Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tingkat kesabaran tertinggi adalah pada hentaman yang pertama. Pada saat inilah seseorang dapat menilai dirinya adakah dia mampu bertahan dengan mehnah dan ujian yang dihadapi. Mampu bertahan untuk kekal tenang dengan segala takdir Tuhan. Maka, inilah iman.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara nilai terbesar dalam kehidupan ialah kewujudan nilai ‘hamba’ dalam diri seorang insan. Mereka tidak hanya bersimpuh sujud kepada Tuhan saat berada dalam kesusahan. Saat senang akan jadi saat untuk menyatakan kesyukuran dan kerendahan. Bagi mereka, susah dan senang ialah kebaikan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Zaman dahulu yang merosakkan Islam ialah golongan bukan Islam, namun pada hari ini golongan yang memusnahkan Islam itu sendiri adalah daripada kalangan ummatnya sendiri. Siapa sebenarnya yang sedang kita cabar?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Manusia berkata: “jangan menghukum kami berdasarkan luaran!”. Jika setiap penilaian itu hanya sepenuhnya dilihat kepada dalaman dan hati, maka manusia tidak berhak bertindak atas kesalahan seseorang. Mereka yang membenci teguran ialah orang yang tidak suka mendengar kebenaran.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Hati yang membenci kebenaran akan banyak mempersoalkan setiap nasihat dan teguran yang diterima. Mereka tidak mahupun melihat teguran itu sebagai muhasabah buat diri, sebaliknya lebih banyak mencari salah terhadap cara dan kaedah si penegur.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Jika kamu berdusta dengan alasan bahwa kamu telah didustai orang lain, atau kamu menzalimi dengan alasan bahwa kamu telah dizalimi orang lain, maka berhati-hatilah bahwa kezaliman sedang mengetuk pintu hatimu.”

[Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Saidina Ali bin Abu Talib r.a. pernah menyebut:

“Ada empat tanda riya’ pada seseorang iaitu malas saat bersendirian, bersemangat ketika berada dalam orang ramai, semakin giat jika diberi pujian, dan hilang semangat ketika dia dicela”.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ada segolongan manusia yang akan menggunakan ungkapan, “aku lebih suka menghargai orang beradab daripada berilmu” tatkala diserpa dengan teguran. Persoalannya, apakah kayu ukur sebenar orang yang beradab bagi golongan ini, seandainya semua teguran perlu diselarikan dengan selera mereka.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Tidak perlu menasihati orang yang sedang jatuh cinta kerana mereka tidak akan pernah mendengar, mata mereka buta, telinga mereka tuli, langkah mereka terhenti pada sosok yang dipuja. Biarkan sahaja mereka merasakan sendiri sakitnya jatuh cinta terlalu dalam.”
(Imam Syafie)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Orang yang rosak hatinya akan berbuat maksiat sekalipun dia di dalam masjid. Namun orang yang hatinya baik dan suka kepada amalan soleh, walaupun di tempat lalai, dia tetap akan berbuat amalan soleh.”

(Syeikh Muhammad bin Abdul Rahim Al-Wosabi)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kedengkian kita kepada seseorang individu atau sesuatu kumpulan dengan cara kita mencari titik kelemahan dan menjatuhkan reputasi mereka, tidak akan memberi apa-apa nilai manfaat buat diri. Kita masih berada pada tahap yang sama.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara rahmat terbesar Allah kurniakan kepada seseorang hamba-Nya ialah perasaan syukur atas setiap kurniaan dan pemberian-Nya. Bukan mudah untuk syukur. Ramai manusia merungut saat Allah timpakan ujian dan musibah, tetapi berapa ramai yang boleh bersyukur saat diberikan kemudahan dan kesenangan oleh Allah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Berkata Ibnu Jauzi:

“Kemuliaan adalah kemuliaan takwa, keperkasaan adalah keperkasaan taat, ketenteraman adalah ketenteraman berbuat baik, kerisauan adalah kerisauan berbuat buruk, dan semua musibah yang Allah tidak berpaling darimu padanya maka ia adalah kenikmatan.”

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bukan suatu perkara yang mudah bagi seseorang untuk berperang dengan nafsunya sendiri. Kadangkala berperang untuk melakukan kebaikan lebih ringan untuk diusahakan berbanding memerangi diri daripada kejahatan. Sebab itu melawan ajakan hawa nafsu ialah jihad terbesar.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara bencana kepada masyarakat hari ini, kita diracuni untuk sentiasa melihat dahulu siapa yang berkata berbanding apa yang diperkatakan. Maka, akhirnya kita sentiasa menolak setiap kata-kata daripada orang yang kita tidak suka sekalipun perkataan itu baik dan benar.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Pengorbanan tidak akan terhasil tanpa melalui keikhlasan. Dan keikhlasan tidak akan timbul tanpa kefahaman dan penghayatan yang mendalam. Dengan pengorbanan baru manusia mengerti nilai daripada sebuah perjuangan.

سلامت هاري راي عيدالاضحى ١٤٤٣ هجرة.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Al-Fudhail bin Iyyad pernah menyebut, “Sesungguhnya meninggalkan sesuatu amalan kerana disebabkan oleh manusia ialah riya’ dan beramal kerana manusia boleh membawanya kepada syirik. Sesungguhnya ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan kamu daripada kedua-duanya”.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tidak usah mendabik dada kerana banyaknya ilmu agama dalam dada, tidak perlu bongkak kuatnya hafalan alquran di dalam kepala. Kerana yang lebih penting daripada itu adalah bagaimana seseorang itu menghayati dan mengamalkan segala ajaran dan tuntutan agama bukan semata-mata bangga dengan anugerah-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Dimanakah maruah kita sebagai seorang muslim andai tindakan dan perkataan kita sendiri yang mencemarkan imej agama. Islam datang menyucikan jiwa manusia daripada belenggu kejahilan. Satu kejahilan moden andai ummat Islam sendiri merasakan ada ideologi yang lebih baik daripada Islam.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Setiap manusia pasti pernah melalui saat-saat terindah dalam kehidupannya. Namun, semua fasa itu suatu masa hanya akan meninggalkan kesan pada jiwa dan kenangan. Binalah kenangan yang baik untuk kita simpan menjadi memori untuk masa depan. Mungkin kenangan ini yang bantu kita kuat saat sedang lemah.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/30 12:13:37
Back to Top
HTML Embed Code: