Telegram Web Link
Bapa perlu punyai tangki emosi yang tinggi

Bila si ayah banyak bersabar dan tenang, si anak akan pelajari bahawa ketenangan dan kesabaran itu adalah ciri-ciri seorang bapa yang sejati.

Begitulah sebaliknya. Hakikat tumbesaran anak bergantung kepada apa yang dipamerkan oleh ibubapanya dalam kehidupan berkeluarga.

Saya teringat satu kisah, ketika saya sekolah asrama dulu. Mungkin tak ramai yang tahu.

Saya pernah bawa lari dua orang kawan balik rumah saya ketika hujung minggu. Tanpa pengetahuan ibubapa mereka. Dan juga tanpa pengetahuan ibubapa saya sendiri yang mereka itu hakikatnya 'fly' tanpa izin mak ayah.

Nak jadi cerita, hujung minggu itu kebetulan mak ayah mereka datang ke sekolah untuk ziarahi mereka di asrama. Sampai-sampai asrama anak mereka tiada.

Kelam kabutlah jadinya. Sampailah laporan kepada mak ayah bahawa anak mereka 'fly' ke rumah saya.

Mereka dapatkan nombor telefon ayah saya, dan terus telefon ayah saya.

Seorang ayah kawan saya itu, apabila tahu bahawa yang bawa anaknya adalah ayah saya (mereka saling mengenali), tiada masalah pun dan boleh bersembang biasa. Sebelah malamnya mereka datang rumah saya dari Shah Alam untuk ambil anaknya.

Seorang lagi, ibunya telefon ayah saya. Menengking dan maki hamun ayah saya tanpa sebarang adab dan usul periksa.

Saya melihat perbualan itu dengan penuh serba salah, dan ayah saya sedikit pun tidak membalas kata-kata makian dan hanya mengiyakan sahaja kata-katanya.

Selepas perbualan itu, tiada satu patah perkataan pun yang ayah saya lontarkan pada saya berkenaan perkara itu. Walaupun secara jelas saya telah lakukan kesalahan, dan layak dimaki (paling kurang) dan dihukum.

Ketika itu kami sedang makan malam. Beliau hanya menyambung makanan seperti biasa. Seolah tiada apa yang berlaku. Kata-katanya sama, riak mukanya juga sama. Tiada sebarang perlian atau sindiran.

Penyudahnya tidak pula ibu kawan saya itu datang untuk ambil anaknya, tetap ayah saya juga yang hantar kami ke asrama pada hari pulang ke asrama.

Peristiwa itu kekal di hati dan memori saya, tetapi tidak pernah sekalipun diungkit oleh ibubapa saya.

Sejak itu saya mula belajar, erti menjadi seorang bapa.

Bapa perlu bersedia menghadap dan harungi kesilapan dan kesalahan yang dilakukan anak-anaknya.

Pernah satu masa, anak saya terkencing di karpet di masjid ketika solat di Mesir. Saya marah juga, berapa kali dah ingatkan sebelum pergi masjid kena pergi tandas dulu. Namun apabila mengenangkan kisah itu, saya mula menanggapi perasaan seorang bapa. Selepas semua jemaah beredar, saya bawa anak saya ke masjid itu, dengan segayung air, dan saya bersihkan kawasan karpet itu di hadapannya.

Saya katakan padanya ; "Bila kita buat salah, kita yang kena tutup kesalahan itu."

Besarkan tangki emosi, maka besarlah jiwa anak-anak yang membesar dengannya. Jangan mudah meletup dan melenting. Kelak anak kita akan contohinya juga untuk masa akan datang, kita akan sesali jua satu hari nanti.

Oleh itu, sebagai bapa, jadikanlah bayangan keperibadian anak pada masa depan sebagai motivasi untuk kita berperanan sebaiknya hari ini.

"Katakanlah : Wahai Tuhanku rahmatilah kedua orang tuaku sepertimana mereka membesarkanku ketika kecil" - Surah Al-Israa', ayat 24

Wallahua'lam bissawaab.
Tanah Melayu beridentitikan Ahli Sunnah Wal Jemaah

Setelah berlalunya masa, dibuka sedikit demi sedikit ilmu Tuhan, saya mula memahami suatu hakikat bahawa :
"Apa yang diwariskan dari sudut pengamalan keagamaan di Tanah Melayu adalah absah dari sudut syariah, menepati pegangan dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah"

Ia berdiri atas ijtihad para ulama Tanah Melayu dalam membawa satu pakej beragama yang sempurna, dari sudut mazhab fiqh, aliran akidah, dan pengamalan tasawwuf yang telah dipakejkan bagi umat Melayu yang mempunyai ciri-ciri khusus dan sejarah yang tersendiri, berbanding bangsa lain.

Kitab-kitab kuning yang diwariskan dan dipelajari di madrasah dan pondok adalah hakikatnya kitab-kitab yang telah pun menjaga identiti keberagamaan yang wujud dalam jatidiri umat Melayu selama ini.

Menafikan keabsahannya ibarat menafikan hakikat kemandirian umat Islam sejak berzaman dulu di atas satu pakej yang kukuh dan syarie.

Ini menjadikan mana-mana arus yang cuba untuk merungkai keterikatan masyarakat Melayu hari ini dengan warisan beragama yang dipakejkan oleh ulama terdahulu adalah arus yang cuba menghilangkan keterikatan generasi lalu dengan generasi hari ini.

Sepertimana arus globalisme dan kolonialisme hari ini sedang cuba menghilangkan keterikatan umat Melayu dengan kemelayuannya, dari sudut pembandaran, keilmuan, budaya dan politik, di sana ada juga arus beragama yang cuba menghilangkan keterikatannya dengan warisan keagamaan yang diasaskan dan dipakejkan selama ini.

Tanpa menafikan pelbagai bentuk kelemahan dan kekurangan dari sudut pelaksanaan dan praktikaliti dalam budaya kita, termasuk wujudnya ajaran sesat dan seumpamanya, pakej warisan itu sepatutnya dilihat sebagai denyut nadi yang menjaga identiti, bukan ancaman yang merosakkan jatidiri keislaman sesebuah umat.

Tajdid yang sepatutnya berlaku bukanlah dengan merungkai semua pakej itu dan menggantikan dengan suatu perkara atau pakej baharu, yang tiada akar sejarah, serta tidak bersama adunan ijtihad ulama nusantara terdahulu yang telah bertungkus lumus memastikan Tanah Melayu ini kekal 'muslim'.

Usaha tajdid sepatutnya mengambil pakej warisan ini sebagai satu rangka utama, musallamat (perkara yang dipegang secara asal), dan juga inspirasi kemandirian umat yang berjiwa agama, untuk mendepani cabaran semasa yang lebih mencabar, dan mengembalikan kegemilangan peradaban Islam di Tanah Melayu, seperti suatu ketika dahulu.

Wallahua'lam bissawaab.
Memaksi makna perhambaan, di atas lanskap kesempurnaan nikmat ketuhanan

Satu pertemuan dengan guru saya baru-baru ini, mengungkap satu makna baru yang tersingkap dalam dada selama ini. Iaitu :

"Bagaimana patut aku tunjukkan kesyukuran kepada Tuhan ?"

Tuhan telah men'tajalli'kan rahmat-Nya dengan kejadian sekalian alam, perutusan para Rasul AS dan tadbir-Nya yang cukup sempurna.

Adakah cukup kita men'tajalli'kan kesyukuran dan perhambaan sekadar berteleku di tikar sejadah lalu mengangankan dibalas dengan ganjaran tertinggi ?

Akal yang sihat akan melihatnya tidak logik dan tidak setara.
Syarak yang sahih akan melihatnya sebagai riba al-fadhl (riba lebihan).
Hati yang sejahtera pula akan menanggapinya sebagai satu kedunguan, kalaulah ia bukan helah dan mengambil kesempatan.

Hamba yang benar, mempamerkan ubudiyyah, hingga setara dengan cerapan nikmat uluhiyyah, pada tahapnya, semampunya.

"Berjihadlah di jalan Allah, dengan sebenar-benar jihad" - Surah Al-Hajj
"Bertaqwalah kepada Allah, dengan sebenar-benar taqwa" - Surah Ali Imran

Para sahabat mendengar seruan ini hingga semput dada dan melihat kebesaran tuntutannya, kerana mereka memahami erti 'sebenar' itu adalah 'selayak kekuasaan-Nya', 'setimpal keagungan-Nya', dan 'sesempurna kurniaan-Nya'.

Kita mendengarnya saban hari, tanpa memikirkan sekelumit makna hakiki daripada ayat yang dibaca setiap kali khutbah Jumaat dibacakan pada setiap minggu.

Jika kita benar-benar sedar, kita akan fahami bahawa :

Apabila Allah SWT menundukkan segala yang ada di langit dan di bumi untuk manusia ..

Maka tugas kita hakikatnya adalah seberat seluruh yang ada di langit dan di bumi.

Jika belum terasa berat, maka samada kita tersibuk dengan perkara lain, atau terhijab dengan kelalaian kita sendiri.

Wallahu a'lam bissawaab.
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Nafsu itu seperti haiwan liar yang boleh dijinakkan, bagaimanakah caranya? | Ustaz Syamil Esa

Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa nafsu boleh ditundukkan dengan memberatkan bebanan pada keldai tersebut. Memberatkan nafsu dengan ibadah-ibadah yang berat , supaya nafsu mengerti bahawa hidupnya ada tujuan hidup, bukan kosong.

Kerana itu ada ibadah-ibadah wajib (paling minimum) seperti solat jumaat seminggu sekali dan puasa setahun sekali. Nafsu perlu diberi tujuan-tujuan yang baru. Nafsu suka berehat, nafsu tak suka belajar, tak suka nasihat dan asyik nak menang. Bagaimanakah cara mengubatinya? Tonton penuh untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Jemput tonton dan semoga bermanfaat!

https://www.youtube.com/watch?v=QwdrfLnKBoY

Sumbangan untuk MUIS TV :

Bank Rakyat
Pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam
1 1 0 2 - 2 5 7 0 - 5 9
Moga Allah merahmatimu, wahai pemimpinku, Abu El-Abd, Syeikh Ismail Haniyeh.

Kenangan terakhir bersama beliau, pada 2019, sempat bertanya soalan dan bertukar pandangan mengenai beberapa polisi luar HMS terhadap pihak lain.

Hari ini beliau dibunuh dan diangkat menjadi syuhada', memberikan darahnya sebagai 'minyak dan harga' sebuah kebangkitan ummah, yang belum tiba.

Moga kita tidak lekang melibatkan diri dalam peperangan yang besar ini, dengan segala kapasiti yang ada.
Majulah wahai Yahya !

Permulaan fasa baharu bagi perjuangan pembebasan, dengan pelantikan Yahya Sinwar sebagai orang no. 1 HMS.

Persoalan asasi yang patut ditanya bukanlah siapakah yang menggantikan Ismail Haniyeh, tetapi adakah kita tersenarai sebagai anggota dalam perjuangan pembebasan ini?

Jika tidak, mari bersama lakukan persediaan. Bina kekuatan, hilangkan alasan, luaskan kefahaman, tingkatkan kemampuan, kurangkan keterikatan remeh temeh, dan tinggikan keazaman.

Jika Tuhan lihat pada kita ada kebaikan, Dia akan memilih kita untuk sertai projek pembebasan.

Ya, ia adalah pilihan Tuhan, bukan pilihan dan kriteria bersyarat buatan insan.

Manusia hakikatnya hanya mengambil sebab dan musabab, membina keserasian dan kelayakan, akhirnya jika Tuhan dapati ia setara, sesuai, setimpal, pilihannya tetap akan tiba.

Jika mahu dipilih-Nya, maka pilihlah Dia, dalam menetapkan segala penghujung matlamat. Jika mahu dipilih sebagai pejuang, pilihlah jalan perjuangan sebagai landasan kehidupan. Mudah-mudahan kita juga terpilih akhirnya.

Tuhan tidak pernah memungkiri janji, Dia juga tidak pernah dikalahkan dalam apa jua perbandingan.

"Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku datang kepada-Nya dalam berlari" - Hadis Qudsi

Wallahua'lam bissawaab.
Kejelasan pandangan Syeikh Ahmad Yasin dalam membina generasi, menghasilkan Asy-Syahid Ismail Haneya dan sahabat-sahabatnya yang sedang memperjuangkan isu Palestin hingga ke peringkat antarabangsa.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Al-Syahid Ismail Haniyeh berkongsi pengalamannya bertemu dengan al-Syahid Syeikh Ahmad Yassin buat kali pertama di Gaza semasa kecil.

π—ͺπ—˜π—•π—œπ—‘π—”π—₯ π—”π—Ÿ-π—¦π—¬π—”π—›π—œπ—— π—œπ—¦π— π—”π—œπ—Ÿ π—›π—”π—‘π—œπ—¬π—˜π—› 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯π—π—¨π—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗦
Daftar di sini: bit.ly/duniapalestin012
Ustaz Syamil Esa pinned Β«Tafakkur yang memberi makna Antara ayat Al-Quran yang kerap disebut dalam Al-Quran adalah ayat mengenai kejadian alam. Kejadian langit dan bumi, pertukaran siang dan malam, kejadian manusia, dan segala makhluk-makhluk lain hidup di atas muka bumi ini. Sekilas…»
Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa Taqwa itu ialah sebuah perbendaharaan yang amat besar. Jika engkau mendapatinya, maka engkau tahu betaba banyak di situ permata-permata yang indah, perkara yang ajaib, kebaikan yang banyak, rezeki yang mulia, kemenangan yang besar serta kerajaan yang amat luas.

Lalu dikatakan taqwa ini seperti sebuah pusat graviti. Apabila manusia berusaha mendapatkan pusatnya, ia akan perolehi juga apa di sekelilingnya.

Oleh itu, Al-Imam Al-Ghazali telah mengsyarahkan 12 kelebihan taqwa yang termaktub dalam Quran, apakah itu ia? Jemput tonton penuh untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

https://youtu.be/nlBlRysaRsg

Sumbangan untuk MUIS TV :

Bank Rakyat
Pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam
1 1 0 2 - 2 5 7 0 - 5 9
Khasiat TAQWA : Buatlah apa sahaja kerana Allah Taala akan menjagamu

Imam Al-Ghazali pernah menyebut dalam Kitab Minhajul Abidin, Jika seseorang itu bertaqwa, maka buatlah apa sahaja yang dia mahu, tidurlah di mana-mana sahaja, berjumpalah dengan sesiapa sahaja kerana Allah Taala yang akan selalu menjaganya serta melorongkannya dia jalan-jalan yang benar.

Namun, apakah ciri-ciri TAQWA tersebut? Kayu ukurnya ialah, semakin dia TAKUT kepada Allah, MALU dengan perbuatannya yang selalu mengikut hawa nafsu, sering BERHARAP agar amalnya diterima oleh-Nya. Adapun orang yang tertipu, ia selalu menganggap bahawa "takkan lah Allah tak ampunkan dosaku, Takkan lah Allah tak perkenankan permintaanku.." Ketika itu, dia sedang tertipu dengan nafsunya sendiri.

Jemput tonton dan semoga bermanfaat!
https://youtu.be/64VFEFuDg88

Sumbangan untuk MUIS TV :

Bank Rakyat
Pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam
1 1 0 2 - 2 5 7 0 - 5 9
Kenangan bersama Abu Ammar RHM secara yaqazah dan dalam mimpi

Perkenalan dengan susuk tubuh yang hebat ini secara peribadi telah bermula dengan bukunya Al-Muntalaq yang diterjemahkan oleh Al-Marhum atuk saya Hj Mohd Tahir bin Daeng Mengati, yang saya mula baca ketika sekolah menengah dalam usrah.

Pada tahun 2012 pertama kali bertemu secara personal, di Malaysia. Perbualan sekitar 1 jam lebih membincangkan beberapa persoalan dalam buku beliau, dan sedikit sebanyak isu di Malaysia. (Gambar tengah duduk)

Pada tahun 2013 sekali lagi bertemu beliau secara ringkas apabila menghantar beliau pulang daripada ceramah beliau mengenai politik Mesir selepas penggulingan Morsi. (Gambar dalam kereta)

Pada tahun 2024 setelah itu berkesempatan menziarahi beliau beberapa kali termasuk di kediamannya sendiri. Rupanya inilah tahun terakhir beliau berada di alam dunia.

Beliau pernah dihadirkan beberapa kali dalam mimpi ketika saya menuntut di Mesir, menjawab beberapa persoalan yang berlegar dalam pemikiran saya, mengajarkan bukunya sendiri Al-Awaiq dan memberi tips khusus kepada saya ketika sedang bergolak isu dalaman harakah Islam suatu ketika dahulu sekitar 15-16 tahun lepas.

Beliau nyatakan (dalam mimpi itu) : "Taqwa adalah asas sesebuah amalan. Ini adalah wasiat khas untuk engkau, ikhwan hari ini"

Lalu saya bertanya : "Adakah engkau masih menganggapku ikhwan, walau telah berlaku apa yang berlaku?"

Lalu beliau menjawab : "Biarkan semua perkara-perkara (teknikal) itu, engkau dan sesiapa bersamamu adalah ikhwan!"

Kemudian saya terbangun, sambil merasa puas dengan pesanan khususnya yang merungkai pelbagai persoalan dalam hati dan jiwa.

2 tahun setelah itu berlakulah pertemuan pada 2012, dan saya nyatakan pada sesi akhir, apakah yang menjadikan beliau tetap teguh di atas jalan dakwah, lalu beliau menjawab : Yang men-thabat-kan aku atas jalan ini adalah "taqwa" kepada Allah.

Catatan sambungan pesanannya boleh didapati di wall facebook adik saya, Hikmat Mohd Esa yang juga hadir dalam pertemuan malam itu.

Buku-buku beliau banyak menekankan perspektif tarbiyah jiwa dan intima' (penggabungan) dengan gerakan Islam, amal secara kolektif dan menghidupkan roh jihad.

Tulisan-tulisan beliau sejak tahun 70-an bermula dengan siri Ihya' Fiqh Dakwah hingga tulisan yang terakhir iaitu pada tahun 2020 bertajuk : Perspektif Insani dalam Dakwah Ikhwan Muslimin, telah menjadi bukti bahawa beliau adalah seorang mujtahid dalam bidang dakwah dan harakah, dan berterusan menyumbang hingga ke akhir nyawanya.

Pelajaran besar untuk anak-anak harakah adalah tidak mudah jemu dan lesu untuk berkhidmat dalam medan dakwah dan tarbiyah, walau satu dunia tidak mengendahkan dirimu, atau mengetahui potensi sebenarmu, atau menghargai nilaimu yang sebenar.

Hakikatnya kita adalah milik Allah, bekerja kerana Allah, dan akan kembali melapor diri kepada Allah.

Saya petik kata-kata Abu Ammar dalam Al-Awaiq tajuk 'Jundiyah Toriq Al-Qiyadah' ;

"Moga Allah merahmati lelaki yang bertajarrud (bebas daripada apa-apa kepentingan diri) dan mengalahkan nafsunya, samada ia seorang pimpinan atau seorang tentera"

Moga Allah mengganjari usahanya dan memberi umat ini orang sepertinya.

Semoga kita bertemu lagi wahai Abu Ammar, di mimpi dunia dan di syurga sana, insyaAllah.

Al-Fatihah (dibaca)
PODCAST: Pengalaman Peribadi dan Pengenalan Siri-siri Penulisan Ahmad Ar-Rasyid

"Tulisan-tulisan beliau sejak tahun 70-an bermula dengan siri Ihya' Fiqh Dakwah hingga tulisan yang terakhir iaitu pada tahun 2020 bertajuk : Perspektif Insani dalam Dakwah Ikhwan Muslimin, telah menjadi bukti bahawa beliau adalah seorang mujtahid dalam bidang dakwah dan harakah, dan berterusan menyumbang hingga ke akhir nyawanya."

Pihak MUIS menjemput anda untuk bersama-sama kami mendengarkan sebuah perkongsian eksklusif oleh Ustaz Syamil Esa tentang pengalaman beliau sendiri sepanjang pengenalan beliau dengan Syeikh Ahmad-Ar-Rasyid.

Ikuti Podcast kali ini di,

Live FB: Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
Tarikh: Khamis, 29 Ogos 2024
Waktu: 9.30 malam

------------------------------------------
Ikuti
Telegram MUIS : https://www.tg-me.com/kalamsalafussoleh
FB MUIS : https://www.facebook.com/muafakatilmuanislam/
YouTube MUIS : https://bit.ly/muisTV
Tiktok MUIS : https://bit.ly/TTmuis

#TintaAhmadArRasyid
#MuafakatImuanIslam
https://www.facebook.com/muafakatilmuanislam/videos/873476088039280

Perkongsian beberapa pengalaman dengan Syeikh Ar-Rashid dan pengenalan kepada siri-siri penulisan beliau. Jemput dengar dan bersama mengambil faedah dan manfaat.

Wallahua'lam bissawaab.
Kemerdekaan Hakiki Disulami Tanggungjawab Syarak

Kemerdekaan hari ini perlu dinilai dengan penilaian syarak. Hakikat kemerdekaan tanah air bertitik tolak daripada kemerdekaan keyakinan dan kehendak umat Islam, yang bebas daripada segala ideologi dan budaya yang asing dan bercanggahan dengan nilai agama.

Kebertanggungjawaban atas nikmat kemerdekaan ini menuntut untuk umat Islam sedar bahawa tugas mereka bukan sahaja menjaga identiti dan jatidiri secara peribadi, tetapi memahami bahawa negara ini juga punyai identiti dan jatidiri yang perlu dipertahankan.

Inilah intipati kemerdekaan yang sebenar, apabila umat Islam menyedari bahawa setiap titisan nikmat yang diberi menuntut satu tugasan kesyukuran hingga mereka mampu keluar daripada belenggu hawa nafsu, pembaratan dan penjajahan pemikiran.

β€œ(Mereka yang berhijrah ini) apabila Kami tinggikan kedudukannya di muka bumi ini akan mendirikan solat, menunaikan zakat, menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran, dan bagi Allah kembalinya segala perkara” - Surah Al-Hajj, ayat 41

Kemerdekaan yang difahami dalam rangka syarak yang benar, akan membawa negara dan tanah air menuju cita-cita kenegaraan yang unggul kerana ia berpaksikan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

Salam kemerdekaan.

Wallahua’lam bissawaab
2024/09/29 05:23:36
Back to Top
HTML Embed Code: