Forwarded from Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
Selamat menghidupkan malam 27 Ramadan. Semoga Allah mengurniakan kita ganjaran menghidupkan Lailatul Qadr.
Tahajjud Khatam malam 27 Ramadan
InsyaAllah bagi yang berminat, saya akan memimpin solat tahajjud bagi mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran (bacaan peribadi) di Surau Ar-Rahmaniah, Bandar Teknologi Kajang, pada malam ini.
Solat tahajjud akan bermula dengan izin Allah pada jam 2 pagi dan dijadualkan berakhir pada jam 5 pagi. Bacaan sekitar 2 juzuk ke 3 juzuk.
Sahur hanya terhad untuk 30 orang.
Jemput bersama menghidupkan malam ini, paling kurang setahun sekali.
Wallahua'lam bissawaab.

Ramadan sudah berlalu, namun Al-Quran masih di sisi
Penggandaan amalan di bulan Ramadan bukan kerana bulan itu namanya Ramadan, tetapi kerana turunnya Al-Quran (kalamullah) pada bulan itu.
Justeru kemuliaan Ramadan bukan kerana namanya Ramadan, tetapi kerana wujudnya unsur yang bersangkutan dengan Al-Quran padanya.
Ramadan telah berlalu, moga ia berlalu dengan penghapusan dosa-dosa kita. Namun Al-Quran yang merupakan ibu kepada segala keberkatan, kemuliaan dan ketinggian sentiasa berada di sisi kita.
Marilah kita mengorak langkah membina jiwa dan kehidupan dengan nafas dan laras Al-Quran, agar kita benar-benar menghayati erti dan makna Ramadan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Moga Allah menjadikan kita Al-Quran yang berjalan di atas muka bumi ini.
Wassalam wbt
Saudaramu,
Syamil Esa

Duit raya : Adat, hadiah dan pertimbangan syariah
Duit raya sebagai adat dan hadiah, perlu diteliti hikmahnya dan maslahatnya, serta perlu dipastikan ia tidak membawa masalah lain
Timbul baru-baru ini isu kedudukan duit raya yang kita amalkan dalam adat setempat di Malaysia khususnya. Sejauhmana relevannya dalam situasi kita?
1. Saya berpandangan duit raya ini sebagai satu gambaran perkongsian kegembiraan, serta membahagiakan orang lain (terutama kanak-kanak dan sanak keluarga atau golongan yang tua) yang merupakan salah satu aplikasi amalan yang afdhal dilakukan seperti dalam hadis Nabi SAW (Hadis Hasan, Riwayat At-Tabrani)
Hari Raya adalah hari kegembiraan, makan dan minum serta hari untuk berbahagia. Adat di Malaysia seperti duit raya, mengunjungi rumah ke rumah dan ziarah sanak saudara, adalah termasuk dalam kategori penzahiran kegembiraan di samping menghubungkan silaturahim sesama keluarga.
Namun dalam meneliti adat ini, hukum asalnya bergantung kepada matlamat dan hikmah yang ingin dicapai.
Selagi ia tidak memberatkan, menyusahkan, dan benar-benar mencapai maslahat yang diniatkan, maka ia boleh dimasukkan dalam kategori adat yang digalakkan.
2. Duit raya tidak sesuai dianggap sedekah kerana ia merendahkan martabat orang yang menerimanya.
Saya lebih cenderung untuk menganggap duit raya sebagai hadiah kepada penerima, samada ia kepada kanak-kanak atau orang tua. Kanak-kanak sebagai tanda hadiah kejayaan mereka menempuh bulan Ramadan, adapun untuk orang tua pula sebagai hadiah penghargaan dan tanda ingatan kepada mereka atas sumbangan dan pengorbanan mereka selama ini dalam memacu bahtera kehidupan.
Jika duit raya dianggap sebagai sedekah, mengikut piawaian syariah, sedekah hanya layak kepada 8 asnaf yang dinyatakan dalam Al-Quran. Jadi kanak-kanak yang menerima itu boleh jadi tidak termasuk dalam piawaian asnaf itu, dalam masa yang sama kita telah meletakkan status penerima itu dalam status penerima sedekah. Sedangkan si bapa kepada anak itu pula memberikan duit raya kepada anak-anak kita.
Oleh itu, meletakkan niat sebagai hadiah itu lebih murni, menjaga hati dan perasaan orang lain, serta menggalakkan budaya berkongsi kegembiraan di dalam suasana hari raya. Ia juga bersesuaian dengan saranan Rasulullah SAW bahawa : "Tahaadu tahaabbu" iaitu "Salinglah memberi hadiah, agar kamu saling berkasih sayang".
3. Dalam menjalani adat dan budaya Melayu ini, tidak sepatutnya pula kita melangkaui garis syariat yang telah ditetapkan. Termasuklah di dalamnya menjaga air muka orang lain, dan tidak pula mewajibkan perkara-perkara harus atau sunat.
Jadi walaupun kita nyatakan ia digalakkan, tetapi ia perlu ditanggapi dalam suasana harmoni, tidak memberat-beratkan dan tidak bawa kepada masalah yang lain. Jika ia memberatkan, dan menyusahkan, maka ia menghilangkan tujuan hari raya itu sendiri iaitu bergembira dan berbahagia.
Justeru anak-anak perlu diajar untuk tidak meminta-minta kerana dikhuatiri akan menjatuhkan air muka orang lain, dan tidak pula membanding-bandingkan duit raya yang diterima daripada pihak-pihak yang lain.
Anak-anak perlu diajar untuk menerima hadiah seadanya, dan perlu difahamkan bahawa hari raya adalah hari untuk bersama menyambut kegembiraan, makan dan minum, menghubungkan silaturrahim dan bukanlah hari untuk mengumpul duit semata-mata.

Neraca wilayah (kewalian) yang hakiki dengan pertimbangan syarak
Tular pula isu siapa wali Allah dan apakah pula petandanya serta tidak pula menghukum seseorang berdasarkan perbuatan zahirnya.
Saya cuma ingin kongsi beberapa poin :
1. Syariat adalah pemberat utama dalam menilai status manusia. Hanya dengannya diketahui status sebenar seseorang. Al-Imam Al-Izz Ibnu Abd Salam RHM (meninggal 660H) menyebut :
"Syarak adalah penimbang yang menimbang (nilai) manusia, hanya dengannyalah diketahui nilai untung rugi yang sebenar.
Barangsiapa yang berat pertimbangan syarak padanya, maka dia adalah daripada kalangan para wali Allah. Kadar berat itu pula berbeza-beza mengikut tahapan masing-masing.
Barangsiapa yang ringan pertimbangan syarak padanya, maka mereka adalah golongan yang rugi. Kadar ringannya timbangan itu pula berbeza mengikut tahapan masing-masing" - Qawaid Al-Ahkam (2/229-230)
2. Agama tidak pernah mengasingkan antara syariat, akidah dan tasawwuf dalam beramal. Ia hanya diasingkan pada sudut topik perbincangan sahaja. Akidah berbicara mengenai keyakinan, syariat berbicara mengenai perbuatan luaran, dan tasawwuf berkenaan akhlak dan perjalanan hati (perbuatan dalaman).
Adapun dalam beramal, kesemuanya adalah kesepaduan dan setiap satu menjadi rukun kepada yang lain bagi membentuk 'insan kamil' dengan keberagamaan yang sempurna.
Hilangnya salah satu, akan mencarik kesempurnaan beragama pada manusia hingga dikhuatiri boleh sampai ke tahap digolongkan dalam golongan ahli bid'ah, zindiq, ajaran sesat, atau pelaku maksiat.
3. Dengan definisi wali Allah seperti di atas, tidak timbul isu siapa wali atau siapa tidak, yang timbul adalah siapa yang berpegang dengan syariat itulah yang patut diikuti, yang menolaknya pula yang wajar ditolak.
Atas sebab itu juga, 'karamah' (perkara yang berlaku berlawanan dengan adat) yang sekiranya dizahirkan oleh Allah SWT kepada aulia-Nya, ia tidaklah menjadi kegilaan orang atau punca kepercayaan kepada seseorang.
Ini kerana kayu ukur dan pertimbangan dalam iqtida' (mengikut dan meneladani) seseorang adalah pada 'istiqamah' iaitu tetap berada di atas jalan lurus, jalan syariat, dan jalan Nabi SAW, bukanlah pada 'karamah' yang dizahirkan.
Ibnu Atha'illah RHM menyebut dalam Al-Hikam : "Boleh jadi seseorang itu dikurniakan karamah, dalam masa yang sama istiqamahnya belum lagi sempurna".
Atas sebab itu ulamak menyebut bahawa seseorang mukmin yang benar imannya, akan meminta pada Allah SWT untuk mendapat istiqamah, bukan pula meminta-minta karamah (seperti berjalan atas air, terbang di langit dan seumpamanya).
Moga kita dipandu Allah SWT dalam meniti jalan-jalan istiqamah hingga bertemu-Nya.
Wallahua'lam bissawaab.
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa

Telegram
Ustaz Syamil Esa
Perkongsian beberapa makna kehidupan dan pengalaman dalam mendalami erti fikrah, tarbiah dan harakah.
@syamilesa
@syamilesa
Selamat Hari Guru/Murabbi kepada semua yang pernah mengajarku walau sepatah perkataan, secebis akhlak, dan sekelumit ilmu.
Maafkan diri ini atas kecuaian dalam membalas jasamu, atau mengenang dan menyebut namamu. Sebaik-baik ganjaran hanyalah daripada Allah SWT. Moga Allah mengganjarimu dengan sebaik-baik balasan.
Kata Imam Asy-Syafie RHM :
الحر من راعى وداد لحظة أو انتمى لمن أفاده لفظة
"Orang yang merdeka itu ; adalah yang menghargai detik kemesraan walau sesaat, dan setia kepada yang mengajarnya walau sepatah perkataan"
Moga Allah jadikan kita di kalangan orang yang merdeka.

"Sesungguhnya aku hanyalah pemberi agihan, Allah jualah yang memberi"
Sempena hari guru, saya juga ingin berkongsi perspektif yang saya sendiri pegang sebagai seorang guru.
Saya sentiasa menjadikan hadis Rasulullah SAW di atas sebagai pegangan. Tiadalah apa yang perlu dibanggakan, diungkit, atau ditunjukkan, kerana hakikatnya semua ilmu, tunjuk ajar, motivasi, renungan dan seumpamanya, hanyalah daripada Allah SWT semata-mata.
Hadis Rasulullah SAW :
إنما أنا القاسم والله يعطي
"Sesungguhnya aku hanyalah pengagih agihan bahagian (ilmu yang Allah ajarkan), Allah jualah yang memberi"
Demikian perspektif yang sentiasa saya cuba pegang agar tidak timbul sekelumit rasa berhutang (bukan terhutang) budi kepada orang lain, anak murid, anak buah dan seumpamanya.
Hakikatnya guru atau murid hanyalah watak yang Allah berikan kepada kita untuk menguji kita di dunia ini. Ada masa kita jadi guru, ada masa kita jadi murid. Yang kekal itu adalah ujian, yang kekal itu jua adalah amalan yang kita bawa.
Hadiah, kenangan, penghargaan, kesemua itu adalah hiasan dunia yang akan telan di telan masa, yang akan kekal adalah diri kita, amalan kita, dan hati yang kita bawa bertemu-Nya.
Justeru wahai para guru, kekalkanlah tawajjuh agar kita sentiasa dipilih Allah untuk membawa manusia menuju-Nya.

Tanpa hisab, tanpa kira-kira, tanpa syarat
Begitulah Dia, semahu-Nya, seada-Nya.
Kemestian begini dan begitu untuk capai ini dan itu hanyalah asbab musabab yang perlu dan mesti dibuat, di dimensi dan medan ubudiyah bagi membuktikan taabbud dan perhambaan.
Namun keyakinan dan iktikad kita tidak seharusnya meletakkan Tuhan, ilmu-Nya dan kemuliaan-Nya di dalam kerangka logika akal kita sendiri yang jahil dan serba kekurangan ini.
Fahami dua dimensi ini dahulu, akan terbuka pintu-pintu kefahaman yang lain dalam perjalanan menuju Tuhan.
Allahummahdini fii man hadayt.

Nukilan daripada guru tanpa sebarang kritikan menunjukkan kita bersetuju dengan nukilan tersebut
Saya meragui penarikan kenyataan seorang ustaz yang menarik kembali kenyataannya mengenai reinkarnasi yang dikatakan diambil daripada tok gurunya.
Ustaz itu perlu ditanya adakah beliau bersetuju dengan pandangan itu ataupun tidak?
Ini kerana nukilan beliau sebelum ini menunjukkan itulah pegangannya, kerana beliau tidak pula mengulas atau mengkritik nukilan tersebut.
Jika beliau bersetuju, ada tindakan serius yang perlu diambil kerana kekeliruan yang nyata dan menyalahi akidah ahli sunnah wal jamaah.
Jika tidak bersetuju, beliau perlu menjelaskan bahawa itu adalah kefahaman yang salah, menjejaskan akidah, walaupun beliau telah menarik balik kenyataan tersebut.
Buat para asatizah dan agamawan, mari kita bersama-sama berhati-hati dalam menyampaikan agama, berpeganglah pada perkara yang jelas dan muhkamat (tiada pertelingkahan padanya), dan jauhkan masyarakat daripada perkara yang samar-samar, tiada asas apatah lagi cerita dan fakta yang penuh dengan kekarutan dan kepalsuan.

Forwarded from Yayasan Maghfirah (YM)
‼️“KENAPA ORANG LAIN OK JE HIDUP DIA? AKU JE TAK OK!”
“KENAPA REZEKI AKU SELALU TAK CUKUP?”
👤Temui jawapan persoalan anda daripada Al-Fadhil Ustaz Syamil Esa, setiap hari bermula esok, 12 Jun 2022.
Dalam segmen baharu “Kenapa Dan Kenapa?”, dibawakan khas oleh Yayasan Maghfirah dan Majlis Ulama ISMA.
📱Di mana?
Hanya di saluran Tiktok Yayasan Maghfirah: www.tiktok.com/@yayasanmaghfirah1
Ikuti telegram YM: www.tg-me.com/YayasanMaghfirah
#KenapaDanKenapa
#UstazSyamil
#WadahDakwahAnda

Budaya itu berakar umbikan sebuah kepercayaan
Jangan terlalu cepat meraikan apa-apa bentuk pesta kebudayaan sebelum memahami makna di sebalik pesta dan acara itu.
Setiap pesta mempunyai maksud, makna dan tujuan. Mustahil tiba-tiba manusia nak meraikan sesuatu tanpa apa-apa sempena.
Dalam agama, segala perkara adat itu dilihat hukumnya berdasarkan makna dan tujuannya. Jika tujuannya baik, maka hukumnya baik dan harus bahkan sesetengah keadaan digalakkan.
Jika tujuannya rosak dan haram, maka menyertainya juga terpalit hukum yang sama.
Ini dilihat dengan kaedah syarak yang menyatakan :
"Hukum asal bagi sesebuah perkara ibadat adalah taabbud tanpa melihat kepada hikmah dan tujuan, dan hukum asal bagi sesebuah perkara adat (selain ibadah) bergantung kepada hikmah, tujuan dan makna"
Jika makna dan tujuan sesuatu upacara dan adat itu hilang, maka adat itu boleh menghampiri menjadi sebuah ibadat, lalu menghampiri khurafat, bid'ah dan kekufuran, bergantung kepada asal usul sesebuah perayaan dan sambutan.

LIVE 'Di Sebalik Ruang dan Masa' malam ini
InsyaAllah malam ini akan disiarkan secara langsung segmen 'Kenapa dan Kenapa' anjuran Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Majlis Ulama ISMA (MUIS) di Facebook dan Tiktok Yayasan Maghfirah.
Tajuk LIVE malam ini adalah 'Makna Di Sebalik Ruang dan Masa' yang membicarakan persoalan asasi sebuah keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan, keyakinan kepada tadbir dan hikmah yang Tuhan tetapkan dan persoalan semasa yang biasa berlegar dalam pemikiran kita. Ia adalah suatu pembentangan idea yang khusus dalam membina dan menyemai benih kerohanian dalam diri seorang hamba, untuk terus hidup dalam penuh kesedaran, dan menyedari kewujudan Tuhan.
Jam 8 malam ini, temui saya di facebook dan tiktok Yayasan Maghfirah.
Wassalam.

KENAPA KITA KEDEKUT!?
Dengarkan daripada Ustaz Syamil Esa dalam “Kenapa dan Kenapa?”
https://vt.tiktok.com/ZSdWB9GKs/?k=1

TikTok
YM - Yayasan Maghfirah on TikTok
"KEDEKUT!" "BAKHIL!" Macam mana nak setel? #fyp #fypシ゚viral #kenapadankenapa🥴🥴 #UstazSyamilEsa #WadahDakwahAnda
Kembali sekali lagi dengan result SPM
Segala yang telah ditetapkan Allah SWT adalah yang terbaik untuk anda, ibubapa, keluarga, masyarakat, dan negara. Tidak mungkin berlaku lebih baik daripada itu, samada kita faham atau pun tidak.
Jika perlu menangis kegembiraan atau kesedihan, jangan segan. Jika perlukan masa berseorangan, ambil sedikit masa, yang afdhalnya di rumah Allah. Jika perlu sokongan, carilah sokongan yang sesuai.
Yang penting, yakini perkara ini, jangan terikat dengan siling yang ditetapkan diri sendiri, tetapi hiduplah dengan penuh harapan di bawah siling kehebatan aturan Tuhan, yang menyimpan sejuta rahsia dan keajaiban.
Berilah masa untuk cuba fahami betul-betul, dan teruskan melangkah, melakar, belajar dan berjuang untuk fasa seterusnya.
Manusia itu, dinilai di sisi Allah pada amalannya, zahir dan batin.
Wallahua'lam bissawab.
---
Ikuti catatan saya di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Segala yang telah ditetapkan Allah SWT adalah yang terbaik untuk anda, ibubapa, keluarga, masyarakat, dan negara. Tidak mungkin berlaku lebih baik daripada itu, samada kita faham atau pun tidak.
Jika perlu menangis kegembiraan atau kesedihan, jangan segan. Jika perlukan masa berseorangan, ambil sedikit masa, yang afdhalnya di rumah Allah. Jika perlu sokongan, carilah sokongan yang sesuai.
Yang penting, yakini perkara ini, jangan terikat dengan siling yang ditetapkan diri sendiri, tetapi hiduplah dengan penuh harapan di bawah siling kehebatan aturan Tuhan, yang menyimpan sejuta rahsia dan keajaiban.
Berilah masa untuk cuba fahami betul-betul, dan teruskan melangkah, melakar, belajar dan berjuang untuk fasa seterusnya.
Manusia itu, dinilai di sisi Allah pada amalannya, zahir dan batin.
Wallahua'lam bissawab.
---
Ikuti catatan saya di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Telegram
Ustaz Syamil Esa
Perkongsian beberapa makna kehidupan dan pengalaman dalam mendalami erti fikrah, tarbiah dan harakah.
@syamilesa
@syamilesa
LIVE malam ini : Menghidupkan Keyakinan
InsyaAllah malam ini saya akan bersiaran secara langsung di ruangan tiktok dan facebook Yayasan Maghfirah di dalam segmen Di Sebalik Ruang dan Masa, pada jam 8 malam.
Perkongsian malam ini seputar makna keyakinan yang biasa disalahfahami, beberapa kisah-kisah 'keyakinan' yang boleh diambil iktibar dan cara-cara membina dan menghidupkan sebuah 'keyakinan' sebagai bekalan dalam kehidupan menuju atau mengenali Allah SWT.
Jemput hadir bagi siapa yang berkelapangan.

Renungan Pagi Seputar Keyakinan
Kata-kata Ibnu Qayyim RHM :
"Ketahuilah cahaya La Ilaha Illlallah akan menghapuskan kotoran dosa dan kesannya berkadaran dengan kekuatan cahaya itu atau lemahnya ia. Martabat dan darjat cahaya itu hanya Allah sahaja yang tahu.
Ada kalangan manusia yang cahaya 'tauhidnya' itu seperti matahari, ada seperti bulan, ada pula seperti bintang, hinggalah ada yang hanya menjadi seperti lampu malap.
Pada hari kiamat nanti akan terzahirlah cahaya-cahaya itu berkadaran dengan apa yang dilakukannya di dunia.
Sekiranya kuatnya cahaya itu, dia akan menghapuskan 'syahwat' dan 'syubhat' yang dilalui itu berkadaran dengan kekuatannya, hinggalah ia boleh sampai kepada suatu tahap yang akan menghapuskan apa sahaja dosa dan syubhat yang melaluinya. Inilah perihal seorang yang benar dalam tauhidnya" - Madarij As-Salikin (1/338)
Maka besarkan makna tauhid itu dalam diri dan jiwa, segala yang menghalangmu dalam jalan menuju-Nya akan sirna, samada ia menghapus dosa yang menutup pintu-pintu hati, atau menyinar kegelapan jiwa di dalam kesesatan syubhat.
Keyakinan yang tinggi, akan menunjuk jalan menuju Tuhan. Kejelasan jalan itu, bergantung kepada tingginya nilai keyakinan. Keyakinan yang hidup itu yang akan menghidupkan.
"Maka sembahlah Tuhanmu hingga datang kepadamu 'keyakinan'" - Surah Al-Hijr
Wallahua'lam bissawaab
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Kata-kata Ibnu Qayyim RHM :
"Ketahuilah cahaya La Ilaha Illlallah akan menghapuskan kotoran dosa dan kesannya berkadaran dengan kekuatan cahaya itu atau lemahnya ia. Martabat dan darjat cahaya itu hanya Allah sahaja yang tahu.
Ada kalangan manusia yang cahaya 'tauhidnya' itu seperti matahari, ada seperti bulan, ada pula seperti bintang, hinggalah ada yang hanya menjadi seperti lampu malap.
Pada hari kiamat nanti akan terzahirlah cahaya-cahaya itu berkadaran dengan apa yang dilakukannya di dunia.
Sekiranya kuatnya cahaya itu, dia akan menghapuskan 'syahwat' dan 'syubhat' yang dilalui itu berkadaran dengan kekuatannya, hinggalah ia boleh sampai kepada suatu tahap yang akan menghapuskan apa sahaja dosa dan syubhat yang melaluinya. Inilah perihal seorang yang benar dalam tauhidnya" - Madarij As-Salikin (1/338)
Maka besarkan makna tauhid itu dalam diri dan jiwa, segala yang menghalangmu dalam jalan menuju-Nya akan sirna, samada ia menghapus dosa yang menutup pintu-pintu hati, atau menyinar kegelapan jiwa di dalam kesesatan syubhat.
Keyakinan yang tinggi, akan menunjuk jalan menuju Tuhan. Kejelasan jalan itu, bergantung kepada tingginya nilai keyakinan. Keyakinan yang hidup itu yang akan menghidupkan.
"Maka sembahlah Tuhanmu hingga datang kepadamu 'keyakinan'" - Surah Al-Hijr
Wallahua'lam bissawaab
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Telegram
Ustaz Syamil Esa
Perkongsian beberapa makna kehidupan dan pengalaman dalam mendalami erti fikrah, tarbiah dan harakah.
@syamilesa
@syamilesa
Kuliah Tafsir Online Anjuran Yayasan Maghfirah
InsyaAllah malam ini akan bermula kuliah tafsir secara online anjuran Yayasan Maghfirah dilakukan setiap dua bulan sekali.
📌 Tarikh: 1/7/2022 (Jumaat)
🕘 Masa: 9.00 malam
📃 Topik: Kuliah Tafsir: Pengenalan Tafsir
📱 Platform: Google meet (https://meet.google.com/twi-binn-tnm)
Siapa berkelapangan dijemput hadir.