Telegram Web Link
JIWA TARBAWI 750


Setiap pagi, bila seseorang itu dapat bangun dari tidornya, dia bersyukur kerana masih bernyawa dan panjang umurnya.

Walaupun sebenarnya BAKI umurnya semakin berkurangan. Ini jarang disedari oleh manusia.

Ini bererti, ruang dan kesempatannya untuk beramal dan beribadah semakin berkurangan kalaulah dia masih tenggelam dengan melayan keinginan nafsunya dan angan-angan dunianya.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلي الله علية وسلم يقول : " لا يزال قلب الكبير شاباً في اثنين : في حب الدنيا ، وطول الأمل " [رواه البخاري] .

Daripada Abu Hurairah: Aku mendengar Rasulullah ‎ bersabda:

" Hati seorang tua tidak putus rasa jiwa mudanya pada dua perkara : pada gilakan dunia dan pada panjang angan-angan "

HR Bukhari 5941

Namun kalaulah ia sedar dan menginsafi umurnya yang telah berlalu, meneliti kekurangan amal dan ibadahnya, lantas berusaha keras untuk membaiki dirinya, maka inilah sebaik-baik manusia dan seorang yang paling beruntung.

عن عبد الرحمن بن أبي بكرة عن أبيه
أن رجلا قال يا رسول الله أي الناس خير قال من طال عمره وحسن عمله قال فأي الناس شر قال من طال عمره وساء عمله

Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah dari ayahnya, seseorang bertanya: siapa orang terbaik itu? Rasulullah ﷺ menjawab, "Orang ya ng panjang umurnya dan baik amalnya." Ia bertanya: Lalu siapa orang yang terburuk itu? Rasulullah ﷺ menjawab, "Orang yang panjang umurnya tapi buruk amalnya."

HR Tirmizi, 2252

Maka, beruntunglah seorang yang di penghujung nyawanya, hatinya dipimpin oleh taufiq dari Allah ta’ala sehingga kehidupannya yang berbaki disibukkan dengan usaha untuk memperbaiki dirinya lebih dari melihat dan bersibuk dengan keaiban dan kelemahan orang lain.

إذا أراد الله بعبد خيرا زهده في الدنيا ، ورغبه في الآخرة ، وبصره بعيوب نفسه ( رواه أبو منصور الديلمي )

Apabila Allah mengkehendaki kebaikan bagi seseorang hamba, Ia menjadikannya zuhud di dunia, Ia menjadikannya cenderung kepada akhirat, dan Ia menampakkannya akan keaiban-keaiban dirinya .

HR Abu Mansur Ad Dailami

طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس ( أخرجه الديلمي )

"Beruntunglah bagi siapa yang keburukan aibnya menyibukkannya daripada keburukan aib manusia "

HR Abu Mansur Ad Dailami





ABi
JIWA TARBAWI 751


Kalam Hikmah …


قـال الإمـام الشـافعي:

مـا تقرب إلى الله تعـالى بشــيء بعـد الفرائـض أفضـل مـن طلـب العلـم

(كتاب تهذيب الأسماء واللغات)

Imam Syafi’e berkata,

“Tiadalah sesuatu yang lebih utama dalam mendekatkan diri kepada Allah selepas melaksanakan segala kefardhuan melainkan menuntut ilmu.”


قال الإمام الشافعي أيضا:

نفسك وإذا لم تشغل نفسك
بالحق شغلتك بالباطل

Dirimu itu jika tidak engkau tidak sibukkan dengan kebenaran, nescaya ia sibukkan engkau dengan kebatilan


قـال سـفيان الثـوري رحمه الله:  

أول العلـم: الصمـت،
والثـاني: الاسـتماع لـه وحفظـه، 
والثالـث: العمـل بـه،
والرابـع: نشـره وتعليمـه

(كتاب درر الأقوال من أفواه الرجال)

Imam Sufiyan Al Tsawri berkata,

Yang paling awal (tuntutan terhadap) ilmu, DIAM

Yang kedua, MENDENGAR DAN MENGHAFAZ nya

Yang ketiga, MENGAMAL nya

Yang keempat, MENYIBAR DAN MENGAJARkannya .

من كلام الحكماء :

" العلم ثلاثة أشبار ، من دخل الشبر الأول : تكبر ، ومن دخل الشبر الثاني : تواضع ، ومن دخل في الشبر الثالث : علم أنه ما يعلم "

Di antara ucapan para hukama’ :

“Ilmu itu ada 3 jengkal. Barang siapa yang memasuki jengkal pertama, maka dia akan sombong. Dan barang siapa yang memasuki jengkal kedua, maka dia akan tawadhu (rendah diri). Dan barang siapa yang memasuki jengkal ketiga, maka dia akan tahu bahwa dia tidak mengetahui sesuatu halpun”

Justeru, tuntutlah ilmu sehingga hujung hayatmu.




ABi
JIWA TARBAWI 752

Allah, Al Quran dan Manusia

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ‎﴿٥٧﴾

‏Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (57)

Yunus : 57

Allah ta’ala amat mengerti bahawa manusia sememangnya perlukan nasihat pengajaran maka Dia turunkan Al Quran.

Dia maha memahami jiwa manusia perlukan penawar maka Dia turunkan Al Quran.

Dia sangat faham manusia berhajat kepada hidayah petunjuk maka Dia turunkan Al Quran

Dia sangat mengasihi dan menyayangi orang beriman di dunia dan akhirat maka Dia hidangkan Al Quran.

Justeru, tiada apa lagi yang kita perlukan untuk hidup melainkan Al Quran kerana KITA adalah MANUSIA .


ABi
JIWA TARBAWI 753



Bila seorang yang dikasihi muncul dalam kehidupan, maka akan ada juga seorang yang disayangi hilang dari kehidupan. Kerana semuanya itu aturan Allah ‘Azza wa Jalla .

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً ‎﴿النحل: ٧٢﴾

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit,

An Nahl : 72

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ ‎﴿البقرة: ١٥٥﴾‏

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa

Al Baqarah: 155

Kedua-dua keadaan ini berlaku dengan kehendak dan qudrat Allah ‘Azza wa Jalla. Kedua-duanya adalah UJIAN Allah ‘Azza wa Jalla.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ‎﴿الأنبياء: ٣٥﴾‏

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Al Anbiya’ : 35

Ada yang berjaya melalui ujian ini, dengar bersabar, redha dan bersyukur. Bahkan dia semakin dekat dan utuh pergantungannya jiwanya pada Allah ‘Azza wa Jalla . Dan ada juga yang gagal, bila mana jiwanya hanya melihat kepada kehendak dan kudrat dirinya sendiri.

Justeru, pandanglah pada setiap yang berlaku dengan pandangan mata hati yang disinari dengan cahaya ILMU dan IMAN. Setiap yang berlaku pasti ada HIKMAH yang terkadang manusia buta untuk melihatnya.

Rasulullah ‎ bersabda,

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
(رواه مسلم)

Menakjubkan sekali urusan seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya baik baginya, dan hal ini tidak terjadi kecuali pada seorang beriman, jika ia tertimpa sesuatu yang menyenangkan, maka ia bersyukur, maka hal ini terbaik baginya, dan jika ia tertimba sesuatu yang menyulitkan, maka ia bersabar,maka hal ini terbaik baginya

(HR Muslim, no. 2999)




ABi
JIWA TARBAWI 754


Berbangga dengan kebaikan diri sendiri, berbangga merendahkan keburukan dan keaiban diri orang lain.

Benci bila keaiban diri sendiri diperkatakan oleh orang, benci bila mendengar kebaikan orang lain disebut orang.

Gemar menyebut-nyebut keaiban orang lain, benci mendengar orang sebut keaiban diri sendiri.

Merasa mulia diri sendiri, sehingga nampak yang buruk pun baik dan mulia.

Memandang hina kepada orang lain, sehingga kebaikan mereka pun di pandang.

Gemar dipuji, benci bila dicela.


Inilah pakej TAKABBUR, ‘UJUB dan RIYA’.


PEROSAK hati dan amalan.


SYIRIK TERSEMBUNYI yang membinasakan.

Rasulullah ‎ bersabda,


الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia”.

[HR. Muslim, no. 2749]

أتخوف على أمتي الشرك والشهوة الخفية قال قلت يا رسول الله أتشرك أمتك من بعدك قال نعم أما إنهم لا يعبدون شمسا ولا قمرا ولا حجرا ولا وثنا ولكن يراءون بأعمالهم والشهوة الخفية أن يصبح أحدهم صائما فتعرض له شهوة من شهواته فيترك صومه

"Aku sangat takut kepada umatku tertimpa kesyirikan dan syahwat yang tersembunyi." (Syaddad bin Aus radhiallahu'anhu) berkata; saya berkata, "Wahai Rasulullah, apakah umatmu akan melakukan kesyirikan setelah Anda?." Baginda ‎ menjawab, "Ya, namun mereka tidak menyembah matahari, bulan, batu atau berhala tapi mereka melakukan riya' dengan amalan-amalan mereka. Adapun syahwat yang tersembunyi iaitu seorang yang di pagi hari dalam keadaan puasa, lalu ada satu syahwat yang datang, sehingga ia meninggalkan puasanya."

HR Ahmad, 16498

ثلاث مهلكات: شح مطاع، وهوى متبع، وإعجاب المرء بنفسه
(رواه البزار والطبراني).

Tiga perkara yang merosakkan: Sikap kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum dengan diri sendiri.”

(HR Bazzar dan At Thabarani)

Justeru, cukuplah ! Usah dibiarkan lagi dirimu dikuasai oleh penyakit-penyakit ini.

Sesungguhnya tiada pilihan bagi mu melainkan sungguh-sungguh merawat dan mengubatinya dengan ILMU dan AMAL dengan bimbingan Ar Rasul ‎ .

Dalam sebuah hadis dari Ma’qil bin Yasar Radhiyallahu anhu berkata, “Aku bertolak bersama Abu Bakar As Siddiq radhiyallahu anhu menuju Nabi ‎ , lalu Baginda ‎ bersabda: “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya, syirik di tengah kalangan kamu itu lebih tersembunyi daripada semut yang merayap.” Lalu Abu Bakar radhiyallahu anhu berkata, “Bukankah makna syirik adalah ketika seseorang menjadikan ada sembahan lain selain Allâh?” Nabi ‎ menjawab, “Demi Zat yang jiwaku ada di tanganNya! Sesungguhnya, syirik itu lebih tersembunyi daripada semut yang merayap. Mahukah aku tunjukkan sesuatu kepadamu, yang bila mana engkau mengucapkannya, maka kesyirikan pun akan lenyap darimu, baik syirik yang sedikit (yang kecil) mahupun banyak (besar)? Katakanlah: (lalu Rasulullah ‎ menyebutkan doa )

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ , وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا أَعْلَمُ

Ya Allâh! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan (syirik) yang menyekutukanMu sedangkan aku mengetahuinya; dan aku memohon ampun kepada-Mu dari apa-apa yang tidak aku ketahui

[HR. Al-Bukhâri dalam al-Adabul Mufrad]



ABi
JIWA TARBAWI 755



Apa tanda Allah ‘Azza wa Jalla mengasihi hambaNya?

Bagaimana kita tahu Allah ‘Azza wa Jalla mengasihi kita?

Di antara tanda-tandanya ialah :

1. Allah ‘Azza wa Jalla memberi bimbingan taufiq kepada IMAN dan ISLAM. Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhuma berkata:

إن الله تعالى قسم بينكم أخلاقكم كما قسم بينكم أرزاقكم، وإن الله تعالى يعطي المال من أحب ومن لا يحب ولا يعطي الإيمان إلا من يحب.
(رواه البخاري في الأدب المفرد)

Sesungguhnya Allah ta’ala membahagikan akhlak di antara kamu sebagaimana Dia membahagikan rezeki di antara kamu. Dan sesungguhnya Allah ta’ala memberi harta kepada siapa yang Ia kasih dan siapa yang Ia tidak kasihi. Dan Dia tidak memberikan IMAN melainkan hanya kepada siapa Ia kasihi.

(HR Bukhari dalam Adab Al Mufrad)

2. Allah ‘Azza wa Jalla memelihara seseorang itu dari kejahatan fitnah dan syahwat DUNIA. Dari Mahmud bin Labid radhiyallahu ‘anhu bahawadanya Rasulullah ‎ bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَحْمِي عَبْدَهُ الْمُؤْمِنَ فِي الدُّنْيَا وَهُوَ يُحِبُّهُ كَمَا تَحْمُونَ مَرِيضَكُمْ الطَّعَامَ وَالشَّرَابَ تَخَافُونَ عَلَيْهِ (رواه أحمد)

“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memelihara hambaNya yang mukmin di dunia dalam keadaan Ia mengasihinya sebagaimana kamu menjaga orang sakit di kalangan kamu pada makan dan minum yang kamu khuatiri membahayakannya.”

(HR Ahmad)

Rasulullah ‎ juga bersabda,

إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ عَبْدًا حَمَاهُ الدُّنْيَا كَمَا يَظَلُّ أَحَدُكُمْ يَحْمِي سَقِيمَهُ الْمَاءَ

Rasulullah ﷺ bersabda, "Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan melindunginya dari fitnah dunia. Sebagaimana salah seorang dari kalian berteduh untuk melindungi sakitnya dari percikan air."

(HR Tirmizi)

عن سهل بن سعد الساعدي قال جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم  فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ: دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اللَّهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم : (ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ، وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ) رواه ابن ماجه.  فالزهد أن تجعل الدنيا في يدك لا أن تجعلها في قلبك.

Dari Sahl bin Sa'd As Sa'idi dia berkata, "Seorang laki-laki datang kepada Nabi ﷺ seraya berkata, "Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang jika aku kerjakan maka Allah dan seluruh manusia akan mencintaiku." Rasulullah ﷺ bersabda, "Berlakulah zuhud dalam urusan dunia niscaya kamu akan dicintai Allah, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki orang lain niscaya kamu akan dicintai orang-orang."

(HR Ibnu Majah)





ABi
JIWA TARBAWI 756



قال الإمام الشافعي:

" نفسك وإذا لم تشغل نفسك
بالحق شغلتك بالباطل "

Berkata Al Imam As Syafie :

“Dirimu itu jika tidak engkau tidak sibukkan dengan kebenaran, nescaya ia sibukkan engkau dengan kebatilan”.



Justeru, usah dituruti segala keinginan nafsumu. Nescaya engkau akan dianugerahkan dengan pelbagai jalan-jalan hidayah kepada Tuhanmu.


وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
‎﴿العنكبوت: ٦٩﴾‏

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (69)

Al Ankabut: 69




ABi
JIWA TARBAWI 757


Allah ‘Azza wa Jalla tidak menjauhi hamba-hambaNya. Namun manusialah yang sering meninggalkanNya.

Iaitu di antaranya dengan menjauhi membaca, tidak mahu memahami, dan tidak mengambil pelajaran dan peduli ancaman-ancaman dariNya.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla ,


وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا ‎﴿الفرقان: ٣٠﴾‏

Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan".

Al Furqan: 30

وَهُمْ يَنْهَوْنَ عَنْهُ وَيَنْأَوْنَ عَنْهُ وَإِن يُهْلِكُونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ‎﴿الأنعام: ٢٦﴾‏

Dan mereka melarang (orang lain) mendengarkan Al-Quran dan mereka sendiri menjauhkan diri daripadanya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyadari.

Al An’am : 26

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَـٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا ‎﴿الإسراء: ٤١﴾‏

Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).

Al Isra’: 41

Percayalah, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla akan sentiasa dekati dan ingati hamba-hambaNya yang sentiasa ingat dan mendekatiNya.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla,

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ ‎﴿البقرة: ١٥٢﴾‏

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.

Al Baqarah: 152

Juga firmanNya, (maksud)

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ‎﴿البقرة: ١٨٦﴾‏

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Al Baqarah: 186


Sabda Rasulullah ‎ :

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً.

”Sesungguhnya Allah berfirman, “Aku menurut prasangka hamba-Ku. Aku bersamanya saat ia mengingat-Ku. Jika ia mengingatku dalam kesendirian, Aku akan mengingatnya dalam kesendirian-Ku. Jika ia mengingat-Ku dalam keramaian, Aku akan mengingatnya dalam keramaian yang lebih baik daripada keramaiannya. Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku akan mendekat kepadanya se depa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”

(HR Bukhari dan Muslim).


Justeru, engkau boleh sahaja mengetahui saat bilakah Allah ‘Azza wa Jalla sedang mengingatimu, iaitu di ketika mana engkau mengingatNya ketika itulah Dia sedang membalas ingatanmu padaNya.




ABi
JIWA TARBAWI 758



Untuk mendidik nafsu yang kuat keinginannya, biar pun engkau seorang berilmu mahu pun ahlul ibadah, mestilah ada rasa takut bimbang ( al khauf, الخوف ) dan takut gerun ( al khasyyah, الخشية ) dalam HATI mu...

Al Khauf bererti perasaan takut yang muncul dari hati terhadap sesuatu yang mencelakakan, berbahaya atau mengganggu dan dalam konteks tazkiyyah nafs bila seorang hamba merasa takut dan bimbang kepada Allah kerana kurang sempurna pengabdiannya, takut atau khuatir kalau-kalau Allah tidak redha padanya atau amalannya yang masih cedera dan tidak diterima oleh Allah ta’ala. Khauf timbul kerana pengenalan dan cinta kepada Allah yang mendalam sehingga ia merasa khuatir kalau Allah melupakannya atau takut kepada siksaan Allah berpunca dari kurangnya amalannya atau ibadahnya tidak diterima Allah atau kebimbangan dek sebab dosanya yang tidak terampun.

Khauf dalam hati menggambarkan kebimbangan dan keresahan hati kerana menunggu sesuatu yang tidak disukai yang diyakini akan terjadi dikemudian hari. Juga suatu bentuk kegelisahan ketika seseorang hamba itu merasakan sesuatu yang ia benci akan menimpanya.

أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ ۚ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا ﴿٥٧)

Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti.

Al Israa' : 57

إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا ﴿١٠﴾

Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan.

Al Insaan : 10

Justeru .... dengan suburnya rasa khauf dalam hati mampu mendidik , mengasuh dan menahan mengawal nafsu agar tunduk patuh pada Nya.

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ ﴿النازعات: ٤٠﴾

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,

An Naazi'at : 40

Al Khasyyah juga suatu perasaan takut kepada Rabbil Izzati. Namun ianya lebih khusus kerana disertai rasa gerun haibah dalam mengagungkan dan membesarkan Nya. Ianya adalah dari ilmu dan makrifat serta keyakinan yang mutlak pada Nya biar pun dalam keadaan zat dansiifatNya yang ghaib iaitu tidak dapat dilihat dengan mata kepala.

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّـهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ ﴿٢٨﴾

Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Faathir : 28

الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّـهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّـهَ ۗوَكَفَىٰ بِاللَّـهِ حَسِيبًا ﴿٣٩﴾

(yaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang(pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan.

Al Ahzab : 39

الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ وَهُم مِّنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ ﴿٤٩)

(yaitu) orang-orang yang takut akan (azab) Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, dan mereka merasa takut akan (tibanya) hari kiamat.

Al Anbiyaa' : 49

Rasa khayysah ini akan membuahkan berbagai kesan ubudiyyah dalam diri seorang hamba ..

اللَّـهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّـهِ يَهْدِي بِهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّـهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ ﴿٢٣﴾
Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah.

Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun.

Az Zumaar : 23

إِنَّمَا تُنذِرُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ ۚ وَمَن تَزَكَّىٰ فَإِنَّمَا يَتَزَكَّىٰ لِنَفْسِهِ ۚ وَإِلَى اللَّـهِ الْمَصِيرُ ﴿١٨﴾

Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka mendirikan sembahyang. Dan barangsiapa yang mensucikan dirinya, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allahlah kembali(mu).

Fathiir : 18

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ ﴿١٢﴾

Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.

Al Mulk : 12


Justeru , asuhlah dan suburkanlah HATI mu dengan al khauf wal khasyyah demi meningkatkan himmah hati mu terhadap kehidupan akhirat mu.




ABi
JIWA TARBAWI 759



Nilai dan arti persaudaraan..


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
إِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ

Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Jika seorang laki-laki menyukai saudaranya, maka hendaklah ia mengabarkan kepadanya bahwa ia menyukainya.”

HR Abu Daud, 4459

Ini adalah ajaran dan didikan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dalam soal ukhuwwah dan persaudaraan. Indah dan manisnya nilai persaudaraan.

Namun, nilai ukhuwwah dan persaudaraan kini hanya tinggal retorik.

Bahkan, seseorang itu hanya akan lebih mempercayai hal saudaranya dari lidah seseorang yang sentiasa memburukkan saudaranya itu.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حَسْبُ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Cukuplah seseorang dikatakan telah berbuat jahat jika ia merendahkan saudaranya muslim.”

HR Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad.

Justeru, perbaikilah akhlakmu terhadap saudaramu sendiri.




ABi
JIWA TARBAWI 760




Tawar hati terhadap DUNIA


Allâh Azza wa Jalla berfirman:

فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ  

Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

At-Taubah :38


Rasulullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


وَاللهِ ، مَا الدُّنْيَا فِـي الْآخِرَةِ إِلَّا مِثْلُ مَا يَـجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ هٰذِهِ – وَأَشَارَ يَحْيَ بِالسَّبَّابَةِ – فِـي الْيَمِّ ، فَلْيَنْظُرْ بِمَ تَرْجِـعُ

Demi Allâh! Tidaklah dunia dibandingkan akhirat melainkan seperti salah seorang dari kalian mencelupkan jarinya ke laut, -(perawi hadis ini iaitu)Yahya  memberikan isyarat dengan jari telunjuknya- lalu hendaklah dia melihat apa yang dibawa jarinya itu?

HR. Muslim, no. 2858

Oleh kerana itu, jika engkau melihat Allâh Azza wa Jalla memberi kepada seorang hamba kenikmatan dunia, padahal dia terus menerus berbuat maksiat, maka ketahuilah bahwa itu adalah istidraj.

Rasulullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا رَأَيْتَ اللهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيْهِ مَا يُحِبُّ، فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ، ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ .

Jika engkau melihat Allâh memberi kepada seorang hamba apa yang disukainya di dunia padahal dia berbuat maksiat, maka itu adalah istidrâj. Kemudian Rasûlullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat (maksud ayat): “Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa.”

[Al An’am:44]

HR. Ahmad, IV/145


Aku mohon perlindunganMu Ya Allah dari keindahan duni yang menipu.



ABi
JIWA TARBAWI 761



Bila hati semakin jauh dari manusia.




وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا ﴿٢٧﴾ يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا ﴿٢٨﴾ لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي ۗ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا

“Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya (yakni: sangat menyesal), seraya berkata: “Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si Fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Quran ketika Al Quran itu telah datang kepadaku.” Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia.” 

Al-Furqan: 27-29

قَالَ ادْخُلُوا فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِكُم مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ فِي النَّارِ ۖ كُلَّمَا دَخَلَتْ أُمَّةٌ لَّعَنَتْ أُخْتَهَا ۖ حَتَّىٰ إِذَا ادَّارَكُوا فِيهَا جَمِيعًا قَالَتْ أُخْرَاهُمْ لِأُولَاهُمْ رَبَّنَا هَٰؤُلَاءِ أَضَلُّونَا فَآتِهِمْ عَذَابًا ضِعْفًا مِّنَ النَّارِ ۖ قَالَ لِكُلٍّ ضِعْفٌ وَلَٰكِن لَّا تَعْلَمُونَ ‎﴿٣٨﴾

Allah berfirman: "Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu. Setiap suatu umat masuk (ke dalam neraka), dia mengutuk kawannya (menyesatkannya); sehingga apabila mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian di antara mereka kepada orang-orang yang masuk terdahulu: "Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka siksaan yang berlipat ganda dari neraka". Allah berfirman: "Masing-masing mendapat (siksaan) yang berlipat ganda, akan tetapi kamu tidak mengetahui". (38)

Al A’raf: 38

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا ‎﴿٦٦﴾‏ وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا ‎﴿٦٧﴾‏ رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا ‎﴿٦٨﴾‏

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul". (66) Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). (67) Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar". (68)

Al Ahzab: 66-68

Hadis yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal R.A beliau berkata bahawa Rasulullah ‎ bersabda :

خَمْسٌ مَنْ فَعَلَ وَاحِدَةً مِنْهُنَّ كَانَ ضَامِنًا عَلَى اللهِ مَنْ عَادَ مَرِيضًا، أَوْ خَرَجَ مَعَ جَنَازَةٍ، أَوْ خَرَجَ غَازِيًا، أَوْ دَخَلَ عَلَى إِمَامِهِ يُرِيدُ تَعْزِيزهُ وَتَوْقِيرَهُ، أَوْ قَعَدَ فِي بَيْتِهِ فَسَلِمَ النَّاسُ مِنْهُ وَسَلِمَ مِنَ النَّاسِ


“Lima perkara yang mana jika seseorang itu melakukan salah satu daripadanya maka dia akan mendapat perlindungan dari Allah, iaitu seseorang yang menziarahi orang sakit, atau keluar mengiringi jenazah (ke perkuburan), keluar berperang di medan jihad, pergi kepada seorang pemimpin dengan tujuan untuk menghormati dan memuliakannya,  atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia.”

Riwayat Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir


Berhati-hatilah dalam berteman dan bercampur dengan manusia.




ABi
JIWA TARBAWI 761


Bila lagi sikap dan perangai manusia mahu berubah dalam menghadapi ujian hidup?



Manusia sering buruk sangka pada Tuhannya.

فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ ‎﴿١٥﴾‏ وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ ‎﴿١٦﴾

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". (15) Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku". (16)

Al Fajr : 15-16


Manusia sering lupa diri dan lupa Tuhannya.

وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ

“Apabila manusia ditimpa kesusahan, dia berdoa kepada Allah, memohon bantuan dan bertaubat kepadanya, (namun) apabila dihilangkan dari mereka kesusahan tersebut, dia lupa apa yang pernah diucapkan dalam doa mereka sebelum itu.”

Az Zumar: 8


وَإِذَا مَسَّ الإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِداً أَوْ قَآئِماً فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَّسَّهُ (12)

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami Hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (kejalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya.”

Yunus : 12

Manusia sering terperangkap dengan nafsu dan emosinya sendiri.

إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا(19)إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا(20)وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا(21)

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut.”

Al Ma’arij : 19-21

Penyesalan manusia sering dikuasai oleh nafsu dan kecenderungan dunianya sendiri dan bukan kerana takutkan Allah, Tuhannya.

وَإِذَا مَسَّ النَّاسَ ضُرٌّ دَعَوْا رَبَّهُم مُّنِيبِينَ إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا أَذَاقَهُم مِّنْهُ رَحْمَةً إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ ‎﴿الروم: ٣٣﴾‏

Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya, kemudian apabila Tuhan merasakan kepada mereka barang sedikit rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebagian dari mereka mempersekutukan Tuhannya, (33)

Ar Rum : 33


وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ ‎﴿٣٦﴾‏

Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa. (36)

Ar Rum : 36

هُوَ الَّذِي يُسَيِّرُكُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا كُنتُمْ فِي الْفُلْكِ وَجَرَيْنَ بِهِم بِرِيحٍ طَيِّبَةٍ وَفَرِحُوا بِهَا جَاءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَاءَهُمُ الْمَوْجُ مِن كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ ۙ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ لَئِنْ أَنجَيْتَنَا مِنْ هَٰذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ ‎﴿٢٢﴾‏ فَلَمَّا أَنجَاهُمْ إِذَا هُمْ يَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۗ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا بَغْيُكُمْ عَلَىٰ أَنفُسِكُم ۖ مَّتَاعَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا مَرْجِعُكُمْ فَنُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ‎﴿٢٣﴾

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (berlayar) di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira karenanya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata.
(Mereka berkata): "Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur". (22) Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa (alasan) yang benar…(23)

Yunus : 22-23

فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ ‎﴿العنكبوت: ٦٥﴾‏

Maka apabila mereka naik kapal mereka mendoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya; maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Allah) (65)

Al Ankabut : 65

وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَن تَدْعُونَ إِلَّا إِيَّاهُ فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ وَكَانَ الْإِنسَانُ كَفُورًا
‎﴿الإسراء: ٦٧﴾‏

Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih. (67)

Al Isra’ : 67


Justeru, bilakah lagi ujian dan musibah Allah ‘Azza wa Jalla akan membuka penglihatan mata hati manusia?


اللهم نوِّر قلوبَنا بنور هدايتك

Ya Allah terangilah hati-hati kami dengan cahaya hidayat dan petunjukMu.




ABi
JIWA TARBAWI 762



Apabila suatu ketentuan takdir Allah itu berlaku, manusia tidak akan dapat mengubahnya.

Manusia juga tidak ada pilihan untuk mengelaknya kerana ianya adalah sebuah TAKDIR.

سَوابِقُ الهِمَمِ لا تُخرِقُ أسوَارَ الأَقدَار

“Keras kemahuan hati tidak dapat menembusi benteng takdir. “

( Al Hikam - Ibnu ‘Athaillah )


Namun, manusia ada pilihan bagaimana untuk menghadapi dan melaluinya.

Justeru, pilihlah untuk menjadi seorang HAMBA ALLAH.

Seorang HAMBA itu, apabila menghadapi takdir..

1. Memahami makna takdir yang sebenarnya. Takdir adalah ketentuan Allah ‘Azza wa Jalla dan bukan pilihan manusia.

2. Tidak buruk sangka pada Allahcv ‘Azza wa Jalla dan pada orang lain.

3.Tidak menyalahkan orang lain. Apatah lagi untuk menyalahkan Allah ‘Azza wa Jalla .

4.Sewajarnya bermuhasabah dengan diri dan perilaku diri. Juga hubungannya dengan Allah ta’ala. Lantas berusaha memperelokkannya.

5.Merenung hikmah pada sisi kehidupan dengan pandangan mata hati.

6.Menerima apa yang menimpa dengan lapang dada, dan redha untuk meneruskan kehidupan yang berbaki.

7.Meyakini selalu ada jalan untuk bersyukur sebagai seorang HAMBA.


وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ‎﴿الأنبياء: ٣٥﴾‏

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya), dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.


(Al-Anbiya’: 35)

Kata Imam Ibnu Katsir rahimahullah ta’ala:

“Kami (Allah) menguji kamu (wahai manusia), terkadang dengan bencana dan terkadang dengan kesenangan, agar Kami melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang engkat, serta siapa yang bersabar dan siapa yang berputus asa”.





ABi
JIWA TARBAWI 763


Orang yang sudah beramal namun tidak mendapatkan manfaat apa-apa dari amalannya tersebut, maka ia adalah seorang yang rugi.

Dan seorang yang paling rugi pula ialah seorang yang tidak mendapatkan manfaat apa-apa dari amalannya dalam keadaan ia menyangka dia sentiasa melakukan kebaikan.

Allah ta’ala berfirman:


قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا


“Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya”

(Al Kahfi: 103-104)


Al Imam Ibnu Katsir rahimahullah menyebut dalam kitab tafsirnya:

فقال ( الذين ضل سعيهم في الحياة الدنيا ) أي عملوا أعمالا باطلة على غير شريعة مشروعة مرضية مقبولة ( وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعا ) أي يعتقدون أنهم على شيء وأنهم مقبولون محبوبون .


“Firman Allah [orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini] maksudnya orang-orang yang mengamalkan amalan-amalan yang batil, tidak sesuai syariat yang diredhai dan diterima oleh Allah. [sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya] maksudnya mereka berkeyakinan bahwa mereka berada di atas kebaikan dan meyakini amalan mereka diterima dan dicintai Allah”

(Tafsir Ibnu Katsir).

Manusia sering tertipu dengan penilaian terhadap dirinya sendiri. Iaitu apabila neraca ukuran yang digunakan ialah aqal dan nafsunya sahaja. Dan meninggalkan panduan petunjuk dan bimbingan taufik Allah ‘Azza wa Jalla.

Justeru, usahlah merasa aman dengan amalan diri sendiri. Mohonlah panduan dan bimbinganNya agar engkau tidak tertipu dengan dirimu sendiri.


اللهم اَرِنا الحقَّ حقًّا وَارزُقنَا اتِّباعَه وارنا الباطِلَ باطلاً وارزقنا اجْتِنابَه

Ya Allah Perlihatkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran, rezekikanlah kami dapat mengikuti kebenaran.

Dan perlihatkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan, rezekikanlah kami dapat menjauhi kebatilan.



ABi
JIWA TARBAWI 764


Lebih utama mengingati tarikh kematian ..

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ ». يَعْنِى الْمَوْتَ.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan: “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Perbanyaklah mengingat pemutus kelazatan”, iaitu kematian”.

(HR. Tirmizi)


Zikir mengingat mati melapangkan dada dan menambah ibadah

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “أكثروا ذكر هاذم اللذات: الموت، فإنه لم يذكره في ضيق من العيش إلا وسعه عليه، ولا ذكره في سعة إلا ضيقها”

“Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Perbanyaklah mengingat pemutuskan kelazatan, iaitu kematian, karena sesungguhnya tidaklah seseorang mengingatnya ketika dalam keadaan kesempitan hidup, melainkan dia akan melapangkannya, dan tidaklah seseorang mengingatnya ketika dalam keadaan lapang, melainkan dia akan menyempitkannya.”

(HR. Ibnu HIbban)

Ad Daqqaq rahimahullah berkata,

“من أكثر ذكر الموت أكرم بثلاثة: تعجيل التوبة، وقناعة القلب، ونشاط العبادة، ومن نسى الموت عوجل بثلاثة: تسويف التوبة، وترك الرضا بالكفاف، والتكاسل في العبادة” 
(تذكرة القرطبي : ص 9)

“Barangsiapa yang banyak mengingat kematian maka dimuliakan dengan tiga hal: “Bersegera taubat, puas hati (qana’ah) dan bersemangat untuk ibadah, dan barangsiapa yang melupakan kematian diberikan hukuman dengan tiga hal; menunda taubat, tidak redha dengan keadaan dan malas ibadah”

(At Tazkirah fi Ahwal Al Maut wa Umur Al Akhirah, karya Al Qurthuby).


Ali bin Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata,

ارْتَحَلَتِ الدُّنْيَا مُدْبِرَةً، وَارْتَحَلَتِ الآخِرَةُ مُقْبِلَةً، وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا بَنُونَ، فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الآخِرَةِ، وَلاَ تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا، فَإِنَّ الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلاَ حِسَابَ، وَغَدًا حِسَابٌ وَلاَ عَمَلَ.

“Dunia sudah pergi meninggalkan, dan akhirat datang menghampiri, dan setiap dari keduanya ada anak-anaknya, maka jadilah kamu anak-anak (orang-orang yang mendambakan kehidupan ) akhirat dan jangan kamu menjadi anal-anak (orang-orang yang mendambakan) dunia, kerana sesungguhnya hari ini (di dunia) yang ada hanya amalan perbuatan dan tidak ada hitungan dan besok (di akhirat) yang ada hanya hitungan tidak ada amalan.”

( Sahih Bukhari: Kitab Ar Rifq )


Untuk diri sendiri.



ABi
JIWA TARBAWI 765




Usah ‘berasa’ dalam hati mu kesucian dirimu sendiri.


فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ ‎﴿النجم: ٣٢﴾‏

maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa. (32)

An Najm: 32

Manusia hanya diperintah untuk beribadah dan beramal, dan berusaha mengikhlas diri terhadap Allah ‘Azza wa Jalla. Namun tiada siapa yang tahu apakah amalannya telah diterima Allah ‘Azza wa Jalla.

Seorang yang beriman sentiasa merasa bimbang amalannya tidak diterima Allah ‘Azza wa Jalla .

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ ‎﴿٦٠﴾‏ أُولَٰئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ ‎﴿٦١﴾‏ ‎﴿المؤمنون: ٦٠﴾‏

Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; (60) Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya. (61)

Al Mukminun : 60-61

Seorang yang beriman itu hanya beramal dan menyerahkan amalannya untuk dinilai oleh Allah ‘Azza wa Jalla setelah ia berusaha bersungguh-sungguh mengikhlaskan diri pada Allah ‘Azza wa Jalla .

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ‎﴿الكهف: ١١٠﴾‏

Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (110)

Al Kahfi : 110

Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla hanya menerima amalan hambaNya yang dalam hatinya penuh dengan ketakwaan. Iaitu apabila melakukan ketaatan kerana takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Juga meninggalkan laranganNya kerana takut kepadaNya.

إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ ‎﴿المائدة: ٢٧﴾‏

Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; (27)

Al Maidah: 27

Justeru, cermatilah HATI mu.




ABi
JIWA TARBAWI 766



Kemuliaan jiwa seorang HAMBA bukanlah diukur pada apa yang diperagakan untuk dipuji oleh manusia.

Atau apa yang diangan-angankan atau disangka pada fikirannya.

Kerana bagi setiap amalan dan niatnya seseorang itu diukur dan dinilai oleh Allah ‘azza wa jalla.

Allah ta’ala berfirman :

قُلْ إِنْ تُخْفُوا مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ

“Katakanlah: Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui.”

(Ali-Imran : 29)

Allah ta’ala mengukur dan menilai ketakwaan zahir dan batin seorang HAMBA.

Nabi ‎ bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعَبْدَ التَّقِيَّ الْغَنِيَّ الْخَفِيَّ

“Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, berkecukupan, dan tersembunyi.” (HR. Muslim no. 2965)

Iaitu seorang yang bertakwa pada zahir dan batinnya, yang tidak menampakkan kayanya jiwa nya, tidak ingin untuk ternama di depan manusia, atau untuk ditunjuk oleh orang-orang dengan jari atau diperkatakan oleh orang ramai.

Imam asy-Syafi'iy rahimahullah berkata :

ﺟﻮﻫﺮ ﺍﻟﻤـــــــﺮﺀ ﻓﻲ ﺛﻼﺙ:
ﻛﺘﻤﺎﻥ ﺍﻟﻔـــــﻘـﺮ ﺣﺘﻰ ﻳﻈﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻣﻦ ﻋﻔﺘﻚ ﺃﻧﻚ ﻏﻨﻲ،
ﻭﻛﺘﻤﺎﻥ ﺍﻟﻐﻀـﺐ ﺣﺘﻰ ﻳﻈﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﻧﻚ ﺭﺍﺽ،
ﻭﻛﺘﻤﺎﻥ ﺍﻟﺸﺪﺓ ﺣﺘﻰ ﻳﻈﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﻧﻚ ﻣﺘﻨﻌﻢ.

Kemuliaan jiwa seseorang itu ada pada tiga perkara:

1. Menyembunyikan kefakiran hingga orang lain menyangka bahwa engkau berkecukupan.
2. Menyembunyikan kemarahan hingga orang lain menyangka bahwa engkau ridha.
3. Menyembunyikan penderitaan hingga orang lain menyangka bahwa engkau hidup enak.

(Manaqib asy-Syafi'iy, jilid 2/188)





ABi
2024/09/29 17:33:26
Back to Top
HTML Embed Code: