Telegram Web Link
Melihat kelemahan orang
adalah peluang dan ruang
bagi kita untuk menyumbang
kebaikan. Tanyakan, apa perlu
kita bantu. Betulkan mana dia
tersalah. Bukannya menjaja cerita
buruk, memperlekeh kelemahan
dia kepada semua orang.
Paling menyedihkan apabila
digunakan 'pengaruh' yang ada
untuk memfitnah di belakang.

Janganlah ada sikap dan
akhlak begitu.
Buli emosi adalah jenayah ya!
Jangan main-main.
Mengata, mengumpat, memfitnah
dan memulaukan.
Berhati-hati bawa diri di dunia,
kalau tak nak dipulaukan di
akhirat kelak.

Jika diajar diri untuk membiasakan
perbuatan aniaya pada orang,
lihatlah kesannya pada diri sendiri
kelak.

Takutlah pada Allah.

@Ruang_Aksara
“Kita boleh pilih siapa pasangan kita, tapi anak-anak kita tak boleh pilih siapa mak/ayah mereka.” Ini pesan mak suatu ketika dahulu yang masih aku ingat sampai sekarang.

Ayat ni lah yang aku guna bila ada yang mintak nasihat ; boyfriend kaki maki hamun tapi hati sayang sangat, tunang kaki hisap ganja, boyfriend insecure siap naik tangan, dan macam-macam lagi.

Sampai-sampai satu saat aku jadi skeptikal nak kahwin, aku cakap kat mak siapa pun yang datang, kalau mak terima— tulah orang yang aku terima. Aku percaya mak-mak ni ada naluri mereka sendiri. Your mom knows what you dont know.

Aku tak boleh tipu aku sedih gila bila ada orang mengadu mak tak suka boyfriend so decide nak kahwin lari. Weh, dengar ni pun aku dah tau keputusan mak kau itu ada betulnya. Betapa remuknya hati mak kau kalau kau ckp mcm ni depan dia. Come on, mak kau belikan kau mainan masa kecik pun beratus-ratus ringgit, ni datang lelaki asing mana senang-senang je kau bagi harga diri percuma macam tu.

Emo aku.

Sebelum buat apa-apa fikir lah perasaan ibu bapa. Kau fikir nanti kau tua ada anak, anak kau buat apa yang kau buat— kau suka tak? Kalau tak suka, stop. Jangan buat.

Pasangan kau sebelum kahwin pun dah tak respect mak ayah yang besarkan kau— what are you still waiting for?

Run. As far as you can.


@Ruang_Aksara
Orang lain berlari sedang kau
baru belajar untuk merangkak,
jangan dibanding diri dengan
mereka. Jangan dilemah-lemahkan
diri kerana sekadar itu yang kau
terdaya. Hargailah usaha diri
sendiri dan jangan pernah
berputus asa dengannya.

Jika memang suka membanding,
maka bandingkan diri kau yang
kelmarin dengan yang sekarang.
Lihat apa yang berubah.
Bertambah baik atau sebaliknya?

Ingat, setiap hari adalah harapan
baru untuk manusia yang berimpian.
Setiap hari adalah peluang untuk
dimanfaatkan oleh setiap insan.
Jadi, jangan sesekali berteman
baik dengan yang namanya
putus asa. Kau akan sangat-
sangatlah terseksa!

@Ruang_Aksara
Ikan kalau nak digoreng, dah kita perap dengan kunyit dan garam, memang isinya akan bertukar masin.

Tapi aneh ya?

Padahal berhari-hari ikan duduk dalam laut, tak masin pun isi dia. Tak jejas langsung!

Alih-alih bila dah atas darat, cepat pulak terefek.

Why? Why? Why?

Apa sebabnya?

Sebab ikan ketika dalam laut,
Ia hidup.
Ia boleh adjust diri dia,
Tak terpengaruh dengan suasana masin.

Sebaliknya bila ia di darat.
Ia dah meninggal. Sob³
Jadi dia takleh control.
Apa yang sekelilingnya ada,
Terus dia ambil dan serap.

Begitu deh hati kamu.

Kalau hati itu masih hidup dengan iman,
Kamu tidak mudah-mudah menerima akan hal-hal yang bertentangan dengan agama.
Walaupun seluruh manusia mengatakan ia perkara biasa dan semua orang buat!

Namun jika hati itu mati, maka ia sukar nak menapis setiap sesuatu yang datang. Payah nak menepis apa yang buruk.

Wahai hati-hati yang sedang membaca,
Pegang erat nilai bersih yang masih bersisa dalam hatimu.

Manusia hari ini ramai hatinya kotor dek makanan yang tidak terjaga,
Maka al-hasilnya adalah pada akhlak mereka.

Suburkan hati itu dengan kebaikan dan zikir ingat pada Tuhan, moga terpelihara dari segala cela, sentiasa. BiidzniLlah.

@Ruang_Aksara
Nobody is promising you that life will be easy. There's no such thing as an easy mountain. You need to climb with all of your energy, you will be tired. You will cry out of stress. You will have to rest, but you know you have to keep on going -- Quitting half way wont get you to anywhere.

Yes. Allah will eventually test you but He will never leave you alone. So please keep on going no matter how many times you fall.

Nobody can go back to their past and change it to create a new beginning, but we can change our future and create a brand new ending.

Al-Fateh and his soldiers climbed the mountain with 70 warships, what makes you think you cant? Keep on climbing the mountain, no matter what it takes. Allah is always there, watching 🙂

Morning! ❤️


@Ruang_Aksara
Kau tahu,
ada masanya kau memang
tiada pilihan lain melainkan
menahan rasa sendiri –
semata mahu membiar orang lain
kecapi apa yang turut
diidamkannya.

Kau bukan tak hajat
sebuah kemenangan,
tapi kau mengalah kerana
kau tahu dia lebih perlukannya.
Kau bukan tak boleh bertegas
tegakkan pendirian,
tapi kau tahu bait kalammu
bakal disalahertikan.

Bukan tak pernah
membayangkan wajah sendiri
memakai senyuman paling
indah lagikan sejati seperti
yang lain....
namun jauh di ceruk hati
kau tahu bahawa dia lebih
selayaknya untuk menerima dan
memadai kau berbahagia
dengan cuma menjadi saksi.

Untuk ke sekian kali,
kau tetaplah kau.
Yang berjuang mengikhlaskan
segala yang telah kau putuskan.

@Ruang_Aksara
Tentang diri kau –
ada hal perlu dan sesuai
untuk dikongsikan.
Ada yang memang
lebih baiknya dibiar
pendam buat renungan
sendiri saja.

Jadilah orang yang
tahu 'bersabar' dalam
setiap tindakan.
Kisah sedih atau bahagia,
tidak setiap masanya
perlu dikhabar-hebohkan.

Belajar untuk lebih
sensitif keadaan dan
situasi sekeliling.

Kalau lagi bersedih kerana
beban yang dideritai
perasaan, wajarkah untuk
diketahui setiap orang?
Kalau kecewa terhadap
seseorang, fikir –
rasionalkah meluahkan pada
orang lain ketidakpuashatian
tersebut lalu berjemaah
mengatanya di belakang.
Jika hati sedang gembira
dan bahagia, tegakah berketawa
di hadapan rakan yang sedang
dimusibahi dugaan?

Maka...jadilah pemikir
demi kemaslahatan diri
dan orang lain juga.
Bersederhana itu lebih
memadai.

@Ruang_Aksara
Aku telah berada di satu titik tepu di mana aku tahu dosa-dosaku tak memungkinkan aku ke syurga dan pilihan yang ada cuma neraka, tapi tetap juga aku enggan ke sana, lalu tetap juga aku meratap merayu agar Dia mengasihaniku.

Aku telah berada di satu titik malu di mana aku tahu tidak lagi layak aku meminta-minta daripada-Nya tapi tetap juga aku berdegil takkan meminta-minta daripada selain-Nya.

Aku telah berada di satu titik setuju di mana aku tahu... mahu atau tidak mahu, aku harus ikut saja kemahuan-Nya lalu aku harus sedia mengorbankan segala kemahuanku.

Titik yang letaknya serapat dahi dengan sejadah.

Titik yang jaraknya sejauh langit dan bumi.

Yang kadang bergoncang arah tapi nihil berubah.

Sejauh mana aku tersesat, tetap di titik itu juga aku terikat.

Dan aku sentiasa akur pada kelemahanku.

Dan aku sentiasa syukur pada nyawa yang Dia masih berikan pada aku, hingga aku masih boleh terus berjuang untuk mempertahankan titik itu.

Untuk engkau wahai cinta dan kasih, pergilah. Jangan digerakkan aku dari titik setia ini.

Untuk engkau syaitan dan nafsu, pergi! Menjauhlah engkau dari sini! Jangan diganggu ketenanganku berada pada titik ini!


@Ruang_Aksara
Dalam apa jua keadaan,
yang kau baca ia menyesakkan,
meruntun hati dan mengusir
pergi seluruh semangatmu –
katakan pada diri, bahawa
bukan begini pengakhirannya
hidup seorang aku.

Dijatuhkan, bukan alasan
untuk berlama-lama
layan pedihnya dilukai.
Jatuh adalah alasan untuk
bangkit kembali.
Jatuh adalah alasan untuk
lebih matang hadapi
hari kemudian.
Jatuh adalah peluang
merasakan nikmat kebangkitan.
Jatuh adalah cara agar lebih
berwaspada di masa hadapan!

Jadi, kalau saat ini kau sedang
dalam fasa layankan rasa sedih –
tak mengapa, ambil masa untuk
mengumpul kekuatan dan
segera mulakan semula
perjuangan diri!

Kau tidak akan berakhir dengan
begitu kasihan, tidak bermaya dan
mati meski masih bernyawa.
Kau akan hidupi kehidupan kau
selagi Tuhan mengizinkannya.
Kau...akan buktikannya!

@Ruang_Aksara
Kau pernah, bila mendengar syarah ilmu
ataupun motivasi berkaitan petua tertentu
bukan main berkobar-kobar semangat
untuk bersegera memulakannya?
Kalau pada ketika itu berada di luar,
mahu segera balik rumah dan bermula!
Kalau pada ketika itu berada di
rumah, mahu bersegera keluar menuju
lokasi tersebut demi melaksanakan
apa yang telah dirangka dalam kepala.
Semangatnya, alahai!

Dahulu, aku sangka untuk memulakan
sesuatu yang kita tak biasa memang payah.
Perlukan semangat, motivasi dan keyakinan
yang tinggi. Namun, ada yang lebih susah
berbanding itu rupanya! Apakah ia?
Itulah dia yang disebutkan sebagai istiqamah.
Memulakan sesuatu dalam konteks kebaikan
itu susah, tapi mahu mengistiqamahkan
dalam mengamalkannya jauh lebih susah.

Untuk diri aku, jika sesuatu yang sudah aku
rancang tidak dapat dicapai atau ditunaikan,
tenaga aku banyak diresap keluar kerana
rasa kecewa dan sedih. Misalnya, sudah
diniatkan bahawa setiap hari perlu mulakan
hari dengan bersolat sunat dua rakaat sebelum
subuh, baca al-Waqiah dan al-Mathurat.

Jika salah satunya tertinggal,
ia akan membuatkan aku kecewa dan hampa.
Namun kau tahu, apa yang pelik?
Sepatutnya bila tertinggal, akan ada rasa untuk
menolak diri berusaha lagi agar tidak tertinggal
pada keesokkan harinya kan?

Maka di sinilah syaitan berperanan.
Akan dilemahkan kita dengan cucukan
dan bisik-bisik untuk bermalas-malasan.
Ibarat, 'alang-alang buat tak sempurna,
baik tak payah buat langsung!'
Begitulah gamaknya. Dan tersangatlah rugi,
jika diri kita ini hanya menurut. Langsung
terlupa pesanan kebaikan –
jika tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan
kesemuanya. Buatlah yang termampu daya.
Sedikit-sedikit asalkan ada peningkatan dan
penambahbaikkan dari semasa ke semasa.

Letakkan penanda aras atau kayu pengukur
dalam diri sendiri, bahawa setiap hari
harus ada sesuatu yang mampu dibanggakan
oleh pencipta kita terhadap diri kita.
Alangkah indahnya Allah memandang kita
dengan rasa suka dan cinta bahawa kita
ini adalah hamba yang tak jemu baiki diri.
Dan seronoknya jika ditakdirkan mati
dalam keadaan jihad memperbaiki diri,
subhanallah!

Maka, aku mengingatkan diri sendiri
untuk bermuhasabah dan mengajak anda
semua merefleksi diri. Apa yang selama
ini kau perjuangkan? Jika ditanya Tuhan
apa ibadah yang telah kau ikhlaskan untuk
diistiqamahkan, apa isi dalam jawapan?
Tentunya tak terkata kita.
Marilah sama-sama merenung diri dalam-
dalam. Moga sentiasa terbimbing untuk
setia dalam perjuangan di jalan Allah!

Insya-Allah.

@Ruang_Aksara
Terluka. Dan engkau cuba menyembuhkannya.

Sembuh, bukannya dalam sekelip mata.

Sembuh, bukan bermakna hati engkau total kembali seperti dulu semula.

Bukan!

Hati apabila telah terluka pasti ada parutnya. Mana mungkin lenyap begitu saja!

Maka sembuh bukan bererti tidak sakit.

Tapi mampu bangkit!

Sembuh ertinya engkau telah mampu bangkit bertatih pelan-pelan.

Ertinya engkau telah bisa menggenggam kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Ertinya engkau telah mampu mengukir senyuman.

Ertinya engkau sudah sedia untuk tulus memaafkan.

Sembuh walau parut itu ada, tapi engkau tidak lagi kalut meraungkan kesakitan.

Sembuh tanpa kesalan.

Hanya pengertian - bahawa Tuhan sentiasa punya alasan untuk melonjakkan engkau ke satu lagi titik kehidupan.

Justeru kerana-Nya, engkau bertahan!

@Ruang_Aksara
Seburuk mana pun layanan
orang kepada kita,
sejahat mana pun sangkaan-
sangkaannya ke atas kita,
sedasyat mana pun
kebenciannya –
daripada 'membalas' api
dengan api, benci dengan
benci...

Rendahkanlah hati.
Buanglah ego.
Bertenang dan
pujuklah diri untuk tetap
memilih memaafkan.
Mendoakan.

Empati situasi dia yang
mungkin tak faham kita
ini macam mana.
Empati situasi dia yang
mungkin terburu-buru
berkesimpulan.

Tak apalah.
Memang susah memuaskan
hati semua orang.
Itu bukti kita hidup dalam
kalangan manusia.

Ingat matlamat kita...
habluminallah wa
habluminannas!

@Ruang_Aksara
Setiap manusia tercipta berkelemahan.
Ada lompang dan kurangnya di sana sini.
Setujukah, aku kata begitu?
Yang kita ini sememangnya ada
kelemahan dan kekurangan?

Jika kita sedar hakikat ini, Insya-Allah
kita jadi tidak berkira-kira dalam
apa jua keadaan lebih-lebih lagi
saat berhadapan dengan sespesis
yang variasi ragam dan sudut pandang.

Kita jadi berlapang dada saat bertemu
dengan orang yang menguji kesabaran.
Kita mudah memaafkan pada yang
pernah menyakiti kita dalam sedar atau
tidak disedarinya.

Dunia terlalu sebentar untuk kita
berlama-lama layankan rasa geram,
apatah lagi mahu berdendam.
Kita tak dapat apa pun daripada
perbuatan tersebut. Menyakiti orang lain
kerana mahu membalas perlakuannya
terhadap kita tidak menjadikan kita
benar, malah mungkin menjejaskan
nilai yang ada dalam diri kita.

Maafkanlah orang yang pernah menyakiti
perasaan kita. Moga, mereka juga
memaafkan kesalahan kita yang kita
tak sedari atau tak sengajakan.
Cuba usaha jadi macam lebah. Mahu
mencari hanya madu bunga. Jangan jadi
macam lalat. Walau hidup di taman bunga,
masih tercari-cari tempat yang kotor.

Bila kita melihat aib orang,
kekurangan dan kelemahan mereka —
cuba renungkan. Ingatkan diri, yang kita
pun sama saja seperti mereka.
Ada kekurangan. Ada kelemahan.

Berpakat-pakatlah kita ke
syurga yang abadi.


@Ruang_Aksara
Kawan,
kata orang...kalau takut dilambung
ombak, jangan berumah di tepi
pantai. Adapun, jika ombak adalah
manifestasi sebuah ujian, bawalah
diri dan bertempatlah di celah mana
sekalipun – takkan terlepas kau
daripada perhatian. Tempiasnya akan
sampai dan masih membasahkan.
Mendesir, menyatakan wujud.

Iya, sementara aku ingat dan kuharap
kau tak lupa. Orang-orang yang teruji ini
adalah himpunan manusia yang
diprihatinkan Tuhan. Maka tidak wujud
ruang bernama sepi hingga kau
akhirnya rasa tersisih.

Percayalah, kau tidak sendiri.

@Ruang_Aksara
Rezeki ini, umpama pokok
buah. Ada musimnya, ia
berbuah dengan sangat lebat.
Kita petik buahnya untuk
dimakan, ada yang dijual dan
diagihkan menjadi rezeki
orang lain pula.
Namun, di masa yang lain...
mungkin tiada buah kelihatan.
Kosong pandangan kita daripada
warna buah yang ranum.

Begitu juga konsep rezeki.
Ada ketikanya, ia datang dengan
sangat banyak dalam pelbagai
bentuk. Sekali harung ia menghurung!
Tapi, pada waktu yang lain kita teruji
dengan ketidakmenjadian
usaha yang kita gigihkan.
Kita teruji dengan sesuatu yang
kita tidak sangka-sangkakan.
Kita hilang, yang dalam genggaman.

Justeru, berbaik sangkalah terhadap
perkiraan Allah Azza Wajalla.
Yang memberi rezeki itu, Dia.
Yang tahu apa yang terbaik untuk
kita, hamba-Nya – cumalah Dia.
Bersabarlah dalam ketaatan.
Percaya waktunya akan tiba untuk
setiap manusia yang bersabar rasakan
sebenar-benarnya kebahagiaan.
Terima apa jua bentuk kasih-sayang
yang Allah zahirkan.

Kita, tidak selalu akan dapat
apa yang kita dambakan.
Terlepas sesuatu, mungkin membuka
peluang untuk orang lain pula rasakan
keistimewaan. Maka, jangan pernah
mempersoal kewibawaan Allah taala
dalam merencanakan.

Allah Maha Adil.
Tak pernah tak adil.

@Ruang_Aksara
Dalam hidup kita ni mungkin sampai satu tahap, kita akan sampai kepada fasa kehidupan yang kita rasa berat sangat diuji dan terus diuji oleh Allah.

Qadr Allah, He does what He wishes.

Ada orang diuji dengan masalah kesihatan,
Mungkin ada orang diuji dengan masalah kewangan,
Ada yang diuji dengan kemiskinan dan kesusahan.
Ada juga yang diuji dengan masalah rumahtangga,
Ada orang diuji dengan masalah hati dan perasaan.

Dan sebenarnya banyak lagi cara Allah berikan kita 'hadiah'nya. Andai saja kita mengerti.

Air mata mengalir, dalam bersendirian.Penatnya diuji. Kadang tertanya tanya " Kenapa aku wahai Allah, kenapa aku yang diuji begini?"
Kadang-kadang bila tak dapat nak tahan sakit dan pedihnya segala ujian yang mendatang..
Air mata pun cukup sebagai bahasa untuk berbicara dengan Tuhan.

Ada masanya mampu bertahan, ada masanya rebah. Tidak tertahan dan air mata tumpah membasahi pipi.

Dan Allah adalah saksi segala saksi atas segalanya.

Wahai insan pilihan Allah yakni yang sedang diuji,
Alirkan lah air mata, dan rasakan hanya Allah.
Dia ada, sangat dekat dengan kita.
Dan Dia tidak pernah tidak mengira air mata yang tumpah itu.

And dear, just cry, let it out.
Cry when things go beyond our control ,cry when trials just kept on coming over and over again, cry when you feel helpless in the battle you face.

It's okay.

Sebab segala kepahitan,penat, sesak, lelah atau apa jua yang dirasa, insya Allah adalah kebahagiaan untuk kita 'di sana'

Semuanya susunan dari Dia.

Sometimes, you really need and you just need to be so. Even when you cry loud inside despairing your tiredness, you just need to stay strong.

It's hard I know,
But you're still fighting, and I'm proud of you.
You're amazing.

And when you wake up
in the middle of the night
feeling all alone with your thoughts,
go straight into sujud
for Allah arouse you out of your sleep,
so you could be with Him
and beg Him for guidance.

Trust me,
you will notice that you won’t need anyone else but Al-Wahhab,The Giver of All.

Allah knows your pain. Just hold on. He’ll heal your pain.
Just wanna say this, make sure to never forget that Allah always love us.

He sends subtle messages to remind us to take care of ourselves from little things in life.

We just gotta open our eyes wider, settle our heart at times, take a moment to think.

The world is created with thorns and storms raging in and out of our lives.

And Allah never neglect us, because He always promises the faint smell of roses and the faint beam of light from the sky.

Percaya saja segala jalan cerita dan takdir hidup kita dalam genggamanNya.
Mudah diungkapkan tapi mungkin terlalu sukar untuk dilaksana.
Namun percayalah Allah sentiasa melihat usaha usaha kita.

Dan lihatlah betapa indahnya Allah titipkan ayatnya untuk memujuk kita,

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung." (Attaubah: 129)

Trust Him, He knows best.

InsyaAllah. :')

@Ruang_Aksara
Hari ini sempat buka satu video. Sampai satu point saya tertarik dengan kata kata penceramah tersebut.

" Ujian Allah, Dia berikan kepada orang yang Dia cintai. Yakin saja dengan segala ketentuanNya, Bila kita bersabar dan letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik."

More or less.

Menitis juga air mata.
Sebak.

Nikmat hati yang bersyukur.
Nikmat lidah yang sentiasa ingat kepadaNya.

Teringat dia yang sangat dekat di hati.

Tengok dia, tengok gaya dia. Saya kagum.

Dulu kawan saya ini, semasa belajar, dia course medik. Berapa tahun saya menjadi saksi air mata nya yang tumpah. Bukan sekali dua repeat paper. Berkali-kali! Berapa tahun juga saya menjadi saksi jatuh bangunnya dia.

Sampai satu tahap, bila dia belajar, terkejut betul.

Memang usaha sungguh-sungguh.

Pernah sekali masa exam OSCE dan long case dia sakit teruk. Tapi dia pergi juga exam itu.

Tapi walaupun begitu tetap ada beberapa paper juga dia kena repeat. Repeat paper maksudnya dia kena mengulang tahun.

Ada satu masa tu dia kata dengan saya,

" Aku redha , kalau ini yang terbaik untuk aku.."

Saya tak tahu nak kata apa ketika itu. Bukan dia tak berusaha, bukan dia tak belajar, bukan dia tak berdoa. Dia buat semua tu, tapi mungkin belum rezekinya lagi.

Dia tetap bersabar. Sampai satu tahap, bila batch dia, kawan-kawan graduated ketika itu mungkin Allah nak uji dia. Sampai dia jatuh terduduk.

"At this very moment, it is really hard to keep the faith ..I would want them to understand what I've been throughout the years. How hard it was to study everything for exams and all."

Dia nangis sungguh-sungguh.

" You won't give up, right?"

Dia angguk, dia lap air mata, dia usaha, dia bangkit kembali.

Dan beberapa tahun itu juga lah dia usaha, doa sungguh-sungguh, sampai akhirnya dia graduated dan melalui Housemanship dengan jayanya.

Sabarnya dia.

Kadang-kadang, sampai satu tahap, kita persoalkan,

"Kenapa begini ya Allah?"
"Kenapa jadi begini ya Allah?"

Ketika itu mungkin saya tak berapa faham apa yang dia rasa, sehingga lah saya juga diuji dengan benda yang sama, walaupun dari bentuk yang lain. Walaupun tak sama, tapi baru benar-benar faham;

Betul kan?
Ada waktu, Allah menarik semua dari kita, supaya kita belajar merasai cukup, hanya dengan adanya Dia.

Ada waktu, Allah menahan semua dari kita, supaya kita belajar mengerti, bahawa untuk mengecap manis itu, kita hanya perlukan Dia.

Ada waktu Allah memberikan kita segalanya, supaya kita belajar bahawa kasih sayang Allah itu sentiasa ada buat kita hamba Nya.

Dan ayat yang selalu buat hati saya tersentuh,

" Redha itu bila kita cuba terima apa yang berlaku walaupun sakitnya hanya Allah yang tahu bila kita cuba lakukan..."

Bila kita bersabar Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Allah akan gantikan dari pelbagai bentuk.

Jika bukan hari ini,
mungkin di masa depan.

Hanya Dia tempat bergantung segalanya.

Betul kan?

It's true that life has it's ups and downs. And for everything that happened, as long as we keep our trust in Allah and keep remembering Him, we can always feel His presence, His mercy.

Sometimes even in the depth of darkness, we know that there is something good in it for us. Allah always knows best.

The thing is we may not be where we want to be in life. But we’re exactly where Allah wants us to be.

Semoga Allah kurniakan kita dengan kesabaran.
Hati yang redha dengan setiap ketentuan Nya.

Insya Allah. 😁

@Ruang_Aksara
Hidup memanglah menuntut pengorbanan.
Untuk mendapatkan sesuatu, kau harus
hilang sesuatu. Mahukan sesuatu,
mungkin perlu dilepaskan sesuatu.

Begitu, antara formula
dalam matematika kehidupan.
Ada yang terjadinya voluntari, ada
yang sebaliknya.

Tapi, ini bukanlah tentang dapat atau
hilang. Ini perihal apa yang kau biarkan
kau 'hilang' agar kau akhirnya kata –
kau telah 'dapat' sesuatu.

Iya, aku sedang tertanya tentang
hal voluntari yang dapat kau kawal dengan
fikiran dan tindakan. Perihal fikiran atau
rasa – yang kau angkat menjadi
pendirian!

Kerana hakikatnya...adakala
dalam begitu teruja menzahir
keyakinan, kau terlupa bertenang-
tenang dalam berkeputusan.
Maka mungkin itu hikmahnya
wujud peribahasa – yang dikejar
tak dapat, yang dikendong berciciran.

@Ruang_Aksara
Antara FORMULA KEBAHAGIAAN
bila bergelar yang 'hidup' di atas
muka bumi.

Kau diberi sedikit, kau tahu
syukur...maka akan bertambah
rezeki yang ada. Kau diberi
banyak, kau tahu syukur...
maka akan ditambah lagi
rezeki dari banyak arah.
Kuncinya apa?

Tahu syukur.
Tahu berterima kasih pada
Dia yang memberi.
Jangan ada singgah rasa
apa yang kau ada, yang kau
dapat adalah daripada gigih
dan gagah usaha kau semata.

Kerana tiada daya dan upaya manusia
melainkan dengan pertolongan-Nya.
Kau hanyalah nothing, tanpa
Dia memberi something.
Kerana empunya everything
adalah Dia – Allah Azza Wajalla!

Bersyukurlah, kau akan
jadi manusia paling bahagia
atas dunia!

@Ruang_Aksara
Bila ada yang menasihati kita, perkara pertama yang harus dilakukan adalah beristighfar atau muhasabah. Bukannya termenung jauh dok fikir "bila masa aku buat salah?" atau "Siapa dia ni yang bajet bagus sangat nak nasihat aku?”


Bersyukurlah, ada yang sayang
dan prihatinkan tentang kita.
Sudi beri nasihat.

Betulkan juga cara fikir tu.
Nasihat ni tak datang, bila kita
buat salah saja.
Adakala insan yang menasihati ini datangnya untuk mengingatkan
atau mengajak kita bermuhasabah.

Jaga-jaga ya.
Cepat melenting dan memberontak bila dinasihati juga tanda-tanda hati sudah mulai sombong dan keras.
Susah nak disantuni dengan nasihat.
Susah nak menerima teguran.

@Ruang_Aksara
2024/09/29 20:17:39
Back to Top
HTML Embed Code: