Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 hingga 7 Jun ini.
Air Selangor dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, gangguan itu berikutan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang bermula 9 pagi hingga 7 malam pada 5 Jun.

Perisik AS letak jawatan protes perang Israel di Gaza
Sokongan Washington tingkat pembunuhan rakyat Palestin
WASHINGTON, 5 Zulkaedah 1445H, Selasa - Seorang pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) meletak jawatan sebagai protes kepada sokongan Washington terhadap perang Israel di Semenanjung Gaza.
Pegawai Agensi Perisikan Pertahanan, Harrison Mann dalam surat peletakan jawatannya menyebut sokongan AS untuk Israel boleh meningkatkan pembunuhan dan kebuluran kepada puluhan ribu rakyat Palestin yang tidak bersalah.
Dia turut mengaku terlalu bersalah dan malu kerana perkhidmatannya sebelum ini menyumbang kepada sokongan itu.
"Sokongan tanpa syarat ini juga menggalakkan peningkatan melulu yang berisiko mencetuskan peperangan lebih meluas. Saya rasa malu dan terlampau bersalah," katanya.
Bulan lalu, jurucakap Jabatan Negara AS untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Hala Rharrit meletak jawatan sebagai membantah dasar pentadbiran Presiden Joe Biden di Semenanjung Gaza.
Rharrit telah berkhidmat dalam pelbagai peranan di Jabatan Negara sejak 2005 dan juga jurucakap untuk Timur Tengah serta Afrika Utara sejak Ogos 2022.
Dia adalah pegawai Jabatan Negara ketiga yang meletak jawatan secara terbuka sejak perang Gaza, selepas pegawai hal ehwal luar di Biro Demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Buruh, Annelle Sheline bulan lalu.
Sebelum itu, bekas pengarah Biro Politik Hal Ehwal Tentera, Josh Paul turut mengumumkan langkah sama secara terbuka pada 19 Oktober.- Agensi
Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb

Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua pemimpin tertinggi Kerajaan Qatar semalam, membincangkan secara mendalam konflik Palestin-Israel dengan mengambil kira perkembangan terkini di Semenanjung Gaza.
Anwar, dalam satu hantaran di X berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.
“Dalam hal ini, negara-negara sepemikiran perlu bekerjasama bagi merealisasikan impian ini,” kata beliau dalam hantaran tersebut.
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb

Israel lancar pengeboman paling berat di Gaza seperti 7 Oktober
68 tentera Zionis cedera dalam tempoh 48 jam
GAZA, 5 Zulkaedah 1445H, Selasa - Tentera pengganas Israel melancarkan gelombang serangan baharu di seluruh Semenanjung Gaza, sama intensitinya dengan kemuncak perang tujuh bulan ke atas wilayah Palestin yang terkepung.
Serangan udara dahsyat dilaporkan di seluruh Semenanjuhg, pada hujung minggu dan pada hari Isnin, dengan serangan sejak Jumaat membunuh sekurang-kurangnya 180 rakyat Palestin dan mencederakan berpuluh-puluh lagi.
Serangan itu berlaku serentak dengan pencerobohan ke Jabalia di utara Gaza, kejiranan Zeitoun di Bandar Gaza dan timur Rafah.
Pertempuran darat telah mendapat tentangan hebat oleh Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan kumpulan Palestin lain, dengan sekurang-kurangnya lima askar Israel terbunuh pada hujung minggu, kata tentera Israel.
Manakala 68 lagi telah cedera dalam tempoh 48 jam yang lalu, termasuk Yogev Bar Sheshet, Brigedier Jeneral dan timbalan pengawal pertahanan, pegawai Israel paling kanan yang cedera dalam perang setakat ini.
Serangan hebat itu telah memaksa puluhan ribu orang meninggalkan kediaman mereka di Jabalia dan Zeitoun buat sementara waktu.
Kem Jabalia adalah yang terbesar daripada lapan kem pelarian di Semenanjung Gaza yang terkepung, menempatkan lebih 116,000 orang yang berdaftar secara rasmi dengan UNRWA. Bilangan sebenar orang di kem mungkin lebih tinggi.
Ia ditubuhkan pada 1948 berikutan Nakba - "malapetaka" dalam bahasa Inggeris - apabila 750,000 rakyat Palestin telah dipindahkan secara paksa dari rumah mereka untuk memberi laluan kepada negara Israel.
Kem Jabalia juga merupakan tempat kelahiran Intifada Palestin pertama pada tahun 1987 dan telah lama menjadi kubu kuat penentangan Palestin. - Agensi
----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:

Bantuan dalam perjalanan ke Gaza terus dimusnahkan oleh rejim Israel.
Sejak bermulanya pencerobohan Israel, pelbagai insiden telah dilaporkan dan didokumentasikan.
#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Sejak bermulanya pencerobohan Israel, pelbagai insiden telah dilaporkan dan didokumentasikan.
#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine
Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Briged Al-Qassam mengumumkan sasaran 4 kereta kebal musuh yang berada di timur kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza dan mengebom pasukan musuh yang berada di kawasan itu.
Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Hamas terputus hubungan dengan pejuang kawal 4 tebusan Israel
Tel Aviv dituntut tamatkan serangan sebagai pertukaran tawanan
GAZA, 5 Zulkaedah 1445H, Selasa - Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) telah terputus hubungan dengan sekumpulan pejuang yang mengawal empat tebusan Israel.
"Kami terputus hubungan dengan sekumpulan pejuang yang mengawal empat tebusan Zionis akibat pengeboman biadab Israel dalam 10 hari lepas," kata jurucakap Briged al-Qassam, Abu Obaida.
Dia mengenal pasti salah seorang tebusan adalah warganegara Israel-Amerika, Hersh Goldberg-Polin yang muncul dalam video mengkritik kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan merayu pembebasannya bulan lalu.
Hamas dipercayai menahan hampir 130 tebusan Israel sejak serangan rentas sempadan pada 7 Oktober 2023.
Pejuang Hamas menuntut serangan Israel di Semenanjung Gaza ditamatkan sebagai balasan untuk sebarang perjanjian pertukaran tebusan dengan Tel Aviv.- Agensi

KPDN serbu 4 premis jual cermin kereta disyaki tiruan
Dua lelaki ditahan, dokumen perniagaan disita untuk siasatan
BANGI, 5 Zulkaedah 1445H, Selasa - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu empat premis berasingan di ibu negara, kerana menjual cermin hadapan kenderaan disyaki tiruan.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, serbuan pada 9 Mei itu membabitkan tiga premis di Petaling Jaya dan satu lagi di Kepong.
Beliau berkata, operasi bersepadu yang dilakukan penguat kuasa KPDN Putrajaya bersama KPDN Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu adalah hasil aduan diterima daripada wakil pemilik cap dagangan berdaftar yang berkaitan serta risikan awal.
Katanya, sejumlah 153 keping cermin hadapan kenderaan yang disyaki dipakaikan cap dagangan secara salah ditemukan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815).
"Kesemua cermin hadapan kenderaan tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita bagi tujuan siasatan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM140,200.
"Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan dua orang individu lelaki, warga tempatan yang mengaku bertanggungjawab ke atas premis terbabit, berumur 20 tahun dan 31 tahun untuk membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta 815 ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azman berkata, jika sabit kesalahan, denda boleh dikenakan sehingga tidak melebihi RM15,000 bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi RM30,000 untuk kesalahan kedua atau berikutnya.
Beliau berkata, syarikat terbabit juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).
"Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
"KPDN ingin memberikan peringatan serta amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melakukan aktiviti menjual barangan yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah, terutamanya berkaitan barangan alat ganti kenderaan seumpama ini kerana boleh mengancam keselamatan pengguna," katanya.
Azman turut menasihatkan pengguna supaya sentiasa berhati-hati terutamanya apabila membeli alat ganti kenderaan selain tidak menyokong penjualan barangan tiruan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kerugian dan mengancam keselamatan pengguna.

Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Direktorat Agung Keselamatan Awam Arab Saudi, iklan palsu tersebut bertujuan memperdaya dan menipu masyarakat tentang perkhidmatan yang diberikan menerusi individu atau agensi yang tidak diketahui.
Antara perkhidmatan yang dijanjikan menerusi iklan berkenaan adalah seperti perkhidmatan menunaikan haji bagi pihak lain, penyediaan dan pengagihan haiwan korban untuk jemaah haji dan perkhidmatan pengangkutan.

1,500 askar Israel terbunuh sejak perang Gaza
Rejim serang Rafah kerana mahu tutup kekalahannya di Gaza
TEHRAN, 5 Zulkaedah 1445H, Selasa - Gerakan Hizbullah di Lubnan mendedahkan, kira-kira 1,500 askar Israel telah terbunuh sejak permulaan perang Israel ke atas Gaza.
Setiausaha Agungnya, Sayyed Hassan Nasrallah mengumumkan perkara itu ketika berucap pada ulang tahun kesyahidan Mustafa Badreddine, komander kanan Hizbullah yang terbunuh dalam serangan Israel di Damsyik Syria pada 2016.
Nasrallah tidak mendedahkan sama ada jumlah kematian Israel itu termasuk kematian yang dialami rejim dalam beberapa bulan kebelakangan ini dalam aksi berbalas tembakan rentas sempadan dengan Hizbullah.
Rejim Israel telah merahsiakan jumlah askar yang terbunuh atau cedera dalam perang ke atas Gaza serta mereka yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu dan dron Hizbullah.
Pemimpin Hizbullah itu berkata, Israel telah gagal mencapai objektif yang diisytiharkan di Gaza untuk membunuh lebih 35,000 rakyat Palestin.
Katanya, Israel sedang berusaha untuk menyerang bandar Rafah di selatan Gaza - tempat lebih sejuta penduduk mencari perlindungan daripada serangan kejam rejim - dalam usaha menutup kekalahannya di Gaza.
Mengenai konfrontasi berterusan Hizbullah dengan Israel, Nasrallah berkata, kumpulan Lubnan akan meneruskan kempennya menekan Israel menghentikan perang di Gaza.
“Gerakan Lubnan akan terus menyokong Gaza, ini adalah penentu dan muktamad, dan Amerika dan Perancis telah mengakui fakta ini,” katanya. - Agensi

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesawat perang Israel terus mengebom kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza.
Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Jangan kongsi baki akaun KWSP di media sosial
Scammer sedang memerhati, jangan jadi mangsa
KUALA LUMPUR, 5 Zulkaedah 1445H, Selasa – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi mengingatkan para pencarum untuk tidak mendedahkan baki akaun simpanan mereka di platform media sosial.
"Waspada! Jangan kongsi baki akaun KWSP di media sosial," katanya dalam hantaran status Facebook, hari ini.
Sebelum ini, KWSP telah memberi amaran bahawa tindakan tersebut hanya akan mengundang padah.
Bukan itu sahaja, keghairahan memuat naik tangkap layar yang menunjukkan baki akaun simpanan berisiko menyebabkan pencarum terdedah kepada ancaman scammer.
"Hati-hati. Jangan kongsi baki akaun KWSP anda kepada umum, scammer sedang memerhati. Jangan jadi mangsa scammer,” pesan KWSP.
Mulai 11 Mei 2024, semua akaun KWSP ahli di bawah umur 55 tahun distruktur semula kepada tiga (3) akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.
Namun, pencarum boleh memilih untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka daripada Akaun Sejahtera kepada Akaun Fleksibel antara 12 Mei dan 31 Ogos melalui aplikasi i-Akaun atau mengunjungi cawangan KWSP di seluruh negara.
Ekoran itu, terdapat pencarum yang mula memuat naik tangkap layar menunjukkan baki akaun simpanan mereka di media sosial.

Malaysia teguh dengan pendirian mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas rakyat Palestin, membebaskan semua tahanan rakyat Palestin dan bersetuju dengan pelan perdamaian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau memaklumkan perkara itu ketika bertemu delegasi Hamas yang diketuai pimpinan utamanya Ismail Haniyeh dan bekas pengerusi Hamas, Khaled Mashal di Qatar.
Beliau berkata Malaysia juga akan terus komited memainkan peranan di peringkat antarabangsa dalam menghentikan serangan ke atas Rafah termasuk menggerakkan ikhtiar yang lebih tangkas bagi membantu mangsa peperangan di Gaza, khususnya dalam aspek bantuan kemanusiaan, perubatan dan pendidikan.

Ibu ini meredainya anaknya yang syahid di Hospital Syuhada Al-Aqsa di Gaza.
Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
PH tak perlu bangga, majoriti undi PRK KKB menurun
Setelah 3 penggal, masih tiada pembangunan di DUN Kuala Kubu Bharu
BANGI, 5 Zulkaedah 1445H, Selasa - Meskipun Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) Sabtu lalu, hakikatnya tiada apa yang perlu dibanggakan.
Ketua Penerangan Pemuda Perikatan Nasional (PN), Nadzir Helmi berkata, terdapat penurunan majoriti undi PH dalam keputusan PRK kali ini.
“Penurunan majoriti undi kepada 3,869 berbanding 4,119 dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 yang diraih PH bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
“Saya yakin rakyat sokong perkara ini; dan PN pula telah membuktikan usahanya dengan mengekalkan lebih 10,000 undian (dalam PRK KKB),” katanya seperti dilapor Harakah.
Pada masa sama, Nadzir berkata, PH banyak menabur janji, buktinya setelah tiga penggal sebelum ini tiada pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
“Pengumuman tabur janji sepanjang tempoh kempen dianggap bermain di dalam gelanggang yang tak sama, berat sebelah.
“Mungkin satu budaya yang perlu pecah daripada pihak kerajaan atau sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan selepas ini, jangan tunggu wakil rakyat mati baru nak beri bantuan,” katanya.
Keputusan PRK KKB menyaksikan calon PH, Pang Sock Tao mempertahankan kerusi Kuala Kubu Bharu yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.
Dia menewaskan tiga lagi pencabarnya masing-masing dari PN, Parti Rakyat Malaysia dan Bebas dengan majoriti 3,869.
Pencabar utama Sock Tao, Khairul Azhari Saut (PN) mendapat 10,131 undi, manakala Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berasa amat sedih dengan kematian seorang kakitangan Jabatan Keselamatan PBB (DSS) serta kecederaan kepada seorang lagi anggota agensi itu dalam satu serangan di Gaza, menurut timbalan jurucakapnya pada Isnin, lapor Xinhua.
Timbalan jurucakap PBB, Farhan Haq berkata insiden itu berlaku pada pagi Isnin apabila kenderaan mereka yang bertanda PBB diserang semasa dalam perjalanan ke Hospital Eropah di Rafah.
"Setiausaha agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh. Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota kakitangan yang terkorban," katanya.
Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Timbalan jurucakap PBB, Farhan Haq berkata insiden itu berlaku pada pagi Isnin apabila kenderaan mereka yang bertanda PBB diserang semasa dalam perjalanan ke Hospital Eropah di Rafah.
"Setiausaha agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh. Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota kakitangan yang terkorban," katanya.
Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Akaun Fleksibel: Guna secara berhemah, pengeluaran bukan 'bonus' penuhi kehendak
Pencarum boleh 'gelap mata', guna pada tujuan tak mendesak
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 5 Zulkaedah 1445H, Selasa - Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui akaun ketiga atau Akaun Fleksibel bukan 'bonus' untuk pencarum menyalahgunakan kelonggaran bagi memenuhi kehendak.
Penganalisis ekonomi, Dr Abu Sufian Yaacob mengakui kelonggaran ini sedikit sebanyak membantu pencarum menghadapi kos sara hidup bagi menampung keperluan mendesak mereka.
Bagaimanapun, beliau bimbang terhadap segelintir pihak yang mungkin 'gelap mata' melihat duit berlebihan dan akhirnya dimanfaatkan pada tujuan bukan mendesak seperti berbelanja.
"Pencarum kena beringat bahawa simpanan KWSP adalah untuk simpanan hari tua atau selepas tamat perkhidmatan.
"Sebaiknya akaun tiga digunakan secara berhemah terutama bagi mereka yang mempunyai caruman yang tidak berapa banyak," katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Mulai Ahad lalu, pencarum berusia 55 tahun ke bawah boleh memohon untuk memindahkan 10 per 30 simpanan dalam Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.
Akaun Fleksibel adalah inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan, di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
Pengeluaran Akaun Fleksibel boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan had pengeluaran minimum RM50 dan terhad kepada baki dalam akaun ahli sahaja.

PRK KKB: Tiada sentimen perjuangan kuat punca peratusan keluar mengundi merosot
Kesungguhan orang Cina turun mengundi wajar dijadikan contoh
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 5 Zulkaedah 1445H, Selasa - Peratusan keluar mengundi yang merosot 7.7 peratus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu memberi gambaran rakyat semakin tidak teruja untuk turun mengundi.
Timbalan Yang Dipertua BERJASA, Fahmi Bazlan yakin kelompok yang tidak turun mengundi mungkin memiliki sikap ingin berkecuali, sama ada melaksanakan boikot atau memang sudah malas untuk 'terbabit' dalam proses demokrasi pilihan raya.
“Sebabnya pada mereka sama sahaja mereka undi ke tak undi, mereka tak dapat apa-apa.
“Kali ini masing-masing tidak ada satu sentimen atau arus perjuangan yang kuat untuk digerakkan bagi memenangi PRK,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Sabtu lalu, PRK KKB menyaksikan calon PH, Pang Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi dan memperolehi 14,000 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.
Manakala pencabar utama Sock Tao daripada Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi.
Fahmi berkata, beliau yakin Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) turut tergugat dengan majoriti yang lebih kecil pada PRK kali ini.
“Boleh jadi KKB senasib dengan Dun Taman Medan, Sg Kandis yang menyaksikan kekalahan PH-BN sangat tipis,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai jumlah turun mengundi, beliau melihat tren yang sangat konsisten dan tinggi di kalangan kaum Cina.
Katanya, ia sesuatu yang wajar dicontohi semua pihak dalam mendukung proses demokrasi dan meningkatkan taraf kehidupan yang lebih sejahtera.
“Ini yang harus kita insafi, mereka faham peranan undi itu setiap satunya adalah kuasa. Mereka ada keinginan yang kuat dan azam yang tinggi untuk memastikan calon dari kaum mereka menang, sebab mereka faham perjuangan membela nasib kaum dan bangsa adalah pemimpin dari mereka sendiri.
“Mereka melihat jauh kedepan, manfaat dan kelebihan bila menang. Mereka boleh bekerja keras untuk menang dan bersatu pada matlamat dan wawasan yang jelas,” katanya.
Sebaliknya pada orang Melayu, beliau berkata, tidak ada kesedaran dan matlamat yang jelas, menyebabkan masih ramai yang gagal turun mengundi dan berkecuali.
“Bagaimana ingin berkorban kalau kita memang memilih untuk bersengketa dan berpecah. Sudahnya kita gagal mengangkat pemimpin Melayu walaupun kita majoriti,” katanya

Pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan lima dalam kejadian langgar berhampiran sebuah sekolah tahun lepas.
Mohd Nazri, 46, didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, antara 12.05 tengah hari dan 12.40 tengah hari, 15 Disember 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Seluruh negara alami lebih banyak hari tanpa hujan mulai 17 Mei hingga September
Jerebu boleh berlaku dalam tempoh Monsun Barat Daya
BANGI, 5 Zulkaedah 1445H, Selasa - Fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal dalam tempoh Monsun Barat Daya, terutamanya pada Julai hingga September.
Ini kerana, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak bermula 17 Mei dan akan berterusan sehingga September.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil dalam tempoh itu.
"Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan yang membawa kepada taburan hujan yang lebih rendah dalam tempoh berkenaan.
"Oleh itu, pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.
"Orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Muhammad Helmi berkata, hujan lebat, angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi.
Katanya, garis badai adalah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.
"Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi Jabatan dan Hotline Jabatan Meteorologi Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut," katanya.