Telegram Web Link
Kuliah Ihya Ramadhan di Masjid Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa. Kuliah Maghrib Khas ini turut dihadiri oleh para penuntut di Darul Quran serta beberapa orang pensyarah dan kakitangan institut tersebut.

Jemput tonton, clik link di bawah ๐Ÿ‘‡
https://youtu.be/b8dUFFjtR5w

--------------------------------------------
Ikuti
telegram MUIS : https://www.tg-me.com/kalamsalafussoleh
FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0

#MajlisUlamaISMA
#persediaanramadhan
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Semoga Allah berikan kita taufiq dan inayah-Nya untuk menjadi hamba-Nya yang menghidupkan Ramadan dengan Al-Quran, dan menghidupkan Al-Quran di bulan Ramadan.

Wassalam wbt.
๐Ÿ“–๐Ÿ“–MENUAI PAHALA JIHAD ILMU๐Ÿ“–๐Ÿ“–

Individu yang membantu pejuang ilmu seperti penuntut ilmu, pengkaji dan seumpanya akan menuai pahala yang besar karena membantu orang yang beribadah pahalanya sama dengan orang yang beribadah tersebut. Apatah lagi menuntut ilmu yang termasuk ibadah terbesar bahkan sekiranya pejuang ilmu tersebut mengamalkan ilmunya dan mengajarkannya, maka orang yang membantunya mendapat pahala yang sama.

Rasulullah shallallahuโ€™alaihi wa sallam bersabda,

๏ปฃูŽ๏ปฆู’ ๏บŸูŽ๏ปฌูŽู‘๏บฐูŽ ๏ปูŽ๏บŽ๏บฏู๏ปณู‹๏บŽ ๏ป“ู๏ปฒ ๏บณูŽ๏บ’ู๏ปด๏ปžู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏ป“ูŽ๏ป˜ูŽ๏บชู’ ๏ปูŽ๏บฐูŽ๏บ ุŒ ๏ปญูŽ๏ปฃูŽ๏ปฆู’ ๏บงูŽ๏ป ูŽ๏ป’ูŽ ๏ปูŽ๏บŽ๏บฏู๏ปณู‹๏บŽ ๏ป“ู๏ปฒ ๏บณูŽ๏บ’ู๏ปด๏ปžู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ‘ู๏บจูŽ๏ปดู’๏บฎู ๏ป“ูŽ๏ป˜ูŽ๏บชู’ ๏ปูŽ๏บฐูŽ๏บ
โ€œBarangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.โ€

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Kami di Pemikir sedang mengusahakan Perpustakaan Komuniti yang menjadi pusat keilmuan dan rujukan buat masyarakat terutama mereka di Bandar Baru Bangi.

Ayuh bersama-sama kita menuai pahala dengan menyumbang ke Astaka Fikir di link di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป


Jom menyumbang :

http://bit.ly/AstakaRamadan

๐ŸŒ™๐ŸŒ™Terima kasih dan salam Ramadan al-Mubarak๐ŸŒ™๐ŸŒ™
Alhamdulillah, diizinkan Allah SWT untuk menyertai terawih di Masjid Negara di bawah pimpinan Imam Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani Al-Hafiz, bersama munabbih Ustaz Rashid Ridha bin Shukri Al-Hafiz.

Saya sarankan kepada sesiapa yang mahukan suasana di negara Arab dan bacaan murattal yang baik untuk hadiri terawih di sini. Bacaannya sederhana laju, tajwidnya rapi, makhrajnya cantik dan lagunya tidak lari seperti Syeikh Maher Muaiqly. Panjangnya sekitar 1 mukasurat per rakaat.

InsyaAllah, dengan suasana demikian akan membantu sedikit sebanyak perjalanan kita menuju ke alam Al-Quran.

Wallahua'lam bissawaab.

Moga Allah menggolongkan kita di kalangan Ahli Al-Quran.
https://www.facebook.com/syamil.esa/videos/3536444083103221

Perjalanan Rohani Dalam Al-Quran : Beberapa Refleksi dan Sudut Pandangan

Mengulangkaji perjalanan rohani di bulan Ramadan. Video dirakam ketika kuarantin seusai pulang dari Mesir selepas menghantar tesis untuk semakan penyemak, pada Nov 2020.

Intipati video :
- Perjalanan rohani, contoh daripada Surah An-Nur
- Keterkaitan ilmu - taqwa - sabar - syukur - ibadah
- Soal jawab sekitar isu

Wallahua'lam
Pecutan 10 Malam Terakhir

Jangan sia-siakan segala tempoh masa yang berbaki dalam bulan Ramadan kali ini. Tingkatkan ibadah, kekhusyukan, fokus, tilawah, tadabbur, qiamullail, sedekah, iktikaf dan seumpamanya bagi menggarap seberapa banyak rahmat dan nafahat (hadiah) daripada Tuhan.

2/3 malam Ramadan telah berlalu, kita lebih tahu apa yang telah kita lakukan. Ambillah peluang 1/3 akhir untuk melakukan perubahan, dan meningkatkan momentum dalam bulan Ramadan ini.

Moga kita tergolong di kalangan orang yang menghidupkan Lailatul Qadr.
Forwarded from PEMIKIR (Channel)
[Berwakaf Untuk Membangunkan Ilmu]

Universiti Al-Azhar: Wakaf Ilmu yang Tidak Ditelan Zaman

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Universiti al-Azhar terbina melalui wakaf umat Islam. Sebuah universiti yang terbina daripada tahun 972 masihi. Masih teguh sehingga sekarang.

Ianya terbina melalui sedekah dan wakaf masyarakat awam untuk dibangunkan. Mereka memahami wakaf ilmu sehingga terbinanya sebuah tempat pembangunan peradaban bagi umat Islam.

Antara individu yang terlibat sebagai pemberi wakaf pembangunan Univeristi al-Azhar adalah Syeikh Mutawalli as-Syaโ€™rawi. Beliau telah mewakafkan royalti buku beliau untuk memastikan Universiti al-Azhar terus menjadi univeristi wakaf.

Hasilnya, Univesiti al-Azhar dapat dibina dan lebih ramai para pelajar dapat dilahirkan daripada universiti ini.

Umat Islam amat terkesan dan beriman dengan janji Allah tentang harta yang diwakafkan seperti yang diungkapkan Rasulullah SAW:

ุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุงุชูŽ ุงู„ุฅูู†ู’ุณูŽุงู†ู ุงู†ู’ู‚ูŽุทูŽุนูŽ ุนูŽู†ู’ู‡ู ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุซูŽู„ุงูŽุซูŽุฉู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุฌูŽุงุฑููŠูŽุฉู ุฃูŽูˆู’ ุนูู„ู’ู…ู ูŠูู†ู’ุชูŽููŽุนู ุจูู‡ู ุฃูŽูˆู’ ูˆูŽู„ูŽุฏู ุตูŽุงู„ูุญู ูŠูŽุฏู’ุนููˆ ู„ูŽู‡ู

Maksudnya: โ€œJika seorang manusia mati maka terputuslah daripadanya amalnya kecuali dari tiga perkara; dari sedekah jariah atau ilmu yang diambil manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya.โ€

Riwayat Muslim (4310), al-Tirmizi (1376) dan al-Nasaโ€™ie (3651)

Universiti al-Azhar sudah terbina. Bagaimana dengan kita?

Astaka Fikir merupakan tempat terbaik untuk anda semua menanam pahala untuk pembangunan peradaban seperti yang berlaku di Univeristi al-Azhar.

Bangunkan Astaka Fikir melalui wakaf ilmu. Sebuah perpustakaan komuniti wakaf pertama di Malaysia.

http://bit.ly/AstakaRamadan
Setiap kita mempunyai cerita tersendiri yang unik di hadapan Allah SWT

Jangan putus asa, perbaiki prasangka kepada Tuhan, dan bulatkan tekad untuk bangkit menjadi hamba-Nya yang terbaik.

Tuhan telah perkenalkan diri-Nya, kini telah tiba pula giliran dirimu membalas salam perkenalan.

Setiap hari Dia bertaaruf kepadamu, bilakah pula engkau mahu memperkenalkan dirimu pada-Nya ?

"Sesungguhnya mereka (para anbiya' AS) itu senantiasa berlumba-lumba dalam kebaikan, dan menyeru Kami dalam keadaan berharap dan takut, dan mereka itu adalah orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Anbiya', ayat 90

Para anbiya', telah memperkenalkan diri mereka di hadapan Tuhan, dengan kehidupan mereka, lalu Allah SWT memetik satu persatu perilaku mereka sebagai satu bentuk identiti dan ciri-ciri yang terzahir, daripada amalan dan perbuatan mereka sendiri.

Walaupun Allah SWT dengan ilmu-Nya yang azali, sudah pun mengetahui siapakah hakikat diri mereka tanpa memerlukan sebarang bukti, tetapi Dia menceritakan kisah-kisah mereka AS yang membuktikan siapakah diri mereka yang sebenarnya.

Ya, persoalan yang perlu kita tanya setiap hari, siapakah kita di hadapan Tuhan ?

Wallahua'lam bissawaab.
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Tawaran Pengampunan Allah Dalam Bulan Ramadan Yang Perlu Kita Faham

Apabila masuknya bulan Ramadan, terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang tawaran pengampunan Allah Taala kepada hambaNya.

Mungkin ada yang bertanya, jika dosa kita telah mula diampunkan sejak awal Ramadan, maka dosa apa lagi yang akan diampunkan sekiranya bertemu malam Lailatul Qadar?

Jadi, mari kita mendengar kupasan daripada Al-Fadhil Ustaz Syamil Esa dalam memahami apakah rahsia disebalik perkataan "ghufira lahu" tersebut dari sisi kita sebagai seorang hamba. Semoga bermanfaat untuk semua.

Ikuti kupasan yang menarik dalam video di bawah
https://youtu.be/ysiA0tl2dxY

--------------------------------------------
Ikuti
telegram MUIS : https://www.tg-me.com/kalamsalafussoleh
FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0

#maknasebalikkeampunan
#majlisulamaisma
ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ูƒ ุนููˆ ุชุญุจ ุงู„ุนููˆ ูุงุนู ุนู†ูŠ

"Ya Allah, Engkau Maha Pengampun, cintakan keampunan, ampunkanlah aku"

Mintalah setulus hati dan sepenuh kepasrahan. Letakkan nilai keampunan-Nya melebihi segala permintaan-permintaan peribadi kita.

Agar kita rasa betapa besarnya wasiat dan pesanan Rasulullah SAW kepada isteri baginda, Aisyah RA.

Baginda sentiasa mengajar untuk berfikir dengan kerangka ketuhanan dan kehambaan, berbanding kerangka-kerangka peribadi yang bersifat material dan seumpamanya.

Selamat menghidupkan baki malam Ramadan, moga kita diberikan taufiq untuk menghidupkan Lailatul Qadr, dan diberikan ganjaran 'qabul' padanya.
Menghidupkan malam 27 Ramadan dengan khatam dalam tahajjud

Bagi memeriahkan suasana ibadah dalam bulan Ramadan ini khususnya malam 27 Ramadan, dan menyahut seruan daripada hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Umamah RA :

ู…ูŽุง ุฃูŽุฐูู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูุนูŽุจู’ุฏู ูููŠ ุดูŽูŠู’ุกู ุฃูŽูู’ุถูŽู„ูŽ ู…ูู†ู’ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ูŠูุตูŽู„ู‘ููŠู‡ูู…ูŽุงุŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุจูุฑู‘ูŽ ู„ูŽูŠูุฐูŽุฑู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูŽุฃู’ุณู ุงู„ุนูŽุจู’ุฏู ู…ูŽุง ุฏูŽุงู…ูŽ ูููŠ ุตูŽู„ูŽุงุชูู‡ูุŒ ูˆูŽู…ูŽุง ุชูŽู‚ูŽุฑู‘ูŽุจูŽ ุงู„ุนูุจูŽุงุฏู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูู…ูุซู’ู„ู ู…ูŽุง ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู

"Tiada amalan seorang hamba yang lebih baik berbanding dua rakaat yang dia lakukan, dan sesungguhnya kebaikan akan sentiasa berada di ubun-ubun hamba tersebut selagi mana dalam solatnya, dan tiadalah taqarrub kepada Allah yang lebih baik berbanding apa yang datang daripada-Nya (Al-Quran)" - HR Tirmizi dan Ahmad

Atas tujuan itu, saya ingin mengajak keluarga, sahabat dan kenalan untuk menyertai qiamullail secara berjemaah di Surau Ar-Rahmaniah, Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang.

InsyaAllah, malam ini akan dijalankan solat tahajjud sebanyak 8 rakaat, bagi menamatkan bacaan sekitar 2 juz setengah hingga khatam Al-Quran dengan izin-Nya.

Untuk makluman surau ini telah memulakan qiamullail sejak malam 20 lagi dengan bacaan satu juzuk satu malam. Malam ini adalah acara kemuncak iaitu malam 27 dan akan dibaca daripada juzuk 28 hingga akhir juzuk 30.

Qiamullail pada malam ini dijadualkan bermula jam 2 pagi dan dijadualkan tamat jam 5 pagi.

InsyaAllah, dengan taufiq dan izin-Nya, saya sendiri akan mengimamkan solat tersebut hingga selesai. Dialu-alukan untuk para huffaz untuk menyemak bacaan sebagai 'munabbih' agar bacaan lebih tepat dan sebarang kesalahan dapat dielakkan.

Sahur insyaAllah ada disediakan, walaupun begitu digalakkan membawa makanan siap-siap sebagai langkah keselamatan.

Selamat menghidupkan malam 27 Ramadan, dan baki-baki masa yang masih ada dalam bulan penuh keberkatan dan rahmat.

Wassalam.
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin, Semoga Allah menerima amalan kita semua'.

Semoga kehadiran Syawal kali ini dijadikan sebagai penzahir kegembiraan dan petanda kejayaan, selepas melalui fasa pendidikan Ramadan.

Hakikat ibadah akan membuahkan rasa taqwa yang menjadi benih kepada ketundukan, khusyuk, dan syukur kepada segala nikmat yang Tuhan berikan, sekaligus ia menukarkan medan perjuangan dunia yang penuh cabaran kepada medan munajat ketuhanan yang dihiasi permaidani dan taman syurga yang indah.

Moga kita menjadi hamba Tuhan yang kembali kepada Tuhan di dunia, sebelum kita benar-benar kembali di akhirat nanti.

Wassalam wbt.

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุงู„ุฃุนู…ุงู„
ูˆูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ


Daripada :

Ust Syamil Esa & keluarga
Mengetahui, perhalusi, membelai, menyayangi dan menghargai

Tiap kali mendengar kisah-kisah kehidupan orang lain yang melalui pelbagai jenis cabaran, ia menuntut untuk kita lebih berhati-hati dalam memilih tindakan yang paling tepat dan bijak dalam mengurus sesuatu situasi.

Lain orang lain cabaran.

Walau begitu, ia tetap tidak menjadikan kita boleh lari daripada undang-undang alam dalam kebahagiaan hakiki, iaitu kembali kepada Tuhan. Kembali kepada tujuan asal penciptaan.

Manusia, sejauhmana pun ia pergi, fitrahnya jika tidak rosak, akan sentiasa mencari-cari ruang dan pintu bagi meniti jalan pulang.

Fitrahnya perlu dinyalakan semula, bagi cahaya yang sebelum ini mungkin malap akan kembali bersinar dan menyuluh jalan dengan lebih jelas dan terang.

Atas dasar itu, hikmah dan kebijaksanaan dalam menyampaikan pesanan adalah salah satu kunci utama dalam nubuwwah dan risalah.

Ada sebahagian umat yang diketuk dengan hujjah logika akal, ada yang pula digunakan kaedah tafakkur dan memerhati alam, ada pula menggunakan perasaan dan kesusasteraan, dan ada pula yang menggunakan hujjah bagi membangkitkan fitrah.

Kesemua ini hanya bertujuan untuk mengembalikan manusia melalui pintu-pintu pelbagai menuju kepada Tuhan.

Demikianlah, kerja para anbiya' AS, mereka melaksanakan tanggungjawab risalah dan nubuwwah sepenuhnya.

Suatu hari saya ditanya oleh seorang teman :

Bagaimana para anbiya' AS boleh begitu sekali hebat berdakwah melalui pelbagai wasilah dan cara ?

Saya cuba menjawab :

Mereka sedang melaksanakan tugasan yang disuruh Tuhan, jadi mereka perlu berfikir cara Tuhan mengurus dan mentadbir serta memberi hidayah.

Tuhan apabila mencipta, mencipta dengan teliti, menunjuk jalan hidayah dengan pelbagai sudut dan bentuk, menegakkan hujjah dengan pelbagai cara dan memberi peluang yang banyak agar manusia memilih untuk hidup bertuhan.

Atas sebab itu, mereka sering membayangkan diri mereka sebagai 'wakil Tuhan' yang menjalankan pentadbiran Tuhan di atas muka bumi ini.

Ya, mereka mengambil Tuhan sebagai 'pedoman utama' dalam menyampaikan seruan dakwah dan risalah menyeru manusia kepada Allah.

Demikianlah saranan Nabi SAW apabila ditanya mengenai ibadah Sa'ie antara Safa dan Marwa, yang mana patut dimulakan?

Lalu Nabi SAW menjawab : Mulakanlah dengan apa yang Allah mulakan. (Ini kerana di dalam surah Al-Baqarah ayat 158, ada menyebut : Sesungguhnya Safa dan Marwa adalah sebahagian daripada syiar agama Allah)

Oleh itu, sebagai pengikut dan pewaris para anbiya' AS, seseorang itu seharusnya menghimpunkan pedoman terhadap keseluruhan Asma'ul Husna, di samping mengikut sunnah baginda AS, bagi menjalankan tugasan yang telah Allah SWT pertanggungjawabkan, agar setiap tindakan lebih menepati apa yang Allah SWT kehendaki.

Setiap daripada kita akhirnya akan bertemu Tuhan secara sendirian.

Oleh itu, binalah keserasian dari awal, agar pertemuan akhir adalah pertemuan kekasih dengan Kekasih, bukan pertemuan orang asing yang pergi menghadap bertemu Yang Maha Agung.

Wallahua'lam bissawaab.
Apa pandangan ustaz terhadap generasi remaja hari ini yang menggemari dan mengidolakan K-Pop ?

Perbahasan hukum agama sudah jelas. Saya hanya mahu sebut satu kaedah kewujudan, iaitu :

Real men like real women. Real women like real men.

Yang suka benda-benda 'fake' ini hakikatnya dirinya juga adalah 'fake', atau dipenuhi benda-benda 'fake'.

Jika kita betulkan diri kita menjadi manusia 'real' yang sejati, kita akan mudah memilih pilihan yang 'real', 'genuine', dan 'sejati' berbanding perkara luaran yang menipu, mempesona dan sementara.

Pokok pangkalnya adalah pada orang yang memilih, bukan apa yang dipilih.

Betul orangnya, betullah pilihannya. Dan begitulah keadaan semua pilihan-pilihan manusia.

Wallahua'lam bissawaab.
Kalimah Allah, hanya besar di sisi yang membesarkan-Nya.

Dipermainkan oleh yang suka memperolokkan-Nya.

Dipergunakan oleh orang yang suka pergunakan agama-Nya.

Besarnya isu ini, bergantung kepada besarnya kalimah ini dalam jiwa manusia.
Kuliah Maghrib malam ini, sambungan pengajian kitab Minhajul Abidin karangan Imam Al-Ghazali.

Topik utama sekitar 'hentian-hentian dalam perjalanan menuju Allah' di mana Al-Ghazali membayangkan secara ringkas isi utama kitab ini dalam perjalanan hati dan hentian yang perlu dilaluinya iaitu seumpama ilmu, taubat, cubaan dan cabaran serta seumpamanya.

InsyaAllah saya akan buat LIVE di facebook sebagai manfaat umum.

Wallahua'lam bissawaab.
Isu penetapan bin/binti adalah keperluan mengikut siyasah syar'iyah dan uruf setempat

Baru-baru ini saya ditemuramah secara maya oleh seorang wartawan daripada The Merdeka Times mengenai isu ini. Jika ada siaran berita daripada portal berikut yang mengundang kesalahfahaman kerana konteksnya atau kerana pendeknya berita tersebut, berikut saya berikan sepenuhnya teks temuramah agar kita menilai dengan baik :

Soalan pertama :

Ustaz, baru-baru ini tular trend membuang bin atau binti dalam surat beranak kelompok Melayu-Islam kerana ia didakwa tiada keperluan dan sekadar merumitkan khususnya apabila bekerja di luar negara.

Apakah pandangan Islam dalam perkara ini? Adakah ia dibenarkan?

Jawapan saya :

Islam memberikan kuasa kepada pemerintah utk mengurus perihal kenegaraan bagi perkara2 yg tiada nas khusus terhadap kewajipannya, tidak berlanggar dengan prinsip syarak dan ada keperluan kepada perkara itu.

Ketetapan pemerintah terhadap isu bin/binti adalah demi menjaga kepentingan yang lebih besar seperti isu nasab, faraid, jantina serta status agama seseorang.

Jika ada pihak yg mendakwa ia menyusahkan, ia perlu ditimbang dgn maslahat yang dikira dalam isu penetapan bin/binti.

Oleh itu, menganggapnya sbg menyusahkan perlu diperhalusi dan dilihat baik buruk oleh pihak berautoriti bagi menentukan kesesuaiannya, bukan dengan dakwaan seorang dua.

Soalan kedua :

2. Mengapa bin atau binti disertakan dalam nama individu Islam?

((Pada 2017, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memaklumkan penggunaan bin/binti bagi mereka beragama Islam adalah sangat penting kerana ia dapat menentukan nasab (kebapaan) anak-anak itu, yang akan memberi kesan kepada perkara berkaitan mahram (kerabat haram dinikahi), harta pusaka, wali dan undang-undang lain yang berkaitan))

Jawapan saya :

Tujuan bin dan binti disertakan demi kepentingan-kepentingan itu, dan ia juga berbalik kepada uruf setempat, khususnya negara berbilng agama dan bangsa, yg meletakkan agama Islam sbg agama negara.

Perbezaan agama perlu dinyatakan dgn jelas bagi memastikan setiap umat Islam mendapat hak yg sepatutnya. Antara tujuan syariah juga adalah menzahirkan perbezaan antara muslim dan non-Muslim.

Syarak juga memberikan hak kpd uruf/adat masyarakat bagi menentukan apa yg terbaik utk mereka, dlm rangka yg tidak melanggar disiplin dan kaedah syarak.

Soalan ketiga :

Apakah kesan pada masa akan datang sekiranya masyarakat Islam terus mengikuti trend ini?

Jawapan saya :

Kesan jika terikut trend;

Yg pertama : Masyarakat akan mudah terikut dgn perkara yg viral, berbanding perkara yg betul.

Yg kedua, nilai uruf dan adat setempat akan dihilangkan dan digantikan dgn nilai 'antarabangsa' yg menghilangkan 'gap' antara bangsa dan agama.

Yg ketiga, keteraturan dan kestabilan prosedur yg dinikmati selama ini akan mudah dicabar, diganggugugat, dan dipermainkan, jika pihak autoriti melayan perkara demikian dgn mudah.

Soalan keempat :

Pandangan ustaz apabila ada yang menyifatkan tidak meletakkan bin atau binti akan menimbulkan kekeliruan terhadap taraf anak itu yang dianggap anak luar nikah?

Jawapan saya :

Saya setuju pandangan ini, kerana antara tujuan agama juga adalah mengelakkan masyarakat bersyak wasangka sesama lain.

Jika dilihat kpd peraturan sedia ada, memang ada peruntukan utk mana2 ibubapa yg tidak mahu meletakkan bin/binti kpd nama anak mereka, namun ia perlu dimohon dan dipertimbangkan kesesuaiannya.

Peraturan ini sudah ada, dan bagi saya ia memadai. Tidak perlu diubah keadaan sedia ada semata2 permintaan setengah pihak, sedangkan kepentingan yg dijaga lebih besar perkiraannya

Soalan kelima :

Ustaz maaf mohon sedikit penjelasan, untuk paragraph pertama adakah ia bermaksud tiada nas mewajibkan penggunaan bin atau binti bagi golongan Muslim?

dari pandang Al-Quran dan Hadis adakah terdapat galakan untuk menggunakannya bagi muslim?

Jawapan saya :
Tiada nas mewajibkan penggunaannya. Pemakaian bin dan binti adalah mengikuti uruf pemakaian nama org Arab yg digunakan bin-binti. Contohnya : Umar Ibn Al-Khattab, Uthman bin Affan dan seumpamanya.

Pandangan Al-Quran dan hadis lebih kepada menyeru dengan nasab ayahnya yakni mensabitkan nasab, tidak mempermainkan nama ayah/ibu, dan seumpamanya.

Wartawan : Baik ustaz terima kasih atas pencerahan.

-----
Dengan ini saya kira jelaslah pandangan saya dalam isu ini, bahawa walaupun tiada nas yang mewajibkan secara sareh, tetapi siasah syar'iyah menuntut penggunaannya secara jelas.

Wallahua'lam bissawaab.

Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
2024/11/17 03:35:47
Back to Top
HTML Embed Code: