Telegram Web Link
Hari ini juga bakal
tenggelam menjadi
kelmarin untuk
dikenang-kenangkan.

Hari ini juga,
ada sisi tak sempurna
yang dilalui tidak
sepenuh hati.

Ada hikmahnya masa
fitrahnya ke hadapan,
tidak terubahkan dek
tangan manusia untuk
diputar jauh ke belakang.

Kelak,
saat kau berdiri
di pentas masa depanmu,
pasti ada pada 'hari ini'
yang mahu kau perbetulkan.
Diletak pada tempatnya.
Disusun elok, cantik -
penuhi mahu dan rasa.
Sedap dikenang jiwa.

Mustahil untuk tidak
berlaku khilaf pada mana-
mana masa.
Khilafmu itulah yang
menjadikan kau lebih
dewasa, jika kau merenung
dan belajar daripadanya.

Diri, bukankah ini
iktibar untuk hati?
Tiada sehari yang
berjalan sempurna.
Kerana kita hanya hamba
lemah yang tak mampu
diramal bila kan berbuat salah.
Akan ada tempangnya dalam
langkah yang tampak
sempurna.

Kita secara lumrahnya akan
tetap berbuat salah.
Agar kita belajar daripadanya.
Menjadi semakin matang
dan lebih dewasa.

Bersalah dan belajar.
Belajar lagi dan bersalah.
Dan belajar lagi.

Sampai bila harus belajar?

Sampai bila-bila.

Sampai, kita sudah
tidak menjejak 'hari ini'
pada masa hadapan.

Aku mahu jalan terus,
berbekalkan kenangan
kelmarin yang tetap
membahagiakan untuk
dibawa bermain di fikiran.
Walau tak semua terjalani
indah seperti yang diharapkan.

@Ruang_Aksara
Nak buat kebaikan dan kebajikan ni mudah saja sebenarnya.
Tapi kita ini yang selalu tertipu.

Contohnya nak bersedekah.
Ada antara kita yang salah faham. Kononnya kalau nak bersedekah, menderma atau memberi sesuatu kepada orang lain perlu 'mampu' dahulu.

'Mampu' yang dicadangkan agama adalah...'tak apa kita ada sedikit, kita berilah sedikit. Asalkan kita ikhlas kerana Allah. Apatah lagi kalau kita ada banyak. Kita beri semampu kita dengan bijaksana dan harus ada rasa dalam hati, yang amal kebajikan ini dilakukan semata-mata nak raih redha Allah.'

Lain perginya definisi 'mampu' pada kebanyakan kita. "Kalau kaya baru memberi. Kalau tak kaya buat apa nak beri? Kita pun tak cukup. Buat apa susahkan hati fikirkan orang lain? Korbankan apa yang kita ada untuk orang lain?'

Alangkah sempitnya pemikiran. Berfikirlah jauh dan luas sikit kan?

Tsk tsk

Sebab itu, iman dan takwa perlu melekat di hati kita. Kerana ia akan memandu kita agar berfikir sebagai mukmin yang profesional.
Kalau kaya, jadi kaya yang rendah hati dan pemurah. Kalau miskin, jadi miskin yang berusaha dan merasa qanaah atas rezeki yang Allah berikan. Andai ada sifat qanaah atau rasa cukup dalam hati setiap insan, pasti kita tak banyak fikir untuk memberi walau sedikit.

Buat amal kebajikan ni perlu pengorbanan.
Tapi kan,bila difikir kembali apalah sangat pengorbanan kita yang sedikit ini andai semuanya Allah balas dengan pahala, dengan syurga, dengan redha-Nya??

Teladani pengorbanan Fatimah dan Ali sekeluarga. Ketika mereka tiada apa-apa melainkan makanan yang sedikit untuk berbuka puasa, didatangi pula orang luar yang meminta belas kasihan. Meminta makanan untuk diberikan kepada anak yatim dan tawanan perang. Allahu. Mereka tiada banyak fikir buruk macam kita. Tiada mengeluh dan merungut. Diberikan apa yang mereka ada kepada yang lebih memerlukan.

Apa agaknya motivasi mereka melakukan pengorbanan begitu??

Redha Allah.
Pahala.
Syurga.

Allah Allah. Andai kita di tempat mereka??
Kita mungkin beri sumpah-seranah. Ceramah dan tazkirah berjela. Kan....😢

Nauzubillahi minzalik.

Moga kita juga mampu menjadikan redha Allah sebagai motivasi untuk melakukan kebaikan dan kebajikan.

Aameen.

Muhasabah.

@Ruang_Aksara
Allah hidupkan kau,
bukan untuk kau mati.

Allah uji kau,
bukan untuk lihat kau menderita.

Umurmu akan berputar mengikut rentak zaman.
Seperti mula adalah awal.
Pasti wujud tamat dan akhir.

Hidupkanlah kehidupanmu.
Memang itu tujuan wujudmu.

Meski kau sekadar menyinggah,
jangan biar permusafiranmu sia-sia.

Selagi zaman tak sepi.
Masa masih tak mati.
Siap-siapkan hati.
Rintangan akan selalu menerpa.
Sambutlah sapaannya dengan redha.

Ingat diri...
ujian yang datang bukanlah kekejaman tapi latihan untuk kau bertambah matang.
Nilailah segalanya dengan hati yang punya iman. Bukan jiwa yang dibebani rintihan.

Senyum sikit.

:)

@Ruang_Aksara
Pergilah. Keluar. Berjalan.
Berkawan. Temui ramai
orang. Selami jiwa banyak
orang.

Sendiri-sendiri apatah lagi
dalam kondisi diri yang
sakit diuji, kita akan nampak
betapa diri kita saja yang sakit.

Kita akan lihat seolah Tuhan
tak adil dalam rencana-Nya.
Lalu mulalah kita jadi
sedih berterusan.
Dekat dengan putus asa.
Makin jauh daripada-Nya.

Tapi bila kita mulai mencari
sesuatu yang dinamakan
ibrah, ia akan wujud di
mana-mana.

Macam mana sekalipun,
DIA akan temukan.
DIA akan lorong jalan
kefahaman.

Melihat konteks ujian dari
persepsi keimanan,
kita akan dapat melihat
bukti Ar-Rahmannya Tuhan.
Kita akan dapat merasainya.

Masa tu, kita akan bersyukur
dan sedar betapa ujian
yang ditimpakan kepada kita
sebelumnya bukanlah bentuk
ketidakadilan atau kezaliman
bahkan itu adalah rahmat-Nya.

Alangkah beruntung yang
mampu membaca bahasa
kasih-Nya. Berusahalah agar
yang terpilih untuk faham itu
adalah kita selalu.

InsyaAllah.


@Ruang_Aksara
"Kak, andai waktu boleh diundur, apa yang Kak Jaja nak buat?"

Diam.
Senyum.

"Dik, Kak Jaja akan buat perkara yang sama dan keputusan yang sama. Tiada apa yang perlu diubah."

Dia tersenyum mendengarnya.

Begitulah kehidupan. Tanpa kesilapan, kesalahan dan kisah silam, kita tak akan jadi siapa kita yang sekarang. Tanpa kisah silam, kita tak akan belajar banyak perkara. Bukan ke setiap sesuatu yang berlaku tiada yang sia-sia?

Setiap keadaan, Allah berikan kita pelajaran. Bersama setiap kejadian, Allah menitipkan pesan. Disebalik kesedihan akan ada kebahagiaan. Disebalik kesenangan pasti ada ujian. Jadi bersyukur apa yang telah kita lalui sehingga saat ini dan terus perbaiki diri.

Sungguh. Setiap perkara tiada yang tiba-tiba, semuanya perlukan proses.

Sama seperti saat kita bersusah payah mendaki bukit. Banyak cabaran yang perlu dilalui. Bila lelah, berhenti seketika kemudian teruskan berjalan. Pengakhiran jalan kita akan temui permandangan yang indah.

Kalau dulu mungkin kita BLUR dengan apa yang berlaku, tak apa. PELAN PELAN KAYUH untuk fahaminya dan insyaAllah kesudahannya kita akan CLEAR dengan ibrah atas apa yang berlaku dalam hidup kita.

@Ruang_Aksara
Ahhhh." 

Kau lepaskan satu keluhan berat. Kau rasa penat. Lalu kepala kau letakkan ke bantal. Badan kau luruskan. Mata kau lelapkan. 

Satu jam. Dua jam. Hingga ke 5 jam kau terlena. Kau bangun -- hairannya penat itu masih kau rasa. Menggigit-gigit seluruh tubuh tercinta.

Cubalah kau bangun dan lihat ke cermin -- lihat baik-baik wajah kau yang lesu, mata kau yang membiru, senyuman yang kau ukir pun tidak lagi semanis dahulu. Cubalah kau sedar, yang penat hakikatnya adalah sebuah jiwa. Meski kau tidur 24 jam lamanya -- lesu itu pasti tetap dirasa. 

Ya. Aku tahu setiap gusar yang membelenggu -- keluarga kau, rakan kau, jiran belakang rumah kau, saudara-saudara yang lainnya. semuanya mengganggu fikiran, semuanya kau fikirkan, semuanya kau rasa bertanggungjawab untuk bantu leraikan.

Tapi kau lupa pada diri kau sendiri. Kau tahan segala perit yang kau lalui. Kau terima setiap kesusahan yang menjatuhkan kau dari berlari. Kau tadah setiap butir peluru yang menembusi diri. 

Sampai kau hancur -- tak mampu diperbaiki lagi.

Lalu sekarang tarik nafas dan dengar apa yang aku kata -- kau perlu berehat. Bukan badan kau. Jiwa kau yang perlu berehat sebab kau juga manusia. Macam kau kata kalau kau tak ada, siapa mahu bantu mereka-- lalu kalau kau hancur bagaimana dengan mereka? 

Berehatlah sebentar. Tak salah menarik nafas hingga kau lega. Tinggalkan sebentar segala perkara yang menyesakkan jiwa. Buat apa yang kau suka -- yang beri ketenangan pada minda. For once, live your own life happily.

Sampai satu saat nanti bila kau tengok cermin -- kau lihat wajah yang ceria, senyuman yang gembira, dan kau mampu berlari semula sambil menghulurkan tangan kau berkata --

"Awak, jom kita masuk syurga?"

:)

@Ruang_Aksara
N I A T

Semua kita tahu kan, berkualitinya suatu ibadah bukan pada kuantitinya yang banyak, bukan pada rancaknya sorakan pujian dan sanjungan manusia, bukan jua pada besar atau mencabarnya ibadah tersebut untuk dilakukan seorang insan biasa.

Buatlah ibadah banyak mana pun.
Tak kisahlah kau dapat pengiktirafan atau darjat kemuliaan daripada rakyat biasa atau raja sekalipun.
Berpenat-penat, teruk mana pun kau mengerjakan sebuah ibadah yang mencabar dan besar...

Apalah nilainya...
apalah ertinya...
apalah kesudahannya...

andai Allah tak redha?
Allah tak iktiraf.
Allah tak nak pandang.
Allah kata...'mengapa buat
sesuatu yang sia-sia?’

Segalanya bermula daripada niat.
Niat yang ikhlas.
Niat lillahitaala.
Niat kerana Allah.

Ibadah kecil, dipandang besar kerana Allah mengiktirafnya!
Ibadah sedikit, dijaga istiqamah, diperhalusi dengan motivasi bahawa 'segalanya kerana Allah'...Allah akan lipat-gandakan ganjarannya kelak!
Ibadah biasa-biasa, namun tak pernah tak selit Allah sebagai yang utama...Allah angkat ianya ibadah luar biasa!

Boleh nampak peranan niat di sini?
Nak memulakan sesuatu dengan niat yang suci itu memang mudah. Tapi, nak memastikan perjalanan niat tersebut agar bersih dan bebas daripada ancaman riak,ujub dan penyakit hati yang lain memang mencabar.

Sebab itu, penting sangat-sangat...tajdid niat selalu.
Buat kerana apa? Untuk siapa?
Dialog dengan diri. Istighfar banyak-banyak. Muhasabah selalu.
Ingat-ingatkan diri.

Moga Allah jaga kita selalu.
Janganlah kita laksana suatu
pekerjaan yang sepatutnya baik
dan bermanfaat buat kita, namun kerana jauhnya rahmat Allah daripada kita...ibadah tersebut
tidak bernilai apa-apa.

Astaghfirullahaladzim.

@Ruang_Aksara
Manusia datang dan pergi.
Kita tak tahu siapa setia
berpihak pada kita. Siapa
pula yang berpaling tadah
khianati kita.

Kita tak pasti siapa yang
berterusan mencetus senyuman
di bibir kita dan siapa pula yang
akan meninggalkan rasa
sedih dan kecewa dalam diri
kita.

Begitulah. Tidak dapat diramal
belaka semua itu. Adapun, suka
untuk disuburkan dalam pemikiran
bahawa siapa pun yang kita temui
dulu, sekarang dan akan datang -
itu segalanya ketentuan Ilahi dan
bukan suratan yang dinamakan
kebetulan.

Segalanya punya rasional yang
besar di sebalik tiap kejadian.
Ya, walau terpaksa bermati-matian
menahan kesakitan ujian-Nya.
Sakit itu kelak menjadi ubatu untuk
luka-luka ujian pada masa akan
datang. Sakit yang menguatkan dan mematangkan.

Semalam telah berlalu.
Hari ini, pastinya akan berlalu juga.
Dan esok entah apa pula yang
direncanakan oleh-Nya untuk setiap
kita lalui. Adapun, semat di jiwa walau apa pun bentuk ujian yang bakal kita hadapi di masa hadapan, teruslah memakaikan jiwa kita sebuah pendirian bahawa segalanya terjadi kerana Allah sayang.
Ya, kerana Allah sayang

@Ruang_Aksara
Sebab tu orang kata,
pujian itu menyegarkan
prestasi. Mengejutkan
potensi dalam diri
seseorang.

Makanya, janganlah
kedekut sangat nak memberi
pujian kepada seseorang.
Sebab pujian juga adalah
bentuk penghargaan.

Dan ya betul, menghargai
seseorang tidak semestinya
dengan memuji.
Saya juga punya cara tersendiri
dalam 'menghargai' orang.
Tapi saya memang suka puji
orang yang memang punya
akhlak terpuji; selayaknya
dipuji.

Ada beza memuji dan 'kipas'
orang. Mohon cerdik untuk
bezakan. 😅

Sekian.

@Ruang_Aksara
Dulu, ada seorang sahabat, katanya --

Aku memohon doa kepada Allah, jika Dia perkenankan maka aku gembira SEKALI, jika tidak diperkenankan, aku gembira SEPULUH kali. 

Kerana -- apa yang aku minta adalah pilihan aku, sedangkan apa yang tidak diberi adalah pilihan Allah.

Ah. Betapa mendalamnya kepercayaan para sahabat kepada Allah.

Sungguh, antara diri sendiri dan pencipta kepada jasad yang berdiri -- siapa yang lebih luas pengetahuannya? Siapa yang lebih tahu akan perkara-perkara mendatang? 

Lalu kenapa kita masih sibuk yakinkan hati bahawa apa yang kita mahu adalah apa yang kita perlu. Apa yang kita minta adalah apa yang sewajarnya. 

Walhal, pintu-pintu yang Allah tutup mampu mendatangkan bahaya kepada kita. Kita menangis meronta-ronta, kurang kita sedar di belakang pintu itu ada raksasa gorgon yang menanti. 😁

Janganlah bersedih. Rasulullah selalu memohon agar dijauhkan kesedihan dari hatinya, kerana kesedihan itu mampu menghentikan langkah, kesedihan itu mampu melarikan kita dari jalan yang wajar, malah kesedihan itu selalu membuat kita lemah dan berputus asa.

Maka hari ini tarik nafas, pejam mata, letakkan tangan di dada, bicara pada hati -- janganlah kau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita! 

Salam cinta ;) 

@Ruang_Aksara
Kadang hidup terasa
sangat berat, kerana
kita tidak memandang
ia dari segenap sudut.

Kerana sudah terlalu lama
berada dalam lingkaran
selesa, kita jadi takut untuk
keluar daripadanya.
Kita melihat dari satu titik
arah saja.

Begitu, maka kita akan
nampak diri kita saja lah
yang susah, terbeban dengan
ujian dan teruji penuh
penderitaan.

Padahal, di luar sana
masih ramai yang senasib
malah mungkin lagi dasyat
ujiannya berbanding kita.

Jadi diri, keluar dan carilah.
Teliti dan amatilah.
Ibrah dan hikmah yang
bertebaran.

Kalau kita rasa kita banyak
meluah, maka belajarlah
untuk diam dan mendengar
pula. Sungguh, terlalu banyak
untuk dipelajari.

@Ruang_Aksara
Datang kedai nak beli barang tiba-tiba penjaga kedai terus sebut, "Mulakan hari engkau dengan istighfar kepada Allah."

Terkejut saya dibuatnya. Orang datang nak beli barang, dah tiba-tiba dia pergi cakap pasal bab istighfar ini dah kenapa.

"Kau istighfarlah paling kurang 100X dalam sehari. Mulakan sekarang. Waktu aku isi minyak wangi sekarang ini pun kau boleh habiskan istighfar itu. Mulalah istighfar."

Hati saya tiba-tiba tersentuh. Seolah-olah penjual minyak wangi ini tahu apa yang saya tengah alami waktu itu.

Kadang-kadang hari kita ada pasang surut. Ada waktu iman kita tengah bersemangat, dan ada waktu iman kita tengah sangat 'sakit'. Bila sekali jatuh tersungkur, waktu itu hati kita tersangat 'fragile'. Mudah tersentuh dengan mana-mana peringatan.

Waktu iman tengah fragile inilah yang terkadang hati kita seperti selalu tercari-cari di mana jawapan yang paling baik kita mampu dapatkan. Waktu yang paling dahagakan peringatan dan keimanan.

Cuma macam mana dia ini tahu yang saya tengah mencari 'peringatan' sebegini waktu-waktu begini?

"Banyakkan beristighfar dalam sehari, rezeki engkau akan murah dan urusan kau akan dipermudah."

"Tapi macam mana kalau dia dah istighfar, dia buat maksiat balik. Kemudian dia istighfar lagi, tapi dia buat maksiat balik?"

"Teruskan istighfar. Sampai Hari Kiamat."

"Sampai Hari Kiamat?"

"Ya. Teruskan beristighfar dan beristighfar. Kalau kau berbuat maksiat, mulakan hari engkau dengan beristighfar kepada Allah SWT. Macam yang Nabi Soleh AS sebut kat kaum dia:

قَالَ يَا قَوْمِ لِمَ تَسْتَعْجِلُونَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ ۖ لَوْلَا تَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Nabi Soleh berkata, "Wahai kaumku, mengapa kamu dahulukan perbuatan maksiat sebelum perbuatan kebaikan? Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat." (27:46)

Kau tengok dalam ayat ini, Nabi Soleh AS pesan kat kaum dia supaya mulakan perbuatan istighfar seawal yang boleh. Kalau mereka istighfar dahulu, nescaya Allah SWT berikan rahmat kepada mereka sehinggakan mereka kuat untuk tak berbuat maksiat."

"Tapi kalau istighfar di mulut sahaja tak guna juga. Sebab istighfar kena ada kesan di hati."

"Mulakan dengan mulut dahulu. Bila istighfar dah dibiasakan di mulut, lama-lama ia akan turun ke hati. Jangan tertipu dengan Syaitan yang nak bagi kau rasa putus asa. Dia suka timbulkan syak wasangka sehingga kita rasa putus asa dan sia-sia dengan amal baik kita."

"Betullah apa yang kau sebut itu. Doa-doakan aku ya."

"Bangun saja daripada tidur, terus mulakan hari engkau dengan istighfar kepada Allah SWT. Nescaya rezeki engkau akan bertambah murah dan iman engkau akan bertambah kuat untuk menolak perbuatan-perbuatan maksiat yang ada (insya-Allah)."

@Ruang_Aksara
For all the times you missed the chance of being a friend,

For all the times you’re not just there when they need you the most,

For all the times you broke someone’s heart,

For all the times you weren’t able to or chose to put your guard down and got your soul shattered,

For all the relationships you wished to last forever but did not,

For all the moments you hopped to being rude and forgot the innate kindness in you,

For all the moments you finally learned to speak up for yourself but unintentionally hurt somebody else in the process,

For all the moments you lose your patience because who doesn’t,

I hope you forgive yourself.

For all the nights you chose sleeping over studying because your mind and body just can’t cooperate,

For all the nights you’re stuck up thinking you wished you did better,

For all the days you felt you’re not doing a good role in your family,

For all the days you thought you’re not giving them the best,

For all the days you felt you’re not making them proud,

For all the chances you wished you should have taken,

For all the decisions you made wrong,

For all the mistakes you commit and admit,

For all the regrets you realized in the end,

Please forgive yourself.

Forgive yourself for failing every inch in every corner in every way. Forgive yourself for not giving the pep talk and motivation you deserve. Forgive yourself for doubting your talents and passion. Forgive yourself for not living the way you planned back when you’re 16. Forgive yourself for not giving your body the amount of goodness it deserved to be treated.

Forgive yourself for failing everyday. But do not be afraid of failure. It is okay to get defeated sometimes for you cannot defy human nature. For all the moments life failed you, forgive yourself. Try again. And if for the second or the third or the fourth attempt or for how many times you tried but failed again, please darling, stand back up and do not forget to forgive yourself.

Say "yes" and tell me what you are forgiving yourself for😊

Jumuah mubarakah!

@Ruang_Aksara
Bila ada orang datang ke rumah, simpan telefon peribadi ke tepi dahulu. Dahulukan manusia di depan mata.

Teknologi yang sepatutnya menghubungkan hubungan yang jauh terkadang boleh menjauhkan hubungan yang dekat di depan mata. Tragedi ini yang makin parah makin melanda masyarakat kita hari ini sebenarnya.

Duduk makan depan-depan, layan handphone lebih diutamakan. Kawan datang ziarah rumah, games di telefon lebih didahulukan.

Bila kita tak reti membezakan antara manusia di depan mata dengan manusia di alam maya, itu tandanya kita sudah 'dibeli' oleh telefon, bukan kita yang 'membeli' telefon.

Datang rumah saudara-mara, handphone dahulu yang dibukanya berbanding berbual-bual dengan manusia. Pergi makan di kedai makan satu meja, masing-masing terus buka handphone & langsung tak berbual dengan kawan-kawan di depan mata.

Sensitiviti kemanusiaan makin hilang.

Bukan tak boleh nak main telefon, nak main games, nak layan media semua. Tetapi kawallah 'waktu' penggunaan itu sepenuhnya. Bila nak akses benda-benda ini, kita yang mengawal waktu bila nak buka dan waktu bila nak tutup.

Kita yang 'mengawal', bukan kita yang 'dikawal'.

Apabila waktu nak buka dan tutup pun kita tak pandai nak kawal, itu tandanya kita sudah jatuh dalam kancah KETAGIHAN.

Tak boleh nak tahan lama. Sikit-sikit nak buka. Sikit-sikit nak buka. Sampaikan diri sendiri hilang kawalan, tak boleh nak kawal waktu bila nak buka dan waktu bila nak tutup.

Umpama penagih dadah yang selalu kita sebut sebagai orang yang bermasalah. Tak boleh duduk diam lama. Sikit-sikit nak cari dadah. Sikit-sikit nak cari dadah. Kalau tak jumpa dadah, hidupnya jadi tak tenteram. Tak boleh nak kawal diri. Sebab dirinya telah 'dikawal'.

Samalah seperti kita yang 'dikawal' oleh telefon kita. Tak pandai nak kawal masa, waktu bila patut buka dan waktu bila patut tutup. Sampaikan hilang sensitiviti kemanusiaan disebabkan ketagihan dengan media.

Jenis penyakit seperti inilah yang lebih bahaya daripada ketagihan dadah di luar sana. Sebab kita menyangka kita sedang sihat walhal diri sendiri sudah 'hilang kawalan' tanpa sedar. Dirinya sedang sakit dalam keadaan disangkakannya sedang sihat.

Kesakitan yang tidak dirasakan sakit ini yang lebih bahaya daripada mana-mana penyakit yang jelas kelihatan sebenarnya. Kerana dia sakit tanpa dia sendiri sedar!


@Ruang_Aksara
Pernah tak anda rasa anda ada 'withdrawal syndrome' bila berjauhan dengan telefon bimbit?

Saya pasti, hampir semua orang ada rasa begitu.

Saya pun! Especially bila duduk oversea, jauh dengan family, selalu jugak rasa lonely. Maka kadang payah betul nak berenggang dengan telefon. Kalau wifi atau data lambat sikit macam treler tercabut tayar pun kita dah rasa susah hati.

Adakah ini petanda bahawa kita ni sudah ketagih media sosial?

Kalau anda ditawarkan untuk pegi bercuti di sebuah tempat yang saaangat cantik tapi anda tak dibenarkan tangkap apa-apa gambar dan kongsi kat mana-mana sama ada story whatsapp ke, Instagram ke atau twitter mahupun Fesbuk, anda nak pergi tak?

Nah..

Jawapan anda menggambarkan diri anda. Ia jadi kayu ukur anda sudah ketagihan atau masih di zon selamat.

Kita tak cakap media sosial teruk, tak berguna, tak bermanfaat. Tak!

Saya pun banyak gunakan socmed untuk berhubung dengan keluarga, untuk tahu pengumuman dari ketua akademik tentang course saya, juga di sinilah tempat saya mencurah dan menyusun huruf menjadi sebuah penulisan yang diabadikan.

Tapi, saya rasa ini masanya untuk kita sama-sama memanggil diri, buat renungan dan cuba sedar diri bahawa semakin lama kita memang makin ketagih.

Perlu ke aware tentang ini?

Perlu.
Supaya kita dapat rectify semua ini segera.

Pernahkah kita fikir bahawa socmed memang diciptakan untuk buat kita ketagih?

Tanpa sedar kita ini habiskan masa berjam-jam hanya untuk memes, jokes dan benda yang remeh-temeh. Kita mengaku kita dapat banyak benda bermanfaat dari socmed hakikatnya itu tipu belaka.

Ada antara kita yang dah terlalu uncontrollable dengan socmed. Banyak pengisian newsfeed yang mengikat kita agar terus lekat online hingga tanpa sedar masa kita melaju berlalu pergi tidak kembali.

Terang tanpa perlu torchlight lagi bahawa socmed sangat lah time consuming. Betul?

Lebih menyedihkan, kita juga telah tenggelam dengan benda-benda negatif yang kita peroleh di situ. Ada yang memberi emosi sedih, kecewa dan marah. Kadang tu pagi-pagi kita scroll, mood kita terus hancus dengan apa yang kita jumpa di socmed. Sadis.

Ia memenatkan sebenarnya.

Socmed expose kita pada benda yang tak sepatutnya kita ambil tahu. Padahal, tak semua dalam dunia ni kita kena tahu.

Itu satu hal.

Hal lain?

Unconsciously, ada orang yang telah menjadikan socmed dia define akan dirinya.

Like yang banyak define populatitinya.
Follower yang banyak define tahap kefemesan namanya.

Malah ada antara kita yang compare dirinya dengan orang yang dijumpai di socmed walaupun orang itu cuma stranger!

Benda ini bukan ribut yang melanda orang dewasa sahaja, malah adik-adik tadika pun berebut teringin nak viral sini sana. Aduhai.

Namun, tak semua orang terperangkap dengan dilema ini.

Cuma, bila kita rasa kita terlalu addict dengan socmed, inilah masa untuk kita fikir ada tak better activity yang kita harus mulakan hari ini.

Ada je pengguna socmed yang sangat cool. Dia schedule waktu nak online. Persis macam dia susun waktu untuk aktiviti hidup dia yang lain.

Ada pengguna socmed lain yang dia cuma buka aplikasi socmed bila hujung minggu sudah mendarat ke landasan waktunya.

Ada juga yang lain berasa online cuma di hujung minggu agak berat. Maka dia disiplinkan dirinya untuk online setelah SEMUA task hari itu telah dia siapkan.

Untuk menjaga kesihatan kita di socmed, saya cadangkan kita follow orang tertentu sahaja. Mute juga story whatsapp yang mengarut dan tak perlu kita ambil tahu. Unfollow mereka yang suka post perkara yang negatif.

Believe or not, semua ini sebenarnya under your control!

Paling penting, hentikan tabiat scrolling atau explore page. Ketahuilah bahawa exploration of socmed page adalah page yang tidak membawa anda ke garisan penamat.

Ada lagi.

Kita ini pengguna socmed. Kita yang melayan socmed hari-hari. Kita juga sebenarnya yang menjadi creators kandungan dalam socmed.

Sekali lagi, untuk pastikan kita terus sihat dalam memegang posisi pengguna socmed, fikir fikir fikir banyak kali apa yang kita post.
Fikir, ada manfaat tak benda yang aku share ini?

Fikir, kalau benda ni membuang masa orang yang membaca, aku juga share dosa mereka membuang masa sebab aku penyumbangnya.
Fikir, apakah pengisian profil socmed kita itu bisa memberi pahala atau lebih mengundang perkara yang sia-sia?

Kadang sebab akses socmed dah semudah ABC, kebebasan nak menulis available 24 jam tanpa disekat, maka kita jari kita lebih ringan dan otak lagi berat nak tapis dulu apa yang nak dipaparkan.

Sebenarnya, kalau kita berhati-hati pada benda yang kita post, kolektif pengalaman kita sebagai pengguna socmed akan jadi lebih baik.

Perlu ke Disconnecting dengan socmed bila terlampau ketagih?

Jika anda rasa kondisi anda sangat teruk; takleh tidur malam kalau tak online sesaat dua, study makin melingkup dek lebih masa mengulangkaji kandungan socmed berbanding buku akademik, hubungan dengan manusia di dunia nyata juga tidak semeriah zaman kita belum ada jaringan wifi yang meluas seperti sekarang, maka pilihlah untuk disconnection, uninstall aplikasi socmed dan hadkan masa dengan telefon bimbit.

Saya sendiri, apabila ke hospital, memang saya tinggalkan telefon yang ada segala aplikasi socmed itu di rumah. Telefon tu pon memang tak ada sim. Hasilnya, sumpah terasa sangat bahagia bila diri dapat PJJ dengan internet.

Saya sendiri, beberapa kali buat akaun dan buang akaun Telegram. Sebab apa? Sebab saya sedang melawan rasa takut hilang populariti. Takut orang lupa pada penulisan saya, rasa tak lagi dipandang orang. Benda ni salah. Totally wrong. At that time, bila saya tahu niat saya bersocmed telah menyimpang, maka saya tekad terus buang socmed sampailah niat saya kembali pure, baru saya kembali buat akaun lain. Ia ternyata lebih tenang.

Saya sendiri, memang tak follow IG semua kawan-kawan atau IG yang tak perlu. Why? Pernah satu ketika bila saya sedar niat saya berkongsi hidup saya di akaun IG yang diperibadikan cuma kepada kawan-kawan perempuan itu telah menyimpang. Bila dirasa dapat 'love' itu satu keseronokan, saya rasa saya dah lari dari prinsip asal buat IG yang asalnya kerana nak ingat tarikh peristiwa penting. Maka, untuk melawan niat yang telah salah, saya terus buang semua follower dan kini cuma tinggal 3 orang sahaja iaitu adik-beradik sendiri. Nyata, ia lebih bahagia.

Tak ada erti pon nak menunjuk pada orang.

Kita hidup untuk siapa...
Untuk Allah, bukan?

Semua orang pun berlumba nak tunjuk dia paling sempurna. Paling bahagia.

Semua orang pun berpura-pura di socmed kerana masing-masing nak orang define diri dia perfect berdasarkan apa yang ditayang.

Nonsense. Jangan ikat diri kita dengan circle ini.

Guys, I drop one advice here.

Hidup cuma sekali.

Sosial Media bukan tuan, dan kita bukan hamba abdi.

Pure your intention now.
Live your life by yourself, not by social media.


@Ruang_Aksara
Bila kita duduk lama dalam rumah dan banyak bazirkan masa pada benda yang tak sepatutnya, orang sangka kita duduk lama sebab duduk study exam dan sibuk menelaah kitab. Baiknya Tuhan tutup aib kita.

Bila kita keluar pergi ke tempat-tempat tak berfaedah, orang sangka kita keluar sebab pergi belajar dan pergi buat kerja dakwah atau kerja-kerja ummah. Baiknya Tuhan tutup aib kita.

Bila kita keluar pergi ke masjid, Tuhan sengaja buatkan ada orang yang terjumpa kita di tepi jalan. Lantas mereka pun menyangka kita ini ahli masjid.

Sedangkan waktu kita pergi ke tempat-tempat maksiat, Tuhan langsung tak buatkan sesiapa pun yang terserempak dengan kita. Tak ada orang langsung yang nampak kita. Tetapi waktu kita pergi ke tempat-tempat baik, Allah SWT jadikan ramai orang ternampak kita.

Baiknya Allah SWT tutup aib kita.

Bila kita keluar pergi ke kelas, waktu itu Allah SWT buatkan kawan-kawan terjaga dan terserempak dengan kita di tepi jalan. Lantas mereka pun menyangka kita ini ahli ilmu.

Sedangkan waktu kita banyak membazir masa di tempat lain, Tuhan langsung tak buatkan sesiapa pun yang terserempak dengan kita. Tak ada orang langsung yang nampak kita. Tetapi waktu kita pergi ke tempat-tempat baik, Allah SWT sengaja jadikan ramai orang ternampak kita. Lantas nampaklah kita ini baik di mata mereka.

Baiknya Allah SWT tutup aib kita.

Lantas waktu orang memuji dirimu, kembalikanlah 'pujian' itu kepada yang menutupi aib dirimu. Kerana hakikat mulianya dirimu itu adalah kerana mulianya kasih sayang Allah yang menutupi aib-aibmu.

Seperti kata Ibnu Atoillah RA dalam Hikamnya,

من أكرمك إنما أكرم فيك جميل ستره, فالحمد لمن سترك, ليس الحمد لمن أكرمك و شكرك.

"Barangsiapa yang memuliakanmu, hakikatnya yang memuliakan dirimu itu ialah cantiknya tutupan Allah ke atas dirimu. Lantas pujian itu sepatutnya untuk (Dia) yang menutupimu, bukan untuk mereka yang memuliakanmu atau yang mensyukuri dirimu."


@Ruang_Aksara
Alkisahnya..

Amir:

"Adam,kau ni..sampai bila nak menyetan macam ni!Kau tahu tak..merokok ni haram!Memang dah jelas,fatwa pun dah keluar!Aku memang dah tak tahan nak duduk menyewa serumah dengan kau ni.Perokok!Entah-entah dalam diam air kencing syaitan tu pun kau teguk kan?!,"

Adam:

"Eh Mir..apa kau cakap ni bro..apsal bahasa kau teruk sangat hah?Kau ni cakap tak serupa bikin..kau nak nasihat aku atau kau nak maki aku??Aku tahulah kau ni ex-sekolah agama ,tolonglah perangai tu macam orang belajar jurusan agama!Suka hati kau je panggil aku setan pastu nak tuduh-tuduh aku pula!Aku memang perokok..aku cuba kot nak berubah..aku memang cuba..tapi aku ni manusia biasa juga..ada masa ada ketika aku terlanjur cari benda tu balik!,"

Amir:

"Dahlaa Adam..perkataan yang sama kau cakap tiga tahun lepas..malas aku nak layan kau lagi!Aku dah tak tahan nak duduk dengan orang ingkar perintah Allah macam kau ni!Kang tak pasal-pasal aku pulak kena penyakit radang peparu la..parah lagi kalau dapat kanser paru-paru dek disebabkan dok terhidu asap rokok kau ni!!Berambuslahhh!perosak agama!!,

Adam:

"Melampauuuu kau Mir!Cakap serupa orang tak solat kau ni!Kau jangan riak sangat Mir..kau jangan nak membongkak..!Kau tengoklah kata-kata kau tu akan makan kau semula suatu hari nanti..aku takkan maafkan penghinaan kau ke atas aku!Aku pun tak inginlah berkawan dengan orang berlagak alim macam kau ni!!Kau tu yang perosak agama!Tak sedar diriiii!,"

Aina:

"Eh wati..kau nak pergi mana lawa-lawa ni..cantik semacam aku tengok..,"

Wati:

"Nak dating ngan pakwe aku la sayang oi..nak pergi mana lagi..,"

Aina:

"Ouh..Kau nak keluar dengan Amir ek..sweet je aku tengok korang berdua ni..betul-betul sejolilah!Amir tu pun baik orangnya..belajar agama pun bagus..nikah jelah korang cepat-cepat..,"

Wati:

"Ishh kau ni..tak habis-habis nak suruh nikah..letih aku dengar tau..nak nikah apanyer..study pun tak habis..bukan apa wey..kita ni perlukan teman supaya tak bosan,thats why perlu ada couple juga..hmm release tension kan..kau carik la sorang..,"

Aina:

"Hahaha..tak payahlah..bukan cara aku cari pasangan nak release stress bagai..dahlah aku nak tidooo..lagi bagus..lagi bahagia..lagi release stress aku ni..,"

Wati:

"Eiikk makcik tengok jam..dah nak asar.Baik kau solat dulu..nabi tak ngaku umat tahu tinggal-tinggal solat,nanti mati jasad berat tak terangakat!Penting solat ni..,"

Aina:

"Alaa..hidayah tak datang lagi kat aku..kau solat jelah..nabi faham..Allah pun faham kenapa hati aku tak terbuka lagi nak solat..Allah Maha Mengetahui..kau je yang tak tahu..huhuhu..Kau pergilah solat,pastu doakan Allah bagi aku hidayah..,"

Wati:

"Banyakkk la..dahlah aku dah lambat.Aku qada jelah solat aku kang.Islam itu mudah.Jangan kita susahkan.Aku keluar dulu,Amir mesti dah tunggu aku kat bawah tu..ok bai..,"


Apa pendapat anda mengenai kisah di atas?
Tajuk entri yang saya ketengahkan kali ini adalah..

"Kenapa separuh-separuh?
Mengapa tidak menyeluruh?"

Dapat tangkap tak apa yang cuba saya sampaikan?

:)

Ilham ini tercetus saat dihurung beberapa persoalan yang berlegar di kepala.Ditambah pula dengan pelbagai bentuk drama dunia nyata yang sememangnya memberikan seribu satu pengajaran dan teladan untuk direnungkan.

Islam merupakan sebuah agama yang tersangatlah sempurna.Tiada cacat,tiada cela.Yang mencacatkan itu adalah kita.Kita yang serba tak sempurna.Serba tak tahu dan terbatas benar kudrat upaya.
Jika di Syria,di Palestin,di Rohingnya..masyarakat yang beragama islam dianiaya sedemikian rupa.Dan mereka yang diuji hebat di sana sudah sedaya upaya untuk tetap setia di jalan agama,tetap bersemangat di jalan Allah.Namun,lain benar suasananya di negara kita yang sunyi daripada perang.Malah dihujani nikmat pelbagai aneka.

Tak kiralah di mana pun kaki kita menapak,sewajarnya kita usaha sungguh-sungguh untuk mengangkat agama Allah ini agar duduknya stabil dan tidak diperlekehkan.Namun,apa sudah terjadi ke atas kita?Kejahilan sudah mengatasi kebenaran.Masing-masing berhujah kencang,namun tidak ada akar kebenaran
malah ada yang menyimpang ke seberang.

Para asatizah seringkali menekankan,islam kita wajib amalkan,jayakan ia secara keseluruhan bukan ambil separuh-separuh!
Pada permukaan tampak bersih sempurna,namun bila menyelam di bahagian dalam, ia dipenuhi keladak dosa dan maksiat.
Terlalu rapuh.

Allahu Allah..
Moga Allah sudi mengampunkan dosa-dosa kita semua.Ayuhlah kita ingatkan diri sendiri.Usaha sedaya mungkin untuk menjadikan islam sebagai pakaian zahir dan batin.Islam sebagai cara hidup ketika bersendirian dan di tengah orang ramai.

Lihat diri kita sekarang,apakah layak dilihat dengan pandangan baik daripada Allah?atau Allah sedang memandang kita dengan murka?
Sama-samalah kita menjadi generasi yang berkesedaran,sentiasa ada rasa mahu muhasabah..
Sentiasa ada rasa mahu membaik,sentiasa ada kudrat mahu menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu tersebut demi memartabatkan agama seperti yang sewajarnya.

Ingatan buat diri,
Banyak kau perlu perbaiki,banyak sangat yang perlu dibuang pergi,banyak yang perlu diundang kembali.
Apa yang kita perlu perbaiki?Apa yang kurang,mana yang banyak kelemahan..Apa yang perlu dibuang pergi?
Segala bentuk 'ancaman' kepada agama.Jika kelakuan kita adalah akar kepada masalah ini,maka buanglah tabiat buruk tersebut.Ikuti apa yang syariat tetapkan.Santuni risalah yang Rasulullah bawakan.

Terlalu banyak kesan buruk,andai kita teruskan perjalanan kehidupan ini 'berkiblatkan' arah yang salah.

Bila menulis begini,bukanlah mahu menyatakan diri ini sudah cukup 'sedar',sudah cukup 'layak',sudah sealiran pemikiran dengan para asatizah kita..

Tidak tidak tidak..

Buatlah sesuatu untuk agama ini!
Lakukan sesuatu terhadap diri yang boleh membawa maslahah kepada agama.Kita ingin mempelawa lebih ramai saudara-saudara kita di luar sana yang masih tak kenal islam..yang masih leka dengan kehidupan dunia..agar kembali kepada agama fitrah ini.Agar kembali mengingati sirah sang roh ikrar taat setia kepada Penciptanya..

Kita tak nak,kitalah yang menjadi kepala masalah!Kitalah yang menjadi punca kekeliruan dan kekacauan.Memetik kata-kata murobbi yang cukup saya kagumi,ustazah norhafizah musa..

"Orang yang ambil agama separuh-separuh,atau amalkan agama pada permukaan saja,namun tidak diikhlaskan di hati,hanya mengundang kekeliruan kepada orang lain.Mungkin ada antara sahabat-sahabat kita,saudara-saudara kita yang nak sangat belajar tentang islam..namun,hasrat mereka jadi mati,kerana melihatkan akhlak kita yang tak serupa bikin..

Mungkin ada yang sudah melihat 'pintu' untuk kembali..namun,di depan pintu tersebut,ada kita yang menghalang jalan.Hinggakan mereka tersadai di pertengahan.Dihurung kekeliruan..

'Nak masuk atau tak..?'.."

Janganlah kita ini menjadi penghalang!
Nukilan-nukilan peringatan seperti ini adalah cara saya mendidik waras akal saya..mendidik hati saya untuk sentiasa beringat, agar sentiasa sedar diri..
Insyaallah .

Sama-sama yuk menuju redha Allah.
Sama-sama usaha baiki diri.
Moga nukilan ini sedikit menyentuh sedar kita.

"Berpesan-pesan kepada kebaikan,dan kesabaran,"


@Ruang_Aksara
Dalam hidup ni,
kita harus faham.
Ada yang terjadi,
sesuai seperti yang
dikehendaki kerana itu
adalah yang terbaik
untuk kita.

Ada yang terjadi,
tidak seperti yang
dihajatkan hati, maka ia
juga adalah suatu aturan
yang diketahui-Nya baik
untuk kita.

Kita merancang, DIA
juga merancang sekaligus
punya kuasa dalam
menentukan.

Dan meski susah untuk
menerima dan makan
masa untuk mengikhlaskannya,
tetaplah didik hati untuk
tetap meyakini-Nya.

Walau rasanya seolah
menelan pepasir di
kerongkongan.
Sakit dan perit.

@Ruang_Aksara
2024/10/01 04:55:52
Back to Top
HTML Embed Code: