Telegram Web Link
Hidup dengan Tuhan

Ertinya, tidak perlu berlakon.

Dia kenal dirimu luar dan dalam.

Ertinya, tidak perlu risau.

Dia susun kehidupanmu, esok dan semalam.

Ertinya, tidak perlu takut.

Dia yang menjagamu, siang dan malam.

Ertinya, tidak perlu hasad.

Dia yang beri rezeki, ketika timbul dan tenggelam.

Ertinya, tiada resah dan duka.

Bersama-Nya adalah paksi kesempurnaan.

Menuju-Nya adalah paksi kebahagiaan.

Hidup penuh makna,

Mati atas tujuan.

"Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku" - Surah Adz-Zariat

Ibnu Abbas RA menafsirkan : "melainkan untuk mengenali-Ku"

Wallahua'lam bissawaab

---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Manusia Perlu Memilih Antara Dua Sembahan

Sahl bin Abdullah At-Tustari RHM menyatakan : "Barangsiapa yang tidak menyembah Allah secara sukarela, ia akan ditimpa musibah menyembah makhluk secara paksa" - Awarif Al-Ma'arif

Saya berkata :

Tuhan telah memperkenalkan diri-Nya kepada manusia, untuk manusia menyembah-Nya dengan penuh rasa kasih, kagum, takjub, malu, dan tunduk kepada-Nya. Perhambaan itu hakikatnya adalah manifestasi rahmat-Nya kepada manusia, dan ia membuahkan nilai sebenar 'insaniyah' seseorang manusia.

Apabila manusia memilih jalan yang lain, tuhan yang lain, mereka akan ditimpa malapetaka perhambaan yang dahsyat, kerana diperhambakan oleh makhluk yang jahil, tamak, berkepentingan, tiada kasihan, dan tiada sebarang kesejahteraan.

Memilih untuk menyembah Tuhan adalah jalan menuju kemajuan, keilmuan, ketamadunan dan ke-insan-an. Manakala terpaksa menyembah makhluk adalah suatu malapetaka, kejahilan, kebinatangan dan merosak nilai kemanusiaan.

Itulah hakikat insan, hanya akan menjadi 'insan' apabila bertuhankan Tuhan.

Jika memilih sembahan yang lain, nilai keinsanan akan luntur satu persatu, hingga jatuh ke lembah kehinaan yang lebih teruk daripada haiwan.

"Mereka (ahli neraka) itu ibarat binatang ternakan, bahkan lebih teruk lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" - Surah Al-A'raaf : 179

Perhambaan pada-Nya adalah suatu kemerdekaan, merdeka dari-Nya adalah suatu perhambaan.

Wallahua'lam
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Zikir tidak sepatutnya jadi bahan sendaan

Jika para ulama yang muktabar berselisih, serahkan perselisihan pada para ulama. Yang bersetuju dengan hujjahnya, yang tidak bersetuju dengan hujjahnya.

Selagi para ulama berselisih, selagi itu ruang keterbukaan syarak padanya jelas dan luas. Jangan disempitkan perkara yang luas, dan jangan meluaskan perkara yang sempit.

Jika anda berpegang zikir itu adalah suatu yang tidak berfaedah, membawa gelak tawa, maka sebutan anda terhadap zikir itu adalah lagha dan boleh membawa kepada dosa kerana mempersendakan lafaz yang dinisbahkan kepada Dia.

Jika anda memahami jalan kira sepertimana yang ditunjukkan para ulama yang bersetuju, maka zikir anda mendapat pahala kerana termasuk dalam saranan mengingati Allah dalam semua keadaan.

Bicaralah dalam kerangka ilmu yang insaf, menyatukan dan membina pemikiran fiqh yang betul, bukan retorik, semangat, perli dan sinis yang hanya melahirkan manusia yang tidak beradab dan menyemai kebencian.

Wallahua'lam bissawaab.

Nota : Perkara khusus tidak sepatutnya dibincangkan atau disarankan pada ruangan umum. Setiap perkara ada kesesuaian tempat, masa dan audiensnya.
2024/09/29 03:28:11
Back to Top
HTML Embed Code: