Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tidaklah kata-kata yang kita ucapkan pada hari ini mampu memberi kesan yang baik kepada hati melainkan sekiranya perkataan tersebut disampaikan dengan penuh hikmah dan kejujuran. Kerana setiap yang diucapkan itu satu doa.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Semua manusia akan sentiasa mencari jalan dan perkara yang indah kerana mereka menyangka dengan memiliki perkara-perkara yang indah maka akan bahagia. Namun apabila sudah menikmati perkara yang indah tersebut, mereka masih belum bahagia. Percayalah, semua itu nampak indah kerana belum kita miliki.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Bagi mencapai saadah (kabahagiaan) perlu terlebih dahulu memiliki sakinah (ketenangan). Ini kerana mereka yang dilihat bahagia secara zahir tidak semestinya berada dalam ketenangan, namun mereka yang sentiasa tenang akan sentiasa bahagia walau apa sekalipun keadaan mereka. Itulah erti sebenar keredhaan.”

(Buku: Bolehkah Kita Mengubah Takdir?)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kesilapan ummat Islam pada hari ini ialah mereka mempelajari ilmu agama, namun tidak pernah meneliti kesahihan terhadap apa yang telah diajarkan kepada mereka. Meneliti kesahihan di sebalik apa yang dipelajari juga ialah suatu kewajipan. Antara kejahilan dalam beragama ialah membiarkan kepalsuan atas kebenaran.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Usaha meninggalkan maksiat bukanlah suatu yang mudah. Boleh jadi usaha meningkatkan amal kebaikan lebih ringan untuk dilaksanakan berbanding dengan meninggalkan keburukan. Pada hakikatnya, kita semua sedang berperang dengan diri sendiri pada posisi masing-masing.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Seandainya kita mampu menghayati erti cinta, maka seluruh tenaga dan jiwa ini akan kita perjuangkan demi mengikuti ajaran agama. Namun, cinta pada kita hanya suatu yang mampu menghilangkan rasa perit menyukai sesuatu perkara, tidak membawa kepada hubungan kita kepada Dia.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Apakah yang lebih menyedihkan bagi seorang manusia yang hidupnya terasa kosong kerana jauhnya hubungan dengan Tuhan. Sekalipun dia berada dalam kenikmatan dan kesenangan, itu semua bukanlah sesuatu yang membahagiakan hatinya. Wajah tersenyum, jiwa terkurung.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Saya terima teguran tapi jangan sampai menghina!”

Teguran itu perlu pada hikmah, dalam masa yang sama yang ditegur juga perlu ada rasa bersalah. Betapa ramai hari ini yang pantang ditegur dan sebenarnya benci pada teguran, apabila ditegur dituduh orang lain menghukum.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Terkadang kebergantungan kita kepada manusia telahpun menghilangkan rasa yakin dan percaya kepada Tuhan sehingga kita sendiri dikecewakan. Pada akhirnya kita enggan mempercayai siapa-siapa. Titik kesilapan terbesar apabila kita tidak melibatkan Allah dalam segenap urusan kehidupan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Lelaki dan wanita yang berusaha menjadi baik akan belajar untuk menjaga batas-batas dan had dalam bergaul. Mereka tidak banyak membantah apa yang telah ditetapkan dalam agama, bahkan berusaha mengikuti dan mencari hikmahnya. Keimanan itu adalah apabila kita tetap mengikat diri dengan syariat walaupun kita tidak tahu hakikatnya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kekayaan dunia yang mereka cari menjadikan mereka terus miskin. Manusia ini sifatnya menunduk kepada Tuhan saat tidak punya apa-apa, namun apabila mereka sudah senang dan berjaya keluar daripada kesusahan, mereka lupa dan alpa. Moga Allah ampuni kita semua.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kehidupan kalau tidak berpandukan syariat, kita akan penat. Penat melayan ajakan nafsu ke arah maksiat. Berat untuk melaksanakan perkara ibadat dan taat. Fikiran sesat dengan ideologi barat. Rasa sudah terlewat untuk melakukan taubat. Jiwa terasa kosong dan tenat.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara sifat semulajadi manusia itu ialah menangis dan bersedih. Di dalam tangisan dan kesedihan yang mungkin kita bencikan ini hakikatnya mungkin banyak perkara yang kita peroleh buat diri. Kadangkala beratnya beban kehidupan yang kita lalui hari ini disalurkan dengan air mata.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Sesungguhnya fitnah yang terbesar bagi ahli ilmu pada zaman kita ini: keinginan untuk mendapatkan kemasyhuran dan pujian manusia.”

[Syeikh Mufti Taqi Uthmani]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Permulaan bagi suatu dosa itu adalah hanya sebuah perasaan ingin mencuba sehingga percubaan ini menjadi penyesalan bagi pelakunya, tiadalah yang lebih menyakitkan apabila seorang pendosa menyedari dosanya namun sukar untuk keluar darinya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara saat yang sukar untuk menjadi hamba yang benar-benar bertakwa kepada Allah adalah ketika kita berada keseorangan. Bagaimana kita menjaga diri dan hati supaya tidak bermaksiat kepada Dia di saat tiada mata yang memandang. Ramai yang mampu menjadi baik saat di khalayak ramai tetapi tidak saat berseorangan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Oleh itu, agungkanlah Allah, maka semua perkara akan menjadi kecil di hadapan anda. Namun jika anda membesarkan selain Allah, maka semua perkara akan menjadi hebat dihadapan anda dan hilanglah keagungan Allah SWT daripada diri anda.

[Syeikh Dr. Said Ramadhan Al-Buti]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Yahya Bin Muaz pernah menyebut:

“Yang menghalangi manusia untuk bertaubat ialah panjang angan-angan. Tanda orang bertaubat ialah deraian air mata, suka menyendiri, dan melakukan muhasabah terhadap jiwa dalam setiap keinginan.”

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Maksiat sememangnya perkara yang menyenangkan jiwa, namun kesan daripada perbuatan maksiat itu ialah sesuatu yang mengganggu jiwa. Tiada manusia yang sentiasa tenang dan bahagia apabila telah bergelumang di dalam dosa.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Hati-hati dengan cinta karena cinta dapat membuat orang sihat menjadi sakit. Orang gemuk menjadi kurus. Orang normal menjadi gila. Orang kaya menjadi miskin. Raja menjadi hamba. Jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu.”

(Buya Hamka)

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/30 14:17:56
Back to Top
HTML Embed Code: