Sebaik-baik perkara
Yahya bin Muadz RHM berkata :
أحسن شيء كلام رقيق من بحر عميق على لسان رجل رفيق
"Sebaik-baik perkara adalah kata-kata yang basah/halus, daripada laut yang dalam (peribadi yang berilmu), dituturkan dengan lidah orang yang lemah lembut"
Moga Allah memandu kita ke jalan kebenaran.

Hiduplah dengan Rasulullah SAW di dunia, untuk bersama baginda SAW di akhirat
Itulah kesimpulan yang saya boleh simpulkan bagi mana-mana pesanan mengenai kecintaan Rasulullah SAW sempena bulan Rabi'ul Awwal ini.
Ini berdasarkan kaedah kehidupan yang menyebut :
"Ganjaran itu berkadaran dengan amalan".
Moga Rasulullah SAW hadir dalam hidup kita, pada segenap masa dan ketika, agar kita dihimpunkan bersama baginda SAW di akhirat, pada segenap masa dan ketika.
Allahumma solli ala Saidina Muhammad.
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa

Telegram
Ustaz Syamil Esa
Perkongsian beberapa makna kehidupan dan pengalaman dalam mendalami erti fikrah, tarbiah dan harakah.
@syamilesa
@syamilesa
Forwarded from Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Kecintaan terhadap Rasulullah SAW merupakan suatu perkara yang amat penting bagi setiap individu umat Islam. Baginda SAW sebagai ikutan dalam segenap aspek kehidupan kita. Namun, banyak persoalan yang timbul dikalangan kita iaitu, bagaimana ingin bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak?
Ikuti perkongisan mengenai sebuah sudut pandang serta tips-tips untuk merungkai persoalan di atas yang dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa, Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS) . Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk kita semua.
Tekan link di bawah 👇
https://youtu.be/VxZpnDm9nCE

YouTube
Maulidur Rasul 1444H | Bagaimana Ingin Bersama Rasulullah SAW Di Akhirat Kelak
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Kecintaan terhadap Rasulullah SAW merupakan suatu perkara yang amat penting bagi setiap individu umat Islam. Baginda SAW sebagai ikutan dalam segenap aspek kehidupan kita. Namun, banyak persoalan yang timbul dikalangan…

Pertempuran kepartian dalam demokrasi tidak sepatutnya mencarik wala' dan perpaduan umat Islam
Setelah berlalunya musim PRU yang lalu, saya kira ramai orang sudah mula sedar bahawa ahli politik pelbagai parti mempunyai pelbagai kerenah dan pendirian mereka boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan keperluan semasa.
Ia mungkin difahami oleh orang politik kerana itu dinamikanya, tetapi di sisi masyarakat awam masih ada sebahagian yang menganggap ia adalah 'hak dan batil', 'iman dan kekufuran' yang boleh membawa kepada ekstremisme dan keganasan.
Pendirian politik boleh berubah, koalisi juga boleh berubah, namun ikatan persaudaraan sesama umat Islam, itu adalah satu ikatan yang tidak akan terungkai kecuali dengan kekufuran.
Berkempen sehebat mana sekalipun jangan sekali-kali mencarik ikatan persaudaraan dan kasih sayang sesama umat Islam. Hakikatnya jika kepimpinan umat Islam itu dilantik dengan mengorbankan kasih sayang, kesetiaan dan persaudaraan sesama umat Islam, itu tetap tidak akan membawa kepada kestabilan sesuatu negara.
Berpada-padalah dalam berkempen politik dalam menyerang peribadi, hakikatnya musuhmu semalam adalah kawanmu hari ini, demikianlah juga sebaliknya.
Sebaiknya, bimbinglah umat kepada nilai dan neraca yang benar, bukan meletakkan kebenaran pada susuk tubuh atau individu.
Bila umat benar neraca dan pertimbangan, maka benarlah calon yang dilantik dan diundinya.
Umat memerlukan proses pembentukan pemikiran yang berlandaskan neraca syariah, baru boleh maju ke hadapan membina sebuah pemerintahan yang menepati neraca syariah.
Wallahua'lam bissawaab.
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Setelah berlalunya musim PRU yang lalu, saya kira ramai orang sudah mula sedar bahawa ahli politik pelbagai parti mempunyai pelbagai kerenah dan pendirian mereka boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan keperluan semasa.
Ia mungkin difahami oleh orang politik kerana itu dinamikanya, tetapi di sisi masyarakat awam masih ada sebahagian yang menganggap ia adalah 'hak dan batil', 'iman dan kekufuran' yang boleh membawa kepada ekstremisme dan keganasan.
Pendirian politik boleh berubah, koalisi juga boleh berubah, namun ikatan persaudaraan sesama umat Islam, itu adalah satu ikatan yang tidak akan terungkai kecuali dengan kekufuran.
Berkempen sehebat mana sekalipun jangan sekali-kali mencarik ikatan persaudaraan dan kasih sayang sesama umat Islam. Hakikatnya jika kepimpinan umat Islam itu dilantik dengan mengorbankan kasih sayang, kesetiaan dan persaudaraan sesama umat Islam, itu tetap tidak akan membawa kepada kestabilan sesuatu negara.
Berpada-padalah dalam berkempen politik dalam menyerang peribadi, hakikatnya musuhmu semalam adalah kawanmu hari ini, demikianlah juga sebaliknya.
Sebaiknya, bimbinglah umat kepada nilai dan neraca yang benar, bukan meletakkan kebenaran pada susuk tubuh atau individu.
Bila umat benar neraca dan pertimbangan, maka benarlah calon yang dilantik dan diundinya.
Umat memerlukan proses pembentukan pemikiran yang berlandaskan neraca syariah, baru boleh maju ke hadapan membina sebuah pemerintahan yang menepati neraca syariah.
Wallahua'lam bissawaab.
---
Ikuti catatan di www.tg-me.com/ustazsyamilesa
Telegram
Ustaz Syamil Esa
Perkongsian beberapa makna kehidupan dan pengalaman dalam mendalami erti fikrah, tarbiah dan harakah.
@syamilesa
@syamilesa
Solehnya sesuatu perkara bermaksud ia mampu menepati tujuan penciptaannya
Haiwan ternakan yang soleh adalah yang boleh berkembang biak dengan baik dan boleh digunakan untuk sembelihan yang halal.
Kereta yang soleh adalah yang boleh memastikan pemandu sampai ke destinasi dengan baik dan selamat.
Anak yang soleh adalah anak yang berkhidmat kepada ibubapanya dan tidak mengabaikan tanggungjawab keluarganya.
Demikian semua perkara mempunyai definisi kesolehan tersendiri, bergantung kepada definisi dan hakikat sesuatu perkara itu.
Untuk melihat kesolehan insan, definisi dan tujuan insan perlu difahami. Yang mengetahui tujuan insan diciptakan hanyalah Allah SWT sebagai Penciptanya.
Allah SWT menyebut tujuan insan dicipta untuk 3 perkara : -
1. Beribadah kepada-Nya (Adz-Dzariyat : 56)
2. Memakmurkan bumi (Hud : 61)
3. Khalifah Allah atas muka bumi (Al-Baqarah : 30)
Oleh itu kesolehan seseorang insan bergantung kepada sejauhmana ia menepati ketiga-tiga tujuan itu. Kesepaduan tujuan itu akan membentuk kesempurnaan insaniah.
Kemajuan umat Islam juga bergantung kepada kesempurnaan gabungan tiga tujuan ini. Peradaban yang terhasil daripada takrif insan yang sempurna akan membawa manusia kepada satu tahap kemajuan yang benar-benar mengecapi erti kebahagiaan yang sebenar.
Ia menghilangkan dualisme zahir dan batin, hingga kedua-dua alam zahir dan batin bersepadu membentuk satu kehidupan yang seiringan, hingga menghilangkan pemisahan agama dan kehidupan.
Salam Jumaat.
—-

Pangkah parti tertentu masuk neraka ?
Heboh baru-baru ini isu mengundi parti tertentu yang boleh dikaitkan dengan dosa pahala dan syurga neraka.
Saya hanya mahu katakan, perkara-perkara yang diperselisihkan sepatutnya tidak timbul isu dosa dan pahala kerana pilihan-pilihan itu adalah harus sahaja pada hukum asal jika pemimpin yang dipilih itu mempunyai kelayakan.
Namun di sana ada beberapa penjelasan secara hukum syarak agar kita tidak bermudah-mudah dalam menghukum.
Mengundi orang yang salah dikira berdosa jika dilakukan dengan sengaja, jika tidak sengaja maka dia perlu bertanggungjawab terhadap kesan sampingannya.
Tugas para asatizah adalah menyedarkan masyarakat terhadap kepentingan memilih pemimpin yang benar-benar merdeka, mempunyai agenda yang jelas, tiada kepentingan peribadi, faham politik, jujur dan menjaga kepentingan umat Islam serta mengekalkan dan menjaga ciri kenegaraan Islam di Malaysia yang sedia ada.
Pertimbangan begitu akan menjadikan umat Islam sedar terhadap ciri-ciri utama pemimpin yang perlu dipilih.
Jika kita membuat pilihan yang salah, dengan sengaja, maka pada ketika itulah kita mengkhianati Allah dan Rasul-Nya.
Jika tidak sengaja, maka dia wajib bertanggungjawab terhadap kesan-kesan sampingan yang berlaku, dan mengambil inisiatif utama untuk 'undo' terhadap pilihan yang dilakukan, sebagai kaffarah kesalahannya yang lalu.
Dalam kaedah syarak, ketersilapan boleh mengangkat dosa, tetapi tidak mengangkat 'dhoman' yakni jika seseorang itu buat silap tanpa sengaja, maka dia dikira tidak berdosa, tetapi ia tidak pula menghilangkan jaminan terhadap kesalahannya.
Ibarat orang yang tersalah bunuh, dia tetap wajib membayar diyat, walaupun dia dikira tidak berdosa.
Moga kita tidak tersalah pilih, dan membuat pilihan dengan pertimbangan yang betul.

Macamana nak mengulang Al-Quran ?
Pagi tadi saya diterpa sekali lagi dengan soalan mengulang Al-Quran, oleh seorang pakcik yang sudah berumur lebih 60 tahun. Pakcik itu mengatakan beliau berusaha nak menghafaz Al-Quran pada usia itu, dan sudah pun mula surah Al-Baqarah setelah tamat juzuk 30.
Saya secara peribadi tiadalah tips khusus, cuma saya hanya melazimi doa agar sentiasa dikuatkan ingatan Al-Quran hingga terpahat di hati sehingga mati. Saya juga melazimi mendengar bacaan Al-Quran daripada para imam dan qari yang lain.
Jika saya nak mengulang, saya suka dengar bacaan Syeikh Ridha Abdul Muhsin.
Jika saya nak tadabbur, saya suka dengar bacaan Syeikh Muhammad Siddiq Al-Minshawi.
Jika nak betulkan tajwid dan makhraj, saya suka dengar bacaan Syeikh Mahmud Khalil Al-Husori.
Setiap kali bacaan Al-Quran saya akan niatkan ia juga sebagai murajaah.
Pesanan guru saya iaitu sehari kena ulang 2 juzuk, itu satu pesanan emas yang jika dilazimi pasti membuahkan hasil yang cukup hebat.
Saya lihat otak manusia ini jika dilatih setiap hari ia mampu mencapai tahap yang lebih tinggi. Ibarat tubuh badan dan stamina, demikian juga kekuatan memori dan hafazan, ia juga suatu teknik yang boleh dipelajari dan difahami.
Pada awal-awal dahulu saya menghafaz satu mukasurat dalam tempoh satu jam. Setelah beberapa bulan saya mampu dengan izin Allah menghafaz 4 mukasurat dalam tempoh satu jam.
Itulah dikatakan proses pembelajaran otak dan kefahaman terhadap memori perlu dilalui. Caranya berbeza mengikut orang. Saya sentiasa menganggap hafazan baharu ibarat memasukkan sehelai kertas ke dalam harta karun ingatan saya. Setiap helaian dibayangkan sebagai suatu karung emas yang berharga yang dimasukkan ke dalam harta karun otak saya.
Cara mengulang adalah dengan membayangkan saya mengira kesemua harta yang ada, secara sekaligus. Hinggakan saya dengan izin Allah mampu melakukan bacaan Al-Quran 30 juzuk secara terus dalam tempoh sehari (syahadah dalam istilah para huffaz).
Sebelum mencapai kemampuan pada tahap ulangan dan bacaan 30 juzuk sehari, saya pernah demam seminggu selepas menghantar hafazan 5 juzuk sehari. Lalu setelah tempoh itu saya boleh mengulang 5-10-15 juzuk sehari dengan stamina yang biasa. Saya lihat itulah proses pembelajaran otak dan memori yang perlu dilalui bagi suatu tahapan tertentu.
Setelah melalui tempoh itu, saya ibaratkan harta karun sudah ditutup kemas-kemas dan diikat agar tidak keluar lagi.
Kesimpulannya, mengingati dan mengulang Al-Quran bukan mudah. Ketergantungan pada Tuhan, panduan dan bimbingan para guru, dan usaha maksima secara konsisten dan 'bijaksana' adalah kuncinya.
Pesanan guru saya ;
"Hanya dengan Allah, kamu akan sampai".
Demikianlah sedikit pesanan dan perkongsian Jumaat, moga kita digolongkan dalam golongan Al-Quran.

Pesanan untuk anak
Kita tidak tahu apa yang terbaik untuk kita. Tapi kita tahu jika kita buat kebaikan, Allah akan berikan balasan kebaikan untuk kita.
Sekilas pengajaran buat anak-anak, usai pulang ke rumah selepas menangguhkan suatu sesi yang mereka tunggu-tunggu.
Jangan risau anakku, Tuhanmu pastinya susun suatu sesi yang pasti lebih bermakna, di sisiku dan di sisimu.
Jangan sekali-kali bersangka buruk pada-Nya, bahkan ucaplah segala ketentutan bagi-Nya adalah kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan.
Bila engkau mengubah caramu melihat sesuatu, apa yang kau lihat juga akan berubah.
Benar, yakini dan akui, bahawa Dia berada pada sangkaan hamba-Nya pada-Nya.
Capai kebahagiaan hidupmu dengan-Nya, kebahagiaanmu akan wujud melangkaui ruang dan masa, menerobos terus di bawah rahmat dan tadbir-Nya.
Bukanlah Allah itu yang mencukupkan hamba-Nya ?

Pelaku songsang sepatutnya menanggapi dosa perbuatan songsang lebih besar mafsadah dan kerosakannya, berbanding penyakit HIV yang dihidapi.
Bahana kita hanya melihat isu dari perspektif material sahaja, hingga penilaian kita hanya bersifat material, yang mengabaikan aspek yang lebih luas, iaitu hubungan manusia dengan Tuhan, dan peranan hukum Tuhan dalam menjaga susun atur kehidupan.
Atas sebab itu kita menasihatkan dan mengingatkan, bahawa perbuatan songsang adalah suatu perkara menyalahi agama, adat tempatan dan budaya kehidupan normal yang sihat. Walau jika ia tidak dijangkiti penyakit pun, ia adalah satu jenayah terhadap aturan kemanusiaan.
Menentang jenayah ini perlu dipertingkatkan dan dijadikan suatu arus bagi mendapatkan suatu kehidupan yang sejahtera dan sihat, selain ia adalah suatu jenis kehidupan patuh syariah dan diredhai Allah.
Permasalahan manusia akan bertambah pelik dan bermutasi, berkadaran dengan peliknya dosa dan kerosakan yang mereka lakukan.
Ini yang dikatakan oleh Imam Malik RHM :
تحدث للناس أقضية بقدر ما أحدثوا من الفجور
"Akan berlaku permasalahan baharu bagi manusia, berkadaran dengan kerosakan yang mereka lakukan"
Oleh itu, merawat kerosakan itu adalah akarnya, dan permasalahan itu adalah rantingnya. Memotong ranting hanya akan menumbuhkan ranting yang baru, memotong akar akan mematikan segala ranting yang ada.

Biarkanlah unta itu !
Ketika peristiwa hijrah, apabila Nabi SAW tiba di Madinah, para sahabat berebut memegang tali unta Baginda SAW untuk membawanya ke rumah masing-masing.
Lalu Nabi SAW bersabda : "Biarkan unta itu, kerana ia 'disuruh' (diberikan tugasan sendiri), lalu ia pun berlabuh di hadapan pintu rumah Abu Ayyub Al-Ansori RA".
Suatu lafaz, yang mengandungi seribu makna yang tersirat. Makna kepimpinan, keluasan pandangan, pengarahan secara jelas, kepercayaan pada pengikut, dan yang lebih besar adalah memahami bahawa yang menjayakan misi dakwah bukan sahaja manusia, tetapi setiap anggota alam semesta 'disuruh' untuk bersama.
Dimensi yang difahami Rasulullah SAW melangkaui dimensi manusia biasa, keterikatan Baginda SAW dengan Tuhan membawa kepada terungkainya hijab antara dimensi kewujudan, justeru memahami perkara di sebalik alam material, dan melihat kewujudan sebagai satu alam yang sama.
Bila pandangannya menerobos hijab, pengarahannya juga tidak terhad pada yang dicerap dengan pancaindera, hingga boleh memberi kepercayaan kepada haiwan tunggangannya untuk melakukan suatu keputusan, yang memberi kesan yang besar terhadap sudut pandang para muslimin pada ketika itu.
Sekali pandang, manusia akan memikirkan bahawa Baginda SAW ibarat menyerahkan keputusan kepada haiwan secara 'rawak' dan ibarat 'mencarum' dan 'meneka-neka' sahaja.
Tetapi dengan pandangan yang mendalam, hakikatnya Baginda SAW sedang fana' dalam ketundukan, khusyuk dan bersimpuh munajat di hadapan Allah SWT, atas kurniaan dan kelebihan yang diberikan, keselamatan daripada kafir Quraisy, dan tiba di Madinah pada masa yang ditetapkan. Semuanya itu dilalui dan dirasai, di bawah pengawasan dan tadbir Allah SWT, hingga melenyapkan segala keupayaan dan tadbir manusia.
Dengan penuh taslim dan tunduk, dan dzon yang besar terhadap pemeliharaan dan tadbir-Nya, Baginda SAW melafazkan lafaz keramat :
"Biarkanlah unta itu, kerana (hakikatnya) dia juga disuruh (mempunyai arahan yang diterimanya sendiri, daripada Pentadbir sekalian alam)"

Tahun 2023 hadir, letakkan keazaman agar ia diisi penuh makna
Semoga tahun ini kita harungi dengan penuh kesedaran dan kesungguhan, sebagai seorang muslim yang hakiki, warganegara yang setia, dan ahli dalam masyarakat yang peka dan cakna dalam pembinaan masyarakat dan pembangunan negara.
Pandangan seorang muslim perlu melangkaui kepentingan peribadinya sendiri bagi melihat dari perspektif umat yang mana dia adalah sebahagian daripadanya. Islam yang kita junjung mengajar kita untuk menjadi seorang yang proaktif dan meletakkan diri dalam kancah perjuangan membela umat dan menjaga agama.
Mari kita bina masyarakat kita atas dasar kepatuhan kepada syariah, ketinggian akhlak dan moral, kesatuan ummah, pembudayaan ilmu, dan kesetiaan kepada tanah air bagi membangun aspirasi ummah fadhilah (umat yang unggul) pada masa akan datang.
“Setiap manusia keluar berpagian, lalu menjual dirinya, samada ia membebaskannya atau menghancurkannya” - Hadis Riwayat Muslim
Ustaz Ahmad Syamil bin Mohd Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Hidup dalam mencari, memperoleh dan memperjuang sesuatu makna, lebih besar dari nilai dunia dan seisinya.
"Sesungguhnya Kami berikan kepadamu tujuh potongan ayat berkembar (surah Al-Fatihah) dan Al-Quran yang agung.
(Dengan itu, maka) Jangan sekali-kali kamu lewatkan pandanganmu kepada apa yang telah Kami berikan kepada mereka (orang kafir), berupa isteri-isteri merek (dan nikmat dunia lain), dan jangan pula bersedih ke atas mereka, bahkan rendahkanlah dirimu (agar merapati) kepada orang mukminin" - Surah Al-Hijr, ayat 87-88
Saban hari berlalu, hanya menguatkan tekad dan keyakinan, bahawa apa yang terpampang di depan mata hanya akan sirna dan hilang, apabila apa yang berada di sebalik dunia dan seisinya dilihat berharga, dan diyakini benar-benar ada.
Ya, manusia hanya mampu mencari dan mengejar apa yang dimilikinya.
Hakikat dalam hati akan diterjemah dalam pilihan-pilihan kehidupan dan dibuktikan setiap hari.
Yang baik, akan bertemu yang baik. Begitu juga sebaliknya. Ia bukan semata formula mencari jodoh dan pasangan dalam berumahtangga, ia adalah sebuah hakikat kewujudan yang berpasang-pasangan.
Ini kerana manusia bukan hanya berpasangan dengan isteri dan suaminya, ia juga berpasangan dengan pilihan hidupnya yang lain, anak-anaknya, pekerjaannya, rezekinya, dan nasibnya.
Formula dan rahsia alam tidak sekompleks yang dibayangkan. Dirimu adalah cerminan alammu, demikian alam sekelilingmu adalah gambaran dirimu.
Mengeluarkan kongkongan diri daripada kerangka kesempitan dunia dan seisinya, akan meninggikan angka dan nilai jiwa manusia, agar mampu mencerap, menggarap dan mencapai apa di sebalik dunia dan seisinya.
Atas tujuan itu, Al-Quran diturunkan.
"Alif Laam Raa, (demikianlah Al-Quran) itu Kami turunkannya padamu agar engkau mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, ke arah jalan Yang Maha Agung lagi Maha Terpuji" - Surah Ibrahim, ayat 1

Mengambil iktibar susunan Tuhan, sebagai panduan berasimilasi dengan rantaian kewujudan
Ikutilah Tuhanmu dalam ihsan-Nya, kerana engkau mencerminkan cebisan sifat daripada-Nya, sebagai makhluk-Nya yang teragung.
"Bukankah Dia mendapatimu yatim lalu Dia melindungimu? Dan Dia mendapatimu dalam keadaan tersesat lalu Dia menunjukimu? Dan Dia mendapatimu miskin lalu Dia mengkayakanmu?
(Oleh kerana itu), adapun terhadap anak yatim maka janganlah sulitkan (kehidupan) mereka, adapun orang yang bertanya (menuntut ilmu daripadamu) maka janganlah pula engkau tengking mereka, adapun pada nikmat Tuhanmu, maka bicarakanlah (zahirkan kesyukuranmu terhadapnya)" - Surah Ad-Dhuha, ayat 6-11
Jika kita renungi, ayat ini terkandung makna yang jelas terhadap tanggungjawab seorang manusia terhadap manusia atau makhluk lain.
Dia perlu mengalirkan aturan rezeki dan anugerah yang diterimanya kepada pihak lain, sebagai satu bentuk kesyukuran dan lebih besar lagi sebagai satu bentuk kesinambungan rantaian kehidupan.
Kita biasa dengar, 'what you give, you get back'. Hakikatnya ia juga berlaku dalam keadaan terbalik, iaitu, 'what you get, give it back', dalam suatu putaran ekosistem alam yang berkesinambungan.
"Wahai orang beriman, berinfaqlah daripada apa yang Kami rezekikan kepadamu, sebelum datangnya hari di mana tiada jual beli, tiada persahabatan, juga tiada sebarang syafaat ! Adapun orang kafir itulah yang orang yang benar-benar zalim." - Surah Al-Baqarah, ayat 254
Ya, ia berkesinambungan, hingga hari kiamat, di mana pada ketika itu roda kewujudan sudah tidak lagi berpusing, masa 'seakan' terhenti, ketika itu manusia hanya menanti nasib mereka di hujung episod kehidupan abadi.
Yang kafir, adalah yang tidak memahami bahawa segala taklif yang Allah SWT turunkan itu adalah demi kesejahteraan mereka sendiri, dan kestabilan ekosistem alam itu hakikatnya tertakluk kepada kebertanggungjawaban manusia terhadap Tuhan, dan kewujudan ini secara keseluruhannya.
Sepertimana mereka terhijab daripada mengakui Tuhan dalam jiwa mereka, mereka juga akan terhijab daripada-Nya di hari akhirat nanti.
"Sesungguhnya mereka akan terhijab daripada (melihat) Tuhan mereka" - Surah Al-Mutaffifeen, ayat 15
Adapun barangsiapa yang menepati ciri-ciri ekosistem dan menyumbang kepada kesinambungan aturan Tuhan, dia akan dimasukkan ke dalam syurga, mendapat darjat tertinggi, dan layak bertemu cintanya yang abadi, iaitu Tuhan Yang Maha Esa.
"Wajah mereka ketika itu berseri-seri, (kerana) mereka memandang wajah Tuhan mereka" - Surah Al-Qiyamah, ayat 22-23
Pada ketika itu, semua akan terhenti, kerana yang ada hanyalah pertemuan secara langsung, antara para kekasih dengan Cinta Teragung, yang selama ini dinanti-nanti para arif dan salik, yang sentiasa sebelum ini melihat Tuhan dengan basiirah (mata hati), kini melihatnya dengan berhadapan dengan mata kepalanya sendiri.
Wallahua'lam bis sawaab.

Isu filem tak senonoh, artis Muslim dan penggiat seni sepatutnya tahu batasan
Setelah berlalunya tempoh yang panjang dalam mengarusperdanakan kehidupan patuh syariah dalam segenap bidang di Malaysia, sepatutnya para artis dan penggiat seni dan hiburan sudah mempunyai satu 'common sense' dalam isu-isu yang bertentangan dengan budaya dan norma agama negara kita.
Tindakan setengah pihak yang 'try hard' untuk mempromosi budaya asing dalam arena kesenian dan hiburan adalah suatu provokasi dan ancaman yang jelas terhadap agama dan norma kemasyarakatan yang menitikberatkan kesopanan dan moral yang sejahtera.
Ia perlu ditangani dengan tegas dan diberikan pengajaran yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan, juga daripada kalangan masyarakat yang sepatutnya memulaukan filem yang berkenaan dalam apa jua bentuk.
"Sesungguhnya orang yang suka untuk 'fahisyah' (kemaksiatan) itu tersebar dalam kalangan orang beriman, akan mendapat azab yang pedih di dunia dan akhirat" - Surah An-Nur, ayat 19
Arus pembinaan masyarakat yang menerima ajaran agama sebagai paksi dan rujukan kehidupan seharusnya dijadikan teras utama dalam apa sahaja bidang yang disajikan kepada masyarakat awam, kerana ia akan mencorak masa depan yang sihat menuju ummah 'fadhilah' (gemilang).
Wallahua'lam bissawaab.
Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama Isma (MUIS)

700 kali ganda, 10 kali ganda dan penghapus dosa
Suatu hari salah seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Abu Ubaidah Al-Jarrah RA jatuh sakit. Beliau diziarahi oleh sahabat-sahabatnya yang lain. Apabila tiba di biliknya, ketika itu beliau sedang berbaring di sisi isterinya, yang bernama Tuhaifah.
Lalu mereka bertanya : Bagaimana Abu Ubaidah bermalam (malam tadi)?
Isterinya menjawab : Demi Allah, dia telah bermalam dengan 'ganjaran pahala'.
Lalu Abu Ubaidah RA menjawab, sambil mukanya menghadap ke dinding : Tidak, aku tidak bermalam dengan 'ganjaran' pahala.
Kemudian dia memalingkan mukanya ke arah sahabat-sahabatnya : Kamu tak nak tanya ke tentang apa yang aku katakan tadi ?
Lalu mereka menjawab : Kami sangat terkejut dengan apa yang kau katakan, sampai tak berani nak tanya.
Kemudian Abu Ubaidah RA menjawab : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang menginfaqkan suatu nafkah yang baik di jalan Allah, maka ia digandakan 700 kali ganda.
Barangsiapa yang memberi nafkah untuk dirinya sendiri, serta keluarganya, atau menziarah orang sakit, atau menghilangkan sebarang bentuk 'halangan' (di tengah jalan), maka bagi setiap kebaikan itu diganda sepuluh.
Adapun puasa itu adalah perisai, selagi ia tidak mencariknya.
Dan barangsiapa yang diuji oleh Allah dengan ujian pada badannya, maka baginya adalah suatu 'penghapusan dosa'. " - Hadis Riwayat Imam Ahmad, hukum sanadnya Hasan
Saya berkata :
1. Kadar gandaan pahala bergantung kepada kadar tingginya martabat sesuatu amalan di hadapan Allah SWT. Apabila tingginya nilai di hadapan Allah, maka makin hampirlah ia kepada 'paksi ketuhanan' yang berputar mengelilinginya semua amalan manusia.
Oleh kerana perjuangan dan jihad di jalan Allah adalah perjuangan para anbiya', maka ia digandakan setinggi itu, kerana hampirnya ia pada paksi tersebut.
2. Penyakit yang menimpa manusia boleh menghapuskan dosa kerana ia ibarat suatu jenis daripada bahagian 'azab neraka' yang dipercepatkan. Walaupun demikian, manusia yang ditimpa penyakit tetap boleh mendapat pahala atas kesabarannya, keredhaannya dan pasrahnya terhadap takdir Allah SWT, selagimana dia masih bersangka baik dan tidak berputus asa daripada rahmat-Nya.
3. Kehidupan kita yang singkat ini mempunyai banyak persinggahan yang berbeza pada tahapan orbit yang tersendiri. Kadangkala digandakan 700 kali, kadangkala 10 kali, dan kadangkala dihapuskan dosa.
Oleh itu jadilah orang yang bijak, yang sentiasa cuba menggandakan amalannya sebanyak 700 kali ganda, agar mendapat ganjaran yang besar, dengan modal yang kecil.
Uruskan kehidupan sekadarnya, jaga kesihatan, dan maksimakan tenaga untuk digunakan pada jalan perjuangan para anbiya' AS.

"AWAK DOWN KE TU?"
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. “(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
Demikian janji Allah SWT. Diulang dua kali sebelah menyebelah dalam Surah Al Syarh kerana hidup kita takkan pernah berhenti diuji.
Sebenarnya banyak IBRAH yang Allah sampaikan menerusi Surat Cinta ini. Nak tahu lanjut? Sertai CELIK TAFSIR: SURAH AL-SYARH secara percuma malam ini. Jangan lupa kongsikan peluang ini dengan kenalan lain. 😍
🗓 2 Mac 2023 (Khamis)
⏰ 8.00 Malam
🌐 Facebook Yayasan Maghfirah
https://www.facebook.com/yayasanmaghfirah/
Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua. Ameen... 🤲

Isu takdir sekali lagi
Secara mudahnya, kita boleh menganggap bahawa apa yang boleh kita pilih, maka kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita. Kita tak mahu makan, maka laparlah kita. Kita tak mahu belajar, maka kekallah kebodohan kita.
Itu adalah sunnah asbab musabbab yang Allah jadikan dunia ini begitu, agar manusia boleh hidup di atas muka bumi ini dengan sejahtera. Walaupun begitu, asbab musabbab ini adalah suatu ketetapan yang tertakluk di bawah kehendak Allah SWT. Ia bukan berkuasa secara zat, tetapi diberikan oleh Allah kemampuan untuk berfungsi / memberi kesan secara adat.
Termasuklah dalam perihal ini adalah 'doa' seorang manusia. Doa hakikatnya termasuk di dalam bab asbab musabbab, dengannya boleh memberi kekuatan, merungkai kesulitan, menyembuh penyakit, memberi kecerdasan dan kefahaman dan begitulah seumpamanya.
Doa di sisi orang mukmin bukan sekadar ibadah, tetapi ia juga adalah senjata yang boleh membunuh musuh, memudahkan urusan rezeki, dan memanjangkan umur.
Jadi di sini timbul persoalan, adakah bila berdoa, takdir boleh berubah?
Jika yang dimaksudkan adalah takdir di sudut ketetapan sunnatullah di dalam bab asbab musabbab, jawapannya adalah 'Ya', doa boleh merubah takdir. Bahkan ia antara yang paling kuat merubah takdir, kerana ia menggunakan talian hayat meminta kepada Allah SWT secara terus.
Sama seperti kita menolak takdir kebodohan kita dengan pergi belajar. Kita juga menolak takdir kelaparan dengan pergi makan. Inilah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar RA di dalam kes wabak taun : Kita menolak takdir dengan takdir.
Namun jika yang dimaksudkan adalah takdir yang tersimpan di dalam ilmu Allah SWT terhadap nasib dan masa depan seseorang manusia, maka ia adalah suatu kemustahilan kerana mustahil ilmu Allah SWT akan berubah-ubah kerana ilmu-Nya azali, tidak dipengaruhi sesiapa, tidak pula terikat dengan masa dan tempat.
Tiada sesiapapun mengetahuinya melainkan diri-Nya sendiri. Hatta para Rasul SAW dan malaikat AS pun tidak mengetahui ilmu itu.
Jadi perlu dibezakan apakah yang dimaksudkan dengan takdir, dan apakah pula yang dimaksudkan dengan ilmu-Nya yang azali.
Mengenai takrif yang pertama, kita boleh bicarakan ia dan perbahas sejauhmana kesan doa kepada hidup kita.
Tetapi mengenai takrif yang kedua, ia adalah perbahasan yang dilarang kerana ia adalah rahsia dan ilmu Allah SWT, berbicara mengenainya adalah sia-sia, dan boleh merosakkan akal dan akidah.

Ikuti perkongsian dan pesanan saya kepada para penghafaz Al-Quran di laman facebook di pautan berikut :
https://www.facebook.com/syamil.esa/posts/pfbid02dXnwiV6hBzC4qjg5XYLgAggA436HKpi3kq3srQvZeFJUnx1NtgQ6LA5vS3uiMXNYl

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.