Telegram Web Link
Kita nampak orang buat maksiat,
kita kena nangis untuk dia.
Kita nampak ada orang tak solat,
kita kena nangis untuk dia.
Kita nampak orang hidup tak
terarah, mengumpat, menabur
fitnah - kita kena nangis untuk
dia.

Kasihan dia.
Kita kena nangis untuk dia.
Kita kena doa untuk dia.
Kita kena minta Allah
ampunkan dia.

Mungkin setiap orang yang
melihat, yang keluar daripada
mulut hanya sumpah seranah,
yang ada hanya benci menyampah.
Tiada yang sudi mengasihani.
Tiada yang sudi mahu berdoa
untuk dia, agar Allah buka pintu hidayah dan keampunan buatnya.

Kita kena nangis dan berdoa
untuk dia.
Kalau kita juga nak pakat
menyampah dan benci,
tak kasihankah padanya?
Mungkin Allah dengar doa kita.
Mungkin Allah makbulkan
doa kita.
Jadi, jangan tak berdoa.
Tiada yang mustahil pada
Allah.

Moga kita semua adalah
orang-orang yang terpilih
untuk kembali, untuk balik
semula ke jalan Allah.
Jalan yang Allah redhai.

Insya-Allah.

@Ruang_Aksara
Dalam hidup.
Ada banyak benda yang tak pernah kita expect akan berlaku.

Yang tak pernah kita sangka, yang tak pernah kita duga.

Siapa sangka gagal dalam peperiksaan beberapa kali rupanya Allah nak jadikan dia seseorang yang tak mudah putus asa dan berharap cuma pada Dia..

Siapa sangka Allah hantar belajar, jauh dari keluarga, rupanya Allah nak bagi kuat, supaya sentiasa berdikari..

Siapa sangka belajar sampai rasa pening, muntah, rupanya Allah nak persiapkan diri kita yang terbaik untuk ummah..

Siapa tahu jodoh muncul lambat kerana rupanya Allah nak hadiahkan perkahwinan yang panjang hingga ke syurga Allah..

Siapa tahu anak paling nakal rupanya Allah nak dia mendapat didikan dan doa dari ibu bapanya sehingga dia dididik dengan sebaik-baiknya..

Siapa tahu sakit yang selalu menimpa mungkin rupanya itu cara Allah nak kita selalu ingat Dia dan tak lekang dibibir hanya menyebut nama Dia..

Siapa sangka setiap hari kena marah dalam pekerjaan rupanya Allah nak jadi kan kita orang hebat dan bersedia untuk membantu orang sepenuh hati..

Siapa tahu? Siapa sangka?
Perhaps it just another sign from Allah.

Taking a step back, it's quite obvious how beautiful Allah planned our lives isn't it?

Bersangka baik pada Allah.

Dan terus berdoa tanpa jemu kepadaNya...

Dua nikmat orang yang berdoa..

Pertama, nikmat melepaskan segala yang terbuku di hati, kepada yang Maha Mendengar.

Kedua, nikmat terkabulnya doa itu dalam pelbagai cara, oleh yang Maha Mengabulkan.

Which really does make sense.

Betapa Allah suka sangat
Bila kita buat seolah olah
kita sangat perlukan Dia satu satunya.

Luahkan seluruh perasaan.
Titiskan setiap airmata.
Hamburkan segala kegusaran.
Keluarkan setiap satu isi hati.

Rasakan pelukan mesra sebuah doa.
Rasakan kehangatannya.

Sehingga kita rasa ada satu tangan lembut yang mengusap kita,
menenangkan kita,
Dan memujuk lembut kita..

Allah Maha Tahu.
Allah Maha Memahami

It's true that life has it's ups and downs.

And for everything that happened, as long as we keep our trust in Allah and keep remembering Him, we can always feel His presence, His mercy.

Sometimes even in the depth of darkness, we know that there is something good in it for us. Allah always knows better.

Allah is indeed the best in His plannings. Sometimes we lose some, but we also gain some.And to everyone out there who sometimes feel that life is harsh, tell ourselves,

"Thank you Allah for putting me to this test and such test, so that I'll become your better hamba"

Remember, when Allah says;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah :216].

Exactly. We don't know. He may be doing things, that seem so difficult to accept, however is actually the best thing for us.

Sometimes, in order to save or protect us, something is taken away from us, or given to us in a way we don’t want.

So, there will be pain, joy, disappointment but there will also be perseverance, effort and most importantly, faith in Him.

The actual life is when we're having tougher test, and then we're trying harder to face it.

Yes, truly He is the best planners of all.

For the chances and the people that we encountered, thank Allah.

Life is an ongoing lesson, we'll never stop learning something new.

Insya Allah. Have faith! :)

@Ruang_Aksara
Dalam kita bersenyum gembira,
sentiasa ada yang sedang berhiba.
Pun begitu, ada juga yang di hatinya sedang mendung tetapi memilih untuk menghayati redupnya rasa.

Kita baru habis berjuang dalam
menahan diri daripada menzalimi
diri sendiri dan orang lain sepanjang ramadhan. Ramadhan berlalu,
bukanlah bermakna mode 'membawang', bersangka buruk
dan yang seumpamanya turut
boleh untuk diaktifkan semula.

Teruskan ikhtiar kumpul pahala.
Terus berusaha minta Allah kuatkan
agar kita dapat menjaga akal, bisik hati, lisan dan perbuatan kita.
Bina diri yang berakhlak dan bercirikan penghuni syurga.

Terus suka apa yang Allah suka.
Teruskan memerangi apa yang
Allah tak suka!

Don't judge people.
Santuni kesemuanya.
Seikhlasnya.


@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
Takdir Allah kadang
tampak kejam daripada
yang disangka.
Kita hajat usaha itu
selalunya akan berhasil
dan membuahkan kejayaan.
Rupanya di balik usaha
juga, kau berkenal-kenalan
dengan penatnya kegagalan!

Ya, gagal.
Kalau usaha sekali terus
berjaya, itu mungkin nasib
atau rezeki.
Yang banyaknya di balik
usaha itu adalah orang-orang
yang gagal, yang usaha lagi,
gagal lagi, usaha lagi hingga
kenal berjaya yang diertikannya
sebagai kejayaan.

Padahal sebenar-benar
kejayaan itu, adalah
kemampuan kau bangkit
lagi untuk teruskan usaha
yang sudah kau mulakan!

Diri,
hidup ini, klimaksnya di
akhirat sana. Jadi apa
jua yang kau lalui saat ini,
di dunia ini -
jatuh-bangun-tergolek kau -
adalah 'proses' sahaja.
Proses untuk melayakkan
wujud kau hidup di sini
(baca:dunia)
hari ini sia-sia atau ada nilainya.

Direnung-renung, seronok
juga alangkah disebut Tuhan -
'hamba-Ku yang ini,
usahanya bersungguh.
Tak mudah putus asa.
Sangka baiknya banyak.
AKU bahkan tumbuh di
hati, berbunga-bunga di
perkataan dan tingkahnya
berbuah manfaat buat
seantero alam.'

Allahu Rabbi...

Selamat berangan,
selamat beramal diri!


@Ruang_Aksara
LUMRAH

tiada yang kekal
kita makhluk sedari asal

segalanya sementara
berjumpa dan berpisah jua

adalah lumrah
hendaklah pasrah

kau dan aku
ditakdirkan bertemu

dihidupkan di sini
mengutip bekalan ke alam abadi
sampai masa dipanggil pergi

@Ruang_Aksara
Setiap hari,
Dia menjaga, melindungi
dan menyelamatkan kita.
Dan kita juga, setiap hari
asyik terlalai menjaga diri
sendiri. Asyik berjalan
menuju kemudaratan
yang sepatutnya dihindari.

Di samping berdoa,
minta Allah jaga dan
pelihara kita selalu...
Doa juga, kepala dan hati
kita jadi kepala dan hati -
bukan batu dan tunggul.
Doa juga, dimudahkan kita
menerima tegur-nasihat
bukannya membesar ego
dan sombong.
Minta juga, agar tidak
diserahkan-Nya bulat-bulat
diri kita kepada diri kita sendiri.
Doa juga, diberi kita kekuatan
dan kesabaran dalam
mengerjakan ketaatan.

Minta saja.
Jangan ragu-ragu untuk
meminta. Kerana Dia suka
hamba-Nya sedar diri.

Mengimani Allah secara
berterusan, secara total -
harus didambakan setiap
hati. Kerana alangkah ruginya
mati, andai dihidupkan kembali
dalam keadaan dibuang dan
tak mahu dipandang.

Allahu...

@Ruang_Aksara
Biarlah kita bukan
siapa-siapa atau bukan
ada-ada sepertinya.
Tapi, kita masih diri
kita yang ada segala
keperluan yang Allah
cukupkan seadanya.

Jika konon gemar
mengutip ibrah pada
hidupnya orang lain -
jangan dikutipi realiti
yang indah-indah saja.
Ketika hari membesarkan
mereka, hingga matahari
jadi berat sebelah menurut
kita. Jangan.

Jika benar suka benar
meneliti, maka telitikan
seluruhnya. Segala pahit,
sukar dan payah yang
dihadapi. Bukan fokus nampak
banglo 2 tingkat, emas, sutera,
kereta mewah, pangkat dan
darjatnya saja.

Tersalah menelaah, maka
sakitlah hatimu. Alamatnya,
bermulalah episod tidak
bahagia menghidupi
kehidupan sendiri.

Jangan jadi itu.

@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
Hidup kita ni, memang
Tuhan susun untuk kita
belajar sesuatu.
Bukan saja-saja kita
bersalah kalau bukan nak
tunjuk pada kita yang
salah satu hikmahnya kita
bersalah, kita dapat belajar.

Orang yang pernah
buat silap, sedar dirinya
telah buat silap, wujud
rasa menyesal dalam diri -
akan ada kecenderungan yang
lebih kuat untuk meningkatkan
mutu usaha, lebih berhati-hati,
lebih berstrategi dan matang
berkeputusan.

Sebab tu orang kita
kata, guru terbaik dan
paling tegas dalam mendidik
kita ada pengalaman kita
sendiri. Bila kita pernah
sakit kerana menanggung
beban sebuah kesilapan,
sakit itu jugalah yang menjadi
pencetus imuniti keyakinan dan
kematangan dalam berpendirian.
Kita juga jadi takut dan
benci untuk jatuh ke lubang
silap yang sama.

Ya, begitulah.

@Ruang_Aksara
Suatu ketika dahulu,
aku rasa aku kedekut.
Kedekut kat sini tidaklah
pada orang lain (tidak
bermakna aku pemurah sangat)
tapi pada diri sendiri.

Aku boleh fikir sepuluh
kali boleh tak aku nak
belanja sejumlah duit
demi layankan lapar aku
pada ayam KFC.
Dan berkali-kali suara itu
yang sering mengiang di
telinga -

"Jangan berkira sangat
lagi-lagi bab makanan.
Kalau ada duit sikit, nak
sangat makan ayam KFC,
makan je. Nak halang diri
buat apa kalau memang
cukup duit kita untuk itu.
Sesekali, belanjalah diri
sendiri."

Hari ini, memori itu
menjenguk kepala.
Mudah rupanya nak zahir
sayang pada diri sendiri.
Buat, apa yang kita nak
buat. Makan, apa yang kita nak
makan. Jadi, apa yang kita
nak jadi.

Jangan berkira-kira dalam
membahagiakan diri sendiri.
Dan percayalah, belum
ada orang yang sayang
diri dihabiskan masanya
untuk memusnahkan masa
depan dunia dan akhiratnya.
Perut yang lapar KFC,
kita tahu kalau ditelan
nasi goreng kampung -
laparnya takkan habis.

Begitu juga dengan diri
kita. Kita kalau ada masalah,
cara nak berhibur harus
yang boleh mengisi kekosongan
di hati kita. Bukan berfoya-foya
ikut fatwa nafsu.
Kita harus tahu hati kita
dahagakan apa, laparkan
apa, mahukan apa baru ia
tak selamanya merana.

Diri,
jadilah diri sendiri
yang kenal diri sendiri.
Jadilah hamba yang
bahagia jadi hamba
terhadap tuhannya.
Biarlah jadi manusia
paling bahagia tapi
bersederhana.

Buat yang cuma
Dia suka.

@Ruang_Aksara
Kelmarin, sempat berbual
dengan seorang rakan.
Topik perbualan memang
tak lari daripada berkaitan
orang. (Membawang positif,
Insya-Allah!)

"Dik, akak perasankan...
Allah sungguhlah Maha Adil
kan. Ada orang tu, harta banyak.
Tapi, diuji penyakit berat-berat
pula. Ada orang yang hidup
cukup-cukup makan ni, mujurlah
Dia bagi sihat."

Kak A mulakan perbualan.

"Betul sungguhlah kak.
Saya sendiri pernah jumpa
pasangan suami isteri yang
dah berusia. Ada rumah besar,
pangkat dan harta yang banyak...
tapi Allah uji tiada zuriat pula.
Allah memang Maha Adil.
Jarang sebenarnya Allah nak
beri lengkap semuanya sekaligus."

Saya menjawab, menyokong
pandangan yang dilontarkannya.

"Tapi dik, kalau dahlah miskin, anak pula ramai, anak-anak pula
banyak yang 'tak menjadi' berbanding yang menjadi,
harta tak banyak, diuji pula sakit -
bukankah ibarat jatuh ditimpa
tangga? Dalam situasi begitu,
macam mana kita nak yakinkan
dalam hati bahawa Allah tu
Maha Adil?"

Allah. Pertanyaan itu sebenarnya
pernah singgah di hati sendiri
suatu ketika dahulu.

Bagaimana mahu melihat
keadilan Allah dalam dirasa
hidup tidak punya apa-apa
melainkan kesusahan yang
tiada berkesudahan?

"Kak, kalau perasan...ramai
saja orang senang di luar sana.
Yang kita nampak sempurna
serba-serbi kehidupannya.
Ada rupa, harta, pangkat, kuasa,
zuriat dan banyak nikmat
lagi yang mungkin tak terkirakan
kita. Tapi kak, di situlah keadilan
Allah. Allah beri, tapi ada juga Allah
tolak. Allah beri, ada juga Allah tak
terima daripadanya. Ujian belaka
segala bentuk pemberian Allah
ni kak."

Sungguh. Jadi janganlah berasa
mengapa hidup begitu susah
ditambah lagi susah dengan
kehadiran zuriat yang banyak tapi
'tidak menjadi' belaka.
Janganlah rasa pelik saat melihat
sunyinya seorang kaya, sibuknya
yang berharta - bila diuji dengan status keberkatan rezeki yang
dipunyainya.

Allah selalu Maha Adil.
Kita yang kabur memahami
sifir perancangan-Nya.

Lalu, apa jawapan paling
terbaik dalam memujuk
keliru dan buntu kita?


S A B A R.

Manusia dihidupkan untuk
diuji siapa paling berkualiti
imannya. Dan sabar adalah
sebahagian daripada iman.

Bila Allah memberi peluang
kepada kita bersabar dengan
kesusahan dan kesenangan
yang banyak - maka, disitulah
ruang untuk menjadi bintang
bumi paling bercahaya hingga
menangkap pandangan penduduk
langit untuk mengetahui siapa
kita.

Manusia yang dimuliakan Allah
adalah manusia yang paling
bertuah. Marilah kita angankan
untuk menjadi salah satunya.
Insya-Allah.

@Ruang_Aksara
Jangan letak salah pada
orang lain bila diri sendiri
tidak rasa bahagia.
Kerana bukan orang yang
bertanggungjawab ke
atas hak diri kita untuk
bahagia.

Mentaliti asyik menjadikan
orang lain sebagai punca
dan diri sendiri sebagai
mangsa keadaan tidak
pernah membantu sesuatu
situasi atau keadaan
menjadi lebih baik.

Sesekali, duduk dan fikir-
fikirkan.
It's actually within
yourself, yang perlu
diubahkan.

@Ruang_Aksara
Biarlah kita bukan
siapa-siapa atau bukan
ada-ada sepertinya.
Tapi, kita masih diri
kita yang ada segala
keperluan yang Allah
cukupkan seadanya.

Jika konon gemar
mengutip ibrah pada
hidupnya orang lain -
jangan dikutipi realiti
yang indah-indah saja.
Ketika hari membesarkan
mereka, hingga matahari
jadi berat sebelah menurut
kita. Jangan.

Jika benar suka benar
meneliti, maka telitikan
seluruhnya. Segala pahit,
sukar dan payah yang
dihadapi. Bukan fokus nampak
banglo 2 tingkat, emas, sutera,
kereta mewah, pangkat dan
darjatnya saja.

Tentang indah yang
bersepah di sekitarmu -
tersalah menelaah, maka
sakitlah hatimu. Alamatnya,
bermulalah episod tidak
bahagia menghidupi
kehidupan diri sendiri.
Jangan jadi itu.

@Ruang_Aksara
Hari ini, ada yang bukan
salah kita tapi kita yang
dipersalahkan.

Hari ini, kita yang disakiti -
tapi kita yang memulakan
permohonan maaf.

Hari ini, ada yang kita
boleh saja lantak-lantakan,
tak peduli - tapi kita tetap
pilih menoleh dan terus
setia lagi.

Hari ini, ada yang kita
putuskan untuk enough is
enough - tapi, tetap kita
goyah dan berlaku seperti
kita yang azalinya...
(yang dilabel orang -
mudahnya diperbodohkan,
diambil kesempatan dan
seumpamanya)

Teman,
lebih baik menyesal semomen
daripada menyesal selamanya.
Biarlah kita hilang ego diri kita,
daripada kita hilang ukhuwah
yang pernah terpatri kerana-Nya.
Adatlah perselisihan, pergaduhan
dan apa jua bentuk ujian dalam
bersilaturrahim.
Kita fokus masuk syurga
saja, jom?
Jangan simpan marah,
pendamkan benci dan
dendam yang tiada manfaatnya
untuk diri kita dan orang
sekeliling kita.

Entahlah di mana rugi,
bila pengorbanan kerana
bersabar itu nantinya
Allah balas dengan pahala,
redha dan syurga-Nya juga.
Malah jadi sangatlah rugi
yang tiada titiknya bila
kita memilih agungkan
ego diri semata.
Maka, fikirkanlah.

@Ruang_Aksara
Bila terbiasa memandang
kesenangan orang, senyum
tawa, segala lebih dan
istimewa yang terserlah
pada diri orang lain -
kita kirakan bahawa itulah
sebenar-benarnya nikmat.
Yang alangkah bagus jikalau
kitalah yang dapat.

Tanpa kita tahu...
bahawa kebersyukuran
pada sedikit yang kita ada,
rasa kebercukupan pada apa
yang tersedia untuk kita
daripada-Nya - itu lebih nikmat.
Kita bersyukur dan kita
dirahmati-Nya, itu jauh lebih
nikmat.

Pentas dunia terlalu
misteri, kawan.
Tak semua boleh diukur
sempurna sekadar melalui
lensa penglihatan kita.
Kita perlu iman dan takwa
untuk lebih rasional.
Kita perlu ilmu yang luas
agar tidak terperangkap
dalam kotak fikir yang
sempit.

Carilah ilmu.
Tingkatkan iman dan
takwa.
Moga kita terbimbing
hingga ke syurga-Nya.
Tidak terperangkap di
jerat dunia.

@Ruang_Aksara
Bila sedang sakit...
Allah uji rindu apa
orang sihat mampu
buat, kan?

Ramai saudara dan rakan
saya yang sedang diuji
sakit. Moga Allah berikan
yang terbaik untuk kalian.
Iya, saya suka untuk mendoakan
begitu. Yang TERBAIK -
tak kiralah sakit atau sembuh -
Allah tahu keadaan iman
paling tertinggi ketika waktu
yang mana - maka, minta
Allah pilihkan untuk kita.
Dan, semoga terus dikuatkan
hati untuk bersabar dalam
melaluinya.

Sakit selalu menjadi
motivasi untuk hidupkan
iman dalam diri.
Namun, ada juga yang
walau diuji sakit masih
tak mahu akui Tuhan
sebagai satu-satunya
tempat rayu-minta-adu
segala-galanya.

Semoga, kita selalu
beriman dalam apa jua
cuaca kehidupan yang
kita hadapi sehari-hari.

Selamat memulakan hari
dengan positif. Tiada
pelangi di langit, bukanlah
alasan untuk tidak
mewarnai hari dengan
ceria ❤️

@Ruang_Aksara
It happens to everyone as they grow up — you find out who you are and what you want. And then you realize that people you’ve known forever dont see things the way you do. So you keep the wonderful memories, but find yourself moving on.

That is how life is ; you cant always get what you want, but better not — you can choose to love what you have. Stop comparing your life with others. If you need someone to compare your life with, it would be the yesterday you.

The grass on the other side will always look greener. 💕💕💕


@Ruang_Aksara
Secara lumrahnya,
manusia akan
INGAT kau
kerana dua perkara.

Pertama,
kerana kebaikan kau.
Ya, mungkin sifat kau yang ramah.
Yang baik hati, yang pemurah etc.
Orang akan ingat itu.

Kedua,
kerana kelemahan dan mungkin
keburukan sifat kau.
Mungkin kau ni cepat marah, suka lepas cakap, suka menuduh, suka pinjam barang tapi tak kasi balik,
suka berhutang tapi sampai ke sudah tak bayar, tak sedar diri tu suka jadi
batu api dan buka aib orang....

Orang yang terlibat akan
terkesan dengan sifat kau.
Jadi memang orang takkan lupa
pada kau.

Betul. Kita ni manusia.
Tak sempurna. Tak baik mana.
Banyak cacat cela di sana sini.
Kita juga, bukan laparkan 'ingatan' orang terhadap kita.
Bukan dahagakan perhatian mereka.
Kita kata... 'Aku tak ingin pun lah sanjungan korang!'

Ya...ya.
Tapi duhai diri.
Kita ini makhluk bumi.
Dah tu manusia berakal pula.
Tuhan cipta kita untuk jadi hamba
kepada-Nya.
Dan jadi khalifah di atas muka
bumi ini.
Tuhan kalau nak cipta kita untuk
diasing-asingkan, mungkin tak
cukup satu bumi untuk seorang manusia menjadi penghuni.
Tuhan kata kita harus saling
berpesan-pesan kepada yang baik dan benar.

Kalau asyik nak menangkan ego diri, tak mahu berpesan dan tak rela diingatkan, serupa apa kita ini?

Fikir.

Oleh itu,
usahalah untuk baiki akhlak.
Kalau ada orang sudi ingat kita kerana kebaikan kita, syukurlah.
Kalau ada orang kenal kita kerana
lemah atau aib kita, tak mengapalah. Ambil pendekatan untuk cuba atasi kelemahan yang ada dan buang sifat cela yang Tuhan tak suka.

Sentiasa doa, doa, doa dan doa
agar mampu menjadi hamba Allah yang ada nilai untuk disyurgakan dan dapat menjadi manusia paling bermanfaat di muka bumi.

:)


@Ruang_Aksara
Aku tahu, ada orang
pagi ni dah stres.
Ada masalah kelmarin
yang masih belum
selesai. Ada yang tempat
kerjanya lah masalah.
Ada yang, kerja-kerja
rumah yang menjadi
rutin setiap harinya itu,
masalah. Ada yang, anak
sakit dah banyak hari
tak baik-baik, itu
masalah. Ada yang masih
berusaha hantar resume
sana-sini nak kerja,
itu menjadi masalah.
Banyaklah isunya.
Lain individu, lain cerita.

Hari-hari kita berhadapan
dengan ujian dan dugaan
yang kita anggap ia masalah.
Cuba pula, kita ubah.
Ubah persepsi kita memandang
ujian. Ubah cara, jangan hanya
berharap itu ini, tapi bermulalah
dengan berusaha serta
perbanyak berdoa yang
baik-baik.

Pagi-pagi jika sudah dimulakan
dengan serabut, sangka-sangka
buruk, keluhan-keluhan, rasa
tak semangat, rasa nak bermalas-
malasan saja...memang tidak
akan mengubah apa-apa.
Jadi, setidaknya memulakan
hari dengan positif, harapan-
harapan kebaikan, sangka-sangka
baik dan berdoa meminta
dipermudah urusan - itu jauh
lebih baik.

Kelmarin, aku sempat mendengar
tazkirah daripada seorang
asatizah. Katanya, setiap ujian
yang Allah datangkan,
ada malaikat yang memerhati
dan melaporkan kepada Allah
bagaimana kita yang hamba ini
memberi respon terhadap ujian
tersebut. Adakah kita redha atau
tidak?

Dan pagi ini, terdengar suara
ustaz pula di corong radio.
Allah akan tanya malaikat,
adakah hamba-Ku si polan
itu redha? Jika malaikat
mengiakan, maka kata Allah
apa?

Aku juga redha padanya.

SubhanAllah.

Terinspirasi kan?

Sama-sama kita usaha
redha terhadap apa jua
ujian daripada Allah ya?
Sangka baik terhadap Allah.
Bayangkan saja masalah-
masalah kita ni adalah medium
untuk kita bertambah dekat
pada-Nya.

Allah Maha Kuasa.
Allah Maha Mampu nak
beri solusi kepada setiap
masalah kita.
Kan ujian tu pun datang
daripada-Nya juga?
Atas perkenan dan izin-Nya.
Jadi, tak salah tempat untuk
mengadu dan berdoa pada-Nya.
Tak salah cara untuk terus
yakin dan bersangka baik
terhadap-Nya.

Aku doakan Allah beri yang
TERBAIK untuk kita semua.
Ingat, minta Allah beri yang
terbaik untuk kita. Jika selesai
masalah itu yang baik, maka
alhamdulillah. Jika masih ditangguh
selesai sesuatu masalah, maka
mungkin itulah yang terbaik pada
saat itu untuk kita. Ikhlaskanlah
hati untuk bersabar dan redha.

Tak rugi, percayalah...
tak rugi.

@Ruang_Aksara
Allah Maha Baik.
Dan diciptakan kita juga
dengan sebaik-baik
kejadian.
Kita saja yang seringkali
tersasar dari landasan
kehidupan berpandukan
iman.

Jadi, sentiasalah niatkan
mahu jadi baik dan lebih
baik. Dan Allah akan
bantu kita jadi lebih
baik. Salah satu cara Allah
bantu kita adalah dengan
mempertemukan
kita dengan insan-insan yang
sedang berjuang mencari
keredhaan-Nya juga.

Masya-Allah.

Ingat, panjatkan doa itu
selalu. Manusia dalam
kehidupan kita ni datang dan
pergi. Yang bermula juga
akan berakhir kan?
Kita juga hakikatnya sedang
bermusafir dan tentunya
akan pulang ke negeri
akhirat yang abadi.

Jagalah hubungan dengan
Allah dan hubungkanlah
silaturrahim. Pelihara dan
sungguh-sungguh jaga,
sahabat yang sentiasa
membantu ingatkan kita
tentang kebesaran-Nya.

Agar kehidupan lebih indah,
saling melengkapi dan
berlapang dadalah hadapi
lemah-kurang satu sama lain.
Insya-Allah bebunga
ukhuwah akan terus mekar
hingga ke syurga. Aameen.

Kawan baik itu bukan
yang rapat, selalu berkepit
dan dekat dengan kita.
Kawan baik itu yang ikhlas
doakan kita, nasihati kita
dan terima seadanya kita.

Jadilah kawan yang baik
agar Allah hantar lebih
banyak kawan-kawan
baik untuk kita.

Sama-sama berbagi
kebaikan untuk satu
sama lain.

@Ruang_Aksara
Kita nak orang
sayang kita, maka
kita harus ada sifat
sayang juga terhadap
semua orang.
Nak sayang orang,
haruslah pandai sayang
diri sendiri terlebih
dahulu.

Samalah juga dengan
nak orang baik
dengan kita ke, nak
orang hormat kita ke,
nak orang beradab dengan
kita - selalu mulakan dengan
mengaplikasikannya terhadap
diri sendiri dahulu.

Senang kata, beginilah.
Setiap kebaikan yang
kita niat untuk beri pada
orang lain, harus diri
sendiri milikinya.
Bagaimana kita nak
beri 'sesuatu' jika kita
tiada pun 'sesuatu'
tersebut?

Jadi, kita harus kayakan
diri dengan kebaikan,
adab dan akhlak terpuji.
Barulah kita boleh
mengaplikasikannya di
mana-mana, bila-bila
masa sahaja dan tanpa
memilih bulu.
Ya, tanpa rasa terpaksa
atau bersusah-payah
berpura-pura.

Untuk sesuatu yang
Allah suka kita buat,
usahakanlah seikhlasnya.
Apa lagi yang lebih
membahagiakan melainkan
menjadikan kesukaan Allah
sebagai amalan?
Kan?

:)

@Ruang_Aksara
2024/09/30 06:11:47
Back to Top
HTML Embed Code: