Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Dalam keadaan tertentu, memberikan kemaafan dan bersabar itu lebih mendatangkan kesan yang mendalam dan lebih bermanfaat untuk kepentingan dakwah.”

(al-Syahid Sayyid Qutb: Tafsir Fi Zilal al-Quran).

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Yang harus difikir bukan bagaimana kita mati, tetapi bagaimana cara kita hidup. Kerana bagaimana cara hidup ini bakal menjadi penentuan bagaimana kehidupan selepas kematian kita.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ilmu lebih mudah diusahakan berbanding dengan amal. Sedangkan tujuan daripada ilmu itu ialah menghasilkan amal. Apabila berlaku pencarian ilmu sebatas mendapatkan maklumat namun tidak amal, inilah yang dinamakan sekularisasi ilmu iaitu pemisahan antara Sang Pencari Ilmu dengan ilmu.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Syariat tidak menyuruh sesuatu perbuatan kecuali terdapat kebaikan kepada manusia, begitu juga ia tidak melarang sesuatu perbuatan melainkan perkara itu keji dan membawa kepada kerosakan.”

(al-Syahid Syeikh Dr. Said Ramadan al-Buti)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kewajipan sebagai seorang muslim akan tetap utuh walaupun pelakunya banyak bermaksiat. Jangan kerana dosa, kita meninggalkan arahan-Nya. Perlu dibezakan antara kewajipan dan kesalahan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kemarahan menjadi lawan kepada kefasihan kerana seseorang yang marah akan sering kali menjadi tidak objektif dalam kata-katanya. Diam daripada berkata-kata saat marah itu merupakan suatu pahala daripada memilih untuk berkata-kata namun hanya menatijahkan dosa.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Mendahulukan hujah logik akal saat berinteraksi dengan ayat alquran dan hadis bukan suatu cara pemahaman yang betul bahkan mampu menyebabkan seseorang lagi jauh dari maksud yang sebenar. Betapa ramai yang terpesong hanya kerana mendahulukan akal dari syariat.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Terkadang kagum dengan mereka yang bukan lagi sekadar bersabar bahkan bersyukur tatkala diuji dengan musibah dan dugaan. Kerana pada andaian mereka, melalui ujian membuatkan mereka sedar akan kesalahan dan dosa yang telah dilakukan. Mungkin dengan ujian terhapus segala dosa.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kehidupan dunia bukan semudah yang kita harapkan. Kebahagian yang kita dambakan tak selalu muncul datang. Ketenangan di hati yang kita mahukan tak selalunya hadir bertandang. Kadangkala ini sebagai ujian supaya kita mencari jalan untuk lebih dekat dengan Tuhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Kau besarkan Allah dalam hatimu maka dunia kecil dipelupuk matamu. Kau besarkan Allah dalam jiwamu maka dunia ini hampa, tiada maknanya.”

(Ustaz Abdul Somad)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kemulian sebenar ialah mereka yang digelar oleh Allah SWT sebagai hamba-Nya. Betapa ramai yang dikagumi dan dimuliakan oleh manusia, namun hatinya hilang rasa bahagia. Alangkah ruginya mereka yang diangkat dan disebut-sebut oleh insan, tetapi tidak dimuliakan oleh Tuhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Fobia ialah tanggapan secara semberono tanpa logik akal yang sihat dan bijak. Apabila ia dilabelkan kepada Islam, maka ia menjadi satu fahaman yang salah dan bertentangan dengan hakikat atau tasawwur ajaran Islam yang sebenar”.

(Tuan Guru Haji Hadi Awang)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sesungguhnya Allah itu akan mengujimu dengan perkara yang kamu suka dan tidak suka. Maka tiada seorang manusia pun yang akan terlepas daripada ujian hidup ini sama ada berbentuk nikmat yang kamu suka atau dugaan yang kamu benci.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Manusia yang paling beruntung ialah mereka yang kembali kepada Allah selepas melakukan kesalahan dan kesilapan. Adapun manusia yang paling buruk ialah mereka yang terus melakukan dosa dan kekufuran saat dikurniakan kesedaran, tidak mahu pulang tunduk kepada Tuhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita mungkin cemburu dengan mereka yang lebih daripada kita dari sudut dunia seperti harta, pangkat dan kebolehan, namun kenapa kita tidak pernah berasa cemburu melihat mereka yang mempunyai ilmu dan amalan yang lebih daripada kita?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan pada hari ini, kelak kita akan dihadapkan di hadapan Allah dengan segala amal baik buruk ini. Orang cerdik akan menimbang-nimbang kelakuan dunianya untuk persedian hari kemudiannya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Tugas akal, kaitannya dengan alquran dan as-sunnah ialah untuk memahaminya, bukan untuk menolak dan membantahnya. Jadi, kalau ada pertentangan maka yang disalahkan adalah akal, bukan nas.”

(Syeikh Ali bin Hasan al-Halabi)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bagi orang yang beriman, Sains hanya menguatkan lagi keimanan kepada Allah SWT, menambahkan lagi rasa takjub dan yakin dengan kekuasaan dan kehebatan Tuhan. Manakala perbezaan yang hadir daripada Sains berbanding dengan quran maka itu menunjukkan manusia sebagai makhluk yang lemah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekiranya kita masih dikurniakan peluang untuk merasa takut dan bertaubat atas dosa, ketahuilah Allah masih menyayangi kita. Berapa ramai yang melakukan dosa namun tidak merasa apa-apa. Kerana hidupnya hanya dipenuhi nikmat bukannya rahmat.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Saat kita tenggelam dalam cinta dunia, cinta manusia, cinta harta dan cinta kuasa, Allah hadirkan ujian. Ujian bukan tanda Allah tak sayang tetapi mungkin ini sahaja cara pulang kepada Tuhan, kerana semut tidak mati ketika kekurangan gula, tetapi mati disebabkan banyaknya gula.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/30 22:29:46
Back to Top
HTML Embed Code: