Telegram Web Link
9 syahid, Israel bom kem pelarian Deir al-Balah

Serangan darat, udara diperluas serentak seluruh Gaza

GAZA, 3 Zulkaedah 1445H, Ahad - Pasukan pertahanan awam di Semenanjung Gaza mengesahkan sembilan terbunuh dan beberapa cedera termasuk seorang kanak-kanak, dalam serangan pengeboman Israel ke atas sebuah rumah di tengah wilayah itu pada Sabtu.

Menurut agensi berita Anadolu, serangan Israel menyebabkan kemusnahan rumah dan kerosakan besar ke atas harta benda.

"Pasukan pertahanan awam berjaya menemukan sembilan syuhada dan menyelamatkan seorang kanak-kanak serta mangsa cedera selepas pesawat Israel menyasarkan rumah keluarga Al-Louh di kem pelarian Deir al-Balah," katanya dalam satu kenyataan.

Tentera Israel pada Sabtu memperluaskan serangan darat dan udara serentak di semua bahagian Gaza, berikutan gesaannya memindahkan penduduk dari kawasan utara dan tengah.

Rejim turut mara ke bahagian selatan Gaza dan kawasan timur Khan Younis, selain melakukan beberapa serangan udara yang mengakibatkan puluhan terkorban dan cedera.

Setakat ini, serangan 'brutal' Israel ke atas Gaza sudah membunuh hampir 35,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Konflik yang berlaku selama tujuh bulan ini turut memusnahkan sebahagian besar Gaza, di tengah-tengah sekatan terhadap akses makanan, air bersih dan bekalan perubatan.- Agensi

Ikuti perkembangan terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pertahanan awam menyelamatkan mangsa yang cedera berikutan serangan rejim Israel ke atas sebuah rumah di kem pelarian Jabalia, utara Semenanjung Gaza.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Hari Ibu disambut dengan kesedihan di Gaza

Tidak harap hadiah, hanya mahu perang tamat

GAZA, 3 Zulkaedah 1445H, Ahad - Sambutan Hari Ibu tidak lagi memberikan sebarang makna buat ibu-ibu di Semenanjung Gaza, yang menderita akibat kehilangan anak disebabkan perang Israel ke atas wilayah terkepung itu.

Serangan tanpa henti pasukan penceroboh Israel ke atas Gaza sejak Oktober menyebabkan ramai ibu di Gaza kehilangan anak mereka, selain ramai kanak-kanak turut menjadi yatim piatu.

Di sebalik kesedihan yang dialami, ibu-ibu yang kehilangan anak, pasangan dan ahli keluarga tetap meneruskan kehidupan dengan ketabahan luar biasa meskipun bergelut kesukaran.

Mereka yang kini tinggal di khemah pelarian di Rafah, hanya menyambut Hari Ibu dengan kesedihan dan kesakitan akibat kehilangan.

Tiada ucapan menggembirakan atau hadiah istimewa yang diharapkan buat ibu-ibu di Gaza selain hanya mahu perang di wilayah itu berakhir dan mereka kembali meneruskan hidup dengan selamat.

Hanaa Abu Jabal, 55, ibu kepada lapan anak berkongsi kesakitannya kehilangan salah seorang daripada mereka akibat serangan Israel.

"Kehilangan seorang anak bagi seorang ibu bermakna hilang seluruh jiwanya," katanya.

Maha Hasnan turut berkongsi duka yang sama apabila dia kehilangan anak lelakinya berusia 9 tahun dan anak perempuannya parah dalam pengeboman rejim.

"Perang ini mesti berakhir dan kami meminta negara-negara di dunia memastikan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza," katanya.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Ribut di Brazil ragut 136 nyawa

143 mangsa masih hilang, lebih 400,000 penduduk dipindahkan

SAO PAULO, 3 Zulkaedah 1445H, Ahad - Sekurang-kurangnya 136 terkorban akibat ribut di negeri Rio Grande do Sul, selatan Brazil.

Pasukan Pertahanan Awam melaporkan 143 orang masih hilang, 756 cedera, dan kira-kira 400,000 telah dipindahkan.

Setakat Sabtu, jumlah keseluruhan mangsa yang terjejas akibat ribut kini mencecah 1.95 juta orang.

Bagaimanapun, 70,863 mangsa telah diselamatkan oleh pasukan keselamatan dan penyelamat.

Lapangan Terbang Antarabangsa Salgado Filho di Porto Alegre, ibu negeri itu, kini tidak beroperasi selepas Sungai Guaiba membanjiri bandar berkenaan.

Sejak 29 April, hujan dan banjir telah menyebabkan tragedi iklim terburuk dalam sejarah negeri. 

Rio Grande do Sul adalah negeri pengeluar pertanian dan ternakan utama yang bersempadan dengan Argentina dan Uruguay, di mana lebih 437 majlis perbandaran telah terjejas akibat ribut. - Agensi
Lebih 520 mayat ditemukan di tujuh kubur besar Gaza

Kebanyakan adalah pesakit dinafi rawatan, perubatan


GAZA, 3 Zulkaedah 1445H, Ahad - Lebih 520 mayat ditemukan di tujuh kubur besar di hospital Gaza, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

"Kami menemui 80 mayat dalam tiga kubur besar di perkarangan Kompleks Perubatan Al-Shifa dan puluhan lagi di dalam jabatan hospital.

"Pemeriksaan ke atas mayat yang ditemukan menunjukkan kebanyakan adalah pesakit yang dinafikan rawatan dan perubatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jumaat lalu, anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menyatakan kebimbangan terhadap penemuan kubur besar di Semenanjung Gaza.

Ratusan mayat ditemukan setakat ini dari kubur besar di kompleks perubatan Gaza selepas tentera Israel berundur pada 7 April lalu, setelah empat bulan melancarkan serangan darat.

Mereka yang terdiri daripada pelbagai lingkungan umur dan kumpulan telah dibunuh ketika pencerobohan Israel ke atas Hospital Nasser, sebahagian besarnya wanita serta kanak-kanak.

Susulan perkembangan itu, UNSC menggesa supaya satu siasatan menyeluruh, bebas dan tidak berat sebelah dibuat berkaitan penemuan kubur besar terbabit.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
PRK KKB: Kekalahan PN sebenarnya tak bermaruah

Puad dakwa kempen PN dengan akal pendek, guna perkauman


BANGI, 3 Zulkaedah 1445H, Ahad - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyangkal kekalahan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu sebagai bermaruah.

Beliau mendakwa, kekalahan gabungan itu sebenarnya tidak bermaruah kerana kempen PN penuh dengan fitnah dan serangan peribadi melampau.

Puad menyifatkan PN berkempen dengan akal pendek apabila mengusung ubi kayu dan replika UMNO-DAP ketika hari penamaan calon yang didakwanya simbol perkauman.

"Ternyata pengundi Melayu tidak termakan dengan kempen lapuk. Sebab itu PN kalah di enam dari lapan PDM Melayu.

"Kempen PN tidak bermaruah. Kali ini ia ditolak. Sebab itu kekalahan PN tidak bermaruah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keputusan PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menewaskan tiga lagi pencabarnya masing-masing dari PN, Parti Rakyat Malaysia dan Bebas dengan majoriti 3,869.

Pencabar utama Sock Tao, Khairul Azhari Saut (PN) mendapat 10,131 undi, manakala Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Perbincangan pandemik babitkan 194 negara diteruskan hingga dua minggu lagi

Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia telah bersetuju untuk melanjutkan perbincangan selama dua minggu lagi mengenai perjanjian penting berhubung pengendalian pandemik masa depan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Xinhua.

Rundingan pusingan kesembilan dan terakhir yang melibatkan 194 negara anggota WHO, kumpulan advokasi dan pihak berkepentingan berkaitan berakhir pada Jumaat tanpa memuktamadkan perjanjian, yang dijadualkan untuk dipertimbangkan untuk kelulusan pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia lewat bulan ini.

Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) yang diketuai oleh negara anggota telah ditubuhkan lebih dua tahun lepas untuk merangka dan merundingkan perjanjian yang mengikat dari segi undang-undang mengenai pencegahan, persediaan dan tindak balas pandemik.

Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pertempuran antara polis dan keluarga tahanan Israel ketuka protes di Tel Aviv.

Mereka menuntut kerajaan Netanyahu mencapai perjanjian pertukaran dengan Hamas.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Semua pihak mesti kerjasama banteras ajaran sesat

Pelihara kesucian agama Islam daripada fahaman menyeleweng

BANGI, 2 Zulkaedah 1445H, Sabtu - Semua pihak mesti bergabung tenaga membanteras ajaran Ahmadiah atau ajaran sesat yang lain, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor. 

Ini bagi memastikan sebarang ajaran sesat yang diselewengkan tidak tersebar dalam masyarakat Islam, katanya.

Justeru, beliau berharap pihak berkuasa agama negeri termasuk Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dengan kerjasama agensi kerajaan lain terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sama-sama memainkan peranan.

"Semoga kesucian agama Islam di negara ini sentiasa terpelihara daripada dicemari oleh ajaran sesat dan fahaman yang menyeleweng," katanya seperti dilapor Harian Metro.

Ajaran sesat semakin berleluasa, terbaharu media melaporkan, ketua ajaran sesat didakwa sebagai 'Imam Mahdi' sebenar, menolak semua ulama dunia dan semua agama termasuk Islam adalah sesat.

Sumber keselamatan negara memaklumkan, ajaran itu ditaksir ekstrem dan menyeleweng berikutan mendakwa ketua mereka sebagai imam Mahdi, menolak ulama dan agamawan seluruh dunia serta mendakwa setiap agama termasuk Islam sebagai sesat.
Penjawat awam rugi lebih RM150,000 terpedaya sindiket phone scam

Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM150,600 selepas terperdaya dengan sindiket phone scam atau penipuan melalui panggilan telefon, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata, wanita berusia 46 tanun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai perkhidmatan penghantar menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan mengandungi barangan peribadi.

Beliau berkata, panggilan berkenaan kemudiannya disambungkan kepada suspek menyamar sebagai pegawai polis menyatakan kononnya dia terlibat dengan penggubahan wang haram dan boleh ditangkap.

“Mangsa telah diminta membuat bayaran dengan menggadaikan barang kemas miliknya di kedai pajak gadai bagi menyelesaikan kes terbabit.

“Mangsa mengikut arahan mereka dan membuat 34 transaksi dalam talian ke empat akaun berlainan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM150,600 sebelum membuat laporan polis semalam,” katanya.
UMNO sahkan kenyataan media tular palsu

Guna kepala surat rasmi parti atas nama Zahid Hamidi

BANGI, 3 Zulkaedah 1445H, Ahad - UMNO mengesahkan kenyataan tular yang mendakwa partinya kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup menekankan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu adalah palsu.

Ibu Pejabat UMNO hari ini merujuk kepada kenyataan media bertarikh 12 Mei 2024, yang kononnya dikeluarkan atas nama Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kenyataan palsu yang menggunakan kepala surat rasmi UMNO itu turut menyebut bahawa Malaysia harus mencontohi Singapura yang menunjukkan kemajuan pesat dengan tidak terlalu fokus kepada kepentingan satu kaum tertentu.

Ia turut mendakwa UMNO kini memandang ke depan bekerja bersama dengan semua komponen Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP.

"Transformasi ini menunjukkan kesedaran baru dalam kalangan pengundi Melayu tentang pentingnya 'Malaysian Malaysia', iaitu Malaysia yang inklusif dan berbilang kaum," dakwa kenyataan.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Korban banjir di Afghanistan cecah 300

Ramai penduduk masih hilang, lebih 2,000 kediaman musnah

KABUL, 3 Zulkaedah 1445H, Ahad - Sekurang-kurangnya 300 orang maut dalam banjir kilat yang melanda utara Afghanistan sejak beberapa hari lalu.

Wilayah Badakhshan, Ghor, Baghlan, dan Herat dilanda banjir besar sehingga menyebabkan hampir 2,000 rumah musnah sepenuhnya.

Jurucakap Gabenor Ghor, Abdul Wahid Hamas berkata, tujuh terkorban serta tiga lagi cedera selepas banjir kilat melanda daerah Chaharsada, Murghab, Saghar, Al-Farouq, Tewara dan bandar Firoz Koh.

Di Badakhshan pula, tiga maut dan dua lagi dilaporkan hilang akibat hujan ribut serta banjir di kebanyakan kawasan di utara wilayah itu.

Pihak berkuasa melaporkan, ramai penduduk masih hilang selepas hujan lebat pada Sabtu sehingga menyebabkan air sungai dan lumpur melimpah serta memasuki kampung.

Situasi itu turut membanjiri tanah pertanian di beberapa buah wilayah negara berkenaan.

Mangsa-mangsa yang terselamat pula terpaksa memilih untuk melalui jalan berlumpur yang dipenuhi dengan serpihan banjir dan bangunan-bangunan rosak, lapor wartawan AFP. - Agensi
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Demonstrasi besar-besaran di ibu negara Jepun, Tokyo masih diadakan sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin.

Mereka mengecam pencerobohan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
PBB sekali lagi gesa Israel henti perang Gaza serta-merta

Israel maksimum serangan di Rafah, dua bahagian lain


GENEVA, 3 Zulkaedah 1445H, Ahad - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengulangi gesaan supaya perang di Semenanjung Gaza dihentikan serta-merta.

Dalam ucapan video di persidangan antarabangsa di Kuwait, Guterres menekankan gencatan senjata segera, termasuk pemulangan tebusan dan peningkatan akses bantuan kemanusiaan ke atas wilayah itu.

"Gencatan senjata hanya akan menjadi permulaan. Ia akan menjadi jalan yang panjang untuk kembali dari kemusnahan serta trauma perang ini," katanya.

Meskipun Hamas sudah bersetuju gencatan senjata, Israel kekal pendirian menolak cadangan itu meskipun diasak kritikan serta diancam sekutunya, Amerika Syarikat (AS).

Dalam tempoh 24 jam lalu, terdapat tekanan jelas yang dikenakan oleh tentera Israel di tiga bahagian dalam Semenanjung Gaza.

Pasukan rejim telah memaksimumkan tekanannya ke atas Rafah, kawasan tengah serta utara wilayah itu.

Tentera Israel telah mula memperhebat serangan pengeboman kem Jabalia dalam tempoh beberapa jam lalu, memusnahkan kediaman dan menyerang pusat pemindahan.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ke mana lagi kami mahu pergi?

Wanita Palestin ini menangis kerana tiada tempat untuk dituju di utara Semenanjung Gaza.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Pingat asing tanpa perkenan Agong tak sah diguna pakai

Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah dan tidak diiktiraf untuk digunakan dalam negara.

Presiden Majlis Datuk Dato' Malaysia, Datuk Awalan Abdul Aziz berkata ia sepertimana diperuntuk di bawah Akta Kesalahan yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 (Akta 787).

"Hanya Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertua Negeri yang boleh memberi anugerah yang sah kepada seseorang individu,” katanya.
UMNO akan 'rampas' kembali kerusi Parlimen, DUN tewas PRU15

Zahid dakwa keahlian bertambah selepas pemutihan


BANGI, 3 Zulkaedah 1445H, Ahad - UMNO akan mendapatkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini tewas di kedudukan kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia penting untuk memastikan jumlah kerusi yang dimenangi bertambah pada PRU16 mengatasi 26 kerusi sedia ada ketika ini.

"Walaupun kita bersama dalam Kerajaan Perpaduan, namun tentunya UMNO berazam untuk meraih kemenangan lebih daripada apa yang diperolehi.

"Kita merasakan ada beberapa pendekatan terutamanya di kawasan Parlimen dan DUN yang kita kalah, tetapi kita berada di kedudukan kedua.

"Maka formula ini mungkin boleh dibincang, digunakan dan diselesaikan oleh parti-parti lain dalam komponen Kerajaan Perpaduan," katanya seperti dilapor media tempatan.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, jumlah kerusi itu hanya akan diumumkan kemudian memandangkan tempoh PRU16 masih berbaki lebih tiga tahun lagi.

Katanya, keutamaan UMNO ketika ini adalah menyusun jentera dan memperkukuh penyatuan dalam kalangan ahli di semua peringkat termasuk akar umbi supaya kekuatan parti dibina semula.

Beliau mendakwa, keahlian UMNO di seluruh negara terus bertambah meskipun pemutihan keahlian dilakukan selepas beberapa ahli serta pemimpin mereka meninggalkan parti.

"Ini ditambah dengan kehadiran ahli-ahli di cawangan bukan sekadar cukup kourum, dulu cukup kourum boleh jalan. Sekarang melebihi itu," katanya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Berikut adalah rangkuman beberapa perkembangan utama perang Israel terhadap Palestin (13 Mei 2024):

— Sekurang-kurangnya 35,034 rakyat Palestin terbunuh dan 78,755 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober, kata Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan.

— Al Jazeera melaporkan bahawa mayat sekurang-kurangnya 45 warga Palestin telah tiba di Hospital al-Aqsa di tengah-tengah pengeboman berterusan di Deir al-Balah dan kawasan lain di tengah Gaza.

— Tentera Israel menyerbu lebih dalam ke Rafah, bandar selatan Gaza yang pernah menjadi tempat perlindungan bagi rakyat Palestin yang melarikan diri dari pengeboman Israel. Beribu-ribu orang terpaksa meninggalkan Rafah pada hari Ahad, menjadikan jumlah penduduk Palestin yang telah berpindah berikutan arahan pemindahan dari Israel kepada kira-kira 300,000.

— Agensi PBB untuk Palestin, UNRWA, mengutuk pemindahan penduduk Palestin dari Rafah sebagai "tidak berperikemanusiaan", dan menekankan bahawa orang yang dipindahkan "tidak ada tempat yang selamat untuk dituju".

— Setiausaha Negara AS,Antony Blinken pada hari Ahad mempertahankan keputusan untuk menghentikan penghantaran 3,500 bom kepada Israel kerana bimbang ia boleh digunakan di bandar Rafah di Gaza, dan berkata Israel tidak mempunyai "pelan yang boleh dipercayai" untuk melindungi kira-kira 1.4 juta orang awam yang berlindung di sana.

Perkembangan utama lain termasuk:

— Setiausaha Luar UK, David Cameron berkata bahawa beliau tidak bersetuju dengan komen yang dibuat oleh Presiden AS Joe Biden yang mencadangkan mengenakan beberapa sekatan ke atas eksport senjata jika Israel menyerang bandar di selatan Gaza.

— Mesir berkata ia akan campur tangan untuk menyokong Afrika Selatan dalam kes mendakwa Israel atas pembunuhan beramai-ramai di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, kata Kementerian Hal Ehwal Luar Mesir.

— Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia berkata bahawa serangan penuh Israel ke atas Rafah di selatan Gaza tidak boleh "didamaikan dengan undang-undang antarabangsa".

#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine

https://www.tg-me.com/ismaweb
Malaysia nyatakan sokongan peranan Qatar dalam rundingan damai di Palestin

Kedua belah pihak tekankan keperluan gencatan senjata segera kekal


KUALA LUMPUR, 4 Zulkaedah 1445H, Isnin - Malaysia menyatakan sokongan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh Qatar dalam usaha menyelesaikan keganasan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau telah merakamkan sokongan Malaysia kepada Qatar dalam pertemuan dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani di Doha pada Ahad. 

Mohamad kini berada di Qatar bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan lawatan rasmi ke Qatar hari ini sehingga 14 Mei.

“Kami membincangkan rangka kerja untuk mempertingkatkan lagi hubungan baik dua hala yang sedia ada di antara Malaysia dan Qatar yang telah terjalin sejak 50 tahun dahulu,” katanya. 

Menurut Mohamad, hubungan dagangan dan pelaburan antara kedua negara di peringkat yang baik dan Qatar menyatakan hasrat untuk mempertingkat lagi pelaburan mereka di Malaysia.

Sementara itu, Wisma Putra berkata, Mohamad turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawat beliau atas peranan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.

“Kedua belah pihak menekankan keperluan gencatan senjata segera yang kekal dan menekankan kepentingan rundingan yang sedang berlangsung,” katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Mesir sertai Afrika Selatan lawan Israel di ICJ

PBB digesa campur tangan capai gencatan senjata di Gaza


KAHERAH, 4 Zulkaedah 1445H, Isnin - Mesir akan menyokong Afrika Selatan dalam kes menentang Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangan di Semenanjung Gaza.

Kementerian Luar Mesir dalam kenyataan berkata, langkah itu sebagai tindak balas ke atas skala operasi Israel yang semakin meningkat di Gaza dan kesannya terhadap orang awam.

"Tindakan ini adalah pelanggaran terang-terangan ke atas undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat 1949 mengenai perlindungan orang awam ketika perang," katanya.

Mesir menggesa Israel mematuhi kewajibannya dan melaksanakan langkah sementara yang diminta ICJ untuk memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ia juga menuntut Majlis Keselamatan PBB dan pihak berkepentingan untuk segera campur tangan bagi mencapai gencatan senjata di Gaza, menghentikan operasi ketenteraan di Rafah dan melindungi orang awam Palestin.

Jumaat lalu, Afrika Selatan meminta ICJ mengarahkan Israel berundur dari Rafah sebagai langkah kecemasan tambahan berkaitan perang.

Minggu lalu, Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menerima cadangan gencatan senjata di Gaza yang dibuat Mesir dan Qatar.

Bagaimanapun, Israel menolak tawaran itu kerana mendakwa tidak memenuhi tuntutan utamanya dan memutuskan untuk meneruskan operasi di Rafah. - Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/11/06 01:40:01
Back to Top
HTML Embed Code: