Umat Islam perlu meletakkan niat bina negara patuh syariah
Umat Islam di Malaysia perlu berazam untuk menjadikan negara ini patuh syariah sepenuhnya, walau jalannya mungkin memakan ratusan tahun.
Usaha kecil yang berterusan akan membuahkan hasil yang besar dan berkekalan.
ISMA menganjurkan kempen 'Malaysia Sejahtera Tanpa Arak' sebagai salah satu langkah membebaskan pemikiran umat Islam daripada kerangka kenegaraan yang sedia ada, kepada kerangka yang sepatutnya, walau ia mungkin tidak popular di kalangan segelintir umat Islam itu sendiri.
Ya, memang kita boleh membahaskan dengan panjang lebar isu arak ini dari sudut fiqh dan hak-hak orang bukan Islam di dalam negara Islam.
Tapi ada sudut yang perlu kita sepakati dahulu, apakah rupabentuk sebuah negara yang kita mahukan ?
Perubahan pemikiran memerlukan tempoh yang panjang, selain daripada gerakerja dan perancangan yang tersusun. Ia adalah suatu pakej daripada sebuah kehidupan yang dilalui setiap hari.
Bilakah pula ia akan berlaku, jika ia tidak bermula dari hari ini ?
Wallahua'lam bissawaab.
Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Jian Dao Ni, Hen Gao Xing
Itu antara ayat yang paling saya ingat setelah belajar secara runcit bahasa Mandarin pada tahun 2006 dahulu sebelum ke Mesir. Ketika itu, Hidayah Centre (satu persatuan untuk dakwah non-Muslim) ada menganjurkan kelas Mandarin di Jalan Ipoh. Saya hadiri sekeluarga termasuk mak dan ayah serta kakak-kakak sekali turut serta beberapa kelas.
Setakat kira dari 1 sampai 99 tu boleh la. Nak maki orang sikit-sikit pun boleh, macam 'Ni shi dong xi', setakat itu ajelah, itu pun tak pernah guna lagi. 'Sohai-sohai' tak masuk dalam kamus sebab saya masih jaga batas-batas syarak walaupun berbahasa asing.
Saya cakap sikit-sikit bahasa Cina lalu anak saya pun tanya ; "Abat belajar bahasa Cina ke ?"
Rupanya Allah SWT punyai perancangan untuk saya dapat sedikit pendedahan terhadap bahasa Cina ini, untuk dipasangkan dengan isteri yang ada keturunan Cina.
Lao Shi (guru) saya adalah orang Uyghur yang tinggal sementara di Malaysia suatu ketika dahulu. Mengikut penceritaannya, ahli keluarganya ada yang dibunuh oleh orang di sana dan dia juga ada ceritakan sedikit sebanyak penderitaan yang dilalui oleh keluarga besarnya di sana. Moga Allah mudahkan urusannya sekeluarga.
Ringkas cerita, baru-baru ini saya menziarahi keluarga Cina belah isteri di sekitar Sekinchan. Dengan niat cuba memahami budaya dan adat orang Cina, saya mengikuti rombongan tersebut hingga ke rumah akhir di Sungai Besar.
Beberapa pemerhatian saya terhadap mereka :
1. Golongan Cina di kampung lebih mesra dan mudah bergaul, dan diajak bersembang, berbanding Cina yang tinggal di bandar.
2. Orang cina tak ramai yang berbadan gempal/berisi. Kebiasaannya mereka berbadan sederhana.
3. Kesihatan golongan Cina yang tua kebiasaannya lebih cergas dan baik kesihatannya berbanding golongan Melayu yang sudah menjangkau umur tua. Sebagai contoh, semua atok-nenek Cina yang berumur 80++ yang saya jumpa tidak memerlukan tongkat untuk berjalan.
4. Golongan tua tak nampak terlalu tua. Ini mungkin salah satu kelebihan mereka iaitu mereka boleh 'menyembunyikan umur' mereka, di luar jangkaan kebiasaan orang Melayu. Umur yang sudah menjangkau 80++ kita nampak macam baru 60++, yang dah menjangkau 50++ nampak macam baru 40++.
Banyak budaya sihat yang boleh kita belajar untuk menambah keupayaan dan kecergasan, untuk hidup lebih cergas, sihat dan bermakna. Contohnya seperti banyak minum air kosong, minum teh tanpa gula, banyak minum sup, berjalan / beriadah pagi dan seumpamanya.
Saya selalu terfikir, kita orang Islam yang ada misi besar ini, sepatutnya lebih berusaha untuk mendapat umur yang panjang, kesihatan yang berkekalan dan kemampuan yang berpanjangan untuk melengkapkan tugasan-tugasan besar, sebelum dijemput malaikat maut dan menemui ajal.
Kehidupan ini hakikatnya dijadikan sebagai ladang untuk beramal dan bercucuk tanam. Rugilah kiranya kita abaikan nikmat yang besar ini, sedangkan orang lain yang tak kenal Tuhan itu lebih menghargainya berbanding kita.
Sekadar renungan untuk difikirkan.
Wallahua'lam bissawaab.
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa

Telegram
Ustaz Syamil Esa
Perkongsian beberapa makna kehidupan dan pengalaman dalam mendalami erti fikrah, tarbiah dan harakah.
@syamilesa
@syamilesa
Pengetahuan menuntut kebertanggungjawaban
Kebiasaan manusia suka untuk mengetahui berbagai perkara yang pelik dan menarik. Lebih-lebih lagi melibatkan rahsia-rahsia tertentu yang menjadikan sesiapa yang mengetahui maklumat tertentu dikira istimewa kerana mengetahui satu perkara yang tidak diketahui oleh orang lain.
Saya kira itu adalah tabiat manusia yang sukakan kelebihan berbanding orang lain. Suka dianggap istimewa dan lain daripada yang lain. Atas sebab itu kita lebih cenderung untuk membaca berita sensasi berbanding berita-berita biasa.
Kita lebih memilih yang banyak berbanding sedikit, kita dikaburkan dengan penilaian zahir berbanding menilai dengan pandangan yang lain.
Mencari pengetahuan dan menuntut ilmu juga termasuk dalam kategori ini. Kita suka bila ilmu bertambah, perasaan kagum apabila kita mengetahui sesuatu yang baru berbanding semalam, serta rasa cukup berharga apabila kita mampu merungkai permasalahan tertentu yang kita tidak dapat selesaikan dalam satu tempoh yang lama.
Itu adalah pandangan zahir.
Satu sudut pandang yang lain pula yang perlu kita perhatikan adalah aspek kebertanggungjawaban yang terpikul atas maklumat atau ilmu yang kita tahu.
Semakin banyak kita tahu semakin banyak tanggungan kita. Ia sama seperti harta, semakin banyak harta semakin banyak kekangan dan tanggungjawabnya.
Seseorang yang mengetahui rahsia tertentu, ia bertanggungjawab untuk menjaga dirinya daripada perkara itu tersebar kerana kemungkinan berlakunya mafsadah yang besar seperti sekiranya dia menyimpan rahsia-rahsia negara yang penting.
Seseorang yang mengetahui rahsia atau keaiban individu tertentu pula bertanggungjawab untuk menjaga dirinya untuk tidak termasuk dalam kancah fitnah dan gosip yang boleh menjatuhkan maruah individu tertentu.
Seseorang yang miliki harta yang banyak punyai tanggungjawab untuk mengurus hartanya agar ia tidak disalahguna atau digunakan pada tempat yang haram, dibayar zakatnya serta ditunaikan haknya pada tempat yang sepatutnya.
Seseorang yang miliki ilmu yang lebih, tanggungjawabnya pula adalah menyampaikannya, beramal dengannya serta tidak kedekut untuk mengajarkannya kepada orang lain.
Atas sebab itu kita dapati, setiap perkara yang dikurniakan Tuhan ke atas kita ada tanggungan batin yang perlu kita pikul. Ia datang dengan pakej, bukan hadir dengan tangan kosong.
Tiada perkara percuma yang hadir dalam hidup kita tanpa hisab di atas muka bumi ini.
Saya sebenarnya cuba amati firman Allah SWT yang menyebut sesungguhnya orang yang takutkan Allah itu adalah golongan yang berilmu (bukan semata-mata ulamak dalam kefahaman awam). Serta hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa sebaik-baik ilmu adalah yang ada padanya 'al-khashyah' (ketakutan dan ketaqwaan kepada Allah).
Ya, itulah maksud dan kefahamannya. Banyaknya ilmu tanpa memahami tanggungjawab yang terpikul hanya melahirkan manusia yang lebih jahat kerana mereka lebih bijak.
Ilmu dan pengetahuan yang terbina perlu dimajukan seiringan dengan pembinaan jiwa yang makmur dengan taqwa dan keimanan yang mendalam berbanding orang awam.
Tanggungjawab bukan dipikul semata-mata dengan kekuatan zahir, tapi hakikatnya ia bermula dengan kebertanggungjawaban di hadapan Tuhan, hisab di hari Akhirat serta dosa berganda jika bertentangan dengan apa yang diketahuinya.
Memahami hakikat ini, kita akan mampu sedar dan faham bahawa tarbiyah perlu makin ketat, pembinaan perlu lebih kuat dan akar rohani perlu lebih dalam.
Akhirnya, kita akan sedar bahawa jalan ke syurga adalah sangat sukar, melainkan manusia yang dimudahkan perjalanannya oleh Allah SWT.
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah hanyalah orang-orang yang berilmu" - Surah Faathir
Wallahua'lam
——

Tahapan nas wahyu, dan adab terhadap guru
1. Secara umumnya, nas wahyu itu tidak sukar difahami oleh kesemua tahapan manusia. Ini kerana sifat syariah itu mudah difahami, selari dengan fitrah manusia (bukan hawa nafsu manusia) dan umum untuk diamalkan semua.
2. Namun di sana ada beberapa lapisan dan tahapan nas wahyu yang perlu diperhatikan agar kita tidak memukul rata bahawa semua orang boleh memahami semu nas wahyu lalu 'merdeka daripada merujuk orang lain'.
3. Ada tahap kefahaman nas wahyu yang mampu digarap oleh semua tahapan manusia. Biasanya ayat ini berkisar topik usul akidah, akhlak dan kisah-kisah terdahulu. Untuk isu ini, mudah kerana semua boleh faham.
4. Ada pula tahap kefahaman nas yang dikhususkan perbahasannya pada kalangan yang berkelayakan. Seperti perbahasan hukum fiqh, isu ayat mutasyabihat (takwil dan tafwidh), makna kalimah Al-Quran yang samar dan seumpamanya. Untuk peringkat ini sahaja ada berapa lapis tahapan kelayakannya. Untuk ini, kita kena merujuk orang berkelayakan.
5. Ada pula tahapan kefahaman yang hanya diketahui secara hakikatnya oleh Allah SWT. Seperti rahsia huruf 'fawatih suwar' (Alif Lam Mim, Yaa Siin, dan seumpamanya), kenapa Arasy di atas air, kenapa Iblis namanya Iblis, kenapa begitu begini, dan seumpamanya. Untuk ini, kita serahkan pengetahuannya kepada Allah SWT.
6. Polemik ikut ulamak atau ikut Nabi SAW tidak wajar dibesarkan bahkan jika ditimbulkan pun boleh mengundang fitnah, berbanding hakikatnya kita perlu diajar meletakkan sesuatu perkara atau perbahasan itu pada tempatnya, dan tidak melangkaui saiznya yang sepatutnya.
7. Ulamak yang mewariskan agama ini wajib dihormati. Pendapat, karya dan peninggalan mereka perlu dibaca dengan penuh sangka baik. Walaupun tidak dinafikan tiada yang maksum selain daripada Rasulullah SAW, paling kurang mereka ini lebih banyak yang betulnya daripada yang salahnya.
8. Cubaan merungkai rasa hormat masyarakat awam pada mereka dan bermudah-mudah dalam memperlekeh pandangan mereka adalah suatu usaha merungkai ikatan ilmu yang diwarisi daripada Rasulullah SAW itu sendiri. Allah SWT mengangkat (menarik kembali) ilmu dengan mematikan para ulamak, dengan erti kata lain, batang tubuh ulamak itulah yang benar-benar diiktibar sebagai ilmu.
9. "Kita lebih perlu kepada sedikit adab, berbanding ilmu yang banyak", bak kata Abdullah ibn Al-Mubarak. Adab yang sedikit adalah hasil hikmah, tawadhuk, tidak rasa pandai, bersangka baik dengan orang lain. Sedangkan ilmu yang banyak tanpa adab, hanya melahirkan takabbur, besar diri, ujub, serta mudah memperlekeh kemampuan orang lain.
رحم الله امرءا عرف قدره ووقف عند حدوده
Moga Allah merahmati sesiapa yang mengetahui kadar dirinya, dan berhenti pada batasan kemampuannya.
Wallahua'lam bissawaab

Taubat memerlukan taufiq
Moga Allah ilhamkan kepada kita taufiq-Nya untuk sentiasa kembali kepada-Nya.
Kadang-kadang walau dengan sejuta perancangan pun belum tentu mampu menggapai keizinan taufiq-Nya.
Ia memerlukan ketundukan hati, kepasrahan hamba, dan perasaan yang benar untuk kembali ke jalan yang lurus.
Kepasrahan dan perasaan perhambaan terbit daripada mengenali hakikat kekerdilan diri, di hadapan keagungan Tuhan. Daripada rasa kerdil akan terbit rasa al-faqr (memerlukan) kepada Zat Yang Maha Agung, justeru menghasilkan siri-siri 'retreat' dan 'melarikan diri' daripada tipudaya syaitan dan kelemahan jiwa, untuk berpaut pada kekuatan dan perlindungan Yang Maha Melindungi.
Semakin digilap episod-episod 'retreat' itu, semakin besar nilai seseorang hamba di hadapan Tuhannya. Demikianlah yang digambarkan dalam kisah Nabi Sulaiman AS apabila digambarkan Allah SWT bahawa baginda adalah :
نعم العبد إنه أواب
"Dialah sebaik-baik hamba, sesungguhnya dia adalah orang yang sentiasa kembali (kepada Tuhan)" - Surah Saad
Kita tidak tahu yang mana satukah episod retreat kita itu diterima, kita juga tidak tahu yang mana satukah yang terakhir.
Akhirnya, yang paling mampu kita lakukan, adalah menjadikannya sebagai suatu episod yang bermakna, demi memenuhi pra-syarat seseorang hamba.
Moga Allah memberikan kita taufiq-Nya, bagi sebuah taubat yang benar-benar bermakna.

Kehidupan ini penuh tambah dan tolak, hayatilah kesempurnaannya dalam operasi tambah tolak itu
Setelah tambah dan tolak, ternyata yang tinggal hanyalah sifar, lalu terzahirlah Dzat Tuhan Yang Maha Kekal Lagi Maha Mulia.
كل من عليها فان .. ويبقى وجه ربك ذوالجلال والإكرام

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat Islam di Malaysia.
Marilah kita perbaiki kualiti amalan, perbaharui tekad, serta pertingkatkan kerohanian kita dalam menjalani bulan yang penuh barakah.
Semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang peroleh kejayaan dan ketaqwaan.
Ustaz Syamil Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Marilah kita perbaiki kualiti amalan, perbaharui tekad, serta pertingkatkan kerohanian kita dalam menjalani bulan yang penuh barakah.
Semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang peroleh kejayaan dan ketaqwaan.
Ustaz Syamil Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Bezakan di antara diampuni dosa, dan beroleh pahala.
Yang pertama penyebab masuk syurga, yang kedua pula meningkatkan martabat dalam syurga.
Fokuslah pada pengampunan, di samping menambahkan kualiti dan kuantiti pada amalan.
Pengampunan boleh diperoleh dengan munajat yang penuh kesungguhan, penyesalan, dan iktiraf bahawa diri dipenuhi dosa dan kekurangan.
Biasakan dan latih diri untuk menganggap diri kita sebagai debu yang tidak bernilai di hadapan Tuhan, bahawa tiada sekelumit kurniaan Tuhan yang layak kita peroleh melainkan semata-mata ihsan dan belas kasihan daripada-Nya, dan bahawa tiada sekelumit kesakitan atau kesulitan yang menimpa melainkan semuanya adalah disebabkan kecuaian dan kelalaian kita.
Waqfah (Hentian dan renungan) begitu, lebih bernilai daripada dunia dan seisinya, dan bahkan lebih besar daripada semua amalan yang diharapkan padanya pahala.
Atas sebab itu kita dapat fahami kenapa Rasulullah SAW mengajar Saidatina Aisyah RA doa ketika malam-malam Ramadhan, khususnya Lailatul Qadr :
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, cintakan keampunan, maka ampunkanlah aku"
Benar, nilai keampunan tidak akan dapat dibayar dengan sejuta satu amalan yang diharapkan padanya pahala. Ini kerana keampunan itu disandarkan kepada zat-Nya, manakala pahala itu disandarkan kepada kurniaan-Nya.
Ambil peluang Ramadhan ini untuk memutik kembali hubungan dengan Tuhan, di samping mengumpul ganjaran dan pahala di akhirat.
إذا صح منك الود فالكل هين
وكل الذي فوق التراب تراب
"Apabila telah sah cinta-Mu padaku, maka semua perkara menjadi ringan (tidak bernilai),
Dan kesemua yang berada di atas tanah itu, hanyalah tanah"
Moga Allah ampuni dan redhai kita semua.
---
Ikuti catatan di telegram : www.tg-me.com/ustazsyamilesa

Makna itu menjadikan ibadah dan ubudiyah lebih bermakna.
Makna itu adalah roh sesuatu amalan, perkara, benda dan kerja.
Hilang makna maka hilanglah rohnya, hilang rohnya maka matilah amalnya.
Hidupkan makna dalam ibadah dengan munajat, zikir, ketundukan dan kepasrahan di hadapan Tuhan.
Hidupkan makna dalam ubudiyyah dengan tafakkur terhadap kerajaan Tuhan di langit dan di bumi. Tafakkur bahawa segalanya sedang menunaikan tanggungjawab ubudiyah ammah (umum) kepada Allah SWT, sekaligus menyeru kita menyertai 'jemaah' langit dan bumi bertasbih dan memuji Allah, bersama-sama mereka.
Apabila makna itu hidup, besarlah nilai ibadah dan ubudiyah kita, lalu besarlah Tuhan itu dalam perspektif kita yang hakiki, hingga besarlah kemuliaan, ketinggian, pengharapan, tawakkal, keyakinan dan kecintaan kepada-Nya.
Apabila makna itu hilang, jadilah kita orang yang melakukan rutin harian, yang sentiasa mempersoal apakah itu makna kebahagiaan.
Bagaimana mahu jumpa bahagia, jika hanya dicari pada tempat penuh sengsara?

40 hari tempoh perubahan
Perubahan kejadian manusia ketika di dalam rahim bermula setelah persenyawaan apabila berlalunya 40 hari. 40 hari pertama sebagai air mani yang bercampur dengan ovum (peringkat nutfah), 40 hari kedua sebagai segumpal darah (peringkat alaqah), 40 hari ketiga sebagai seketul daging (peringkat mudhghah), setelah itu ditiupkan roh pada janin.
Perbahasan 40 hari ini juga disokong dengan satu pandangan fiqh yang menyatakan bahawa sejenis unta yang memakan najis (al-Jallalah) tidak halal untuk dimakan melainkan ia dikuarantin dan diberikan makanan halal selama 40 hari.
Nabi Musa AS pula sebelum bertemu Allah SWT di bukit Tursina telah beruzlah dan 'beriktikaf' selama 40 hari.
Juga di sana terdapat beberapa ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW lain yang menyokong angka 40 hari ini sebagai satu 'turning point' atau titik perubahan seseorang.
Ambillah peluang ini untuk kita mengkuarantinkan diri kita, sempena bulan Ramadhan ini, untuk mengambil seberapa banyak makna perubahan dalam diri, melalui solat, puasa, sedekah, tilawah, tadabbur, qiamullail, dan seumpamanya sebagai proses penyucian bagi kita 'halal' dan 'layak' dilimpahi cahaya Allah SWT, dan diterima sebagai hamba Allah yang sebenar-benarnya.
Mudah-mudahan Allah SWT memberi taufiq dan hidayah-Nya serta memandu kita menjadi satu 'makhluk' yang berbeza, lebih bersih, lebih hampir kepada-Nya, dan lebih tulus, setelah berlalunya madrasah Ramadhan ini.
لعلكم تتقون
Wallahua'lam bissawaab.
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Perubahan kejadian manusia ketika di dalam rahim bermula setelah persenyawaan apabila berlalunya 40 hari. 40 hari pertama sebagai air mani yang bercampur dengan ovum (peringkat nutfah), 40 hari kedua sebagai segumpal darah (peringkat alaqah), 40 hari ketiga sebagai seketul daging (peringkat mudhghah), setelah itu ditiupkan roh pada janin.
Perbahasan 40 hari ini juga disokong dengan satu pandangan fiqh yang menyatakan bahawa sejenis unta yang memakan najis (al-Jallalah) tidak halal untuk dimakan melainkan ia dikuarantin dan diberikan makanan halal selama 40 hari.
Nabi Musa AS pula sebelum bertemu Allah SWT di bukit Tursina telah beruzlah dan 'beriktikaf' selama 40 hari.
Juga di sana terdapat beberapa ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW lain yang menyokong angka 40 hari ini sebagai satu 'turning point' atau titik perubahan seseorang.
Ambillah peluang ini untuk kita mengkuarantinkan diri kita, sempena bulan Ramadhan ini, untuk mengambil seberapa banyak makna perubahan dalam diri, melalui solat, puasa, sedekah, tilawah, tadabbur, qiamullail, dan seumpamanya sebagai proses penyucian bagi kita 'halal' dan 'layak' dilimpahi cahaya Allah SWT, dan diterima sebagai hamba Allah yang sebenar-benarnya.
Mudah-mudahan Allah SWT memberi taufiq dan hidayah-Nya serta memandu kita menjadi satu 'makhluk' yang berbeza, lebih bersih, lebih hampir kepada-Nya, dan lebih tulus, setelah berlalunya madrasah Ramadhan ini.
لعلكم تتقون
Wallahua'lam bissawaab.
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Telegram
Ustaz Syamil Esa
Perkongsian beberapa makna kehidupan dan pengalaman dalam mendalami erti fikrah, tarbiah dan harakah.
@syamilesa
@syamilesa
Forwarded from PEMIKIR (Channel)
MAJALAH AKALWAHYU EDISI 3 (MUAT TURUN PERCUMA!)
Dalam edisi kali ini kita bersama akan melihat apakah kesan Ramadan dalam membangun Peradaban masa hadapan. Antara tajuk artikel kali ini:
"Sejarah Jihad Sepanjang Ramadan"
"Ramadan Mengajar Erti Berinteraksi Dengan Kebenaran"
"Wanita Ulul al-Bab Kunci Membina Peradaban"
..dan banyak lagi. Jemput untuk membaca dan sebar luaskan pada kenalan serta rakan bagi kita bersama membangun budaya fikir dan ilmu dikalangan masyarakat. Jadikan ia bahan wacana sesama kita pada bulan Ramadan al-Mubarak ini.
Pautan Majalah: https://bit.ly/akalwahyuedisi3
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
———————————————
Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir: https://pemikir.onpay.my/order/form/infaqastakafikir

Biarkan perbahasan berautoriti kepada pihaknya, umat Islam harus diajar untuk berpegang kepada perkara pokok dan jelas dalam agama
Perbahasan tarekat yang timbul baru-baru ini menjemput respons pelbagai pihak, samada yang setuju atau tidak. Saya tidak berhasrat mahu memanjangkan perbahasan kerana semua poin utama perbahasan isu itu secara spesifik sudah dilontarkan.
Saya ingin mengajak umat Islam untuk memikirkan poin-poin ini :
1. Kumpulan-kumpulan Tarekat adalah ibarat sebuah sekolah atau perkumpulan yang memandu manusia ke jalan Allah SWT dengan manhaj dan caranya tersendiri. Setiap tarekat ada gurunya, mursyidnya, wiridnya dan amalan khusus. Menyertainya tidaklah sampai kepada hukum wajib, kerana yang jelas wajib adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT, bukan menyertai mana-mana kumpulan secara khusus.
2. Seperti mana-mana kumpulan Islam lain, semuanya itu tertakluk dan terikat dengan pegangan akidah Islam dan undang-undang syariat.
Keterlampauan dalam perihal ini seperti mempunyai akidah yang tersendiri, undang-undang yang tersendiri, atau 'umat Islam' yang tersendiri, akan membawa kepada pembentukan firqah-firqah yang terkeluar daripada ahli sunnah wal jamaah atau lebih bahaya terkeluar daripada agama itu sendiri.
Akidah yang 'khusus' boleh bawa kepada kesyirikan dan kesesatan, undang-undang yang 'khusus' akan bawa kepada kekufuran, dan 'umat Islam' yang 'khusus' boleh bawa kepada fahaman khawarij yang menolak untuk bersama jemaah muslimin.
3. Mana-mana keraguan dan kemusykilan yang timbul atau tohmahan yang ditimpa kepada seseorang atau sesebuah kumpulan, sekiranya ia jelas bertentangan dengan ajaran agama, dengan bukti dan penerangan, maka ia wajar dan sepatutnya dibanteras dan dibasmi dengan cara yang tidak membawa kepada kerosakan yang lebih besar.
4. Apabila timbul perselisihan pandangan daripada kalangan ulamak, mengenai status sesuatu kumpulan atau perseorangan, maka biarkanlah pihak yang berkelayakan dan berautoriti yang mengeluarkan pandangan.
Adapun orang lain yang tidak mempunyai keahlian, tinggalkanlah perbincangan itu dan tidak sepatutnya menjadi perbahasan utama dalam topik perbincangan harian mereka.
Ini bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dan meletakkan sesuatu topik di luar medan perbincangannya.
5. Warisan kehidupan beragama, secara turun temurun daripada ulamak Melayu dan nusantara sudah membentuk suatu adat yang baik dalam beragama, tanpa menafikan di sana ada penambahbaikan yang boleh dilakukan.
Justeru merungkai uruf dan adat umat Islam sedia ada boleh menimbulkan fitnah dan kekacauan.
6. Umat Islam perlu disibukkan dengan perbincangan pokok yang dikongsi bersama sebagai satu umat, bukan perbincangan-perbincangan yang halus dan memerlukan kepakaran dan kajian khusus dalam memahaminya.
7. Membawa umat daripada perbincangan pokok kepada perbincangan ranting hanya akan merugikan tenaga dan pemikiran umat Islam yang sepatutnya dilaburkan pada tempat yang lebih besar kesannya.
Ini kerana kesibukan terhadap perkara ranting, akan mengabaikan perkara pokok.

إرادتك التجريد وإرادتك الأسباب ... كلاهما من أجل حظك، ومن داخل تصورك كأنك أقرب إليه في حال دون حال، أو في وقت دون وقت.
فجاهد نفسك حتى تتخلص إرادتك مما سوى الله ، فتكون عبده وحده دون تقييد حال أو وقت.
فاعلم أنه لو أراد أن يستعملك، لاستعملك من غير إخراج، ولو أراد أن يخذلك لخذلك في كل المخارج.
اللهم اجعلنا من عبادك المخلَصين.
---
Kemahuanmu terhadap 'tajrid' (yakni kelapangan masa dan waktu untuk fokus beribadah) dan kemahuanmu terhadap 'asbab' (yakni disibukkan dengan urusan dunia dan mencari rezeki), kedua-duanya adalah dari sudut mencari kehendak dan kepentingan dirimu.
Kedua-duanya terhasil dari persepsimu bahawa seolah-olah engkau lebih dekat dengan Tuhan pada keadaan-keadaan itu, pada ketika-ketika itu sahaja.
Oleh itu bermujahadahlah hingga segala kemahuanmu suci daripada segala selain Allah SWT, lalu kamu akan menjadi hamba-Nya sahaja, bukan terikat dengan keadaan-keadaan tertentu, atau waktu-waktu tertentu.
Ketahuilah bahawa sekiranya Dia mahu menggunakanmu, pasti Dia akan lakukannya tanpa mengeluarkanmu daripada keadaanmu kini, dan sekiranya Dia mahu mengabaikanmu, pasti Dia akan lakukannya pada setiap pintu keluar.
Ya Allah jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang di-ikhlas-kan (disucikan).

اللهم إنا عبيدك بنو عبيدك بنو إمائك نواصينا بيدك ماض فينا حكمك عدل فينا قضاؤك نسألك اللهم بكل اسم هو لك سميت به نفسك أو أنزلته في كتابك أو علمته أحدا من خلقك أو استأثرت به في علم العيب عندك ... أن تجعل القرآن العظيم ربيع قلوبنا ونور صدورنا وجلاء أحزاننا وذهاب همومنا وغمومنا
اللهم ذكرنا منه ما نُسَّينا وعلمنا منه جهلنا وارزقنا تلاوته آناء الليل وأطراف النهار واجعله لنا حجة يا رب العالمين

Nuzul Quran 17 Ramadan tidak menolak saranan mencari Lailatul Qadr pada 10 malam terakhir
Saya berpegang dengan pandangan ulama bahawa Lailatul Qadr berubah-ubah pada setiap tahun. Ini kerana pandangan ini akan menghimpunkan segala hadis yang meminta untuk mencari Lailatul Qadr pada 10 malam akhir, atau pada malam ganjil.
Dalam masa yang sama ia juga menepati pandangan yang menyatakan bahawa Nuzul Quran berlaku pada 17 Ramadan.
Oleh itu, kita boleh katakan, bahawa turunnya Al-Quran pada waktu pertama secara sekaligus adalah pada 17 Ramadan, yang bersamaan Lailatul Qadr pada tahun itu. Ia juga bersamaan dengan peristiwa peperangan Badr yang berlaku pada 17 Ramadan.
Di samping itu, turunnya Al-Quran buat kali pertama kepada Rasulullah SAW juga boleh jatuh pada Lailatul Qadr, yang dinukilkan pandangan bahawa ia 24 Ramadan.
Apabila kita berpegang kepada pandangan yang menyatakan ia berubah pada setiap tahun, maka tiada masalah untuk kita katakan Nuzul Quran pada Lailatul Qadr, dan pada 17 Ramadan. Dalam masa yang sama, kita masih mencari Lailatul Qadr pada tahun ini, pada 10 malam terakhir. Mudah-mudahan kita bertemu dan diberikan taufiq untuk menghidupkannya.

Apa yang perlu dirasakan ketika solat ?
Suatu soalan menerpa saya, pada pagi ini. Secara umumnya, saya pun tak berapa pasti.
Yang pasti, perasaan itu hanya akan hadir dengan panjangnya tempoh dalam solat, serta tomakninah yang sempurna. Sekiranya solat pendek, atau tergesa-gesa nak tamat, maka tak sempat untuk merasakan kehadiran perasaan itu. Atau tak sempat nak 'mengembara' di 'alam solat' bersama imam atau sendirian.
Sekadar berkongsi, saya sendiri cuba membayangkan bahawa para imam berperanan menjadi 'pemandu' para makmum dalam 'mengembara' di alam (mihrab) solat, keluar daripada alam yang dilalui sehari-harian. Anggaplah imam sebagai 'pilot' kapal angkasa yang membawa jemaah ke alam lain, iaitu alam di sebalik ruang dan masa.
Pengembaraan itu membawa para jemaah meneliti alam malakut, mengembara melalui setiap plot-plot yang dibawa oleh Al-Quran berdasarkan ayat-ayat yang dibaca. Peringkat tertinggi dalam bab ini adalah kita berjaya memasuki dimensi-dimensi yang cuba dibawa ayat Al-Quran.
Apabila dibacakan kisah perjuangan para anbiya' AS, seakan-akan kita bersama mereka, mengikut mereka, membela mereka, dan benci dengan gelagat pendusta mereka. Kisah pengembaraan Nabi Musa AS bersama Khidhr AS, kisah Talut dan Jalut, kisah Ashabul Kahfi dan seumpamanya. Kita akan menjadi sebahagian daripada watak-watak dalam kisah itu.
Apabila melalui penciptaan alam semesta, ketelitian dan keunikannya, kita seakan-akan menyaksikan segala penciptaan dari awal hingga akhir (ibarat menonton National Geographic) secara 5D, bahkan boleh zoom in zoom out lagi.
Apabila melalui nikmat syurga, ibarat kita sedang berada di dalamnya, merasai apa yang dirasai ahli syurga, dan melihat apa yang dilihat ahli syurga. Bila dibacakan ayat neraka, membayangkan diri sedang diseksa, menyalahkan diri sendiri atas nasib yang menimp, menyelami perasaan ahli neraka yang penuh alasan dan penyesalan, serta benar-benar membayangkan azab itu satu persatu seperti yang digambarkan.
Setelah itu segala pergerakan dalam solat yang penuh tomakninah dan sempurna bacaannya, adalah ibarat menghadap Raja Yang Maha Kuasa, bersimpuh malu kerana kecacatan dan kekurangan diri, tertunduk takut dan terlalu segan nak mendongak kerana mengenali diri sendiri yang tidak layak mengangkat kepala pun di hadapannya.
Segala munajat yang disebutkan satu persatu ibarat pengaduan kepada Sang Kekasih Yang Maha Menyayangi, Maha Mengetahui, dan Maha Lembut. Tiada di sana sebarang hijab atau perantara kerana tiada apa yang perlu dirisaukan, hanya kerana segala yang berlaku hanya antara 'aku dan Dia', tiada pihak ketiga.
Demikianlah hingga akhir solat, memberi salam adalah 'moment' perpisahan sementara, bagi menyambung urusan dunia. Setelah berlalu sedikit masa, sebentar lagi kita akan dipanggil sekali lagi (laungan azan), sebagai tanda cinta, prihatin, sayang, dan setia kepada hamba-Nya yang menanti-nanti pertemuan seterusnya.
Bila begitu, saya hanya boleh katakan, apakah ada lagi syurga di dunia ini, selain perasaan ini?
Moga Allah memberi taufiq dan hidayah untuk kita memperbaiki solat, dan hidup dalam solat, hingga solat berjaya hidupkan kita.

Fadhilat Qiamullail
من قام بعشرِ آياتٍ لم يُكتبْ من الغافلينَ ، ومن قام بمئةِ آيةٍ كُتبَ من القانتينَ ومن قام بألفِ آيةٍ كُتبَ من المُقَنْطِرينَ
Sabda Rasulullah SAW :
"Barangsiapa yang mendirikan solat malam dengan sepuluh ayat, maka dia tidak akan ditulis di kalangan orang yang lalai. Barangsiapa yang mendirikan solat malam dengan seratus ayat, dia akan ditulis di kalangan orang yang kuat beribadah. Barangsiapa yang mendirikan solat malam dengan seribu ayat, dia akan ditulis di kalangan orang yang mempunyai ganjaran yang cukup besar" - Hadis Riwayat Abu Daud
Ayuh tingkatkan amal ibadah, khususnya pada qiamullail pada malam 27 Ramadan ini.
Moga Allah beri taufiq.