Telegram Web Link
A: "Aku mahu bebas. Aku naik rimas
bila segala pergerakanku diperhati.
Aku benci, bila semua perihal aku
mahu diambil peduli!
Untuk sekali ini, biarkanlah aku.
Aku rasa...tiada siapa faham aku.
Tiada siapa peduli kehendakku.
Aku sunyi dalam keramaian."

B: "Aku memang bebas. Mungkin,
kerana aku tiada sesiapa. Sesekali,
aku mahu ada seseorang bertanya,
'kau mahu ke mana?' atau dihalang –
'jangan pergi sana!'. Aku terlalu bebas
dan aku rindukan keterbatasan yang
membuatkan aku rasa dipedulikan."

A : bila kau rasa kau sendiri,
kau masih ada orang-orang
yang peduli. Kasihanlah pada
yang tidak punya siapa.
Tidak punya apa. Sungguh banyak
yang wajar kau syukuri di 'sini'.

B : manusia yang membesarkan
Tuhannya dalam hati, tak akan
pernah sunyi. Syurga firdausi sentiasa
menjadi motivasi dan pemangkin
semangat. Biar tiada orang yang
menghalang atau melarang – atau
saat terderanya perasaan ketika
'terkurung' dalam kebebasan, jadikan
dan tetap jadikan Tuhanmu sebagai
rujukan. Kau masih berketerbatasan
sebagai hamba dan insan.


@Ruang_Aksara
Kamu hanya sahabat yang jauh; pernah bertandang dalam kocek keakraban yang sempit, kemudian melompat keluar setelah harum bunga lebih menarikmu.

Aku tidak berani berkata apa-apa.
Seperti kamu juga - yang pergi tanpa berkata apa-apa
.

@Ruang_Aksara
Dalam hidup kita ni mungkin sampai satu tahap, kita akan sampai kepada fasa kehidupan yang kita rasa berat sangat diuji dan terus diuji oleh Allah.

Qadr Allah, He does what He wishes.

Wabak, sakit, masalah kewangan dan lainnya.

Ada orang diuji dengan masalah kesihatan,
Mungkin ada orang diuji dengan masalah kewangan,
Ada yang diuji dengan kemiskinan dan kesusahan.
Ada juga yang diuji dengan masalah rumahtangga,
Ada orang diuji dengan masalah hati dan perasaan.
Ada orang ada masalah fikirkan anak, siapa nak jaga dan sebagainya..

Dan sebenarnya banyak lagi cara Allah berikan kita 'hadiah'nya. Andai saja kita mengerti.

Air mata mengalir.Penatnya diuji.

Kadang tertanya tanya " Kenapa wahai Allah, kenapa diuji begini?"

Kadang-kadang bila tak dapat nak tahan sakit dan pedihnya segala ujian yang mendatang..
Air mata pun cukup sebagai bahasa untuk berbicara dengan Tuhan.

Ada masanya mampu bertahan, ada masanya rebah. Tidak tertahan dan air mata tumpah membasahi pipi.

Dan Allah adalah saksi segala saksi atas segalanya.

Wahai insan pilihan Allah yang sedang diuji,

Yakni kita semua..

Alirkan lah air mata, dan rasakan hanya Allah.
Dia ada, sangat dekat dengan kita.
Dan Dia tidak pernah tidak mengira air mata yang tumpah itu.

And dear, just cry, let it out.
Cry when things go beyond our control ,cry when trials just kept on coming over and over again, cry when you feel helpless in the battle you face.

It's okay.

Sebab segala kepahitan,penat, sesak, lelah atau apa jua yang dirasa, insya Allah adalah kebahagiaan untuk kita 'di sana'

Semuanya susunan dari Dia.

Sometimes, you really need and you just need to be so.

Even when you cry loud inside despairing your tiredness, you just need to stay strong.

It's hard I know,

And when you wake up
in the middle of the night
feeling all alone with your thoughts,
go straight into sujud
for Allah arouse you out of your sleep,
so you could be with Him
and beg Him for guidance.

Trust me,
you will notice that you won’t need anyone else but Al-Wahhab,The Giver of All.

Allah knows our pain. Our problem. Just hold on. He’ll heal our pain.

Just wanna say this, make sure to never forget that Allah always love us.

He sends subtle messages to remind us to take care of ourselves from little things in life.

We just gotta open our eyes wider, settle our heart at times, take a moment to think.

The world is created with thorns and storms raging in and out of our lives.

And Allah never neglect us, because He always promises the faint smell of roses and the faint beam of light from the sky.

Percaya saja segala jalan cerita dan takdir hidup kita dalam genggamanNya.
Mudah diungkapkan tapi mungkin terlalu sukar untuk dilaksana.
Namun percayalah Allah sentiasa melihat usaha usaha kita.

Dan lihatlah betapa indahnya Allah titipkan ayatnya untuk memujuk kita,

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung." (Attaubah: 129)

Trust Him, He knows best.

Take care everyone

InsyaAllah. :')


@Ruang_Aksara
Ini tangan seorang staff nurse lelaki. Selepas 5 jam dalam Isolation room dengan memakai Personal Protective Equipment ( PPE), baju berlapis warna biru tu dan selepas sanitized tangan beratus kali.

Sebak. Please imagine how tired our frontliners.

Beberapa hari lepas, tengok video dokumentari Doktor, staff nurses, dari Wuhan ketika memakai PPE.

Badan gatal,berpeluh, tak selesa, panas dengan rashes merah selepas pakai beberapa jam. Kawasan muka pun penuh rashes merah. Dengan panas lencun lagi. Peluh, itchy tak dapat nak garu.

Aircond dan kipas pula tak boleh buka.

Kesian sangat. Sedih.

Sangat sangat tak selesa.

Sampai sanggup tahan nak ke tandas tu. Ada doktor tu siap pakai pampers lagi.

Keadaan teruk kat Wuhan masa tu. Tak sempat fikir nak garu rashes walaupun gatal sangat akibat pakai PPE. Kena attend pesakit yang tak berhenti datang.

Kesian sangat. Sampai burn out.

Malaysians,
Doakan keadaan kita tak akan bertambah teruk, seperti di Wuhan sebelum ni. Kini Itali, Iran dan yang lainnya.

Doakan semoga frontliners kita tabah untuk melalui fasa ini dan mari kita kurangkan beban warga KKM dengan duduk diam diam di rumah, stay at home with your family untuk hentikan/kurangkan penyebaran virus ini.

We can do this together. Please everyone..

Shall we?

Insya Allah
!

@Ruang_Aksara
Sebak bila baca Tweet dari anak pesakit jangkitan Covid 19, Allahyarham Idris Atan yang meninggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang meninggal pada hari ini, 21 Mac.

Sayu. Sebak.
Melihat ayah pergi dari kejauhan saja.

Mungkin kita belum benar rasa.
Kerana mungkin belum ada ahli keluarga kita yang positif Covid-19.

Tapi bayangkan andai yang pergi itu, pasangan kita. Mak, ayah atau adik beradik kita?

Saat saja disahkan positif, dikuarantin di wad isolasi , tak boleh bertemu, kemudian tiba-tiba..

" Encik si fulan bin si fulan..telah meninggal dunia akibat covid-19"

Paling sakit bila hari terakhir, dah tenat pun kita tak boleh nak jumpa. Sedangkan kita tahu.

Hanya mampu lihat dari jauh..
Nak gapai, nak pegang, nak peluk cium. At least untuk terakhir kalinya.

Tapi tak boleh!

Sebak. Kesian. Sudahlah tak boleh nak ikuti pengebumian sehingga ke liang lahad. Jika dikuarantin di wad, juga hanya mampu menangis di kejauhan, untuk kali terakhir juga tak mampu nak jumpa.

Hanya boleh lihat dari kejauhan..

Bayangkan sahaja yang meninggal itu ahli keluarga atau pasangan kita, orang yang paling kita sayang..

Sebak..

Malaysians,
Please sayangi diri. Jika tak sayang diri, nak juga keluar, ingatlah orang yang tersayang.

Jika hari ini giliran orang lain kehilangan ahli keluarga, belum tentu lagi kita kebal dari kehilangan atau mungkin diri kita sendiri yang akan 'hilang'

Kes semakin meningkat, jumlah di ICU juga sehingga ke hari ini 37 kes. Selagi masih ada rantaian virus ini, selagi itu kita masih terdedah dengan bahaya virus ini. Dan besar kemungkinan jumlah di ICU juga semakin meningkat.

Duduk di rumah, dan ikutilah nasihat KKM.

Jangan sehingga ada dalam kalangan orang yang kita sayangi menjadi mangsa jangkitan ini dan pergi buat selama-lamanya, baru kita nak terduduk dan menangis tak berlagu.

Ketika itu, nak menyesal sebab keluar ke sana sini pun dah tak berguna.

Mari kita doakan yang terbaik untuk Malaysia dan semuanya.

Insya Allah!

Please everyone..


@Ruang_Aksara
"Akak bukan apa. Akak risaukan anak-anak.
Risaukan keluarga. Setiap hari kita jumpa pesakit
yang kita sendiri tak tahu status kesihatan
sebenar mereka. Ada yang jujur, jujurlah. Ada yang
tak jujur. Ada juga yang mungkin tak sedar dirinya
dijangkiti dan telah ke sana ke sini."


Allahu Rabbi.
Tatkala manusia itu teruji, apakah perkataan
terbaik untuk diperkatakan agar terubat resah
di hati mereka?

Insan yang meluahkan ini, bukanlah telah lupa
tanggungjawab dan risiko kerjaya yang dipilihnya.
Tapi inilah bukti betapa mereka ini juga,
hanyalah manusia biasa. Yang dirisaukan itu
bukan dirinya. Tapi diri orang lain — iaitu anak-anak,
ibu bapa atau manusia lain di sekitarnya.

Benarlah.
Selagi watak yang diperanankan oleh setiap
kita di dunia adalah seorang manusia, bekerjalah
sebagai apa pun — ada saatnya teruji dengan letih
juga. Teruji dengan rasa takut dan gerun.
Dan inilah yang sedang berlaku di kiri kanan atau
sekitar kita sekarang ini.

Ada dalam kalangan rakan saya yang merupakan
seorang ibu, seorang ayah dan tentunya seorang
anak juga. Kerisauan dan ketakutan mereka itu bukanlah terhadap diri semata-mata bahkan yang
lebih dirisaukan adalah anak-anak atau ahli keluarga
yang mereka temui dan perlu berhadapan setiap hari.

Ada yang diam-diam, membawa diri ke penjuru
mengesat air mata. Ditepuknya diri sendiri untuk
membawa jiwanya kembali ke realiti. Suara sengaja
didehem lalu dilontar lantang menyembunyikan
serak suara yang kesebakan. Di sebalik mask yang
menutup separuh wajah, mata mereka masih
dilatih untuk bereaksi yang sepatutnya. Tersenyum
walau garis pada bibir tidak kelihatan. Tangan
masih laju berperanan melakukan kewajipannya.

Sebagai manusia, biar tumpah di hati kita
sedikit rasa prihatin dan empati. Bukan yang
dipinta pertolongan berbentuk wang atau kudrat
yang memenatkan. Hanya secebis rasa faham,
diempatikan, diprihatinkan dengan sebaik-baik
cara yang manusia lain mampu berikan.

Kita bantulah apa yang mampu kita bantu.
Patuhi arahan atau perintah yang digariskan
kerajaan. Jika ada dalam kalangan mereka ini
yang bercerita, dengarkan dan berilah kata-kata
semangat atau lontarkanlah perkataan hanya
yang baik-baik.

Siapa pun kita, kita manusia biasa.
Hajatkan pengertian dan kekuatan.
Maka salinglah menyantuni dan berbagi –
walau dengan salam yang mendoakan, menawarkan
pertolongan, memberikan kata-kata semangat
atau apa jua bentuk sumbangan yang terdaya
kita berikan.

Saya doakan agar kita semua diberikan
ketenangan dan kekuatan. Bila rasa tidak
berdaya, rujukilah selalu hati kita kepada-Nya
selalu. Allah Maha Mendengar.

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا

Ya hayyu ya qoyyum bi rahmatika astaghiitsu,
wa ash-lihlii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa
nafsii thorfata ‘ainin abadan...

Wahai Rabb yang Maha Hidup,
wahai Rabb yang Maha Berdiri Sendiri —
dengan rahmat-Mu, aku mohon pertolongan. Perbaikilah bagiku segala urusanku dan
janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku
sendiri walau sekelip mata.

Allahumma aameen.

@Ruang_Aksara
Bila tengok frontliners kepenatan, burn out. Rasa macam kesian sangat. Tak ada sesiapa nak, tak ada sesiapa mahukan, apa yang kita hadapi sekarang.

Jika diberi pilihan, frontliners nak juga duduk kat rumah.

Allah is indeed the best in His plannings.

To everyone. No matter where we are..

Please stay at home. While the frontliners stay at work.

Ada waktu, Allah menarik semua dari kita, supaya kita belajar merasai cukup, hanya dengan adanya Dia.

Ada waktu, Allah menahan semua dari kita, supaya kita belajar mengerti, bahawa untuk mengecap manis itu, kita hanya perlukan Dia.

Ada waktu Allah memberikan kita segalanya, supaya kita belajar bahawa kasih sayang Allah itu sentiasa ada buat kita hamba Nya.

Sometimes we lose some, but we also gain some.

Yes dear,
No one knows what Allah had planned and the future holds. Most of the time, Allah's plan is beyond our grasp and often beyond our imaginations.

Kadang kadang Allah turunkan benda yang sama berkali kali. Ujian yang sama berkali kali. Untuk kita faham, apa lah sebenarnya yang Allah nak sampaikan.

Mungkin sekali tak cukup, mungkin dua kali tak cukup. Allah bagi sampai kita betul-betul faham, betul-betul rasa apa yang Allah nak sampaikan.

We cannot see what Allah has in store for us. That is why we should never believe that our worst fears are our fate or when we are getting down,we will never rise again.

Maha baiknya Allah.
Dia takkan pernah menzalimi hamba Nya.

He always wants the best for us.
Definitely He will cause no harm.

And the ultimate best part is, all things belongs to Allah.

Bila Allah kata 'Ya', no matter kita rasa macam tak boleh, no matter kita rasa mustahil, no matter bila kita rasa penat sangat dan macam tak mampu, semua tetap akan jadi dan kalau Allah kata 'Tak'. Allah tak nak bagi, Allah tak izinkan lagi, tak kira kita buat macam mana pun, no one could help us.

Because we ourselves are too powerless over things that are beyond our control.

So, my dear brothers and sisters,

No matter what kind of test we're having, no matter what situation we're facing, when we feel like everything's falling apart and there's no way we could make it through, this is the point where our dependencies on Allah become overwhelmed. Because He heard the most in our weakest condition.

Remember this beautiful ayahs?

"Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Mu, wahai Tuhanku." [Maryam :4]

"Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" [Al Baqarah :214]

So dear,
Myself first and foremost,

Please keep our duas to Malaysia and others too. Always.

Please cooperate to make the things better. So we'll function just like before.

And we can do this. We'll through this together. Insya Allah.

Have faith..

@Ruang_Aksara
Sebaknya tengok Tan Sri Muhyidin melantunkan doa. Bergetar suaranya.

Rasa sampai terus ke hati.

Panas kolam air mata.

Sejak dua tiga menjak ni,feel sangat dengan doa.

Mungkin sebab dalam hidup kita ni,
banyak sangat decision yang nak kena buat.
banyak sangat persoalan dan ketidaktahuan.

Betapa rasa nak menangis.
Doa-doa bertaburan di langit.
Lutut bersimpuh dalam sujud. Kepala tak lagi meninggi dan turun hingga sehasta kaki.

Betapa Allah suka sangat
Bila kita buat seolah olah
kita sangat perlukan Dia satu satunya.

Luahkan seluruh perasaan.
Titiskan setiap airmata.
Hamburkan segala kegusaran.
Keluarkan setiap satu isi hati.

Rasakan pelukan mesra sebuah doa.
Rasakan kehangatannya.

Shout, Allah hears.
Whisper, Allah hears.

"Ya Allah, help us, ease us strengthen us, ya Allaah…"

Berikan ketabahan untuk semuanya.Berikan kemudahan untuk menghadapi musibah wabak di seluruh dunia ini.

Macam seolah olah kita berlepas diri dari semua ketidaktahuan tu dan macam cakap kat Allah,

"Ya Allah Engkau takdirkan lah apa sahaja, asalkan baik bagimu

Kami tak tahu ya Allah. Sungguh kami tak tahu.."

Minta lah,
minta apa sahaja.

Dan perintah Kawalan pergerakan pun dilanjutkan lagi.

Jika benar kita sudah sehabis daya berusaha,
Jika benar kita sudah sekuat hati berdoa,
Jika benar kita sudah selapang dada bertawakal,

Yakinlah Allah akan berikan yang terbaik.

Walaupun dalam pandangan kita bukan itu yang terbaik dan bukan itu yang kita mahukan.

Sebab dalam hidup kita ini,
Ada sebab yang masih Allah simpankan.
Atau ada hikmah yang masih belum kita jumpa.

"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti akan beri balasan kepada orang yang SABAR dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." [16:96]

Sabar.😊

Allah takkan biarkan hamba Nya berduka selamanya.

You can hide and no one in this world can know that pain you are going through, but you can never hide from Him, He sees and hears and knows everything…

Tanpa kita sedar Allah pegang semua permintaan kita itu kemas-kemas.
Doa doa yang kita lantunkan kepada Nya,

Allah tak tunaikan semuanya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.

Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.

Saat kita rasa letih dan tak mampu sangat sangat..

Bersyukurlah dengan apa yang ada, masih ada atau apa yang kita sedang ada. Kita mungkin tak mampu menghadam apa hikmah di sebalik semua ini,

Saat kita rasa satu demi satu nikmat ditarik, ingatlah...

kita masih menikmati terlalu banyak rezeki-Nya yang lain.

Maka, yakinlah dengan ketentuan Allah.

“La tahzan innallaha ma’ana.”

“Don’t be sad. Allah is with us.”

Never ever lose hope with Allah's mercy.
Don’t give up hope in Allah. He is there to ask upon, to help, to guide us.

And we just have to raise our hands and ask from Him.He has always been there for us.

MasyaAllah, thank you Allah.
Have faith!

@Ruang_Aksara
Awak, saya tak larat.

Jiwa saya seakan sudah terlalu penat!

Kalau hujan sedang lebat, barangkali saya akan terus meluru keluar, menangis sekuat hati tanpa perlu risau tangisan saya didengari.

Tapi cuaca cerah. Yang mendung, yang murung, cuma hati saya.

Maka di sinilah saya.

Di bilik ini, mencapai tuala mandi. Cuba menyegarkan diri.

Saya buka paip laju-laju. Saya biarkan airnya menderu. Dan saya terduduk lesu. Tubuh saya menggeletar. Dada saya berdebar. Air mata juga sudah berjuraian keluar.

Esakan semakin kuat. Sungguh, tak mampu lagi saya menahannya, lalu saya lepaskan saja.

Kuku saya makin pucat. Jari jemari saya pula sudah kecut dek bermain air terlalu lama. Sangka saya, akan lega.

Tapi tidak! Ternyata debaran ini masih sama. Masih tidak reda!

Dan saya mengharapkan senjata terakhir saya. Solat, sujud merayu kekuatan dari Dia!

Tapi, awak, seawal Al-Fatihah saya sudah tewas. Bertarung rasa mahu mengemudi nafas agar tidak lemas.

Tak menjadi! Jiwa ini tetap tak peduli. Meskipun sedang solat, meskipun sedang mengemis kuat, tetap saya menangis lagi dan lagi.

Lemah saat mengaminkan doa sendiri.

Dan saya rebah lagi...


@Ruang_Aksara
"Eksklusif. Awak tahu apa maksudnya?"

"Limited?"

Bukan! Limited itu maksudnya terhad. Lebih merujuk pada kuantiti. Tapi eksklusif merujuk pada kualiti.

Kalau kita buat sesuatu program, tempatnya terhad kepada 100 orang. Itu limited.

Tapi untuk pemilihan VIP, itu eksklusif. Kita tak pilih sembarangan orang untuk jadi VIP kita. Ia eksklusif untuk orang yang ada kualiti tertentu sahaja.

Walaupun ada 100 orang dalam dewan, tapi kalau tidak ada seorang pun memenuhi kualiti khas yang melayakkannya menjadi VIP, maka kerusi VIP itu kekal kosong!

Begitulah hati saya. Ada ruang eksklusifnya. Saya tak pilih orang secara tangkap muat saja untuk memenuhi ruang di hati saya.

Hanya orang yang benar-benar saya suka dan saya sayang saja. Hanya orang yang saya rasa selesa dan saya percaya saja. Kalau tidak ada orang begitu, maka ruang itu saya akan biarkan kosong.

Awak tahu saya sangat pentingkan kualiti, kan? Membuat sesuatu atas dasar 'asalkan buat' memang bukan cara saya. Awak tahu, saya kalau buat sesuatu, memang saya usahakan sungguh-sungguh. Ya, saya sangat cerewet!

Begitu jugalah, saya sangat memilih. Memilih seseorang untuk dicintai atas dasar 'asalkan ada' memang bukan cara saya!

Saya lebih sanggup berjalan seorang diri daripada berjalan dengan orang yang tidak saya sukai. Saya lebih mencintai sunyi daripada hidup dalam keriuhan yang tidak saya senangi.

Awak,

Hati saya sudah lama kosong. Hidup saya sudah lama saya biarkan sunyi. Dan saya tidak pernah rasa terdesak.

Tapi sekarang, ada awak.

Saya tidak tahu mengapa Tuhan meletakkan awak di situ. Saya faham kalau awak pun mungkin tidak tahu mengapa.

Cuma saya harap awak tahu nilainya.

Dan tahu menghargainya
.

@Ruang_Aksara
Hidup kita ni, sedang mengalir dan tumpah dalam 'cawan' kehidupan yang disediakan-Nya.
Selagi kita hidup dalam kerangka syariat yang
ditetapkan, maka insya-Allah tidaklah melimpah atau berkurang yang sepatutnya ada dalam 'cawan'
tersebut. Bahkan sentiasa penuh dan cukup.

Justeru, yakinlah Allah jaga kita semuanya
sepenuh masa. Sesekali diuji dengan keterbatasan
atau limitasi, dibuka pintu hati kita agar sedar
bahawa kita semua masih punya 'senjata' yang
tidak akan pernah habis pelurunya. Sebelumnya,
bukan kita tidak miliki 'senjata' tersebut. Ada saja.
Tapi tidak tahu bila harus mulai digunakan.
Demikianlah, saat getir kehidupan menerpa,
Dia mahu kita belajar memanfaatkan 'senjata'
yang semua orang ada.

Orang kaya, orang miskin, orang sihat, orang
yang sakit, siapa pun – tiada had untuk menggunakan
'senjata' tersebut. Nikmat yang tak pernah habis
melainkan setelah tercabutnya nyawa. Itulah
nikmat punyai 'senjata' paling hebat –
nikmat BERDOA. Berdoa dengan mewujudkan diri
dan seluruh jiwa di dalamnya. Mengadu, merujuki,
merayu, berkisah – apa jua permasalahan hati,
apa jua yang merunsingkan kepala dan
seumpamanya kepada Allah Azza Wajalla.

Tatkala ini, ada yang bergelar anak yang sedang gundah-gulana memikirkan keadaan ibu ayah
di kampung. Ada ibu bapa, yang dirundung risau
dan sedih mengenangkan anak-cucu di bandar.
Setiap kita, mempunyai isu rasa yang kita sendiri
maklum benar keadaan semasanya. Dengan itu,
buatlah apa yang terdaya kita perbuat. Berdoalah
bersungguh-sungguh tanpa meletakkan limitasi
memohon bantuan dan kekuatan daripada yang
Maha Kuat, Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Setelah berdoa, yakinilah sepenuh hati bahawa
Allah akan berikan yang terbaik untuk kita.
Bersedialah untuk menerima apa jua 'kebaikan'
yang telah Allah tetapkan. Sediakan jiwa yang
lapang dan redha untuk berhadapan dengan
apa jua kemungkinan. Kerana yang baik pada kita
itu, belum tentu baik. Allah jugalah yang Maha Tahu
ke atas segalanya.

Insya-Allah. Seronok dan lega hati jika menyerahkan
sepenuh urusan kepada Rabb yang mentadbir
segalanya. Kita belajarlah untuk tersenyum walau
dalam genangnya air mata. Usaha meyakini walau
sesekali perasaan jadi celaru juga. Bercakap-cakaplah
dengan Allah lewat doa-doa yang dipanjatkan.
Insya-Allah, itu terapi bagi hati yang sering disapa
sangsi.

@Ruang_Aksara
Musim covid-19 yang agak membimbangkan ini, saya teringat sesuatu.

Saya teringat ada satu doa yang sangat pendek tapi sangat besar manfaatnya dalam hidup.

Dulu selalu dengar cerita dari orang, tapi bila diri sendiri yang alami, masya Allah, baru benar benar rasa yakin dan amazingnya kuasa Allah, dan kita hambaNya ini lah yang sangat sangat kerdil, yang sentiasa perlu dengan pertolongan Allah.

Kebiasaan saya sebelum nak pergi mana-mana, zikir ini lah yang akan saya ulang ulang baca dalam selang masa atau bila tak ada teman nak berbual.

Kisah ini berlaku semasa zaman saya belajar dulu.

Ada dua peristiwa.

Dalam perjalanan saya berhenti makan dengan seorang kawan di sebuah kedai makan. Orang kata kedai makan kat situ sedap dan ramai orang.

Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Tapi pinggan saya je lah, pinggan kawan kat sebelah tak pun.

Tak ada lah nak rasa apa pun, mungkin sebab terlalu panas? Jadi saya minta dimintakan baru saja. Kawan saya kata,

"Dah lah, kita pergi tempat lain je.."

Saya dengan degilnya, kata tak apa lah. Sebab kawan saya kata kalau ada pinggan pecah bahaya. Tapi saya nak juga makan kat situ sebab dah lapar sangat. Lantaklah, minta nasi baru,

Masa tu kawan saya beralah dan tawakal je,

"Okay lah , terpulang.."

Saya kata kat kawan, makan lah dulu. Dia kata tak apa, tunggu saya dulu, makan sekali je lah.

Ajaibnya, nak tahu apa yang jadi lepas tu?
Pinggan yang baru juga retak untuk kali ke dua!

Saya dan kawan berpandangan sesama sendiri. Tak ambil masa panjang, kami tak jadi makan kat situ dan keluar dari kedai makan tersebut.

Itu lah peristiwa kali pertama buat saya berfikir panjang.

Jadi saya cerita dengan seorang ustaz yang saya agak rapat dengannya masa zaman saya belajar dulu. Ustaz tu kata dia pun pernah rasa tak sedap hati ketika berkunjung ke kedai makan tersebut bersama keluarga. Ustaz tu kata kedai makan tu kurang elok. Tapi ustaz tak ceritakan secara details, yang pastinya beberapa minit ustaz sampai kat situ, dia pun cancel order.

Soal pinggan retak, saya tanya ustaz, mungkin Allah nak lindungi kita berkat zikir yang dibaca. Maksud ustaz, hebatnya kesan zikir yang pendek tapi mampu untuk melindungi pengamalnya. Nampak mudah, tapi masya Allah pengalaman ini yang memberi kesan di dalam hati saya.

Ada satu lagi peristiwa yang berlaku,
Ketika itu selepas asar, kebiasaan saya selepas asar akan teruskan dengan bacaan zikir ini, sampai ke maghrib. Lepas asar, ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Emergency case, jadi saya, bersama ibu keluar, tapi sebelum keluar tu sempat lah matikan semua elektrik, tapi rushing sangat sebab kena settle sebelum pukul 5 petang. Jam menujukkan pukul 4.35 petang! Selesai urusan menghampiri 7 petang.

Pukul 7 petang, ibu saya ajak, apa kata pergi shopping kejap, lagipun tak ada orang kat rumah, nanti dalam pukul 9 baru balik sebab abang saya akan balik pukul 9 malam. Jadi dalam perjalanan ke mall saya baca zikir, tapi pelik, apa yang berlaku, saya baca tersekat sekat. Dan rasa tak sedap hati. Jadi saya ajak ibu saya balik.

Nak tahu apa yang jadi?

Allahuakbar, kat rumah, rupanya api sedang menyala. Ada cerek kat atas api, yang dah kering airnya. Saya bayangkan, kami keluar pada pukul 4.35 petang, dan sampai pada pukul 8 menghampiri pukul 9. Maknanya lebih kurang 4 jam. (Walaupun rasanya sebelum keluar, kami dah pastikan semuanya off). Kalau kami teruskan perjalanan tadi, mungkin pukul 11 malam akan sampai rumah, dan saya tak tahu apa yang akan jadi ketika itu.

Bukan 'nasib baik' tapi benar Allah jua yang berkuasa melindungi hambaNya.

Benarlah, Allah berkuasa dan semuanya berjalan mengikut kehendak Allah. Allah benar berkuasa melindungi hamba Nya.

Di sini saya kongsikan, supaya kita tak lupa..
Doa ringkas simple tapi penuh makna,

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bismillahilladzi la yadhurru ma’asmihi syaiun fillardhi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim”

“Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi
dan langit tidak akan berbahaya /memudaratkan. Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Ustaz saya pesan, at least baca lah 3 atau 7 kali setiap pagi dan petang, sebelum kerja, dalam perjalanan balik, nak pergi keluar beli barang ke atau bila bila masa sahaja.

After all, at that point, sometimes in our life, there are things we need to remember. that Allah has a plan, we just can try our best and work hard and dont forget to make our du'as

This is extremely an important du'a that we should learn by heart.

May Allah protects us all! 😊

@Ruang_Aksara
2024/09/29 20:27:32
Back to Top
HTML Embed Code: