Telegram Web Link
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
ENGKAU SELALU ADA

Kau ibarat pelangi yang datang setelah hujan, namun hanya sekejab. Lalu keindahanmu hilang. Jika kau sibuk dengan urusanmu, aku mengerti. Jika kau sibuk dengan teman2mu aku mengerti. Tapi, jika suatu saat kau temui aku sedang lelah menghadapi semua ini, maka ku mohon giliranmu untuk mengerti.

Sekuat-kuatnya hati ini, jika dipaksa terus mengerti sendirian, pasti akan tewas jua. Aku begitu lemah ALLAH yang mengguatkan. Aku begitu resah, ALLAH yang menenangkan. Aku hampir menyerah, ALLAH yang menyedarkan dan membangunkan semangat yang hampir runtuh. ALLAH selalu ada untukku.

Meski tak ada bahu untuk bersandar, masih ada sejadah untuk bersujud. DenganNYA setidaknya aku mampu mengharap penuh tanpa perlu takut di kecewakan. Barangkali sujud membuat keresahanku jatuh berguguran.

Sekuat mana pun kita sayang pada seseorang simpanlah sedikit rasa keraguan di dalam hati. Bila kita di uji begini, kita tak akan terus rebah. Tapi masih ada kekuatan untuk bangun semula. Jangan membenci atau menyalahkan sesiapa. Kisah luka boleh jadi cara ALLAH mendidikmu untuk lebih kuat menghadapi hari-hari mendatang.
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
ASSALAMU'ALAIKUM WBT.

🔵 Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan semata, maka dekatlah dengan zat yang menciptakan dunia serta segala isi dan permainannya ..

🔵 Empat hal sebab kebahagiaan dunia

🔵 Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam bersabda:

أربعٌ إذا كنَّ فيكَ فلا عَليكَ ما فاتَكَ منَ الدُّنيا : حفظُ أمانةٍ ، وَصِدْقُ حديثٍ ، وحُسنُ خَليقةٍ ، وعفَّةٌ في طعمةٍ

🔵 "Empat hal yang jika hal-hal ini ada pada dirimu, maka tidak akan membuatmu sedih jika ada perkara duniawi yang terluput darimu:
1. Menjaga amanah
2. Jujur dalam perkataan
3. Akhlak yang baik
4. Menjaga diri dari makanan haram. (HR. Ahmad 10/138).

"RENUNGAN ASAR."

@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Kata Syeikh, "Tiada sesuatu amal.atau ilmu... atau apapun maqam sebagai jaminan bahawa ketika kita mati diterima oleh Allah swt....

kecuali Rahmat Allah swt...
Mohonlah hidayah sampai kematimu...

Jangan pernah sedikit pun merasa
selamat dengan Allah swt....

maka jangan sesekali merasa sombong dengan sesiapapun hatta pd anjing sekalipun!"
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
"Kehebatan seorang 'Alim itu bukanlah terletak hanya pada petah hujahnya mengeluarkan dalil-dalil. Tetapi dilihat pula pada adab dan akhlaknya. Akhlak itulah yang menggambarkan jiwanya yang berTuhankan Allah s.w.t."

...Allahummaftah 'alaina futuhal 'arifin, warzuqna fahman-nabiyyin...
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Jagalah lisan dari membicarakan aib orang. Kerana boleh jadi dia telah bertaubat dan diampuni.

Berita viral akan berlalu. Tetapi umpatanmu itu tetap tersimpan kemas di catatan malaikat.

@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Motivasi semangat

Biar bermula dengan rezeki yg kecil utk dapatkan yg lebih besar dengan cara berusaha tanpa kenal erti putus asa... langkah pertama adalah ilmu... maka pelajari lah dari pengalaman hidupmu atau orang lain.

Bersusah payahlah demi sesuatu yg kita impikan untuk berkorban dan membahagiakan demi untuk orang yang anda kasihi terutama adalah ibu bapa anda atau keluarga anda kerana mereka adalah sumber motivasi anda untuk terus bergerak maju dan terus berusaha gigih..

Terus melangkah walau jatuh berkali kali.. seperti anak kecil yang tidak kenal erti putus asa semasa baru berjalan... jatuh bangun lagi dan lagi... gagal itu bukti kamu mencuba.. gagal itu resepi kejayaan.. gagal itu sebuah tanda kehebatan bagi kamu yang mencuba lagi kerana hanya orang orang yang hebat sahaja akan meneruskan perjuangan dan mencuba.. manakala orang yang berputus asa dan suka menyalahkan orang lain semasa gagalnya dan mereka adalah termasuk orang orang yang rugi.

Niat... Kerana satu... pengharapan hanya padaNya sahaja.. tetaplah percaya bahawa rezeki itu sentiasa ada.. cuma datang dengan pelbagai cara.. Cepat atau lambat ia tetap ada dan bergantung pada konsisten nya kamu atau keteguhan hatimu untuk terus berdoa dengan cara berulang ulang dan penuh penghayatan... dan ketahuilah Tuhanmu sentiasa menyayangimu dan sentiasa mengkabulkan doamu bagi sesiapa yang benar benar yakin dan percaya padaNya.

Ingat! Miskin bukan untuk di warisi, kaya bukan untuk dimegahi, ilmu perlu dikongsi, agar hidup lebih diberkati.

Kalau anda ingin berhenti dan berputus asa, Cuba ingat semula kenapa anda mengambil keputusan untuk bermula, teruskan hidupmu dengan bersyukur dan dengan sebuah semangat perjuangan harmonimu itu.
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
JIWA TARBAWI

.. bila hati diliputi kejahilan terhadap diri sendiri

قال ابن عطاء الله في الحكم :
أجهل الناس من ترك يقين ما عنده لظن ما عند الناس

" Sejahil-jahil manusia ialah seorang yang meninggalkan keyakinan yang ada padanya untuk menerima persangkaan yang ada pada manusia "

Al Hikam Ibnu 'Athaillah

Seseorang yang meninggalkan keyakinan tentang keaiban dirinya, kerana terpesona dengan sangkaan manusia terhadap kebaikan dirinya, maka dialah sejahil- jahil manusia. Ini disebabkan ia mendulukan persangkaan terhadap keyakinan. Ia mendulukan apa yang bukan pada pengetahuan tentang dirinya berbanding apa yang ia tahu tentang dirinya. Ini merupakan penyelewengan tazkiyah nafs yang bahaya kerana bakal terjerumus pada lembah ghurur ( tertipu ).

Justeru , ... kenalilah diri mu dengan suluhan ilmu yang benar.
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
"Kebahagiaan akan hadir pabila kita mengejar cinta dan redha Allah,

Walau jalan untuk mendapatkannya penuh dengan caci maki manusia"
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Ada dosa yang tidak terampun dengan istighfar, tapi ia terampun dengan ujian dari ALLAH. Ujian juga modal penghapus dosa.

Syeikhuna
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Bermodal semangat dan azam,
Dengan nafas yang tinggal,
Teruskan kehidupan.

Hari-hari yang dilalui,
Walau sakit,
Atau perit,
Berbekalkan sangka baik pada Tuhan,
Maju ke hadapan.

Esok yang menanti,
Mencecah kerisauan,
Gundah gulana perasaan,
Ah, apa akan dijalani?!

Dunia penuh nikmat,
Semua yang kau lihat,
Penuh hikmat.

Tidak semua buruk,
Tidak semua teruk,
Hidup dengan apa adanya.

Makhluk jauh dan dekat,
Pandang dengan penuh rasa,
Syukuri,
Kau sempurna.

Tiada suka tanpa benci,
Tiada sayang jika iri,
Semuanya akan baik-baik saja,
Kita ada Tuhan,
Kita ada kita.

Tenang,
Kita bersama.
Usah risau,
Kita ada.
Kita lalui segalanya,
Bersama.
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Harapan adalah mimpi yang tak pernah tidur

Hadir sebagai sebuah melodi yang selalu memotivasi

Ia selalu siap membangkitkan diri dari keputusan



Tak peduli terpaan badai yang merapuhkan

Tak risau pada hembusan angin yang mematahkan

sebab ia telah menjadi keyakinan hati



dengan api yang terus membara

Dan asap yang memiliki makna

Kini harapan itu menjadi nyata,
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Salah satu nikmat yang besar yang ALLAH swt kurniakan di atas dunia ini adalah nikmat hidupnya hati.

Hidupnya hati membuatkan kita mudah menerima hidayah, mudah melakukan kebaikan, mudah menerima nasihat dan mudah tersentuh hati ketika mana saudara kita ditimpa musibah. Dan semua itulah yang menjadikan kita masih layak digelar manusia
@ilamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
BAB WAJIB MENCINTAI NABI ﷺ

Katakanlah (wahai MUHAMMAD): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan RASULNYA dan (daripada) berjihad untuk ugamaNYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusanNYA (azab seksaNYA); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)

Surah At Taubah,Ayat 24

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ»

NABI SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga AKU lebih dikasihi oleh kamu berbanding dengan anak-anak, kedua ibu bapa dan manusia yang lainnya

" CINTA Ini Tidak Boleh Direalisasikan Melainkan Kita MENDENGAR KISAH CINTA PARA SAHABAT²..."

Barang siapa yang ada padanya 3 perkara ini,ia dapat merasai kemanisan IMAN :

1- Jika ia mencintai ALLAH dan RASUL-NYA mengatasi kasihnya kepada yang lain.

2- Jika ia mencintai seseorang,tidaklah ia cintai melainkan kerana ALLAH.

3- Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka”

" CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA...
CINTA ADALAH ANUGERAH DARIPADA ALLAH..."

" Kita Boleh MENCARI Jalan Bagaimana UNTUK MENCINTAI Tapi TIDAK BOLEH PAKSA ORANG UNTUK MENCINTAI..."

" ORANG YANG CINTA SESUATU IA BANYAK MENYEBUT TENTANG SESUATU..."

I SYEIKH NAZRUL NASIR AZHARI I
I 11 DISEMBER 2018 I
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Walau berlumur dosa, Tuhan masih izinkan kau mengucap istighfar.

Ketika hanyut dengan nikmat sementara, Tuhan masih ilhamkan kau untuk memikirkan mati.

Sewaktu leka dengan ahli dunia, Tuhan hantar ahli akhirat menegurmu dengan pelbagai cara.

Apa yang kau mahu, wahai manusia?

@quotephotovideo 💛💛💛
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Bila hati berontak inginkan pisau untuk dikelar, ingatlah masih ada yang sayang. Masih ada yang akan menangis lihat titisan darah yang mengalir.

Bila hati meronta inginkan serpihan kaca untuk ditoreh, ingatlah masih ada yang peduli untuk kesekian kali. Masih ada yang akan bersedih dengan kesakitan yang kamu hadap dan tanggung.

Kamu bukan keseorangan, masih ramai yang menyayangi.

Kamu ada Allah, kamu ada dia,
ada aku, dan ada kami semua.

Berhenti, okay?

@CoretanMaut
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Hidup adalah perjalanan menuju kematian.

Dan kematian adalah perjalanan menuju kehidupan.

Hidup untuk mati.

Dan mati untuk hidup.

Itulah misteri hidup dan mati yang telah diatur oleh Allah.


@CoretanMaut
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Jangan hanya hidup tapi binalah kehidupan...

Jangan hanya jadi manusia tapi milikilah sifat kemanusiaan...

Jangan hanya mencari keperluan tapi burulah tujuan...

Jadilah hamba Allah yang penuh rasa kehambaan...

InshaAllah akan melimpah ketenangan...

Sekalipun hanya sedikit kesenangan...


@CoretanMaut
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Al Mulk Bacaan سورة الملك
Bacaan Moutasem Al-Hameedi

@quotephotovideo 📀
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
2024/10/04 23:16:18
Back to Top
HTML Embed Code: