kehormatannya ialah tidak merasa butuh kepada manusia.

( HR. al-Hâkim IV/324-325, dan al-Baihaqi dalam Syu’abul Iimân no. 10058 )

Justeru, zuhudlah terhadap apa yang ada di tangan manusia dengan meyakini apa yang ada dijanjikan di sisi Allah ‘Azza wa Jalla.

Al-Hasan Al Bashri rahimahullah berkata,

“Engkau sentiasa menjadi mulia di mata manusia atau manusia senantiasa memuliakanmu jika engkau tidak mengambil apa yang ada di tangan manusia. Jika engkau mengambil apa yang ada di tangan manusia, mereka meremehkanmu, membenci perkataanmu dan benci kepadamu.”

( Jâmi’ul ‘Ulûm wal Hikam II/204-205)


Hanya pada Mu, Ya Rabb kami bermohon..


اَللّٰــهُـــمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَـحُوْلُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيْكَ ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ ، وَمِنَ الْيَقِيْنِ مَا تُـهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا…

Ya Allah, anugerahkan kepada kami rasa takut kepada-Mu yang dapat menghalangi kami dari perbuatan maksiat kepadaMu; Anugerahkan kepada kami ketaatan kepada-Mu yang akan menghantarkan kami ke syurgaMu; Dan anugerahkan kepada kami keyakinan yang membuat kami merasa ringan atas seluruh musibah dunia ini.

HR.
at-Tirmidzi no. 3502, al-Hâkim I/528,





ABi
JIWA TARBAWI 520





Bila dosa melemahkan himmah ...



قال ابن القيم رحمه الله تعالى :

ومنها -وهو من أخوفها على العبد- أنها تضعف القلب عن إرادته ، فتقوى إرادة المعصية، وتضعف إرادة التوبة شيئا فشيئا إلى أن تنسلخ من قلبه إرادة التوبة بالكلية، فلو مات نصفه لما تاب إلى الله.
( الداء والدواء،لابن القيم، ٩١ )


Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,

“Dan (kesan buruk dosa) yang paling merbahaya bagi seorang hamba adalah dosa dan kemaksiatan boleh melemahkan keinginan hati , lalu keinginannya untuk melakukan perbuatan maksiat semakin kuat. Dosa melemahkan keinginan hati untuk bertaubat sedikit demi sedikit sampai akhirnya semua keinginan untuk taubat tercabut dari hati (tanpa meninggalkan sisa sedikitpun). (Padahal) seandainya separuh dari hati seseorang itu sudah mati, maka itu sudah susah untuk bertaubat kepada Allâh Subhanahu wa Ta’ala .”


Adda’ wa Dawa’, 91


 متى رأيت القلب قد ترحل عنه حب الله والاستعداد للقائه، وحلَّ فيه حب المخلوق، والرضا بالحياة الدنيا، والطمأنينة بها، فاعلم أنه قد خسف به
(بدائع الفوائد) لابن القيم (3/ 743).

Dalam kitabnya yang lain, Ibnul Qayyim berkata :

" Apabila engkau melihat hati, yang mana kecintaan kepada Allah dan persiapan untuk bertemuNya telah terpisah daripada hati itu, kecintaan kepada makhluq pula bertapak di dalamnya, dan redha pula kepada kehidupan duniawi dan tenang aman dengannya, maka ketahuilah bahawasanya hati itu telah gerhana disebabkannya".

Bada’iul Al Fawaid, 743/3


Dalam kitabnya Al Jawab Al Kafi,

" Dosa melemahkan himmah ( cita-cita ) hati dan kehendak hati, menghalanginya daripada ketaatan, dan menjadikannya malas melakukan ketaatan. sehinggalah perkara yang sukar, dibenci dan tidak digemari. Hati tidak lapang untuk ketaatan, sempit dada disebabkan maksiat, jadi berani melakukan kejahatan, bacul penakut untuk melakukan kebaikan. "




Justeru, perkukuhkanlah himmah mu dengan raja’ ( pengharapan ) pertemuan denganNYA, dengan ibadah yang berterusan dan bersungguh serta ikhlas dalam pegangan dan amalan.


فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ﴿الكهف: ١١٠﴾

Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".

Al Kahfi : 110





ABi
JIWA TARBAWI 521



Bila hati gusar dan fikiran dalam kebingungan, apakah yang perlu dilakukan ..?

Tambah lagi, dalam kehidupan yang sering bertemu dengan persimpangan yang sukar untuk diambil pilihan..

Sudah pastilah ketenangan yang dicari. Panduan dan bimbinganNya yang didambakan.

Ketenangan pada hakikatnya adalah kurniaan Allah ta’ala yang hanya diberikan kepada orang-orang yang beriman.

Tentang ketenangan ini Allah ta’ala berfirman:

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّـهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ﴿٤﴾

“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Al Fath : 4

As Syeikh Abdurrahman As-Sa’dy rahimahullah berkata,

يخبر تعالى عن منته على المؤمنين بإنزال السكينة في قلوبهم، وهي السكون والطمأنينة، والثبات عند نزول المحن المقلقة، والأمور الصعبة، التي تشوش القلوب، وتزعج الألباب، وتضعف النفوس، فمن نعمة الله على عبده في هذه الحال أن يثبته ويربط على قلبه، وينزل عليه السكينة، ليتلقى هذه المشقات بقلب ثابت ونفس مطمئنة، فيستعد بذلك لإقامة أمر الله في هذه الحال، فيزداد بذلك إيمانه، ويتم إيقانه

“Allah mengkhabarkan tentang kurniaanNya ke atas orang-orang yang beriman dengan diturunkan kepada hati mereka sakinah iaitu ketenangan. Ia adalah ketenangan dan keteguhan dalam keadaan terhimpit dengan ujian dan kesulitan yang menggugah hati, mengganggu fikiran dan melemahkan jiwa. Maka di antara nikmat Allah atas orang-orang yang beriman dalam keadaan ini adalah, Allah meneguhkan dan menguatkan hati mereka, agar mereka sentiasa dapat menghadapi keadaan ini dengan jiwa yang tenang dan hati yang teguh, sehingga mereka tetap mampu menunaikan perintah Allah dalam keadaan sukar seperti ini sekali pun. Maka bertambahlah keimanan mereka, semakin sempurnalah keteguhan keyakinan mereka.”

( Kitab Tafsir Taisir al Karim: 791)



Arahan-arahan yang terdapat dalam al Qur`an dan sunnah untuk meraih ketenangan tersebut:

1. Berkumpul dalam rangka mencari ilmu.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا اجتمعَ قَوم في بيت من بُيُوتِ الله تباركَ وتعالى يَتْلُونَ كتابَ الله عزَّ وجلَّ ، ويَتَدَارَسُونَهُ بينهم ، إِلا نزلت عليهم السكينةُ ، وَغَشِيَتْهم الرحمةُ ، وحَفَّتْهم الملائكة ، وذكرهم الله فيمن عنده

“Tidaklah suatu kaum berkumpul dalam sebuah rumah Allah tabaraka wa ta’ala, mereka membaca Kitabullah azza wa jalla, mempelajarinya sesama mereka, melainkan akan turun kepada mereka sakinah ketenangan , rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka dan Allah sentiasa menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang berada di sisi-Nya.”

(HR Muslim no. 2699)

Ketenangan hadir berserta dengan ilmu dan panduan bimbingan Allah.


2. Berdoa.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya pernah mengulang-ulang kalimat doa berikut dalam perang ahzab:

‎فَأَنْزِلَنَّ سَكِيْنَةً عَلَيْنَا   وَثَبِّتِ الأَقْدَامِ إِنْ لَاقِينَا

“Maka turunkanlah ketenangan kepada kami ,serta teguhkan lah kaki-kaki kami saat kami bertemu (musuh)”

HR Bukhari

Maka Allah memberikan mereka kemenangan dan meneguhkan jiwa mereka.

3. Membaca al Qur`an.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

« تِلْكَ السَّكِينَةُ تَنَزَّلَتْ بِالْقُرْآنِ »

“Ia adalah ketenangan yang turun karena al Qur`an.”

(HR Bukhari: 4839, Muslim: 795)

4. Memperbanyak zikrullah.

Allah berfirman:

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

(Al Ra’du : 28)

5. Bersikap wara’ (hati-hati) dari perkara syubhat.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
2024/10/01 09:29:20
Back to Top
HTML Embed Code: