Telegram Web Link
Semua orang boleh melindungi diri mereka, keluarga dan komuniti dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau 'sanitizer'.

👍 Ia merupakan cara yang mudah, murah dan berkesan untuk mencegah penyakit berjangkit dan menyelamatkan nyawa.
Pesanan sebelum banjir kepada ahli keluarga yang menjaga pesakit yang terlantar dan pesakit haemodialisis.

Bersedia awal untuk memindahkan pesakit.

Terus waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 15 Oktober 2022 (ME 41/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

- Kumulatif kes baharu: 4,865,480;
- Kumulatif kes sembuh: 4,805,200 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,415 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,085 kluster (kluster aktif: 8 kluster).

Perbandingan antara ME 40/2022 dan ME 41/2022:

- Bilangan kes sembuh pada ME 41/2022 menurun sebanyak 13.2 peratus (12,882 kes kepada 11,180 kes);
- Bilangan kes baharu pada ME 41/2022 meningkat sebanyak8.5 peratus (11,018 kes kepada 11,957 kes);
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak8.5 peratus (10,987 kes kepada 11,916 kes); dan
- Bilangan kes import meningkat sebanyak 32.3 peratus (31 kes kepada 41 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 41/2022 menurun sebanyak 29.2 peratus (24 kes kepada 17 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 41/2022 adalah 22,725 iaitu terdapat penurunan sebanyak 3.0 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/10/17/kenyataan-media-kpk-17-oktober-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-41-9-15-oktober-2022/ .
Sentiasa semak tarikh janji temu vaksinasi anak anda yang seterusnya, di aplikasi MySejahtera.
______________________________

Always check the date of your child’s next vaccination appointment on the MySejahtera app.

#MySejahteraAplikasiKesihatan
#MySejahtera2.0
#ProgramImunisasiKebangsaan

Sumber: MySejahtera
Awas! Persediaan Musim Banjir

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Anis Salwa Kamarudin dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
COVID-19 masih berleluasa.

Kita boleh bantu lindungi keluarga dan kenalan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk dengan menyokong mereka dapatkan vaksin atau dos penggalak mereka.

Lakukan langkah-langkah disenarai untuk lindungi mereka.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Waspada Banjir.

Bahaya bermain dengan air banjir!

Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Penyakit Berkaitan Banjir

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Mohd Shahrol Abd Wahil dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Bantuan Awal Kesihatan Psikologi

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1

Tarikh : 19 Oktober 2022 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi

Panel :

Puan Norhaida Asma Mohd Hashim
Pegawai Psikologi
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Psychological First Aids for Community

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.15 pagi bersama En. Lee Boon Hock dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Persediaan sebelum banjir bagi pesakit kronik.

Sediakan perkara berikut semasa berpindah

📙 Buku rekod kesihatan
🎒 Keperluan Peribadi
💊 Bekalan ubat

Dapatkan bantuan dari fasiliti kesihatan terdekat sekiranya terdapat pesakit yang memerlukan bantuan khas (pesakit terlantar)

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
🦟 Nyamuk Aedes hanya memerlukan air yang sedikit untuk bertelur dan telur nyamuk Aedes dapat bertahan selama 8 bulan dalam keadaan kering.

✔️ Dikongsikan langkah pencegahan dan kawalan denggi di musim banjir.

💪 Bersama-sama kita basmi Aedes di persekitaran kita agar demam denggi dapat dicegah.

Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
Musim hujan bukan alasan untuk anda merokok dalam rumah.

Hormatilah pasangan dan ahli keluarga yang lain.

Tegur demi kebaikan bersama.

#ANMS
#KekalSihat
#speakout
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Malaysian Food Safety Association (MAFSA) akan menganjurkan Ekspo Makanan Selamat Tahun 2022 (eMAS 2022) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26-28 Oktober 2022
Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang
Tempat : Dewan Persidangan Perbadanan
Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Objektif utama eMAS 2022 adalah untuk mempromosikan produk makanan selamat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang awam dan pihak berkepentingan (stakeholders) serta mewujudkan permintaan pasaran ke atas produk makanan selamat.
Saban hari kita dikejutkan dengan berita berkaitan banjir yang melanda di beberapa kawasan di seluruh negara. Dalam menghadapi suasana banjir yang berlaku, pastikan kesihatan anda serta orang tersayang sentiasa terjamin.

Amalkan 6 perkara ini semasa banjir serta pastikan mendapatkan rawatan secepatnya jika terjadi perkara yang tidak diingini.

#FoodSafetyTips

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Hari Kesihatan Mental Sedunia

Dengarkan di KLfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Nurashikin Ibrahim dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Program pembangunan keupayaan Ejen Kesihatan Komuniti Malaysia (MyCHAMPION) adalah satu program di bawah KKM bertujuan memastikan kesihatan Keluarga Malaysia dapat dipertingkatkan terutamanya dalam usaha pendidikan dan promosi kesejahteraan kesihatan melalui aktiviti sukarelawan.

Layari portal MyChampion (https://www.infosihat.gov.my/mychampion) dan mendaftarlah sebagai sukarelawan kesihatan hari ini.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/06 20:35:08
Back to Top
HTML Embed Code: