Telegram Web Link
Kos Tinggi Jadi Punca Tiada Siaran Langsung Percuma Euro 2024 Buat Rakyat Malaysia

Antara kejohanan utama pada tahun ini, sudah tentunya saingan bola sepak eropah Euro 2024 yang bakal sepak mula awal pagi esok. Jika sebelum ini RTM pernah menyiarkan perlawanan bola sepak berprestij seperti Piala Dunia 2018, EURO 2020 dan Piala Dunia 2022, namun tidak bagi Euro 2024.

Semua perlawanan Euro 2024 tidak dapat disiarkan secara percuma di kaca televisyen menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) disebabkan ia menelan kos tinggi.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman ketika menjawab persoalan peminat di laman X
✨ EURO2024 MULA PAGI NANTI!

⏰ Kick Off: 9 malam, 12 tengah malam, 3 pagi
πŸ“Ί Live: SPOTV Stadia (CH 808), SPOTV2 Stadia (CH 809), Astro GO
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pelarasan Subsidi RON95 Mungkin Dilaksana Bulan Depan - MIER
Waktu mustajab doa Hari Arafah
(Sabtu – 15 Jun 2024)

WAKTU ARAB SAUDI πŸ‡ΈπŸ‡¦
9 Zulhijjah 1445H
Zuhur: 12:22 tengah hari
Maghrib: 7:04 malam

WAKTU MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ
8 Zulhijjah 1445H
Selepas asar: 5:22 petang
Tengah malam: 12:04 pagi
Harga beras tempatan disyor RM38 sekampit

Harga ideal bagi beras putih tempatan (BPT) adalah RM38 bagi sekampit 10 kilogram selepas mengambil kira peningkatan kos penanaman padi dan harga sekarang sudah berkuat kuasa sejak 18 tahun lalu.

Setiausaha Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Musonnef Md. Radzi berkata, kadar baharu itu juga diyakini mampu menyelesaikan isu ketiadaan BPT di pasaran

Baca Penuh: https://www.utusan.com.my/berita/2024/06/harga-beras-tempatan-disyor-rm38-sekampit

Utusan Malaysia
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
15 Jun 2024
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jutaan umat Islam mula melakukan ibadah Wukuf di Arafah iaitu hari kemuncak kepada ibadah jemaah Haji.

Suhu di hari Wukuf pada 9 Zulhijjah boleh mencecah sehingga 50 darjah Celcius, iaitu kemuncak musim panas di negara itu pada tahun ini.

Kredit : oh media
Kurangkan subsidi diesel untuk tambah kereta api bagi kegunaan rakyat - Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan kerajaan mahu menjimatkan lagi subsidi bersasar dengan meningkatkan jumlah kereta api di negara ini supaya rakyat gunakan sepenuhnya pengangkutan awam berbanding kereta.

Jelasnya, akibat daripada kekurangan kereta api juga, kerajaan mahu menaik taraf kereta api dari Padang Besar ke Johor Bahru dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau menjamin penggunaan terhadap kereta api yang berkapasiti sebanyak 30 peratus akan mampu meningkatkan berkali ganda.

Katanya, hasrat itu selari dengan salah satu matlamat penyelarasan semula subsidi iaitu memastikan hanya orang yang layak mendapat subsidi dan selebihnya dilaburkan untuk infrastruktur utama negara.

"Kalau tanya orang, mereka masih maki kita sebab kereta api tak cukup.” katanya menerusi hantaran video di Facebook pada Jumaat.

Sumber: FB Rafizi Ramli
PM akan umum berita gembira berkenaan barangan makanan esok

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan esok, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, pengumuman itu, hasil kerjasama baik dan persefahaman antara pihak kerajaan dan sektor industri sebagai usaha membantu rakyat.

"Kita tunggu daripada Perdana Menteri esok. Intro nya berkaitan dengan serba sedikit barang makanan yang lazim kita makan seharian, jadi ada berita baik daripada Perdana Menteri.

"Tetapi ia menunjukkan bahawa bila kita ada kerjasama yang baik dari sektor industri, pihak kerajaan dan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, jadi kita berupaya untuk buat pengumuman seperti yang akan diumumkan Perdana Menteri esok,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Data harga di portal FAMA tunjukkan kenaikan harga barang berlaku
Harga bahan binaan naik hampir 30 peratus, pembekal ugut tak hantar bekalan jika harga baru tak diikuti

Katanya Kontraktor G1 hingga G7 yang merasakan impaknya. Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia gesa kerajaan segera ambil tindakan terhadap pembekal yang mengambil kesempatan.

Baca artikel penuh: https://thereporter.my/harga-bahan-binaan-naik-hampir-30-peratus-pembekal-ugut-tak-hantar-bekalan-jika-harga-baru-tak-diikuti

The Reporter
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
16 Jun 2024
Utk elak penyeludupan, kita perlu naikkan harga petrol pula 😁
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penduduk Palestin dilihat meletakkan sejadah antara runtuhan bangunan yang musnah, manakala kanak-kanak memakai pakaian yang masih ada untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

"Tidak ada haiwan yang dikorbankan, kini kami mengorbankan diri kami," kata salah seorang penduduk di Khan Yunis.
COVID-19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ
PM akan umum berita gembira berkenaan barangan makanan esok KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan esok, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Beliau berkata, pengumuman itu…
Harga runcit telur gred A,B & C diturunkan 3 sen - PM Anwar

Kerajaan memutuskan supaya harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kini harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa hari ini.

"Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta.

"Manakala harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga akan diselaraskan mengikut Bahagian dan Zon yang diwartakan," katanya.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
17 Jun 2024
Pasir halus naik harga drpd RM90 ke RM95 per bucket.

Simen masih sama, setakat hari ini, di kedai ini.

Siapa baru nak buat atau tengah bina rumah, semoga ditambahkan rezeki untuk menampung kenaikan kos pembinaan.
Poster Jabatan Penerangan - seronok nak memasak lepas telur turun 3 sen....🀣🀣🀣🀣

- Mynewshub Viral
2024/09/28 23:30:47
Back to Top
HTML Embed Code: