Telegram Web Link
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
ASSALAMU'ALAIKUM WBT.

🌑 Firman Allah yang bermaksud :

🌑 "Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja." (QS. Al-Insyiqaq : 16).

🌑 Telah kita ketahui bersama bahawa rasa cinta Allah kepada kita sangatlah besar. Allah Yang Maha segalanya memberikan apa jua yang kita perlukan di bumi ini. Dia lah sebaik-baik penjaga dan pelindung. Allah telah merancang bumi dan alam semesta ini dengan begitu sempurna sehingga tiada cacat sedikit pun. Segala sesuatu yang terjadi di bumi ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.

🌑 Kita mungkin pernah mengetahui kejadian ketika sinar matahari mengenai bumi, medan magnet menahan dan memaksanya untuk berinteraksi dan pergi menjauh. Salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah. Ternyata begitulah Allah melindungi kita dari kesan buruk angin matahari yang mematikan. Sebagai akibat dari interaksi ini terbentuklah fenomena apa yang dikenali dengan "Aurora".

🌑 Para saintis mengatakan, seandainya tidak ada fenomena seperti ini, seluruh makhluk yang berada di muka bumi ini akan hangus terbakar. Masha'Allah, betapa sayangnya Allah kepada makhluk-Nya. Oleh kerana itu Allah bersumpah dengan fenomena ini kerana fungsinya yang sangat penting dalam kehidupan kita sementara kita tidak menyedarinya. Allah berfirman :

فَلَا أُقْسِمُ بِالشَّفَقِ

🌑 "Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja.” (QS. Al-Insyiqaq: 16).

"RENUNGAN MAGHRIB."

@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
KERJAKANLAH APA YANG TELAH ALLAH PERINTAHKAN

Firman Allah SWT :
فَافْعَلُوا مَا تُؤْمَرُونَ
[Surat Al-Baqarah 68]

‎Terjemahan :

"maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".

100 PERINTAH ALLAH PADA MANUSIA YANG TERCATAT DI DALAM QURAN

*1. Jangan berkata kasar.*
(QS 3 – Ali Imran : 159)

*2. Tahanlah marah.*
(QS 3 – Ali Imran : 134)

*3. Berbaiklah kepada orang lain.*
(QS 4 – An Nisaa’ : 36)

*4. Jangan sombong dan bongkak.*
(QS 7 – Al A’raaf : 13)

*5. Maafkanlah kesalahan orang lain.*
(QS 7 – Al A’raaf : 199)

*6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan.*
(QS 20 – Thaahaa : 44)

*7. Rendahkanlah suaramu.*
(QS 31 - Luqman : 19)

*8. Jangan mengejek orang lain.*
(QS 49 – Al Hujuraat : 11)

*9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa).*
(QS 17 – Al Israa’ : 23)

*10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa).*
(QS 17 – Al Israa’ : 23)

*11. Jangan memasuki bilik peribadi ibu bapa tanpa izin.*
(QS 24 – An Nuur : 58)

*12. Catatlah hutang-hutangmu.*
(QS 2 – Al Baqarah : 282)

*13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta.*
(QS 2 – Al Baqarah : 170)

*14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan.*
(QS 2 – Al Baqarah : 280)

*15. Jangan makan riba’/membungakan wang*
(QS 2 – Al Baqarah : l

*16. Jangan melakukan rasuah)*
(QS 2 – Al Baqarah : 188)

*17. Jangan ingkar atau melanggar janji*
(QS 2 – Al Baqarah : 177)

*18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu*
(QS 2 – Al Baqarah : 283)

*19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan*
(QS 2 – Al Baqarah : 42)

*20. Berlakulah adil terhadap semua orang*
(QS 4 – An Nisaa’ : 58)

*21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas*
(QS 4 – An Nisaa’ : 135)

*22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga*
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)

*23. Wanita memiliki hak waris*
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)

*24. Jangan memakan harta anak yatim*
(QS 4 – An Nisaa’ : 10)

*25. Lindungi anak yatim*
(QS 2 – Al Baqarah : 220)

*26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenangnya*
(QS 4 – An Nisaa’ : 29)

*27. Damaikanlah orang yang berselisih*
(QS 49 – Al Hujuraat : 9)

*28. Hindari perasangka buruk*
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)

*29. Jangan memfitnah orang*
(QS 2 – Al Baqarah : 283)

*30. Jangan memfitnah orang*
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)

*31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial*(QS 57 – Al Hadid : 7)

*32. Biasakan memberi makan orang miskin*
(QS 107 – Al Maa’uun : 3)

*33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah*
(QS 2 – Al Baqarah : 273)

*34. Jangan menghabiskan wang untuk bermegah-megah*
(QS 17 – Al Israa’ : 29)

*35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu*
(QS 2 – Al Baqarah : 264)

*36. Hormatilah tetamu anda*
(QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)

*37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri*
(QS 2 – Al Baqarah : 44)

*38. Jangan berbuat kerosakan di muka bumi*
(QS 2 – Al Baqarah : 60)

*39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid*
(QS 2 – Al Baqarah : 114)

*40. Perangilah mereka yang memerangi mu*
(QS 2 – Al Baqarah : 190)

*41. Jagalah etika perang*
(QS 2 – Al Baqarah : 191)

*42. Jangan lari dari peperangan*
(QS 8 – Al Anfaal : 15)

*43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)*
(QS 2 – Al Baqarah : 256)

*44. Berimanlah kepada para Nabi*
(QS 2 – Al Baqarah : 285)

*45. Jangan melakukan hubungan jenis di saat haid*
(QS 2 – Al Baqarah : 222)

*46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh*
(QS 2 – Al Baqarah : 233)

*47. Jauhilah hubungan jenis di luar nikah*
(QS 17 – Al Israa’ : 32)

*48. Pilihlah pemimpin dari meritnya. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya*
(QS 2 – Al Baqarah : 247)

*49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya*
(QS 2 – Al Baqarah : 286)

*50. Jangan mahu dipecah belah*
(QS 3 – Ali Imran : 103)

*51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini*
(QS 3 – Ali Imran 3 :191)

*52. Lelaki mahupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya*
(QS 3 – Ali Imran : 195)

*53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu*
(QS 4 – An Nisaa’ : 23)

*54. Keluarga harus di-imam
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
i oleh seorang lelaki*
(QS 4 – An Nisaa’ : 34)

*55. Jangan kedekut*
(QS 4 – An Nisaa’ : 37)

*56. Jangan iri hati*
(QS 4 – An Nisaa’ : 54)

*57. Jangan saling membunuh*
(QS 4 – An Nisaa’ : 92)

*

58. Jangan membela ketidakjujuran atau kebohongan*
(QS 4 – An Nisaa’ : 105)

*59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan*
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

*60. Bekerja samalah dalam kebenaran*
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

*61. Majoriti bukanlah merupakan kriteria kebenaran*
(QS 6 – Al An’aam : 116)

*62. Berlaku adil*
(QS 5 – Al Maa-idah:8)

*63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan*
(QS 5 – Al Maa-idah : 38)

*64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum*
(QS 5 – Al Maa-idah : 63)

*65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi*
(QS 5 – Al Maa-idah : 3)

*66. Hindari minum racun dan alkohol*
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

*67. Jangan berjudi*
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

*68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain*
(QS 6 – Al An’aam : 108)

*69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu*
(QS 6 – Al An’aam : 152)

*70. Makan dan minumlah secukupnya*
(QS 7 – Al A’raaf : 31)

*71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat solat*
(QS 7 – Al A’raaf : 31)

*72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan*
(QS 9 – At Taubah:6)

*73. Jagalah kemurnian*
(QS 9 – At Taubah : 108)

*74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah*
(QS 12 – Yusuf : 87)

*75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kezahilan*
(QS 16 – An Nahl : 119)

*76. Berserulah/ajaklah kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana*
(QS 16 – An Nahl : 125)

*77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain*
(QS 17 – Al Israa’ : 15)

*78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan*
(QS 17 – Al Israa’ : 31)

*79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya*
(QS 17 – Al Israa’ : 36)

*80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanafaat*
(QS 23 – Al Mu’minuun : 3)

*81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa izin pemilik rumah*
(QS 24 – An Nuur : 27)

*82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah*
(QS 24 – An Nuur : 55)

*83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati*
(QS 25 – Al Furqaan : 63)

*84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan*
(QS 28 – Al Qashash : 77)

*85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah*
(QS 28 – Al Qashash:88)

*86. Jangan terlibat dalam homosexual*
(QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)

*87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar*
(QS 31 - Luqman : 17)

*88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong*
(QS 31 - Luqman : 18)

*89. Wanita dilarang mempamerkan diri*
(QS 33 – Al Ahzab : 33)

*90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita*
(QS 39 – Az Zumar : 53)

*91. Jangan berputus asa akan keampunan dari Allah*
(QS 39 – Az Zumar : 53)

*92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan*
(QS 41 – Fushshilat : 34)

*93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah*
(QS 42 – Asy Syuura : 38)

*94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa*
(QS 49 – Al Hujuraat : 13)

*95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam)*
(QS 57 – Al Hadid : 27)

*96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu*
(QS 58 – Al Mujaadilah : 11)

*97. Perlakukan kaum bukan Islam dengan baik dan adil*
(QS 60 - Al Mumtahanah :

*98. Hindari diri dari sifat kikir*
(QS 64 – At Taghaabun : 16)

*99. Mohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang*
(QS 73 – Al Muzzammil : 20)

*100. Jangan mengherdik orang yang meminta-minta*
(QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)

@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
"Berhati hatilah dengan apa kita makan kerana perut yang diisi oleh makanan yang haram dan syubhah akan menyebabkan jasad menjadi malas untuk beribadah kepada Allah"

[Muhasabah Diri]
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
"Sekiranya kita berdamai dengan nafsu, maka kita akan berperang dengan manusia. Begitu juga sebaliknya, sekiranya kita berperang dengan nafsu, maka kita akan berdamai dengan manusia".

[Sheikh Hamza Yusuf]
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
PERINGATAN DIRI..

Buat Diri yang mudah lalai dan lupa.

"Ingatlah pada Allah, hanya dengan MengingatiNya,
Hati akan menjadi tenang.."

@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
"Jangan dihina orang yang melakukan maksiat tetapi khabarkan kepadanya berita gembira tentang adanya pintu TAUBAT"

[Muhasabah Diri]
@islamitu_indah
Bimbingan Hidup pinned Deleted message
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
PAHALA SADAQAH SETIAP KALI MEMBERI NAFKAH BUAT KELUARGA ; Niatkan kerana Allah serta berilah yang halal dan baik sahaja.

Dari Abi Mas'ud Al Anshari maka aku berkata; Dari Nabi SAW, beliau bersabda:

"Jika seorang muslim memberi nafkah pada keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka baginya hal itu adalah sedekah."

HR BUKHARI

@quotephotovideo 🧡🧡🧡
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Catatan Dhuha

Kita tidak akan kecewa di dalam perjuangan, apabila kita yakin rahmat Allah sentiasa mencucuri kepada hambanya yang menegakkan agamanya.

Hj Idris Hj Ahmad
16 Rabiul Akhir 1440 / 24 Disember 2018
Isnin
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
MANA MILIK KITA?

Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja

Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya

Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah

Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit

Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah

Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya


Rabbani - MANA MILIK KITA 😢

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Aminn
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Salah satu nikmat yang besar yang ALLAH swt kurniakan di atas dunia ini adalah nikmat hidupnya hati.

Hidupnya hati membuatkan kita mudah menerima hidayah, mudah melakukan kebaikan, mudah menerima nasihat dan mudah tersentuh hati ketika mana saudara kita ditimpa musibah. Dan semua itulah yang menjadikan kita masih layak digelar manusia.

@bimbinganhidup
CACING - PUN BERSELAWAT 1000 KALI

Dikisahkan,..
Suatu ketika nabi Daud as sedang duduk di tempat ibadah beliau sambil membaca kitab Zabur. Tiba-tiba beliau melihat ada seekor cacing merah sedang berjalan di tanah.

Hati kecil beliaupun berbisik,
"Apa yang Allah inginkan dari cacing ini? Apakah agaknya hikmah Allah menciptakan cacing ini?"

Dengan izin Allah, cacing itupun dapat berbicara. Iapun berkata,

"Wahai Nabi Allah, jika di siang hari, Allah memerintahkanku untuk berzikir:

‎سبحان الله والحمد لله و لا اله الا الله 1000x
'Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaha illallah' seribu kali,

Sedangkan dimalam hari Allah memerintahkanku untuk berselawat
‎اللهم صل على محمد النبي الامي و على اله و صحبه و سلم 1000x
'Allahumma sholli 'ala muhammad nabiyyil ummi wa 'ala alihi wa shohbihi wa sallam' seribu kali setiap malam.

Sedangkan engkau wahai Nabi Daud, apa yang engkau ucapkan, agar aku dapat mengambil manfaat darimu?"

Nabi Daud pun menyesal telah meremehkan seekor cacing. Dan beliau pun kemudian bertaubat, memohon ampun kepada Allah SWT.

Ternyata,...
Demikian indah hidup seekor cacing yang acapkali kita remehkan,...
Ternyata, lisannya senantiasa basah dengan zikir dan selawat...
Padahal, ia tak pernah bermaksiat,..

Lantas,..
Bagaimana dengan lisan kita???
Seberapa sering lisan ini berzikir??
Seberapa banyak selawat yang keluar dari lisan yang penuh maksiat ini???

Akankah kita, yang diberi begitu banyak kelebihan oleh Allah, kalah dengan seekor cacing dalam ketaatan kepada Allah???

Sumber: Mukasyafatul Qulub - Imam Ghazali r.a

@bimbinganhidup
Orang mukmin yang hebat ialah, dia meninggalkan dunia sebelum dia meninggal. Dia bersedekah sampai kaya, bukan sudah kaya baru bersedekah. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah. Dia datang ke masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid. Dia beramal sampai ikhlas bukan dah ikhlas baru nak beramal.

@bimbinganhidup
*Jangan dampingi mereka yg memilih jalan kufur.*

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا آبَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ إِنِ اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.

*Surah At-Tawbah, Ayat 23*

@bimbinganhidup
*📿KENAPA BANYAK ORANG YANG BERDZIKIR TAPI MEMBUATNYA SEMAKIN DEKAT DENGAN SYAITHON?*

Seorang murid bertanya kepada GURU-nya yakni Imam al-Ghozali, "Syeikh, bukankah dzikir bisa
membuat seseorang yang beriman lebih
dekat dengan Alloh Ta’ala
dan syaithon akan berlari jauh darinya?"

"Benar," jawab Imam al-Ghozali.

"Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berdzikir, justru malah semakin dekat dengan syaithon?" Lanjut sang murid.

Gurunya yang diberi gelar Hujjatul Islam ini pun bertutur, "Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing, namun dia masih menyimpan tulang dan berbagai makanan kesukaan anjing di sekitarnya?"

“Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir.” Jawab sang murid.

Imam al-Ghozali menjelaskan, "Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berdzikir tapi masih menyimpan berbagai PENYAKIT HATI dalam dirinya. Syaithon akan terus datang dan mendekat bahkan bersahabat dengannya."

Penyakit - Penyakit Hati itu ialah:

Kesombongan,
Iri Hati, Dengki, Syirik,
Bersikap / Berucap Kasar, Riya', Merasa Sholeh, Merasa Suci, Merasa Paling Benar, Ghibah, Marah, dan berbagai Penyakit Hati lainnya.

Ketika Penyakit - Penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaithon akan senantiasa datang, mengakrabkan diri, kemudian menjadi sahabat karibnya.

Inilah esensi dari dzikir yang kerap dilupakan oleh mayoritas kaum Muslimin. Mereka hanya fokus pada Dzikir Jahar dan Dzikir Sirr, namun tidak melakukan PEMBERSIHAN HATI.

@bimbinganhidup
Do'a ketika mencari kebenaran

“Allaahumma arinaa al-haqqa haqqan fanattabi’uhu wa arinaa al-baathila baathilan fanajtanibuhu wa laa taj’al dzaalika mutasyaabihan ‘alainaa fanatba’u al-hawaa”

Artinya:

“Ya Allah, tampakkanlah kepada kami yang haq itu benar-benar haq, dan berilah kami hidayah untuk mengikutinya. Dan tampakkanlah yang batil itu benar-benar bail, dan berilah kami keinginan untuk menjauhinya. Janganlah Engkau jadikan hal itu samar sehingga kami mengikuti hawa nafsu." (Kitab Quut Al-Quluub)

@bimbinganhidup
Forwarded from Da'wah & Tarbiyah (Harry Potter) via @like
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Benarkah 2019 akan berlaku kemarau????
Forwarded from 🌺 NOTA TAZKIRAH 1🌺
Sekiranya kita melihat keburukan orang lain, ianya adalah cerminan untuk diri kita.
Hanya hatinya yang kotor saja suka melihat keburukan orang lain.

T.me/notatazkirah
2024/10/04 21:23:38
Back to Top
HTML Embed Code: