Telegram Web Link
SUSAH NAK JAGA HATI
ORANG KAN
?
Tapi lagi susah nak jaga hati
sendiri.

Eh, hati sendiri?

Iya, hati sendiri. Yang mudah sangat
terasa tu! 'Sensitif', orang kita kata.
Kita, kalau sikit-sikit nak terasa.
Nak emosi, nak marah –
sungguh tak kemana. Bila terasa,
mulalah menarik muka masam,
memencil diri, bersangka-sangka
yang tak tentu betulnya.

Memang. Memang aku tahu,
kita layak nak terasa. Kita ada hak untuk
berkecil hati. Adakalanya
pendekatan orang menegur atau
menasihati kita akan buat kita diburu
rasa ragu dan tertanya-tanya.
Apa kita sedang dinasihati atau
sengaja dikasari. Apa kita sedang
diprihatinkan atau sekadar tempat
singgahan melepaskan geram.
Keliru kepala dibuatnya!

Diikutkan rasa hati, mungkin diri
akan sungguh rasa sedih dan
kesal. Dihukum sesuka hati dengan
'teori' tertentu buat diri jadi ralat.
Namun, kawan...pilihlah untuk
tetap mengawal emosi sendiri agar
dapat kau kawal situasi pada waktu itu.

Jangan larut sangat dengan rasa sedih,
kecewa atau mungkin marah kerana berasa
diri dimalukan dan dinafikan hak berperasaan.
Pujuk hati...orang tak faham kita tak apa.
Kita cubalah fahamkan ketidakfahaman
orang tersebut. Dirinya juga sesungguhnya
sedang berada dalam zon ujian. Jadi kita
sama-sama teruji.

Setiap manusia yang Allah izin kita
jumpa, berlangsung momen atau
terbinanya kenangan bersamanya –
suka atau tak suka, hadir mereka membawa
makna yang cukup besar. Pandanglah
keberadaan atau kedatangan mereka
merisik hidup kita sebagai sebuah
signifikasi kasih-sayang Tuhan.

Bertenang-tenanglah...jangan berlama
layankan sedih dan rajuk. Jadikanlah
ujian kecil ini, alasan merefleksi diri
dan mendekat pada-Nya. Terus kental
dan berikhlas dalam tindakan, ya?

:)

Biar dukamu, bernoktah di syurga!

@Ruang_Aksara
Ada orang, dia tak belajar apa
yang kau belajar. Dia tak faham
apa yang kau faham. Dia tak lalui
jalan yang kau lalui.

Sebab tu, dalam hidup ini...
selagi kau berjalan, kau akan
temui banyak orang dengan
seribu satu ragam.

Jadi, jangan expect tinggi
sangat yang orang akan terfikir
apa yang kau fikir. Jangan dengan
mudahnya menghukum orang.
Belajar empati dan empati itu
jangan terhad pada situasi terkini
saja. Selami dirinya – yang
mungkin 'tidak tahu', lupa atau
tak terfikir langsung!

Sebagaimana dia yang tidak
lalui liku hidup kau, hidup kita –
demikianlah begitu juga kita yang
tak pernah tahu apa yang pernah
dilaluinya selama mana dia hidup.

Sungguh, tak rugi berlapang dada.
Memaafkan saat disakiti dengan
sengaja atau tak sengaja.
Bersangka baik walau hanya yang
buruk terzahir dalam sosoknya.

Belajarlah daripada Rasulullah SAW
yang tetap memilih mengasihi
walau apa jua dialami diri.
Betapa kasih-sayang yang dimilikinya
sentiasa menjadikan baginda 'menang'
dalam tiap keadaan.
Selawat dan salam ke atas
baginda nabi, idola dan ikutan
sepanjang zaman .


@Ruang_Aksara
SMALL CHANGE CAN MAKE A
BIG DIFFERENCE~


"Peduli apa aku. Aku memang begini. Dia nak terasa-terasa, aku takde masa nak layan!"

– Ya, tak salah untuk tidak jadi 'fake'. Aku
pun lagi suka orang yang tak reti berpura-pura
dan menjadi diri sendiri. Meski adakalanya
menguji kesabaran, aku lagi suka orang yang
sejenis berterus-terang tanpa mengaibkan
diri orang di belakang. Adapun, perlu juga
dimuhasabahkan setiap perlakuan dan
tindakan kita. Ada beza ya berterus-terang sambil
mempamer akhlak yang baik dan keras serta
lantang bersuara sambil kurang ajar. Langsung
tiada adab dan seronok memperkecil orang
lain. Jangan seronok ada akhlak begitu!

"Aku tak bolehlah dengan dia tu.
Dia tu tak ada adab. Tiada sensitiviti!
Cakap main lepas saja. Tak peduli
langsung perasaan orang."

– Ya, kau ada hak untuk tidak suka. Tapi ingat,
ada orang lain juga mungkin tak suka aktiviti
meluah sambil membawang begini kat
belakang. Kita terasa dengan kata-kata dia,
kita rasa dia salah tapi kita tiada inisiatif
untuk berdepan atau berterus-terang dengannya
secara berhemah. Kita sedang tak suka dia
yang cakap lepas tapi ingat, dia atau
orang lain pun mungkin tak suka kita
yang jenis suka mengata di belakang dan
tak berterus-terang.

Aku jenis mudah terasa. Aku sensitif.
Aku memang pantang berhadapan dengan
orang yang tiada adab dan tidak sensitif
terhadap perasaan atau situasi orang lain.
Tapi aku juga suka orang yang berterus-
terang dan tak talam dua muka. Namun, tak
dinafikan aku paling suka orang tegur aku
dengan hikmah tanpa mengaibkan atau
membuatkan aku malu dan rendah diri.

Aku cuba untuk berlapang dada bila
sesekali Allah hadapkan aku dengan situasi
yang perlu aku sabarkan, perlu aku
muhasabahkan, perlu akan refleksi diri
dalam-dalam. Aku belajar untuk melihat,
mengambil dan mengenang hanya yang baik
dalam diri seseorang.

Kerana aku tahu...aku pun memang
bersalah. Aku pun banyak lemah dan khilaf.
Aku dan dia sama-sama diletakkan dalam
situasi teruji. Wajarkah aku berterusan memendam
benci? Wajarkah aku menjeruk rasa hingga
jadi dendam berdarah?

Tidak wajar. Aku tidak akan bahagia dan
hanya rugi banyak. Terlalu banyak.
Justeru, aku memilih berlapang dada.
Memaafkan saja meski tiada kemaafan
daripadaku dituntutnya. Hati akan kaya-raya
jika kita mampu mengasihi orang lain kerana
Allah taala. Banyakkan kasih sayang dan
hanya kecintaan dalam hati terhadap
sesama insan.

Setiap hari, aku berusaha memerangi
ego diri sendiri. Dan aku berharap, kau
juga harus tahu 'move on' dengan sebetul-
betul cara.

Di sudut mana pun kau berdiri
dan berpihak, marilah sama-sama
lakukan perubahan dalam diri.
Jadi 'lebih' manusia dengan lebihkan
kasih-sayang dalam diri. Hormat orang lain
dan bertoleransilah. Jangan terlalu bangga
sangat mendukung pendirian diri, sedang
kita tahu...Dia mungkin tak gemar dengan
prinsip diri yang kita angkuhkan!

Ayuh, sama-sama. Usahakan untuk
menjadi lebih baik. Percayalah, sedikit
usaha untuk menambahbaik atau memperbaiki
ini akan membawa perubahahan yang sangat
besar dalam hidup kita.

@Ruang_Aksara
Sakit mata kita menengoknya. Sakit lagi hati kita memendam rasa. Puas kita ajar. Puas kita ajak. Tapi dia... memang itulah juga. Allah, penat betul nak ulang-ulang hal yang sama!

Dah, sudahlah! Tak perlu layankan amarah. Kita dah jalankan tanggungjawab kita. Dah ajak, dah ajar dia. Tapi kalau Allah kata belum masanya untuk dia berubah, kita kena akur dengan takdir Allah.

Tak perlu kita streskan diri. Tak perlu rasa terdesak sangat nak kawal situasi.

Kita tanya saja diri sendiri - apa aku boleh buat? Kalau perlu korbankan tenaga, kita korbanlah. Kalau mampu sumbangkan duit, kita sumbang duit. Ikhlaskan hati. Dah tolong, jangan diungkit-ungkit lagi. Ikhlaskan hati.

Walaupun rasa tak tertahan jiwa menanggung pedihnya, kita tahankan saja mulut kita agar tak terkeluar perkataan yang boleh membuahkan penyesalan.

Walau air mata berjurai di pipi menahankan sedih dan sakit hati, kita kawal emosi, kawal lagi dan lagi. Jangan kerana tak sabar seminit dua, terbatal segala pahala amalan kita!

Dengan dia, kita terus ajar, kita terus ajak. Dengan Allah, kita lepaskan segala lelah, kita luah... segala rasa hampa kita, kesakitan kita, kecewa kita, biar Allah saja mendengarnya.

Tawasul. Belajar manfaatkan kelebihan tawasul. Niatkan semua pengorbanan itu untuk sesuatu. Yang hanya Allah tahu!

'Ya Allah Yang Maha Melihat, tolong lihat ini. Aku tahankan pedih hati yang melelas demi meraih hakikat ikhlas. Aku berkorban jiwa raga demi meraih syurga. Maka tolonglah, Engkau jadikan semua ini sebagai asbab ke sana.

Tak banyak pengorbanan aku ini, Ya Allah. Sedikit saja. Tak besar kemampuan aku, Ya Allah. Cuma sekecil ini saja. Tapi Engkau tahu aku benar-benar mencuba. Aku cuba sabar. Aku terus cuba ikhtiar.

Terima kasih, Ya Allah... terima kasih sebab pinjamkan dia untuk aku meraih pahala sabar. Dan ini, aku mohon Engkau bantulah dia berubah agar aku beroleh pula pahala syukur. Tautkan hati kami dengan cinta. Jangan Engkau jadikan ujian ini jambatan benci. Ampunilah kami, Ya Allah. Ampunilah kami."

Tawasul. Belajar manfaatkan tawasul! Jadikan ujian sebagai jambatan atau wasilah untuk kita beroleh apa yang kita dambakan. Syurga.

“Hai orang yang beriman, takwalah kepada Allah. Carilah wasilah kepada-Nya.'

Surat Al-Maidah ayat 35

@Ruang_Aksara
“Kau cakap dengan dia jangan sampai aku call dia eh.”

Semalam ada benda yang buat aku rasa marah sangat sampai tahap nak menangis masa kat ofis. Kawan-kawan yang tahu situasi tu pun rasa nak marah.

Aku senyum sikit walaupun mata dah bergenang-genang. Teringat mama aku pesan masa hantar pergi kerja

“Harini kalau ada orang buat awak marah, tarik nafas dalam-dalam. Hembus.”

Aku pun tarik nafas dalam-dalam. Aku duduk sekejap renung-renung laptop sambil fikir nak selesaikan masalah yang orang lain buat, pergi sini sana tanya orang itu orang ini — walaupun yang buat masalah tu act like nothing happened.

Kalau ikut rasa hati, ya memang aku rasa nak hambur je kat orang tu, tapi what will I get? Menang dapat apa? Dapat piala? Dapat sorakan? Dapat kepuasan hati?

No. Benda dah berlaku pun, tak boleh buat apa, yang aku boleh buat cuma betulkan keadaan. Kalau pun aku dapat kepuasan hati— tu untuk tempoh yang sekejap je. Untuk jangka masa panjang? Orang yang terkesan dengan kemarahan aku mungkin ke akan jadi normal macam selalu? Entah.

Makin aku besar makin aku belajar, tak semua benda kita perlu cakap, perlu marah direct kat muka orang tu, ada masa kita perlu sabar, perlu pandai main dengan situasi. Nak marah pun biarlah beradab. Guna saluran yang betul. Tapi kalau kau melebih sangat — jagalah kau. Ahahaha joking.

But seriously, Nabi pesan bila marah, diam. Bila takde benda baik yang nak dicakapkan, diam. Sebab kita tak sedar apa benda merepek kita cakap time marah, time setan dah berjaya bisik-bisik halus di telinga kau tu.

Biarlah orang lain yang berdosa.
Kita nak mintak ampun balik dengan manusia, susah wei.

Nabi pesan lagi apa?
Untungnya orang-orang mukmin— bila benda baik berlaku dia bersyukur maka itu baik baginya.
Bila benda buruk berlaku, dia bersabar — maka itu baik baginya.

Gila best,kot.

“You’re fake.”

Oh, yeah? Wait till you are over 25 and work in a real job surrounding, filled with adult colleagues. You’re fake 9-6 everyday. We’re not in high school, sweetheart. Fake in the adult world means polite, and manners. And tolerance and considerations— or simply you wont survive. ☺️

Much love,
Creator


@Ruang_Aksara
Dalam hidup,
Bila bila rasa down, rasa macam segala benda tak menjadi mengikut perancangan kita.

When sometimes you feel like,

"What happened to me?
"Why is everything messing up?"
"Why is everything in this dunya run away from me and leave me behind?"
"Why it's become like this ya Allah?"

Hold on..
Hold on dear..

Lets say,

Hasbunallahu wa ni'mal wakil, ni'man maula wa ni'man nasir.

"Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami, sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".

Yakinlah Allah yang menyusun perjalanan hidup kita.
Allah tak pernah tersalah menyusun takdiri kan?

Makin rasa tak boleh go on,
Ulang lagi, ulang lagi.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Al Imran :173)

Pejamkan mata, dan rasakan hanya Dia.

Alirkan lah air mata, dan rasakan hanya Allah.
Dia ada, sangat dekat dengan kita.

Segala kepahitan,penat, sesak, lelah atau apa jua yang dirasa, insya Allah adalah kebahagiaan untuk kita 'di sana'

Semuanya susunan dari Dia.

Sometimes you want to cry.
You don't know what to do.
You messed up.

But then,
be strong.

Sometimes, you really need and you just need to be so.

Even when you cry loud inside despairing your tiredness, you just need to stay strong.

Stay strong dear...

Indeed, Allah knows best. Who else has the power or the ability to know everything about everything other than the All-Knowing?

Believe, that Allah knows what’s best for us. And finally, in the end we can say alhamdulillah for all His blessings in our life.

Remember this simple yet powerful ayah?

"Dan kerana Allah, bersabarlah." [Al mudassir:7]

Wa lirabbika fasbir.

Subhanallah...
Cantik sangat Allah susun hidup kita ini.

To be able,

Makan, minum.
Jalan,
belajar,
kerja.

Maha Baiknya Allah.
Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya.

Segala ujian yang perit dalam hidup.
Itu bukan lah satu penderitaan.
Tapi satu kekuatan.

Kerana..
Hari hari ke hari, setiap detik yang berlalu,
kita sedang diajar.

Diajar erti kehidupan oleh Tuhan.

Dont you think its a real blessing from Allah?
Maha Baiknya Allah kepada kita.

And now,
Turn to Allah, because nobody else will be able to help us more.

It's Allah and only Him can help us.

In whatever condition, seek Allah's help.

So today, let us raise our hands again.

Let us pray for a continuous mercy, blessings and guidance from Him until the day when we return to Him.

The day when all will be finally ends and we can all smile with contentment, because we have done our best.

Insya Allah.
Have faith, have faith dear..😊

@Ruang_Aksara
Dalam hidup kita ni mungkin sampai satu tahap, kita akan sampai kepada fasa kehidupan yang kita rasa berat sangat diuji dan terus diuji oleh Allah.

Qadr Allah, He does what He wishes.

Ada orang diuji dengan masalah kesihatan,
Mungkin ada orang diuji dengan masalah kewangan,
Ada yang diuji dengan kemiskinan dan kesusahan.
Ada juga yang diuji dengan masalah rumahtangga,
Ada orang diuji dengan masalah hati dan perasaan.

Dan sebenarnya banyak lagi cara Allah berikan kita 'hadiah'nya. Andai saja kita mengerti.

Air mata mengalir, dalam bersendirian.Penatnya diuji. Kadang tertanya tanya " Kenapa aku wahai Allah, kenapa aku yang diuji begini?"
Kadang-kadang bila tak dapat nak tahan sakit dan pedihnya segala ujian yang mendatang..
Air mata pun cukup sebagai bahasa untuk berbicara dengan Tuhan.

Ada masanya mampu bertahan, ada masanya rebah. Tidak tertahan dan air mata tumpah membasahi pipi.

Dan Allah adalah saksi segala saksi atas segalanya.

Wahai insan pilihan Allah yakni yang sedang diuji,
Alirkan lah air mata, dan rasakan hanya Allah.
Dia ada, sangat dekat dengan kita.
Dan Dia tidak pernah tidak mengira air mata yang tumpah itu.

And dear, just cry, let it out.
Cry when things go beyond our control ,cry when trials just kept on coming over and over again, cry when you feel helpless in the battle you face.

It's okay.

Sebab segala kepahitan,penat, sesak, lelah atau apa jua yang dirasa, insya Allah adalah kebahagiaan untuk kita 'di sana'

Semuanya susunan dari Dia.

Sometimes, you really need and you just need to be so. Even when you cry loud inside despairing your tiredness, you just need to stay strong.

It's hard I know,
But you're still fighting, and I'm proud of you.
You're amazing.

And when you wake up
in the middle of the night
feeling all alone with your thoughts,
go straight into sujud
for Allah arouse you out of your sleep,
so you could be with Him
and beg Him for guidance.

Trust me,
you will notice that you won’t need anyone else but Al-Wahhab,The Giver of All.

Allah knows your pain. Just hold on. He’ll heal your pain.
Just wanna say this, make sure to never forget that Allah always love us.

He sends subtle messages to remind us to take care of ourselves from little things in life.

We just gotta open our eyes wider, settle our heart at times, take a moment to think.

The world is created with thorns and storms raging in and out of our lives.

And Allah never neglect us, because He always promises the faint smell of roses and the faint beam of light from the sky.

Percaya saja segala jalan cerita dan takdir hidup kita dalam genggamanNya.
Mudah diungkapkan tapi mungkin terlalu sukar untuk dilaksana.
Namun percayalah Allah sentiasa melihat usaha usaha kita.

Dan lihatlah betapa indahnya Allah titipkan ayatnya untuk memujuk kita,

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung." (Attaubah: 129)

Trust Him, He knows best.

InsyaAllah. :')

@Ruang_Aksara
Teman,
sekali dua kau gagal, pujuk hati –
bahawa itulah prosesnya agar semakin
banyak kau sedar mana yang perlu
diperbaiki dan dipelajari.
Sungguh, tiada apa yang perlu dimalu,
dikesal atau disegankan.

Malulah, jika teruji dengan kegagalan...
tapi kau malah memilih berlemah dan
layankan rasa putus asa.
Kasihanilah diri yang mengizinkan
kegagalan menjadikan kau hilang
punca.

Kawan, jadikanlah jatuh ini...
alasan untuk kau bangkit lagi! Biarlah
kembali merangkak, setelah sebelumnya
telah berlari. Masih tak salah untuk
kembali memulakan.
Masih tidak tersakiti orang lain,
hanya kerana kau berkeputusan
untuk menyerlah setelah merasa
sesaknya dada di kala terbenam.

Jika orang lain memandang kau
tiada harapan, maka jadikan itu antara
alasan untuk kau kumpul dan raih
lebih banyak kekuatan!
Jika orang lain mengejek dan hanya
tahu memperolok-olokkan, itu alasannya
untuk lebih fokus dan berserius.
Jadikan saja segala kritik atau tomah –
kalam yang membakar semangat
walau biarlah tujuan ia dihamburkan
sebenarnya untuk melemah.

Kawan, tiada istilah terlambat
dalam memulakan selagi mana
dunia masih bernadi dan nyawamu
masih setia tinggal jauh di dalam
diri.

Pandanglah segala musibah
sebagai satu tanda kasih daripada-Nya.
Kerana cara Dia membahas cinta,
luar biasa dan takkan sama serupa
manusia.

Biar dukamu bernoktah di syurga~

:')

@Ruang_Aksara
Langit cerah.
Saya ingat lagi masa tu bila dia kata,

" Sampai satu tahap dalam hidup, bila kita rasa dah jatuh, gagal, tak mampu nak bangkit balik, dan rasa hanya Allah je yang mampu tolong kita, bukan sesiapa lagi, ketika itulah Allah akan angkat kita semula."

Ringkas tapi cukup bermakna.

Teringat ayat quran yang sangat best,

“Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya.”
(Ath-Thalaq :3)

Sebak.

If you are having a hard time right now, please read this.

I know how it feels to feel lost and be hopeless. When you just wanted to disappear because the pain is too unbearable. That feeling that gets so heavy every single day.

One thing that kills your happiness is when you compare your journey with everyone. You do not have to put so much pressure on yourself. You have a different journey to take. Run at your own pace. You will have your time too.

You might be in a dark situation right now, but soon enough the light will shine again. It will bring relief to your restless heart. It will give you that peace of mind that you have been praying for.

Have you been really tired and you know that it is more than physical tiredness? When you can’t really explain as to why you feel that way.

Your dilemmas will not last forever. Surely, your struggles are temporary. At the right time, everything will fall in its places perfectly. Everything will be okay.

Never lose hope because you are not alone in this bitter-sweet journey. Have faith in Him.

The hope in Allah which is never lost, and the love He has for us. There is always Allah s.w.t; who would never leave us alone.

And we all know that He's the best that we could ever hoped for.Know that He is with us wherever we are.

He understands us when other people don’t. He is there to ask upon, to help us, to guide us.

It's true that life has it's ups and downs.

And for everything that happened, as long as we keep our trust in Allah and keep remembering Him, we can always feel His presence, His mercy.

Sometimes even in the depth of darkness, we know that there is something good in it for us. Allah always knows better.

Remember, when Allah says;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah :216].

Exactly. We don't know. He may be doing things, that seem so difficult to accept, however is actually the best thing for us.

Sometimes, in order to save or protect us, something is taken away from us, or given to us in a way we don’t want.

So, there will be pain, joy, disappointment but there will also be perseverance, effort and most importantly, faith in Him.

We are all fighting different battles and I am writing this just to say to the people out there that you are not alone.

Sometimes things get a little bit too much but insya Allah there would be a way out. When it happens, think of it this way; you are at your worst now so thing can only get better as long as you do not give up!

The problems could be huge but so is Allah's mercy. His help is probably just a prayer away, so make it.

Insya Allah. Have faith

@Ruang_Aksara
Bukan sekali dua aku
menjadi telinga bagi suara
bicara yang berbunyi -
meluah.

Aku tak pernah menyesal,
menjadi pendengar kerana
melaluinya aku dapat
belajar.

Sesekali, seakan melihat
suasana fikir sendiri pada
lontaran hujah kepala mereka.
Dan ianya buat aku tersenyum -
berfikir - 'rupanya semua
orang sama saja. Diuji.
Teruji. Berperang dengan
rasa sendiri.'

"Mengapa hidup ini terlalu
memenatkan? Adakah
tujuannya hidup untuk
disibukkan dan dipenatkan
dengan ujian-ujian yang
bak hujan yang tak mahu
henti menimpa?"

Kerana dunia hakikatnya
bukan tempat yang disediakan
untuk berlama-lama berehat,
melayan rasa malas dan
dihabiskan berangan-angan.

Dunia, memang tempat kita
memerah keringat.
Berjuang untuk beri nilai
pada sedikit kudrat yang kita
sumbangkan.

Rasa penat, maka berehat.
It's okay to rest but not
to forever rest aka stop!
Siang diadakan, begitu
jua malam. Ada detiknya
memang diperuntukkan
untuk mengizinkan diri
beroleh kerehatan.

Dan, orang mukmin -
tetap faham, tetap merasakan
bahawa solat adalah sebaik-baik
cara mengerjakan kerehatan.
Berehatlah, dengan membayang
diri sedang dilihat sayang oleh
Yang Maha Penyayang.
Berehatlah dengan sebenar-benar
kerehatan.

Selamat berehat
semuanya


@Ruang_Aksara
It is not the situation that makes you stress; it is how do you manage your mind will determine it.

Will you be joyful if you were to be left alone with no one by your side? If the answer is no, then it is not about who is with you— it is about your own goodself.

That is what human is — if they are poor, they suffer from poverty. You make them rich, they suffer from taxes. If they are jobless they stress to get a job, when they got a job, they stress with their superiors.

Manage yourself well. Overcome your stress. Trick your mind. Live positively. There are two things that you have to do to live joufully in this world; first is to respect Allah, perform your prayers on time no matter how busy you are. Second is to have patience with human beings.

Sabar and be grateful— you will be stress free.

That was what my mom adviced me when I was so miserable, and this is my secret of a stress-free life,alhamdulillah (been getting questions about what is stress for you😬). I do get stress sometimes but it is manageable alhamdulillah.

Sabar. Respect Allah. And be grateful— will you?

:)


@Ruang_Aksara
Andai kita mulai menghitung kebaikan Allah,
belum tentu mampu untuk sampai ke titik akhirnya.
Kerana kebaikan Allah tiada tara, tidak terkira
banyaknya dan ada antaranya tidak terjangkau
dek ilmu serta pengetahuan kita malah terkemudian
disedari bahawa kita sedang menerima kebaikan
daripada-Nya. Subhanallah.


Demikianlah, ujian hidup yang sering dibaca sebagai
suatu musibah, kerumitan dan kesusahan
inilah sebenarnya antara cara Allah Azza Wajalla
menyalurkan rahmat, keredhaan, pahala dan
tentunya syurga tertinggi buat setiap hamba-Nya.
Tanpa mengira darjat atau latar belakang kita
semua.

Begitulah. Justeru, bergagah dirilah dalam menguruskan cara fikir dan mengendalikan
gejolak rasa. Walau apa jua masalah yang menghambat hingga terusik ketenangan kita,
yakini sepenuh hati betapa bersama ujian yang
berat ini, ada rahmat Allah. Ada rahmat Allah.
Ada rahmat Allah. Ada ihsan dan kasih-sayang
Allah. Kerana Allah Maha Kaya dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Insya-Allah!

Lihat saja, siapa di sekeliling kita yang tak
jemu dan masih setia bersama-sama kita.
Ramai orang baik-baik Allah izin masuk dalam hidup
kita, masih setia dan kekal bersama kita.
Kita rasa terharu dan bahagia menerima kasih-
sayang daripada manusia. Itu manusia.

Jadi, boleh tidak kita bayangkan betapa besar
dan dalamnya kecintaan dan kasih-sayang
Allah terhadap kita?

Diri kita saja, acapkali tersalah dan pernah
sedar tak sedar zaliminya. Tapi Allah jugalah yang
tak pernah berkurang sayangnya terhadap kita.
Benar, Allah lebih menyayangi diri kita berbanding
kita sendiri. Itulah hakikatnya.

Maka yang demikian, syukurilah. Syukuri apa jua
yang Allah izin kita lalui dan hadap. Terus kuat
dan penuhkan jiwa dengan dan hanya sangka-sangka
baik serta keyakinan bahawa – Allah Tak Pernah
Tak Sayang!

Semat erat keyakinan itu dalam jiwamu!

@Ruang_Aksara
Aku tak mungkin mampu menjadi
kau. Menggalas tanggungjawab dan
amanah takdir yang telah dipilihkan
Tuhan untuk kau.

Menjadi sabar, kuat dan kental
hingga yang tampak di luar hanyalah
segaris senyum tawar yang ditahan-tahan.
Entah apa yang sedang kau pendamkan
dalam diam.

Kawan, sedang apa pun kau...
biar pendam-rajukmu terus dirujuk pada
Dia, ya?

Percayalah dalam sepi yang
tiada berbalas gemaan bisik doamu,
Tuhan tidak diam selami emosimu.
Tidak pernah diam.

@Ruang_Aksara
Siapa pun kita – kita sama-sama
sedang dalam perjuangan mahukan
redhanya Tuhan. Lalu, mengapa diam-diam
mahu dipikul batu dendam dalam dada?

Sampai bila berpura-pura memakai wajah
bersahaja padahal iri dan dengki dibiar
berkeladak dalam darah?
Tidak berat, tidak sakitkah membiarnya
jadi belaan yang memakan diri sendiri?

Buangkan dan salinglah mendoakan
kebaikan bersama. Bukankah itu lebih membahagiakan?

Win-win.
Sama-sama menang, kalahkan ego.
Sama-sama saling memanfaatkan dalam
berbagi kebaikan dan mengirimkan doa-doa.
Sama-sama bercucuk tanam di dunia untuk
dipetik hasilnya di akhirat sana.
Sama-sama merancang untuk berjiran dan
bertenang-tenang di syurga-Nya.

Sungguh, kehidupan dunia tidak akan
kekal. Justeru, jadilah seorang yang sedar
bahawa akhiratlah tujuan, yang menentukan
pengakhiran bagi setiap manusia.
Maka, selagi kaki masih melekap di muka
bumi ini...belajarlah mencintai diri sendiri,
agar tidak tega kau menzaliminya lagi.
Hanya orang yang tahu mencintai diri
sendiri, akan tahu mencintai setiap insan
di sekitarnya atas terma kemanusiaan dan
kesejatian sebagai hamba yang taat kepada Penciptanya.

Be the one –
yang Allah suka dan redha
ke atasnya.


@Ruang_Aksara
Untuk hal-hal berat yang
tak mampu seluruhmu angkat –
mintalah diringankan oleh Dia.
Kerana apa sangatlah ujian kita
berbanding sayang dan ihsan-Nya
yang jauh lebih banyak.

Tuhan cuma mahu kamu
belajar jadi hamba.
Membesarkan Dia yang
selayaknya cara.
Begitu, kau takkan pernah rasa
terbeban dengan ujian.
Apa saja...hatta kesusahan atau
kehilangan orang tersayang.

Lantaran hati sedar dan mengerti,
mana pernah yang dalam genggaman;
yang dilihat orang harta kita –
adalah miliknya kita melainkan
semuanya Dia punya.

Indahnya jadi hamba tahu diri.
Semoga itulah jati diri kita.

@Ruang_Aksara
Kawan,
rasa sakit hatimu itu...jangan dibiar lama
membelit hati. Mana nak datang lega
dan bahagia yang dihajati.
Belajarlah membuangnya jauh-jauh
hingga – walau kau toleh, kesan atau
sisa-sisanya tak kelihatan lagi.

Berbahagialah dengan cara paling
sejati tanpa menyeksa diri berpura-pura.
Saat kau mulai mengikhlaskan masa
lalumu, ketahuilah segunung pendam yang
menjadi barah di belakangmu itu akan
terhapus – hilang terus!

Justeru, maafkanlah diri sendiri.
Maafkan orang lain.
Melangkahlah menginjak usia, dengan
bebas dan puas. Tanpa bersyarat atau
tertakluk pada apa-apa.


@Ruang_Aksara
Sungguh.
Andai asyik diendah apa orang
kata dan fikir, memang kita tak
ke mana-mana.
Tapi tak boleh juga tak endah.
Nanti diri jadi besar dengan sifat
ego dan degil.

Yang terbaik adalah —
kau endah atau dengan erti kata
yang lain, 'cakna'. Dan tahu
menanam pendirian dalam diri untuk
bagaimana— dan seharusnya
memberi reaksi apa.

Kerana tidak bermakna kita betul
itu kita betul, tidak bermakna ia salah juga.
Dan begitu perginya kepada orang
lain. Hanya kerana mereka 'orang lain',
tak bermakna mereka tak benar dalam
mendefinisi atau memanifestasikan
'warna' dalam diri kita.

Selalulah cari tahu untuk bagaimana
jadi insani yang ada nilai kualiti diri.
Kisahkan bagaimana Tuhan nanti akan
pandang – sebagai sesuatu untuk
dipentingkan.

@Ruang_Aksara
Kadang, kau hajat seperti
orang lain. Yang jika sedih, bersahaja
diluahkan bahawa kau sedang menanggung
beban di hati.

Kadang, kau mahu seperti orang
lain, yang tidak malu mengkhabarkan
masalah atau runsing bukan masih mahu
berpura-pura menyorok di balik topeng yang
sepanjang masa tampak positif dan
bahagia.

Ada masanya kau mahu menjerit
sekuat hati, mengatakan pada dunia
bahawa —

'Hey! Ingat kau saja ada
ujian hidup? Ingat kau saja tahu
meratap dan menangis?
Aku tahu juga.
Aku tahu.'

Kau terlalu mahu lontarkan itu
sebagai ucapan!

Hanya kerana dia memilih tersenyum,
tidak bermakna dia tak tahu berkeluh.
Hanya kerana dia banyak mendengar,
tidak bermakna dia tak punya cerita
untuk dikhabarkan.

Untuk sesekali, dia juga hajatkan
pertanyaan.

"Kau okey?"

Dan sebenarnya hajatkan lebih
daripada itu.

Mungkin dengan cara...

"Aku doakan, jika sekarang ini hati kau
lagi buntu dan keliru...Tuhan berikan
ilham dan buka jalan kemudahan.
Jika kau bersedih, aku doa moga Tuhan
sembuhkan luka yang kau deritai dalam
diam. Kerana kau adalah insan yang tak
gemar menzahir isi hati, aku memilih untuk
mengertikan saja sendiri.
Aku doakan kau kawan."

Itu sangat memadai untuknya.
Tiada yang lebih membahagiakan
melainkan disantuni dengan ihsan
sesama manusia; didoakan!


@Ruang_Aksara
Kawan,
hidup ini bergelumang warna dan drama.
Skripnya terkadang senyum dan air mata.
Jika bukan kau, mungkin aku menangis.
Jika bukan aku, mungkin kau menangis.
Atas asbab yang sama atau berbeza.

Kerana masa kita mengalir di zaman
yang sama. Hanya perencanaan takdir
kita saja adakalanya tak senada.
Adapun, aku tetap masih mahu
percaya. Bahawa hebat atau tidak
hebat manusia, bukan apa yang
digenggamnya di dunia sebagai
ukuran.

Tentunya, piala kita – redha Dia.
Tanda kita pemenang, kita ada 'rumah'
di syurga-Nya.

Justeru, jangan dibanding takdir
hidup sendiri dengan orang lain.
Hayati setiap momen dengan
membesarkan jiwa sendiri!

Kau jadilah pemenang dalam perjuangan
hidup kau bukan berlawan dengan
orang lain di atas medan perjuangannya.
Menanglah sebenar-benarnya menang,
di sisi Ilahi. 💕


@Ruang_Aksara
MENGEJAR MATAHARI

Sudah terlambat, ia tenggelam bersama kenangan di ujung langit merah semalam, meski hari ini ia kembali datang, suasananya tak lagi sama, sangat beda, hingga rindu menerjah dada ingin pulang pada senja yang hilang dalam matamu yang separuh bulan, sebelum pejam.

Aku mengerti tentang jalan, walau tak lagi bisa kumaknai dengan hujan, setelah Februari tergesa-gesa menulis perpisahan, aku memasang lampu-lampu di langit, menggantikan matahariku yang enggan, memeluk tangkai malam dengan sekuntum mimpi yang luruh di birai mata, menjadi tangisan.

Malam terlalu panjang, aku masih mencari matahari yang dicuri Tuhan, di helaian haribulan atau tanggal yang masih bergerimis di angka-angka usia, sepanjang bilangan rambutku yang mulai putih oleh bicara-bicara malaikat di jendela.

Kamukah matahari atau aku? Kita saling mengejar rindu di sebahagian senja kelmarin dulu dan membubuh ingatan di kepala waktu, membancuh warna di gelas puisi, cuba menumpahkan pelangi, namun matahari tetaplah matahari yang lupa kuberikan hati.

Perjalanan belum selesai, walau kita sudah sampai, aku benci untuk mengerti satu hal;

"Sehingga cinta menemukan kita lagi, meski bukan untuk saling memiliki."


04032020, Setapak, Kuala Lumpur

@Ruang_Aksara
2024/09/29 22:22:11
Back to Top
HTML Embed Code: