Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala kita lihat orang lain seolah-olah tak punya masalah, sama sekali andaian yang salah. Orang yang tenang dalam hidupnya bukan kerana tiada masalah cuma mereka pilih untuk menyembunyikannya kerna dengan cara itu mereka rasa lebih baik.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekiranya kita ingin belajar realiti sebenar kehidupan, bersahabatlah dengan mereka yang lebih berusia dan lebih tua. Namun, sekiranya kita ingin belajar realiti semasa, berkawanlah dengan mereka yang lebih muda dan remaja.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala mereka yang berjawatan ini kurang sedar, mereka rasa setiap kejayaan dan pencapaian yang diterima adalah daripada titik peluh mereka sendiri. Mereka lupa yang dibawahnya ada manusia yang berkorban tenaga dan mengerah otak bagi merealisasikan setiap perancangan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sejahat manapun kita, kalau ditegur kepada kebaikan maka janganlah mengherdik semula teguran yang diterima. Jika kita tak mampu menahan telinga untuk mendengar sekalipun, maka berpalinglah. Tak usah mencari seribu alasan untuk pertahankan perkara yang kita sendiri sedar akan keburukannya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Terkadang kita tertipu, kita rasa apa yang kita nampak buruk memang hakikatnya buruk, manakala apa yang kita nampak baik, kita rasakan ia memang terbaik. Namun, apabila kita cuba memberi laluan kepada hati untuk memahami, rupanya segala andaian kita salah, saat itu baru kita sedar sebaik-baik perancang hanyalah Allah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Mencari cahaya dengan mata tertutup sampai bilapun kita takkan berjumpa sinarnya. Begitulah juga, apabila kita sering menyalahkan susunan takdir tanpa memberi ruang walaupun sedikit untuk membaca hikmah bagi setiap takdir-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala saat kita runsing dengan kehidupan ini, tak semua perkara mesti diluahkan. Adakalanya, kita perlu duduk bersendirian untuk tenangkan hati dan fikiran, menghayati dan merenung setiap kesalahan dan kesilapan. Kemudian, bangun daripada lelah dengan kembali kepada Allah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kalau terasa sempit dunia, mengadulah kepada Allah. Kalau minta, mintalah kepada Allah. Kalau minta tolong, minta tolonglah kepada Allah, “kepada Engkau kami menyembah, kepada Engkau kami beribadah, kepada Engkau kami bersimpuh sujud, kepada Engkau juga kami meminta pertolongan”.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sesukar manapun perjalanan yang kita lalui hari ini sampai satu saat ia akan berakhir jua. Namun, perjalanan yang bakal kita lalui selepas daripada itu mungkin suatu yang menyebabkan kita tidak berhenti menyesal dan kecewa. Kita bukan tak kuat, cuma mungkin kita sedikit penat, jadi cuba berhenti sekejap menikmati rehat.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sedih melihat ummat ini, mengenepikan teguran dan nasihat manusia atas fahaman hanya Allah yang berhak menghukum. Andailah seruan kebaikan itu hanya sebatas mengajak manusia kepada kebajikan tanpa mencegah kemungkaran, manusia akan tenggelam dalam gelap kejahilan, namun dia masih menyangka itulah sinaran kemulian.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara sisi terburuk kedengkian ialah menolak kebenaran yang hadir kepadanya. Seseorang itu kadangkala mudah sahaja untuk membezakan antara betul dan salah, namun hanya kerana satu perasaan tidak bersetuju kepada seseorang buatkan kita membantah segala cadangan dan menolak segala teguran.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Satu pemikiran yang melanda ummat akhir zaman ini ialah ‘hedonisme’, sikap meletakkan keinginan nafsu lebih ke hadapan daripada pertimbangan aqal. Memilih sesuatu yang bakal merosakkan jiwa daripada suatu yang membentuknya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Mengikut syariat Allah dalam keadaan terpaksa bukanlah boleh digelar terus sebagai perangai munafik. Mereka yang terus melaksanakan perintah Allah dalam keadaan terpaksa lebih baik daripada mereka yang melanggarnya. Sekurang-kurangnya masih ada perasaan sebagai seorang hamba.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tiga acuan untuk berjaya:
1. Menjaga pertuturan
2. Memperbanyak kebaikan
3. Menangis atas dosa

(Hadis Riwayat al-Tirmizi & Ahmad)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kalau kita rasa yang setiap ucapan, tindakan dan perlakuan kita harus dituruti dan dihormati tanpa memikirkan perihal orang lain, bersiap sedialah untuk merasakan ego yang akhirnya hanya membuatkan matlamat dan hubungan dengan orang lain semakin jauh.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bezanya manusia hari ini dengan dahulu, kalau dahulu orang lain yang cuba buka aib kita, namun kini kita sendiri yang cuba membuka pekung di dada. Menjadi diri sendiri buka erti kita bebas beraksi tapi hidup dengan cara menjaga had dan batas yang ditetapkan Ilahi.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Dalam kesibukan dan kekalutan kita seharian, berusahalah sekuat mungkin supaya ada ilmu agama untuk kita pelajari. Jangan biarkan hari kita berlalu dengan hati yang kosong tanpa ilmu, apatah lagi berkaitan ilmu yang fardhu.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Yang dinamakan hidup ini tak mampu untuk kita lari daripada ujian dan cubaan. Terkadang kita rasa lemah dan tak keruan, hilang percaya kepada diri dan Tuhan. Namun, mereka yang sedar akan mencari jalan dan laluan untuk yakinkan diri dan dekatkan hati kepada Tuhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Melakukan kebaikan itu adalah terlebih mudah jika ingin dibandingkan dengan membuang kejahatan daripada hati dan diri. Oleh sebab itu, banyak manusia yang mampu melakukan kebaikan, namun dalam masa yang sama hatinya, lidahnya serta perilakunya masih melakukan kemaksiatan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Syarat untuk seseorang menjadi pemimpin yang membimbing manusia ke jalan Allah ialah sabar. Hendaklah dia bersabar demi meneruskan perjuangan dan tanggungjawab untuk membela Islam.

#ibnuyusofconsultancy
2024/10/01 07:48:39
Back to Top
HTML Embed Code: