Telegram Web Link
Bercita-citalah untuk
selalu mahu dipandang
Ilahi ❤️

@Ruang_Aksara
Berani tak selalunya yang
lantang bersuara, yang semangat
nak menang membara sentiasa.
Berani juga terpakai untuk
orang yang memilih beralah
kerana tak mahu berlama
layankan drama tak matang
manusia.

Berani berlaku benar!

@Ruang_Aksara
Kerana SOLAT
sentiasa ia SOLUSI
kepada apa pun
masalah.

Ajarkan hati untuk
cari Dia dalam setiap
keadaan.

Rasa sedih, cari Dia.
Rasa gembira, cari Dia.
Rasa nak zahirkan syukur,
cari Dia.
Rasa keliru, cari Dia.
Rasa serabut, cari Dia.

Hati kita, biar
terbiasa mencari Dia.
Bukan dia, dia dan dia.

@Ruang_Aksara
Tangis itu boleh jadi
sedih, boleh jadi
terlalu gembira atau
teruja suka juga.
Jadi, biarlah yang
punya hati memutuskan
perasaannya sedang
apa.

Bukan tugas yang
bukan dia untuk
sibuk-kecoh memikirkan.

Demikianlah,
dalam hidup kita ni,
tidak semua anggapan
kita itu tepat. Jika mahu
meneka, maka terpulang -
namun, kita harus tahu
tak semua logik fikir
kita itu tepat.

@Ruang_Aksara
"Siapa menyakiti orang yang aku kasihi, bererti dia menyakitiku! Aku mungkin tidak memusuhinya, tapi aku juga tak akan mendekatinya."

Tentang cinta dan setia. Prinsip ini jelas terukir menerusi kisah Rasulullah dan Wahsyi.

Betapa hebatnya cinta kasih Rasullah pada Hamzah, bapa saudaranya itu hingga menyakiti Hamzah ibarat menyakiti baginda. Membunuh Hamzah bererti membunuh kasih sayang baginda!

Ini kisah Wahsyi, seorang hamba yang menuntut pembebasan sebagai ganjaran atas tugas khasnya untuk membunuh Hamzah.

Sebagai seorang yang mahir bermain lembing, Wahsyi sukses menikam dada Hamzah tembus ke belakang. Syahidlah bapa saudara kesayangan Rasulullah!

Syahid adalah satu anugerah. Tentu saja ianya disyukuri. Namun baginda tetap terluka dengan Wahsyi.

Sewaktu Wahsyi berjumpa Rasulullah untuk mengucap syahadah, baginda terima pengislamannya, tapi wajah baginda tidak sudi memandang Wahsyi.

Bahkan Rasulullah berpesan agar Wahsyi tidak lagi datang menunjuk muka sepanjang hayat baginda. Boleh bayangkan perasaan Wahsyi tatkala menerima arahan ini? Allahu. Ternyata Rasulullah setega itu!

Ini bukan dendam! Ini luka yang bersangatan daripada cinta yang sangat jelas kerana Allah.

Baginda terlalu mencintai Hamzah, hingga tak sanggup memandang wajah orang yang telah membunuh bapa kesayangannya itu.

Inilah yang dipanggil setia. Inilah yang dipanggil cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya!

Kesan daripada 'boikot' Rasulullah secara peribadi terhadap Wahsyi, apa berlaku? Wahsyi malu sendiri, kesal dan bertekad mahu menebus kesalahannya.

Apa berlaku? Wahsyi menjadi hero yang telah berjaya membunuh nabi palsu bernama Musailamatul Kazzab!

Allahu Akbar! Sungguh, cinta sentiasa menang! Cinta Rasulullah kepada Hamzah telah berjaya membuatkan gelora Wahsyi untuk menjadi mukmin yang lebih kuat untuk memperbaiki kesilapannya.

Hamzah syahid. Rasulullah 'merajuk' dengan pembunuhnya dan rajuk baginda itu menjadi asbab tekad si pembunuhnya untuk berubah menjadi sangat luar biasa!

Kesudahannya apa? Ya, Wahsyi pernah tersalah tapi kemudiannya beroleh kemuliaan Allah. Apa asbabnya? Kerana rasa sedih atas ketegasan Rasulullah yang tidak mahu melihat wajahnya, Wahsyi bangkit menjadi pembela agama!

Subhanallah, hebat penangan cinta dan setia Rasulullah hingga boleh menjadikan seorang pendosa menjadi sebegitu mulia!

Tanya diri. Adakah kita mempunyai rasa cinta dan setia seperti itu? Kita melafazkan cinta pada suami, pada ibu, pada adik beradik kita, tapi kita tanpa rasa bersalah mendekati orang yang memusuhi mereka. Kita tega pamerkan kemesraan dan sokongan kita dengan orang yang telah menyakiti mereka.

Di mana cinta dan setia? Di mana rasa hormat kita pada perasaan mereka?

Allahu. Masih jauh lagi adab kita dalam bercinta. Masih jauh daripada adab Rasulullah. Rasulullah okey saja menerima mesra orang yang menyakiti hati baginda, tapi baginda akan terluka jika orang yang baginda kasihi dikeji. Baginda akan pantas menjadi pembela!

Ingat tak kisah Rasulullah marah Aishah kerana menyebut buruk tentang Khadijah?

Baginda mencintai Aishah, tapi cinta baginda pada Khadijah buat baginda berani mempertahankannya walaupun ketika itu, Khadijah sudah tiada.

Tahu tak kisah Fatimah bersedih ketika ada ura-ura suaminya, Saidina Ali mahu mengahwini puteri Abu Jahal?

Rasulullah pantas membela kesedihannya dengan berkata, "Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian dari diriku dan aku tidak suka jika ada sesuatu yang menyakitinya!"

Nah, serta merta Ali membatalkan perancangannya!

Belajar sesuatu. Dalam cinta, belajar untuk mempamerkan setia kita. Belajar menunjukkan pada orang yang kita kasihi betapa kita akan sentiasa teguh setia memperjuangkan kebahagiaan bersama, sama ada ketika dia ada atau tiada.

Cinta kerana Allah sangat jelas perjuangannya. Jika dua orang bermusuh, kita pilih satu yang kita rasa benar dan setialah pada kepercayaan kita. Jangan tamak bermuka dua kerana mahu menjaga kepentingan kita. Takut munafik jadinya.

Ya. Dalam ukhuwah, dalam perjuangan kerana Allah, tidak sepatutnya ada talam dua muka. Jangan jadikan
diri kita menjadi lalang, terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan, terlihat sebagai orang yang tiada pendirian!

@Ruang_Aksara
Sehambar dan hampa mana
pun hati, teruslah berkuat
kerana hanya itu saja caranya
untuk melepasi.
Yang tidak membunuhmu,
akhirnya akan menguatkanmu.
So, have faith ❤️

@Ruang_Aksara
SELAGI ESOK MASIH ADA

Semalam yang ditinggalkan
mencatat sejuta kenangan
suka duka rencah kehidupan
mengenang semalam
layu jiwaku
umpama sipesimis yang jatuh
dalam kial payah berjuang
untuk bangkit dari kehampaan
hari ini aku masih berdiri
angkuh menyanggah langit
dengan seribu impian dan harapan
selagi ada hari esok
akukan terus berdiri dan berlari.


@Ruang_Aksara
Terjaga.
Terpinga-pinga.
Apakah rasa ini yang sebegitu kuat hadirnya hingga mampu menggoncang lenaku?
Tak semena, airmata laju mengalir sayu
Ini bukan rindu, aku tahu!
Adakah ini tanda egoku sedang diranapkannya satu persatu?
Entah.
Yang pasti hati aku, jiwa aku sedang tersayat dengan sangat hebat,
Terasa dicincang lumat-lumat,
Ya Tuhan,
Sakitnya teramat!

Terpinggir!
Sungguh, tidak pernah aku terfikir,
Rupa-rupanya rasa tidak lagi dipeduli oleh orang yang selama ini peduli, ternyata sesakit ini.
Sungguh, tidak pernah aku terfikirkan setega ini dia sanggup mencampakkan aku ke tepi.
Tidak pernah aku terbayang,
Separah ini rasanya dibuang oleh orang yang selama ini kutatang dan kusayang-sayang.
Pedih hatiku bagai dilapah dengan pedang!

Lelah!
Aku bangun meninggalkan bantal yang sudah lencun basah dek airmata yang tak henti mencurah,
Kusucikan diri, mencari sejadah,
Merintih, merayu, mengadukan lemah.

Apakah kesakitan ini tanda rindu-Mu, Ya Allah?
Apakah luka sebegini dahsyat tanda kafarah dan dosa-dosaku sedang dihapuskan dengan taubat yang kurayukan setiap saat?

Jika benar,
Iya sudahlah.
Tak mengapa.
Sangguplah aku menggelupur menahan pedihnya.
Tidaklah sanggup aku keluhkan deritanya.
Redhalah aku jika dia mahu pergi sekejam ini,
Redhalah aku jika dia membuang aku sehina ini.

Ya, biarlah dia pergi tanpa memikirkan aku lagi,
Tak mengapa.
Akan kupujuk-pujuk hati ini agar selalu mengerti,
Akak kupupuk-pupuk jiwa ini agar terus kuat dan tidak menjerit meminta simpati.

Cuma aku mohon,
Bantulah aku mengikhlaskan luka ini.
Aku mohon setitik sifat-Mu, wahai Yang Maha Pengampun,
Atas nama cinta yang pernah engkau titipkan untuk membelit jiwa aku dan dia,
Leraikanlah semula dengan sebaik-baik cara,
Biar tiada benciku yang menumbuh di dada!


@Ruang_Aksara
"Awak, macam mana
nak ajar diri sendiri
sabar, tabah dan terus
positif?"

-Adik A


Adik, cakap-cakap kat diri
sendiri.

"Saya tahu.
Ketika saya rasa serabut,
berkecamuk, sedih, resah -
ada orang sedang bertenang-
tenang, gembira dan senang
hati tanpa satu ancaman rasa.
Tapi, saya tahu juga...
saya bukan tak pernah
gembira, bersenang-senang
dan berbahagia sepertinya
sekarang. Maka, tahulah
saya bahawa bukan
saya seorang menelusuri
jalan kehidupan yang penuh
ragam dan drama ini.
Seperti gembira yang akhirnya
habis bila kini saya berduka -
saya tahu duka ini juga akan
segera beransur kebah.
Tiada yang abadi di dunia..."

Lagi satu, kita tak perlu tunggu
masalah selesai baru nak
rasa bahagia dan lapang dada.
Mulalah bersangka baik
bahawa segala bentuk ujian
yang berat dan kita tak suka ni,
adalah 'alasan' untuk kita
jadi perhatian Tuhan.

Allah sentiasa suka nak
tahu update kita daripada
malaikat, sabar atau tidak -
redha atau tidak kita ini terhadap
ujian-Nya. Maka, anggaplah
Allah tidak memberatkan tapi
makin mahu membawa kita
merapat dan mengerat dengan
rahmat-Nya.

Bayangkan saja masalah
kita, serabut kita, sedang
bertemu solusinya dengan
izin Allah. Yakin! ❤️

@Ruang_Aksara
KATA TANPA RASA

Tangan laju bekerja,
Kaki lincah berlari ke sini dan ke sana
Mulut petah berkata-kata dengan bicara tanpa titik jeda.

Semuanya tampak seperti biasa.
Namun hakikatnya ada beza.
Hatiku ini..
Mengapa diam sedari tadi?
Cuma diam.

Barangkali kerana beban di bahu ini terasa begitu memberat
Barangkali kerana sesak di dada ini kian sarat hingga nafas mula pandai tersekat-sekat.
Ternyata saat ini hanya pandangan yang kian berbalam menemani hatiku yang sudah pandai diam.

Lalu saat hati yang diam itu ku jenguk,
Tubuh mula tersengguk!
Pilu menerjah dari segenap arah.
Ya Tuhan!
Diam-diam lukanya kian parah.
Diam-diam akhirnya teresak sendiri
Bicaranya tetap sepi
Diam-diam ku tanya hati...
Mengapa mesti sesukar ini?


@Ruang_Aksara
Kadang orang tu bukan
tak tahu marah. Dia tahu je.
Tapi dia tahu alangkah buruknya
rupa dia marah, teruknya akhlak
dia marah-marah, sebab tu dia
sabarkan saja. Marah, buat
dia jadi bukan diri dia.

Marah buat dia jadi tak tenang
dan tak bahagia.
Jadi jangan persoal kenapa
dia macam tak ada perasaan.
Tabahlah kau hadapkan
dia yang tak terjejas dengan
sindir-perli kau.
Dia ada rasional dia sendiri.

@Ruang_Aksara
Kau juga miliki kaya
bahagia dalam jiwa.
Jadi tiada alasan untuk
tidak suka orang lain
bahagia.

Selamat pagi semua.
Sedang bahagia ke tu?

:)

@Ruang_Aksara
Berfikir untuk diri sendiri
tak apa. Tapi tak perlulah kot
nak 'berfikir' sangat untuk
orang lain. Sangka-sangka atau
agak-agak kita belum tentu
selari dengan yang diniat
atau difikirkannya.

Baik dia, ikhlas dia atau ada
agenda selainnya bukankah
dia mengetahuinya lebih baik
berbanding kita?
Kenapa kita nak ambil
bahagian sangat dalam
memikirkan sesuatu yang
bukan hak kita untuk
memutuskannya?

Kalau memang teruja nak
tahu sangat, maka bertanyalah.
Clarify dan minta penjelasan
Itu lebih mudah.
Nak bersangka-sangka,
mengapa?

Kalau orang menyalahtafsir
niat dan fikir kita, bagaimana
penerimaan kita?
Fikirkan begitu, Insya-Allah
tak ada 'bawang negatif'
dalam kepala yang aktif
mencelarukan hidup kita.

@Ruang_Aksara
Fokuslah pada 'sesuatu' yang bawa manfaat pada diri kita. Bukan setakat kat dunia yang fana tak kekal ni, tapi akhirat sana yang kan abadi selamanya.

Kita mungkin asyik fokus untuk kejar itu,kejar ini. Terlalu banyak yang kita mahu dapatkan kerana menyangka ia keperluan.

Tapi kita lupa apa itu yang dinamakan


P.R.I.O.R.I.T.I

Prioriti itu adalah keperluan antara keperluan.
Prioriti itu yang paling mustahak dan terpenting.

Maka, dahulukan.
Jangan salah mendahulukan.

@Ruang_Aksara
Setiap saat kita ni berhadapan
dengan ujian. Kita maklum
benar hakikat itu, namun di
kebanyakan masa kita jadi
macam tak pernah tahu,
kita jadi lupa.

Saat diuji, saat itu wajar
kebergantungan pada Allah
tak sepatutnya putus.
Biar pergantungan hamba
terhadap Tuhan itu tiada
rehatnya.

Doalah - jika ujian yang
dihadapi kini adalah dugaan,
maka mintalah dikuatkan dan
disabarkan untuk menempuhinya.
Jika ia sebenarnya momen yang
sarat ibrah dan pengajaran,
maka minta dilapangkan hati
untuk menerima 'ilmu' berkisar
kehidupan tersebut.

Jangan rasa berat hati
untuk khabarkan segala rasa
pada Tuhan. Walaupun
Dia Maha Tahu, yang mahu
didengarkan-Nya tetap suara
rayu dan rintih hamba-Nya.
Maka, jadilah mengerti.

Air mata tidak pernah
menjadi rugi untuk jatuh,
bahkan di situlah ia menjadi
lebih bererti sebagai air mata.
Menangislah bila kau perlu
menangis, tak perlu ditahankan.
Namun kemaskanlah pendirian
bahawasannya air matamu
tidak murah untuk sesuatu
yang sia-sia.

Dan air mata mengharap
bantuan, pengampunan dan
redha-Nya bukan permintaan
yang sia-sia.

Perjuangkan syurgamu!

@Ruang_Aksara
Allah Maha Pengampun.
Maha Menerima Taubat.
Tiada yang lebih faham
struggle setiap hamba
melainkan-Nya. Jangan
berputus asa untuk bertaubat
dan mengharapkan rahmat
Allah.

Kenalpasti, apa punca kita asyik
'membiarkan' diri untuk jatuh dalam
lubang khilaf yang sama sedang
kita tahu ia perbuatan menganiaya
diri sendiri dan Allah tak suka kita
zalimi diri kita sendiri.

Kau tahu kenapa hari ini
kau ada rasa begitu kesal
terhadap dosa-dosa yang kau
buat? Kau tahu mengapa kau
jadi muak, meluat dan menyampah
kenangkan diri yang tak kuat
menolak hasutan syaitan dan
bisik-risik nafsu diri?

Itulah dia salah satu bentuk
pertolongan Allah untuk kau.
Allah sedang bantu kau untuk
meninggalkan dosa-dosa
tersebut walau kau tahu betapa
susahnya untuk menyingkirkannya
kerana telah sebatinya kau
dengannya.

Jangan sia-siakan bantuan
Allah ini. Jangan biar diri terus
hanyut dalam provokasi yang
dibuat syaitan. Tentu akan singgah
rasa diri tak layaknya nak jadi
orang baik setelah lama menjadi
jahat dan seumpamanya.

Untuk aku, kau, kita -
rahmat Allah terlalu luas
untuk kita hidup di dalamnya.
Teruslah mujahadah dan
berikhtiar, biarlah kita ni mati
dalam keadaan kita struggle
bertaubat, harapkan pengampunan
Allah berbanding mati dalam
keadaan memilih terus berdosa
kerana dirasa diri tak layaknya
nak 'kembali' ke pangkuan redha
Tuhan.

Allah selalu memandang usahamu.
Allah sedang sayang kita dan
tolonglah jangan berhenti sayang
diri sendiri juga ya?

@Ruang_Aksara
Tak perlu memaksa keadaan. Kita biarkan saja ikatan jiwa ini terlerai perlahan-lahan. Kurangkan-kurangkan bertanya. Kurang-kurangkan berkongsi cerita. Biar akhirnya kita lupa, pada semua itu pernah ada bahagia.

Tak perlu dirintihkan takdir. Tak perlu dikesalkan segala rasa yang pernah hadir. Biarkan saja ia menjadi cermin pada diri. Biarkan ia menjadi api yang menyuluh jauh ke dalam hati.

Memang, panasnya membahang! Tapi itulah yang menemukan kita dengan apa-apa yang lebih dan apa-apa yang kurang. Dan kerana itulah, kita menjadi kita yang jauh lebih matang.

Justeru tak mengapa. Kita terima saja takdir ini seadanya. Bukan semua perpisahan perlu salam perpisahan. Ternyata masih ada yang mampu terpisah tanpa dipaksa dan memaksa keadaan. Tenang tanpa tekanan.

Maka, itu pilihan kita. Diam-diam bermain dengan masa. Diam tanpa dendam. Pergi tanpa benci. Hingga ia hilang tanpa disedari. Hingga akhirnya, cinta itu takkan pernah mampu ditemui lagi!

@Ruang_Aksara
Diri,
jangan diremehkan hatta
sedikit kebaikan yang
cuba diri kau usahakan.
Kerana kau tak akan
pernah tahu dalam sedikit
usaha kau memberi manfaat,
ada ramai yang turut
menerima manfaat secara
tidak langsung.

Jangan sesekali memilih
diri untuk terjerat dalam
tipu dayanya syaitan.
Kau akan dilemah-lemahkan
dengan -

'Apa kau buat ni?
Nak tunjuk diri baik
sangat?'

'Kau tulis lain. Kau cakap
lain. Kau buat lain. Better
stop jelah acah-acah
motivator!'

Dan banyak lagi.

Jadi jangan banyak fikir.
Teruskan berusaha untuk
membaiki diri dan
menyayangi orang lain.


Untuk diriku,
yang adakalanya
rapuh.

@Ruang_Aksara
Hidup ni tak perlulah
sikit-sikit nak cemburu,
nak mengiri-dengki
orang.

Apa orang lain ada,
kita pun nak ada juga.
Orang lain tampak
bersenang-senang,
kita dah jadi tak betah
duduk diam.

Misalnya hari ini,
ramai menikmati cuti
awam sempena Hari
Pertabalan Agong
2019, namun ada yang
masih tetap perlu
bekerja mengikut
keperluan dan tuntutan.
(Uhuh, macam aku lah tu!
Tapi tak dengki pun...😂)

Pendek kata,
janganlah letihkan diri
mempersoal apa orang
dapat, kita tak dapat.
Kita maklum benar Tuhan
Maha Kaya dan rezeki untuk
setiap orang itu ada.
Tinggal nak yakin tak
yakin saja.

Kalaulah semua benda
kita ada, apa yang kita nak
kita dapat, entah di mana
nak lihat 'kualiti' yang dimiliki
diri kita. Entah di mana
penyabarnya, positifnya,
berbaik sangka dan
seumpamanya.

Syukurlah, Allah beri kita
peluang untuk rebut
kesempatan jadi 'bintang
syurga'. BAKAL bintang syurga
yang ternama dalam
pengetahuan penduduk
langit. Tak mahukah kita
kenyataankannya?

Oleh itu,
wahai diri...
silakan bertempat untuk
cemburu dan jauhkan
diri daripada sifat iri-dengki.
Buatlah Allah sukakan diri
kita.

Ingatan bersama ❤️

@Ruang_Aksara
2024/09/30 04:24:05
Back to Top
HTML Embed Code: