Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Berfikir ialah tanda hidup, berlainan pendapat ialah alamat ada kemajuan pada diri kita masing-masing. Kita bersatu pada urat dan pada pohon. Adapun jika banyak cabang kayu adalah itu alamat suburnya.”

(Hamka; Haji Abdul Malik bin Karim)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Apa yang kita beri, kemungkinan itulah yang kita akan dapat. Tak perlu zahirkan kesedihan semata-mata mahukan perhatian dan kasihan belas orang, kerana adakala mereka pun takkan melayan. Namun, apabila kita zahirkan rasa ceria, pada akhirnya kita juga yang rasa bahagia.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Mencintai alquran bukanlah hanya dengan membacanya jua, bahkan berusaha memahami dan mengamalkan isi kandungannya. Bagaimana kita berusaha memahami sesuatu perkara dengan membaca huraiannya dan bertanya kepada mereka yang lebih tahu, begitulah dengan alquran.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara tanda cinta itu ialah butanya daripada melihat yang buruk dan lemah. Oleh itu, cintanya seorang hamba kepada penciptanya mampu melenyapkan hatinya dari prasangka buruk terhadap takdir-Nya. Baginya semua baik belaka. Jiwanya tenang menikmati susunan Tuhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Dalam hidup kita perlu biasakan diri dalam perselisihan pandangan walaupun dalam perkara kecil. Kita perlu jadi orang yang berusaha memahami dan menerangkan perbezaan, bukan orang yang menegangkan. Membenci perbezaan ialah suatu tindakan jumud, mengharapkan persamaan ialah perkara mustahil.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Perkara agama adakalanya tidak boleh difikir dengan logik aqal semata. Kerana kebenaran kepada ajaran agama itu bukan diukur daripada suatu yang tampak. Keyakinan individu kepada perkara agama yang hanya didengar dan rasa ingin patuh kepadanya melambangkan nilai keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Akal fikiran yang bermasalah, pengalaman peribadi lalu, serta hal-hal sekeliling mampu mengakibatkan minda menjadi berat sebelah dalam memproses sesuatu nas hatta dalil-dalil yang digunakan itu maha benar. Maka, minda perlu diluruskan dahulu sebelum dihadirkan sesuatu nas.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Proses menyalurkan ilmu dan pemahaman kepada seseorang yang tidak bermaklumat, perasaan ego yang tinggi serta sebati dengan kebiasaan adat lebih mudah jika ingin dibanding dengan proses yang sama namun kepada mereka yang telah tertanam sesuatu ideologi.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kehidupan yang kita lalui hari ini sama ada dalam suasana yang sukar, banyak dugaan dan peritnya kehidupan, di luar sana ramai sahaja seperti kita. Terkadang hanya fikiran kita yang terlalu sukar menerima. Kebahagian yang mereka rasai kadangkala bukan kerana mereka mencari tapi mereka sendiri yang mencipta.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Seseorang yang kehilangan Tuhan dalam hidupnya tidaklah akan pernah sama dengan orang yang kehilangan seseorang dalam hidupnya. Kosongnya jiwa mereka namun tidak diketahui dengan apa kekosongan itu dapat diisi. Mereka mencari bahagia dengan apa yang mereka suka, tetapi mereka merasa lagi duka.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekiranya kita tahu betapa indahnya susunan takdir Tuhan, nescaya kita akan menangis malu kerana prasangka buruk kita kepada Tuhan. Andai manusia itu sedar akan setiap hikmah takdir Dia, manusia akan memilih syukur dan sabar berbanding berasa kecewa.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Syaitan sebenarnya bermaksud supaya engkau melakukan kejahatan padahal engkau mengira bahawa engkau telah berbuat kebaikan. Maka dengan itu syaitan telah berjaya memperdayakan engkau...”
(Kitab Bidayatul Hidayah: Imam al-Ghazali)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bagaimana mahu bertemu Allah tatkala hati kita kotor, kita bimbang saat baju kita kotor tapi tak bimbang saat hati kotor. Kita suka rumah yang lapang tapi tak mahu hati yang lapang. Lapangkan hatimu, buang semua dendam dan benci.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara sebab hilangnya sensitiviti terhadap perkara maksiat adalah kerana keterbiasaan seseorang dalam suatu maksiat. Kedua, kerana kemaksiatan yang dilakukan oleh mereka tidak dibalas segera oleh Allah SWT bahkan mereka dikurniakan lagi dengan pelbagai nikmat.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Larilah sejauh-jauhnya daripada segala perbuatan haram dan maksiat itu. Sesungguhnya kesabaran dalam melakukan ketaatan di dunia itu lebih ringan dan mudah daripada harus bersabar dengan kepedihan seksaan api neraka.”

(Ibnu Jauzi)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Adakalanya dalam hidup ini ada kisah-kisah hidup yang kita rahsiakan daripada manusia kerana beratnya apa yang dialami itu. Namun, adakalanya juga kita perlukan telinga yang mendengar pelbagai masalah dan luahan. Apapun jua hati mukmin itu takkan pernah tinggalkan Tuhannya saat duka apatah lagi ingin menyalahkan-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Terkadang dengan melihat kelakuan orang lain, banyak perkara yang mampu kita belajar dan muhasabah. Orang yang bijaksana akan mengambil pelajaran daripada kesilapan dan kesalahan orang lain, adapun orang yang bodoh akan sentiasa mencari silap dan salah orang lain.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“...ilmu pengetahuan dan pelajaran yang tinggi saja tidak boleh menjamin daripada keruntuhan akhlak seseorang itu, jika disebabkan dengan pergaulan bebas di antara lelaki dengan perempuan yang muda-muda jelita, kerana perbuatan itu sudah terang-terang melanggar perintah Allah,...”

(Risalah Pergaulan Pemuda² dan Pemudi)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala apabila seseorang itu berdepan dengan situasi dan peristiwa yang pedih dalam hidupnya, dia mungkin lebih mudah untuk melupakan, namun tidak mudah untuk redha dengan takdir Tuhan. Perkara paling besar seseorang itu harus sedar dan yakin bahawa ada rahsia di sebalik semua kejadian Tuhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara penyebab mudahnya kebanyakan manusia kini melakukan maksiat secara terbuka atau membuka aib dosa sendiri kepada orang lain kerana hilangnya perasaan malu. Jangan disebabkan mahu mengejar perkembangan semasa sehingga hilangnya taat kepada-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/30 12:18:06
Back to Top
HTML Embed Code: