@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -
Kita ingin bercinta dengan makhluk, namun tak pernah berasa untuk mencintai dahulu penciptanya. Lalu, apa yang kita dapat ialah kekecewaan, dan kita menyalahkan Tuhan. Kekecewaan terbesar bukan saat kita ditinggalkan manusia tetapi ditinggalkan Dia.
#ibnuyusofconsultancy

Ada saat dalam hidup ini rasa betul-betul hilang, rasa ingin menyendiri. Namun, menghilangkan diri bukan jalan baik untuk dilalui. Cari sisi untuk perbaiki hubungan dengan Ilahi, cari teman untuk meluahkan isi hati. Jangan tinggalkan kalam-Nya walau sehari, insyaAllah hidup pasti kembali seri.

“Kenapa dunia ini menyakitkan?”
Kerana kita terlampau mencintai dunia. Sedangkan Allah sendiri tidak menyuruh kita mencintai dunia tetapi mencintai-Nya. Hanya dengan cara mencintai-Nya, hidup akan terasa bahagia.

Kesukaran terbesar bagi orang yang menyampaikan nasihat adalah untuk mengamalkan apa yang dinasihatkannya. Tidaklah seseorang mengucapkan sesuatu kata-kata melainkan ucapan itu bakal menjadi ujian buatnya. Dan beruntung mereka yang berusaha sungguh mengamalkan apa yang dibicara.

Saat kita tersentuh dan tersentak dengan ucapan yang kita dengar atau kata-kata yang kita baca, sedarilah mungkin itulah peringatan Allah untuk kita jadi lebih baik. Betapa ramai yang alami perkara yang sama tetapi reaksi mereka seolah tiada apa-apa.

Tiadalah ujian yang lebih besar kepada yang diberi nasihat melainkan tindakan yang dilakukan selepas mendapat nasihat itu, sama ada dia menerima dengan hati yang terbuka atau bertindak melawan dan menolak sepenuhnya.

Syair arab ada menyebut;
“Maka tirulah mereka seandainya kamu tidak mampu menjadi seperti mereka. Sesungguhnya meniru suatu yang mulia itu merupakan kejayaan.”
(Buku: Kompas Ambia’)

Antara orang yang malang ialah mereka yang menyampaikan ilmu dan orang lain mendapat manfaat daripada ilmunya, namun dia tidak dapat mengambil manfaat daripada ilmunya sendiri.

Nasihat yang paling indah ialah nasihat yang kita sampaikan buat diri sendiri. Kerana kita sedar akan kesalahan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Dan cukup indah apabila kita membetulkan kesilapan itu tanpa ada rasa putus asa.

Tuhan takkan pernah membebani kita dengan perkara yang tidak mampu. Kita merasakan perkara itu beban kerana kita yang tidak mahu. Belajar berlapang dada dengan takdir Tuhan, selidiki “apa yang harus aku betulkan buat diri”.

Hidup ini memang terasa panjang dan berat, tapi sesaat apabila kita kembali kepada Tuhan, kita akan merasakan hidup ini sangat singkat. Masa ini suatu ujian, bagaimana kita memanfaatkan ia bakal menjadi penentuan akhir kehidupan.

Saat kita berada dalam lingkungan yang mendukung ke arah kebaikan, manfaatkanlah waktu-waktu itu kerana kita perlu sedar bahawa akan tiba suatu saat, mungkin kita akan bertemu dengan lingkungan lain yang bakal mengubah kita ke arah keburukan. Hanya kekuatan yang dibina saat lingkungan dulu akan membantu.

Setiap kali berbeza pandangan maka akan ada yang mengenakan kata-kata, “berdebat dengan orang bodoh hanyalah sia-sia”, tetapi tiadalah pula masing-masing memerhati diri di manakah silapnya sendiri. Maka, apa yang terhasil ialah buruknya orang lain, dan sentiasa baiknya kita.

Jadilah manusia yang saat berkata-kata akan memberi pengajaran yang mendengar, dan apabila menulis akan menyentuh hati bagi yang membaca. Ini tidak akan berlaku jika seseorang tidak memerhati dan mengambil faedah setiap apa yang dikata dan ditulisnya.

Ujian itu ibarat air yang panas, cara mengambil air panas perlu dengan hati-hati dan sifat sabar supaya kita tidak melecur dek air yang panas itu. Begitulah ujian saat ia datang, tak perlu gopoh-gapah, tenang dan lalui dengan sabar. Sebab air panas suatu masa akan sejuk jua.

Terkadang bukan kerana tiada kesempatan masa dan kesibukan urusan dunia yang mengganggu untuk kita beramal kepada-Nya, tetapi kerana hati yang tak punya rasa akan betapa penting redha-Nya bagi segala kemudahan di dunia.

Antara punca berleluasanya sesuatu kemungkaran kerana wujud sekelompok manusia yang menyokong. Mereka bukanlah golongan yang bermaksiat tersebut, namun mereka menyumbang kepada kekuatan terhadap golongan maksiat ini. Mereka bukan berlawan dengan manusia, tetapi Allah taala.

Saat diuji dalam bab kesihatan ialah waktu terbaik untuk kita bermuhasabah dengan kematian. Kata baginda, orang cerdik ialah mereka yang sering mengingat mati. Terkadang dengan hadirnya rasa sakitlah baru kita bertambah ingat dengan peringatan Tuhan.

Sekiranya kita belum mampu bersabar dengan apa yang belum kita ada, maka kita tidak akan bersyukur saat kita sudah memilikinya. Syukur dan sabar ibarat dua sayap burung yang saling melengkapi. Jika patah satu sayapnya, nescaya hilanglah kawalannya.

Cukuplah seseorang dikatakan bongkak seandainya saat dia dinasihati maka dia memilih nasihat yang suka didengari telinganya dan daripada orang yang dia sukai hatinya. Sedangkan Islam mengajar supaya melihat pada apa yang ditegur bukan siapa yang menegur.