Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Perkara yang menjadi penilaian bagi setiap ujian, musibah dan dugaan yang datang ialah ‘keyakinan’. Keyakinan kepada Allah dan setiap janji-Nya. Sejauhmana seorang manusia mampu bertahan dengan mehnah yang dilalui. Adakah mereka akan terus bersyukur atau kufur?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Kemenangan Islam bukan hanya pembukaan dan penaklukan negeri, kemenangan sebenar adalah dengan penaklukan hati manusia dan mereka menerima Islam dengan penuh terbuka.”
(Buku: Ibrah dari Juz ‘Amma).

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala dalam beberapa perkara kita tidak perlu mempertahankan diri atas teguran manusia. Meskipun kita punya hujah tersendiri atas tindakan kita, harus juga kita tahu bagaimana sudut pandang orang lain terhadap tindakan kita.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Memang sudah menjadi adat yang namanya perjuangan ini penuh dengan kesakitan, tangisan dan keletihan kerana inilah yang bakal menjadi saksi dan bukti di hadapan Allah. Bagaimana mampu dikatakan perjuangan andai jalan yang kita lalui penuh dengan bunga-bungaan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Bersandar kepada makhluk akan kecewa, bersandar pada kayu yang rendang akan tumbang, bersandar kepada benda akan binasa, bersandar kepada sahabat akan berubah menjadi musuh, bersandarlah pada Dia yang Maha Hidup tak pernah mati”.
(Ust. Abdul Somad)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Manusia akan agak sukar untuk menerima segala teguran dan nasihat daripada kita sekiranya kita juga sukar untuk menerima segala nasihat daripada orang lain. Sekiranya kita ingin membantu orang lain, kita juga kena bersedia untuk dibantu oleh orang lain.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Persahabatan itu tidak akan teruji dalam keadaan kita berada dalam nikmat dan kesenangan, namun persahabatan itu teruji ketika mana kita berada dalam keadaan susah dan sakit. Waktu itu sekiranya persahabatan bukanlah berdiri atas keikhlasan maka bermulalah salah-menyalah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Ketika berinteraksi dengan kegagalan dan peritnya perasaan, ambillah Musa a.s. sebagai teladan dan kekuatan. Apabila segunung kesulitan terbentang di hadapannya, serta hilang segala sokongan dan dukungan manusia kepadanya, baginda tidak pernah memutuskan hubungan dengan Tuhannya”. (Buku: Pengikut Yang Merosakkan)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekiranya suatu perjuangan itu hanyalah kerana manusia, suatu masa kita akan kecewa. Bila pengorbanan itu semata-mata mahu dipuji, kita akan rasa lebih banyak yang membenci. Andai perjuangan dan pengorbanan itu bukan kerana-Nya maka akan jadi sia-sia.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Setiap pelaburan yang kita habiskan untuk perjuangan agama ini, setiap masa yang kita luangkan untuk meninggikan syiar Islam ini, setiap nyawa yang dipertaruhkan demi ummah ini, tidak akan jadi sia-sia jika kerana Dia.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kekuatan tidak akan datang hanya dengan kepercayaan dan keyakinan daripada diri dan orang sekeliling. Kekuatan juga akan hadir tatkala kita yakin dengan pertolongan dan janji Allah. Tiada yang mustahil kerana Dia yang menentukan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kesabaran dalam perjuangan itu bukanlah suatu yang mudah kerana ia memerlukan pengorbanan. Namun, Islam tetap mengajarkan ummatnya dengan akhlak dan adab serta tatacara yang betul untuk menghadapi musuh. Terselit kemanisan di balik kepahitan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Hanya kerana kita tidak menyenangi apa yang dibawa dan ditegur oleh orang lain, maka tak selayaknya kita menggunakan hujah bahawa mereka menunggang atau menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Sekiranya kita melanggar perintah Allah, kenapa orang lain yang dipersalah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Besarkan Allah dalam hatimu supaya dunia kecil dalam pandangan matamu. Besarkan Allah dalam jiwamu supaya kau melihat ujian itu kecil. Dunia ini tak sampai setengah sayap nyamuk saudaraku. Oleh sebab itu, siapa yang tahu hakikat dunia maka ringan dunia ini baginya”.

(Ustaz Abdul Somad)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara perkara yang sangat penting untuk dikawal dalam kehidupan ialah emosi. Terkadang jika kita membiarkan emosi dipandu oleh perasaan maka timbullah tindakan yang berakhir dengan penyesalan. Maka dengan sebab itu, kita perlu berfikir dengan iman saat mengeluarkan sebarang jawapan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita takkan mampu melakukan perubahan andai kita sukar mendengar kata-kata manusia. Memang benar lebih baik menjadi diri sendiri, namun kita hanya makhluk yang punya kelemahan. Oleh sebab itu, kita perlu buka hati untuk mendengar nasihat orang lain.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ada sejenis manusia yang simpan isi hatinya dengan menzahirkan senyum dan tawa di hadapan orang, namun menangis mengadu sakit di hadapan Tuhan saat bersendirian. Terkadang kita rasa berat hidup ini, tanpa hirau ada orang yang ujiannya lebih besar lagi.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Menerima takdir Tuhan bukanlah suatu yang dianggap mudah, walaupun bersabar atas takdir itu serendah-rendah tingkat kesabaran. Di sini nafsu sentiasa berperang dengan iman. Kalau bukan kerana ilmu dan takwa, bukan mudah untuk kita berdamai dengan ketentuan dan ketetapan-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Sebaik-baik pengikut ialah mereka yang mampu memberikan pandangan yang berbeza asalkan asasnya ialah alquran dan as-sunnah. Pengikut yang baik ialah mereka yang mampu memberi kritikan dan teguran dengan penuh ikhlas.”

(Buku: Pengikut yang Merosakkan)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Di dalam satu organisasi perlu ada dua golongan. Pertama, mereka yang cepat membuat keputusan dan tidak bertangguh. Kedua, mereka yang menghitung dan prihatin segala implikasi (considers all factors). Daripada gabungan ini maka akan berlaku semak dan imbang.

#ibnuyusofconsultancy
2024/11/05 18:47:38
Back to Top
HTML Embed Code: