Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Nilai kesyukuran itu terlebih besar jika diamati berbanding nilai kesabaran. Kerana kebiasaan manusia itu mampu bersabar tatkala ditimpa musibah dan ujian, namun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur ketika diberi rasa mudah dan senang.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Jangan hanya melihat diamnya seseorang maka kita menafsirkan mereka orang yang tidak bijak dan jangan hanya dengan melihat mereka yang petah berbicara seolah cendekiawan agung. Sesungguhnya, kecerdikan seseorang bukanlah hanya pada diam dan berkata-kata sahaja, bahkan tindakan mereka.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Dalam hidup ini kita akan jumpa dua jenis manusia. Pertama, mereka yang hanya berdoa tanpa ada sedikit pun sikap untuk berusaha. Kedua, mereka yang yakin pada usaha, tetapi enggan berdoa. Mereka ini gagal memahami hubungan usaha, ikhtiar dan tawakal. Maka, tak hairanlah bila mereka gagal dapat sesuatu, mereka akan menyerah atau menyalahkan Allah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kehidupan kita ini pastikan penuh dengan perasaan takut dan harap kepada Allah. Takut untuk melakukan dosa dan takut atas setiap dosa yang telah dilakukan. Sentiasa harap akan rahmat dan pengampunan daripada Tuhan. Jangan biarkan ketakutan menenggelamkan rasa harap dan begitulah sebaliknya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Islam mengajar bahawa kebencian terhadap seseorang individu tidak boleh membawa kepada sikap tidak adil. Begitu jua Islam mengajar ummatnya supaya kecintaan kita kepada seseorang jangan menyebabkan kita buta dan mempertahankan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ujian yang menyebabkan kita rasa resah, susah, gelisah lebih mudah dilalui jika ingin dibandingkan dengan ujian berbentuk nikmat. Betapa ramai yang tewas tatkala dihidangkan dengan kesenangan dan kemudahan. Mana perginya syukur saat mudah, padahal mereka sabar ketika susah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Jadilah baik macam manapun tetap ada manusia yang membenci. Jadilah sejahat manapun pasti ada yang tetap menyukai. Makanya, kebenaran itu tak ditentukan atas ramainya ikutan atau tak. Persoalan yang perlu kita timbulkan, “apakah aku perlu mengorbankan kebaikan kerana tak dihargai dan adakah perlu aku bermaksiat untuk diminati?”

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekalipun antara hak sesama muslim itu ialah memberikan nasihat apabila dipinta, pastikan setiap butir dan kalimah yang dilontarkan itu ibarat muhasabah buat diri. Sampaikan kalam dan tulisan itu dengan hati yang menasihati diri sendiri supaya kelak tak memakan diri.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara sifat hamba Allah itu ialah merendah diri. Bagaimana tawaduk ini direalisasikan? Dengan cara tidak sombong dengan segala kelebihan dan kekuatan. ‘Barangsiapa yang tawaduk nescaya Allah akan memuliakannya, dan barangsiapa yang sombong nescaya akan dihinakan’.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekiranya kita ingin lari daripada kemurkaan Allah, sama sekali takkan mampu melainkan dengan cara kita kembali kepada Allah. Keampunan Allah lebih besar daripada dosa hamba-Nya. Menjadi satu dosa pula bagi mereka yang menganggap dosanya lebih besar daripada keampunan Allah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Terkadang kebenaran yang kita dapat itu bukanlah sepenuhnya, itu hanyalah sebahagian daripada babak bagi kebenaran tersebut. Jangan terlampau pantas dalam membuat anggapan dan penilaian, belajar untuk meneliti dan memahami sesuatu sebaik mungkin.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kecintaan yang melampau terhadap perhiasan dunia ini menyebabkan ramai yang sukar mengejar ketenangan dalam hati. Apa tidaknya, ramai yang beranggapan ketenangan itu hadir apabila kita dapat memenuhi segala tuntutan keinginan hati, namun sebenarnya keinginan itu yang memusnahkan diri.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Musibah apakah yang lebih besar bagi ummat ini selain daripada memandang kecil setiap dosa dan kemaksiatan yang berlaku. Mereka mempertahankan kebatilan, namun menjatuhkan kebenaran. Memperjuangkan hak insan, meninggalkan hak Tuhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kemaksiatan tidak pernah menjanjikan kepuasan hakiki. Ia hanya menjanjikan keseronokan sementara yang berakhir dengan ketagihan dan kebiasaan. Berusahalah melawan hasutan dan tipu daya nafsu, kerana kita takkan pernah beruntung saat menurutinya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kesabaran itu bukan suatu yang manis. Kalaulah ia suatu yang mudah didapati maka takkan berlaku persengketaan antara sahabat, kebencian yang amat, putus hubungan kaum kerabat. Disebabkan ia suatu yang sukar dicari maka tak semua mampu memiliki. Perlukan usaha kepada Ilahi.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Terkadang mereka yang sering dijadikan punca untuk mendapatkan nasihat juga sebenarnya memerlukan nasihat buat diri. Oleh kerana itu, mereka yang sering menasihati orang lain ini perlu sentiasa bermuhasabah semula dengan apa yang dinasihatkan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Teguran itu perlu mengikut peringkat umur. Cara menegur orang muda berbeza dengan golongan tua. Untuk memastikan masyarakat beradab, kita juga perlu memastikan cara menegur kita adalah dengan adab.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara sifat dan perangai semulajadi manusia itu ialah lupa. Terkadang kita terlupa dengan segala nikmat yang pernah kita rasai, namun ketika mana nikmat itu ditarik semula baru sesalan berkunjung tiba. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengikat nikmat itu dengan rasa syukur.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kalau kita merungut setiap kali ujian menerpa, percayalah kita semakin susah untuk rasa bahagia. Lagi banyak kita marah, semakin banyak pula masalah. Belajar untuk tenang, yakin dengan setiap susunan takdir yang sudah Dia tetapkan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Nikmat itu ibarat air hujan, sekiranya ia terlampau banyak maka suatu saat mungkin boleh mengundang musibah. Maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang kerana belum tentu kita mampu menjadi hamba yang bersyukur saat dikurniakan nikmat yang melimpah ruah.

#ibnuyusofconsultancy
2024/10/01 04:55:50
Back to Top
HTML Embed Code: