Telegram Web Link
Kesihatan Mental vs Penyakit Mental

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 11.15 pagi bersama Dr. Nazrila Hairin Nasir dari Klinik Kesihatan Seremban 2.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hospital Futuristik @ Keluarga Malaysia

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia bermula sebelum merdeka. Hospital pertama di Taiping adalah pada tahun 1880 dan merupakan Hospital pertama menawarkan perkhidmatan x-ray kepada rakyat pada tahun 1897.

Sistem kesihatan terus berkembang pesat. Terkini KKM menawarkan perkhidmatan di 147 Hospital, 1,138 Klinik Kesihatan dan 1,752 Klinik Desa di seluruh Malaysia.

Sistem kesihatan Malaysia diiktiraf sebagai sistem kesihatan yang terbaik di dunia. KKM melangkah ke hadapan bersama perkembangan teknologi kesihatan berkualiti tinggi. Hospital Futuristik selari dengan revolusi perincian ke-4, penggunaan kecergasan buatan, robotik dan teknologi digital bagi mencapai kesihatan perlindungan sejagat. Syabas diucapkan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengoperasian Hospital Cyberjaya Sebagai Hospital Awam Dan Pembukaan Klinik Kesihatan Cyberjaya
🔊 KKM ingin memaklumkan bahawa pengoperasian Hospital Cyberjaya dan Klinik Kesihatan Cyberjaya akan dilaksanakan secara berfasa bermula pada 11 November 2022 dan 1 November 2022.

Hospital Cyberjaya akan menawarkan 14 bidang kepakaran dan perkhidmatan kesihatan seperti dikongsikan.
Bulan OKTOBER adalah BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS).

Ayuh kita budayakan hidup sihat demi kesejahteraan kesihatan
Majlis Pelancaran HePiLI Go Digital @ Delima.

Sertai TikTok Live @myhealthkkm esok pada pukul 10.00 pagi.

Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil.

#ANMS
#KekalSihat
#hepili
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekiranya anda mampu melihat kuman dengan mata kasar, sudah pasti anda akan membersihkan tangan selepas menyentuh permukaan atau objek di tempat awam! 🦠

Jadi, apa tunggu lagi? Jom amalkan kebersihan tangan dengan sebaiknya! 🖐🏻

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Waspada Banjir.

Bahaya bermain dengan air banjir !

Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hepili Go Digital @ Delima

Program HePiLI Go Digital merangkumi pakej untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara mesej kesihatan yang ada di dalam pakej ini adalah seperti kebersihan diri, kebersihan persekitaran, makan secara sihat, minda sihat dan tak nak merokok.

Layari https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/hepili untuk maklumat lanjut.

#ANMS
#KekalSihat
#hepili
#sihatmilikku
Kini anda boleh menempah janji temu untuk Klinik Berhenti Merokok melalui aplikasi MySejahtera. Cuma klik pada ciri janji temu dan pilih fasiliti kesihatan terpilih yang berdekatan anda, untuk membuat tempahan janji temu.

Sila rujuk infografik ini untuk info lanjut.

________

Now you can book appointment for Quit Smoking Clinic through the MySejahtera app. Just click on the appointments feature and select a selected Health Facility near you, to book an appointment.

Please refer to this infographic for more information.

#QuitSmoking
#AplikasiKesihatanAwam
#MySejahtera2.0

Sumber: MySejahtera
Majlis Pelancaran HePiLI Go Digital @DELIMa telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) pada 12 Oktober 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil. Seramai 850 orang jemputan yang daripada pegawai daripada KKM dan KPM, guru besar, guru-guru dan murid telah menghadiri majlis ini.

Pelancaran ini adalah untuk membudayakan cara hidup sihat melalui perkongsian bahan promosi dan hebahan mengenai kesihatan kepada semua pengguna portal DELIMa KPM yang terdiri daripada murid, guru dan ibu bapa.

Selain pelancaran, aktiviti yang dilaksanakan adalah reruai pameran interaktif KKM, trak Jelajah Jom Sihat dan trak Wellness on Wheels (WOW).

#ANMS
#KekalSihat
#hepili
#sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0uNASNcL4tt8i4FWNjiVcFjDX7yJQj8w68cgKJqQEFvcDP4o7tzLSz1NNNFS6Z6Nhl&id=100068159346549
Waspada Banjir.

Sediakan beg kecemasan sebagai persiapan awal menghadapi banjir.

Ini akan memudahkan anda sekiranya perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Practice effective hand wasing regimen.

Wash your hands for at least 20 seconds for an effective hand wash!

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day) adalah hari kesedaran yang disambut secara global untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan deria penglihatan, kesihatan mata dan masalah kebutaan. Inisiatif ini dimulakan melalui Sight First Campaign oleh Lions Club International Foundation pada tahun 2000 dan kemudiannya telah disepadukan ke dalam Vision 2020 : The Right to Sight yang diselaraskan oleh International Agency for Prevention of Blindness (IAPB) dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tema untuk Hari Penglihatan Sedunia pada tahun ini adalah Love Your Eyes ataupun Sayangi Mata Anda. Tema ini menekankan unsur 4P dalam penjagaan kesihatan mata untuk mencegah kebutaan iaitu Prevent (Cegah), Protect (Lindung), Preserve (Pelihara) dan Prioritise (Keutamaan).
Berdasarkan Banci Mata Kebangsaan 2014, prevalens kebutaan di Malaysia adalah 1.2% dari populasi negara dan antara punca utama kebutaan di Malaysia adalah katarak (58.6%), diabetik retinopati (10.4%) dan glaukoma (6.6%). Manakala, penyebab utama penglihatan terhad adalah katarak (68%) dan rabun penglihatan yang tidak dirawat (14%). Walau bagaimanapun, hampir 80% penyebab utama kebutaan boleh dirawat dan dicegah.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menekankan agar masyarakat;
Menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan mata dan pencegahan kebutaan sebagai isu global;
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mata dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti;
Menyediakan platform bagi mempengaruhi pihak berwajib untuk mengutamakan inisiatif penjagaan kesihatan mata;
Membangkitkan keperluan akses kepada perkhidmatan penjagaan mata bagi mencegah kebutaan; dan
Mempromosi aktiviti saringan penglihatan dan kempen pencegahan kebutaan kepada masyarakat.

Sepanjang sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2022 hari ini, KKM juga ingin menyeru agar masyarakat bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti pertandingan e-Poster, forum kesihatan, saringan penglihatan, simulasi kebutaan, pameran dan kuiz.

Sayangilah mata anda dengan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi dan mengekalkan penglihatan yang baik. Berikan keutamaan dan lakukan pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan kesihatan mata dan penglihatan kekal baik dan membolehkan kita menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan berkualiti.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
13 OKTOBER 2022

https://kpkesihatan.com/2022/10/13/kenyataan-media-kpk-13-oktober-2022-sempena-sambutan-hari-penglihatan-sedunia-2022/
👁️‍🗨️ Mata merupakan organ anugerah tuhan yang sangat berharga, oleh itu kesihatan mata perlu diambil kira sebagai salah satu daripada penjagaan kesihatan.

Sempena Hari Penglihatan Sedunia, kami kongsikan 10 tip untuk #SayangiMataAnda

#WorldSightDay2022
#LoveYourEyes
🫧Cuci tangan dengan kerap menggunakan air dan sabun atau 'sanitizer' sudah menjadi satu kebiasaan kita semasa tempoh pandemik

👍 Teruskan amalan ini.
Tangan adalah anggota badan yang mudah tercemar kerana kerap menyentuh objek/ permukaan.

Tangan yang bersih menyelamatkan nyawa.
2024/10/06 18:21:36
Back to Top
HTML Embed Code: