Telegram Web Link
Naik 3 sen - Najib zalim, kejam, mangsakan Rakyat, hukum Rakyat.
Naik RM1.20 - Formula dia terbaik pernah ada
Cadangan naik harga siling beras putih tempatan dimuktamad sebelum Oktober - Mohamad Sabu

"Sebelum Oktober. Tidak lama dah. (Cadangan) masih di peringkat perbincangan dan sebarang perubahan harga (BPT) dan sebagainya itu perbincangannya melibatkan empat hingga lima kementerian.

"Bukan hanya KPKM tetapi Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan beberapa kementerian lain," katanya ketika diminta mengulas mengenai bila cadangan itu akan dimuktamadkan pada sidang media di sini hari ini.

Pada November tahun lepas, Badan Kawal Selia Padi dan Beras mendapati harga siling BPT wajar dinaikkan kepada RM3.20 sekilogram berbanding RM2.60 sekilogram ketika ini.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
10 Jun 2024
Ibu bapa 'standby' ya...

Seorang pemandu van sekolah di Johor, Susilah Abdullah 32 berkata, kenaikkan harga diesel ini boleh menyebabkan tambang sekolah dinaikkan kerana menampung kos bahan api. Menurutnya, kenaikkan tersebut naik terlalu tinggi berbanding harga asal RM2.15 seliter.

β€œKenaikan harga diesel sudah dijangka tapi terkejut kerana kenaikkan terlalu tinggi, saya jangkakan mungkin naik sedikit. β€œKalau harga diesel dah naik sudah tentu tambang sekolah akan turut naik, tetapi kena tunggu berapa sepatutnya tambang yang sesuai untuk dinaikkan,” katanya kepada Utusan.

Baca Penuh: https://www.kosmo.com.my/2024/06/10/tambang-bas-sekolah-mungkin-naik

Kosmo
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
10 Jun 2024
Baru beberapa jam sahaja pengguna kenderaan perlu membayar harga baru minyak diesel sebanyak RM3.35 seliter berbanding harga lama RM2.15 seliter di semua stesen runcit, harga pasir pembinaan pula dikatakan turut naik.

Menerusi perkongsian satu mesej tular, sekeping notis yang mengandungi harga kenaikan pasir mengikut jenis kenderaan yang digunakan untuk membawanya mencetuskan kebimbangan di kalangan pengguna. Bagi kenderaan van (lori satu tan) tambahan harga sebanyak RM20, lori enam tayar (tiga tan), tambahan harga RM30 dan lori 10 tayar pula, ada penambahan harga RM50.

Baca Penuh: https://www.kosmo.com.my/2024/06/10/diesel-harga-baru-pasir-pula-naik-harga

Kosmo
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
10 Jun 2024
Imbas kembali harga petrol dan diesel Oktober 2015

Harga petrol dan diesel naik 10 sen seliter bagi Oktober: RON95(RM2.05); RON97(RM2.45); Diesel(RM1.90) manakala Euro 5 diesel RM2.
Seram tengok...sana sini syarikat2 mula keluar memo umum kenaikkan harga.......

- MyNews Hub
Mengikut tinjauan beberapa penganalisis antaranya Maybank Investment Bank (IB) – jika langkah itu dilaksanakan pada Oktober 2024, terdapat potensi harga petrol RON95 perlu dinaikkan sebanyak 65 sen seliter (31.7%) di pasaran bagi membolehkan negara meraih jumlah penjimatan subsidi seperti yang disasarkan.

Namun sekiranya ingin mengurangkan tekanan harga tersebut, RON95 boleh dinaikkan sekitar 32 sen seliter seawal Julai 2024 ini untuk mencapai penjimatan tersebut.

Mengakui aturan itu, penganalisis penyelidikan pasaran CIMB dan UOB turut menjangkakan langkah rasionalisasi subsidi RON95 di Malaysia hanya berlaku sekitar suku keempat kelak. Ini kerana berpotensi kerajaan akan mengambilkira paras inflasi terbaharu – yang akan diumumkan pada 11 Julai kelak sebelum bertindak memuktamadkan pelaksanaan tersebut ke atas pengguna Malaysia.

Baca: https://rnggt.com/202435993/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tak wajar kaitkan 'hari ini menang, esok harga minyak turun' - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan adalah tidak wajar mengaitkan harga minyak semasa dengan ucapan beliau ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), 16 tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/669362/berita/nasional/tak-wajar-kaitkan-hari-ini-menang-esok-harga-minyak-turun---anwar

Sinar Harian
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
11 Jun 2024
Kad fleet SKDS ada had pengisian liter

Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan kad fleet di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan mempunyai had pengisian dari segi liter dan bukannya jumlah nilai.

Baca Penuh: https://malaysiagazette.com/2024/06/11/kad-fleet-skds-ada-had-pengisian-liter/

Malaysia Gazette
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
11 Jun 2024
'Fleet card' SKDS ada had pengisian, jumlah belom ditetapkan

Had yang ditetapkan adalah berdasarkan kapasiti liter dan bukannya jumlah: Timbalan Menteri Kewangan

Baca Penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/06/1257284/fleet-card-skds-ada-had-pengisian-jumlah-belum-ditetapkan

Berita Harian
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
11 Jun 2024
NOTIS MAKLUMAN PELANGGAN

KENAIKAN HARGA MENU ORIGINAL KOPI HAINAN BERSAIZ 22OZ MULAI 15 JULAI 2024


Kepada :
Semua pelanggan yang dihormati,

Mewakili pihak Kopi Hainan HQ, kami dengan berbesar hati ingin merakamkan penghargaan atas sokongan anda yang berterusan terhadap jenama dan produk kami.

Pihak HQ Kopi Hainan telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan harga jualan. Namun
atas faktor kenaikan kos semasa, pihak kami terpaksa melakukan perubahan harga jualan.

Mulai 15 JULAI 2024, harga menu ORIGINAL KOPI HAINAN bersaiz 22oz adalah *RM4.50* bagi setiap cawangan di seluruh Malaysia. (Kenaikan sebanyak rm0.50 bagi setiap cawan menu original)

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda selama ini terhadap jenama kami.

Sekian, harap maklum.
2024/09/28 23:29:28
Back to Top
HTML Embed Code: