Telegram Web Link
TIADA TEMPAT SELAMAT DI GAZA, KATA KETUA UNRWA

Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, mengecam dan menyifatkan tanggapan “zon selamat” di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.

Beliau meluahkan kekecewaannya terhadap pihak berkuasa Israel yang terus mengeluarkan arahan perpindahan paksa dikenali sebagai ‘perintah pemindahan’ sehingga menyebabkan situasi perpindahan berterusan penduduk Palestin di Gaza.

“Mereka (rakyat Palestin) bermati-matian mencari keselamatan yang tidak pernah mereka temui,” katanya.

#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine

https://www.tg-me.com/ismaweb
Tentera rejim pengganas Israel sedang menjalankan kempen serbuan besar-besaran di kampung Azzoun di bandar Qalqilya, Tebing Barat. Lebih 30 rumah dilaporkan diserang setakat ini.

#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine

https://www.tg-me.com/ismaweb
Enggan ikut jejak AS, UK kekal jual senjata pada Israel

Dakwa tindakan henti penjualan akan jadikan Hamas lebih kuat


LONDON, 4 Zulkaedah 1445H, Isnin - Kerajaan United Kingdom (UK) menegaskan enggan mengikut telunjuk Amerika Syarikat (AS) menghentikan penjualan senjata kepada Israel jika Tel Aviv meneruskan operasi darat di Rafah.

Setiausaha Luar, David Cameron mendakwa, UK menentang rancangan Israel untuk menyerang Rafah, namun langkah menghentikan penjualan senjata akan menjadikan Hamas lebih kuat.

Katanya, UK membekalkan hanya 1 peratus senjata kepada Israel dan menganggap kadar itu terhad untuk mempengaruhi tindakan Israel.

Cameron menegaskan rancangan komprehensif perlu untuk melindungi nyawa orang awam sekiranya berlaku tindakan ketenteraan.

Dia turut menegaskan kedudukan UK berbeza dengan AS, yang menekankan kepentingan mengekalkan tekanan diplomatik dan pada masa sama mengutamakan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Lebih 35,000 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel di Gaza sejak Oktober.

Setakat ini, Israel dikatakan melaksanakan operasi terhad di sekitar Rafah, menguasai bahagian sempadan Palestin, pintu masuk untuk bantuan ke Gaza.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
KERAJAAN ALU-ALUKAN SYARIKAT PENERBANGAN MULAKAN OPERASI ANTARABANGSA DI LTSIP

Kerajaan mengalu-alukan mana-mana syarikat penerbangan untuk memulakan operasi penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dekat Pengkalan Chepa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bagaimanapun syarikat penerbangan itu perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) terlebih dahulu.

Pengoperasian terminal LTSIP fasa satu pada 1 Mei lalu, mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung sehingga empat juta penumpang.

Loke memberi jaminan pembinaan Fasa 2 LTSIP tidak menjadi masalah dan mampu disiapkan mengikut jadual.

Ia dijangka siap sepenuhnya pada Januari tahun depan.


----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Banjir kilat, aliran lava sejuk ragut 34 nyawa di Indonesia

Tumpu cari, selamatkan 16 mangsa masih hilang


TANAH DATAR, 4 Zulkaedah 1445H, Isnin - Sekurang-kurangnya 34 maut dan 16 lagi hilang selepas banjir kilat dan aliran lava sejuk dari gunung berapi melanda barat Indonesia pada Ahad.

Hujan lebat selama beberapa jam di daerah Agam dan Tanah Datar di wilayah Sumatera Barat, mencetuskan banjir kilat dan aliran lava sejuk dari Gunung Marapi.

"Sehingga kini data menunjukkan 34 orang maut, 16 di Agam dan 18 di Tanah Datar.

"Sekurang-kurangnya 18 yang lain cedera dan kami juga masih mencari 16 orang lagi hilang," kata jurucakap Agensi Bencana Sumatera Barat, Ilham Wabah.

Beliau berkata, usaha mencari ini membabitkan penyelamat tempatan, polis, tentera dan sukarelawan.

Susulan kejadian itu, kerajaan tempatan menubuhkan pusat pemindahan dan pos kecemasan di beberapa kawasan di daerah Agam dan Tanah Datar.

Menurut agensi penyelamat, daerah Agam dan Tanah Datar dilanda banjir kilat serta aliran lahar sejuk sekitar jam 10.30 malam Sabtu.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum dapat memberikan jumlah penduduk yang dipindahkan dari kawasan itu kerana usaha mencari dan menyelamat masih tertumpu kepada mangsa hilang.

Setakat ini, sembilan mayat termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan lapan tahun dikenal pasti, semalam. - Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Manusia pertama terima buah pinggang babi meninggal dunia

Kematian mengejut Slayman berlaku 2 bulan selepas prosedur pemindahan


WASHINGTON, 4 Zulkaedah 1445H, Isnin - Pesakit hidup pertama yang menerima pemindahan buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik dilaporkan meninggal dunia dua bulan selepas prosedur itu.

Kematian Rick Slayman, 62, yang dianggap mengejut dimaklumkan hospital Amerika Syarikat (AS) yang menjalankan prosedur itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pertama dalam dunia, pakar bedah di Hospital Besar Massachusetts berjaya memindahkan buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik ke tubuh Slayman pada Mac lalu, akibat menderita penyakit buah pinggang tahap akhir.

"Slayman akan selamanya dilihat sebagai suar harapan kepada pesakit pemindahan yang tidak terkira banyaknya di seluruh dunia dan kami berterima kasih atas kepercayaan dan kesanggupannya memajukan bidang xenotransplantasi," kata hospital itu.

Slayman yang menghidap diabetis tahap 2 dan hipertensi telah menerima pemindahan buah pinggang manusia pada 2018, tetapi ia mula gagal lima tahun kemudian.

Apabila hospital mengumumkan prosedur pemindahan berjaya pada Mac, Slayman berkata, dia bersetuju bukan sahaja untuk membantu dirinya, tetapi memberikan harapan buat ribuan pesakit yang memerlukan pemindahan untuk terus hidup.

Leboh 89,000 pesakit berada dalam senarai menunggu buah pinggang setakat Mac, menurut laman web Jabatan Kesihatan AS.

Secara purata, 17 orang mati setiap hari sementara menunggu pemindahan organ.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
JIM, KDN teroka penggunaan kod QR di pintu masuk negara

Komitmen tangani kesesakan, perincian akan diumumkan


PUTRAJAYA, 4 Zulkaedah 1445H, Isnin - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka kaedah penggunaan kod respons pantas (QR) di beberapa pintu masuk utama negara bagi menangani isu kesesakan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kajian mengenai penggunaan kod QR di pintu masuk negara telah dibuat dengan fasa sekarang adalah fasa pengujian.

Menurutnya, fasa pengujian kod QR di beberapa lokasi pintu masuk utama negara akan diumumkan oleh KDN nanti.

“Salah satu komitmen di JIM dan KDN adalah menangani kesesakan di pintu masuk utama negara.

“Pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat oleh KDN kerana ia masih di peringkat awal, perkara ini masih belum dilaksanakan tetapi perincian nanti, KDN akan buat pengumuman selepas ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada 3 Disember lepas, Kerajaan Negeri Johor mencadangkan agar kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pelaksanaan kaedah digital sistem QR Code, sama seperti Singapura, bagi pergerakan keluar masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di negeri itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ini merupakan salah satu daripada tiga cadangan kerajaan negeri dalam usaha kerajaan Malaysia dan Singapura menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Ruslin berkata, JIM dan KDN komited melaksanakan inisiatif berterusan bagi menangani isu kesesakan di pintu masuk utama negara bukan sahaja di Johor Bahru tetapi di pintu masuk melalui udara.

“Perkara yang menjadi keutamaan adalah bagaimana kita hendak mencari satu proses yang memudahkan dan mempercepatkan tanpa kompromi dari aspek keselamatan,” katanya. 

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
BELIA ISLAM PERLU BERCITA-CITA BESAR

Saya telah dijemput mengisi penyampaian, Road to 4Flat anjuran Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Di hadapan pelajar-pelajar cemerlang Kolej Matrikulasi, saya telah kongsikan beberapa nota penting sebagai dorongan kepada mereka untuk mengejar kecemerlangan.

Belia Islam perlu bina cita-cita dan impian hidup yang besar, lebih besar daripada manfaat diri sendiri dan keluarga. Tidak cukup mengehadkan cita-cita dalam ruang lingkup profesion semata-mata. Sebagai seorang Muslim yang beriman, cita-cita kita tidak terhad hanya kepada ijazah kerana tanpa risalah hidup, ijazah tidak akan membawa apa-apa makna.

Tanpa kita sedari sifat individualistik menyebabkan cita-cita terhad kepada diri sendiri.

Siapa yang akan membina impian bangsa, agama dan negara? Apabila berterusan memikirkan manfaat ummah dan negara, kita akan membina sifat keunggulan. Sentiasa akan berusaha menjadi yang terbaik, tidak hanya sekadar berpada dengan cukup-cukup makan dek kerana memasang impian yang tinggi untuk bangsa, agama dan negara.

Kita mungkin orang biasa, tetapi memiliki impian yang luar biasa. Kita akan jadi orang yang hebat jika memasang impian yang hebat. Sesungguhnya Allah mengikut sangkaan hambaNya. Seorang muslim harus husnuzon pada Allah SWT mempunyai sikap berharap pada-Nya.

Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman,
"Aku sesuai dengan persangkaan hamba padaKu.” (Muttafaqun ‘alaih).

Naib Presiden ISMA
(Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Insan)
Mohd Nasrul Muhaimin Mohd Taib

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Pendudukan Israel: Tragedi 76 tahun di Palestin

Kira-kira 1 juta orang telah ditahan sejak tahun 1967

RAMALLAH, 4 Zulkaedah 1445H, Isnin - Biro Perangkaan Pusat Palestin mengeluarkan laporan pada Ahad menandakan ulang tahun ke-76 Nakba  yang menunjukkan bahawa sejak tahun 1948, kira-kira 134,000 rakyat Palestin dan Arab telah terbunuh di dalam dan luar Palestin.

Laporan biro itu memperincikan statistik kematian, penahanan, pembinaan penempatan, dan rampasan tanah di Palestin bertepatan dengan ulang tahun Nakba yang berlaku pada 15 Mei 1948, menurut Agensi Anadolu.

Sejak 7 Oktober 2023 sahaja, permulaan konflik Israel-Hamas, sekurang-kurangnya 35,034 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, dengan 14,944 daripada mereka adalah kanak-kanak dan 9,849 wanita.

Mayat kira-kira 7,000 orang masih belum ditemui. Di Tebing Barat, 492 rakyat Palestin kehilangan nyawa akibat serangan tentera Israel dan peneroka Yahudi sejak 7 Oktober.

Menurut data daripada Persatuan Tahanan Palestin dan Suruhanjaya Pihak Berkuasa Palestin mengenai Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan, kira-kira 1 juta orang telah ditahan sejak tahun 1967.

Jumlah penahanan di Tebing Barat sahaja telah mencapai 8,520 sejak 7 Oktober, dengan sejumlah tahanan dibebaskan dan yang lain masih dalam tahanan.

Setakat akhir April, jumlah tahanan di penjara Israel telah mencapai 9,400, termasuk 3,600 yang ditahan tanpa perbicaraan.

Memetik laporan itu, Agensi Anadolu melaporkan sehingga penghujung 2022,  jumlah pusat pemeriksaan tentera dan penempatan Israel di Tebing Barat telah mencecah 483, dengan populasi peneroka mencapai 745,467, terutamanya di Baitulmaqdis.

Peningkatan ketara dalam pembinaan penempatan disaksikan pada tahun 2023, dengan pihak berkuasa Israel meluluskan rancangan untuk lebih daripada 18,000 unit, termasuk di  Baitulmaqdis. 

Pada tahun 2022, pihak berkuasa Israel telah merampas 26,000 ekar tanah Palestin di Tebing Barat, dan jumlah ini meningkat kepada 50,526 ekar pada tahun 2023.

Sejak 7 Oktober 2023, Israel telah memusnahkan atau mengakibatkan kerosakan teruk sejumlah 89,000 bangunan di Gaza, termasuk 104 milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kos serangan di Gaza, termasuk kerosakan kepada infrastruktur, jalan, rangkaian elektrik, air dan tanah pertanian, dianggarkan berjumlah AS$30 bilion.

Di Tebing Barat, Israel telah merobohkan sebahagian atau sepenuhnya 659 bangunan dan kemudahan pada tahun 2023.

Selain itu, perintah perobohan dikeluarkan untuk 1,333 kemudahan Palestin atas alasan tidak mempunyai permit, katanya.

Pada tahun 2023 juga, peneroka Yahudi dan tentera Israel telah melakukan 12,161 serangan terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka, termasuk 3,808 terhadap harta benda dan tapak keagamaan, 707 terhadap tanah dan sumber semula jadi, dan 7,646 terhadap individu.

Serangan itu mengakibatkan kerosakan kepada kira-kira 21,700 pokok, termasuk 18,964 pokok zaitun.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
PN 'pegang' undi Melayu, orang muda meski tewas PRK KBB

Kelompok muda paling kurang keluar mengundi


BANGI, 4 Zulkaedah 1445H, Isnin - Perikatan Nasional (PN) berjaya menarik undi golongan muda meskipun Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Sabtu lalu.

Menurut Institut Darul Ehsan (IDE), kejayaan PH di Kuala Kubu Bharu adalah disebabkan oleh undi bagi kategori umur 41 tahun ke atas, manakala PN pula memperoleh undi orang muda yang berusia 18 hingga 24 tahun.

Bagaimanapun, kumpulan muda paling rendah merekodkan peratusan keluar mengundi iaitu 55 peratus, berbanding pengundi kumpulan 41 tahun ke atas melebihi 60 peratus.

IDE berkata, PN memperoleh 63 peratus daripada undi mereka berusia antara 18 hingga 24 tahun walaupun peratusan keluar mengundi kelompok itu terendah, iaitu sekitar 53 peratus.

Katanya, pola pengundian turut menyaksikan PH memperoleh 3.0 peratus peningkatan undi kaum Melayu dan kekal menguasai sokongan kaum Cina.

Sementara PN pula masih lagi menguasai sokongan pengundi Melayu dalam PRK kali ini.

Keputusan PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan calon PH, Pang Sock Tao menewaskan tiga lagi pencabarnya masing-masing dari PN, Parti Rakyat Malaysia dan Bebas dengan majoriti 3,869.

Pencabar utama Sock Tao, Khairul Azhari Saut (PN) mendapat 10,131 undi, manakala Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Penghayatan Hadis 40 Imam Al-Nawawi diperluas ke Tabika Kemas

Hasrat laksana di lebih 300 institusi pendidikan Mara termasuk MRSM

KUALA NERUS, 4 Zulkaedah 1445H, Isnin - Kurikulum Pendidikan Islam di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara akan dimantapkan lagi dengan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi yang dijangka bermula Jun ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, buat permulaan pelaksanaan itu bakal membabitkan sebanyak 4,145 daripada 10,840 Tabika Kemas di seluruh negara sebelum diperluas ke semua tabika secara berperingkat pada tahun depan.

“Sebanyak 4,145 tabika ini melibatkan lebih kurang 80,000 murid. Inisiatif untuk membudayakan dan merakyatkan Hadis 40 Imam al-Nawawi ini merupakan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), jadi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah Menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berhasrat memulakannya di peringkat prasekolah,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau mewakili Ahmad Zahid pada Majlis Pelancaran Buku Hadis 40 Imam al-Nawawi di Dewan al-Muktafi Billah Shah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.

Beliau berkata, modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi juga seiring dengan inisiatif Program Tabika Pra Tahfiz yang telah dilaksanakan KKDW bermula tahun ini.
 
“Pada Jun ini guru-guru Kemas yang terlibat dengan program Tabika Pra Tahfiz akan menjalani kursus dan latihan...jadi modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi ini boleh disekalikan dalam program latihan itu,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata, buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kemas dan UniSZA itu berupaya membentuk peribadi, sahsiah dan akhlak dalam diri individu seawal usia kanak-kanak.

“Kalau kita tengok buku Hadis 40 Imam al-Nawawi ini sangat senang difahami kerana ia ringkas dan mudah. Ia bukan soal hafal tetapi untuk dihayati sebagai amalan dalam kehidupan. Saya yakin modul ini boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti permainan dan nyanyian untuk menarik minat murid prasekolah,” katanya.

Asyraf Wajdi turut berhasrat melaksanakan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi di lebih 300 institusi pendidikan Mara termasuk Maktab Rendah Sains Mara; GiatMara dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara.

“Esok ada mesyuarat Majlis Mara dan saya akan mencadangkan Majlis Mara untuk terus laksanakan perkara ini,” katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wartawan foto, Sami Shehadeh, yang cedera di kakinya akibat pengeboman Israel, masih teguh membuat liputan media mengenai perang di Gaza.

#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine

https://www.tg-me.com/ismaweb
6 wakil rakyat Bersatu sokong PM masih berstatus Ahli Parlimen

Dewan Rakyat belum terima notis status keahlian dari Bersatu


BANGI, 4 Zulkaedah 1445H, Isnin - Enam wakil rakyat Bersatu yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal sebagai Ahli Parlimen.

Ini berikutan, Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen terbabit, susulan pindaan Perlembagaan parti yang diluluskan baru-baru ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul menegaskan tidak akan terlibat mengenai isu politik atau pentadbiran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selagi tidak membabitkan Parlimen.

"... hinggalah mereka selesai masalah mereka dan akhirnya datang kepada saya untuk meminta pandangan atau keputusan, waktu itu saya akan buat.

"Sekarang ini tiada apa-apa berlaku lagi, notis apa pun tak terima, satu surat dan e-mel pun tak ada. Saya anggap tak ada apa-apa berlaku selagi benda itu tidak datang ke meja saya, itu hak mereka," katanya seperti dilapor media tempatan.

Sebelum ini, RoS telah meluluskan permohonan pindaan Perlembagaan Bersatu yang membolehkan parti menggugurkan keahlian mereka dan seterusnya mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.

Enam Ahli Parlimen itu adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Lagi pegawai tertinggi rejim Israel letak jawatan

Kecewa kerajaan haram gagal capai keputusan untuk masa depan Gaza


BAITULMAQDIS, 4 Zulkaedah 1445H, Isnin - Seorang pegawai tertinggi rejim negara haram Israel yang bertanggungjawab dalam dasar pertahanan dan perancangan strategik Majlis Keselamatan Negara telah meletak jawatan.

Yoram Hamo dilaporkan meletak jawatan kerana kecewa atas kegagalan mencapai keputusan berhubung tindakan masa depan di Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara mendakwa tindakan itu tiada kaitan dengan hal-hal awam, sebaliknya atas faktor peribadi.

Majlis itu mendakwa, pihaknya sudah merangka pelan yang menggariskan pentadbiran awam di Semenanjung Gaza untuk tempoh antara enam bulan hingga setahun.

Ia mendakwa, perkhidmatan penting akan diberikan melalui perusahaan swasta Arab dan akhirnya menyerahkan kawalan Semenanjung Gaza kepada entiti tempatan yang tidak memusuhi Israel.

Kerajaan Israel menegaskan mana-mana kerajaan yang mentadbir Gaza akan datang tidak seharusnya dipimpin oleh Hamas.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Lagi kejadian pokok tumbang di hadapan Menara Prestige, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rejim Israel menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Jordan dalam perjalanan ke Gaza.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat Palestin memulakan pagi mereka hari ini dengan berduka melihat ahli keluarga yang terkorban akibat serangan kejam Zionis.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.

“Di sini di Palestin dan di Gaza khususnya, hari ini berlalu ketika pendudukan Israel telah membunuh 138 jururawat. Hari Jururawat Antarabangsa tahun ini adalah luar biasa dan adalah hak kami untuk menamakan tahun ini sebagai Tahun Kejururawatan,” lapor Anadolu Agency yang memetik jurucakap kementerian, Khalil al-Daqran, berkata semasa sidang akhbar di samping satu perhimpunan aman yang dianjurkan oleh jururawat di Hospital Al-Aqsa Martyrs di bandar Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/11/05 23:40:51
Back to Top
HTML Embed Code: