Telegram Web Link
"Aku dengar, dia tu
begini, begini. Orang
cakap dia tu, macam ni
macam tu. Entahlah
betul ke tak. Tapi tengok
muka dah ye dah. Macam
bajet bagus."

"Dia tu macam susah je
nak approach. Muka ketat
je aku tengok. Aku senyum
pun dia tak balas. Jauh nak
diajak bersembang."

Ha, ini korang kan?
Cepat cakap. Pernah kan
membawang begini?


Aduhai kawan.
Be fair-minded.
Tak kenal, tak cinta.
Macam mana kita boleh
assume seseorang itu
begitu - padahal kenal pun
tak, kita ni padanya.

Tapi tak apalah.
Saya tahu, kadang kita
ni memang tak sedar pun
kita terbuat begitu.
Random fikiran begitu
bergulir di minda kita bila
berhadapan dengan orang
baru. Menerima kedatangan
bos atau rakan sekerja baru
dalam sesebuah organisasi
misalnya.

Persepsi begini pasti
mendatangi kita. Makin menjadi,
kalau ada kawan-kawan yang
caknanya tak kena tempat.

Adapun, ketahuilah kawan.
Kita tahu, fikiran atau
perbuatan begini memang
tak sihat. Tak baik untuk kita.
Membuat telahan yang tak
benar atau bersangka buruk
terhadap orang yang kita kenal
pun, nyata Tuhan garis perbuatan
tak berakhlak. Inikan pula bila
berbicara tentang orang yang
langsung tidak kita kenal.
Malah ada yang tak pernah
jumpa langsung pun tega
percaya bulat-bulat.

Pernahkah pula kita terfikir
andai nama kita disensasikan
dengan cara begitu?
Mahukah menerima layanan
negatif daripada sekeliling
bilamana fakta auta tentang
kita sedang berleluasa
dikhabarkan?

Pasti tak mahu.
Pasti kita marah.
Berjauh hati.
Terasa!

Jadi, bagaimana kita
harap terjadi yang baik-baik
pada diri kita, begitu kita
harus bersangka baik pada
orang lain. Jangan cepat sangat
termakan hasutan orang lain.
Jangan biar diri kita dimanipulasi
fikir-fikir orang.

Kita adalah kita.
Harus ada pendirian.
Be fair-minded.

@Ruang_Aksara
Zikir angin
Zikir pelangi

angin tanpa wajah
berhembus
kepelusok daerah
pelangi pula berwajah
tujuh lapis warna
sungguh indah

ku cuba sedaya
saat lakaran
bertahmid dan zikiran
dalam bintik-bintikan
dalam lingkaran
meniti garisan

sekadar dua tanda
penuh alwanian
kebesaran..
kehebatan..
keagungan…
kejadian
tanda kewujudan
kebesaran Tuhan

@Ruang_Aksara
MAAFI AKU

Usah dipersoalkan
kenapa aku?
jangan ditanyakan
apakah dosaku?
serasa bejatnya takdir
meladeniku dengan kotor
zalim tanpa rasa kasihan
lunyai tubuhku
dalam rakus kesakitan yang gila
luluh hatiku
dalam desah nestapa yang renta
tenat jiwaku
dalam payah menyonsong masa
lalu apa yang ada
selain keluh dan airmata
cuma kosong memenuhi rasa
tawar hambar layu tiada warna
astagfirullah..
astagfirullah..
astagfirullah..
Maha suci Mu Ya Allah
ikatlah aku pada tali Mu
besarkanlah jiwa ini
agar aku terus menuju Arash Mu
agar kesakitan dan kepayahan ini
umpama buih buih di lautan
yang tidak mampu melukakan iman
maafi aku Tuhan..

@Ruang_Aksara
Dalam menuntut ilmu, sebenarnya takkan ada bertemunya noktah.

Orang-orang yang betul berilmu, takkan rasa nak berhenti belajar dan kaji.

Malah, orang-orang ini akan terus belajar hingga ke akhir hayat mereka kerana mereka sedar hakikat diri yang tahu sedikit cuma berbanding ilmu-Nya yang tiada tara.

Macam mana kita yang tahu sedikit, boleh berlagak tahap dewa?

Angkuh.
Tak sudi berkongsi pula ilmu tu.
Boleh bermimpi nak mengajar tapi tak hendak belajar.

Tsk tsk

Perbaikilah mana yang tak betul.


@Ruang_Aksara
DINERACA AL-MIZAN

Hari ini engkau dimajlis dirai dipuji
Melangit segala pujian nan tinggi
Apakah cukup berbuat bakti berbudi
Pemilik segala puji miliknya ilahi
Rafakkanlah titipan doa mensyukuri
Selagi nafas berdenyutnya nadi
Basahilah kalam dengan hati memuji
Betapa nikmatnya kasih Tuhan
Jangan sesekali leka dilalaikan
Permainan dunia yang menyesatkan
Selagi hayat dikandungnya badan
Berbaktilah tanpa batas sempadan
Agar selamat dirimu dineraca al-mizan

@Ruang_Aksara
Dulu saya tak perasan hal ini.
Namun acapkali berurusan dengan manusia, apatah lagi dalam urusan ukhuwah, saya makin cakna
menekuni isu ini.

Isunya tampak remeh saja.
Soal mahu dipujuk atau
'dibiarkan' saja bila sedang
sedih atau marah.

Kelakar?

Tak kelakar pun.

Nampak remeh tapi ia boleh
menjadi punca lerainya
sebuah ikatan ukhuwah atau
persahabatan.

Saya pernah.
Seorang kawan saya ni, saya tahu sedang hadapi masalah. Tapi beliau enggan berkongsi. Rakan yang lain jadi pelik. Kenapa dia tiba-tiba menyendiri. Saya yang pada ketika itu boleh dikatakan rapat juga dengannya, tentu risau.

Puas saya bertanya dan
memberikan kata-kata semangat
agar dia kembali ceria seperti biasa.
Tipu, kalau kita sendiri tak rasa
down sebab seolah tidak dipercayai
sebagai kawan. Niat kita cuma nak
bantu. Saya ni masih tak berputus
asa memberinya semangat. Hingga,
suatu ketika saya pula jadi terasa
dengannya. Namun, saya sempat
menitipkan nasihat -

"Kalau awak rasa segan berkongsi dengan saya, ceritalah pada sesiapa yang awak percaya, ya?. Jangan simpan seorang."

Dan saya pun tahu, setakat itu
kudrat saya. Beberapa hari
kemudian, dia kembali ceria
semula.

"Maaflah. Aku kalau down,
memang macam tu. Aku
perlu masa untuk diri aku
sendiri. Bukan tak nak kongsi."

Dan berjela panjang diceritakan
pada saya apa sebenarnya yang
disedihkan sebelum ini.

Seterusnya, saya mengenali seseorang pula. Berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama.
Namun, bila saya teliti karakternya,
saya kira dia ini mungkin sejenis
yang tak mahu dirinya dipujuk-pujuk atau 'diganggu' ketika dalam mood
sedih. Jadi, saya bertindak untuk membiarkan. Saya biarkan dia, untuk beri dia masa bertenang dulu.

Tapi, nak tahu apa responnya setelah itu?

"Awak tak ada pun, bila saya memerlukan awak. Saya harapkan ada seseorang yang beri kata-kata semangat pada saya. Tapi tak ada.
Makin sedih hati saya ni."

Allahu...rupanya saya tersilap perkiraan dalam membaca emosi
kedua-dua rakan saya ini ketika berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama.

Begitulah.
Saya adakalanya bertanya
diri sendiri -

'Aku yang mana?
Mahu dipujuk atau dibiarkan
sejuk dahulu?'

Memang tak sangka.
Rupanya ada orang, mahu
dicaknai dengan 'begini'.
Ada orang mahu diprihatinkan dengan 'begitu'.

Jadi untuk diri kita...
mulailah caknai terhadap
siapa kita berurusan.
Jangan salah pujuk.
Jangan salah membiarkan.

Setiap orang, 'prihatin'
dengan cara yang berbeza.
Apa pun, di dalam kasut
siapa pun kita berdiri,
ajarkan hati sendiri untuk
lebih terbuka.

Jika diri kita sendiri pula
yang diuji sedih yang amat...
jangan lekas jatuh dalam
kesimpulan ya?

Kot, berasa diri tak disayang
bila kawan-kawan tak pujuk.
Atau rasa terganggu dengan
pujukan-pujukan yang
'menyibuk.'

Hihihi. Ok lah.
Saja kongsi
.

@Ruang_Aksara
Di sebuah kampung, ada seorang pemuda yang memiliki hati yang cantik. Tiada kesan calar, tiada kesan retak, malah tiada lubang-lubang di sana sini. 

Hatinya -- licin dan berkilau. Dicemburui pula oleh ramai manusiawi. 

Suatu hari, keluarlah pemuda ini mengelilingi kampung. Dia memegang hatinya yang cantik itu dan mengangkatnya tinggi --


"Wahai orang kampung!" Teriaknya kuat. "Lihatlah hatiku ini. Berkilau cantik tiada calar. Siapakah yang memiliki hati yang lebih cantik dari ini?" Katanya lagi, bongkak.

Tiba-tiba, keluar seorang pemuda yang kurus, wajahnya letih namun dia tersenyum sambil berkata, "hati aku, lebih cantik daripada kamu"

Pemuda berhati cantik terkejut, "benarkah? Maka tunjukkan padaku!"

Pemuda berwajah letih pun mengeluarkan hatinya
, "ini." Katanya. Hatinya penuh kesan calar, ada kesan retak malah berlubang di sini sana.

"Begini kau kata cantik?" 

"Ya. Hati aku cantik kerana ia telah melalui apa yang perlu ia lalui. Di setiap kesan calar, kesan retak dan lubang ini ada ceritanya yang tersendiri. Calar ini bermaksud aku kuat keluar dari zon selesa aku sendiri, retak ini bermaksud aku tabah lalui segala derita. Semua ini adalah sebuah cerita tentang kehidupan, sebuah fitrah tentang manusia, yang menjadikan aku siapa aku sekarang, yang aku kira kau tak pernah rasa. Lalu di manakah cantiknya sebuah hati yang tak pernah merasa fitrahnya sendiri?" 

Pemuda berhati cantik itu terjelepuk. Tak pernah dia terfikir akan sebuah hakikat itu, akan setiap hikmah di sebalik kejadian. Selama ini dia hanya mengeraskan hati, bimbang hatinya yang berkilau dihinggapi calar, tanpa dia sedar dia telah membuat hatinya mati.

Lalu perlahan-lahan, tangannya merobek sedikit hatinya, mengambil secebis cuma, dan diberikan kepada si pemuda yang menegurnya,

"Kau telah mengajar aku sesuatu. Nah. Ambil lah cebisan hati ini. Tampalkan lopongan di hati kau. Hati aku, biarkan ia begini, ada kesan lopong sebagai tanda ia telah melalui kehidupan, sebuah fitrah yang dahulunya sering diabaikan"

Lalu pemuda berhati cantik itu tersenyum, mengangkat jua hatinya yang kini telah lopong. Tapi kali ini dia lebih bahagia --

Kerana dia sedar bahawa kesakitan itu bukanlah kesedihan semata, tapi ia tanda sebuah kehidupan yang dilalui sama. 

Jauh sudah kau berjalan duhai hati. Apa khabar dirimu hari ini? Berbahagialah dengan lopongan dan segala calar yang ada, itu tanda kau masih dicintai Yang Esa.


Courage is not the absence of fear. But the triumph over it. The brave man is not he who does not feel afraid, but he who conquers that fear - nelson mandela

And what if one day,

You try to kill yourself,

Just to find out that you are already dead,

Your heart is dead,

Your soul is dead.

Salam cinta.

:)


@Ruang_Aksara
'Kun Anta'

Again.

Be yourself.

The real you.

Kamu yang sederhana.
Bukannya 'keras kepala'.
Kamu yang berpada-pada.
Bukannya ego mendada.
Kamu yang usaha nak
perbaiki diri dengan berlapang
dada pabila menerima
nasihat dan teguran.
Bukannya, rasa tercabar
lantas bangkit 'mencabar'.

Berbahagialah 'berkun-anta'
bila dalam usaha menjadi
hamba yang dekat dengan
redha Allah.
Tiada guna berbangga-bangga
dengan peribadi dan akhlak
yang 'cacat' pada
pandangan-Nya.

Diri, ingat itu.
Jadilah hamba, yang
Allah suka.
Tak apa untuk sentiasa
'dalam usaha' kerana
sampai mati pun takkan
berdiri kita di tapak
sempurna.

@Ruang_Aksara
Nota ini buat kamu yang bernama diri --

Suatu hari kelak,

Andai kau rasa kau sendiri, 

Tolehlah ke belakang lagi,

Dan lihatlah --

Pada saat kau rasa kau jatuh dan tak mungkin akan bangun,

Siapa yang membantumu bangkit berdiri,

Berjalan dan berlari?

Pada saat kau rasa hati kau hancur tak mungkin dapat diperbaiki, 

Siapa yang membantumu mencantum segala cepisan yang ada,

Hingga yang hancur kembali elok semula?

Pada saat kau rasa kau tak mampu senyum lagi,

Siapa yang sentiasa memberi bahagia,

Hingga senyum pun kembali terukir di bibir? 

Pada saat kau rasa buntu,

Tiada jalan keluar,

Siapa yang menunjukmu jalan,

Meski awalnya kau rasa begitu mustahil? 

Dialah Allah -- cintamu yang paling sejati. Yang Paling Menyayangi. Yang Paling Mencintai. Yang Selalu Ada. Yang tak pernah menyakiti

Yang tak pernah tinggalkan kau walau sedetik. Tak pernah. Cuma kau sahaja yang berlari jauh hingga kau lupa pada adanya Dia.

Duhai diri, kembalilah mendongak ke langit, lihatlah awan yang memutih. 

Betapa hebatnya Allah dalam mentadbir. Tidakkah kau percaya pada perancanganNya buat dirimu? Bersabarlah. Kepahitan yang kau telan sekarang bakal membuat kau sedar akan nikmatnya di masa depan.

Aduhai -- siapalah yang paling hebat merancang melainkan Dia? 

Dan kerana cinta itu, adalah kita.

Allahku, uhibbuka.. 

"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas". (Adh Dhuha: 5)

@Ruang_Aksara
Menulis dan membaca ni,
ibarat makan dan minumlah kan?
Sama pentingnya.
Tak boleh nak buat satu saja.
Mesti dua-dua harus dilakukan.

Ya, demi ilmu.
Demi usaha menabur manfaat
untuk diri sendiri dan
menyebar manfaat untuk
orang lain.

Mesti usaha rajinkan diri
baca dan tulis.

Bagi yang belum 'membaca',
bukalah pintu hati untuk
melaksanakannya. Ia bukan
semata 'hobi' tapi keperluan.
Bukankah membaca medium
kita menuntut ilmu juga?

Bagi yang belum menulis,
tulislah walau sedikit.
Tak semestinya tulis untuk
jadi penulis.
Tulis kerana itu sebahagian
daripada 'proses' untuk
mengingat dan menghadam
maklumat.

InsyaAllah, moga kita semua
dipermudah urusan dalam
menuntut ilmu dan diberi
kefahaman untuk mengertikan
tiap 'ajaran-Nya'.

InsyaAllah.

@Ruang_Aksara
Hidup ini adalah sebuah perjalanan.

Dan dalam perjalanan kita -- 

Ada yang sudi untuk tinggal, sentiasa di sisi, dekat di hati..

Dan ada pula yang memilih untuk pergi menjauhkan diri, tak peduli. 

Fokuslah pada yang mahu tinggal, yang mahu dekat di sisi, yang sentiasa dekat di hati --

Usah kau hiraukan mereka yang mahu pergi, kerana bak sebuah perjalanan -- masa kita terlalu singkat untuk meratapi sebuah kepergian, tak lama lagi kita perlu pulang ke sisi Tuhan.

Fokuslah pada apa yang sepatutnya. Jangan hilang fokus hingga kita tak peduli pada hati yang mengasihi.

Kelak suatu hari jika mereka yang pergi itu ingin kembali -- andainya kau masih sudi, terimalah dengan besar hati.

Tapi, andai begitu bernanah hati kau sendiri hingga kau rasa kau bakal lebih menyakiti, tenang sahaja dan katakan pada mereka --

"Sudah jauh kau berkelana, kawan? Maaf aku sudah biasa begini, hidup tanpa kau di sisi. Dan sepertimana dahulu kau pergi, kali ini aku rasa aku pula perlu minta diri. Bukan tak sayang. Bukan tak kisah. Tapi satu. Aku cuma dah penat. Penat dengan orang yang tak pernah belajar menghargai." 

Tak apa, rawat hati kau dulu. Dan ingatlah akhirnya bahawa orang-orang yang bersabar, memaafkan dan melupakan hakikatnya begitu disayangi oleh Yang Esa. 

Maafkanlah -- walau hati kau tak boleh terima semula.

Lupakanlah -- hidup terlalu singkat untuk kau ingat kesakitan yang ada. Bagaimana bahagia bisa menjelma bila yang kau fikir cuma sebuah luka? 

Berjalanlah -- kerna berhenti itu bermakna kau mati. 

Sesungguhnya jalan ini bukan untuk orang yang manja.

Salam cinta. Jom sebarkan bahagia :)

@Ruang_Aksara
Bicara tentang nasihat,
adakah kita sepanjang
masanya hajatkan nasihat
yang menyantuni?
Yang berkias, berlapis, yang
menjaga hati?
Lalu, bagaimana kita
harus sedar tahap keseriusan
sesuatu nasihat jika kita
mengharapkan dijaga
sensitiviti jiwa sepanjang
masa?

Baik yang sedap didengar,
atau tidak - kata-kata
seseorang tetap akan
menjadi 'nasihat' pada jiwa
yang memandangnya
sebagai nasihat.

Kerana aku tahu,
perihal pendekatan tiap
insan dalam memperbetul
insan yang lain takkan
sama, selalu berbeza.
Justeru, aku memilih
untuk raikan saja meski
akal sentiasa menerawang
mempersoal sejatinya
kalam yang dituturkan.

Biar dia.
Ini tentang aku,
kepalaku. Fikiranku.
Kata dua untuk aku.
Ini tentang kita, yang
mahu bertindakbalas
seperti apa saat dihujahi
nasihat yang serupa nasihat,
serupa bukan nasihat.

Beginilah.
Biar orang dengan caranya.
Tapi untuk kita, tetaplah
pilih untuk tetap dahulukan
adab. Memberi dengan
baik. Tidak membentak-bentak.
Selalu lihat dirinya sebagai
diri kita.
Salahnya sebagai lemah
kita.

Jika orang 'beri' kita,
terima saja dengan
berlapang dada.
Jika kita pula harus
'memberi', maka berilah
yang terbaik.

Biar yang diterima
kita, tak indah
mana - tapi tetap terkesan
indah di hati kita.
Dan yang indah-indah
tetap terpilih untuk
dijadikan bingkisan
terindah buat mereka.

Senyum.

InsyaAllah. Begitu,
kemenangan jiwa
sentiasa dimilikimu.

@Ruang_Aksara
I smile when i feel i want to.
I laugh when i feel i want to.
I cry when i feel i want to.
As easy as if i want, i don't need
to wear others smile to make me
looks okay, or let my tears drop
from others eyes when i feel like
to cry.

I'm able to do it anytime
without involving others.

Banyak kerja yang kita boleh
buat sendiri, sukarela.
Tak perlu struggle nak fikir sangat.
Tak perlu libatkan wujud orang lain. Sendiri-sendiri layan rasa,
terjatuh dan hulur tangan
'angkat diri sendiri' - pujuk diri -
'kau boleh, kau boleh, kau boleh!'

Kata kat diri - 'it's okay for you to
cry, but don't let the tears make you
drown.' Jangan ditenggelamkan;
jangan dihanyutkan. Belajar untuk
rasa keberadaan Tuhan dalam
segenap hal dan urusan.
Walau seremeh hal-hal perasaan.

Supaya jiwa kau terbiasa -
tak apa, tiada manusia berpihak
pada kita. Kau ada Tuhan yang
tak lelap menjaga dan memelihara.
Jadilah manusia yang mudah
menangis kenangkan Pencipta,
bukan menangis kerana
makhluk-Nya.

dari kamar jiwa.


@Ruang_Aksara
Dalam hidup,
Bila bila rasa down, rasa macam segala benda tak menjadi mengikut perancangan kita.

When sometimes you feel like,

"What happened to me?
"Why is everything messing up?"
"Why is everything in this dunya run away from me and leave me behind?"
"Why it's become like this ya Allah?"

Hold on..
Hold on dear..

Lets say,

Hasbunallahu wa ni'mal wakil, ni'man maula wa ni'man nasir.

"Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami, sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".

Yakinlah Allah yang menyusun perjalanan hidup kita.

Allah tak pernah tersalah menyusun takdir kan?

Makin rasa tak boleh go on,
Ulang lagi, ulang lagi.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Al Imran :173)

Pejamkan mata, dan rasakan hanya Dia.

Alirkan lah air mata, dan rasakan hanya Allah.
Dia ada, sangat dekat dengan kita.

Segala kepahitan,penat, sesak, lelah atau apa jua yang dirasa, insya Allah adalah kebahagiaan untuk kita 'di sana'

Semuanya susunan dari Dia.

Sometimes you want to cry.
You don't know what to do.
You messed up.

But then,
be strong.

Sometimes, you really need and you just need to be so.

Even when you cry loud inside despairing your tiredness, you just need to stay strong.

Stay strong dear...

Indeed, Allah knows best. Who else has the power or the ability to know everything about everything other than the All-Knowing?

Believe, that Allah knows what’s best for us. And finally, in the end we can say alhamdulillah for all His blessings in our life.

Remember this simple yet powerful ayah?

"Dan kerana Allah, bersabarlah." [Al mudassir:7]

Wa lirabbika fasbir.

Subhanallah...
Cantik sangat Allah susun hidup kita ini.

To be able,

Makan, minum.
Jalan,
belajar,
kerja.

Maha Baiknya Allah.
Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya.

Segala ujian yang perit dalam hidup.
Itu bukan lah satu penderitaan.
Tapi satu kekuatan.

Kerana..
Hari hari ke hari, setiap detik yang berlalu,
kita sedang diajar.

Diajar erti kehidupan oleh Tuhan.

Dont you think its a real blessing from Allah?
Maha Baiknya Allah kepada kita.

And now,
Turn to Allah, because nobody else will be able to help us more.

It's Allah and only Him can help us.

In whatever condition, seek Allah's help.

So today, let us raise our hands again.

Let us pray for a continuous mercy, blessings and guidance from Him until the day when we return to Him.

The day when all will be finally ends and we can all smile with contentment, because we have done our best.

Insya Allah.
Have faith, have faith dear..😊

@Ruang_Aksara
Langit gelap.
Saya ingat lagi masa tu bila dia kata;

"Fa, kalau kita rasa cemburu dengan apa yang Allah bagi dengan orang lain, kita kena doakan orang tu."

Angkat kening.
Hairan, pelik semua ada.

"Doakan?"

"Ya doa. Doakan secara spesifik. Contoh lah, kalau orang tu dapat pergi umrah, doakan dia dapat pergi haji pula lepas tu.Lepas tu kita kena redha apa yang Allah bagi kita. Barulah kita tenang.."

More or less.

I smiled.

Baru saya faham.
Ketenangan hati tu kita akan rasa bila kita selalu merasa cukup dengan apa yang ada.

Apa yang Allah bagi.
Apa yang telah Allah sediakan buat kita.

Jika kita tengok orang lain cemerlang, doakan dia pula cemerlang untuk hari-hari seterusnya.

Kalau kita tengok orang travel sana sini, doakan semoga Allah murahkan lagi rezeki dia.

Jika kita tengok orang grad, doakan pula orang tu dapat pekerjaan yang baik.

Kalau kita tengok orang pergi umrah, doakan pula dia dapat pergi haji.

Jika kita tengok orang kahwin, doakan pula dia mendapat anak yang soleh/solehah.

Jika kita tengok orang lain bahagia dalam hidup, doakan lagi mudah-mudahan Allah bahagiakan dan tambahkan lagi rezeki orang tu.

And the list goes on..

Dan ayat yang selalu buat hati saya tersentuh,

"Besarnya kuasa redha..."

Means to wholeheartedly accept whatever decisions that Allah has decided upon us.

And interestingly, one of the path involves us doing the same thing; redha dengan ketetapan Allah.

And looking around me, I guess I'm learning a thing or two about this; that redha is not just through words;

"Aku redha"

It's when our amal and hearts are.

Dan saya perasan, bila kita mula doakan orang hati kita jadi gembira, hati kita yang lebih tenang.

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Allahumma Inni as aluka nafsaan bika mutmainnah, tu'minu biliqaa-ika wathardha, Bi qadhaaika, wataqna'u bi atho ika.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepada Mu, yang yakin akan bertemu dengan Mu, yang redha dengan ketetapan Mu, dan yang selalu merasa cukup dengan pemberian Mu."

Masya Allah!

So, don’t get disheartened if you’re not yet graduated, employed, married, have chil

The thing is we may not be where we want to be in life. But we’re exactly where Allah wants us to be.

Have faith! :)


@Ruang_Aksara
"Cemburunya dengan awak ni.
Semua nampak elok ja."

Tak perlu saling cemburu untuk sesuatu yang bukan milik mutlak kita.

Nak cemburu, cemburu kepada orang miskin yang miskin tapi pemurah.

Nak cemburu, dipersilakan cemburu kepada orang kaya yang hidupnya penuh kesederhanaan lantaran takwa yang tebal dalam jiwanya.

Nak cemburu, cemburu pada orang yang dianiaya, disakiti, diaibkan...tapi masih tersenyum penuh kesabaran. Tak ada menyimpan rasa marah dan dendam kerana 'faham' situasi orang lain yang 'tak faham' situasinya.

Nak cemburu, cemburu pada manusia-manusia yang disebutkan namanya dalam al-quran kerana ketakwaan yang tiada tandingan.

Nak cemburu, cemburulah pada si pendosa yang sedar akan dosa-dosanya lantas bertaubat pada
Yang Esa.

Nak cemburu sangat kan?

Cemburulah pada orang yang manfaatkan masanya dengan menghargai sisa-sisa usia yang ada untuk 'melamar' redha Allah...bukan buang masa cemburu buta tuli!

Cemburu itu fitrah.
Bukan pelik pun bila jatuh cemburu.
Lorongkan segala yang fitrah dalam diri kita, untuk dapatkan pahala, dapatkan syurga, dapatkan redha Allah yang terlalu mahal harganya!


@Ruang_Aksara
Sebenarnya sudah lama isu -

"Kerja cikgulah yang paling penat antara semua. Bukan sekadar penat mengajar tapi harus jaga anak-anak orang pula. Pekerjaan lain banyak guna tenaga fizikal saja. Kami ni banyak guna tenaga kat mental fizikal. Penat!"

"Mana ada! Kerja doktorlah yang paling penat! Mana nak oncall lagi. Tidur pun dapat 2-3 jam sehari tu...alhamdulillah lah..."

"Kerja kilanglah penat! Kat luar negara lengkap berperalatan canggih berteknologi. Robot belaka buat kerja. Kat sini, kami nilah yang dari pagi sampai petang bekerja. Cukup bulan, dapat gaji pun sikit sangat. Kadang fikir, tak setimpal dengan masa dan tenaga yang telah kami korbankan."

"Kerja jadi cleaner lah penat. Bayangkan, seharian dok kutip sampah orang buang, dok tenyeh lantai kotor orang pijak. Yang sedihnya, bagaikan sia-sia buat semua tu bila di akhir hari...sampah tetap ada, malah bersepah-sepah. Lantai tetap hitam-legam bagaikan tak bermop. Penat....,"

"Hey hey. Jadi suri rumahlah penat. Semua orang kata, 'eloklah jadi suri rumah tak penat.' Tak tahu, kamilah yang paling penat sebenarnya."

Bagi saya, tiada pemenang siapa paling penat sebenarnya.
Setiap pekerjaan ada cabaran dan dugaannya yang tersendiri. Nama pun bekerja. Memanglah menuntut kesabaran.

Janganlah kita membanding-bandingkan pekerjaan siapa lebih ringan, beban siapa lagi berat etc. Apa jua pekerjaan yang sudah ditakdirkan untuk kita, maka itulah yang dipilihkan tuhan dalam menguji kita.

Saya pernah beberapa jam berziarah ke sebuah taska. Riuh-rendah dengan suara kanak-kanak. Ada yang tertawa, menangis malah menjerit-jerit. Tak sampai setengah jam, saya sudah boleh mengenal nama-nama dan 'warna' mereka.

Apa yang dapat saya simpulkan, persamaan kanak-kanak ini adalah...mereka mahukan perhatian. Saya bercadang kononnya mengajak mereka bermain bersama-sama.Tapi tidak berhasil bila mana mereka masing-masing mahu 'dilayan' dengan cara tersendiri. Ada yang datang duduk di riba saya. Ada yang kononnya mahu bercerita tapi tak mahu kawan-kawan lain ada bersama. Dan macam-macam lagi.

Serabutttnya rasa! Haha.
Bukan tak biasa dengan kanak-kanak. Tapi bila datang dalam jumlah yang agak ramai, naik pening juga kepala saya. Haha. Mana nak dengar yang ini bercerita, datang pula seorang lagi bertanya itu ini, datang pula seorang lain nak melaporkan perbuatan kawannya A menarik ikatan tocang pada rambut B hingga B menangis kesedihan.

Aduilah~

Apa pun, saya begitu kagum dengan cikgu taska yang masih tersenyum dan bersabar 'mengawal' kenakalan kanak-kanak ini. Pada waktu itu juga saya menolak persepsi saya sebelum ini bahawa 'cikgu taska kerja tak penat sangat'.

Hal ini kerana, suatu ketika dulu saya pernahlah berangan-angan untuk jadi cikgu taska saja. Tak perlu susah-susah. Cuma jaga budak saja! Rupanya, ia tidaklah sekacang yang saya sangka. Huuu tidak....😭😭

Oleh itu, marilah kita sama-sama perbetulkan cara berfikir. Belajar berinteraksi dengan sekeliling. Cakna. Fokus.
Belum tentu yang kita anggap mudah, mudah untuk kita. Dan begitulah sebaliknya.

Kerjalah apa pun.
Semua sama penting.
Semua mencabar.
Pintalah keberkatan daripada
Allah, itu yang kita mahukan.

@Ruang_Aksara
Bila saya ingat kes beberapa hari lepas, seorang ustazah yang mengalami kemurungan
hilang dan ditemui kembali.

Saya termenung.

Ada yang komen,

“Tak cukup bergantung pada Allah”
“Tanda iman tak cukup kuat”
“Patutnya awak lagi tahu amalkan al-Quran zikir tu semua yang bagi tenang”

"Pray more, read quran more..all your problems will be settle.."

People might say:

“Don’t worry, trust Allah.”
“This is just a phase. You’ll get over this.”
“Be thankful for your life. You’re not dying.”
"Read quran more..you'll be fine"

Never mind. Perhaps they didnt know what you've gone through.

They didnt know you've done enough.

Despite what others think about you, what others make you feel, just know that Allah loves you.

Teringat peristiwa itu.

"Aku tak gila!"

Anak muda itu membentak. Matanya buntang dengan perasaan marah yang memuncak. Lebam di bawah mata jelas menunjukkan tidurnya yang tidak cukup.

"Ya, kamu tak gila."

Sejak saya belajar subjek psychopathology, masa tu baru saya sedar, masa tu baru rasa boleh rasa macam mana orang yang ada mentall illness ni.

Tiada siapa yang bersamanya di rumah.

Dia kata dia sendiri minta dimasukkan ke dalam hospital sebab dia tak sanggup lagi mendengar suara yang meminta dia terjun dari tingkat 15 rumahnya. Dia adalah pesakit schizophrenia. Setelah mengambil ubat dan menerima rawatan, dia kata suara itu hilang.

Cuba bayangkan keadaan pesakit lain yang tidak menerima rawatan?

Saya ingat lagi dua tahun lepas, seorang kawan saya tiba-tiba menghubungi saya,

"Amar aku nampak dia selalu cakap sorang-sorang. Entah gila ke apa, Amar aku nak pindah rumah lah, tak nak stay dengan dia..takut mar...tolong aku.."

Rupa-rupanya, lama-kelamaan bila didiagnosed rupanya, kawan dia itu menghidap schizophrenia.

Itu kali pertama saya jumpa orang real yang menghidap schizophrenia.

“Jadi dia berhalusinasi dan berkhayal pada suatu yang tak wujud, macam tu eh mar?"

“Ya. Tapi bagi dia, semua itu nyata. Dia gagal untuk bezakan realiti dan yang tak"

Bukan main terkejut lagi kawan saya ketika itu.

"Bukan gila ke Mar?"

"Bukan, jangan anggap macam tu, cuma orang yang ada sakit ni struktur otak dia lain sikit dari orang lain. "

"Apa yang bezanya Amar? Ada serangan bakteria ke atau virus kat otak dia?"

Saya rasa macam nak gelak tengok muka kawan saya ketika itu.

"Eh tak lah, actually kandungan kimia dalam otak tu tak stabil sebab tu pesakit tak boleh nak proses maklumat sampai dia keliru apa yang dia lihat dan dengar. Mudahnya macam tu lah."

Saya senyum.

The conversation then went on and on.
But it came when I realised this kind of people, they need us!

So if there's a message I want us to understand now, is to never take the people around us for granted. Understand them, listen to them.

Each and everyone of them carries a story. The story that somehow will make us want to change and be certain in our decision.

There are reasons why Allah send them and make us notice their presence in our life. It is now time to explore.

Didn't we just say that life is a mystery? Well it is not a mystery until we venture out and start exploring!

Truly Allah knows better. He is the best planner.

Hang in there!

I'll pray may Allah give all of us the best in our dunya and akhirah.

Insya Allah😊

@Ruang_Aksara
PERCAYA DIRI

Kalau bukan diri kita
sendiri yang harus percaya
diri sendiri, siapa kita harapkan
untuk percaya diri kita?

Kalau kita memilih berlemah,
lalu siapa kita harapkan
untuk mengangkat diri kita
jadi cekal dan kuat?

Dalam kekuranganmu,
ada kelebihanmu.

Antara kita, tiada siapa
kurang, tiada siapa lebih.
Sama saja kita.
Pandangan mata zahir saja
yang seringkali salah tafsir.
Allah beri adil. Semua sama.

Suka sangat dengan mutiara
kata Pak Tere Liye ni.
So true.

Ada orang, pandai menulis.
Ada orang, pandai bercakap.
Kita yang dirasa tak pandai
apa-apa ni, tak cuba belum
tahu.

Kita pun boleh cari gali
potensi diri sendiri -
apa yang boleh kita lakukan
untuk jadi bermanfaat kepada
orang lain.

InsyaAllah.
Allah suka orang yang
suka usahakan kebaikan
walau sedikit dan tahu bersyukur
atas apa yang telah dikecapi.

Belajar,
untuk yakin diri.

@Ruang_Aksara
"Perlu ke tak sebenarnya kita
ni nak dengar cakap buruk
orang tentang kita?"


Jawapan : PERLU -
bila kau mampu
menukarkan yang negatif
kepada positif.

Contohnya , bila ada suara
berkata-kata.

"Kau ni tulis-tulis buku, bajet baik
bagai ni, kau nak buktikan kau baik ke?”

Kalau kau dengar begitu,
kau nak buat apa?

Adakah kau akan berhenti menulis serta-merta kerana sedar diri belum layak menulis (dengan tujuan mengajak orang kepada kebaikan) yang baik-baik lantaran diri belum jadi baik?

Atau, adakah setelah mendengar kata-kata sinis itu kau makin bertambah semangat untuk menulis kerana sedar menulis yang baik-baik ini juga adalah usaha untuk memperbaiki diri?


Nah.
Sebenarnya, tak perlu risau apa orang nak kata. Memang mulut manusia takkan berhenti berkata-kata selagi lidah itu masih aktif berfungsi.

Kita tak boleh nak kawal lidah mereka agar berbicara yang baik-baik dan sedap didengar telinga
kita saja.

Kita sendirilah, yang harus bijak mengawal minda agar mampu berfikir positif!

Orang cakap buruk pun, kita stay cool bersahaja. Kita tahu matlamat kita apa dan perkenan siapa yang kita kejar.

As simple as that.
Tak perlu runsing pada sesuatu
yang tak perlu pun nak
dirunsingkan.

😌

@Ruang_Aksara
2024/10/01 04:51:44
Back to Top
HTML Embed Code: