Telegram Web Link
Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap kecuali yang boleh mendatangkan kebaikan.

تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف

9. Berkenal-kenalanlah (bertaaruf) dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta berbuat demikian kerana asas gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada.

Oleh itu bantulah saudaramu untuk memanfaatkan waktu sebaiknya. Dan jika saudara mempunyai suatu urusan, maka ringkaskanlah masa perlaksanaannya.



ABi
JIWA TARBAWI 489




Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata :

الناس إلى العلم أحوج منهم إلى الطعام والشراب لأن الرجل يحتاج إلى الطعام والشراب في اليوم مرة أو مرتين وحاجته إلى العلم بعدد أنفاسه

"Manusia lebih memerlukan ilmu (tentang Ad-Din) dibanding makan dan minum, kerana seseorang dalam sehari hanya memerlukan makan minum satu atau dua kali saja. Sedangkan ia memerlukan ilmu dalam setiap helaan nafasnya."

Imam Syafi'i rahimahullah berkata :

طلب العلم أفضل من صلاة النافلة

"Menuntut ilmu (Ad-Din) lebih utama dibandingkan solat nafilah (sunnah)."

Dinukil dari kitab Madarijus Salikin(2/369), karya Al Imam Ibnul Qoyyim Al Jauziyyah.

Justeru, peruntukkanlah masa dan usiamu lebih untuk ilmu...engkau tidak akan kerugian.



ABi
JIWA TARBAWI 490



Nilaian dunia ( دنيا ) menurut Al Quran.

Asal perkataan dunia = دنى = rendah atau dekat.

Al Quran mengemukakan tiga pengertian dunia iaitu adakalanya bermakna dekat, rendah, dan adakalanya mengandung pengertian awal. Dari pengertian itu tersimpul bahwa dunia adalah suatu kehidupan awal, dekat dan pendek, atau rendah. Pengertian ini menunjukkan bahwa dunia adalah kehidupan jarak pendek yang memerlukankan persiapan-persiapan awal.

Antara gambaran nilaian dunia di dalam Al Quran,


a. Dunia adalah permainan dan senda gurau.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ

“Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.”

(Al-An’am:32)

b. Dunia adalah sesuatu yang kecil dan remeh.

فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

“Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.”

(At-Taubah:38)

c. Dunia adalah penyebab kelalaian manusia.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”

(Ali ‘Imran:185)

d. Dunia dijadikan nampak indah di mata orang kafir.

زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُونَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا

“Kehidupan dunia dijadikan terasa indah dalam pandangan orang-orang yang kafir, dan mereka menghina orang-orang yang beriman.”

(Al-Baqarah:212)

e. Harta dan anak adalah hiasan dunia.

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia.”

(Al-Kahfi:46)

f. Dunia adalah bunga-bungaan yang nampak cantik tetapi jadi ujian kepada manusia.

زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ

“(sebagai) bunga kehidupan dunia agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu.”

(Tha-Ha:131)

g. Jadi barangan jual beli dengan akhirat

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ

“Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat.”

(Al-Baqarah:86)

h. Manusia lebih senang dengan dunia yang singkat dan segera .

أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ

“Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat?”

(At-Taubah:38)

i. Manusia lebih berbangga dengan dunia.

وَفَرِحُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا

“Mereka bergembira dengan kehidupan dunia.”

(Ar-Ra’d:26)

j. Manusia lebih mengharapkan dunia dibandingkan akhirat?

الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ

“(yaitu) orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada (kehidupan) akhirat.”

( Ibrahim:3 )

k. Manusia memang bernafsu terhadap dunia

وَلَمْ يُرِدْ إِلَّا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

“dan dia hanya mengingini kehidupan dunia.”

(An-Najm:29)

l. Manusia lebih memilih dunia dari akhirat.

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧﴾

Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi.(16) Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.(17)

( Al A' laa : 16-17 )

m. Para pecinta dunia, tempat akhir mereka adalah neraka.


فَأَمَّا مَن طَغَىٰ﴿٣٧﴾ وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿٣٨﴾ فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٣٩﴾


Adapun orang yang melampaui batas,(37) Dan lebih mengutamakan kehidupan dunia (38) maka sungguh, nerakalah tempat tinggalnya.

( An-Nazi’at:38 )


Justeru, usah sampai ditipu oleh dunia....


الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَـٰذَا وَمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ ﴿الأعراف: ٥١﴾

(yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka". Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.

Al A’ raaf. : 51






ABi
JIWA TARBAWI 491




العالم يعرف الجاهل، لأنه قد كان جاهلا، والجاهل لا يعرف العالم، لأنه لم يكن عالما

“Orang alim dapat mengenali orang jahil karena dia dulunya juga jahil. Sedangkan orang jahil tidak mengetahui orang alim karena dia belum pernah jadi orang alim”.

(Al Faqih Wal Mutafaqqih : 2/365).

Seorang yang baru belajar sering diuji dengan kesombongan dan keangkuhan dengan ilmunya..

Semakin mendalam dan meluas ilmunya, dengan keikhlasan di hatinya, tawadhu' akan mula bersulam dalam dirinya...

Kemuncaknya, ia akan merasai betapa kerdil dan lemahnya dirinya di sisi Rabbul Jalil...


العلم ثلاثة أشبار من دخل في الشبر الأول تكبر ، ومن دخل في الشبر الثاني تواضع ، ومن دخل في الشبر الثالث يعلم أنه لا يعلم شيئاً

( حلية طالب العلم، بكر عبد الله أبو زيد )

“Ilmu itu ada 3 jengkal. Barang siapa yang memasuki jengkal pertama, maka dia akan sombong.
Dan barang siapa yang memasuki jengkal kedua, maka dia akan tawadhu (rendah hati). Dan barang siapa yang memasuki jengkal ketiga, maka dia akan tahu bahwa dia tidak mengetahui sesuatu halpun”

من كلام الإمام الشافعي رحمه الله تعالى :

" وإذا ما أزددت علما --زادني علما بجهلي "

( ديوان الإمام الشافعي )

Kata-kata Imam Syafie rahimahullahu ta'ala :

"Semakin aku bertambah ilmu, semakin aku tahu akan kebodohanku"

Jangan sampai kesombongan dan keangkuhan menguasai diri dek sebab berasa sudah berilmu.

قال الإمام الذهبي عن أشرِّ أنواع الكبر فيقول:

(وأشرُّ الكِبْر الذي فيه من يتكبر على العباد بعلمه، ويتعاظم في نفسه بفضيلته، فإنَّ هذا لم ينفعه علمه، فإنَّ من طلب العلم للآخرة كسره علمه، وخشع قلبه، واستكانت نفسه، وكان على نفسه بالمرصاد، فلا يفتر عنها، بل يحاسبها كلَّ وقت، ويتفقدها، فإن غفل عنها جمحت عن الطريق المستقيم وأهلكته، ومن طلب العلم للفخر والرياسة، وبطر على المسلمين، وتحامق عليهم، وازدراهم، فهذا من أكبر الكِبْر، ولا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم)

Imam Adz Dzahabi rahimahullah menyebut tentang seburuk-buruk bahagian takabbur kesombongan, beliau berkata,

“Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri kepada manusia dengan ilmunya, dia merasa hebat dengan kemuliaan yang dia miliki. Orang semacam ini tidaklah bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Kerana barang siapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan membuatnya rendah hati dan menumbuhkan kekhusyukan hati serta ketenangan jiwa. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak bosan untuk terus memperhatikannya. Bahkan di setiap saat dia selalu bermuhasabahb diri dan meluruskannya. Apabila dia lalai dari hal itu, dia pasti akan terlempar keluar dari jalan yang lurus dan binasa. Barang siapa yang menuntut ilmu untuk berbangga-banggaan dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lainnya serta membodoh-bodohi dan merendahkan mereka, sungguh ini tergolong kesombongan yang paling besar. Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sekecil zarrah ,
la haula wa la quwwata illa billah.”

(Al Kaba’ir, Az Zahabi )


Justeru, banyak-banyakkanlah belajar ilmu, janganlah berhenti belajar ilmu, baru kita tahu yang kita pada hakikatnya banyak tidak tahu....



ABi
JIWA TARBAWI 492



Muhasabah diri....


قال الإمام ابن القيم رحمه الله :

" من علامات السعادة والفلاح أن العبد كلما زيد في علمه زيد في تواضعه ورحمته وكلما، زيد في عمره نقص من حرصه، وكلما زيد في ماله زيد في سخائه وبذله، وكلما زيد في قدره وجاهه زيد في قربه من الناس وقضاء حوائجهم والتواضع لهم، وعلامات الشقاوة أنه كلما زيد في علمه زيد في كبره وتيهه، وكلما زيد في عمله زيد في فخره واحتقاره للناس وحسن ظنه بنفسه، وكلما زيد في عمره زيد في حرصه، وكلما زيد في ماله زيد في بخله وإمساكه، وكلما زيد في قدره وجاهه زيد في كبره وتيهه، وهذه الأمور ابتلاء من الله وامتحان يبتلي بها عباده فيسعد بها أقوام ويشقى بها أقوام"

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,

“Salah satu tanda kebahagiaan dan kejayaan adalah tatkala seorang hamba semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap tawadhu’ dan kasih sayangnya. Dan semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takut dan waspadanya. Setiap kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. Setiap kali bertambah hartanya maka bertambahlah kedermawanan dan kemauannya untuk membantu sesama. Dan setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan pangkatnya maka semakin dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan berbagai keperluan mereka serta bersikap rendah hati kepada mereka.”

Beliau menyebut lagi,

“Dan tanda kebinasaan iaitu tatkala semakin bertambah ilmunya maka bertambahlah kesombongan dan kebanggaannya. Dan setiap kali bertambah amalnya maka bertambahlah keangkuhannya, dia semakin meremehkan manusia dan terlalu bersangka baik kepada dirinya sendiri. Semakin bertambah umurnya maka bertambahlah ketamakannya. Setiap kali bertambah banyak hartanya maka dia semakin kedekutnya dan tidak mahu membantu. Dan setiap kali meningkat kedudukan dan derajatnya maka bertambahlah kesombongan dan kebanggaan dirinya. Ini semua adalah ujian dan cobaan dari Allah untuk menguji hamba-hamba-Nya. Sehingga akan berbahagialah sebagian kelompok, dan sebagian kelompok yang lain pula akan binasa. “

( Al Fawaaid, Ibnul Qayyim )



Justeru, muhasabahlah diri sendiri..."apakah benar aku seorang yang berilmu" ...?




ABi
JIWA TARBAWI 493


Usahlah hanya sekadar berilmu, pakar dan profesional dengan keduniaan sedangkan engkau lalai, cuai dan melupakan pertemuan dengan TUHAN mu di akhirat nanti ...

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ ﴿الروم: ٧﴾

Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.

Ar Rum : 7

Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat ini :

“ Kebanyakan manusia tidak memiliki ilmu melainkan hanya yang menyangkut masalah dunia, mata pencariannya, dan semua urusannya. Mereka benar-benar cerdik dan pandai dalam meraih dan menciptakan berbagai macam pekerjaannya. Sedangkan terhadap perkara-perkara agama dan hal-hal yang bermanfaat bagi mereka di negeri akhirat nanti, mereka lalai. Seakan-akan seseorang dari mereka kosong pengetahuannya tentang ilmu akhirat, hatinya tidak tergerak terhadapnya, dan fikirannya kosong darinya.”

Al Hasan Al Basri mengatakan,

"Demi Allah, kecintaan seseorang dari mereka kepada dunianya benar-benar mencapai batas yang tak terperikan, sehingga ketika dia sedang membolak-balikkan mata wang dirham di atas kukunya, ia dapat menceritakan kepadamu tentang berat kandungan logamnya, padahal dia masih belum dapat melakukan salat dengan baik."


Ibnu Abbas telah mengatakan,sehubungan dengan makna firman-Nya: Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia, sedangkan mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai. (Ar-Rum: 7) Yakni “orang-orang kafir itu, hanya mengetahui cara memakmurkan dunia, sedang mengenai urusan agama mereka sangat jahil sama sekali.”

الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَـٰذَا وَمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ ﴿الأعراف: ٥١﴾

(yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka". Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.

Al A’raf : 51


Dalam hadis sahih disebutkan bahwasannya Allah Ta’ala berfirman kepada seorang hamba pada hari Kiamat kelak: “Bukankah Aku telah menikahkanmu? Bukankah Aku telah memuliakanmu? Dan bukankah Aku telah menundukkan buat kalian akan unta, kuda dan memberimu kesempatan untuk memimpin dan bersenang-senang?” Maka si hamba itu berkata: “Benar.” Kemudian Allah bertanya: “Apakah kamu mengira akan bertemu dengan-Ku?” Si hamba itu menjawab: “Tidak.” Dan Allah Ta’ala pun berfirman: “Maka pada hari ini Aku akan melupakanmu, sebagaimana kamu telah melupakan-Ku.”

(HR. Muslim dalam kitab [bab] az-Zuhud [2947])

إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ ﴿يونس: ٧﴾

Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami,

Yunus : 7

Al-Hasan al-Bashri berkata:

“Demi Allah, tidaklah mereka menghias dunia dan tidak juga mengagungkannya (berlebih-lebihan terhadapnya) sehingga mereka ridla dengannya, sedangkan mereka lalai dari ayat-ayat Allah yang kauniyyah (berupa alam ciptaan-Nya), mereka tidak memikirkannya, begitu juga terhadap ayat-ayat syar’iyyah-Nya, mereka tidak melaksanakannya, sesungguhnya tempat kembali mereka pada hari Kiamat adalah neraka, sebagai balasan atas dosa-dosa, kesalahan-kesalahan dan kejahatan-kejahatan yang mereka perbuat di dunia, ditambah dengan kekafiran mereka kepada Allah, Rasul-Nya dan hari akhir.”


Justeru, bersegeralah mempersiapkan dirimu kerana kiamat sudah pasti dekat dan berlaku ...


إِنَّ السَّاعَةَ لَآتِيَةٌ لَّا رَيْبَ فِيهَا وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ ﴿غافر: ٥٩﴾
Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman.

Ghafir : 59






ABi
JIWA TARBAWI 493




Nilai ukhuwwah persaudaraan kini ..




Ada yang bagaikan jasad yang satu...

Ada yang bagai cubit peha kanan terasa peha kiri...

Ada yangg bagai angin lalu sahaja...

Ada yang bagai bau-bau bacang ...

Ada yang tinggal di hati ... tidak lgi di bibir ...

Ada yang bagai ... debu-debu yang berterbangan


Ukhuwwah ialah sesuatu yang bila telah dirasai ... bila diingati ... sudah pasti akan menitiskan air mata..

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ ثَوْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي حَبِيبُ بْنُ عُبَيْدٍ عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ وَقَدْ كَانَ أَدْرَكَه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ
( رواه الترمذي و أبو داود )

Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Tsaur ia berkata; telah menceritakan kepadaku Habib bin Ubaid dari Al Miqdam bin Ma'diKarib -dan Habib pernah bertemu dengan Al Miqdam- dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“ Jika seorang laki-laki mengasihi saudaranya, maka hendaklah ia mengabarkan kepadanya bahwa ia mengasihinya.”

HR Tirmizi, Abu Daud






ABi
Memperingati kelahiran dan kebangkitan Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam ...




Berwasiatlah pada ku wahai Rasul Allah, sebagaimana dikau telah berwasiat kepad sahabat-sahabatmu....

Bisikkanlah pada telinga dan hati ku wahai Rasul Allah...

: قلت يا رسول الله أوصني . قال : « أوصيك بتقوى الله ، فإنها زين لأمرك كله . قلت : يا رسول الله زدني قال : عليك بتلاوة القرآن وذكر الله عز وجل ، فإنه ذكر لك في السماء ، ونور لك في الأرض . قلت : يا رسول الله زدني ، قال : عليك بطول الصمت ، فإنه مطردة للشيطان ، وعون لك على أمر دينك . قلت : زدني ، قال : إياك وكثرة الضحك ، فإنه يميت القلب ، ويذهب بنور الوجه . قلت : زدني ، قال : قل الحق ، وإن كان مرا . قلت : زدني ، قال : لا تخف في الله لومة لائم ، قلت : زدني . قال : ليحجزك عن الناس ما تعلم من نفسك»

الراوي: [أبو ذر الغفاري] المحدث: المنذري - المصدر: الترغيب والترهيب - الصفحة أو الرقم: 4/23.خلاصة حكم المحدث: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما].

Abu Zar Al Ghifari radhiyallahu 'anhu berkata :

" Berwasiatlah padaku Wahai Rasul Allah!". Baginda bersabda: " Aku berwasiat kepadamu dengan taqwa kepada Allah, sesungguhnya taqwa itu perhiasan untuk seluruh urusanmu".

Aku berkata lagi: "Tambahi lagi untuk ku wahai Rasul Allah! ". Baginda bersabda : " Bacalah Al Quran dan berzikirlah mengingati Allah Azza wa Jalla, sesungguhnya ianya menjadi sebutan untuk mu di langit dan cahaya untuk mu di bumi. "

Aku berkata lagi : " Tambahi lagi untuk ku wahai Rasul Allah! ". baginda bersabda lagi : " Kurangilah berkata-kata ,sesungguhnya ianya menjauhkan syaitan, dan menjadi penolong atas urusan agamamu."

Aku berkata lagi : " Tambahi lagi untukku! ". Baginda bersabda lagi : " Jauhilah banyak ketawa, sesungguhnya ianya mematikan hati, dan menyebabkan cahaya ( kesolehan ) hilang dari wajahmu ".

Aku berkata lagi : "Tambahi lagi untukku ! ". Baginda bersabda lagi : " Berkatalah yang benar walaupun pahit ".

Aku berkata lagi : " Tambahilah lagi untuk ku! ". Baginda bersabda lagi : " Jangan takut demi Allah pada celaan orang yang mencela ".

Aku berkata lagi : " Tambahilah untuk ku! ". Baginda bersabda lagi : " Hendaklah apa yang kau tahu tentang dirimu itu akan menghalang mu dari memperkatakan tentang manusia lain ".


اللهم صل على محمد وعلى آل محمد




ABi
JIWA TARBAWI 495



Bila jiwa dirundung perasaan ditinggalkan dan tersisih ...

Rasailah sentuhan dan belaian dari langit sebagaimana Ar Rasul sallahu ‘alaihi wa sallam pernah rasai ...

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ ﴿الضحى: ٣﴾

Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu.

Ad Dhuha : 3


...bisikkan dan ulang-ulangilah di hati kecilmu agar engkau tenang dan tenteram di atas Jalan Allah ini....

أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ .الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

Ingatlah sesungguhnya para penolong agama Allah tiada ketakutan atas mereka dan tiada lah mereka bersedih hati , orang-orang yang beriman dan adalah mereka bertaqwa

Yunus : 62-63

Pelajarilah dari Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam...

حَدَّثَنَا يَزِيدُ أَنْبَأَنَا فُضَيْلُ بْنُ مَرْزُوقٍ حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ الْجُهَنِيُّ عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَصَابَ أَحَدًا قَطُّ هَمٌّ وَلَا حَزَنٌ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي إِلَّا أَذْهَبَ اللَّهُ هَمَّهُ وَحُزْنَهُ وَأَبْدَلَهُ مَكَانَهُ فَرَجًا قَالَ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نَتَعَلَّمُهَا فَقَالَ بَلَى يَنْبَغِي لِمَنْ سَمِعَهَا أَنْ يَتَعَلَّمَهَا



Telah menceritakan kepada kami Yazid telah memberitakan kepada kami Fudlail bin Marzuq telah menceritakan kepada kami Abu Salamah Al Juhani dari Al Qosim bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abdullah ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Tidaklah seseorang mengalami kesedihan dan tidak pula duka, lalu ia mengucapkan; “ Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu dan anak hamba wanita(ciptaan)Mu, ubun-ubunku berada di tanganMu, hukumMu berlaku padaku dan ketetapanMu padaku adalah adil. Aku memohon kepadaMu dengan segenap namaMu atau yang Engkau namai diriMu dengannya, atau yang Engkau ajarkan kepada salah seorang dari makhlukMu atau engkau turunkan di dalam kitabMu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisiMu agar Engkau menjadikan Al Qur`an sebagai penyejuk hatiku dan cahaya dadaku serta penawar kesedihanku dan pelenyap dukaku “ ,Kecuali Allah akan menghilangkan kesedihan dan kedukaan serta menggantinya dengan jalan keluar. Ia berkata; Lalu dikatakan; Wahai Rasulullah, bolehkah kami mempelajarinya? Beliau menjawab: Tentu, orang yang telah mendengarnya semestinya mempelajarinya.



HR Ahmad





ABi
JIWA TARBAWI 496



Usahlah engkau ikut dan terpengaruh dengan apa saja perkara yang datang padamu, kerana banyak perkara yang engkau tidak tahu sebenarnya .....

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿الإسراء: ٣٦﴾

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Al Isra’ : 36



Usahlah engkau bercakap segala perkara yang terlintas di fikiran dan hatimu tanpa memikirkan kesan dan akibatnya, kerana banyak bercakap akan sudah pasti banyak salah dan tokok tambahnya ...

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dalam kitab Sahihnya no. 6477 dan Muslim dalam kitab Shahihnya no. 2988 [3] dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ مَا فِيْهَا يَهْوِى بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَمَا بَيْنَ الْمَسْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

“Sesungguhnya seorang hamba yang mengucapkan suatu perkataan yang tidak difikirkan apa akibat akan membuatnya terjerumus ke dalam neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak timur dengan barat”



Usahlah bercakap dengan nada engkau sempurna diri, sebab Allah ta’ala bencikan kesombongan dan keangkuhan ...

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ ﴿لقمان: ١٩﴾

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

Luqman : 19



Usahlah bercakap bagaikan engkau segala perkara di tanganmu, sedangkan banyak perkara yang sendiri tidak melakukannya ....

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿ ٢﴾كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّـهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿٣﴾

﴿الصف: ٢-٣﴾

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

As Saf : 2-3



Justeru, beringatlah dan waspadalah terhadap lidahmu sendiri ..


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًايُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu sekalian kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.”

Al Ahzab : 70





ABi
JIWA TARBAWI 497



Di zaman kini, biar pun info dan saluran maklumat di keliling pinggang, namun semakin dapat difahami panduan dari Imam Hassan Al Banna ....

Bahkan semakin kuat mahu berpegang dengannya ..



ASAS KEENAM: ( Usul ‘Isyrin )

Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan
Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam yang bersifat maksum.

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى ( 3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى ( 4

“Dan beliau tidak berkata menurut hawa nafsunya sendin. Perkataannya itu tidak lain
hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya) “.

(S 53:3-4)




ABi
JIWA TARBAWI 498




Siapa saja boleh jadi 'alim dan faqih asalkan ia belajar...

Walau apa pun latarbelakang mu, kerana yang memberikan ilmu dan kefahaman itu ialah Allah 'azza wa jalla, dan DIA jua yang memuliakan sipenerima ilmu ..

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
" من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين , إنما العلم بالتعلم والفقه بالتفقه "
أخرجه البخاري في صحيحه : كتاب العلم : باب العلم قبل القول والعمل .

" Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, nescaya Dia fahamkannya akan agamaNya. Hanyasanya ilmu ( dapat melalui jalan ) belajar, dan kefahaman ( melalui jalan ) tafaqquh ".

( Hadis dikeluarkan oleh Bukhari dalam sahihnya, Kitab Al Ilm bab Ilmu sebelum perkataan dan amalan )

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
﴿المجادلة: ١١﴾

niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan

Al Mujadilah : 11

Justeru belajarlah , dan habiskanlah umur dan usia mu dengan belajar.





ABi
JIWA TARBAWI 499



Mulia dan kuat dengan keyakinan kepada perkara yang pasti ...



Dari Sahl bin Sa’d berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

أَتَانِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ، وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مَفَارِقُهُ، وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ، ثُمَّ قَالَ: يَا مُحَمَّدُ شَرَفُ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ، وَعِزُّهُ اسْتِغْنَاؤُهُ عَنِ النَّاسِ

Jibril mendatangiku lalu berkata:

“Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, kerana sesungguhnya kamu akan mati, cintailah siapa yang kamu suka, kerana sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya dan berbuatlah sesukamu, kerana sesungguhnya engkau akan diberi balasan dengan sebabnya.”

Kemudian dia berkata lagi :

” Wahai Muhammad! Kemulian seorang mukmin adalah berdirinya dia pada malam hari (untuk salat malam), dan keizzahannya adalah tidak bergantungnya ia terhadap manusia.”

(HR At Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath no 4278, Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliyaa, al-Hakim dalam al-Mustadrak 7921 )


Justeru, teruskanlah hidupmu dengan penuh keyakinan dan pergantungan hanya padaNYA ...




ABi
JIWA TARBAWI 500




Manusia lebih sering bersibuk tentang orang lain...

Ulas dan komen pandangan orang lain..

Kritik dan berhujjah pemikiran orang lain..

Kecam dan mengata perilaku dan tindakan orang lain..

Tetapi, tidak bersibuk dengan dirinya sendiri...

Sedangkan Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam memuji mereka yang bersibuk dengan dirinya sendiri ..



(( طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس ))
( أخرجه الديلمي )

"Beruntunglah bagi siapa yang keburukan aibnya menyibukkannya daripada keburukan aib manusia "

HR Ad Dailami


Manusia lebih sering bersibuk dengan DUNIA...



Dunia yang hanya permainan dan sia-sia..

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ

“Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.”

(Al-An’am:32)


Dunia yang hanya kesenangan sementara..

Dunia yang hanyalah tipu daya..


وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”

(Ali ‘Imran:185)



Sedangkan, akhirat adalah kehidupan yang sepatutnya manusia bersibuk

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧﴾

﴿الأعلى: ١٦-١٧﴾

Tetapi kamu memilih kehidupan duniawi.(16) Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.(17)

Al A’laa : 16-17

Akhirat itu jauh lebih baik, kekal dan menjanjikan kehidupan yang sebenar

وَإِنَّ الدَّارَ الآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

“Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.”

Al-Ankabut: 64


Justeru, bilakah lagi engkau , wahai manusia mahu sedari...



أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّـهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ ﴿الحديد: ١٦﴾

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

Al Hadid : 16




ABi
JIWA TARBAWI 501




Kadang kala, bila syaitan tidak dapat halang daya juang seseorang..

Maka ia menunggang nafsunya menjadi pemangkin keinginan berjuang..

Namun ianya hanya talbis dan tazyin syaitan ( hiasan syaitan terhadap amal buruk manusia )...

Namun ianya hanya semangat perjuangan melulu ...

Tanpa suluhan ilmu dan taufiq dariNya ...

Tanpa garis sempadan dari syariah Allah ...

Yang penuh dengan ketakburan, riya’ dan 'ujub...

Yang hanya menuntut pujian dan kedudukan di mata manusia...

Yang sentiasa merasa sentiasa benar dan baik tanpa cacat cela...

Pada hal sentiasa tertipu dan ghurur...


wal 'iyazubilLah min zalik,
‎والعياذ بالله من ذلك


Justeru, mohonlah dariNYA ...


اَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّـبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ.

Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai suatu perkara yang benar, dan rezekikanlah kami agar mengikuti kebenaran itu. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai suatu perkara yang batil, dan rezekikanlah kami agar menjauhi kebatilan itu.

Bukan perjuangan yang ditinggalkan tetapi suluhilah diri dengan ilmu dan islah ...




ABi
JIWA TARBAWI 502


‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Maaf kerana nak

left world

Kalau ada sebarang tuntutan atau hutang piutang boleh contact melalui sahabat-sahabat yang masih save no saya..


Nota terakhir yang mungkin diterima....


Penasihat diri tetapi yang senyap di dalam diri....

Tentang MATI..


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿العنكبوت: ٥٧﴾

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.

Al ‘Ankabut : 57


Tentang hakikat DUNIA..

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال‏:‏ سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول‏:‏ ‏"‏إن الدنيا ملعونة ملعون ما فيها إلا ذكر الله تعالى، وما والاه، وعالمٌ أو متعلمٌ‏"‏

‏(‌‏(‏رواه الترمذي وقال‏:‏ حديث حسن‏.‏ ‏)‌‏)‌‏

“Sesungguhnya DUNIA itu terlaknat dan segala yang terkandung di dalamnya pun terlaknat, kecuali orang yang berzikir kepada Allah, yang melakukan ketaatan kepada-Nya, seorang ‘alim atau penuntut ilmu “.

HR Tirmizi



Tentang tanggungan dan liabilti dunia yang terlalu banyak mahu dipikul di AKHIRAT..



وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
﴿الإسراء: ٣٦﴾

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Al Isra’ : 36




ABi
JIWA TARBAWI 503




Jangan sekadar menuntut ilmu ...


نقل من كتاب تنبيه الغافلين بأحاديث سيد الأنبياء والمرسلين لسمرقندي

Dipetik dari Kitab Tanbihul Ghafilin, Hadis-hadis Para Anbiya’ dan Mursalin oleh Abu Laits As Samarqandi ,


وَقِيلَ لِبَعْضِ الْحُكَمَاءِ : مَا لَنَا نَسْمَعُ الْعِلْمَ وَلَا نَنْتَفِعُ بِهِ ؟ فَقَالَ لَهُمْ لِخَمْسِ خِصَالٍ :

Ditanyakan kepada sebahagian ulama' ahli hikmah : "Mengapa kami mendengar ilmu namun tidak mendapat manfa'at dengannya?"
Mereka menjawab : "Kerana lima perkara :

أَوَّلُهَا : قَدْ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ فَلَمْ تَشْكُرُوهُ.

Pertama : Allah telah memberi kenikmatan kepada kami, namun kamu tidak bersyukur kepadaNya.

وَالثَّانِي : إِذَا أَذْنَبْتُمْ فَلَمْ تَسْتَغْفِرُوهُ.

Kedua : ketika kamu melakukan dosa, kalian tidak mahu beristighfar mohon keampunan kepadaNya.

وَالثَّالِثُ : لَمْ تَعْمَلُوا بِمَا عَلِمْتُمْ مِنَ الْعِلْمِ.

Ketiga : kamu tidak mengamalkan ilmu yang telah kamu ketahui.

وَالرَّابِعُ : صَحِبْتُمُ الْأَخْيَارَ وَلَمْ تَقْتَدُوا بِهِمْ.

Keempat : kamu berteman dengan orang-orang pilihan namun kamu tidak mengikuti tingkah laku mereka.

وَالْخَامِسُ : دَفَنْتُمُ الْأَمْوَاتَ فَلَمْ تَعْتَبِرُوا بِهِمْ.

Kelima : kamu menguburkan orang-orang yang mati, namun kamu tidak mengambil pelajaran dengannya."

Justeru, wahai para penuntut ilmu .. suluhi peribadimu dengan asuhan dan tarbiyyah, nescaya engkau akan manfaat dengan ilmumu itu.



ABi
JIWA TARBAWI 504



Jangan hanyut dengan banyaknya nikmat yang engkau dapati dalam hidupmu...

bimbangilah kalau ianya hanya menjauhkan engkau dari JalanNya...


عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ تَعَالى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاجٌ"، ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ}.( الأنعام : ٤٤ )


Daripada 'Uqbah bin 'Amir radhiyalLahu 'anhu daripada Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu ( tetap ) membuat maksiat (durhaka), maka bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” Kemudian Baginda membaca ayat ( maksudnya ) :

' Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). '

Al An'aam : 44

( Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi )

Bahkan kemewahanlah yang sering menjadi manusia lalai dan cuai dengan agamanya..





قَالَ فَأَبْشِرُوا وَأَمِّلُوا مَا يَسُرُّكُمْ فَوَاللَّهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ

Bergembiralah dan berharaplah apa yang menggembirakan kalian, demi Allah bukan kemiskinan yang aku takutkan pada kalian, tapi aku takut dunia dibentangkan untuk kalian seperti halnya dibentangkan pada orang sebelum kalian, lalu kalian memperlombakannya sebagaimana mereka memperlombakannya lalu ia membinasakan kalian seperti halnya mereka.

HR Muslim, 5261

Justeru, berpada-padalah dengan harta dan duniamu.



ABi
JIWA TARBAWI 505




Seorang yang diberi ilmu, adalah seorang yang terpilih, dipilih oleh Allah untuk diberi kefahaman dan kebaikan hidup. Iaitu golongan terpilih untuk mendapat petunjuk Allah dan dijauhkan daripada kesesatan.

مَن يَهْدِ ٱللَّـهُ فَهُوَ ٱلْمُهْتَدِى ۖ وَمَن يُضْلِلْ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَـٰسِرُونَ ﴿١٧٨﴾

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi.

Al A'raaf : 178

فَمَن يُرِدِ اللَّـهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّـهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ ﴿١٢٥﴾


"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman."

(Al An’am :125)

وسئل النبي صلى الله عليه وسلم عن هذه الآية : ( فمن يرد الله أن يهديه يشرح صدره للإسلام ) وقالوا : كيف يشرح صدره يا رسول الله؟ قال : " نور يقذف فيه ، فينشرح له وينفسح " قالوا : فهل لذلك من أمارة يعرف بها؟ قال : " الإنابة إلى دار الخلود ، والتجافي عن دار الغرور ، والاستعداد للموت قبل لقاء الموت

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang ayat ini:
‎( فمن يرد الله أن يهديه يشرح صدره للإسلام) Para sahabat bertanya : Bagaimanakah dilapangkan dadanya wahai Rasulullah? Nabi Sallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Cahaya yang yang dicampakkan di dalamnya, maka ianya melapangkan dan memperluaskan jiwanya. para asahabat bertanya lagi: "'Adakah tanda-tanda yang boleh dikenali dengannya". Nabi sallahu ‘alaihi wa sallam menjawab : " Kembali kepada negara yang kenal abadi, Menjauhi daripada negara yang menipu dan bersiap sedia untuk mati sebelum datang pertemuan mati itu".

( HR Ibn Abi Syaibah )


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
" من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين , إنما العلم بالتعلم والفقه بالتفقه "

أخرجه البخاري في صحيحه : كتاب العلم : باب العلم قبل القول والعمل .

" Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, nescaya Dia fahamkannya akan agamaNya. Hanyasanya ilmu ( dapat melalui jalan ) belajar, dan kefahaman ( melalui jalan ) tafaqquh ".

( Hadis dikeluarkan oleh Bukhari dalam sahihnya, Kitab Al Ilm bab Ilmu sebelum perkataan dan amalan )


Justeru, kenapa masih rasa berat lagi untuk hadir ke majlis ilmu ?




ABi
2024/10/01 11:25:02
Back to Top
HTML Embed Code: