Telegram Web Link
JIWA TARBAWI 767


Menikmati ujian Allah ‘Azza wa Jalla dengan HATI yang sabar..

وَبَلَوْنَاهُم بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ‎﴿الأعراف: ١٦٨﴾‏

Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat). (168)

Al A’raf : 168

وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ‎﴿الأنبياء: ٣٥﴾‏

dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (35)

Al Anbiya’ : 35

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ‎﴿١٥٥﴾‏ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ‎﴿١٥٦﴾‏ أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ ‎﴿١٥٧﴾ ‎﴿البقرة: ١٥٥-١٥٧﴾‏

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (157)

Al Baqarah : 155-157




ABi
JIWA TARBAWI 768



Nabi Ayyub ‘alaihis salam biar pun Baginda adalah Rasul dan Kekasih Allah, Baginda Allah uji dengan penyakit. Namun ingatannya pada Allah tidak pernah putus bahkan semakin bertambah.

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ ‎﴿الأنبياء: ٨٣﴾‏

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (83)

Al Anbiya’: 83

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ ‎﴿ص: ٤١﴾‏

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)". (41)

Shaad : 41

Penyakit adalah rakan bagi hamba-hamba Allah ‘Azza wa Jalla untuk semakin dekat dengannya.

Sesungguhnya, Dialah Allah ‘Azza wa Jalla yang menurunkan penyakit sebagai ujian untuk manusia, dan Dialah jua yang mengangkatnya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
(رواه البخاري ،٥٢٤٦)
Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam Baginda bersabda: "Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan menurunkan ubatnya juga."

(HR Bukhari, 5246).

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ‎﴿الشعراء: ٨٠﴾‏

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; (80)

As Syu’ara : 80

Justeru, beruntunglah sesiapa yang direzekikan oleh Allah ‘Azza wa Jalla ketika ia sakit dan menjelang kematiannya, hatinya semakin dekat denganNya dengan melazimi lafaz-lafaz untuk mengingatiNya.

حدثنا أبو بكر حدثنا الحسين بن علي عن حمزة الزيات عن أبي إسحق عن الأغر أبي مسلم أنه شهد على أبي هريرة وأبي سعيد أنهما شهدا على رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا قال العبد لا إله إلا الله والله أكبر قال يقول الله عز وجل صدق عبدي لا إله إلا أنا وأنا أكبر وإذا قال العبد لا إله إلا الله وحده قال صدق عبدي لا إله إلا أنا وحدي وإذا قال لا إله إلا الله لا شريك له قال صدق عبدي لا إله إلا أنا ولا شريك لي وإذا قال لا إله إلا الله له الملك وله الحمد قال صدق عبدي لا إله إلا أنا لي الملك ولي الحمد وإذا قال لا إله إلا الله ولا حول ولا قوة إلا بالله قال صدق عبدي لا إله إلا أنا ولا حول ولا قوة إلا بي قال أبو إسحق ثم قال الأغر شيئا لم أفهمه قال فقلت لأبي جعفر ما قال فقال من رزقهن عند موته لم تمسه النار

(راوه ابن ماجه،٣٧٨٤)

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar telah menceritakan kepada kami Al Husain bin Ali dari Hamzah Az Za yyat dari Abu Ishaq dari Al Aghar Abu Muslim bahwa dia menyaksikan Abu Hurairah dan Abu Sa'id bahwa keduanya menyaksikan Rasulullah ﷺ bersabda, "Apabila seorang hamba mengucapkan, "Tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah dan Allah Mahabesar". Baginda bersabda, Maka Allah 'Azza wa Jalla menjawab, "Hamba-Ku benar, tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Aku, dan Aku Mahabesar". Dan apabila seorang hamba mengucapkan, "Tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah satu-satunya." Maka Allah menjawab, "Hamba-Ku benar, tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Aku satu-satunya." Dan apabila seorang hamba mengucapkan, "Tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya." Maka Allah menjawab, "Hamba-Ku benar, tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Aku yang tidak ada sekutu bagi-Ku." Dan apabila seorang hamba mengucapkan, "Tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah yang milik-Nya seluruh kerajaan dan bagi-Nya segala pujian." Maka Allah menjawab, "Hambaku benar, tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Aku yang milik-Ku segala kerajaan dan bagi-Ku segala pujian." Dan apabila seorang hamba mengucapkan, "Tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah dan tidak ada daya dan upaya kecuali dengan kehendak Allah.
" Maka Allah berfirman, "Hamba-Ku benar, tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Aku dan tidak ada daya dan upaya kecuali dengan kehendak-Ku." Abu Ishaq berkata, "Kemudian al Agharru berkata, "Ada sesuatu yang belum saya fahami." Dia berkata, "Lantas saya bertanya kepada Abu Ja'far; apa yang dikatakannya?". Dia menjawab, "Barangsiapa yang diberikan rezeki dengan semua itu ketika meninggalnya, maka dia tidak akan disentuh oleh api neraka."

HR Ibnu Majah, 3784




ABi
JIWA TARBAWI 769



Bila sakit …

Ingatlah kata-kata Nabi Ibrahim ‘alaihis salam,

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ‎﴿الشعراء: ٨٠﴾‏

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; (80)

As Syu’ara : 80

Berdoalah dengan doa Nabi Ayyub ‘alaihis salam,

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ ‎﴿الأنبياء: ٨٣﴾‏

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (83)

Al Anbiya’: 83

Bertasbihlah dengan tasbih Nabi Yunus ‘alaihis salam,

وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ ‎﴿الأنبياء: ٨٧﴾‏

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (87)

Al Anbiya’: 87

Ambillah bahasa hati Nabi Yaakub ketika mengadu kepada TuhanNya,

قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ
‎﴿يوسف: ٨٦﴾‏

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah”

Yusuf : 86

Lazimilah istighfar, sebagaimana yang diajar oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihis salam,

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ حَدَّثَهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
(رواه أبو داود، ١٢٩٧؛وابن ماجه، ٣٨٠٩ أحمد،٢١٢٣)

Dari Abdullah bin Abbas, ia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa memperbanyak istighfar niscaya Allah akan menjadikan jalan keluar pada setiap kesulitan, dan kelapangan untuk setiap kesempitan serta memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."

(HR Abu Daud,1297; Ibnu Majah ,3809;Ahmad,2123)


Juga doakanlah dirimu sendiri,

روينا في صحيح مسلم رحمه الله، عن عثمان بن أبي العاص رضي الله عنه، أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضَعْ يَدَك عَلَى الَّذِي تَأْلَمُ مِنْ جَسَدِك، وَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاَللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

"Diriwayatkan kepada kami dalam Sahih Muslim rahimahullah, dari Utsman bin Abil 'Ash RA bahwa ia mengadu kepada Rasulullah ‎ perihal penyakit yang ia rasakan pada tubuhnya. Rasulullah ‎ lalu mengatakan kepadanya, 'Letakkan tanganmu pada bahagian tubuhmu yang dirasa sakit. Bacalah tiga kali, 'Bismillāh.' Lalu bacalah tujuh kali, 'A'ūdzu billāhi wa qudratihī min syarri mā ajidu wa uhādziru (Aku berlindung kepada keagungan dan kekuasaan Allah dari segala kejelekan apa yang aku dapatkan dan apa yang aku takutkan."

Semoga diangkat sakit dan penyakitmu dan semakin dekat pula hatimu padaNYA.




ABi
JIWA TARBAWI 770



Sebab mati hati :

1. Cintakan dunia.
2. Lalai dari mengingati Allah ‘Azza wa Jalla .
3. Menggunakan nikmat tubuh untuk bermaksiat kepada Allah ‘Azza wa Jalla .

Sebab hidup hati:

1. Zuhud terhadap dunia.
2. Bersibuk dengan zikrullah.
3. Bersahabat dengan orang saleh.

Tanda mati hati:

1. Tidak merasa sedih bila tidak dapat melakukan ketaatan.
2. Tidak merasa menyesal bila tergelincir dari ketaatan iaitu melakukan kemaksiatan.
3. Berkawan dengan golongan yang lalai dan mati hati.

وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلَا الْأَمْوَاتُ 
[فاطر:22].

dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati.

Fathir: 22

Sabda Rasulullah ‎ :

مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لا يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ.
(رواه الشيخان)

“Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dan orang orang yang tidak mengingati Tuhannya seperti bandingan seorang yang hidup dan mati.”

HR Bukhari dan Muslim

مَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّأَتُهُ فَهُوَ مُؤْمِنٌ

“Barangsiapa yang bergembira atas kebaikannya dan bersedih atas keburukannya, maka dia adalah seorang mukmin.”

(HR Ibn Hibban, 6728)

من علامات موت القلب عدم الحزن على ما فاتك من الموافقات وترك الندم علي ما فعلته من وجود الزلات

“Termasuk tanda-tanda mati hati adalah tidak merasa sedih atas ibadah yang tertinggal dan tidak terlaksanakan, dan tidak menyesal atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.”

(Al Hikam, Ibnu ‘Athaillah)




ABi
JIWA TARBAWI 771


Antara hati dan nafsu..

القليل كثير إذا قنَعت،
والكثير قليل إذا طمَعت،
والبعيد قريب إذا أحبَبت،
والقريب بعيد إذا أبغَضت

“Suatu yang sedikit terasa banyak jika engkau puas.
Suatu yang banyak terasa sedikit jika engkau rakus.
Suatu yang jauh terasa dekat jika engkau mencintainya.
Dan suatu yang dekat terasa jauh jika engkau membencinya.”

⁃ Kalam Hukama’

“Suatu penyakit terasa nikmat bila engkau merasai ianya adalah ‘sentuhan kasih sayang Allah’ padamu.”




⁃ ABi
JIWA TARBAWI 772


Diagnosa HATI,

قال الحسن البصري :

"تفقدوا الحلاوة في ثلاثة أشياء: في الصلاة وفي الذكر وفي تلاوة القرآن فإن وجدتم ، وإلا فأعلموا أن الباب مُغلق "

Berkata Imam Hassan Al Basri:

“Carilah kemanisan iman pada tiga perkara:
dalam solat
dalam zikir mengingati Allah ‘Azza wa Jalla
dalam membaca Al Quran

Maka jika kamu menemuinya (alhamdulillah), Jika tidak maka ketahuilah bahawa pintu (kebaikan) itu sudah tertutup”.

( Madarijus Salikin )





ABi
JIWA TARBAWI 773



Mungkin kita bukan seorang alim. Kerana seorang alim memiliki ilmu yang banyak dan mendalam.

Mungkin juga kita bukan seorang ahli abid, yang banyak amal ibadahnya.

Namun kita masih boleh lagi dapat duduk hampir dengan Rasulullah ﷺ jika ketika hidup di dunia mempunyai akhlak yang mulia.

عن جابررضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إن من أحبكم إلي وأقربكم مني مجلسا يوم القيامة أحاسنكم أخلاقا وإن أبغضكم إلي وأبعدكم مني مجلسا يوم القيامة الثرثارون والمتشدقون والمتفيهقون قالوا يا رسول الله قد علمنا الثرثارون والمتشدقون فما المتفيهقون قال المتكبرون

Dari Jabir RA bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya di antara orang yang paling aku cintai dan yang tempat duduknya paling dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang akhlaknya paling baik. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak bicara (kata-kata tidak bermanfaat dan memperolok manusia)." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling banyak bicara itu?" Nabi menjawab, "Iaitu orang-orang yang sombong."

HR Tirmizi, 1941

Bahkan berakhlaq baik dan mulialah menjadi sebab yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أكثر ما يدخل الناس الجنة فقال تقوى الله وحسن الخلق وسئل عن أكثر ما يدخل الناس النار فقال الفم والفرج

Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah ﷺ pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga, maka Baginda pun menjawab, "Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Dan Baginda juga ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka, maka Baginda menjawab, "Mulut dan kemaluan."

HR Tirmizi, 1927


Justeru, asuhlah dan perelokkanlah akhlakmu.



ABi
JIWA TARBAWI 774


Istiqamahlah dengan kejujuran dan ketulusan hati..

أن يكرهك الناس لصراحتك، خير لك من أن يحبوك لنفاقك

“Orang lain membencimu kerana kejujuranmu, itu lebih baik daripada orang lain mencintaimu kerana kemunafikanmu.”

(Kalam dari Ibnu Khaldun)





ABi
JIWA TARBAWI 775



Awliya’ Allah di dunia.


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ قَالَ هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ (رواه ابن ماجه،٢١١)

Dari Anas bin Malik ia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai banyak ahli (wali) dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya; Ya Rasulullah, siapakah mereka itu? Baginda menjawab: Mereka adalah ahlul Qur`an, mereka adalah para ahli dan orang khusus Allah.”

HR Ibnu Majah, 211 dan Ahmad, 11831

Justeru, usahakan lah untuk dirimu supaya menjadi Ahli Al Quran.




ABi
JIWA TARBAWI 776



HAMBA dan Al QURAN

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضى الله عنهما : ضَمِنَ اللَّهُ لِمَنَ اتَّبَعَ الْقُرْآنَ أَنْ لاَ يَضِلَّ فِي الدُّنْيَا ، وَلاَ يَشْقَى فِي الآخِرَةِ ، ثُمَّ تَلاَ {فَمَنَ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلاَ يَضِلُّ وَلاَ يَشْقَى}

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:

“Allah telah menjamin bagi siapa yang mengikuti Al Quran, tidak akan sesat di dunia dan tidak akan merugi di akhirat”, kemudian beliau membaca ayat:

{فَمَنَ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلاَ يَضِلُّ وَلاَ يَشْقَى}

“Lalu barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka”.

(QS. Thaha: 123)

(Atsar sahih diriwayatkan di dalam kitab Mushannaf Ibnu Abi Syaibah).

عَنْ خَبَّابِ بْنِ الْأَرَتِّ رضى الله عنه أَنَّهُ قَالَ: ” تَقَرَّبْ مَا اسْتَطَعْتَ، وَاعْلَمْ أَنَّكَ لَنْ تَتَقَرَّبَ إِلَى اللهِ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ كَلَامِهِ “

Khabbab bin Al Arat radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Beribadah kepada Allah semampumu dan ketahuilah bahwa sesungguhnya kamu tidak akan pernah beribadah kepada Allah dengan sesuatu yang lebih dicintai-Nya dibandingkan (membaca) firman-Nya.”

(Atsar sahih diriwayatkan di dalam kitab Syu’ab Al Iman, karya Al Baihaqi).

عَنْ عَبْدِ اللهِ بن مسعود رضى الله عنه ، أنه قَالَ: ” مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَعْلَمَ أَنَّهُ يُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ فَلْيَنْظُرْ، فَإِنْ كَانَ يُحِبُّ الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ “

Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Siapa yang ingin mengetahui bahwa dia mencintai Allah dan Rasul-Nya, maka perhatikanlah jika dia mencintai Al Quran maka sesungguhnya dia mencintai Allah dan rasul-Nya.”

(Atsar sahih diriwayatkan di dalam kitab Syu’ab Al Iman, karya Al Baihaqi).

قال وهيب رحمه الله: “نظرنا في هذه الأحاديث والمواعظ فلم نجد شيئًا أرق للقلوب ولا أشد استجلابًا للحزن من قراءة القرآن وتفهمه وتدبره”

Berkata Wuhaib rahimahullah:

“Kami telah memperhatikan di dalam hadis-hadis dan nasihat ini, maka kami tidak mendapati ada sesuatu yang paling melembutkan hati dan mendatangkan kesedihan dibandingkan bacaan Al Quran, memahami dan mentadabburinya”.

Justeru, bagaimana dirimu dengan Al Quran ?





ABi
JIWA TARBAWI 777


Satu perintah asas dari Tuhanmu.


أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْضِ وَالْفُلْكَ تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ وَيُمْسِكُ السَّمَاءَ أَن تَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ إِلَّا بِإِذْنِهِ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ ‎﴿الحج: ٦٥﴾‏

Apakah kamu tiada melihat bahwasanya Allah menundukkan bagimu apa yang ada di bumi dan bahtera yang berlayar di lautan dengan perintah-Nya. Dan Dia menahan (benda-benda) langit jatuh ke bumi, melainkan dengan izin-Nya? Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada Manusia. (65)

Al Haj: 65

Segala-galanya Allah ‘Azza wa Jalla telah tundukkan dan sediakan untuk keperluan dan kepentingan manusia.

Manusia tidak perlu mencipta langit dan bumi untuk keperluan dirinya.

Manusia tidak perlu cipta rezeki kerana segala rezeki telah sediakan.

Manusia tidak perlu mencipta makhluk yang baru untuk kegunaannya.

Segalanya telah Allah ‘Azza wa Jalla cipta untuk manusia.

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُّنِيرٍ ‎﴿لقمان: ٢٠﴾‏

Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan. (20)

Luqman: 20

DIA hanya suruh manusia dengan satu suruhan sahaja iaitu MENYEMBAH Nya ..

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ‎﴿الذاريات: ٥٦﴾‏

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (56)

Az Zariyat : 56

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ‎﴿البقرة: ٢١﴾‏

Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa, (21)

Al Baqarah: 21

Namun, manusia begitu sukar untuk melakukannya disebabkan kesombongan, kedegilan, kejahilan dan kekufurannya.

وَكَأَيِّن مِّنْ آيَةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَمُرُّونَ عَلَيْهَا وَهُمْ عَنْهَا مُعْرِضُونَ ‎﴿يوسف: ١٠٥﴾‏

Dan banyak sekali tanda-tanda (kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang mereka melaluinya, sedang mereka berpaling dari padanya. (105)

Yusuf: 105


وَقَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْنَا الْمَلَائِكَةُ أَوْ نَرَىٰ رَبَّنَا لَقَدِ اسْتَكْبَرُوا فِي أَنفُسِهِمْ وَعَتَوْا عُتُوًّا كَبِيرًا ‎﴿الفرقان: ٢١﴾‏

Berkatalah orang-orang yang tidak menanti-nanti pertemuan(nya) dengan Kami: "Mengapakah tidak diturunkan kepada kita malaikat atau (mengapa) kita (tidak) melihat Tuhan kita?" Sesungguhnya mereka memandang besar tentang diri mereka dan mereka benar-benar telah melampaui batas(dalam melakukan) kezaliman". (21)

Al Furqan: 21

Benarlah, sebenarnya manusia yang sering memilih jalan kebinasaan mereka sendiri.

فَهَدَيْنَاهُمْ فَاسْتَحَبُّوا الْعَمَىٰ عَلَى الْهُدَىٰ ‎﴿فصلت: ١٧﴾‏

Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk,

Fussilat : 17

إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا ‎﴿الأحزاب: ٧٢﴾‏

Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, (72)

Justeru, jadilah HAMBA ALLAH sebenar dalam seluruh kehidupanmu.




ABi
JIWA TARBAWI 778


Ambil berat tentang diri sendiri ..


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ خَبُثَتْ نَفْسِي وَلَكِنْ لِيَقُلْ لَقِسَتْ نَفْسِي

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Hisyam dari Ayahnya dari Aisyah radhiyallahu 'anha dari Nabi ‎ , Baginda bersabda:

" Janganlah salah seorang dari kalian mengatakan; ‘Khabutsat nafsi’ (diriku sangat buruk), akan tetapi hendaknya ia mengatakan ‘laqisat nafsi’ (diriku ada kekurangan)."


HR Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad


قال ابن عطاء الله في الحكم :

الناس يمدحونك لما يظنونه فيك فكن أنت ذامّا لنفسك لما تعلمه منها
Berkata Ibnu 'Athoillah dalm Al Hikam :

Manusia memujimu, kerana apa yang mereka sangka ada pada dirimu. Maka, celalah dirimu kerana apa yang kau tahu ( aib dan kekurangan ) ada pada dirimu" 

Justeru, bersibuklah merawat nafsumu sendiri. Dan ambil beratlah tentang dirimu sendiri..



ABi
JIWA TARBAWI 778

Doa para kekasih Allah ‘Azza wa Jalla di kalangan para anbiya’ di dalam Al Quran.

1. Doa Nabi Adam:

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ (23)

“Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang merugi”

(Al-A’raf, 23).

2. Doa Nabi Nuh:

رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ (47)

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu untuk memohon kepada -Mu sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya). Kalau Engkau tidak mengampuniku, niscaya aku termasuk orang yang merugi”

(Hud, 47).  

رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ (29)

“Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkahi dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”

(Al-Mu’minun, 29).

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا (28)

“Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku dan siapapun yang memasuki rumahku dengan beriman laki-laki dan perempuan. Dan jangan lah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kehancuran”

(Nuh, 28).

3. Doa Nabi Ibrahim

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (127) رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (128)

“Ya Tuhan kami, terimalah (amal) dari kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui” Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepada-Mu, dan anak cucu kami, umat yang berserah diri kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara melakukan ibadah kami dan terimalah taubat kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Penerima tobat, Maha Penyayang”

(Al-Baqarah, 127-128).  

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ (40) رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ (41)

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan shalat, ya Tuhan kami, terimlah doaku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan orang-orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari kiamat)”

(Ibrahim 40-41).

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (83) وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ (84) وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ (85)

“Ya Tuhaku, berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang shaleh”

(Al-Syu’ara’, 83-85).

 رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku (keturunan) dari orang-orang yang shaleh”

(al-Shaffat, 100).  

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (4) رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (5)

“Ya Tuhan kami, hanya kepada-Mu kami berserah diri, dan kepada-Mu kami bertaubat dan hanya kepada-Mu kami kembali. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami, Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

(Al-Mumtahanah, 4-5).  

4. Doa Nabi Hud,

إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (56)

“Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku Tuhanmu. Tidak satupun makhluk bergerak yang bernyawa melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya). Sungguh, Tuhanku di jalan yang lurus”

(Hud, 56).

5. Doa Nabi Luth:  

رَبِّ نَجِّنِي وَأَهْلِي مِمَّا يَعْمَلُونَ (169)

“Ya Tuhanku selamatkanlah aku dan keluargaku dari apa yang mereka perbuat”

(Al-Syu’ara’ 169).

رَبِّ انْصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ (30)
“Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan adzab) atas golongan yang berbuat kerusakan itu.

(Al-Ankabut 30) 

6. Doa Nabi Yusuf:

فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (101)

“Wahai Tuhan, Pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang-orang shaleh”

(Yusuf 101).

7. Doa Nabi Syuaib:

وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ (89)

“Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Hanya kepada Allah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak. Engkaulah pemberi keputusan terbaik”

(Al-A’raf, 89).

8. Doa Nabi Musa:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (25) وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (26) وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي (27) يَفْقَهُوا قَوْلِي (28)

“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuanku dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku”

(Thaha, 25-28).

رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (16)  رَبِّ بِمَا أَنْعَمْتَ عَلَيَّ فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيرًا لِلْمُجْرِمِينَ (17)

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku. Maka Dia (Allah) mengampuninya, sungguh, Dia, Allah, Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.  Ya Tuhanku..! Demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, maka aku tidak akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa”

(Al-Qashash 16-17).

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ (24)

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku”

(Al-Qashash, 24).

9. Doa Nabi Ayyub  

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (83)

“Ya Tuhanku, sesungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang”

(Al-Anbiya’, 83). 


‎وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ(41)

Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya; “Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan.” 

(Shad, 41)

10. Doa Nabi Sulaiman  

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ (19)

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang shaleh”

(Al-Naml, 19).

11. Doa Nabi Yunus:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (87)

“Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim”

(Al-Anbiya’ 87).

12. Doa Nabi Zakaria:

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)

“Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik di sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa”

(Ali Imran, 38).  

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik”

(Al-Anbiya’, 89).

13. Doa Nabi Ya’qub:

أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ (86) 

“Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui”
(Yusuf, 86).


Justeru, berdoalah dengan munajat para kekasih Allah ‘Azza wa Jalla ini. Semoga engkau tergolong jua di kalangan kekasihNya.



ABi
JIWA TARBAWI 779



Jadilah HAMBA kepada Allah ‘Azza wa Jalla .

وَاذْكُرْ عِبَادَنَا إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ أُولِي الْأَيْدِي وَالْأَبْصَارِ ‎﴿٤٥﴾‏
إِنَّا أَخْلَصْنَاهُم بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ ‎﴿٤٦﴾ ‎﴿ص: ٤٥-٤٦﴾‏

Dan ingatlah HAMBA-HAMBA Kami: Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub yang mempunyai perbuatan-perbuatan yang besar dan ilmu-ilmu yang tinggi. (45) Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat.(46)

Gelaran tertinggi di sisi Allah ‘Azza wa Jalla ialah HAMBA. Para nabi disebut HAMBA kerana mempunyai sifat-sifat berikut:

1. أُولِي الْأَيْدِي وَالْأَبْصَارِ :
mempunyai perbuatan-perbuatan yang besar dan ilmu-ilmu yang tinggi.

Menurut Imam Ibnu Katsir,

أُولِي الْأَيْدِي وَالْأَبْصَارِ

Bererti amal saleh, ilmu yang bermanfaat, serta kekuatan dalam mengerjakan ibadah, juga mempunyai pandangan yang tajam.

Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA sehubungan dengan makna firman-Nya: “orang-orang yang mempunyai perbuatan-perbuatan yang besar “(Shad:45) Maksudnya, yang mempunyai kekuatan hingga mampu mengerjakan perbuatan-perbuatan yang besar.
“dan ilmu-ilmu yang tinggi.” (Shad: 45) iaitu pengetahuan tentang agama.

Mujahid mengatakan (ulil aiydi) ertinya kekuatan dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah, dan (ulil absar) ertinya memiliki kesabaran dalam kebenaran.

As-Saddi mengatakan bahwa mereka diberi kekuatan dalam ibadah dan pandangan yang terang dalam agama.

2. ذِكْرَى الدَّار
selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat.

Imam Qatadah mengatakan, mereka selalu memperingatkan manusia kepada negeri akhirat dan menganjurkan kepada mereka untuk beramal untuk menjadi bekalan negeri akhirat.

Maka Allah ‘Azza wa Jalla menganugerahkan mereka

إِنَّا أَخْلَصْنَاهُم بِخَالِصَةٍ
Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi

Imam Mujahid mengatakan bahwa Kami (Allah) jadikan mereka beramal untuk akhirat mereka tiada untuk yang lain. Hal yang sama telah dikatakan oleh As-Saddi, iaitu mereka selalu ingat akan negeri akhirat dan selalu beramal untuk menyambutnya.


Justeru, contohilah mereka. Khususnya kepada para pendakwah. Bimbingilah manusia ke arah akhirat dan bukan kesenangan dan kepuasan dirimu sendiri.



ABi
JIWA TARBAWI 780


Sebenarnya, dunia dijadikan untuk ditundukkan menjadi ‘hamba’ manusia sebagai khalifah.

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ‎﴿لقمان: ٢٠﴾‏

Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi

Luqman: 20

Namun, yang sering terjadi ialah manusia pula yang menjadi hamba kepada dunia.

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ‎﴿١٦﴾‏ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ‎﴿١٧﴾‏

Tetapi kamu memilih kehidupan duniawi. (16) Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (17)

Al A’laa : 16-17

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَعَبْدُ الدِّرْهَمِ وَعَبْدُ الْخَمِيصَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ سَخِطَ

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi ﷺ bersabda, "Binasalah hamba dinar, binasalah hamba dirham, binasalah hamba al khomisah (kain tebal dan sutra), jika diberi maka ia redha jika tidak diberi maka ia marah mencela.

HR Bukhari, 2673

Justeru, kenalilah dan sedarilah hakikat dunia yang sebenar agar tidak dikaburi matlamat hidup sebenar di akhirat nanti.

Rasûlullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ فَرَّقَ اللهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ، وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَـهُ ، وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّـتَهُ جَمَعَ اللهُ لَهُ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ غِنَاهُ فِـيْ قَلْبِهِ ، وَأَتَـتْهُ الدُّنْـيَا وَهِـيَ رَاغِمَـةٌ

 Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allâh akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di kedua pelupuk matanya, dan ia mendapat dunia menurut apa yang telah ditetapkan baginya. Dan barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allâh Azza wa Jalla akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.

HR. Ahmad, V/183; Ibnu Mâjah, no. 4105;

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

مُحِبُّ الدُّنْيَا لَا يَنْفَكُّ مِنْ ثَلَاثٍ : هَمٌّ لَازِمٌ ، وَتَعَبٌ دَائِمٌ ، وَحَسْرَةٌ لَا تَنْقَضِى.  

Pecinta dunia tidak akan terlepas dari tiga hal : kesedihan (kegelisahan) yang terus-menerus; keletihan (kerana mengejar dunia) yang berterusan; dan penyesalan yang tidak pernah berhenti.




ABi
JIWA TARBAWI 781



ANDAI INI RAMADHAN KU YANG TERAKHIR..

Wajibkanlah diri untuk jadikannya sebagai persiapan dan persediaan untuk hari matiku.Juga kehidupan selepas matiku.


Di antara persiapan dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum hari kematian :

1. Bertaubat dari segala dosa dan memperbanyakkan istighfar.

عن عَائِشَةَ رضي الله عنها، قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ: «سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ» وفي رواية: «سُبْحَانَكَ رَبِّي وَبِحَمْدِكَ، اللهُمَّ اغْفِرْ لِي»
(رواه مسلم:484).

Dari Aisyah dia berkata, Adalah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam sebelum meninggal memperbanyak membaca doa, (bermaksud) : " Maha suci Engkau, dan dengan memujiMu, aku meminta ampun dan bertaubat kepadaMu"

HR Muslim,484

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ " قَالَ: «وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ
(رواه البخاري:6306).

" Sesungguhnya penghulu istighfar adalah; kamu mengucapkan ( bermaksud ): (Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui dosaku kepada-Mu dan aku akui nikmat-Mu kepadaku, maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain-Mu) '. Beliau bersabda: 'Jika ia mengucapkan di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu sore, maka ia termasuk dari penghuni surga. Dan jika ia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk dari penghuni syurga."

HR Bukhari,6306

عن عَبْدِ الله بْنِ بُسْرٍ يَقُولُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طُوبَى لِمَنْ وَجَدَ فِي صَحِيفَتِهِ اسْتِغْفَارًا كَثِيرًا

Dar Abdullah bin Busr dia berkata; Rasulullah ‎ bersabda:

"Beruntunglah bagi orang yang mendapatkan didalam catatan amalnya istighfar yang banyak."

HR Ibnu Majah, 3808

2. Tahsin ( memperelokkan ) solat serta khyusu'...

عن أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ : انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ )
(رواه الترمذي ،413)

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah ‎ bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."

HR Tirmizi 378

مفتاح الجنة الصلاة. (رواه الترمذي,4)


"Kunci syurga itu ialah SOLAT"

HR Tirmizi,4

3. Memperbanyakkan bekalan ibadat khususnya ibadat sunat untuk membawa pahala ke akhirat ...

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ

Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa ( menjunjung ketaatan dan meninggalkan larangan )

Al Baqarah : 197
Allah ta'ala menyediakan amal ibadah khusus untuk bulan Ramadhan seperti puasa, tilawah Al Quran, solat tarawih dan sedekah memberi makanan.

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ( رواه البخاري ومسلم )

Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

HR Bukhari, Muslim


من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ( رواه البخاري ومسلم )

Barangsiapa mendirikan Ramadlan (dengan ibadah) kerana iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

HR Bukhari, Muslim

كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه وكان يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ من رَمَضَانَ جبريل فيدارسه القرآن. ( رواه البخاري ومسلم )

Bahawasanya Rasulullah ‎ adalah manusia yang paling dermawanterutama pada bulan Ramadlan ketika malaikat Jibril 'Alaihis Salam menemuinya, dan adalah Jibril 'Alaihis Salam mendatanginya setiap malam di bulan Ramadlan, dimana Jibril mengajarkan ( saling bertadarus) Al Qur'an.

HR Bukhari, Muslim

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ
( رواه مسلم ,728)

Barangsiapa yang solat (sunat ) dua belas rakaat pada siang dan malam dibina baginya dengan sebab solat itu satu rumah di syurga

HR Muslim 728

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

(رواه مسلم ,1337)

" Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pensyafaat kepada para pembacanya "

HR Muslim 1337

إِنَّ سُورَةً مِنَ الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِىَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Ada suatu surat dari al-Qur’an yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang membacanya, sampai dia diampuni, iaitu: “Tabârakalladzii biyadihil mulku… (surat al-Mulk)”

[HR. Tirmizi no. 2891, Abu Daud no. 1400, Ibnu Mâjah no. 3786, dan Ahmad 2/299 ]


هِيَ الْمَانِعَةُ هِيَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

Dia ( Surah Al Mulk) adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari siksa kubur.

HR Tirmizi,2815

4. Selesaikan semua hutang dengan manusia.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

"Dari Abi Hurairah RA katanya: Telah bersabda Rasulullah ‎ ,

"Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''

HR Tarmizi,998

Ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alahi wa sallam, “Mengapa engkau sering kali berlindung kepada Allâh dari hutang?” Baginda menjawab,

إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ ، وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ

"Sesungguhnya, apabila seseorang terlilit hutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan mungkir."

(Muttafaqun 'alaih)

5. Banyakkan sadaqah jariah.

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ‎﴿البقرة: ٢٦١﴾‏

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (261)

Al Baqaraah:261


عَنْ أَبِـيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللّٰـهِ صَلَّى اللّٰـهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ سُلَامَـى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيْهِ الشَّمْسُ : تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ فِـيْ دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا ، أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ ، وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَـمْشِيْهَا إِلَـى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ ، وَتُـمِيْطُ اْلأَذَىٰ عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ. (رَوَاهُ الْـبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ)
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, “Rasulullah ‎ bersabda, “Setiap persendian manusia wajib bersedekah pada setiap hari di mana matahari terbit di dalamnya: engkau berlaku adil kepada dua orang (yang bertikai/berselisih) adalah sedekah, engkau membantu seseorang menaikannya ke atasnya haiwan tunggangannya atau engkau menaikkan barang bawaannya ke atas haiwan tunggangannya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau jalankan menuju (ke masjid) untuk solat adalah sedekah, dan engkau menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah.’”

[HR. al-Bukhâri dan Muslim]


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah ‎ bersabda,

“Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang saleh yang berdo'a untuknya.”

HR Muslim 3084


Ketika penyesalan membukam jiwa manusia yang telah mati, mereka menginginkan kembali ke dunia untuk melakukan sedekah.

وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ﴿المنافقون: ١٠﴾

Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (10)

Al Munafiqun: 10

6. Bersiap sedia untuk empat persoalan.

لا تَزُولُ قَدَمَا عبد يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ " .

" Tidak akan berganjak dua tapak kaki seorang hamba Allah pada hari kiamat sehinggalah ditanya dengan empat ( perkara ) : tentang UMURnya pada apakah telah dihabiskan, tentang WAKTU MUDAnya pada apakah telah digunakan, tentang HARTAnya daripada mana diusahakan dan pada apakah telah dibelanjakan dan tentang ILMUnya pada apakah telah diamalkan."

HR Tirmizi 2341

7. Berdakwah mengajak manusia kepada petunjuk dan kebaikan...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Dari Abu Hurairah RA , Rasulullah ‎ bersabda,

"Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.

HR Muslim, 4831

8. Melahirkan dan mendidik zuriat yang soleh

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ ﴿٢١﴾

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.

At Thur : 21

9. Beristiqamah dengan keimanan dan jalan hidup Islam sehingga hembusan nafas yang terakhir.

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠﴾
2024/09/29 19:21:39
Back to Top
HTML Embed Code: