Telegram Web Link
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
JAMADIL AWAL (جمادي الأول)

Jumadilawal atau Jamadil Awal adalah bulan ke-5 di dalam kalendar dan Takwim Hijrah. Ada lima bulan yang namanya ditetapkan mengikut keadaan musim yang berlaku di bulan tersebut iaitu Rabi’ul Awal, Rabi’ul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir dan Ramadhan. Jamadil Awal merupakan bulan pertama dan permulaan musim sejuk, di mana bulan ini menandakan ketibaan musim dingin yang akan berakhir pada Jamadilakhir.

Pengertian

Jamadil Awal (Jamada al-Awwal) membawa pengertian bulan pertama musim sejuk dan permulaan musim dingin. Dari segi bahasa, ‘Jumad’ bermaksud kering atau beku dan ‘Awal’ bererti pertama.

Penamaan Jamadil Awal kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu bertembung hari-hari musim sejuk yang begitu dingin dan terjadi kekeringan air atau bekunya air. Pada ketika itu semua parit, telaga, sungai dan lembah lebih menyejuk, menjadi kering (mengeras)dan beku.

Sejarah Penamaan Bulan Dan Takwim Hijrah

Bulan pada tahun Hijrah bermula dengan Muharam dan tahun Masihi bermula dengan Mac pada asalnya. Nama Muharam diberikan orang Arab terdahulu kerana di dalamnya dilarang peperangan selepas pelaksanaan haji pada Zulhijjah. Sedangkan Mac adalah nama tuhan perang orang Rom.

Jika diperhatikan sejarah penamaan bulan dalam tradisi Masihi dan Hijrah dan tahun lain kita dapati semuanya menggunakan bulan sebagai asal pengiraan masa. Pada mulanya bulan pada tahun Masihi hanya 10 bermula dari Mac hingga Disember yang bermakna hanya 10 bulan sahaja. Mereka menambah Januari dan Februari ke dalam ‘Ystemr’ kerana pada dua bulan itu tidak ada kegiatan kehidupan bermakna dan bulan berkenaan adalah musim sejuk.

Pada waktu itu bulan Januari dan Februari adalah musim dingin (jumad atau “beku”), maka orang Arab menamakannya sebagai  Jumadil-Awwal dan Jumadil-Akhir.

Bulan pada Hijrah dari awal berjumlah 12 seperti diajarkan Nabi Syits dengan ketetapan Allah SWT. Ketika orang Arab terdahulu hendak menamakan bulan, mereka sepakat awal tahun dimulakan selepas selesainya pelaksanaan haji pada Zulhijjah supaya mudah diingati kerana ibadah itu adalah penyatuan bangsa Arab yang mengikuti ajaran Nabi Ibrahim AS.

Pada kalendar Kaum Tsamud sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Azdi, Rabi’ul Awal dinamakan  sebagai ‘Murid’. Dalam kalendar sebelum kedatangan Islam, daripada riwayat  Al-Bairuni, Rabi’ul Awal dikenali sebagai ‘Khawwan’ dan daripada riwayat Al-Mas’udi pula ia dikenali dengan nama ‘Thaliq’.

Sejarah Permulaan Kalendar Hijriah

Kalendar Qamariah yang mereka kenal sejak zaman dahulu, sama dengan kalendar Qamariah yang berlaku ketika ini. Dalam satu tahun, ada dua belas bulan dan awal bulan ditentukan mengikut terbitnya hilal (bulan sabit pertama).

Allah SWT menghiasi kehidupan alam ini dan menetapkan kejadian langit dan bumi dengan 12 bulan sebagaimana Firman-Nya:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦﴾

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (okum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah, semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa.” (Surah at-Taubah; ayat 36)

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
JUZUK 10

Surah At Taubah 129 ayat

KISAH PERANG TABUK

Surah At-Taubah ayat 71 hingga 72

Tentang ajaran kepada orang-orang mukmin dan janji Allah terhadap mereka.

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

At-Taubah 9:71

#surah9ayat71
#QURAN

@quotephotovideo 🕋🕋🕋
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
JUZUK 10

Surah At Taubah 129 ayat

KISAH PERANG TABUK

Surah At-Taubah ayat 71 hingga 72

Tentang ajaran kepada orang-orang mukmin dan janji Allah terhadap mereka..

وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

At-Taubah 9:72

#surah9ayat72
#QURAN

@quotephotovideo 🕋🕋🕋
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
ASSALAMUALAIKUM WBT.

RENUNGAN ZOHOR

•• HIJRAH :-

•• BIARLAH MANUSIA MENGATA.

•• BIARLAH MEREKA MENGHINA.

•• SUNGGUH KITA TIDAK MAMPU PUASKAN HATI SEMUA.

•• APA YANG KENA ADA NIAT IKHLAS KERANA-NYA.

@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
🍃SENTIASALAH MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR DITERIMA SEGALA AMAL🍃

@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
"Hati yang baik dan suci, apabila melihat sesuatu hanya akan melihat kebaikan sahaja. Berbanding hati yang kotor, penuh sifat hasad dengki, hanya mampu melihat keburukan sahaja di sekelilingnya"

@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Minta ampun pada setiap waktu dan saat.

Pada setiap maksiat ada keburukan bagi si pelakunya walaupun maksiat tersebut telah dilupakannya.

Dia akan merasa sempitnya hati, tiada berkat dalam hidup dan sukar mengamalkan ibadah.

Oleh kerana itu, kita dianjurkan supaya sentiasa beristighfar setiap waktu terhadap dosa-dosa kita yang kita ingat walaupun yang telah kita lupakan.

@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
"Wahai saudaraku, kawal-lah urusan perasaan dengan pandangan akal dan sinarilah pandangan akal dengan nyalaan perasaan."

_Imam Hasan al-Banna_

@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
AssaLamualaikum

"Allah jadikan alam tu semua ada aturannya tersendiri. Begitu juga semua makhluknya telah tertulis suratannya. Dan semuanya adalah indah dan terbaik dariNya.

Soalnya adalah dari sudut apa kita melihatnya dan apakah neraca kita ketika menghadapinya.

Ada yang bersyukur dan ada yang kufur- itu suratan yang telah dinukilkan dalam kalamNya. Bertambah nikmat kepada yang mensyukuri dan azab yang pasti bagi yang berpaling.

Semua yang tersurat tu ada bisikan dan teguran halus/ tersirat dari Allah bagi yang ingin mengambil iktibar darinya. Begitulah indahnya Allah mentarbiah Hamba Nya, sebagaimana begitulah indahnya Allah mentadbir alam ini." -

Al-Akh as-Soddiq fi haadzihi toriqu ad-dakwah

@islamitu_indah
Forwarded from Da'wah & Tarbiyah (Shahid Mujahid) via @like
Sekiranya salah seorang bidadari surga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya. (Bukhari dan Muslim)

#share
Forwarded from Da'wah & Tarbiyah (Harraz Amsyar) via @like
Pesan kat diri sendiri,
Carilah kawan yang mampu tegur andai kita buat salah.

Kenapa? Sebabnya kawan macam ni akan pimpin kita ke Syurga Allah. InsyaAllah 💕

#share
Forwarded from Da'wah & Tarbiyah (Harry Potter)
Forwarded from Da'wah & Tarbiyah (Harry Potter)
Orang kata vs Islam kata ❤️
Forwarded from Da'wah & Tarbiyah (Shahid Mujahid) via @like
If you're single, stop worrying. Allah is saving you for someone special. Someone who will never take you for granted.

#share
@tarbiah
Forwarded from Da'wah & Tarbiyah (Harraz Amsyar) via @like
Even though you might not be able to see your dream yet, when you're in bliss you are on the very path that will lead you to it.

#share
@tarbiah
Forwarded from Da'wah & Tarbiyah (Harraz Amsyar) via @like
Salah satu cara untuk dimurahkan rezeki; dengan cara memberi.

Usahakan setiap hari untuk memberi seikhlas hati. Tak dapat bagi banyak, bagi semampu kita, asalkan niat ikhlas.
Hatta bagi kucing jalanan makan pun ada nilai nya di sisi Allah.

Kerana erti hidup pada memberi🌼

#share
@tarbiah
2024/10/04 23:20:56
Back to Top
HTML Embed Code: