Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa selain mendesak penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza diteruskan, lapor Agensi Anadolu.
"Ketakutan terburuk kami - mimpi ngeri penduduk Gaza - nampaknya menjadi kenyataan," kata jurucakap agensi PBB itu, James Elder.
Elder menyatakan bahawa setiap amaran dan setiap "data yang mengejutkan" mengenai bilangan kanak-kanak dan ibu yang terbunuh serta rumah dan hospital yang musnah" semuanya diabaikan.
#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Media Israel menyiarkan rakaman video kereta kebal merek menyerbu bahagian Palestin di persimpangan Rafah dan melakukan operasi pemusnahan dan penembakan di sana.
Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Rejim Zionis memusnahkan kediaman di Tal Al-Sultan, barat Rafah dan membunuh penduduknya termasuk kanak-kanak dan wanita.
Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Malaysia menambah 10 lagi kontena Bantuan Kemanusiaan Kecemasan ke Gaza, Palestin menjadikan keseluruhan kontena yang dihantar sebanyak 110 kontena, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pelancaran misi itu di Kaherah, Mesir semalam, berkata kontena itu mengandungi makanan asas seperti beras dan tepung selain kit kebersihan diri termasuk tuala wanita.
"Penambahan 10 lagi buah kontena menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 110 buah kontena dengan nilai RM12 juta yang boleh memanfaatkan 60,000 keluarga di Gaza," katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Netanyahu berkeras tolak gencatan senjata
Tuduh Hamas sabotaj kemasukan pasukan Israel ke Rafah
BAITULMAQDIS, 29 Syawal 1445H, Rabu - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu secara terbuka menolak cadangan gencatan senjata yang diterima oleh Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).
Netanyahu menerusi mesej video mendakwa, cadangan itu 'sangat jauh daripada tuntutan penting Israel'.
"Israel tidak boleh menerima cadangan yang membahayakan keselamatan rakyat kita dan masa depan negara. Itu tidak berlaku," katanya.
Dia turut mendakwa cadangan Hamas bertujuan untuk mensabotaj kemasukan pasukan Israel ke Rafah.
"Dalam beberapa jam, pasukan kami menaikkan bendera Israel di persimpangan Rafah dan menurunkan bendera Hamas.
"Kita telah membuktikan bahawa tekanan tentera ke atas Hamas adalah syarat yang diperlukan untuk mengembalikan tebusan," kata Netanyahu.
Hamas pada Isnin mengumumkan menerima cadangan gencatan senjata yang dibuat Qatar dan Mesir.
Namun, Israel pada Selasa tetap berkeras menolak cadangan itu dan mendakwa pasukan briged perisai ke-401 telah merampas kawalan di sempadan Rafah, selatan Gaza.- Agensi
Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada Selasa menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan menyifatkannya sebagai "kesilapan strategik, malapetaka politik, dan mimpi ngeri kemanusiaan”.
"Saya terganggu dan tertekan dengan aktiviti ketenteraan yang diperbaharui di Rafah oleh tentera Israel,” kata Guterres, lapor Agensi Anadolu.
Menekankan kepentingan kritikal untuk membuka semula lintasan Rafah dan Karem Shalom, Guterres menyeru agar pintu masuk itu dibuka semula dengan serta-merta.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
"Saya terganggu dan tertekan dengan aktiviti ketenteraan yang diperbaharui di Rafah oleh tentera Israel,” kata Guterres, lapor Agensi Anadolu.
Menekankan kepentingan kritikal untuk membuka semula lintasan Rafah dan Karem Shalom, Guterres menyeru agar pintu masuk itu dibuka semula dengan serta-merta.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang terkini ke atas Rafah di Gaza pada Isnin (6 Mei) yang menyebabkan 19 orang terbunuh, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Palestin.
Kementerian Luar atau Wisma Putra berkata serangan itu berlaku beberapa jam selepas Hamas menerima cadangan gencatan senjata daripada rundingan damai yang dibuat oleh Mesir dan Qatar, jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
"Rejim Israel bertekad untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Oleh yang demikian, Israel patut menerima kecaman keras daripada masyarakat antarabangsa," menurut Kementerian Luar dalam kenyataan pada Rabu.

Kereta pemain tengah pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim dipecah individu tidak dikenali menggunakan tukul besi di Jalan Sri Gelam di sini malam tadi.
Menurut laporan polis yang dibuat Safiq di Balai Polis Larkin, insiden berlaku pada 10.05 malam ketika beliau memandu kereta Honda City dari Pusat Latihan JDT Sri Gelam menghala ke Pantai Lido.
Menurut Safiq, beliau telah didatangi sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki tidak dikenali dan pemboncengnya bertindak mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk bahagian belakang cermin kereta.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Menurut laporan polis yang dibuat Safiq di Balai Polis Larkin, insiden berlaku pada 10.05 malam ketika beliau memandu kereta Honda City dari Pusat Latihan JDT Sri Gelam menghala ke Pantai Lido.
Menurut Safiq, beliau telah didatangi sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki tidak dikenali dan pemboncengnya bertindak mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk bahagian belakang cermin kereta.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Al Jazeera cabar tindakan Israel sekat operasi
Tuntut kerugian kerana rampas peralatan, henti siaran
DOHA, 29 Syawal 1445H, Rabu - Al Jazeera akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan Tel Aviv melarang saluran berita itu beroperasi di Israel.
Stesen yang berpangkalan di Qatar itu dihentikan operasi di Israel selepas kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengundi untuk menutupnya berikutan liputan mengenai perang Gaza.
Di bawah keputusan itu, Kabinet Netanyahu mendakwa sebulat suara bersetuju menutup pejabat Al Jazeera di Baitulmaqdis, termasuk merampas peralatan dan menarik balik akreditasi pasukannya.
Beberapa jam kemudian, skrin di Israel memuatkan saluran Arab dan Inggeris Al Jazeera menjadi kosong, dengan mesej mengatakan saluran itu telah digantung.
Pengarah berita Inggeris Al Jazeera, Salah Negm berkata, rangkaian itu akan mengikut setiap peringkat undang-undang untuk mencabar keputusan Tel Aviv.
"Peralatan yang dirampas, kerugian yang kami alami kerana menghentikan siaran semua perkara dibawa untuk tindakan undang-undang," kata Negm.
Penutupan itu bagaimanapun tidak terpakai kepada Tebing Barat atau Semenanjung Gaza, di mana Al Jazeera masih menyiarkan secara langsung liputan mengenai perang Israel dengan Hamas.- Agensi

Serangan Rafah bukti Israel enggan kerjasama
Malaysia kutuk keras pembunuhan berterusan rakyat Palestin
BANGI, 29 Syawal 1445H, Rabu - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terbaharu Israel ke atas Rafah yang menyebabkan 19 orang terbunuh, Isnin lalu.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata, serangan yang berlaku beberapa jam selepas Hamas menerima gencatan senjata menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
Katanya, Israel patut menerima kecaman keras daripada masyarakat antarabangsa kerana bertekad meneruskan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
"Serangan berterusan ke atas orang awam oleh Pasukan Pendudukan Israel, khususnya di Rafah, Gaza adalah amat zalim.
"Terutam kepada kanak-kanak, wanita dan mereka yang sedang berlindung di kem-kem yang sangat padat dan kini menjadi benteng perlindungan terakhir dari pencerobohan Israel.
"Mayarakat antarabangsa mesti menggandakan usaha untuk memastikan rejim Israel menghentikan tindakan jenayahnya yang disengajakan, dan di bawa ke muda pengadilan mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa," katanya.
Bandar Rafah ketika ini berfungsi sebagai tempat perlindungan terakhir bagi penduduk Gaza yang berpindah di kawasan yang terkepung.
Sejak permulaan serangan darat yang dilancarkan oleh pasukan Israel ke atas Gaza pada Oktober, rakyat Gaza telah diarahkan oleh tentera untuk berpindah dari utara dan tengah Gaza ke selatan dan mendakwa ia 'zon selamat'.
Hari ini, Rafah, dengan keluasan kira-kira 65 kilometer persegi, menempatkan lebih 1.5 juta rakyat Palestin, yang majoritinya terpaksa melarikan diri ketika fasa awal pencerobohan Israel untuk mendapatkan perlindungan.

Timbalan Menteri Pertahanan Turkiye, Dr. Celal Sami Tüfekçi menjemput Malaysia untuk menjadi rakan kongsi dalam projek pembangunan pesawat pejuang generasi kelimanya, KAAN, yang melakukan penerbangan sulungnya Februari lepas.
Menekankan faedah bersama daripada kolaborasi itu, Tüfekçi berkata Malaysia akan meraih manfaat bukan sahaja dari segi memperkukuhkan keupayaan ketenteraan tetapi juga dalam memperoleh teknologi termoden jet pejuang.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Menekankan faedah bersama daripada kolaborasi itu, Tüfekçi berkata Malaysia akan meraih manfaat bukan sahaja dari segi memperkukuhkan keupayaan ketenteraan tetapi juga dalam memperoleh teknologi termoden jet pejuang.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara hari ini bagi membolehkan beliau melawat kakaknya yang menghidap kanser di Australia.
Hakim Azura Alwi membenarkan pasport diserahkan kepada bekas perdana menteri itu menerusi peguamnya, selepas tiada bantahan daripada pihak pendakwaan terhadap permohonan itu.
“Pasport akan diserahkan kepada wakil peguam Tang Jia Yearn hari ini dan diserahkan kembali kepada mahkamah pada 28 Mei melalui beliau (Tang),” katanya.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Hakim Azura Alwi membenarkan pasport diserahkan kepada bekas perdana menteri itu menerusi peguamnya, selepas tiada bantahan daripada pihak pendakwaan terhadap permohonan itu.
“Pasport akan diserahkan kepada wakil peguam Tang Jia Yearn hari ini dan diserahkan kembali kepada mahkamah pada 28 Mei melalui beliau (Tang),” katanya.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar dadah, tiga tahun lepas.
Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid melepas dan membebaskan Muhammad Abdul Rahman, 37, Mohd Fadzli Abd Razak, 44, dan Yusri Awang, 38, selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan ketiga-tiga mereka mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid melepas dan membebaskan Muhammad Abdul Rahman, 37, Mohd Fadzli Abd Razak, 44, dan Yusri Awang, 38, selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan ketiga-tiga mereka mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
AS mahu Israel buka sempadan Rafah secepat mungkin
Bantuan kemanusiaan perlu terus mengalir dari Karem Shalom
WASHINGTON, 29 Syawal 1445H, Rabu - Rumah Putih mahu pintu sempadan Rafah antara Semenanjung Gaza dan Mesir dibuka secepat mungkin.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby berkata, Presiden Joe Biden menekankan keperluan untuk segera membuka semula Karem Shalom, sempadan antara selatan Gaza dan Israel yang menjadi pintu masuk utama penghantaran bantuan, ketika menghubungi Benjamin Netanyahu.
Kirby mendakwa, pemimpin Israel itu meyakinkan Presiden Amerika Syarikat (AS) bahawa pihaknya akan membuka sempadan tidak lama lagi.
"Kita mahu perkara itu berlaku, namun ia masih ditutup sekarang. Rafah juga ditutup, dan kita mahu melihatnya dibuka secepat mungkin.
"Ini penting supaya bantuan kemanusiaan terus mengalir. Itu adalah perkara utama yang dibuat Biden semalam melalui panggilan telefon dengan Netanyahu," kata Kirby.
Israel bertindak menutup Kerem Shalom berikutan serangan roket Hamas pada Ahad, yang membunuh empat askarnya dan mencederakan 10 lain.
Semalam, tentera Israel turut merampas kawalan sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir dan menutupnya kepada semua lalu lintas.
Israel juga menggiatkan serangan ke atas Rafah yang menjadi tempat terakhir bagi 1.5 juta penduduk Gaza yang terkepung.- Agensi

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal (SAR10,000) bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji. (SAR1=RM1.2)
Menerusi infografik yang dikongsikan kementerian itu di platform X, tujuh kawasan berkenaan adalah Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.
“Penalti akan berkuat kuasa mulai 2 hingga 20 Jun 2024”, demikian menurut kementerian itu.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Menerusi infografik yang dikongsikan kementerian itu di platform X, tujuh kawasan berkenaan adalah Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.
“Penalti akan berkuat kuasa mulai 2 hingga 20 Jun 2024”, demikian menurut kementerian itu.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Dua penjawat awam sebuah agensi penguatkuasaan direman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4,800 dan RM15,000.
Kedua-dua lelaki berusia 39 dan 44 tahun yang dipercayai menerima rasuah supaya tidak memeriksa trak membawa muatan barang basah itu ditahan pada 6.30 petang semalam selepas merekodkan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kedua-dua lelaki berusia 39 dan 44 tahun yang dipercayai menerima rasuah supaya tidak memeriksa trak membawa muatan barang basah itu ditahan pada 6.30 petang semalam selepas merekodkan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kebebasan media: Wan Fayhsal dakwa kerajaan hari ini lebih zalim dari Israel
'Saya bukan fitnah, apa kerajaan takut sangat sampai tutup kebenaran'
BANGI, 29 Syawal 1445H, Rabu - Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa kerajaan hari ini lebih zalim daripada Israel dalam soal kebebasan media.
Ahli Parlimen Machang itu turut menyifatkan kerajaan sebagai pemerintah kuku besi selepas video penerangannya berhubung harga barang dan penarikan subsidi petroleum dikeluarkan daripada Instagram serta TikTok atas arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
"Adakah ini satu fitnah? Menyalahi undang-undang? Walhal saya hanya ulas semula pendirian Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang sebelum ini telah nyatakan subsidi minyak akan dipotong tak lama lagi!.
"Apa yang kerajaan takutkan sangat sampai tutup kebenaran? Saya bukan memfitnah," katanya dalam kenyataan.
Atas sebab itu, Wan Fahysal berpendapat, wajarlah indeks kebebasan media di Malaysia jatuh ke tangga ke-107 di bawah kerajaan Madani.
"Semua yang tidak disukai oleh kerajaan dihalang siar tapi laskar siber fitnah Perikatan Nasional dibiarkan saja bertebaran dalam media sosial," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan kedudukan Malaysia jatuh daripada 73 kepada 107 dalam Indeks Kebebasan Media 2024 yang menilai situasi media sejak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan campuran PH-BN.
Untuk kali pertama dalam tiga tahun, Malaysia bukan lagi berada di kedudukan tertinggi untuk negara Asean apabila dipintas oleh Thailand (87).
Laporan terbaru itu berdasarkan penilaian landskap media sepanjang tahun 2023, yang menyaksikan siri tindakan terhadap media dalam talian dan penulis blog, menjadikannya penilaian pertama mengenai kebebasan media di bawah kerajaan Anwar.

Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan dikeluarkan esok, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat Kabinet hari ini.
“Menteri Pertahanan (Mohamed Khaled) hari ini memberi sedikit maklum balas mengenai status laporan awal siasatan bagi nahas helikopter yang berlaku di Lumut (Perak) baru-baru ini.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat Kabinet hari ini.
“Menteri Pertahanan (Mohamed Khaled) hari ini memberi sedikit maklum balas mengenai status laporan awal siasatan bagi nahas helikopter yang berlaku di Lumut (Perak) baru-baru ini.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Program liberalisasi visa perlu timbang teliti Majlis Raja-Raja
Kemasukan warga asing tanpa tapisan beri kesan isu keselamatan
BANGI, 29 Syawal 1445H, Rabu - Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) mencadangkan Program Liberalisasi Visa warganegara China dan India, melalui timbang teliti Majlis Raja-Raja.
Ini kerana, Majlis Raja-Raja diperuntukkan kuasa di bawah Perkara 38 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk menimbang teliti sebarang perubahan kepada dasar negara, terutama perubahan dasar imigresen.
Apatah lagi, menurut PEMBELA, sebarang tindakan untuk meliberalisasikan perkara yang membabitkan isu kedaulatan dan keselamatan negara mestilah dibuat setelah semua proses perundingan dengan pemegang taruh utama dibuat.
"PEMBELA dengan lebih 80 gabungan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan ingin menyatakan kegusaran kami berkenaan arahan pengecualian beberapa peraturan mustahak di bawah Program Liberalisasi Visa warganegara China dan India.
"PEMBELA mengambil pendirian kemasukan warga asing tanpa tapisan yang wajar ke dalam negara boleh memberikan kesan kepada isu keselamatan, kesihatan dan kedaulatan negara.
"Ia tidak wajar hanya dinilai dari sudut pandang impak ekonomi," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kenyataan pertubuhan itu dibuat susulan merujuk Pekeliling Ketua Pengarah Imigresen berhubung arahan pengecualian syarat kemasukan di semua pintu masuk yang diwartakan seluruh Malaysia bagi warganegara China dan India di bawah Pelan Liberalisasi Visa bertarikh 2 Mei lalu.
Menerusi kenyataan itu, PEMBELA turut mempersoalkan kewajaran arahan terbabit dikeluarkan tatkala Malaysia dijadikan pusat operasi warga asing terhadap sindiket penipuan kewangan, pemedagangan manusia dan operatif perisikan luar.
Pada masa sama, PEMBELA turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan atau membatalkan arahan Ketua Pengarah Imigresen sehingga semua proses timbang teliti Majlis Raja-Raja selesai.
"PEMBELA juga merakamkan kekesalan dengan ketiadaan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh saluran rasmi parti-parti politik Melayu yang masih belum menyatakan teguran dan mengambil pendirian dalam isu ini.
"PEMBELA menggesa semua pihak untuk bertegas di dalam isu keselamatan dan isu yang boleh menggugat keharmonian rakyat di negara ini," katanya.

Kerajaan Kelantan berhasrat untuk mengembalikan semula 16 daripada 18 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan Februari lepas untuk diluluskan semula dalam perundangan negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Mohd Asri Mat Daud berkata perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.
"Tiga pembentangan akan diadakan dalam konvensyen itu berkait enakmen yang telah terbatal itu dan hasilnya kita akan bincangkan secara lebih teliti menerusi Jawatankuasa Khas Pertahan Enakmen Kanun Jenayah.