Telegram Web Link
"Apa kau buat untuk
selalu positif?"

-sejenis pertanyaan


Fuh! Itu yang terlihatkan.
Kau tak tahu cerita belakang
tabir, di balik langsir, di hujung
bucu katil.

Ada cerita manusia naik
hantu. Ada orang jadi tak
seperti orang. Ada drama air
mata kekesalan.

Hakikatnya, pengalaman
melakukan kesilapan itulah
yang mengajar dan mentarbiah
seseorang menjadi lebih
matang dan dewasa.

Dan harus difahami,
tiada yang sempurna.
Bila tak buat kesalahan A,
dibuat pula kesalahan B.
Dah belajar B, dibuat pula
kesalaham C. Dah telaah C,
diulang pula kesalahan A.

Mengapa?

Tak belajar dari kesilapan
lalu?

Tak, bukan tak belajar
tapi terlupa.
Maka perlu bersalah lagi,
lalu belajar lagi...dan kali
ini kesan pengajarannya lebih
dalam!

Lagi berkesan.

Hidup adalah tentang
belajar untuk hidup lebih
berkualiti.
Moga Allah suka usaha kita
dan selalu bersama kita!

Jom jadi positif
hari-hari, walau telah
diuji secebis down di
hati!

It's okay to rest.
But not to stop kan?


@Ruang_Aksara
Bila kita rasa down,
rasa sedih,
rasa nak menangis,
nak menjerit,
nak memberontak...

buatlah.
Sebenarnya normal je
ada rasa macam tu.

Cuma nak beritahulah.
Sebenarnya awak tak
bersendirian.
Orang lain juga sedang
bertarung dalam medan
ujian masing-masing.

Ada saja orang yang
sedih hingga tak
terungkap dek kata
banyaknya sedih tu
bagaimana.

Ada saja orang yang
masalahnya bertimpa-
timpa, tak habis satu,
satu lagi menjengah
hingga air mata bukan
lagi cara menzahir
apa yang dikandung rasa.

Seperti dia itulah.
Yang memilih untuk
lebih matang menguruskan
cara fikirnya.
Berusaha untuk berpandangan
lebih jauh, lebih ke hadapan
dan lebih menyeluruh.
Tidaklah dia berpura-pura
menyembunyikan segala
perasaannya.

Adapun, keyakinan dan
segala sangka baik
terhadap Sang Penentu takdirnya
telah mengatasi segalanya.

Begitulah sifat hamba
yang telah percaya,
yang telah berakar yakin
di jiwanya -
bahawa 'Tuhan aku lebih
besar daripada masalah
dan dugaan yang ada'.

Harapnya, kita menjadi
lebih dewasa dengan
menjadi luar dari biasa.

@Ruang_Aksara
Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang bijak memasuki sebuah kampung.

Niatnya baik, ingin menyebarkan ilmu kepada penduduk setempat. Namun malangnya, niatnya disalah erti. Dia dicaci hina. Dimaki hamun. 

Namun dia tetap tenang bersahaja. Wajahnya melempar senyum, mulutnya berbicara yang baik-baik. 

Orang kampung jadi hairan. Kata mereka --

"Hoi! Kau tak dengar ke kami maki hamun kau?"

"Kau ni pekak ke?"

"Kau memang jenis tak faham bahasa ke?"

Pemuda itu tersenyum, "aku mendengar semuanya." Balasnya pula.

"Lalu kenapa kau masih berbuat baik kepada kami?"

"Kerana.." Pemuda itu menarik nafas dalam, "kita hanya mampu memberi apa yang ada pada diri." 

Kata-katanya mudah, tetapi amat mendalam. 

Jika dalam diri kita penuh kebaikan, yang keluar dari kita pastilah kebaikan.

Namun, andainya diri kita penuh keburukan, yang keluar juga pastilah yang buruk-buruk sahaja. 

Renung semula -- betapa kita merasa diri kita lebih baik dari sekalian manusia, ah sifat takbur itukah yang akan dibawa bersama ke kubur sana? 

Salam cinta :)

@Ruang_Aksara
Hebatnya Allah menciptakan jantung
kita ni kan?

Kalau umur 60 tahun, maknanya dah
lebih 60 tahun jantung 'berjalan'.

Kita naik flight, jantung jalan.
Kita berenang, jantung jalan.
Kita berlari, jantung jalan.
Kita berjalan, jantung jalan.
Kita berhenti jantung jalan.

Itulah nikmat hidup.
Allah izin jantung masih berjalan.
Masih boleh bekerja-- berfungsi dengan baik.

Syukuri, hargai.
Tak perlu pun, tunggu kita ni sudah jadi warak, jadi alim, jadi baik betul-- baru nak belajar hargai setiap apa yang DIA beri.

Tak perlu.

Ajarlah diri kita bersyukur, dengan itu kita akan dapat sesuatu.
Jangan sampai jantung henti, kita pula yang 'jalan'.

Sia-sia pengakhiran kita nanti.

Diri,
umurmu cuma angka,
mati tu sungguh kita tak jangka--
bila dan di mana.

Maka, siap sedia saja.

Mudah-mudahan, Allah bantu kita jadi hamba-Nya yang baik, yang taat, yang bersyukur dan takut buat dosa.

InsyaAllah.

@Ruang_Aksara
"Ana adalah lelaki yang menjaga pandangan.Ukhti-ukhti silakan 'bersembunyi' di gua mana-mana sebab ana takut 'terlihat' kalian.Seterusnya hanyaaaa dengan melihattt kalian ana jadi jahat!Pastikan juga jarak antara kita berjuta cm hingga ana tak bisa melihat mahupun mendengar suara kalian.." -kata Bro B dengan sinisnya.

Aik Bro..
yang melihat tu kau.Yang kena tunduk pandangan,jaga pandangan,istighfar dan lari dari tempat kejadian tu kau.Bukan si perempuan.

Tak dinafikan,ada 'bahagian' kesalahan seorang perempuan muslimah yang sengaja tak pakai tutup aurat..sengaja mengada-ngada,merengek-rengek.

Takdenye nak menangkan perempuan semata!

Atau nak menangkan kau.

Kiri kanan depan belakang kita ni semuanya 'sapaan' ujian.
Jadi apa kau nak buat saat Allah uji kau 'didatangi' ujian begini?

Logik tak kau nak letak kesalahan kat orang lain sedangkan terang lagi bersuluh itu kesalahan kau.

Apa kau buat,apa usaha kau nak tepis ujian tu,itulah yang akan Allah tanyakan kelak.
Allah takkan tanye punye...apa si polan polan tu buat kat kau sampai kau terpandangkan dia dan kau jadi jahat?

Allah akan tanya..'apa kau telah buat?'

Kalau susah juga nak digest apa aku bebel ni,gigihkanlah diri singkap semula sirah nabi yusuf menepissss ujian Allah yang datang dalam bentuk godaan daripada seorang perempuan dan pujuk rayu hasutan iblis laknatullah!

Gi ngaji lagi.

"Eee..benci betul aku mamat berlagak zuhud tu.Perasan bagus betul!Pergi duduk planet lainlah kalau tak nak duduk 'bergaul' dengan perempuan.Marah kita,maki-hamun kita pula bila lalu depan dia.Podahhhhhhhh!Geram aku!Dia yang tak jaga mata,salahkan aku tak pakai tudung.Asyyyhhh!Geram!," -A yang tercabar bila dilabel perempuan tiada maruah
.

Sis oh sis.

Kau rasa salah ke dia label kau macam tu?
Jangan nak mengamuk tak tentu pasal.Betul atau tak 'cara' dia tegur kau..why not kau muhasabahkan diri kau tu.

Lihat diri kau.
Apa respon kau kat Allah bila disuruh tutup aurat?
Apa respon kau bila Allah kata jaga adab.
Apa kau buat bila Allah kata..jaga batas pergaulan lelaki perempuan?

Come on lah sis.
Fikir jauh sikit.
Kita hidup pun tak tahu sampai bila.
Ambil teguran mamat tadi tu sebagai 'teguran' daripada Allah.
Betulkan balik mana yang salah.
Sementara masih sempat.

Bro and sis.

Apa yang kita buat kat dunia ni,itulah yang akan dipertanggungjawabkan ke atas kita kelak.

Kita ada buku amal masing-masing.
Kasihanlah kat diri sendiri.
Sama-sama jaga batas pergaulan,jaga adab,jaga pandangan,jaga segala-galanya.

Kerana Allah.

Jom sama-sama improve diri jadi taat.
Walaupun kerja ketaatan ni sangat-sangat menyakitkan.Huuu..

@Ruang_Aksara
A:

"Saya takde konfiden nak jadi baik.Apa solusi?"

B
:

Err..jap.Kau jahat sangat ke?Tahap mane kejahatan kau ni? (bergurau sambil tersengih)

A:

"Entahlah.Saya rasa diri saya teruk sangat.Orang je nampak saya ni biasa-biasa..tapi saya je kenal diri saya.Saya tahu tahap keterukan ,keburukan,kejahatan saya ni takat mane."

B
:

Yeah..well said,memang..siapalah yang lebih kenal diri kita,baik buruk diri kita kalau bukan kita sendiri kan?Tapi,ada yang lebih kenal diri kita mengatasi kita mengenal diri kita sendiri.

Siapa dia?

DIA lah Tuhan yang mencipta,memperelok kejadian kita,memberi kita pelbagai nikmat,memberi kita petunjuk,beri kita kekuatan dan macam-macam lagi.

Jadinyer,kat mana yang menjadi penghalang untuk perbaiki mana yang kurang dan perbetul mana yang salah dalam diri kita ni?

Wajarkah kita salahkan 'orang lain' yang langsung tak tahu menahu tentang kita walaupun adakala mereka 'seolah-olah' tahu..

atau

wajarkah kita menghukum diri kita sendiri dengan berputus asa sebelum berusaha untuk berubah?

Hmm tak wajar kan?
Hee..ginilah.Saya ni nak cakap banyak-banyak pun saya malu.Entah-entah dalam penelitian Tuhan,awak lagi baik amalnya berbanding saya.Hmm..masing-masinglah kita semat dalam diri..kita muhasabah..tiada manusia yang sempurna.Kita nampak baik kat luar ni pun..tempias ihsan Allah yang tutup rapat aib kita.Biarlah yang buruk-buruk tentang diri kita ni,kita jaga kemas..kita 'uruskan',kita 'lunaskan' segalanya hanya kepada Allah.Perbetul kiblat hati.Biar terarah menuju redha Ilahi.Sama-sama kita usaha perbaiki diri hari demi hari..moga kembali kepadaNya dengan tenang hati,mendapat bahagia dan dirahmati.

Bersemangatlah!
Konfidennnlah awak!

@Ruang_Aksara
A:

Saya ni bukanlah manusia yang kuat, asyik positif memanjang. Saya ada buat salah kat seseorang. Saya bukan tak cuba minta maaf kat orang yang saya buat salah tu. Saya buat. Saya ikhlas pergi kepada dia...mohon maaf kat dia.

Tapi dia? Dia tak endah pun saya.
Dia tak pandang pun maaf saya. Bila saya bercakap nak slow talk dengan dia, dia tak tengok pun muka saya. Dan yang menyedihkan dia macam nak larikan diri daripada saya.

Bila jadi begitu...saya malu. Malu sangat.
Bila apa yang cuba saya usahakan nak pulihkan keadaan kembali seakan sia-sia belaka.
Sebab tu sekarang ni...saya rasa berat nak minta maaf. Saya malu diperlakukan begitu.Sampai hati dia...

Jom kita lihat kembali kepentingan minta maaf ni.

Kenapa kena didik diri biasakan meminta maaf?

Kita manusia biasa. Banyak kelemahan dan kekurangan. Disebabkan kelemahan dan kekurangan inilah adakala kita terlanjur kata atau perbuatan yang boleh mengguris hati orang lain. Sebab tu, kena ikhlas minta maaf.

"Tapi...adakala saya tak nampak pun salah saya. Dia serang saya dengan 'berdiam' diri buat saya ni macam orang bodoh je. Kita bukanlah main nak buat macam biasa, tapi dia memilih untuk bermasam muka. Macam mana tu?" - suara


Hati manusia ni kita sukar nak ramal.
Tambahan pula, kita tak mampu nak 'baca' personaliti setiap orang tu macam mana.Mungkin kita bergurau tapi dia tak berkenan dengan cara gurauan kita. Mungkin ada keadaan kita rasa tak nak berkongsi masalah kita kat dia dengan niat tak nak buat dia risau. Tapi, dia rasa dipinggirkan dan tidak dianggap penting oleh kita. Mulalah bawa hati yang merajuk. Kita pula rasa...

'Eee...dia ni dah kenapa? Masam muka ngan aku. Tak nak cakap ngan aku. Aku ada buat salah ke?'

Kalau kita tak hadapi dengan lapang dada.Kita pun naik menyampah. Maka, berlarutanlah masalah begini. Jangan tak percaya...disebabkan benda remeh begini boleh buat manusia bersangka-sangka yang tak baik,bermusuhan, berdendam dan banyak lagilah.

Jadi wahai diri, jangan letakkan prinsip terasa diri buat salah baru nak minta maaf. Jadilah manusia yang sentiasa positif. Tak semestinya kita minta maaf kita salah. Kadang pun kita sebenarnya tak aware kita dah terbuat salah.So, ajar, didik, latih diri kita jadi seorang yang mudah nak minta maaf
.

A: sebelum kau meminta maaf, kau kena ikhlaskan diri. Macam mana kau nak tahu hati kau ikhlas minta maaf?

Pertama, kau akan jadi seorang yang sangat bersangka baik. Pada Allah, pada manusia.Sangka baik kat Allah. Fikir, yang sekarang ni Allah sedang uji kau melalui kawan kau yang kau terbuat salah tu. Sangka baik juga kat kawan kau. Apa pun respon dia setelah kau minta maaf, jangan harap terjadi satu magis yang boleh mengembalikan keadaan baik dengan pantas dan serta merta.

Semuanya perlu masa. Kau kena teruskan bersangka baik dan jangan putus asa.
Berdoalah Allah ikhlaskan hati kau. Berdoa juga Allah lembutkan hati si kawan tadi. Berdoa ukhuwwah yang terbina kembali pulih.

Jangan cicirkan Allah. Kena letak DIA utama sentiasa. Adu, rayu, tanyakan Allah apa patut kau buat. Yakin Allah akan bagi kau jawapan.

Berkorban rasa. Ya...bila nak buat sesuatu yang mencabar begini, kau kena ada kekuatan. Kau kena bertahan. Jangan sesekali menyampah atau meluat terhadap respon orang bila kau minta maaf. Kau kena belajar letak diri kau kat tempat dia. Kalau kau jadi dia...mesti kau pun mungkin susah nak memaafkan terus.Tak pun,dia sebenarnya dah maafkan...tapi dia perlu masa. Kena korban rasalah. Jangan pula terasa, nak merajuk.
Selalu macam tulah. Niat nak minta maaf, tapi disebabkan tak puas hati dengan feedback orang tu...kita pula naik angin dan cakap pelik-pelik.

Macam mana nak ok?

Hmm.

Cukup sekali kau suarakan kau minta maaf,kau buang ego kau, kau akui kesilapan kau,kau maksudkannya dengan keikhlasan. Tak perlu kisah respon dia. Diri kau yang perlu berterusan positif. Buat perkara yang dia senangi. Zahirkan kat dia betapa kau sangat-sangat sedar kesilapan dan takkan ulangi lagi.

Ingat.

Sangka baik.
Doa.
Sabar.

Ketenangan akan datang.
Keadaan akan kembali pulih.
Yakini Allah.

@Ruang_Aksara
Of horse and trust.
Of love and sacrifice.

Bila naik kuda, satu elemen yang kena ada adalah 'mutual trust'.

Bila kita naik dalam keadaan ragu-ragu, memang takkan balance dan kita tak selesa, malah kuda pun tak selesa.

Jangan ingat kuda tak dapat hidu. Depa pun tau siapa ada belakang depa. Kalau tak suka silap haribulan depa angkat badan dan jatuhkan kita.

Tapi bila kita naik dengan yakin dan tenang, tidak melawan arus gerakan, kuda pun akan percaya pada penunggangnya. Dari situ dia boleh dipandu dan kita akan selesa memandunya.

Inilah saling percaya.

For a long journey to begin,
We need a mutual trust.

Dan percaya tidak, kuda adalah antara haiwan yang paling setia pada tuannya.

Malah dalam masa lampau, kuda digunakan dalam peperangan.

‎وَالْعٰدِيٰتِ ضَبْحًا
Demi kuda perang yang berlari kencang terengah-engah

‎فَالْمُوْرِيٰتِ قَدْحًا
dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan kuku kakinya),

‎فَالْمُغِيْرٰتِ صُبْحًا
dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba) di waktu pagi,

‎فَأَثَرْنَ بِهِۦ نَقْعًا
sehingga menerbangkan debu,

‎فَوَسَطْنَ بِهِۦ جَمْعًا
lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh,

(Aadiyat : 1-5)

Kehebatan dan kesetiaan kuda ini telah menjadikan ia adalah aset dalam peperangan.

Mereka berperang dengan semangat,
Walau hakikatnya dalam peperangan, jika diserang, kuda adalah yang pertama yang akan cedera bahkan yang terkorban pun adalah mereka.

Namun telah digambarkan kesetiaan dan kekuatan mereka melalui ayat dalam surah tadi.

Hebat kan kuda.

Ironinya,
Selesai ceritakan tentang kuda,
Kemudian tiba-tiba terus Allah sambung pasal manusia.

‎إِنَّ الْإِنْسٰنَ لِرَبِّهِۦ لَكَنُوْدٌ
sungguh, manusia itu sangat ingkar, tidak bersyukur kepada Tuhannya,

‎وَإِ نَّهٗ عَلَىٰ ذٰلِكَ لَشَهِيْدٌ
dan sesungguhnya dia (manusia itu) menyaksikan (sendiri) keingkarannya,

‎وَإِ نَّهٗ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيْدٌ
dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan.

(Aadiyat 6-8)

Dan sambungannya tentang manusia amat kontra dan berbeza dengan kisah kuda yang pertama.

Bagaimana kuda boleh setia pada tuannya,
Dan manusia pula terus ingkar pada Tuhannya?

😔

Ketika manusia sibuk mengatakan tentang cinta,
Kita masih ragu dalam melaksanakan kecintaanNya.

Ketika kita katakan kita cintakan baginda,
Kita merasa sulit menghidupkan sunnahnya.

Malah kita lupa, sunnah terbesar baginda adalah dakwah. Kehidupannya adalah dakwah. Kematiannya juga mewariskan dakwah.

Lalu kita hidup hari ini untuk apa?

Di saat keadaan ummat semakin sakit,
Bayi dilahirkan tanpa ayah setiap minit,
Bunuh, rogol, zina, songsang, rasuah, dera, pukul, dan banyak lagi semakin terbiasa, di saat kita tiada lagi baginda,

Kita hidup hari ini untuk apa?

@Ruang_Aksara
Bila selama ini
wujud dia seumpama
tak punya masalah...

dialah terang dalam
gelap.
Dialah cahaya dalam malap.
Dialah harapan dalam
akal yang mati.
Dialah motivasi dan
inspirasi.

sesekali bila
dia tampil
menjadi dirinya sendiri,
dizahirnya rasa,
diluahnya sedih
dan segala apa
yang terbuku di
jiwa...

dia dianggap lemah.
Dipersoal, 'tak sepatutnya
kamu begitu'.
'Tak seharusnya kamu
tersalah dalam bertingkah.'

Lalu,
esaknya pecah.
Menangis tidak berbunyi.
Dalam sunyi,
dia merendahkan hati
mohon dimengerti.

'Salahkah sesekali
menjadi diri sendiri?
Hingga terlihat
sudut rapuhnya aku,
lemahnya aku,
kecewanya aku?

Tuhan,
hakikatnya aku
tahu penat juga.
Aku tahu sakit juga.

Kuatkanlah aku
mendepani hari-hari
yang seakan kian
mengejami.

Padahal aku tahu,
segala apa yang
diizinkan-Mu untuk
pernah, sedang dan
akan terjadi...
adalah simbolik cinta-Mu
yang luar biasa.

Dalam aku berhajat
untuk dimengerti,
maka lebih baik,
aku bergigih untuk
lebih mengerti tiap
aturan-Mu.'

Diri,
teruskanlah bernafas
dalam dunia yang oksigen
cintanya makin habis.
Sekejap saja lagi, kau
akan bebas.
Letihmu akan disegerakan
untuk berakhir.

Bukankah dunia ini
sementara dan
singgahan cuma?

Maka, bertahanlah.

@Ruang_Aksara
"Saya dah takde semangat nak belajar.."

"Saya nak stop studying. Surrender. Saya rasa tak guna."

"Saya tak rasa apa yang saya belajar penting untuk saya dan orang lain."

"I want nothing. Just wanna stop everything. Taknak dah pegi kuliahhh..! Markah sokmo teruk. Pergi kelas tak faham. Tak semangat dahh.. "


Wow. Wow. Sabaq dulu kawan-kawan.

Tahu tak? Orang Islam dulu-dulu pon ada mentaliti yang sama macam ini. Sikap yang sama. Cara fikir yang serupa.

Lalu apa jadi?

Mereka akhirnya ketinggalan dan tak mampu nak teguh menjaga tamadun Islam yang pernah gemilang sampai akhirnya menjadikan cita-cita ustaziatul alam itu terlepas begitu saja.

Kalau kamu patah balik ke belakang, kita usha balik tamadun Islam yang terdahulu, tym empayar Islam masih padu berkembang pesat, Islam masa tu dapat chance bertaaruf dengan pengetahuan yang dimiliki oleh Tamadun Greek.

Kita namakan sebagai 'Ancient Knowledge'

Orang Islam waktu tu sangat power sampai mampu nak hancurkan that Ancient Knowledge sebab ianya ilmu metologi yang sangat berat. Perkara yang sangat rumit. Dahtu memang tak dihubungkaitkan pulak dengan Tauhid. Ilmu yang hebat tapi malap dan takde ruh.

Kamu tahu tak kenapa Orang Islam waktu zaman tu power ?

Mereka ni berkolektif buat sesuatu yang luar biasa. Unbelievable orang kata.

Selama 300 tahun mereka terjemahkan semua pengetahuan Greek yang datang pada mereka ke dalam bahasa Arab. Hebatkan?

Semangat wonderpet betul la!

Bukan tu je. Bukan takat translation. Mereka juga buat ubah suai dan penambahan! Fuh~

Pada abad ke 8, individu hebat seperti Ibn Al Haytham yang digelar Bapa Optik itu telah hasilkan buku yang dinamakan Doubts Concerning Ptolemy (As Syuhub 'Ala Batlimus).

This shows us what?!

They even inverted a special discipline called The Science of Scepticism and Doubts.

Power!

Imam Al Ghazali yang juga sebahagian dari watak-watak hebat dalam dunia Islam itu bukan saja memperjuangkan kepentingan ilmu Fardhu Ain malah turut memberi kesedaran pada generasi Islam pada masa itu untuk bolot jugak semua ilmu Fardhu Kifayah macam bidang Sains, Medik,Matematik dan Astronomi.

Why?

Sebab kalau ilmu ini membantu masyarakat Islam, bantu kita lebih maju, bantu hebatkan tamadun Islam dari semua sudut kehidupan, maka tak patut umat Islam abaikan.

Lihat sikap yang ada pada diri orang Muslim kita waktu itu.

Mereka tak pandang enteng pada apa jua bidang ilmu. Semuanya berharga. Setiap orang pulak tak culas atau malas nak bekerja dan belajar. Dah belajar, jadi penyelidik pula. Tak heranlah zaman itu ramai ulama' dilahirkan. Individu hebat waktu tu pon tak jadi pakar dalam satu dua bidang saja, malah mereka cekup dan kuasai semua sekali dalam satu-satu masa. PhD lebih dari satu bidang!

Nah..

Hari ni kita dah hidup di zaman yang Francis Bacon kata ILMU ITU KUASA.

Einstein pulak pi sambung ayat itu.. HANYA APABILA IA DIAPLIKASIKAN.

Kalau ada satu kegagalan saja dalam komuniti Muslim berkaitan bab ilmu dan aplikasi ini, maka ia sebenarnya akan tarik kita mundur ke belakang. Padahal kita tahu 1000 tahun lampau, tamadun Islam la paling agung dan gah dalam seluruh bidang keilmuan.

Kita kot yang create sendiri bidang atau disiplin ilmu di dunia! Malah kehebatan ini la jadi peransang orang Barat untuk turut bangkit dari zaman gelap depa. Sebab jeles mungkin (?)

So, hey guys!!!

Jangan give up untuk terus belajar. Teruskan belajar dan mengaji sebab itu saja jalan untuk kamu khidmat bukan je pada masyarakat Islam tapi jugak pada tamadun kemanusian secara keseluruhannya.

Jangan give up untuk belajar sebab jalan inilah Allah kata akan bawa kita ke syurga! Jangan menyerah sebelum kamu sampai ke syurga. Jangan!

"Alah.. tapi saya tak terasa saya ni belajar kerana nak bantu Islam. Niat nak belajar kerana Allah pun payah nak melintas. Lagipon saya belajar benda yang bukan ilmu Agama kot. Hurm.."

Anda menggaru-garu pipi. Masih tak konfiden.

Belajaq kerana Allah tu bukan bila kamu belajar agama saja, guys..

No!

Ramai saja tau orang yang belajar agama tapi diorang tak buat kerana Allah, tapi sebab benda lain.

Tapi ada juga
orang yang belajar 'non religion stuff' tapi diorang tu buat kerana Allah.

So, nampak? Ia bukan berkaitan benda apa yang kita belajar. Not about the contents.

Ramai yang salah faham.

"Em, saya tak belajar ilmu berkaitan agama. So, saya tak bekerja untuk akhirat. Saya rasa teruk.. Terlalu keduniaan."

Huhu. No. Kamu tak buat hal dunia dan hal akhirat asing-asing. Kamu kena tahu apa saja yang kamu buat untuk dunia juga adalah bersangkut dengan akhirat.

Inilah hidop. Kamu lalui dunia untuk sampai ke akhirat. Kita tak skip dunia kemudian stret dont kona kona ke akhirat.

Apa maksudnya?

That's mean kamu kena ambil perhatian atas apa saja yang kamu buat di dunia adalah sebagai bekalan untuk ke akhirat. Dunia ladang menuju akhirat. Remember ?

Jadi kamu kena kerja, kena berjaya di dunia, kena ada harta, dan semua laaa agar benda-benda dunia ni kamu boleh manfaatkan untuk kejayaan kamu di akhirat. Bekal amal soleh nanti. Senyum.

So, ingat formula ni. Kamu tak ambil dunia untuk dunia. Tapi kamu ambil dunia untuk akhirat. Dunia akhirat ni adalah satu campuran yang kita takboleh pisahkan.

Tapi once bila manusia mula nak asingkan dunia dan akhirat, itulah titik bila semua benda akan jadi gila dan haru-biru-pink-ungu. Konfius.

Jadi tak kisahlah sekarang ni kamu tengah belajar di sekolah atau universiti atau juga dah ada karier tersendiri, ia bukan tentang dunia atau akhirat.

Ia tentang adakah kamu guna hal dunia yang kamu punya ini; ilmu, skill, harta atau kuasa untuk akhirat?

Sudahkan kamu fikirkan cara macamana nak gunakan dunia kamu ini untuk diberi manfaat pada manusia di tempat kamu dan di dunia sebagai pelaburan yang bakal dihitung nanti kat akhirat?

Jadi, again, tanyakan diri, benda yang aku nak cari sekarang ni untuk akhirat aku atau untuk dunia aku dan dunia semata-mata?

Think and work for your life. Use dunya for akhirah. Be the best Muslim as you are already the best Ummah like Allah said in Qur'an.

Believe in yourself.

Orang Islam orang yang hebat.

Kamu ada izzah, kualiti dan sangat berharga. Tak kira tinggi kamu walau bawah 150 cm, atau berat kamu terlajak melebihi 89.7 kg atau putih hitam pigment kulit kamu, kamu itu tetap bukan biasa-biasa. Kamu sangat-sangat diperlukan untuk bangunkan Islam yang kita cintai ini. Kamu ada hebat yang melekat pada kamu.

Walau kamu tak power boleh score Deanlist setiap sem, tapi kamu power membaca, menulis, mengira. Kamu hafal sifir 12. Kamu tahu baca Quran. Kamu jaga solat. See? Kamu ada kelebihan kamu dan banyak lagi benda yang kamu pandai.

So, bangun! Sedarkan diri. Terus bekerja dan cari cara untuk kumpul segenap semangat dan tekad. Tampilkan yang terbaik dari diri kamu.

Allah tak pilih untuk hidupkan kamu sekarang di dunia melainkan Dia nak kamu jadi someone.

Trust yourself.

Because?

You are the chosen one!

@Ruang_Aksara
Tipulah kalau tiada singgah
perasaan marah atau geram bila berhadapan dengan manusia
yang sukaaaaaa sangat memberi kita masalah kan?
Suka cari pasal dan peningkan
kepala kita ni.

Tapi bila difikir-fikir balik,
mereka yang kita rasa suka
beri kita masalah, suka buat kita
stres dan tertekan ni lah yang
secara tak langsungnya mengajar
kita sesuatu.

Mengajar kita caranya bersabar.
Mengajar kita untuk meningkatkan
kebolehan diri mencari solusi
terhadap permasalahan yang tercetus.
Mengajar kita untuk 'jangan'
sesekali menjadi masalah terhadap
orang lain.
Mengajar kita untuk lebih kreatif
berurusan dengan manusia punya
ragam sepertinya.

Dalam kita tak suka,
Allah takdir kita perlu
menghadapinya.
Kerana apa?

Kerana tiada istilah kebetulan
melainkan ada lah tu...hikmah
Allah nak tunjuk di sebaliknya.

Jadi, jangan cepat sangat
nak jatuh benci kat orang
yang memang ditakdirkan
untuk menguji kesabaran kita.
Kerana asbab hadirnya mereka,
Allah buka pintu redha dan
tingkatkan darjat kita sekiranya
kita bersabar, kita belajar dan
tulus mengikhlaskannya.

InsyaAllah.

@Ruang_Aksara
Awak pernah tengok matahari terbenam?" Begitu pertanyaan teman secara tiba-tiba bila saya nyatakan rasa terlalu rendah diri. Terlalu tak sempurna. Terlalu tak solehah. Terlalu lalai. Ah, terlalu. 

"Pernah." Saya senyum sendiri, terbayang kembali di benak fikiran akan keindahan matahari terbenam yang dilihat tempoh hari di Langkawi. "Kenapa?"

"Cantik?" 

Angguk. "Cantik."

"Ambik gambar tak?" 

"Ada. Kenapa?" Saya mengerutkan dahi. Pertanyaannya semakin aneh. 

"Sama tak cantik gambar tu dengan cantik yang awak tengok dengan mata sendiri?" 

"Er, mestilah tak. Saya ni dahlah bukan professional photographer" 

Kali ini giliran dia tersenyum. "Macam tulah apa yang awak rasa sekarang."

"Maksudnya?"

"Macam awak tengok matahari terbenam, tengok real lain, tengok gambar lain.. Guna kamera professional lain, guna kamera handphone lain.. Lagilah kalau guna kamera handphone cabuk macam saya ni, tengok terus rasa tak menarik pun matahari terbenam." Nafasnya ditarik dalam sebelum menyambung kata,

"Hakikatnya macamtulah awak tengok diri awak. Awak rasa awak terlalu tak bagus, sedangkan bukan awak tak bagus, cuma 'lensa' pandang awak yang tak bagus. Yang awak perlu tukar adalah 'lensa' tu." 

Saya termenung lama. Kata-katanya ada benarnya. Ah manusia, yang selalu dilihat bagus adalah manusia lainnya hingga acapkali terlupa membina potensi diri. 


"Tak ada manusia yang sempurna. Jangan terlalu push diri sendiri, buat semampu, sedaya yang awak boleh. Kita ada tanggungjawab masing-masing. Kita saling melengkapi. Kalau semua benda awak nak buat, jadi orang lain nak buat apa? Tak acilah dapat pahala sorang sorang." Dia tertawa kecil, memberi sebuah tenang pada sekeping hati. 

"Tapi.. Saya selalu rasa saya belum beri cukup baik, masih ramai saudara yang susah, tak tahu nak bantu macam mana.. Agaknya Allah marah tak eh?" Dada mula sebak, terbayang-bayang anak-anak kecil di Syria dan Palestin yang kesejukan dan kelaparan. 

"Apa awak cakap ni? Awak nak cakap Allah tu tak memahami?" 

Ayatnya mudah. Namun cukup menyentap sebuah rasa. 

Kadang-kadang kita lupa, kita cumalah seorang hamba, kita mahu buat semua seolah-olah kitalah Raja alam semesta. 

Kita lupa pada had daya upaya. Kita lupa hakikat sebuah tubuh yang bernyawa. Kita lupa pada jiwa yang tak bermaya. Kita lupa akan sakit lelah yang bakal diterima. 

Ah, berehatlah wahai jiwa! Akukan hakikat seorang hamba. Sedut udara dan stabilkan minda. 

Kelak, kita berlari semula -- gagah perkasa


hati itu boleh menjadi letih dan penat sama seperti penatnya badan. Oleh itu carilah segi-segi kebijaksanaan untuk kebaikan hati. 

-saidina ali


Salam cinta ;)

@Ruang_Aksara
Kadang, kita rasa kita dah
banyak berdoa.
Meminta dan mengadu agar
dipermudahkan urusan,
diringankan beban fikiran,
dilapangkan dada kita.
Namun, tiada yang berubah.
Allah masih tetap dengan
pendirian-Nya.
Masih menguji kita dengan
ujian yang sama. Makin berat.

Kita jadi galau.
Jadi tertanya-tanya.
Apalah yang tidak kena ?
Apalah yang tak cukup lagi
kita ikhtiarkan agar dikeluarkan
dalam ujian yang dialami saat
ini.

Kita menangis.
Merintih sendiri dalam hati.

Diri, telitilah semula serupa
apa ikhtiar dan usaha kita.
Apa benar, kita benar-benar
mengusahakannya?
Memang kita usaha, kita doa,
kita minta.
Tapi adakah kena pada
caranya?
Beradabkah kita?

Sedikit perkongsian daripada tazkirah yang saya dengarkan sebelum ini tentang adab dalam berdoa.

Selalu kalau kita berdoa, kita mulakan dengan apa dulu?
Lafazkan kalam bismillah?
Seterusnya terus menyebut segala apa kita nak, kita tak nak?
Kan?

'Ya Allah, berikanlah aku 'ini' dan 'itu'. Jauhkanlah aku dari sekian-sekian.
Perkenankanlah doaku Ya Allah...'

Begitu pinta kita.

Ustaz menyebut dalam tazkirah tersebut bahawa dalam berdoa, kita perlu menjaga adab. Allah bukannya tak tahu kita nak apa. Mahukan apa. Allah Maha Mengetahui. Allah bukan nak ayat bunga-bunga, bermetafora bagai untuk diluah pada-Nya.
Allah mahu jiwa kita hadir untuk-Nya.
Allah nak lihat nilai dan
sisi seorang hamba bermunajat pada-Nya.

Oleh itu, ajarlah diri untuk beradab di hadapan Allah. Wujudkan nilai yang Allah mahukan daripada seseorang yang bergelar hamba.
Ada rasa malu, ada rasa takut,
ada rasa harap, ada rasa mahu diampuni.

Mulakan dengan menyebut bismillah dan feelingkan betul doa kita. Disusuli dengan mengakui betapa kita ni hamba yang sangat lemah, sangat hina, banyak sangat ketidakmampuan kalau Allah tak kurniakan pertolongan-Nya.
Bukan berdoa sekadarnya saja.
Asal sebut nak apa, tak nak apa.
Asal ada saja.
Tiada 'jiwa' langsung doa kita.
Yang kalaulah doa kita itu diminta pada manusia, kedengaran seperti sebuah arahan semata-mata.

Maka, mulakanlah doa dengan puji-pujian pada-Nya.Tundukkan hati kita di hadapan-Nya. Beradablah seperti hamba.

'Dengan nama-Mu ya Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengawasi, Maha Berkuasa, Maha Memahami...

Duhai Allah, aku hamba-Mu ya Allah.
Aku lemah ya Allah. Aku hina ya Allah. Aku tiada daya tanpa bantuan-Mu Ya Rabb...Ya Allah, dosaku terlalu banyak. Aibku banyak. Ampunilah aku ya Allah...'

Setelah itu, barulah nyatakan hajat kita apa.

InsyaAllah. Moga kita lebih sedar diri dan tahu beradab sebagai hamba.

@Ruang_Aksara
Dah lama teringin nak main flight simulator, tapi ada je halangan.

Hari ini Allah izin perlu berlepas dari airport Subang, kebetulan sampai airport awal, pergi jalan-jalan ke tempat flight simulator, check slot penuh.

Tapi bila Allah kata ada rezeki kau -- adalah jua. Ada satu sahaja slot kosong, untuk durasi masa 20 minit, betul-betul pada waktu saya tiba. Alhamdulillah. 

Maka pilot yang baik hati pun menerangkan dengan bersungguh-sungguh, dari skrin sehingga ke pedal.

"Oh, saya kena tekanlah pedal ni nanti?"

"A ah."

"Tapi kaki saya tak sampai."

"Haha ke depankan sikit kerusi"

Kerusi di tolak sedikit ke hadapan.

"Okay are you ready? Anything to ask me before we fly?"

"Saya tak pandai bawak. Kalau crash macam mana?"

"Haha takpe it is my duty to guide you."

Simulator dilancarkan. Kapal terbang mula berlepas.

"Okay perhatikan bar tu. Maintain kat dot tu." 

"Ish ish susahnya." Saya merungut. Kapal terbang senget ke kiri kanan.

"Rileks rileks jangan stres"

"Memanglah stresss"

"Kalau stress tak boleh bawak, bawak flight kena rileks" Sang pilot memberi nasihat.

"Oh ye ke? Okay." Saya menarik nafas. Mula menenangkan diri.

Kapal terbang kembali stabil. "Yes good, very good. Kan dah kata jangan stres"

Saya senyum, terus otak mula menyamakan situasi itu dengan kehidupan sebagai seorang manusia. Hakikatnya kita memandu kehidupan kita di dunia ini. Stres, penat -- memang itu perasaan biasa di dunia yang kita sedar tak kekal selamanya. 

Untuk kekal stres dan jadi tidak mampu mengawal kehidupan sebaiknya, atau kembali tenang dan mengawal kehidupan dengan baik -- ia sungguh-sungguh terpulang pada kita. 

Kekal stres dan terhempas, atau tarik nafas, bertenang dan kembali jalan lurus -- ia tertakluk pada pilihan kita. 

Percayalah bahawa Allah tak pernah tinggalkan kau sendiri, hey sedangkan pilot ni pun bantu penerbangan hingga kapal terbang tak terhempas, takkan Allah begitu kejam biarkan kau lalui kehidupan sendirian hingga kau putus harapan? 

Bersangka baiklah pada Tuhan, ia tak pernah merugikan. Hingga sampai ke satu titik --

"Oklah overall you control the flight quite good cuma landing je tak smooth"

Hingga kita mendarat dengan selamat. Mendarat dengan penuh keazaman tersemat. 'Mendarat' di hadapan Allah dan berkata --

"Allah, terima kasih. Segala tekanan, luka, kecewa serta calar yang aku lalu dahulu membuatkan aku terus berdiri. Lebih matang. Lebih cinta. Lebih dekat dengan Engkau."

Hey, takkan nak pilih terhempas dan biarkan syaitan bersorak gembira? 

Er, entah. Pilihan sungguh di tangan kau sendiri. Pilihlah yang kau rasa baik. Dan aku harap kau pilih untuk sentiasa bersama dengan Allah Yang Maha Baik.

Thank you pilot for the guidance and teachings, i learned, a lot and most importantly thank you Allah for this opportunity.

Salam cinta. 

@Ruang_Aksara
Hakikatnya --

Semua manusia sudah ada bahagia pada diri,

Cuma, 

Sepanjang hidup mereka muncul anasir-anasir jahat yang menghasut cela,

Yang menimbulkan persoalan mencaci hina,

"Eh anak kau result macam mana? Corot lagi?" 

"Muka kau ni banyak jerawatlah, kau pun dah gemuk dari dulu."

"Eh kau tak dapat anak lagi ke dah kahwin lama?"

"Omg like seriously umur dah berapa tak kahwin lagi?"

Lalu bahagia yang dirasa terbang entah ke mana, 

Terpengaruh dengan anasir yang hina, 

Terasalah diri makhluk paling tak berguna,

Walhal, di sebalik result yang corot itu, anaknya itulah yang paling banyak membantu,

Di sebalik jerawat itu, kesihatannya baik selalu,

Di sebalik belum dapat anak, dapat pula dia ke sana ke sini memantapkan diri,

Di sebalik belum berkahwin, dapat pula dia banyak berbakti.

Hiduplah manusia-manusia ini dalam derita, merana, kecewa, tepengaruh dengan anasir jahat -- yang mungkin adalah KITA.

Justeru itu, sungguh aku tak peduli apa azammu, biarpun beribu.

Cuma satu -- tolong sematkan sekali dalam azam itu, agar menjadi manusia yang membantu, kalau pun kita tidak mampu memberi bahagia, jangan kita lakarkan derita pada yang lainnya.

Be gentle to others. You dont know what storm they are facing, really.

Selamat tahun baru. Hajat doa.

Salam cinta :) 


@Ruang_Aksara
Umur yang panjang.
Betulkah banyak dosa?
Sebab tu Allah tak sudi
'jemput' lagi?

Umur yang pendek.
Benarkah Allah lebih
menyayangi lantas
menjemputnya pergi dulu?

Hmmm.

Ramai antara kita minta
umur yang panjang,
namun lupa meminta
untuk Allah redha ke
atasnya.

Betul tu. Kita memang nak
Allah panjangkan umur kita kan?
Sebab kita kenal diri kita yang
masih tak cukup bekal nak bawa mati. Kalau mati saat ini, tak tahu hujah apa nak bawa depan Allah
nak pertahankan kelemahan diri.

Cacat amal di sana sini.
Malunya laaa... tak dapat nak bayang.Takutnyaa laaa...
lagi tak dapat nak bayang!

Adakala hati bermonolog.

'Saya ni agaknya Allah masih izin untuk hidup hingga ke saat ini kerana dosa masih terlalu banyak dan Allah mahu beri peluang
kepada saya untuk bertaubat,

atau...

mungkin esok lusa saya yang
masih muda belia begini andai
Allah 'paksa' saya menemui-Nya...adakah itu juga bukti tanda kasih-sayang Allah terhadap saya?Mungkin Allah tahu saya ini jika berlama di dunia...lebih menimbun dosa yang bakal saya lakukan lantas dijemput saya pergi untuk mengelakkan saya berbuat lebih banyak dosa?

Begitukah?'

Hati masih bermonolog untuk yang kesekian kalinya.

Allah Allah..
Apalah agaknya perancangan Allah.
Kita tak mampu nak ramal.Adapun umur yang panjang itukan nikmat yang diidamkan?

Ya ia akan menjadi nikmat yang membawa rahmat andai tiap saat yang menjadi bahagian dalam umurmu dimanfaatkan dan Allah meredhainya.

Yakinlah Allah Maha Penyayang.Mintalah agar Allah panjangkan umur kita agar kita dapat berbakti lebih banyak dan mentaatiNya sepanjang masa.

Moga mati kita mati yang memberi harapan segar kepada kehidupan yang sebenar...

di negeri akhirat sana.

InsyaAllah.

@Ruang_Aksara
Rabiatul al-adawiyah.

Istighfarnya 'melahirkan' istighfar yang lain.

Mengapa?

Dia takut istighfarnya yang pertama berpura-pura. Tak ikhlas. Tak betul-betul memaknakannya.

Sebab tu, istighfarnya yang pertama melahirkan istighfar yang lain.

Ada kesedaran. Ada rasa kehambaan. Ada rasa takut dengan Allah. Ada rasa harap pada-Nya.

Istighfar kita bagaimana?
Faham tidak makna astaghfirullahal 'adzim?
Memaknakan tidak ia dengan hati?

:')

Di mana tempat kita pada pandangan Allah.

@Ruang_Aksara
Cuba renung dan imbas
kembali.
Sebenarnya terlalu banyak
yang kita fikir mustahil nak
buat. Mustahil nak capai.
Mustahil nak berjaya laluinya.

Sedar tak sedar,
mustahil tu berjaya dipecahkan!
Kita pun tak sangka.
Setelah kita lalui jatuh bangun,
sakit pedih dalam perjuangan.
Alhamdulillah berkat
bantuan Allah kita boleh
tersenyum puas kerana berjaya
laluinya hingga terlihat hasil
yang diharapkan.

Demikianlah, itulah
sebenarnya kuasa yakin,
kuasa percaya,
kuasa berbaik sangka
terhadap kebolehan diri
sendiri dan akui keberadaan
Allah mengiringi urusan kita.

Alhamdulillah,
bersyukurlah diri kita banyak,
ditolong Allah.

Jom amal potongan ayat surah
At-Talaq ayat 2-3 atau lebih dikenali
sebagai ayat seribu dinnar ni.
Banyak khafiatnya.

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.
Sesungguhnya, Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

@Ruang_Aksara
Kalau orang yang dalam hatinya ada tasawuf, nak makan roti pun dia boleh menangis.

Kerana dia selalu terfikir "Walaupun aku banyak buat dosa kepada Engkau ya Allah, tapi Engkau tetap bagi aku makan yang sedap-sedap. Engkau tetap beri aku rasai nikmat yang cukup. Baiknya Engkau terhadap aku ya Allah."

Walaupun makanan itu biasa-biasa saja bagi pandangan orang lain, tetapi orang yang ada tasawuf dalam hatinya akan memandang makanan yang sedang dinikmatinya itu dengan 'pandangan' yang lain.

Pandangan ihsan dari Tuhan. Tanda rahmat dan kasih pemberian Tuhan yang sangat besar kepada dirinya.

Kerana waktu itu dia nampak timbunan dosa yang dirinya telah lakukan. Tetapi rahmat Tuhan tetap mengatasi segala-galanya.

Walaupun dirinya tetap melakukan dosa dan dosa yang banyak kepada Tuhan, tapi Tuhan tetap tak henti-henti memberikan nikmat yang berbagai-bagai kepada dirinya.

Nikmat makan. Nikmat tidur. Nikmat rehat. Nikmat belajar. Nikmat keluarga. Nikmat kesihatan. Nikmat kecukupan.

Sampaikan dia tak sanggup untuk menahan sebaknya disebabkan terlalu tersentuh dengan cinta dan kasih sayang Tuhan yang tidak berketepian.

Walaupun dia tak henti-henti melakukan dosa kepada Tuhan, tapi Tuhan tetap tak henti-henti memberikan nikmat dan kesenangan yang berbagai-bagai kepada dirinya.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka nikmat Tuhan yang mana hendak engkau dustakan?"

@Ruang_Aksara
2024/10/01 02:26:16
Back to Top
HTML Embed Code: