Telegram Web Link
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakaman awal ketika rejim Israel melancarkan pengeboman ganas di tengah-tengah Rafah.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Berikut adalah rangkuman beberapa perkembangan utama perang Israel terhadap Palestin (9 Mei 2024):

— Rakyat Palestin beramai-ramai melarikan diri dari bandar selatan Rafah kerana takut akan serangan darat Israel yang akan berlaku.

— Keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menangguhkan penghantaran amunisi muatan tinggi dibuat di tengah-tengah rancangan Israel melakukan serangan di Rafah, kata Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin.

— Presiden Biden berkata, beliau tidak akan membekalkan ‘senjata ofensif’ yang boleh digunakan Israel untuk melancarkan serangan habis-habisan ke atas Rafah – komen awam yang paling keras mengenai operasi ketenteraan yang dikutuk secara meluas.

— Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia PBB berkata, hospital di selatan Gaza hanya mempunyai baki tiga hari bahan api untuk menggerakkan operasi mereka.

— Satu lagi kubur besar yang memuatkan sekurang-kurangnya 49 mayat ditemui di Hospital al-Shifa di Kota Gaza.

— Pengasas bersama Health Workers 4 Palestine berkata, kakitangan hospital sedang diseksa dan hilang di Gaza, dan terdapat keperluan mendesak untuk melindungi mereka.

— Terdapat lebih 200 kes kehilangan atau penculikan terhadap pekerja penjagaan kesihatan, kebanyakannya tidak diketahui sama ada mereka masih hidup atau mati, kata Dr Omar Abdel-Mannan.

#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine

https://www.tg-me.com/ismaweb
Sekurang-kurangnya 34,844 orang terbunuh dan 78,404 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.

Foto: Doaa Albaz/Anadolu Agency

#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine

https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Angka kematian Rafah meningkat kepada 35 pada Rabu: Laporan

Jumlah kematian akibat pengeboman Israel ke atas Rafah meningkat kepada sekurang-kurangnya 35 pada hari Rabu, menurut sumber perubatan.

Agensi Anadolu melaporkan mangsa tersebut tiba di Hospital Kuwait di bandar Rafah, dan kanak-kanak dan wanita adalah antara mereka.

Israel menyerang Rafah pada hari Isnin walaupun diberi amaran daripada masyarakat antarabangsa, PBB dan pekerja bantuan.

#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine

https://www.tg-me.com/ismaweb
Hizbullah lancar 12 serangan terhadap Israel

Dua askar simpanan IDF mati akibat serangan dekat Metula


TEL AVIV, 30 Syawal 1445H, Khamis - Kumpulan bersenjata Lubnan berkata ia menyasarkan pelbagai kedudukan Israel di seberang sempadan, termasuk bangunan menempatkan tentera Israel di bandar Manara, Metula dan Shlomi.

Hizbullah berkata, ia juga mengerahkan dron berani mati untuk menyasarkan peralatan pengintipan di sebelah timur sempadan.

Mengesahkan kejadian itu, tentera Israel mengumumkan dua askar simpanan IDF terbunuh dalam serangan dron sarat bahan letupan oleh Hizbullah terhadap kedudukan tentera berhampiran Metula di utara Israel petang semalam.

IDF berkata ia cuba, tetapi gagal, untuk memintas dron bahan letupan yang akhirnya menyerang dan membunuh tenteranya.

Sementara itu, Israel mendakwa ia turut melancarkan serangan ke arah tapak Hizbullah di selatan Lubnan.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Hizbullah mengumumkan kematian dua pejuangnya, manakala Jihad Islam Palestin berkata, tiga pejuangnya turut terbunuh di Lubnan.

Hizbullah dan Israel berbalas tembakan sejak 8 Oktober, mencetuskan kebimbangan perang besar-besaran.

Kumpulan Lubnan berkata, ia akan menghentikan serangannya selepas gencatan senjata yang berkekalan dicapai di Gaza, tetapi Israel telah berjanji untuk menolak Hizbullah dari sempadannya. - Agensi

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
TH pastikan keselesaan jemaah, sedia penginapan berhampiran Masjid Nabawi

Kumpulan jemaah pertama akan tiba di Hotel Emaar Royal hari ini

MADINAH, 30 Syawal 1445H, Khamis - Dalam usaha memastikan keselesaan dan kemudahan jemaah haji musim 1445H/2024, Lembaga Tabung Haji (TH) menyediakan hotel penginapan yang berdekatan dengan Masjid Nabawi dengan jarak antara 100 hingga 150 meter.

Pemilihan Hotel Movenpick dan Hotel Al-Sajja untuk penginapan di Zon Satu dan Hotel Emaar Royal di Zon Dua, dilakukan bagi memastikan jemaah haji terutamanya yang telah berusia mudah berulang alik ke masjid untuk melakukan ibadah.

Pengurus Maktab Zon Dua di Hotel Emaar Royal, Imran Mohammad Khayat berkata, dalam menyantuni para jemaah haji negara pihak TH sentiasa meletakkan kebajikan dan kemudahan sebagai keutamaan.

"Di Pusat Pengurusan Zon Dua iaitu Hotel Emaar Royal, kita menjangkakan bahawa kumpulan jemaah pertama akan tiba di hotel pada 9 Mei ini. Hotel ini mampu memuatkan 3,000 jemaah dalam satu-satu masa. 

"Insya-Allah pihak pengurusan zon sedang melakukan usaha terbaik untuk memastikan keselamatan jemaah dan dapat melakukan ziarah," katanya dalam sidang media bersama petugas media baru-baru ini.

Beliau berkata, antara perkhidmatan disediakan pusat pengurusan zon termasuk memberikan perkhidmatan membawa jemaah haji yang tiba sama ada dari Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammed Bin Abdulaziz di sini mahupun terminal Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah untuk melaksanakan program yang telah disusun oleh TH.

Antaranya ziarah luar di tempat bersejarah dan ziarah di dalam Masjid Nabawi dengan jemaah haji dibawa untuk menziarah makam Rasulullah SAW dan ziarah Raudah, namun bergantung kepada kebenaran Kementerian Haji Arab Saudi.

Beliau berkata, TH sentiasa berhubung dengan Kementerian Haji untuk mendapatkan kebenaran jemaah haji Malaysia melakukan ziarah serta perkembangan dari semasa ke semasa berhubung permohonan yang dilakukan.

Selain itu, pihak pengurusan zon turut menyediakan kerusi roda kepada jemaah yang menghadapi masalah bergerak sendiri untuk ziarah ke masjid.

Setiap zon juga menyediakan petugas kebajikan dan kesihatan yang diketuai oleh seorang doktor pakar untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada jemaah selain pembimbing ibadah haji TH.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Israel sengaja ‘guna’ rundingan lindung pencerobohan Rafah: Hamas

Serangan di Rafah diperhebat sejurus selepas Hamas setuju gencatan senjata


GAZA, 30 Syawal 1445H, Khamis - Seorang pegawai kanan Hamas berkata, Israel sedang melengah-lengahkan rundingan mengenai kemungkinan gencatan senjata selama sebulan di Semenanjung Gaza supaya rejim itu boleh melakukan pencerobohan berskala penuh ke atas bandar Rafah di selatan Gaza.

Izzat al-Rishq, yang merupakan anggota Biro Politik Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), membuat kenyataan itu pada Rabu.

“Israel tidak serius untuk mencapai persetujuan. Ia menggunakan rundingan sebagai perlindungan untuk menyerang Rafah dan menduduki kawasan itu," katanya.

Tentera rejim Israel dilaporkan menghantar kereta kebal ke Rafah pada hari Selasa dan merampas lintasan berdekatan ke Mesir, yang merupakan koridor utama untuk bantuan ke wilayah Palestin yang terkepung.

Rejim pengganas itu memperhebat pengeboman di bandar Rafah disertai dengan serangan darat sejurus selepas Hamas bersetuju dengan cadangan gencatan senjata di Gaza.

Sebelum ini, ia telah berikrar selama berminggu-minggu untuk melancarkan pencerobohan darat terhadap bandar itu.

Bandar ini menampung kira-kira 1.5 juta penduduk Palestin, yang berlindung di sana selepas melarikan diri daripada kemusnahan perang yang dahsyat.

Sekurang-kurangnya 34,844 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh setakat ini akibat perang yang dimulakan oleh rejim itu pada 7 Oktober berikutan operasi balas dendam oleh kumpulan pejuang Gaza.

Rishq berkata, “Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu cuba mereka-reka alasan untuk mengelak rundingan, dan dia menyalahkan Hamas dan pengantara."

Hamas telah pun bersetuju dengan cadangan perjanjian gencatan senjata yang dikemukakan oleh pengantara Qatar dan Mesir. Cadangan itu termasuk gencatan senjata tiga peringkat, setiap satu berlangsung selama 42 hari.

Perjanjian berpotensi itu akan membolehkan pertukaran tawanan, pengunduran tentera Israel dari Gaza, pemulangan penduduk Palestin yang terlantar, gencatan senjata kekal, dan pembinaan semula Gaza.

Israel bagaimanapun telah menolak cadangan itu.

Rishq menegaskan, "Hamas berpegang pada pendiriannya yang disampaikan kepada pengantara dengan meluluskan cadangan mereka." - Agensi

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kerajaan Johor kaji kadar baharu gaji penjawat awam

Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat: MB

JOHOR BAHRU, 30 Syawal 1445H, Khamis - Kerajaan Johor sedang mengkaji kadar baharu gaji penjawat awam di negeri itu selaras dengan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penentuan kadar baharu itu akan dibuat berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan negeri.

“Dari segi penjawat awam untuk negeri Johor, Insya-Allah kita juga akan selari dengan apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, tetapi kita perlu lagi kaji untuk memastikan dari segi kedudukan kewangan kita mencukupi dan memastikan kadarnya dan bila hendak buat (laksana).

“Kita akan buat keputusan dalam masa terdekat, Insya-Allah pada akhir tahun ini.

Berapa peratusan kenaikan belum diputuskan dan sedang dikaji,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-39 Persatuan Nelayan Negeri Johor dan Jamuan Hari Raya, di sini malam tadi.

Perdana Menteri pada 1 Mei mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
SULTAN SELANGOR PERKENAN KEPUTUSAN SELANGOR FC TIDAK HADIR PIALA SUMBANGSIH ESOK

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong penuh keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, esok.

Baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.

Selaku penaung Selangor FC Baginda berpandangan adalah bertepatan untuk pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan yang juga merupakan aksi pertama Liga Super edisi 2024.

“Keutamaan ketika ini adalah nyawa dan keselamatan para pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut menekankan bahawa keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid yang membabitkan pemain sayap Faisal Halim juga harus diambil kira.
Keputusan peperiksaan SPM 2023 dikeluarkan pada Isnin, 27 Mei - KPM
Notis kosongkan kerusi kepada 7 wakil rakyat Bersatu dihantar serentak minggu depan

‘Terhenti sebagai ahli parti, maka kawasan juga mereka perlu lepaskan’


HULU SELANGOR, 30 Syawal 1445H, Khamis - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat berkaitan status keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu akan dihantar serentak minggu hadapan.

Tindakan itu susulan pengisytiharan wakil-wakil rakyat berkenaan yang mahu menyokong pentadbiran Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor.

Hamzah berkata, surat akan dihantar sejurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu selesai.

Selain itu, katanya, semua wakil rakyat terbabit perlu mengosongkan kerusi masing-masing bagi memberi laluan kepada PRK untuk diadakan selepas keahlian mereka dalam Bersatu terhenti kelak.

"Mereka terhenti menjadi ahli, maka dalam akta (lompat parti) sudah diluluskan. Maknanya kawasan mereka juga terpaksa mereka lepaskan kerusi," katanya seperti dilapor BH.

Enam Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Seorang lagi yang terbabit adalah ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Terdahulu, Abdul Rashid menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah pagi Khamis.

Foto: TH
ISMA Melaka fokus Projek Komuniti Unggul, bangunkan komuniti PPR

Anak-anak sekitar PPR miliki potensi tinggi, tetapi peluang terhad


MELAKA, 30 Syawal 1445H, Khamis – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Melaka melaksanakan kerjasama dengan komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk mengajak masyarakat kembali menghayati dan mengamalkan agama Islam dalam kehidupan.

Yang di-Pertua ISMA Melaka, Farhan Abdullah ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka PAS Melaka baru-baru ini berkata, untuk mencapai objektif tersebut, usaha kerjasama dilakukan melalui Projek Komuniti Unggul.

“Selari dengan matlamat membangunkan Ummah Fadhilah, kesatuan komuniti PPR boleh mencungkil dan memanfaatkan potensi yang ada dalam komuniti.

“Anak-anak di sekitar PPR mempunyai potensi tinggi, tapi kadang-kadang mereka tiada peluang disebabkan kekangan kewangan keluarga dan sebagainya.

“Dengan kerjasama dan kesepakatan komuniti setempat, kekangan-kekangan ini boleh diuruskan bersama,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau memaklumkan bahawa pihaknya bersedia untuk menjalinkan kerjasama bagi membangunkan komuniti PPR.

“ISMA sentiasa konsisten dengan idea kesepakatan ummah dan terbuka untuk berkerjasama dengan komuniti-komuniti setempat,” katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Tukang rumah cedera tertusuk besi ketika memandu

Besi dipercayai jatuh dari sebuah lori arah bertentangan

KUANTAN, 30 Syawal 1445H, Khamis - Seorang tukang rumah cedera di bahagian lengan dan rusuk selepas tertusuk batang besi yang terjatuh dari kenderaan lain dan menembusi keretanya ketika memandu di Jalan Pantai Sepat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, Jamaludin Amin, 45, yang memandu kereta jenis Perodua Alza sedang dalam perjalanan dari arah Penor menghala ke Tanjung Lumpur di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebatang besi dipercayai jatuh dari sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Batang besi sepanjang lebih kurang 0.75 meter telah tembus ke dalam kenderaan mangsa melalui cermin besar depan dan terkena lengan serta rusuk kirinya,” katanya dalam kenyataan.

Wan Mohd Zahari berkata, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
— Helikopter Fennec yang terhempas di Lumut bulan lalu tidak dilengkapi dengan kotak hitam

— Laporan akhir dua helikopter TLDM terhempas di Lumut bulan lepas dijangka siap 29 Mei ini
PDRM jamin keselamatan terkawal sepanjang PRK KKB

Pasukan keselamatan digerakkan ke kawasan tumpuan


HULU SELANGOR, 30 Syawal 1445H, Khamis - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan terkawal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, yang akan berlangsung Sabtu ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pasukan keselamatan telah menggerakkan kekuatan anggota yang mencukupi di kawasan yang menjadi tumpuan.

"Perbincangan saya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain petang tadi (Rabu) berkait dengan keselamatan sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian.

"Komitmen pasukan polis ini akan berterusan sepanjang empat hari (tempoh berkempen yang tinggal) sehinggalah hari pengundian.

"Ia bagi memastikan pengundi Kuala Kubu Baharu keluar mengundi dengan perasaan tenang tanpa rasa takut dan bimbang dengan keselamatan," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan polis diterima sepanjang tempoh kempen, Saifuddin Nasution berkata, keseluruhan hanya membabitkan dua kes.

Katanya, situasi itu menunjukkan semua parti yang bertanding memiliki kematangan dalam berpolitik.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 27 April lalu sehingga jam 11.59 malam, 10 Mei.

DUN Kuala Kubu Baharu memiliki 40,226 pengundi berdaftar terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
TERKINI

Pesawat perang Israel melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas bandar Rafah di selatan Gaza.
2024/11/05 08:28:30
Back to Top
HTML Embed Code: