Telegram Web Link
Sekurang-kurangnya 26 rakyat Palestin, termasuk lapan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar Rafah, selatan Gaza.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
PRK KKB: Sebanyak 73 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 11 pagi - SPR
PRK KKB: PN yakin dapat sokongan bekas ahli UMNO

Isyarat pada Kerajaan Persekutuan jika peratus keluar mengundi orang Melayu tinggi


HULU SELANGOR, 28 Syawal 1445H, Selasa - Perikatan Nasional (PN) yakin akan mendapat sokongan daripada bekas ahli UMNO yang merasakan parti itu telah tersasar daripada perjuangan asasnya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini juga berikutan UMNO yang membuat tindakan untuk bekerjasama dengan DAP.

"Ramai dari mereka mengatakan sudah tiba masanya untuk menyokong Perikatan Nasional," katanya pada ceramah di Ampang Pecah pada malam Isnin (6 Mei).

Pengerusi PN itu seperti dilapor The Star juga berkata, beliau merasakan gelombang sokongan baharu kepada gabungan itu dalam PRK Kuala Kubu Baharu, trend yang dijangka berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, adalah penting untuk memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi, ia memandangkan keputusan pilihan raya negeri tahun lalu tidak ramai orang Melayu membuang undi.

"Terdapat hampir 47 peratus pengundi Melayu di sini tetapi yang keluar mengundi tidak sampai 70 peratus daripada jumlah itu.

"Kaum Cina, walaupun terdiri daripada kira-kira 30 peratus daripada pengundi, lebih bijak dalam menilai kepentingan pilihan raya, peratus keluar mengundi mencecah 90 peratus.

"Sebab itu mereka boleh mencapai kemenangan," kata Muhyiddin.

Sekiranya orang Melayu lebih menyedari kepentingan mengundi, maka keputusan PRK Kuala Kubu Baharu akan memberi isyarat jelas kepada Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga berkata, jika PN berkuasa, ia akan menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan dalam tempoh dua minggu.

Beliau mengkritik tindakan kerajaan yang lambat dalam menangani perkara tersebut, apabila mendakwa isu itu masih tidak dapat diselesaikan walaupun telah bermesyuarat.

"Ini krisis, kenapa tidak boleh diselesaikan? Tetapi, jika PN berkuasa, tidak sampai sebulan, mungkin dua minggu, isu ini sudah selesai.

"Kami akan memanggil semua pengilang, pengeluar, syarikat utama dan pihak berkepentingan untuk berbincang berdasarkan data dan maklumat," kata Muhyiddin.

PRK KKB akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan, Khairul Azhari Saut dari PN, Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia dan calon Bebas Nyau Ke Xin.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Tun M gesa kerajaan halau syarikat bekal senjata Zionis

Tiada tempat di Malaysia untuk pihak bersubahat dengan Israel


BANGI, 28 Syawal 1445H, Selasa - Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan untuk bertindak tegas serta mengarahkan syarikat pembuat senjata kepada Zionis keluar segera dari Malaysia.

Walaupun pembabitan mereka atas anjuran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan, beliau menyifatkan ia sesuatu yang amat menjengkelkan serta penghinaan kepada perjuangan rakyat Palestin.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, seharusnya syarikat terbabit disuruh pulang dan meninggalkan segera Malaysia.

"Memang benar mereka pernah hadir di dalam anjuran-anjuran terdahulu. Tetapi keadaan kali ini amat luar biasa dan genosid Zionis terhadap Palestin begitu kejam dan tanpa sedikit pun perikemanusiaan.

"Membenar syarikat-syarikat sedemikian memperolok dan mempersenda segala usaha kita menentang kekejaman rejim Tel Aviv," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas laporan mengenai pembabitan dua syarikat pembekal utama senjata kepada Israel - Lockheed Martin dan BAE System - dalam pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 di ibu negara, minggu ini.

Dua syarikat itu adalah pembekal senjata terbesar kepada Zionis dalam melakukan serangan dan pengeboman besar-besaran ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sejak Oktober lalu.

Menurut Dr Mahathir, pembabitan syarikat terbabit menggambarkan seolah-olah negara bersekongkol dengan mereka membunuh rakyat Palestin, termasuk bayi, kanak-kanak serta orang awam di Gaza.

"Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan harus mengambil tindakan tegas dan mengarah syarikat-syarikat ini keluar dari Malaysia seberapa segera yang boleh.

"Dan tindakan ini tidak terhad kepada dua syarikat tersebut. Jika ada syarikat lain yang membekal senjata kepada Zionis masa kini, mereka juga perlu dinyah keluar dari Malaysia.

"Mereka perlu tahu bahawa tiada tempat di Malaysia untuk mana-mana pihak yang menyokong atau bersubahat dengan Israel melakukan genosid ke atas orang Palestin," katanya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Penting bagi Malaysia mempromosikan pemahaman tentang Islam, Rahmatan Lil Alamin dan mesej keamanan - PM
Askar Israel telah memusnahkan klinik kesuburan terbesar di Gaza, yang menyimpan embrio.

Kini dianggarkan 690,000 wanita dan kanak-kanak perempuan di Gaza tidak mempunyai akses kepada tuala wanita.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat, malam tadi.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
KPM ambil serius kes rogol kanak-kanak bawah umur

Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil serius berkaitan kes rogol membabitkan kanak-kanak bawah umur yang meningkat secara konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM lebih awal lagi telah mengambil langkah pencegahan terhadap isu berkenaan antaranya menjalankan kerjasama rentas kementerian bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dengan melaksanakan advokasi berkaitan gangguan seksual.

Beliau berkata antara langkah lain ialah menambah nilai garis panduan pengurusan gangguan seksual di institusi pendidikan serta latihan termasuk penekanan advokasi kepada semua guru.


Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Perkasa gesa pertimbang semula arahan pengecualian syarat kemasukan warga China, India

Jangan pandang remeh isu kedaulatan, keselamatan negara


BANGI, 28 Syawal 1445H, Selasa - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa kerajaan mempertimbangkan semula arahan pengecualian syarat kemasukan bagi warganegara China dan India ke negara ini.

Ketua Penerangan Perkasa, Irwan Fahmi Ideris mempersoalkan keistimewaan rakyat negara China dan India sehinggakan menerima layanan istimewa sebegini.

Beliau berkata, pihaknya dengan tegas mendesak kerajaan agar tidak memandang ringan isu kedaulatan dan keselamatan negara.

"Jabatan Imigresen sepatutnya mengenakan syarat-syarat tertentu untuk membendung lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) bila mana tempoh pasport dan visa sudah sampai tarikh tamat tempoh yang ditetapkan, katanya.

“Perkasa tidak pernah menghalang mana-mana rakyat negara luar untuk datang melancong ke negara ini dan sudah semestinya ianya bagus bagi merancakkan lagi ekonomi negara kita dari sudut perlancongan.

“Tetapi kerajaan juga haruslah memikirkan apakah implikasi apabila kelonggaran diberikan kepada rakyat dari luar di negara ini sekiranya kerajaan hari ini juga telah memberikan layanan paling istimewa kepada rakyat Republik dari China dan India,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh memaklumkan, kemudahan pengecualian syarat kemasukan warganegara China dan India adalah salah satu inisiatif yang diumumkan kerajaan di bawah Pelan Liberalisasi Visa.

Penjelasan ini susulan tular surat arahan bahawa kerajaan dilaporkan bersetuju untuk JIM membenarkan warganegara China dan India keluar dan masuk ke Malaysia tanpa mengambil kira penggunaan hampir sepenuhnya atau sepenuhnya tempoh maksima Pas Lawatan Sosial (PLS) secara terus-menerus.

Ruslin tampil menjelaskan bahawa arahan dalaman yang dikeluarkan itu untuk memperkemaskan proses kerja jabatan di pintu masuk selaras dengan pelaksanaan pemberian pengecualian visa bagi tempoh 30 hari kepada warganegara China dan India mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Rawatan wanita hamil dan menyusu amat membimbangkan.

Pengeboman berterusan menyasarkan hospital dan penafian akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan oleh penembak tepat Israel.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
SPRM tak berhasrat tahan Tun M

Azam baki sahkan siasatan isu isytihar harta masih berjalan

BANGI, 28 Syawal 1445H, Selasa - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, siasatan berhubung isu pengisytiharan tokoh negara itu masih berjalan, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

"Tidak lagi... kita tidak berhasrat untuk menahan beliau (Dr Mahathir)," katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Sebelum ini, SPRM dilapor menjalankan siasatan berhubung isu pengisytiharan harta terhadap Dr Mahathir dan dua anaknya, Mirzan dan Tan Sri Mokhzani.

Mereka antara individu berprofil tinggi yang disiasat dan diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Pada 18 Januari lalu, SPRM meminta kedua-dua anak Dr Mahathir mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan sama ada di dalam atau luar negara dalam 30 hari dari tarikh notis.

Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Malaysia rugi RM277 billion dalam 5 tahun akibat rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kerugian itu berdasarkan anggaran kumulatif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh lima tahun iaitu dari 2018 hingga tahun lepas.

"Angka yang cukup besar ini sewajarnya boleh dimanfaatkan untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek terutamanya pelaksanaan projek sosial seperti baik pulih hospital dan sekolah, malangnya nilai ini tiris akibat jenayah rasuah," katanya.
Harga beras perlu dikaji demi kebajikan petani

Beri subsidi bersasar kepada golongan B40

BANGI, 28 Syawal 1445H, Selasa - Harga beras sedia ada perlu dikaji semula demi kepentingan semua pihak dalam industri padi dan beras negara.

Ini kerana, harga beras sedia ada - RM2.60 sekilogram (kg) - adalah yang distruktur pada 2008 iaitu hampir 16 tahun lalu, demikian syor Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood.

"Air mineral pun sekarang sudah RM1 lebih, tapi 10kg beras masih RM26. Maknanya kita kena kaji balik, kita kena jaga kebajikan petani, kaji semula kaedah pengapungan harga beras ini.

"Cadangan kita adalah dengan beri subsidi bersasar kepada golongan B40," katanya seperti dilapor BH Online.

Azman memaklumkan, pihaknya turut membentangkan syor harga lantai padi dinaikkan antara RM1,600 hingga RM1,800 ketika mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Secara prinsipnya, Perdana Menteri sudah bersetuju, namun masih memerlukan sesi libat urus umum dengan petani, pemain industri dan kementerian terbabit," kata Azman yang juga Setiausaha Bahagian Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Pelaku simbah asid sulfurik pekat pada Faisal Halim

Tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim disimbah asid sulfurik pekat sehingga menyebabkan beberapa anggota badan termasuk mukanya melecur tahap empat.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon.

Faisal dijadualkan menjalani satu lagi pembedahan pada jam 5 petang ini.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ahli Biro Politik Hamas, Zaher Jabarin mendakwa, Israel terus memanipulasi keluarga tahanan Israel.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Sebatang pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail petang ini, dipercayai menghempap beberapa kereta.

Kejadian dilapor ketika hujan lebat dan angin kencang.
Belgium sokong iktiraf Palestin anggota penuh PBB

Resolusi 10 Mei perlukan sekurangnya 9 undi tanpa veto


LONDON, 28 Syawal 1445H, Selasa - Belgium menyokong resolusi untuk mengiktiraf Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Belgium, Hadja Lahbib ketika bertemu rakan sejawatnya dari Palestin, Riyad al-Maliki.

"Undi akan berlangsung minggu ini, pada 10 Mei. Penting supaya Kesatuan Eropah tidak terlepas detik bersejarah ini," katanya.

Lahbib berkata, Belgium juga mahu menaja bersama dan menyokong resolusi itu, yang dianggapnya langkah penting ke arah mencapai keamanan.

Palestin telah diterima sebagai negara pemerhati Perhimpunan Agung PBB pada 2012, yang membenarkan utusannya mengambil bahagian dalam perbahasan tetapi tanpa undi.

Pada 18 April, Amerika Syarikat (AS) memveto permohonan Palestin kepada Majlis Keselamatan PBB untuk menjadi anggota penuh.

Dalam undian itu, 12 negara anggota menyokong dan AS menentang, sementara dua lagi iaitu United Kingdom (UK) serta Switzerland berkecuali.

Resolusi majlis memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan tiada veto oleh ahli tetap - AS, Britain, Perancis, Russia atau China - untuk diluluskan.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
China gesa Israel henti serang Rafah

Desak elak bencana kemanusiaan lebih serius di Semenanjung Gaza


BEIJING, 28 Syawal 1445H, Selasa - China menggesa Israel untuk berhenti menyerang Rafah selepas tentera Israel mendakwa akan mengambil alih kawalan operasi, yang bersempadan dengan Mesir.

"China menyeru sekeras-kerasnya Israel supaya mempedulikan tuntutan besar masyarakat antarabangsa, berhenti menyerang Rafah.

"Elakkan bencana kemanusiaan yang lebih serius di Semenanjung Gaza," kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian.

Israel melancarkan serangan ke atas bandar Rafah, sekali gus meletakkan tekanan ke atas Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menjelang rundingan di Mesir pada 7 Mei bertujuan untuk memeterai cadangan gencatan senjata.

Israel kini mengancam rakyat Palestin di timur Rafah supaya berpindah ke kawasan lain menjelang pencerobohan darat.

Tentera Israel mengeluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan menggesa mereka bergerak ke pekan al-Mawasi di selatan Gaza.

Rafah menempatkan lebih 1.5 juta orang Palestin yang kehilangan tempat tinggal, yang berlindung daripada serangan Israel sejak 7 Oktober lepas. - Agensi

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel akibat hujan lebat serta angin kencang dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, seorang lelaki tempatan maut manakala seorang lagi cedera.

Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tiada perkhidmatan antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku.

Pihaknya mengaktifkan perkhidmatan tren antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1) serta bas perantara pergi dan balik dari KL Sentral ke Medan Tuanku. - Bernama
2024/10/01 14:31:23
Back to Top
HTML Embed Code: