Telegram Web Link
Bukan tak pernah aku dilambung-lambung kemudian dibiarkan jatuh tersandung,

Bukan tak pernah aku dibelai manja kemudian dibiarkan begitu sahaja,

Bukan tak pernah aku diberi harapan menggunung tinggi tapi kemudiannya ditinggal pergi,

Bukan tak pernah aku dianggap penting kemudian ditinggalkan di saat genting,

Lebih dari pernah!

Sudah biasa!

Aku sudah biasa menjadi pilihan kedua.

Aku sudah biasa berlari sederas mungkin menyelamatkan orang yang aku kasihi, tapi saat aku kesakitan, harus menanggungnya sendiri-sendiri.

Aku sudah biasa berlari ke depan, menunjuk jalan, tapi apabila mereka di depan, aku terkebelakang ditinggalkan keseorangan.

Memberi madu dibalas tuba sudah jadi rutin!
Iya, aku sudah terbiasa berkorban dan terkorban untuk orang lain.

Jadi tak mengapa.

Jika engkau harus pergi, maka pergi.

Jika engkau harus menyakiti lagi dan lagi, terus saja sakiti sampai engkau berpuas hati.

Tak perlu diendahkan aku.

Airmata ini sudah lali menuruni pipi dan sudah biasa kering sendiri.

Hati ini sudah sering terluka dan lukanya sudah biasa terbiar begitu sahaja.

Memang aku sudah lali,
Sudah biasa!

Maka, tak mengapa.
Untuk apa-apa pun tingkah engkau, keputusan engkau, tak perlu risau.

Aku baik-baik sahaja.

@Ruang_Aksara
Ya.
Semalam aku rasa
down sangat.
Aku down kerana aku
kesal yang amat!
Aku kesal, kerana
selama ini aku mampu
saja bersabar -
tahankan lidah, tahankan
emosi walau akhirnya aku
yang tersakiti.

Tapi semalam, pendamku
meletus dan aku telah
melukainya tanpa
sedar. Dan disebabkan dia
terluka, dia melabel aku
yang bukan-bukan, yang
tak benar!

Ikutkan, aku boleh untuk
tidak hiraukan. Pedulikan
saja dia! Namun...bila aku
ambil masa untuk bertenang,
yang melukakan aku bukanlah
labelan atau kata-katanya
tapi kerana keterlanjuran aku
dalam menzahir pendam
dan pendirian.

Ya, aku sedih terhadap
diri aku sendiri.
Sekarang, aku terluka.
Tapi aku tahu, dia juga
terluka.

Begitulah kawan.
Dalam apa pun situasi,
biarlah kita tampak lemah
mengalah berbanding
gah membela diri tapi
akhirnya diri sendiri
sakit dan orang lain turut
sakit.

Tidak pernah rugi menjadi
seorang yang sabar
berbanding sebaliknya.
Buat apalah nak menangkan
ego sendiri dalam masa
yang sama menyakiti orang
lain dan kita tahu perbuatan
itu, akhirnya memakan diri
sendiri juga.

Sama-samalah kita
muhasabah dan belajar
daripadanya.

:')

@Ruang_Aksara
Bukannya kuat sangat kita ni. Kita sedih, kita kecewa, kita marah, kita menangis. Biasa! Sebab kita manusia biasa.

Tapi apa yang boleh menghalang kita daripada terus bangun setiap hari, mandi, makan, solat, bekerja dan meneruskan segala rutin harian seperti biasa?

Tak ada pilihan! Kita akur saja menyeret luka yang masih berdarah menjejes ke tanah. Kita pura-pura tidak nampak parut semalam yang sudah kering lukanya tetapi ngilunya masih terasa.

Kita ketap bibir kuat-kuat sambil cuba melangkah lagi penuh semangat.

Bukan sebab kita hebat. Tapi sebab kita ada iman. Sebab kita penuh percaya bahawa kematian bukanlah penamat segala kedukaan. Kita tahu bahawa sebaik sahaja mati, kita bahkan mungkin berdepan dengan sesuatu yang lebih dahsyat daripada ini.

Dengan amalan kita, dengan dosa-dosa kita selama hidup di dunia, kita pun tahu apa yang mungkin menanti di alam sana. Ngeri!

Sebab tu kita terus bertahan hari ini. Bukan sebab kita kuat, bukan sebab kita tabah dan bukan sebab kita hebat. Tapi sebab iman. Sebab rasa percaya pada Tuhan. Pada pembalasan!

Justeru hari ini, kita bangkit dan berjuang lagi. Mencari-cari apa yang boleh kita sumbatkan ke dalam lohong dosa itu agar tidak lagi berbau. Mencari-cari bunga pahala paling harum di dunia untuk menjadi tiket masuk kita ke sana. Ke syurga. Selagi bernyawa, kita terus mahu perjuangkannya! .

@Ruang_Aksara
Di tengah keriuhan ini, aku terlalu ingin menitiskan airmata demi meleraikan rasa yang terbuku di dada. Tapi di kiriku ada seseorang dan di kananku juga ada sebegitu ramai manusia yang lalu lalang.

Jenuh menakung kolam mata yang kian penuh! Tubirnya semakin membasah dan akhirnya.. apa yang kutakuti tetap terjadi. Melimpah! Dan begitulah. Kerudung yang masih elok tersarung kemudiannya basah.

Aku tunduk tanpa mampu memandang yang lain lagi. Kali ini dengan hati tanpa peduli.

Biarlah. Biarlah apa pun kata orang. Yang penting, hatiku lapang. Tenang, saat terasa ada yang sayang. Meski pun jalannya terlalu berliku, aku tahu.. di situ kebahagiaan aku!

Tuhan, terima kasih untuk bahagia sedetik yang Engkau pinjamkan.


@Ruang_Aksara
Tak tahu nak mulakan hari
dengan mood yang baik?

Cakap pada diri sendiri -

'Alhamdulillah, hari ini
aku gembira dan bahagia
kerana Allah beri peluang
pada aku untuk
nikmati hidup ini dengan
penuh rasa syukur, kecukupan
dan semangat positif!

Aku bahagia diuji dengan
sesuatu yang mungkin aku
tak suka, tapi aku tahu Allah
sedang menyusun takdir terbaik
untuk setiap momen dalam
hidup aku.

Aku bahagia melihat
orang tersenyum gembira
dan aku doakan
kebaikan berpanjangan
serta rahmat Allah berterusan
buat mereka.

Aku rasa bahagia, Allah
uji aku dengan serabut,
sakit, amarah atau apa
jua yang membuat emosi
teruji kerana aku tahu
melalui ujian-ujian ini, Allah
sedang membantu aku tingkatkan
kesabaran diri, perbanyak
pahala ibadah, tawaran darjat
dinaikkan dan memperoleh
rahmat serta redha-Nya.

Alhamdulillah...
aku percaya untuk menjadi
seorang yang bahagia
tidaklah sesusah mana
kerana Allah sentiasa mahu
membantu hamba-Nya
rasakan cukup, rasakan diri
dicintai dalam setiap keadaan
dan mahu hanya yang terbaik
berlaku dalam hidup seluruh
makhluk-Nya di atas
muka bumi ini.'

Insya-Allah.
❤️

Mari berbahagia dengan
merasakan Allah tak
pernah tak sayang kita ❤️

@Ruang_Aksara
Hari ini, kita lihat dia betul -
telatahnya menyemangatkan,
pencapaiannya menginspirasikan, perkataannya memotivasikan.

Esok-esok dia tersalah,
dia menunjukkan reaksi putus asa,
dia menangis serupa
tak ada pegangan di jiwa -
janganlah sewenangnya
mencanang label itu ini
terhadap dia.

Bukankah dia sedang
menunjukkan reaksi biasa,
manusia biasa?
Salahkah dia menonjol
sisi seorang 'manusia'?

Salah?

Setiap manusia akan hadapi
detik rasa lelah dan letih itu.
Rasa resah dan sedih itu.
Rasa penat yang amat.
Rasa yang biarlah kalah,
menyerah.

Alangkah elok andai di saat
dia itu diuji begitu,
kita tetap memandangnya
dengan kasih dan empati.
Tetap mahu memahami,
membantu dengan nasihat,
tingkah dan doa.
Alangkah baiknya andai
kita menyabarinya dan terus
memberi kata-kata semangat.
Bukan menghukum dan
meninggalkan dia sendirian...
ditenggelamkan kelemahannya.

@Ruang_Aksara
Kalau ditanya sakit apa
yang paling sakit, tentulah
kita jawab sakit matilah
paling sakit, kan?

Tak sempat nak bangkit
semula untuk menceritakan
betapa sakitnya mati.

Tapi tanyalah siapa pun.
Rasanya 'sakit terkini' adalah
yang paling sakit. Maknanya,
kalau saat ini kau sedang sakit
gigi, pasti kau bersegera hajatkan
sembuh kerana tak tahannya
menghadapi sakit gigi tersebut.
Begitulah juga kalau sedang
sakit perut atau demam panas.
Nak sangat segera sembuh!

Alhamdulillah, untuk diri aku -
Allah izin sakit setelah lama
rasanya tidak teruji dek sakit.
Walaupun sekadar demam biasa,
sakit tekak dan batuk-batuk tapi
sungguhlah 'sakit terkini' ini
mahu saja aku noktahkan
episodnya.

Tak seronok berlemah-lemah
jadinya, tak semangat asyik
mamai-mamai melayang, ditelan
liur umpama menelan pepasir
berkerikil. Perit! Hanya Allah tahu,
betapa mahunya aku segera
sembuh.

Adapun, dalam berkeluh begini...
aku syukuri juga betapa Allah
tu sangat baik. Pekerjaanku untuk
tiga bulan ini (aku terlibat dalam
kajian tinjauan kesihatan), memanglah akan keluar ke
lapangan. Terdedah kepada
teriknya mentari dan cuaca
yang serba tak menentu di luar
sana memang teramat menguji
kesabaran dan ketahanan badan.

Tapi syukurlah, Allah pilih
untuk 'sakitkan' aku pada
hari cuti menjelang Aidiladha ini.
Tak dapat nak bayang kalau
sedang sakit ketika hari bekerja.
Tentu haru jadinya.

Alhamdulillah thumma
alhamdulillah. Perencanaan
Allah mana pernah tersalah.

Kawan, kita ni tak selalunya
positif. Tapi ajarkan diri kita
untuk rutinkan mencari dan
memahami segala bentuk
kasih-sayang Allah.

Kita, kalau cari kebaikan
ALLAH, kita akan nampak.
Kalau kita highlight beratnya ujian saja, maka itu juga yang kita
akan rasa. Dan sampai
ke sudahlah, kita asyik
terbeban saja.

Bangkit bersemangat
selalu ya?
Moga siapa pun yang
sedang teruji sakit, hatta
sakit hati sekalipun...
beroleh kemudahan dan
kesembuhan.

Aameen ❤️

@Ruang_Aksara
Diri,
untuk terus hidup,
kau akan lalui banyak
ujian serta dugaan
yang menuntut pengorbanan.

Pengorbanan pula memerlukan
perjuangan dan perjuangan
mewajibkan untuk adanya
semangat, kekentalan, sabar
dan teguh dalam berpendirian!

Adapun, tidak mungkin
disia-siakan orang yang yakin,
bahawa pengorbanannya tak
pernah menjadi sebuah
kesia-siaan dan kerugian.
Teruslah rasakan bertuah
kerana masih diizin untuk
teguh dalam meyakini-Nya
walau telah lalui begitu
banyak ujian.

Salam Aidiladha 1440H kepada
seluruh muslimin dan muslimat.
Moga redha Allah bersama
kita semua ❤️

@Ruang_Aksara
Tuhan,
Maaf kalau sesekali aku terlupa bahagia itu daripada Engkau lalu hatiku selalu terkesan pada tingkah manusia.

Maaf kalau aku tahu sumber bahagia itu daripada Engkau tapi aku sering terlupa saluran itu tidak sentiasa sama. Kadang Engkau beri melalui dia. Dan kadang melalui mereka.

Maaf kalau terlalu sering aku terteleng pada apa yang aku mahu hingga aku bagai sering menggeleng pada apa yang aku perlu.

Tuhan,
Lihatlah betapa lemahnya aku, hamba-Mu,
Yang terlalu sering mendesak kemudian teresak sendiri kerana kelupaan ini.

Mohon jangan Engkau tambahkan lagi luka ini, Tuhan!
Yang tersedia ini pun serasa tak mampu aku tahankan lagi.
Mohon bantulah aku melawan sakit hingga mampu aku bangkit berdiri dan terus kuat berlari,
Dengan dia atau tanpa dia yang aku cinta, tak mengapa.
Asalkan Engkau ada,
Mencintai dan menerima aku seadanya.

@Ruang_Aksara
Menjadi bahagia adalah
pilihan bukan suatu keputusan.
Tiada yang mampu membuat
kita bahagia melainkan diri
kita sendiri kerana yang putuskan
untuk jadi bahagia adalah diri
kita bukan hak orang lain.
Jangan dinanti kebahagiaan
dari luar kerana kebahagiaan
yang sejati datangnya dari
dalam diri kita sendiri.

Makanya, untuk dirimu
yang sedang dirundung sedih
dan ternanti-nantikan bilalah
giliran diri untuk berbahagia...
Hey, wake up! The truly
happiness is within you!

Be happy ❤️

@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
Secebis Memori Itu

Masih dalam gelap yang sempurna
pagi hanya mengirim embun dan menghantar bulan ke anjung
angin masih gagal mengirimkan kidung
pun
puisi ini masih berlangsung
dari malam-malam yang sudah bertahun
belum selesai
belum usai
setia menguntaikan kenangan-kenangan
yang masih melingkar

tentangmulah
tak pernah bisa aku ganti dalam hati
bahkan di dalam tinta ini
yang selalu menumpahi sepi di kertas-kertas yang telah kehilangan mimpi
aku berusaha menempatkan rasa di setiap inci
walau kusedari ini hanyalah ilusi

sudah lama meja dan ruang ini
menjadi saksi
aku yang selalu lupa tentang pagi
dan tidak membenarkan mentari muncul di balik tirai gelangsar
sengaja kututup
agar manis itu tetap bisa kuhirup dan luka itu bisa aku katup
dalam gigil airmata yang masih merajuk

@Ruang_Aksara
Bukan disebabkan usaha
dan doa kita saja, kita
jadi baik-baik jalani
hidup apa adanya.
Diberikan ujian, tertahankan.
Diberi dugaan, masih boleh
disabarkan.

Itu, mungkin kerana ada
orang lain yang tak jemu
selit dan sebut nama kita
dalam doa mereka.
Itu, mungkin kerana ada
orang yang mensyukuri
manfaat yang pernah
dikongsikan kita kepada
mereka.
Dan satu sebab kuat
atasi segala sebab yang
ada - itu, adalah RAHMAT
Tuhan yang dikurniakan
untuk kita.

Justeru, jangan cepat
berbangga apatah lagi
lupa diri bahawa segala
apa yang kita kecapi atau
capai saat ini, adalah
hasil usaha, kerja keras
dan pengorbanan kita
semata.

Jangan.

Beristighfarlah dan kembali
sedari tempat letaknya diri.
Moga Allah ampunkan kita
semua.

@Ruang_Aksara
'Ya Allah...
andai aku mati,
biarlah perkataan
terakhir aku adalah
syahadah.'

Rasanya tiada siapa
merancang untuk mati
dalam keadaan yang
Allah tak redha ke
atasnya.

Kita semua berhajat
pengakhiran yang
baik, yang perginya kita
tinggalkan dunia dan
pergi menemui-Nya dalam
keadaan ketibaan kita
dinanti serta diraikan.
Dalam keadaan Allah
suka untuk bertemu kita.

Lalu, bermulalah dari
sekarang dalam merancang
corak kematian yang
bagaimana kita idamkan.
Jika kita merancang Allah
izin kita pergi dalam keadaan
kita sedang beribadah,
sedang berzikir, sedang
melakukan tugas lillahitaala -
maka itu harus dirutinkan
hingga menjadi sebahagian
daripada diri kita luar
dan dalam, pada setiap
keadaan.

Sesekali memang kita akan
teruji dengan kebiasaan
yang salah dan menuntut
perubahan demi kebaikan diri
sendiri. Pernah, seorang rakan
saya menyuarakan alangkah
susahnya berkata-kata yang
baik dan membuang kebiasaan
'mencarut' dan sebagainya.
Memang sukar! Tapi peganglah
prinsip - hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih.
Hati haruslah bulat dengan
tekad kan?
Terus mujahadah tinggalkan kemungkaran tersebut!

Bayangkan saja kita mati
kelak, perkataan tak baik
itu yang kita ratibkan di bibir.
Allahu Rabbi, tak terbayang.
Bagaimana pengakhiran kita
nanti?

@Ruang_Aksara
"You feel pain because
you're alive. Without
life, there's no pain."

-Dr. Cha Yo Han


Rasa sedih, kecewa,
hampa, terluka, sakit,
derita - bukan lagi suatu
yang asing untuk setiap kita
laluinya. Bepergianlah ke
mana celah dunia sekalipun,
tetap terjejakkan diri kita
oleh qada' dan qadar Tuhan.

Melalui sakit ini, kita
belajar cara bersabar.
Melalui derita ini,
kita belajar cara bertahan.
Melalui kecewa dan hampa
ini, kita belajar caranya
memujuk hati sendiri.
Melalui musibah ini,
kita belajar cara menyembuhkan.


Kerana HIDUP adalah sebuah
nikmat, yang memanfaatinya
kita berpeluang merasakan
bentuk-bentuk rahmat Tuhan.
Jadi kawan...syukuri sakitmu.
Kerana merasa sakit ini adalah
BUKTI bahawa kau 'sedang' hidup.

:')

@Ruang_Aksara
Tertarik dengan kata -kata dia;

'Mungkin. Sampai suatu masa nanti. Kita akan sedar. Sebenarnya Allah tidak pernah kata tidak.'

Allah mungkin cuma kata nanti.
Allah mungkin cuma mahu kita tunggu.
Tunggu sehingga sampai saat masa yang sesuai.
Masa itu nanti, Allah akan beri, yang lebih baik daripada apa yang kita minta.

Mungkin ada yang lambat graduate,
Mungkin ada yang lambat dapat kerja,
Mungkin ada yang lambat berkahwin,
Mungkin ada yang lambat dapat anak.

Things are not in our control. We can't control where we are in life.

I have unmarried uncles who are nearing 40 and not yet married Obviously, that’s not what they wanted for themselves, but that’s what Allah wanted for them.

In the same way, some people have been married for years and do not have children yet. Maybe, that’s not what they want. But that’s what Allah wants for them.

I know many graduates who are struggling to find employment. I’m sure that’s not what they wanted, but that’s what Allah wanted for them.

Interestingly enough, when we do end up doing what we’re supposed to be doing, no one questions anymore how long it took to get us there.

A few friends of mine recently got married, they’re in their late twenties. Now that they’re married. No one cares how long it took to get them there.

A few friends of mine recently had babies. Only the other day, I figured out their ages, as it came up in a conversation. I realised that they got married late, were married for years and now have had their first baby with some being in their mid-late thirties.

Now that they have children.
No one questions how long it took them to get there.

The guy who may be seen as ‘delaying marriage’ is not delaying marriage because he wants to, it’s because Allah does not want him to be married yet.

The unemployed graduate is not jobless out of choice but does not have a job because that’s not what Allah wants for him.

In the same way, the couple who do not have children is not because they are still using contraceptives, and are childless out of choice, but because that’s what Allah wants from them.

Because, when Allah wills something, nothing can stop it from happening.

Life is not a race.
And regardless of the efforts we may/may not put into making things happens.

Whatever does happen, will only happen if Allah gives His permission.

So, don’t get disheartened if we’re not yet graduated, employed, married, have children etc.

Doa, minta pada Allah.
Minta sungguh-sungguh.
Ask from Him.

We may not be where we want to be in life. But we’re exactly where Allah wants us to be.

Have faith dear,
Have faith!

:)

@Ruang_Aksara
I remember a conversation I had with one of my sisters before,

"A lot of the time people are tested with something that truly breaks their heart farah, and when we’re at our lowest point, only then we will realise it’s Allah that we need most."

Yes. True enough dear.

Ada yang Allah nak tarik orang yang tersayang, sekelip mata saja.

Ada yang merantau jauh menuntut ilmu, menerima khabar kematian ahli keluarga.

Ada yang Allah bagi failed exam walaupun dah study sampai bengkak bengkak matanya.

Ada yang dah sedia nak kahwin, sebelum hari nikah, kematian tunangnya.Ada yang sudah bernikah, hanya mampu bertahan bebearapa bulan sahaja.

Ada yang penat bekerja, terlalu exhausted sampai rasa tak mampu nak teruskan lagi.

And the list goes on..

Tapi, above all.

Mungkin, andai Allah tak tarik orang yang tersayang, kita tak belajar erti menghargai.

Andai Allah tak bagi merantau jauh menuntut ilmu, kita tak belajar erti berdikari.

Andai tak pernah failed, mungkin kita akan angkuh dengan Nya.

Andai tak pernah rasa kecewa, mungkin kita akan lupa belajar erti redha.

Andai tak rasa penatnya hidup di dunia, mungkin kita akan terus mencintai dunia dan seisinya.

Sampai satu tahap, Dia nak kita redha dulu baru dia bagi.

Bila Allah kata kun, maka jadilah.Dan mungkin Allah saja nak bagi rasa-rasa itu. Rasa lemah, rasa berputus asa, rasa tak boleh.

Sebab Allah nak kita kembali kepada Dia. Merasakan kita ini hamba Nya yang lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan dari Nya.

Bersangka baik pada Allah.
Dia takkan pernah menzalimi hamba Nya.

It came when I realized something, the ultimate best part is, all things belongs to Allah.

Bila Allah kata 'Ya', no matter kita rasa macam tak boleh, no matter kita rasa mustahil, no matter bila kita rasa penat sangat dan macam tak mampu, semua tetap akan jadi dan kalau Allah kata 'Tak'. Allah tak nak bagi, Allah tak izinkan lagi, tak kira kita buat macam mana pun, no one could help us.

Remember this simple yet beautiful ayah?

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka"

[Al-ankabut: 2-3]

Because we ourselves are too powerless over things that are beyond our control.

So, no matter what kind of test we're having, no matter what situation we're facing, when we feel like everything's falling apart and there's no way we could make it through, this is the point where our dependencies on Allah become overwhelmed.

Because He heard the most in our weakest condition.

After all, just trust in the beautiful plannings of Allah. Truly He knows best. Insya Allah.

Have faith :)

@Ruang_Aksara
Sungguhkah, ada orang yang
selalu positif?
Aku rasa semua orang
ada negatif.
Ada bersangka-sangka.
Ada rasa nak putus asa.
Ada rasa nak hambur segala
yang menyesakkan kepala
dan dadanya.

Tapi orang-orang begini
akhirnya mampu jadi
lebih positif asbab pengalaman
menjebak diri dikawal negatif
sebelum ini.
Mungkin tak semua tapi -
ya, untuk yang belajar, mengambil
ibrah serta tahu introspeksi
diri...memang - akan lebih bijak
kendali fikiran dan rasa-rasa.

Fikiran atau persepsi negatif
dalam diri orang-orang
yang kelihatan positif di
sekeliling kita bukanlah
memang kerana dia sejak
azalinya diberi istimewa
tidak punya fikiran negatif
langsung.
Tapi adalah lebih tepat disebutkan -
ya, dia punya keupayaan luar
biasa dalam mengawal diri
(emosi dan tindakannya) untuk
membesarkan nilai positif dalam
dirinya berbanding negatif tadi.
That negative is still there,
but manageable, well-controlled.

Begitu perginya untuk
setiap kita juga.
Kita macam tak pernah
menanggung kesan membiar
diri ditakluk negatif, kan?
Kita belajar dan harapnya
dengan belajar tersebut, kita
jadi lebih berstrategi, lebih
matang, lebih tahu nak buatkan
apa di masa hadapan atau
akan datang.

Fikir dan rasa-rasa kita ni, ibarat
tanah. Yang kita boleh pilih untuk
tanamkan ia dengan benih yang
baik (positiviti) agar tumbuhnya
nanti jadi pokok yang memberi manfaat. Negativiti pula ibarat
rumput atau lalang. Yang cuba
bersaing untuk tetap hidup
di tanah hati dan minda kita.
Fokuslah untuk terus tumbuhkan
benih yang baik tadi, jangan sampai
bertemu layu dan mati.
Kita tak nak, yang nanti hidup
dalam diri kita hanyalah rumput
dan lalang.

@Ruang_Aksara
Dalam hidup kita ni mungkin sampai satu tahap, kita akan sampai kepada fasa kehidupan yang kita rasa berat sangat diuji dan terus diuji oleh Allah.

Qadr Allah, He does what He wishes.

Ada orang diuji dengan masalah kesihatan,
Mungkin ada orang diuji dengan masalah kewangan,
Ada yang diuji dengan kemiskinan dan kesusahan.
Ada juga yang diuji dengan masalah rumahtangga,
Ada orang diuji dengan masalah hati dan perasaan.

Dan sebenarnya banyak lagi cara Allah berikan kita 'hadiah'nya. Andai saja kita mengerti.

Air mata mengalir, dalam bersendirian.Penatnya diuji. Kadang tertanya tanya " Kenapa aku wahai Allah, kenapa aku yang diuji begini?"
Kadang-kadang bila tak dapat nak tahan sakit dan pedihnya segala ujian yang mendatang..
Air mata pun cukup sebagai bahasa untuk berbicara dengan Tuhan.

Ada masanya mampu bertahan, ada masanya rebah. Tidak tertahan dan air mata tumpah membasahi pipi.

Dan Allah adalah saksi segala saksi atas segalanya.

Wahai insan pilihan Allah yakni yang sedang diuji,
Alirkan lah air mata, dan rasakan hanya Allah.
Dia ada, sangat dekat dengan kita.
Dan Dia tidak pernah tidak mengira air mata yang tumpah itu.

And dear, just cry, let it out.
Cry when things go beyond our control ,cry when trials just kept on coming over and over again, cry when you feel helpless in the battle you face.

It's okay.

Sebab segala kepahitan,penat, sesak, lelah atau apa jua yang dirasa, insya Allah adalah kebahagiaan untuk kita 'di sana'

Semuanya susunan dari Dia.

Sometimes, you really need and you just need to be so. Even when you cry loud inside despairing your tiredness, you just need to stay strong.

It's hard I know,
But you're still fighting, and I'm proud of you.
You're amazing.

And when you wake up
in the middle of the night
feeling all alone with your thoughts,
go straight into sujud
for Allah arouse you out of your sleep,
so you could be with Him
and beg Him for guidance.

Trust me,
you will notice that you won’t need anyone else but Al-Wahhab,The Giver of All.

Allah knows your pain. Just hold on. He’ll heal your pain.
Just wanna say this, make sure to never forget that Allah always love us.

He sends subtle messages to remind us to take care of ourselves from little things in life.

We just gotta open our eyes wider, settle our heart at times, take a moment to think.

The world is created with thorns and storms raging in and out of our lives.

And Allah never neglect us, because He always promises the faint smell of roses and the faint beam of light from the sky.

Percaya saja segala jalan cerita dan takdir hidup kita dalam genggamanNya.
Mudah diungkapkan tapi mungkin terlalu sukar untuk dilaksana.
Namun percayalah Allah sentiasa melihat usaha usaha kita.

Dan lihatlah betapa indahnya Allah titipkan ayatnya untuk memujuk kita,

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung." (Attaubah: 129)

Trust Him, He knows best.

InsyaAllah. :')

@Ruang_Aksara
Bukan niat mahu menyusahkan,
mahu menjadi perumit urusan
dalam situasi, mahu meninggalkan cetusan rasa kurang senang
di benak orang tentang diri kita.

Tapi adakalanya kelemahan
kita sering disalahertikan.
Tak banyak hati menerima
lebih-kurang-lemah kita seadanya.
Jadi, kita juga harus didiki hati
untuk tidak harapkan banyak.
Tidak menaruh harapan yang
menggunung tinggi.

Tidak selalunya apa yang kita
beri, kita akan dapat semula
dalam bentuk yang sama,
melalui orang yang sama.
Jadi, berpada-pada dalam
meletakkan persangkaan.

Jadilah orang yang bahagia
memberi dan bahagia juga
saat tidak menerima apa-apa
penghargaan. Jadilah orang
yang begitu.

@Ruang_Aksara
Bila Allah dah bagi 'hint'
untuk kembali kepada-Nya,
janganlah buat-buat tak
faham. Buat tak endah.

Ujian yang didatangkan,
adalah satu cara Allah nak
kita rasa, kita cuma perlukan
DIA mengatasi segala.

Tiada nilai isi dunia termasuk
pengiktirafan dan sanjungan
daripada makhluk, andai Allah
tak redha terhadap kita.

Teruslah melangkah
memperjuangkan kebenaran,
walau kau berjuang sendirian.
Walau kau sering disalah-ertikan.
Itu jauh lebih baik daripada
berada di keramaian, namun
hakikatnya hanyut di lembah
kebatilan.

Moga Allah lindungi kita
semua.


@Ruang_Aksara
2024/09/30 06:31:10
Back to Top
HTML Embed Code: