Telegram Web Link
Isu Penetapan Bin/Binti Adalah Keperluan Mengikut Siyasah Syar'iyah Dan Uruf Setempat

Dikatakan, pada 2017, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memaklumkan penggunaan bin/binti bagi mereka beragama Islam adalah sangat penting kerana ia dapat menentukan nasab (kebapaan) anak-anak itu, yang akan memberi kesan kepada perkara berkaitan mahram (kerabat haram dinikahi), harta pusaka, wali dan undang-undang lain yang berkaitan.

Tujuan bin dan binti disertakan demi kepentingan-kepentingan itu, dan ia juga berbalik kepada uruf setempat, khususnya negara berbilng agama dan bangsa, yang meletakkan agama Islam sebagai agama negara.

Perbezaan agama perlu dinyatakan dgn jelas bagi memastikan setiap umat Islam mendapat hak yang sepatutnya. Antara tujuan syariah juga adalah menzahirkan perbezaan antara muslim dan non-Muslim.

Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa
Setiausaha Agung Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Jemput baca artikel selanjutnya pada pautan di bawah ๐Ÿ‘‡
https://muis.org.my/2023/06/isu-penetapan-bin-binti-adalah-keperluan-mengikut-siyasah-syariyah-dan-uruf-setempat/
--------------------------------------------
Ikuti
telegram MUIS : https://www.tg-me.com/kalamsalafussoleh
FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0

#isupenetapanbin
#majlisulamaisma
"Sekiranya kita mula meletakkan baik dan buruk di luar perkiraan syarak, yakni kita meyakini bahawa perkara-perkara yang haram juga boleh membawa keuntungan dan kebaikan, maka ia boleh menjejaskan akidah kita kerana kita seolah menyatakan apa yang Allah haramkan ke atas manusia adalah baik untuk manusia. Ia membawa konotasi bahawa Allah telah berlaku zalim dan meletakkan suatu bukan pada tempatnya.

Perihal dunia hari ini yang sarat dengan kecelaruan kefahaman agama sangat memerlukan kepada satu penegasan yang jelas terhadap konsep halal dan haram, serta segala saranan dan polisi negara sepatutnya menjurus kepada perkara yang sama. Umat sepatutnya dijelaskan bahawa setiap larangan khususnya jika arus songsang itu dijadikan normal dan dibiarkan, ia memberikan kesan yang sangat besar kepada komuniti dan masyarakat serta identiti negara itu sendiri. Kerosakan itu bukan sahaja melibatkan moral dan identiti, tetapi ia hakikatnya membawa kepada ancaman terhadap kedaulatan dan identiti kenegaraan itu sendiri.."

Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa
Setiausaha Agung MUIS

Jemput baca artikel selanjutnya pada pautan dibawah ๐Ÿ‘‡
https://muis.org.my/2023/06/mendambakan-keuntungan-daripada-sumber-yang-haram-boleh-menjejaskan-akidah/
--------------------------------------------
Ikuti
telegram MUIS : https://www.tg-me.com/kalamsalafussoleh
FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0

#jarumliberal
#clodplay
#majlisulamaisma
Makna itu tidak mampu ditampilkan dengan lafaz sepenuhnya

Bilangan makna lebih besar berjuta kali ganda daripada bilangan lafaz. Makna yang tersembunyi mustahil dijelmakan secara hakiki secara seratus peratus dengan lafaz yang zahir, walau dibawa beribu jenis dan bentuk lafaz.

Kefahaman makna daripada lafaz bergantung kepada sejauhmana seseorang itu boleh menanggapi dimensi lafaz yang sangat terhad untuk digandingkan dengan dimensi makna yang lebih luas.

Atas asas perbezaan kefahaman itu, mereka berselisih pandangan dalam menanggapi lafaz, pada pelbagai peringkat.

Setiap peringkat mempunyai set kefahaman yang tersendiri dalam menanggapi dimensi makna, begitu juga dimensi lafaz yang menggarapnya.

Asas utama dalam menanggapi peringkat itu adalah tiada percanggahan antara setiap peringkat dengan peringkat yang berikutnya, bahkan ia hanyalah ibarat singkapan hijab bagi peringkat kefahaman seterusnya.

Dalam menanggapi sifat Allah SWT yang dikhabatkan, beriman dengan khabar itu wajib kerana ia adalah wahyu, namun kefahaman terhadapnya itu yang perlukan disiplin tertentu agar tidak tersilap atau tersalah hingga membawa kepada penyerupaan makhluk (tasybih) atau penafian khabar (ta'thil).

Demikian itulah yang menjadikan para ulamak menetapkan kaedah yang membuang sebarang prasangka buruk terhadap kefahaman nas-nas berkenaan sifat-sifat Allah SWT yang dilafazkan secara serupa dengan sifat makhluk.

Kaedah yang pelbagai ditetapkan bagi menapis sebarang syak dan waham yang fasid terhadap kesempurnaan Allah SWT.

Ada yang menetapkan dengan tafwidh (menyerahkan makna kepada Tuhan), ia adalah jalan yang lebih selamat (aslam). Ada pula yang menggunakan pendekatan takwil yakni menetapkan satu makna yang tidak bercanggah dengan sifat wajib Tuhan iaitu tidak menyerupai makhluk, dan ia adalah jalan yang lebih kemas (ahkam) dan lebih mudah difahami (a'qal), ini seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Subki dalam kitab Jam'ul Jawami'.

Hakikatnya kedua-duanya sedang mensabitkan kesempurnaan, namun menggunakan kaedah yang berbeza, bagi memastikan kefahaman umat terhadap nas dan sifat Allah SWT itu selamat dari sebarang kecacatan dan syak wa sangka yang fasid.

Itulah yang dikatakan oleh Abu Al-Hasan Al-Asy'ari bahawa khilaf ulamak dalam furuk akidah adalah khilaf dalam pengibaratan sahaja, bukan khilaf dalam hakikatnya.

ุฎู„ุงู ููŠ ุงู„ุนุจุงุฑุงุช ูˆู„ูŠุณ ููŠ ุงู„ุงุนุชุจุงุฑุงุช

Wallahua'lam bissawaab.

ูˆู„ูˆ ุฃู†ู…ุง ููŠ ุงู„ุฃุฑุถ ู…ู† ุดุฌุฑุฉ ุฃู‚ู„ุงู… ูˆุงู„ุจุญุฑ ูŠู…ุฏู‡ ู…ู† ุจุนุฏู‡ ุณุจุนุฉ ุฃุจุญุฑ ู…ุง ู†ูุฏุช ูƒู„ู…ุงุช ุงู„ู„ู‡- ุณูˆุฑุฉ ู„ู‚ู…ุงู†

Sekian.
MYQURANTIME 2.0

InsyaAllah saya akan bersiaran di rancangan MyQuranTime 2.0 pada hari ini, jam 12 tengahari di TV9, serta Facebook & Youtube MyQuranTime.

Dijemput tonton bagi siapa yang berkelapangan.

Wassalam wbt.
Kuliah Maghrib : Minhajul Abidin Siri ke-7

InsyaAllah malam ini selepas Maghrib saya akan menyampaikan kuliah Maghrib dengan kitab Minhajul Abidin, karangan Imam Al-Ghazali RHM, bertempat di Surau Ar-Rahmaniah, Taman Harmoni, Kajang.

Tajuk malam ini bermula pada tajuk pertama selepas Mukadimah, iaitu 'Aqabah Ilmu' sebagai satu stesen pertama dalam jalan menuju Allah SWT.

InsyaAllah akan ada siaran LIVE di facebook bagi meluaskan manfaat dan capaian.

Wallahua'lam bissawaab.
Kes Iki Putra, Nik Elin Zurina Sebagai Ancaman Terhadap Identiti Negara

Ikuti temubual saya di TV Pertiwi mengenai kes-kes pencabaran terhadap keabsahan keputusan Mahkamah Syariah dan Enakmen Jenayah Syariah yang dipertikaikan dan dikatakan melanggar Perlembagaan Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=nM1cThpUl1E
Wacana sebagai salah satu jalan menyemarak arus wasatiyah

Selesai menonton serba sedikit, debat yang dianjurkan oleh pihak KUIPS yang menampilkan Ust Salman Ali dan Ust Noor Derus yang berbincang mengenai hadis jariah, hingga membawa kepada perbincangan kalam dan akidah.

Saya kira ini satu usaha yang baik, serta kurang 'intense' dan lebih mencapai tujuan, berbanding debat yang dianjurkan sebelum-sebelum ini.

Komentar saya adalah seperti berikut :

1. Umat Islam perlu dijelaskan mana perkara yang usul yang tiada siapa berbeza padanya, dan manakah pula perkara furuk yang wujud di sana perbezaan yang muktabar, seterusnya perlu dijelaskan apakah pula garis merah yang tidak boleh dilangkaui dalam bidang itu.

2. Perbezaan hanabilah (atau sesetengah menggelarnya ahli hadis) dan asya'irah adalah pada metodologi mereka dalam berinteraksi dengan dalil-dalil yang wujud. Kedua-dua pihak sedang berusaha sebaik mungkin untuk mensucikan Allah SWT daripada sebarang kekurangan, dengan cara dan metodologi masing-masing.

Apabila berbeza metodologi, maka berbezalah hasilnya, walaupun mereka sedang menanggapi satu tujuan dan objektif yang sama. Justeru perbezaan metodologi perlu dikemukakan daripada awal supaya perbincangan tidak membawa kepada perbalahan.

3. Debat yang dilakukan oleh ilmuwan Islam terdahulu mempunyai disiplin tersendiri, yang lebih murni jika dibandingkan dengan format debat yang 'mainstream' pada hari ini. Jika kita teliti ulama dahulu bermunazarah mereka mempunyai format yang sangat terpandu dan objektif. Ini kerana ia bukan setakat nukilan atau penerangan semata-mata, tetapi ia mempunyai langkah yang cukup jelas untuk sampai kepada tertegaknya sesuatu dakwaan.

4. Arus kesederhanaan atau wasatiyah perlu dizahirkan dalam agama, dan arus tatarruf iaitu ekstrem perlu ditentang. Antara cabaran para ilmuwan hari ini adalah mengenalpasti apakah dia titik-titik wasatiyah yang perlu disepakati dan dipegang bersama, agar kesatuan mereka dapat menyemarak kesatuan ummah.

Ilmuwan perlu merungkai apakah dia hakikat bid'ah yang tercela, apakah kemungkaran yang wajib ditegah, adakah warisan tadayyun dan keberagamaan yang wujud dalam tanah air ini berdiri atas landasan yang sahih atau sebaliknya, dan seumpamanya.

Dari atas asas wacana itu, baru para ilmuwan pelbagai pihak boleh menyeru masyarakat untuk maju ke hadapan, bukan hanya berbincang mengenai perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat.

5. Perbincangan ayat-ayat mutasyabihat dan sifat-sifat Allah SWT secara mendalam adalah suatu perbincangan yang khusus untuk ahli yang khusus. Penyebarannya kepada masyarakat awam yang tidak pun mampu berbahasa Arab, dikhuatiri menjadi satu fitnah buat mereka.

Oleh itu saya melihat sejauhmana ia perlu diwujudkan dan diarus perdanakan, ia bergantung kepada kadar mana syubhat itu wujud dalam masyarakat. Rata-rata masyarakat - wallahua'lam - tidak pun berpegang kepada bid'ah-bid'ah akidah yang memerlukan suatu penentangan yang jelas dan perbincangan yang mendalam terhadapnya.

Justeru, arus pembudayaan wacana dalam hal-hal demikian mungkin perlu ditimbang semula agar masyarakat kita dapat dihidupkan dengan perkara yang lebih membina institusi masyarakat itu sendiri.

Perbincangan wacana akidah perlu dilandasi dengan satu agenda 'tauhid amali' yang membuahkan kesatuan, kekuatan ummah, dan menyemarakkan roh jihad, agar pemikiran ummah terpandu dan disalurkan pada saluran yang lebih besar prioritinya.

Wallahua'lam bissawaab
----
Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Setiausaha Agung
Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Saksikan malam ini, Quranic Solution di TV9, sekitar isu rasuah dan perundangan berkaitan dengannya.
Meniti jambatan 'taaruf'

Satu daripada semua, semua adalah satu

Setiap inci di dunia menggambarkan seinci zarah daripada tubuhmu.

Sepertimana ia perkenalkanmu kepada Tuhan, pada setiap inci itu.

Pada setiap inci, ia merupakan sebuah taaruf, pada setiap taaruf, ia merupakan satu jenis nikmat yang wajib disyukuri.

Hidup tanpa Tuhan, adalah hidup tanpa tujuan.

ูˆุขุชุงูƒู… ู…ู† ูƒู„ ู…ุง ุณุฃู„ุชู…ูˆู‡ .. ูˆุฅู† ุชุนุฏูˆุง ู†ุนู…ุช ุงู„ู„ู‡ ู„ุง ุชุญุตูˆู‡ุง .. ุฅู† ุงู„ุฅู†ุณุงู† ู„ุธู„ูˆู… ูƒูุงุฑ
"Dan Dia memberimu tiap kali kamu meminta-Nya, dan sekiranya engkau mahu mengira nikmat Allah sudah pasti engkau tidak akan mampu. Sesungguhnya manusia itu sangatlah zalim dan kufur nikmat" - Surah Ibrahim, ayat 34

Wallahua'lam bissawaab
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
YB yang biadab perlu diajar, ummah perlu keluar daripada kesetiaan politik sementara kepada kesetiaan akidah dan agama

Membiarkan seorang YB non-Muslim pergunakan ayat Al-Quran untuk mendapat sokongan, dan dalam masa yang sama beliau tidak menghormati seorang muslim yang lain (yang boleh dikategorikan tahap ulama) dengan panggilan nama sahaja, adalah suatu kebaculan dan mencairkan serta menghilangkan wala' iaitu kesetiaan kepada ummah Islamiah.

Itulah hakikatnya yang diratibkan oleh YB dan kawan-kawannya ini, dalam merendah-rendahkan dan menghina martabat golongan yang disebut sebagai 'lebai' dan ulama ini.

Hakikatnya ummah perlu disedarkan bahawa ikatan persaudaraan akidah perlu lebih diutamakan berbanding ikatan kepartian yang hanya bersifat sementara dan rapuh.

Walaupun kita mungkin sesama umat Islam mempunyai kekhilafan dan ketidaksetujuan dalam perkara tertentu, namun apabila kita rela saudara seislam kita dihina dan tidak dihormati oleh pihak non-Muslim, dengan cara itu, itulah petanda bahawa kita sudah hilang kesetiaan dan ukhuwwah antara saudara seagama kita, semata-mata menjaga hubungan kasih sayang dan persahabatan dengan kawan non-Muslim yang bersama dalam hubungan politik.

Inilah salah satu kesan dan kerugian, apabila kita melihat segala-galanya dalam percaturan politik kuasa dan demokrasi, hingga mencairkan kesetiaan dan persaudaraan yang hakiki.

Wallahua'lam bissawaab
Perbincangan mengenai penyertaan larian program bank konvensional

Timbul beberapa permasalahan mutakhir ini mengenai penyertaan dalam larian marathon yang dianjurkan bank konvensional yang melakukan perniagaan berasaskan riba, hingga membawa kepada persoalan hukum hakam.

Saya berpandangan bahawa penyertaan terhadap program seperti itu ibarat menyumbang kepada promosi produk dan syarikat berkenaan, samada secara sedar atau tidak. Hakikatnya itulah 'marketing strategy' yang dilakukan bagi menjadikan produk dan syarikatnya dikenali ramai.

Hukum larian marathon adalah harus, bersesuaian dengan apa-apa aktiviti fizikal yang membawa kepada kesihatan tubuh badan. Namun penyertaan dalam program seperti ini mempunyai satu sudut yang lain iaitu sudut promosi yang disebutkan tadi.

Secara warak, kita sepatutnya tinggalkan perkara yg bersangkut paut dengan perkara haram, lebih-lebih lagi jika tidak ada maslahah yg lebih kuat utk lakukan sedemikian.

Larian marathon bagi saya bukanlah dikira maslahah yang kuat, jika dibandingkan dgn berurusan dengan perkara syubhah apatah lagi jika sabit pengharamannya.

Adakah di sana tujuan dakwah, atau maslahah lain yg boleh dicapai, hingga boleh menyaingi atau lebih kuat daripada mafsadah yang ada dalam institusi yang mengamalkan interaksi riba?

Persoalan yang lain, adakah larian marathon hanya dapat berlaku dgn anjuran pihak itu?

Namun jika ada sesetengah orang yang dah terlibat, maka saya anjurkan untuk lakukan dua perkara :

1. Jabr (tutupi) ketersilapan dengan makruf yang lain, samada promosi syarikat kewangan yang halal, dimiliki muslim, dan seumpamanya, atau bersedekah dengan niat menutupi ketersilapan yang berlaku.

2. Tidak mengiklankan sebarang keterlibatannya dengan program-program itu. Jika teriklankan, maka hendaklah ditarik balik pos-pos berkenaan agar tidak terjerumus dalam sumbangan promosi kepada perkara-perkara itu.

Wallahua'lam bissawaab.
---
Nota : Mengenai promosi tu, secara asasnya dalam Islam, taubat perlu berkadaran dgn jenis kesalahan. Jika kita dah terpromosi syarikt kewangan yg riba', antara kafarahnya adalah tanggungjawab menjelaskan keribaannya, dan ditutupi kesalahan itu dengan mempromosi syarikat kewangan Islam.

Sedekah itu pula adalah jalan alternatif sahaja. Ibarat kafarah bagi org yg tak boleh puasa selama dua bulan berturut-turut, dia boleh bagi makan sebagai sedekah, kepada orang miskin.

Wallahua'lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa
Setiausaha Agung
Majlis Ulama Isma (MUIS)
Jawapan Dato Senator Dr Zulkifli Al-Bakri senada

Alhamdulillah, saya sudah meneliti kandungan terbaru Dato Zulkifli Al-Bakri mengenai ketidak harusan menyertai larian maraton anjuran syarikat yang berasaskan riba.

Saya dapati isi utamanya sama, iaitu hukumnya 'tidak harus' kerana wujudnya 'promosi' terhadap syarikat itu, cuma Dato ada tambah mengenai perbezaan antara yang sengaja dan tidak sengaja dan saranan kepada para asatizah dan ulama untuk tidak memukul rata kesemuanya dalam satu kategori.

Yang sengaja perlu bertaubat, yang tidak sengaja mudah-mudahan diampunkan Allah SWT atas ketersilapan sebelum ini.

Namun perbezaan dengan apa yang saya coretkan sebelum ini, adalah jalan keluar bagi yang tidak sengaja, yang tidak disebutkan.

Suka untuk saya terangkan bahawa, hakikatnya setiap kesilapan kita meninggalkan kesan, samada kesilapan secara sengaja atau tidak.

Jika kesilapan kita dengan sengaja, kesannya adalah dosa batin dan implikasi zahir dan batin yang kita tahu atau kita tak tahu. Maka taubatnya adalah kembali kepada Allah, dan tutupi kesilapan itu dengan makruf yang setimpal, sejauhmana yang kita tahu mampu tutupi kesilapan tersebut.

Jika kesilapan kita itu tanpa sengaja, yakni tanpa niat, maka kesannya adalah 'tiada dosa yang terpikul' kerana setiap dosa memerlukan 'niat yang sengaja' baru dikira berdosa.

Namun kesan buruknya samada zahir atau batin, tetap ada, kerana ia tetap melakukan kesalahan.

Oleh kerana itu disarankan (walau tanpa niat) untuk menutupi kesilapan tersebut dengan makruf yang setimpal, dan apa-apa kebaikan lain serta disarankan juga untuk sentiasa meminta taufiq dan inayah daripada Allah SWT agar tidak terjebak sekali lagi dalam kesalahan-kesalahan tanpa niat ini.

Dalam fiqh, ketersilapan tidak menggugurkan 'ganti rugi'. Yakni kalau kita tersilap buat sesuatu kesalahan contohnya terpecahkan cermin kereta orang, kita tidak berdosa, tetapi kita tetap 'wajib' membayarnya semula. Jika kita tidak bayar, kita pula akan berdosa kerana meninggalkan perkara wajib.

Demikianlah dalam kes-kes kesalahan tanpa sengaja yang berlaku pada banyak keadaan dalam hidup kita.

Atas sebab itulah kita perlu perbanyakkan amalan kebaikan dan kebajikan bagi menutupi ketersilapan kita samada sedar atau tidak.

Tiada prejudis atau hukuman yang diberikan kepada sesiapa yang terlibat. Ruang makruf dan kebaikan sangat luas untuk kita ceburi. Kesilapan dan kesalahan adalah lumrah dalam kehidupan kita, lebih-lebih lagi di akhir zaman yang penuh kekeliruan ini.

Yang memberi pandangan dan saranan hanyalah menjalankan tugas menyampaikan, bukan mengangkat diri sebagai seorang penghukum yang tidak berdosa.

Semoga kita semua mendapat taufiq dan inayah daripada Allah SWT dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini.

Wallahua'lam bissawaab.
----
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Forwarded from Zaid
JEMPUTAN MAJLIS BACAAN KITAB FADHAIL AL-QUDS

As-salamualaikum wbt,

Bersempena dengan misi Jihad mengembalikan tanah Palestin kepada umat Islam dalam operasi Taufan Al-Aqsa, Institut Ulama al-Juwaini dengan sukacita ingin menjemput Tuan/Puan bagi menghadiri majlis bacaan kitab seperti berikut:

Kitab: Fadhilat al-Quds karangan Imam Ibnu Jauzi
Pimpinan: Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa

Tempat: Pejabat IUJ, Bangi Sentral
Tarikh: 11 Oktober 2023 (Siri 1)
Masa: 02.30pm-05.00pm

Semua dijemput hadir, penyertaan adalah percuma.

*Buku disediakan terhad dengan harga RM20 bagi yang berminat.

Terima Kasih
Institut Ulama al-Juwaini
Jiwa yang serasi akan bersama

ุงู„ุฃุฑูˆุงุญ ุฌู†ูˆุฏ ู…ุฌู†ุฏุฉ .. ูู…ุง ุชุนุงุฑู ู…ู†ู‡ุง ุงุฆุชู„ู .. ูˆู…ุง ุชู†ุงูƒุฑ ู…ู†ู‡ุง ุงุฎุชู„ู

Para jiwa (roh) adalah ibarat tentera yang tersusun rapi. Mana-mana yang serasi, akan terhimpun. Mana-mana yang tidak serasi, akan terpisah.

Hadis Nabi SAW, riwayat Aisyah RA, daripada Sahih Bukhari.

Panji jihad perlu diangkat dan dikobarkan, agar roh dan jiwa para pencinta agama bersatu dan membina arus pembebasan Al-Aqsa.

Jika ada yang membenci projek pembebasan itu, lalu mengangkat bendera syak wasangka kepada khalayak ramai untuk meragui perjuangan ini, hakikatnya mereka hanya menghimpunkan para pembenci dan orang yang ragu-ragu bersama mereka.

Walau seribu satu bukti diberikan, mereka tetap dengan sikap ingin menanam prasangka buruk dan prejudis kepada pihak-pihak tertentu yang mereka sifatkan sebagai penunggang agama.

Kesudahannya, ramai orang awam tidak mahu bersama, menarik diri daripada menyokong mana-mana projek ini, dek kerana 'keraguan yang ditanam', lalu semua buat kerja masing-masing mengikut selera dan pendapat sendiri, tiada kolaborasi, tiada kepercayaan, tiada sistematik, tiada pelan jangka panjang, hingga menatijahkan tiada projek pun yang berjaya dijayakan untuk membayar harga sebuah 'pembebasan' yang sebenar.

Umat Islam hidup dalam keraguan, terhadap saudara sesama Islam sendiri, dalam projek membebaskan tanah air umat Islam itu sendiri.

Kesudahan inilah yang cukup disukai oleh para Yahudi dan penjajah. Kerja runcit-runcit, bagi sumbangan secara terus (tanpa perlu melalui orang tengah yang kononnya mengambil komisen yang tinggi) kepada pihak yang dirasakan perlu, mengikut taaruf dan perkenalan peribadi, dan hanya ikut musim-musim keperluan sahaja dan seumpamanya.

Akhirnya kita akan bertanya, kita sebenarnya sedang menguntungkan pihak mana?
Yang sedang berjuang, atau yang sedang menyerang dan menjarah tanah air umat Islam kita itu sendiri.

Wallahua'lam bissawaab.
๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐Š๐ˆ๐“๐€๐ ๐…๐€๐ƒ๐‡๐€๐ˆ๐‹ ๐๐€๐ˆ๐“๐ˆ๐‹ ๐Œ๐€๐๐ƒ๐ˆ๐’ SIRI 2

As-salamualaikum wbt,

Bersempena dengan misi Jihad mengembalikan tanah Palestin kepada umat Islam dalam operasi Taufan Al-Aqsa, Institut Ulama al-Juwaini dengan sukacita ingin menjemput Tuan/Puan bagi menghadiri majlis bacaan kitab seperti berikut:

Kitab: Fadhail Baitil Maqdis karangan Imam Ibnu Jauzi
Pimpinan: Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Tempat: Pejabat IUJ, Bangi Sentral
Tarikh: 18 Oktober 2023 (Siri 2)
Masa: 02.30pm-05.00pm

Semua dijemput hadir, penyertaan adalah percuma.

*Buku disediakan terhad dengan harga RM20 bagi yang berminat.
Sijil diberikan kepada siapa yang mendaftar.

Pendaftaran:
https://forms.gle/GpMTNokzGN6bsfME7

Terima Kasih
Institut Ulama al-Juwaini
Biarpun ada pihak yang pertikai dan tidak kurang juga menuduh dengan pelbagai tuduhan tidak berasas, Aman Palestin tidak berhenti daripada terus berusaha menyampaikan sumbangan kepada warga Palestin.

Biarlah amal dan projek mereka yang berkata-kata. Sumbangan pertama sejak awal peperangan 7 Oktober, berjumlah 470k ringgit sudah diberikan kepada mangsa keganasan pihak rejim Israel.
2024/11/17 01:15:05
Back to Top
HTML Embed Code: