Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kebersihan persekitaran adalah penting ke arah kelestarian alam sekitar dan adalah tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia.

Ambil tahu dan jalankan peranan kita masing-masing hari ini untuk hidup di dalam persekitaran yang sihat.

Persekitaran yang bersih mampu membuat minda lebih sihat dan tenang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Selamat Hari Deepavali.

Sebelum berkumpul, lakukan ujian pengesanan COVID-19 jika bergejala seperti demam, batuk, sakit tekak dan selesema.

Elakkan berkumpul jika bergejala bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas.

Pakai pelitup muka apabila berada di tempat orang ramai serta semasa melakukan aktiviti bersama kumpulan berisiko tinggi.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Saksikan video montaj Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence for Mental Health) (NCEMH) dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Tahun 2022 yang telah disempurnakan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan pada 21 Oktober 2022 di Aras 6, Bangunan Quill-18, Cyberjaya.

Perkhidmatan psikiatri di institusi mental bermula pada tahun 1950an, manakala wad kesihatan mental pertama dibuka di Hospital Besar Pulau Pinang. Kini perkhidmatan psikiatri telah disediakan di 56 hospital dan 4 institusi mental. Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan bermula tahun 2001.

Sepanjang tahun 2014 hingga 2021 banyak tragedi dan krisis telah berlaku seperti MH370,  tragedi MH17, banjir 2014, pencemaran Sungai Kim Kim, COVID-19 dan banjir 2021. Perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) turut merupakan peranan yang penting semasa tragedi dan krisis ini berlaku.

#ANMS 
#KekalSihat 
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Saksikan pula gimik Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence for Mental Health) (NCEMH) dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Tahun 2022.

Untuk mencapai kesihatan mental yang baik, kita memerlukan elemen-elemen asas. Ini dapat digambarkan melalui Pokok Kesihatan Mental. Tegak berdirinya pokok ini dapat digambarkan melalui akar, batang dan buahnya sebagai hasil.

Akar pokok yang menggambarkan 8 elemen asas akan membentuk kesihatan mental yang baik iaitu kemahiran hidup, kejujuran, sokongan sosial, kasih sayang, tanggungjawab, persahabatan, penyayang dan nilai moral dan agama.

Elemen-elemen ini akan menjadi lebih kukuh dengan adanya pemikiran positif sebagai batang pokok yang akan menjamin penghasilan buah-buah Pokok Kesihatan Mental. Buah-buah menggambarkan 12 elemen kesihatan mental iaitu  tolak ansur, motivasi, komunikasi berkesan, keharmonian, matlamat hidup realistik, menangani konflik, penyelesaian masalah, penerimaan, produktiviti, harga diri, kebahagiaan dan tegas diri.

#ANMS 
#KekalSihat 
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
🇲🇾 Sempena cuti perayaan kali ini, orang ramai adalah digalakkan untuk mengamalkan yang berikut:

#TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform dan Seek) terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti berkumpulan atau berkunjung sekiranya anda bergejala.

Sayangi ❤️ diri dan
Keluarga anda
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

1. Karisma Birds Nest Gel
2. Haemun Cream
3. Sweet 13 Skincare Treatment Cream
4. Ninaskincare Skin Puteh Moisturizer
5. Skin Dessert Cream

Baca kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/10/23/kenyataan-media-kpk-23-oktober-2022-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/ .
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sebagai rakyat Malaysia, kita semua boleh membudayakan hidup sihat dengan menjadi sukarelawan kesihatan untuk komuniti kita.💪💪

Layari portal MyChampion sekarang untuk pendaftaran dan dapatkan informasi berkaitan sukarelawan kesihatan.❤️❤️

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.
(@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Katherine Chin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Penubuhan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan atau National Centre of Excellence for Mental Health (NCEMH) amat penting bagi mengukuhkan perkhidmatan kesihatan mental negara.

Kesemua skop perkhidmatan di bawah Pusat Kecemerlangan ini akan berfungsi sebagai satu pusat kawalan dan koordinasi perkhidmatan kesihatan mental yang melibatkan kolaborasi strategik agensi awam, swasta, universiti dan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan.
Kementerian Kesihatan ingin mengumumkan bahawa sebagai satu nilai tambah kepada perkhidmatan sokongan psikososial sedia ada, satu Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan atau Talian HEAL 15555 (Help with Empathy and Love) telah mula beroperasi sejak 21 Oktober 2022.

Talian ini diharapkan agar dapat menggalakkan individu yang menghadapi masalah kesihatan mental tampil untuk mendapatkan bantuan awal sebagai tindakan pencegahan.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 22 Oktober 2022 (ME 42/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,880,005;
Kumulatif kes sembuh: 4,816,278 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,444 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,087 kluster (kluster aktif: 8 kluster).

Perbandingan antara ME 41/2022 dan ME 42/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 42/2022 menurun sebanyak 0.9 peratus (11,180 kes kepada 11,078 kes) Rajah 7;

Bilangan kes baharu pada ME 42/2022 meningkat sebanyak21.5 peratus (11,957 kes kepada 14,525 kes) Rajah 8;

Bilangan kes tempatan meningkat sebanyak21.6 peratus (11,916 kes kepada 14,493 kes); dan

Bilangan kes import menurun sebanyak 22.0 peratus (41 kes kepada 32 kes).

Bilangan kes kematian pada ME 42/2022 meningkat sebanyak 70.6 peratus (17 kes kepada 29 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 42/2022 adalah 24,867 iaitu terdapat penurunan sebanyak 9.4 peratus berbanding minggu sebelumnya

Kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/10/24/kenyataan-media-kpk-24-oktober-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-42-16-22-oktober-2022/ .
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Status Sirap Ubat Di Malaysia Berhubung Artikel Di Dalam www.freemalaysiatoday.com: Indonesia Bans Medicinal Syrups After 99 Child Deaths
Antara amalan kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir

👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Jaga kebersihan dan keselamatan makanan
👉 Larang kanak-kanak bermain air banjir
👉 Jangan merokok di pusat pemindahan
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah Kawasan larangan merokok, termasuk vape.

Sekiranya anda melihat ada individu yang merokok dalam PPS, tegurlah dengan berhemah dan sopan.

Kepada mereka yang merokok dalam kawasan larangan merokok, hormatilah invididu lain.

#ANMS
#KekalSihat
#speakout
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Antara amalan kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir

👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Jaga kebersihan dan keselamatan makanan
👉 Larang kanak-kanak bermain air banjir
👉 Jangan merokok di pusat pemindahan
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Kejadian Kemalangan Helikopter Pasukan Doktor Udara PKD Kinta
2024/10/06 18:18:41
Back to Top
HTML Embed Code: