Telegram Web Link
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tiada sebab munasabah sektor logistik naik harga - Amir Hamzah

Tiada sebab munasabah untuk aktiviti sektor logistik bertindak menaikkan harga yang boleh memberi kesan kepada rakyat susulan pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0), kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, kerajaan sedang giat memastikan penyasaran subsidi mencapai objektifnya, terutama melibatkan pelaksanaan SKDS 2.0 yang membolehkan kenderaan logistik tertentu kekal memperoleh diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter.

Sinar Harian
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
12 Jun 2024
Perdana Menteri lain semua penakut, tapi mereka ambil berat rakyat - Tun M

Beberapa Perdana Menteri terdahulu disifatkan sebagai β€˜penakut’ kerana gagal melaksanakan cadangan penyasaran subsidi minyak walaupun sudah dipersetujui sejak 25 tahun lalu. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun Perdana Menteri terdahulu bertindak sedemikian kerana mereka masih mengambil berat terhadap rakyat.

β€œBetul lah kata Anwar, Perdana Menteri lain tidak lakukannya, mereka tidak kurangkan subsidi kerana mereka ambil berat kepada rakyat. Tapi dia berjanji untuk tidak naik harga, tiba-tiba naik sampai 50 peratus. β€œMungkin Perdana Menteri yang lain semua penakut tapi mereka ambil berat terhadap rakyat mereka,” katanya.

Baca Penuh: https://malaysiagazette.com/2024/06/12/perdana-menteri-lain-semua-penakut-tapi-mereka-ambil-berat-rakyat-tun-m

Malaysia Gazette
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
12 Jun 2024
Tak perlu kaji banyak pun, kita tengok Contoh Kenderaan Tidak Layak pun dah tahu barang apa yang akan naik harga.

Rumah, confirm naik harga. Concrete pun dah naik harga semalam kan. Takkan pemaju perumahan tak naikkan harga pulak?

Jentera2 pertanian macam bajak, harvester pun tak layak subisidi. Maka hasΔ±l tani akan naik harga. Beras dan segala macam sayuran dan buahan. Makanan akan naik harga.

Excavator, bulldozer dan jentera2 lain pun tak layak. Maksudnya kos penyelenggaraan jalanraya pun akan meningkat. Maka boleh lah lupakan janji-janji penghapusan tol jalan, dan boleh lah mula fikir kenaikan harga tol.

Ada yang kata jentera industri memang dari dulu tak layak subsidi jadi tak sepatutnya naikkan harga. Kalau nak ikutkan β€œsepatutnya”… sepatutnya harga minyak turun sepetti yang dijanjikan. Tak kisahlah macam mana pun, harga naik juga. Rakyat juga yang kena tanggung.

- Fb Mujahidin Zulkiffli -
HARGA PETROL | Harga runcit petrol bagi tempoh 13 Jun 2024 hingga 19 Jun 2024 kekal bagi RON95, RON97 dan Diesel.

RON95: RM2.05/liter
RON97: RM3.47/liter

Diesel:
RM3.35/liter (Semenanjung)
RM2.15/liter (Sabah, Sarawak & Labuan)

Buletin TV3
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
12 Jun 2024
Laporan Singapore Straits Times, harga RON95 akan naik dua kali tahun ini ke sekitar RM2.55 satu liter.

Kenaikan pertama sebanyak 20 sen selepas Hari Raya Haji dan satu lagi kenaikan sebanyak 30 sen tahun ini. Media itu juga meramal beberapa lagi kenaikan akan diperlukan untuk naikkan harga RON95 ke harga sebenar sebanyak RM3.35.

Bertabahlah kita semua.

- Mynewshub -
Harga petrol RON95 dijangka naik tidak setinggi diesel iaitu sekitar 5 hingga 15 sen seliter - MIER
Kemunculan pertama tonggak utama Selangor FC,Mohamad Faisal Abdul Halim selepas kejadian disimbah asid yang menimpanya awal bulan lalu.

Pemain sayap sensasi Harimau Malaya kelahiran Pulau Pinang itu mengakui berasa sedih dengan insiden yang menimpa dirinya.

"Jujur cakap sudah pasti saya sedih dengan apa yang telah berlaku. Tetapi apa yang berlaku tetap berlaku dan kita tidak boleh ubah perkara yang sudah lepas," katanya pada sidang media yang diadakan di SFC Training Centre pada Khamis.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
13 Jun 2024
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kerajaan harus menerima teguran dan kritikan yang dilemparkan oleh rakyat berhubung langkah pengurangan subsidi diesel.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata ketika kerajaan menjadi pembangkang, pelbagai kritikan dilontarkan kepada kerajaan yang memerintah ketika itu, sehubungan itu untuk waktu ini kata Khairy kerajaan harus berdepan dengan semua tohmahan berkenaan.

β€œAwak dulu bila pembangkang, cakap macam-macam, macam hero, menang hari ini, semua jadi free, bila jadi kerajaan dah tahu buat kali pertama dalam hidup awak menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab, jadi kena hadaplah, PMX pernah jadi Menteri dulu, tapi menteri-menteri lain, tak pernah jadi manusia yang bertanggung jawab, sekarang baru tengok bilik kabinet tu, keadaan sebenar kewangan fiskal negara, don't complain sesuatu perlu dilalui, dulu cakap macam ludah jatuh muka sapu jelah.”

Beliau berkata demikian dalam siaran Keluar Sekejap.

Sumber : X Keluar Sekejap
Gambar progres pemulihan muka dan badan pemain bola Selangor dan Malaysia Faisal Halim yang dipaparkan ke skrin ketika sidang media tadi.

Semoga terus kuat menghadapi ujian buat Faisal Halim dan keluarga.
Euro 2024: Tiada Siaran Langsung Percuma Untuk Rakyat Malaysia.
2024/09/28 21:38:43
Back to Top
HTML Embed Code: