Telegram Web Link
3 askar Israel terbunuh dan 12 lagi dari Briged Givati, Nahal cedera selepas Briged Al-Qassam mengebom tapak Kerem Shalom.


Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Dua individu yang ditahan kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada sebuah kenderaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Ahad lepas akan didakwa di mahkamah hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kedua-dua individu yang berusia 66 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu mengikut Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengembangkan niat jahat.

"Pertuduhan terhadap dua individu dibuat selepas kertas siasatan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam," katanya.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Gugurkan syarikat buat senjata Israel dari acara rasmi Kementerian Pertahanan

'Wajarkah Malaysia buka ruang pada entiti sumbang jenayah perang di Gaza'


BANGI, 27 Syawal 1445H, Isnin - PAS menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan pembabitan syarikat yang menyumbang kepada pembuatan senjata Israel dalam acara rasmi Kementerian Pertahanan.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, acara besar peringkat antarabangsa yang dianjurkan Defense Service Asia (DSA) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan itu amat mendukacitakan rakyat Malaysia.

Ini selepas, program yang berlangsung hari ini hingga Khamis di Pusat Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), dikhabarkan terpalit dengan entiti yang menjadi antara penyumbang utama terhadap jenayah perang di Palestin dan Semenanjung Gaza, katanya.

"Hasil dapatan oleh gerakan Gegar Amerika mendapati syarikat yang turut menyumbang kepada pembuatan senjata Zionis Israel seperti Lockheed Martin, MBDA (BAE Systems), Aim Point, Colt, L3Harris, Leupold, Shield Al dan Leonardo turut hadir sebagai pempamer dalam program ini.

"Apa yang lebih mengecewakan, syarikat seperti Lockheed Martin dan MBDA (BAE Systems) yang menjadi penyumbang platinum kepada acara ini adalah merupakan pembuat kepada jet tempur yang saban hari mengebom rakyat Gaza dan Palestin," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Fadhli menegaskan, perkembangan itu tidak wajar dibiarkan, apatah lagi tatkala rakyat Malaysia masih kekal bersama perjuangan Palestin menerusi usaha boikot dan demontrasi, selain dunia turut bangkit menolak Zionis.

"Apakah wajar kerajaan Madani berdiam diri sahaja? Apakah patut Malaysia yang selama ini menjadi pendukung perjuangan Palestin membuka ruang entiti yang menumpahkan darah ratusan ribu umat Islam dalam negara kita?

"Sepatutnya sebarang perkaitan antara Malaysia dengan entiti Zionis Israel ini diputuskan secara jelas," katanya.

Justeru, beliau menuntut kerajaan dan Anwar yang terkenal tegas menolak agenda pembantaian Zionis supaya memastikan syarikat-syarikat terbabit digugurkan daripada acara berkaitan Kementerian Pertahanan.

"Perkara ini amat penting sekali kerana menerusi acara ini beberapa MoU turut dijangka akan ditandatangani melibatkan jumlah yang besar.

"Oleh sebab itu, inilah masanya untuk kita benar-benar menzahirkan ketegasan pendirian Malaysia. Ayuh kita hantar mereka pulang ke negara asal mereka!," katanya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Dunia seolah biarkan mereka dibunuh Israel

Negara Islam hanya meraung dari jauh kononnya marah pada Zionis

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 27 Syawal 1445H, Isnin - Biarpun sudah memasuki hari ke-213, peperangan di Gaza masih belum dapat dihentikan, lebih malang nyawa 34,600 umat Islam terus terkorban.

Israel makin berani kerana yakin tiada siapa dapat menghalang keganasan tanpa henti di Semenanjung Gaza, malah berikrar tetap mahu menghapuskan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Penasihat Hubungan Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Sharipuddin Ab Kadir meluahkan kekecewaan kerana
dunia seolah membiarkan mereka dibunuh oleh Israel.

"Amerika Syarikat (AS), Britain dan beberapa buah negara antara pendukung Israel membekalkan senjata yang canggih untuk membunuh mereka.

"Malangnya, negara Islam hanya meraung dari jauh kononnya marah kepada Israel," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan menolak tuntutan Hamas untuk menamatkan perang di Gaza.

Pemimpin Yahudi itu mendakwa, tindakan menghentikan perang akan mengekalkan kuasa kumpulan pejuang Islam, sekali gus menjadi ancaman kepada rejim Zionis.
Jangan 'kalah' dengan Zionis, istiqamahlah boikot demi Palestin

Keraguan ditimbul pihak tertentu punca usaha kempen pudar


Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 27 Syawal 1445H, Isnin - Tindakan boikot produk yang mempunyai kaitan dengan Israel kini dilihat seperti 'hangat-hangat tahi ayam' apabila kebanyakan masyarakat khususnya umat Islam sudah tidak lagi mempedulikan usaha itu.

Tidak dinafikan kempen boikot sedikit sebanyak memberi kesan kepada jenama besar tertentu, namun usaha itu secara beransur-ansur mulai perlahan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Lebih mendukacitakan, kebelakangan ini restoran makanan segera yang sinonim dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel kembali dipenuhi pelanggan muslim.

Walhal, rakyat Palestin semakin teruk dibantai Zionis, dengan serangan tanpa henti, sekatan kepada akses bantuan kemanusiaan dan penangkapan secara besar-besaran.

Menyedari akan keadaan itu, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Shahier Sa'min percaya keraguan yang ditimbulkan pihak tertentu dalam isu boikot menjadi faktor semangat meneruskan kempen pudar.

"Kalau awal dahulu kita berhati-hati memilih barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh penyokong Zionis, sekarang sudah mula usaha daripada pihak tertentu yang menimbulkan keraguan kepada usaha (boikot) umat Islam.

"Seharusnya kita perlu istiqamah dalam bab boikot ini, biar mereka kehabisan wang untuk belanja bagi tujuan perang ke atas Gaza," katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau mengaku sememangnya sukar untuk masyarakat meneliti satu persatu produk atau perkhidmatan utama di pasaran, yang rata-ratanya ada kaitan dengan penyokong Israel.

"Namun, kaedah fiqh adalah menyebut kalau tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Ada beberapa barangan Israel yang kita memang terpaksa pakai atau sebab tertentu tak mengapalah.

"Tapi jangan dihina usaha memboikot yang nyata telah memberikan kesan kepada Zionis. Saya teringat pesanan Almarhum Syeihk Yusuf al-Qaradawi mengenai kaedah berurusniaga dengan pelaku dosa besar.

"Sepatutnya kita berurusniaga dalam keadaan yang terhad berdasarkan keperluan sahaja. Teruskan usaha boikot walaupun dilihat kecil," katanya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Urus niaga di aplikasi BJAK tiada kelulusan JPJ

Dakwaan diaudit tidak benar, kelirukan orang awam

BANGI, 27 Syawal 1445H, Isnin - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK Sdn Bhd (BJAK) untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

Dalam kenyataan hari ini, JPJ berkata, pihaknya memandang serius kandungan iklan dikeluarkan BJAK melalui laman sesawang dan media sosialnya.

Ia berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian yang ditawarkan kepada orang awam termasuk program pemberian cukai jalan secara percuma.

Jabatan itu turut menegaskan, kenyataan 'Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disahkan dan diluluskan oleh JPJ' yang dipaparkan di laman sesawangnya adalah tidak benar serta mengelirukan orang awam.

"Jabatan ini juga telah menerima beberapa aduan daripada orang awam antaranya pembaharuan cukai jalan telah dilaksanakan melalui laman sesawang BJAK, namun tempoh sah laku cukai jalan tidak dikemas kini.

"Jabatan ini ingin menjelaskan dan menegaskan bahawa tiada integrasi sistem di antara Sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh pihak BJAK," katanya.

Pada masa sama, JPJ turut memaklumkan menerima aduan ketidakpuasan hati orang awam kerana perlu membayar caj tambahan ketika memperbaharui cukai jalan yang dikenakan oleh BJAK.

Tegas jabatan itu, JPJ dan Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah meluluskan sebarang caj tambahan yang pada masa ini dikenakan oleh BJAK kepada pelanggan mereka.

"JPJ ingin menggalakkan urus niaga memperbaharui cukai jalan adalah melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform rakan niaga JPJ (Pos Malaysia, MyEG dan Puspakom) sahaja.

"Jabatan ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa pengoperasian yang dilakukan oleh pihak BJAK berkaitan urus niaga pembaharuan cukai jalan adalah tanpa kebenaran dengan pihak JPJ," katanya.

Justeru, JPJ menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan mana-mana platform yang menawarkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan tidak sah bagi mengelakkan sebarang penipuan dan kerugian.

"Sebaliknya orang ramai dinasihatkan supaya merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut," katanya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Gaza kritikal. Penduduk kebuluran.

Hanya 8 peratus daripada trak bantuan yang memasuki Gaza sampai ke utara Gaza.

Sumber: Al Jazeera

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Tarik subsidi RON95 beri kesan domino pada harga barang

Inisiatif tingkat pendapatan negara mampu kurangkan defisit fiskal


BANGI, 27 Syawal 1445H, Isnin - Penarikan subsidi petrol RON95 bukan hanya menyebabkan kenaikan harga produk bahan api, bahkan memberikan kesan domino kepada kos pengangkutan dan harga barangan makanan asas.

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim menyifatkan rancangan mengurangkan perbelanjaan terutama kepada perkara yang memberikan manfaat terus terhadap kebajikan rakyat, adalah tindakan amat tidak popular.

Beliau tidak bersetuju rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi petrol RON95 mencecah RM81 bilion setahun, bagi mengurangkan perbelanjaan negara.

"PM kata ia masih belum putus. Namun, Menteri Ekonomi kata ia penting untuk mengurangkan defisit fiskal negara kepada 4.3 peratus dari KDNK pada tahun 2024.

"Persoalannya kenapa tidak tingkatkan pendapatan negara untuk mengurangkan defisit fiskal?," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Muhammad Lukman, rakyat berharap kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada, memandangkan situasi ekonomi dan kos sara hidup yang semakin menghimpit meskipun tanpa penarikan manfaat itu.

"Apatah lagi Malaysia baru sahaja melalui fasa kenaikan tarif elektrik, penarikan subsidi bersasar untuk mengerjakan haji, pengenalan cukai barang mewah dan banyak lagi.

"Saya amat optimis defisit fiskal mampu dikurangkan dengan pelbagai inisiatif meningkatkan pendapatan negara seperti inisiatif penjimatan perbelanjaan tidak perlu, tapi bukan dengan menarik subsidi petrol," katanya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Tentera Israel membaling risalah ke timur Rafah, menyeru penduduk untuk mengosongkan kawasan itu.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Pesawat perang Israel mengebom kawasan perumahan di timur Rafah, selatan Gaza.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Israel telah mula memusnahkan kawasan kejiranan di pinggir Rafah sebagai persediaan memulakan pencerobohan besar-besaran ke atas bandar itu.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
BBC Arabic buat 80 pembetulan pada liputan perang Gaza

Dikritik kerana label Hamas, Hizbullah sebagai 'penentang'


NEW YORK, 28 Syawal 1445H, Selasa - Saluran berita berbahasa Arab BBC, BBC Arabic terpaksa membuat pembetulan pada liputannya mengenai perang Israel di Gaza setiap hari dalam tempoh lima bulan pertama konflik itu.

Menurut laporan The Telegraph, sepanjang lima bulan pertama perang, saluran itu digesa untuk membetulkan kandungannya sebanyak 80 kali kerana menerima aduan.

Ketua Pengarah BBC, Tim Davie sebelum ini memuji pelaporan BBC Arabic, tetapi beberapa siri aduan oleh Kempen untuk Ketepatan dalam Pelaporan dan Analisis Timur Tengah (Kamera) menekankan beberapa isu dengan pelaporan saluran itu.

Salah satu daripada kesilapan yang berulang merujuk kepada komuniti Yahudi di negara pendudukan sebagai 'penempatan' dan penduduk mereka sebagai 'peneroka'.

BBC Arabic juga menghadapi kritikan kerana menyifatkan Hamas dan Hizbullah sebagai 'penentang' dalam beberapa keadaan, selain merujuk serangan ke atas Israel sebagai operasi penentangan.

Kedua-dua gerakan itu ditetapkan sebagai organisasi pengganas di bawah undang-undang United Kingdom (UK).

Berikutan aduan itu, kandungan tertentu telah dialih keluar sepenuhnya daripada laman web BBC Arabic.

BBC mempertahankan saluran Arabnya sebagai sumber berita penting yang tidak berat sebelah di rantau dikuasai media partisan.

Ia juga menafikan bahawa semua pembetulan adalah ralat yang ketara, dengan menyatakan bahawa pembetulan itu boleh berbeza dari segi bahan.

"BBC News Arabic menyediakan berita bebas 24 jam sehari, 7 hari seminggu kepada penonton di seluruh Timur Tengah dan seluruh dunia.

"Liputan ini merangkumi berita tepat, tetapi apabila kesilapan berlaku kami mengakui dan memperbetulkan, termasuk mengingatkan kakitangan mengenai standard daripada penonton BBC," kata jurucakapnya.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Hamas setuju gencatan senjata, Israel tetap mahu serang Rafah

Cadangan dibentang Qatar, Mesir ada tiga peringkat


GAZA, 28 Syawal 1445H, Selasa - Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) bersetuju dengan cadangan gencatan senjata di Gaza.

Kenyataan ringkas dari Hamas pada hari Isnin mengesahkan Ketua Biro Politik, Ismail Haniyeh telah memaklumkan bahawa pengantara Qatar dan Mesir menerima cadangan mereka untuk melaksanakan gencatan senjata.

Bagaimanapun, rejim Israel menolak perjanjian itu kerana tetap mahu menyerang Rafah..

Jika perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa, ia akan menjadi gencatan senjata pertama sejak jeda selama seminggu dalam pertempuran pada November 2023.

Kenyataan Hamas dikeluarkan beberapa jam selepas pegawai kanan memberitahu, usaha mencapai gencatan senjata akan terhenti jika Israel meneruskan rancangannya untuk menyerang bandar Rafah di selatan Gaza.

Rafah adalah tempat di mana lebih separuh daripada penduduk wilayah itu, kira-kira 2.3 juta orang berlindung daripada pengeboman kejam Israel.

Terdahulu, Israel mengarahkan orang ramai di beberapa bahagian di Rafah untuk berpindah sebagai langkah kononnya bagi menghadapi pencerobohan ke atas bandar itu.

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman Hamas mengenai gencatan senjata, jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari tidak mengesahkan sama ada Israel akan meneruskan rancangannya menyerang Rafah.

Bagaimanapun, dia mendakwa, rejim Israel akan menghapuskan setiap kemungkinan mengenai rundingan.

Seorang pegawai kanan Hamas memberitahu Al Jazeera bahawa cadangan yang dibentangkan oleh Qatar dan Mesir terdiri daripadatiga peringkat.

Ia termasuk pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza, pemulangan pelarian Palestin, dan pertukaran tahanan.

Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Khalil al-Hayya, menjelaskan bahawa rancangan itu saling berkaitan dari segi peringkat pelaksanaannya.

“Pada peringkat pertama perjanjian, tentera Israel akan berundur ke kawasan bersebelahan dengan Gaza. Pada peringkat kedua, gencatan senjata kekal dan seterusnya musuh menghentikan pencerobohan,” katanya.

Al-Hayya menegaskan bahawa keputusan kini berada pada rejim Israel sama ada menerima perjanjian itu dan menamatkan perang.

Pengantara telah berjanji dengan Presiden AS, Joe Biden untuk memberi isyarat komitmen dalam memastikan pelaksanaan perjanjian yang dicadangkan, katanya. - Agensi

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Israel paksa rakyat Gaza pindah dari timur Rafah

26 penduduk terbunuh, serangan udara rejim sasar 11 rumah


GAZA, 28 Syawal 1445H, Selasa - Ratusan rakyat Palestin dipaksa berpindah dari kawasan timur Rafah, di tengah-tengah rancangan Israel untuk menyerang bandar di selatan Semenanjung Gaza.

Tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan segera pada Isnin kepada rakyat Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah dan menggesa mereka berpindah ke bandar al-Mawasi di selatan Gaza.

Saksi memberitahu, penduduk Palestin mula bergerak ke arah tengah dan barat Rafah, barat Khan Younis serta utara Deir al-Balah.

Kira-kira 100,000 orang awam Palestin dianggarkan tinggal di kawasan yang akan dipindahkan.

Biarpun masyarakat antarabangsa memberi amaran, Israel bertekad meneruskan serangan di Rafah yang didakwanya sebagai kubu terakhir pejuang Hamas.

Sekurang-kurangnya 26 rakyat Palestin, termasuk lapan kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar Rafah pada Ahad.

Beberapa penduduk turut dilaporkan cedera dalam serangan yang menyasarkan sekurang-kurangnya 11 rumah di bandar itu.

Agensi Pertahanan Awam Gaza berkata, beberapa mangsa dilaporkan hilang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang dimusnahkan.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Banjir di Selatan Brazil umpama medan perang

Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul, selatan Brazil sejak 29 April lepas telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 75 orang, menurut agensi Pertahanan Awam dalam laporan terbarunya pada Ahad, lapor Xinhua.

Seramai 155 orang cedera dan 103 lagi masih hilang manakala 107,600 penduduk telah dipindahkan ke tempat selamat di 334 daripada 496 bandar di negeri itu.

Menurut agensi Pertahanan Awam, kira-kira 780,000 penduduk telah terjejas banjir dengan beribu-ribu orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka dengan bot atau naik ke atas bumbung dengan harapan dapat diselamatkan oleh helikopter.

Sementara itu, Gabenor Rio Grande do Sul Eduardo Leite menyifatkan keadaan di negerinya umpama medan perang. - Agensi
IKIM anjur perbincangan meja bulat bincang isu boikot

Lihat konteks lebih luas termasuk kesan boikot ke atas kemajuan ekonomi negara


BANGI, 28 Syawal 1445H, Selasa - Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan perbincangan meja bulat yang menghimpunkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang supaya penyelesaian terbaik dapat dicari berkaitan isu boikot.

Ketua Pengarah IKIM, Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berpandangan bahawa isu boikot harus dilihat berdasarkan kepada neraca keadilan dan juga melihat kepada aspek maslahah dan mafsadah secara mendalam.

Beliau berkata, sememangnya tindakan memboikot menunjukkan kuasa pengguna yang sebenar terutama dalam menyampaikan mesej kepada syarikat-syarikat yang telah melakukan sesuatu yang bertentangan kepentingan umum.

"Ia juga memberi isyarat penting kepada pengusaha di Malaysia bahawa mereka perlu jujur dalam perniagaan serta sentiasa mengekalkan kualiti produk serta perkhidmatan.

"Namun persoalan penting yang harus ditanyakan sejauh mana keberkesanan boikot ini terutama melihat dalam konteks yang lebih luas termasuk kesan ke atas kemajuan ekonomi negara secara keseluruhan?

"Kedua, adakah boikot yang dijalankan memberi keadilan sebenar kepada pelbagai pihak yang terlibat dan terkesan dengan tindakan tersebut?," soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, langkah memboikot beberapa jenama yang berlaku ketika ini boleh memberikan kesan kepada ekonomi negara secara keseluruhan.

Ini kerana, syarikat-syarikat besar ini merupakan antara pembayar cukai yang terbesar di Malaysia, katanya.

“Buat masa ini, pemegang saham terbesar bagi rangkaian McD, KFC dan Pizza Hut dimiliki oleh orang Islam. Dikhuatiri, boikot yang bersifat emosi dan tanpa perancangan rapi akan meruntuhkan ekonomi orang Islam sendiri.

“Tindakan ini juga menjejaskan sektor pekerjaan terutama membabitkan tenaga kerja tempatan yang bekerja dengan entiti perniagaan yang diboikot, pekerja akan turut menerima kesan seperti pemotongan gaji atau kehilangan pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohamed Azam berkata, antara cara alternatif yang dicadangkan ialah dengan mengambil alih syarikat-syarikat yang didakwa menyokong Israel atau membeli saham-saham utama syarikat-syarikat berkenaan.

Beliau berpandangan, ini akan memberi lebih kebaikan dalam jangka masa panjang terutama kepada aspek sosio-ekonomi di Malaysia.

“Keuntungan yang didapati dapat akhirnya disalurkan kepada perkara-perkara yang lebih menguntungkan Malaysia dan dalam masa yang sama juga melaksanakan misi membantu Palestin yang menjadi matlamat utama pemboikotan,” katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Anwar akan bertemu Petronas dalam masa satu, dua hari untuk membincangkan mengenai projek Saudi Aramco di Pengerang.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
PBB akan mengundi draf resolusi yang mengiktiraf Palestin layak untuk menjadi anggota penuh agensi dunia itu pada Jumaat ini.

Permohonan untuk menjadi anggota penuh PBB perlu diluluskan oleh Majlis Keselamatan dianggotai 15 negara dan kemudian Perhimpunan Agung.


Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Duta Besar Israel untuk PBB, Gilad Erdan mengecam draf resolusi Perhimpunan Agung - sekali gus mendakwa, memberikan Palestin status de facto dan hak sebuah negara adalah bertentangan dengan Piagam PBB yang diasaskan.

Dia menjangkakan AS akan menghentikan sepenuhnya membiayai kepada PBB dan institusinya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Lagi wartawan Palestin dibunuh rejim Israel

Zionis sasar rumah Mustafa Ayad di kejiranan Zeitoun


GAZA, 28 Syawal 1445H, Selasa - Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza pada Isnin, menurut pejabat media kerajaan.

Wartawan foto, Mustafa Ayad disahkan terkorban dalam serangan yang menyasarkan rumahnya di kejiranan Zeitoun di bandar Gaza.

Kematian Mustafa menjadikan jumlah wartawan yang syahid dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza kepada 142 sejak konflik tercetus Oktober lalu.

Serangan kejam rejim Israel di Gaza bukan hanya membunuh pengamal media dan kakitangan perubatan, bahkan lebih 34,600 rakyat Palestin.

Wilayah itu lumpuh akibat peperangan lebih tujuh bulan dan berterusan hingga kini, mendorong 85 peratus penduduk berpindah secara dalaman untuk mendapatkan perlindungan.

Konflik semakin kritikal apabila penceroboh Israel terus memperketatkan sekatan, menyebabkan kekurangan bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/11/05 06:39:27
Back to Top
HTML Embed Code: