Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sabar itu memang sesuatu yang sangat sulit, tetapi tidak pernah wujud penyesalan bagi orang yang bersabar. Kerana itu kesabaran sentiasa digandingkan dengan kejayaan, menunjukkan bahawa orang yang sabar pasti akan menerima ganjaran bagi kesabarannya dan begitulah sebaliknya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kekosongan jiwa yang kita rasakan saat ini, kadangkala bukan sepenuhnya kerana dipinggirkan manusia tetapi hubungan dengan Yang Esa belum ada tapaknya. Bagaimana mampu seorang manusia tinggal di sebuah rumah tanpa pernah tahu siapakah pemilik rumah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tiada apa yang perlu dikhuatiri dalam kehidupan andai ada kebergantungan dengan Tuhan. Tidak perlu ada kebimbangan yang berpanjangan kalau yakin dengan takdir Yang Menentukan. Sejauhmana perancangan seorang hamba takkan pernah sebaik perancangan-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Paksalah mata ini menangis atas segala kekhilafan dan dosa yang telah kita lakukan walaupun dalam keadaan kepura-puraan. Kerana hati yang tiada penyesalan atas dosa akan menjadi seperti batu yang keras. Hati keras menyukarkan petunjuk Allah dan kebenaran masuk ke dalam diri.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tidak semua perkara perlu disembunyikan. Bagaimana kita mampu membuatkan manusia faham sekiranya kebanyakan perkara kita diam dan pendam. Kadangkala tindakan ini bukan menyelesaikan tapi menyeksakan. Jawapan mungkin menjelma saat kita meluahkan rasa.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Semangat melakukan kebajikan tanpa didorongi ilmu yang betul mampu merosakkan keimanan dan mencacatkan nilai kebaikan. Kerana itu pentingnya ilmu. Namun, kebanyakan manusia pada hari ini hanya mementingkan pencapaian iaitu ibadah tanpa mementingkan laluan iaitu ilmu.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita banyak memikirkan cara mendapatkan kelazatan nikmat di dunia, namun dunia ini bukanlah destinasi sebenar yang dituju. Destinasi sebenar yang seharusnya kita tuju ialah akhirat, tetapi betapa ramai yang banyak memikirkan cara mendapatkan keselesaan sebenar di sana.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekarang ini semua tak mahu cegah orang yang bermaksiat secara terang-terangan, kerana kalau cegah, manusia akan benci pada kita. Sekarang perasaan redha dengan maksiat sudah semakin merebak. Perasaan ummat Islam jika lihat mungkar tapi rasa biasa, ini petanda buruk.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Keyakinan terhadap kebenaran agama Islam menunjukkan kedudukan aqidah di dalam diri. Kemusykilan dalam diri terhadap ajaran Islam bukan kerana kekurangannya, namun kerana kesalahfahaman dan kekurangan penganutnya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita hanya manusia biasa, tidak sempurna, punya salah dan dosa. Namun, kita mampu menjadi manusia yang beruntung andai kehidupan ini diakhiri dengan taubat dan taat kepada Dia.

سلامت تاهون بارو ٢٠٢٢

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ujian dan dugaan yang ditimpakan oleh Allah kepada orang lain bukanlah sekadar tontonan tetapi ia tuntunan dalam mengajar kita erti kesabaran. Dalam masa yang sama menyedarkan kita bahawa di luar sana berjuta manusia alami kesusahan lebih berat daripada apa yang kita alami.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Orang yang kehilangan Allah kerana sesuatu maka inilah orang yang kehilangan segala-galanya. Namun orang yang kehilangan sesuatu kerana Allah dan dia redha terhadap ketentuan itu maka kehilangannya itu akan diganti dengan sesuatu yang sangat membahagiakan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Siapa kita untuk menghukum?”

Ya benar kita bukan orang yang berhak untuk meletakkan hukum. Tetapi, kita berhak menyampaikan hukum yang telah Dia tetapkan. Apa yang termaktub bahawa setiap maksiat ialah dosa iaitu jalan ke neraka. Siapa kita ingin melanggar ketetapan Dia?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita tidak akan berhenti membenci atau menyukai diri seseorang melainkan kita cuba untuk mengingatkan diri kita tentang kebaikan dan keburukan mereka. Oleh itu, kita perlu sentiasa mencari-cari nilai kebaikan mereka saat kita hanya nampak keburukannya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Cukuplah air mata menjadi pengubat bagi jiwa yang terasa berat. Manusia tidak akan pernah sedar dan faham apa yang sedang kita alami, begitulah juga kita takkan pernah mampu memahami orang lain. Namun, hanya Dia yang mampu tumpahkan ketenangan, sebagaimana Dia mampu membasahkan bumi yang kontang.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Setiap kita ada kesalahan dan dosa yang hanya kita sendiri sahaja yang tahu, kalaulah bukan kerana kasih sayang Allah, mungkin kita telah diazab . Namun, dengan rahmat dan kelembutan-Nya, kita masih dikurniakan ruang untuk memilih dan berubah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ibadah yang memberi kesan ialah ibadah yang mampu mengubah seseorang menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jangan terpedaya dengan banyaknya amalan kebaikan namun jauh daripada rahmat-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Menangis kerana peritnya ujian adalah lebih baik dibandingkan dengan ketawa kerana kesenangan. Kadangkala kegembiraan yang melampau bakal menyebabkan jiwa kita rasa kekosongan. Cuma jangan biarkan air mata terus bercucuran kerana hujan tanpa henti mampu membina musibah yang lebih besar.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Saat kita merasakan beban berat yang sedang kita pikul dalam hidup ini, cuba kita ambil sedikit ruang untuk berehat. Setiap bebanan tak harus dipikul sepanjang hayat tanpa rehat kerana akan bertambah penat. Letakan beban di tepi, ceritakan pada yang dipercayai, jangan cuba untuk larikan diri.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Isu itu datang dan pergi. Yang panas dan hangat seketika cuma lalu sejuklah ia dimakan hari. Sungguh malang mereka yang gemar menari bersama isu, diulas tanpa ilmu; lalu hilang pertimbangan dosa pahala, tanpa disedari.”
(Ustaz Syaari Ab Rahman)

#ibnuyusofconsultancy
2024/10/01 07:37:20
Back to Top
HTML Embed Code: