Telegram Web Link
6. Seksaan Kubur

Azab kubur adalah perkara yang harus diyakini kebenarannya. Ia juga merupakan salah satu jalan pengampunan yang boleh mengurangkan azab yang akan ditimpakan Allah kepada hamba-hambaNya atas dosa yang dilakukannya.

@theluahann
7. Syafaat daripada Rasulullah saw dan pengampunan daripada Allah swt

إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَغۡفِرُ أَن یُشۡرَكَ بِهِۦ وَیَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَ ٰ⁠لِكَ لِمَن یَشَاۤءُۚ

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya)" [Surah an-Nisa' 48]

♡ Jalan pengampunan telah pun disediakan oleh Allah swt. Kini, hanya tinggal bagaimana kita yang memerlukan pengampunan itu samada mahu bertaubat ataupun kekal dalam dosa dan maksiat??!! Bertaubatlah, semoga jika selamat dunia dan akhirat ♡

@theluahann
SEMOGA BERMANFAAT

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@theluahann
Dirikanlah Solat.
.
Solat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar. Apabila kita hendak
berbuat dosa lantas kita cepat tersedar.. Oh buat ni tak boleh. Buat tu tak boleh. Aku ni solat. Tak patut aku berbuat kejahatan
dan dosa. Pokoknya solat itu dapat melindungi kita daripada berbuat perkara keji dan dosa.
.
Kita disuruh mengerjakan solat
di awal WAKTU kerana keberkatan MASA hidup kita ada dalam perbuatan SOLAT kita
semata- mata kerana ALLAH.
Orang yang menjaga waktu SOLAT dengan sempurna ALLAH
akan mencukupkan MASA orang tersebut. Kita jaga apa yang ALLAH suruh , ALLAH akan berkati MASA kita.
.
Kita ingin doa kita dimakbulkan dengan segera oleh ALLAH. Tapi kita lupa. Kita sering melambat-lambatkan solat kita. Bagaimana ALLAH hendak kabulkan doa kita dengan cepat sedangkan SOLAT
sering kita lambat-lambatkan.
.
Mudah-mudahan kita dapat
perbaiki diri kita. Solat di awal waktu. Dan mudah-mudahan Doa-doa kita diperkenankan
Allah.💕

@theluahann
7 CIRI MUKMIN YANG TAKUT KEPADA ALLAH

1. Menjaga Lisan [ucapannya], baik dari berkata kotor maupun dari perkataan bohong.

2. Menjaga hatinya, agar tidak timbul rasa permusuhan, hasut, dengki dan lain sebagainya.

3. Menjaga pandangannya dari hal yang dilarang dalam agama

4. Menjaga perutnya, agar tidak makan yang diharamkan

5. Menjaga tangannya, agar tidak mencuri atau berbuat hal yang tercela dalam agama

6. Menjaga kakinya, agar tidak digunakan untuk berjalan kejalan maksiat

7. Menjaga ketaatannya, maksudnya menggunakan sikap taat tersebut semata-mata untuk Allah subhanahu wa ta'ala.

@theluahann
ASSALAMU'ALAIKUM WBT.

1. اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ

♠️ "Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat.

♠️ Kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban.

♠️ Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

(Surah Ar-Ruum : Ayat : 54).

2. “Siapa yang tidak dekat kepada Allah, sedangkan dia sudah dihadiahkan berbagai kenikmatan, maka dia akan diseret (agar dekat) kepada-Nya dengan rantai ujian.

(Ibnu Athaillah).

@theluahann
Sedikit perkongsian..

1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat,
2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah,
3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dr tahun yg sebelumnya,
4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jgn tinggal,
5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat,
5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sblm tidur,
6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jgn tinggal.
7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dlm setahun,
8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.
9. Makin kita berumur, zikir kena banyak,
10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.

@theluahann
Kejujuran dalam diri dan terhadap orang.

Ada sesetengah ni ,bila dia dah berjodoh, seandainya org tnye kepadanya,sebagai contoh :

Awak ni single ke?

Kebiasaanya orang akan jawab ya saya single sedangkan dalam hati dah ada pasangan.


Jika ko tidak bersikap jujur dan kesetiaan kepada pasangan kau ,macamne kau nak hubungan kau dengan dia kekal ?

Ingat ya, bila dah berjodoh, pentingkan kejujuran.

- Jujur dengan Ibu Bapa
- Jujur dengan orang keliling
- Jujur dengan pasangan kau
- Jujur dengan pakcik / makcik dan saudara saudarinya termasuk lah adik , abang dan akak jika ada

Kejujuran itu penting bagi memastikan cinta kau dilindungi dan salah satu asbab cinta itu kekal kerana kejujuran selain doa.

Moga bermanafaat.

@theluahann
Cinta Haram itu lebih terjurus kepada Pegangan sebelum kahwin , Apa itu pegangan sebelum kahwin ?

Kita ada ikatan,bukan ikatan sah, ikatan sah itu selepas kau kawin memang dah sah dan halal.

Jika belum kahwin, kau nak bercinta juga, terutamanya cinta berdekatan ni, jangan lah engkau sibuk memegang tangan pasangan kau , kau tahu benda tu haram sebelum kahwin tapi ko buat juga ? Dosa sia sia guys.

Ada sesetengah lelaki ,bila dah berjodoh, dia akan pegang tangan kita contohnya , yang perempuan , ingat , larang dia , jadi perempuan kena berani depan lelaki, ko soal dia balik, setakat cinta tak de ikatan sah kau apa hak nak sentuh aku ? Atau sebagainya. Dosa kepada diri kita juga kerana membiarkan dia menyentuh kita sedangkan tidak ada ikatan sah.

@theluahann
Syukur seadanya.
Pasti Allah akan tambah nikmat lagi.
Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Nya. Semoga dilancarkan rezeki buat kita semua. Aamiin 🤲🏻

@theluahann
Kesan Sampingan (ZIKIR)

1. Menjadikan diri kuat untuk mempertahankan diri daripada gangguan syaitan.
2. Menghapuskan dosa.
3. Mendekatkan diri kepada Allah.
4. Menghidupkan hati daripada lalai.
5. Merupakan tanda syukur kepada Allah.
6. Mendapat pahala seolah-olah memerdekakan hamba dan membiayai jihad pada jalan Allah.
7. Menjadikan hati tenang.
8. Menyebabkan hati diselaputi perasaan damai.
9. Menghilangkan karat pada hati .
10. Merawat penyakit hati .
11. Membuka pintu rezeki .
12. Mengelakkan lidah daripada mengatakan perkara sia sia dan dosa .
13. Menjadikan hati lembut.
14. Menyebabkan Allah dan para malaikat mendoakan baginya.
15. Menyebabkan datangnya nikmat nikmat Allah .
16. Menyebabkan Allah menyebut nyebur nama orang yang berzikir kepada malaikat dengan bangganya .
17. Majlis Zikir adalah taman syurga .
18. Majlis zikir dihadiri para malaikat .
19. Menjadi pemudah untuk masuk syurga .
20. Jari yang mengira zikir akan menjadi saksi kepada Allah bahawa seseorang itu sering berzikir .

@theluahann
Boleh nyatakan apakah amalan zahir yang paling berharga dan apakah amalan batin yang paling berharga?

Jawapannya : Amalan zahir yang paling afdhal ialah solat yang fardu dan amalan batin yang paling afdhal ialah iman kepada Allah.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

أَفْضَلُ عِبَادَاتِ الْبَدَنِ الصَّلَاةُ . خَرَجَ بِعِبَادَاتِ الْبَدَنِ عِبَادَاتُ الْقَلْبِ كَالْإِيمَانِ ، وَالْمَعْرِفَةِ ، وَالتَّفَكُّرِ ، وَالتَّوَكُّلِ ، وَالصَّبْرِ ، وَالرِّضَا ، وَالْخَوْفِ ، وَالرَّجَاءِ وَمَحَبَّةِ اللَّهِ وَمَحَبَّةِ رَسُولِهِ ، وَالتَّوْبَةِ ، وَالتَّطْهِيرِ مِنْ الرَّذَائِلِ .وَأَفْضَلُهَا الْإِيمَانُ وَلَا يَكُونُ إلَّا وَاجِبًا ، وَقَدْ يَكُونُ تَطَوُّعًا بِالتَّجْدِيدِ

Maksudnya: “Bermula ibadah yang paling afdhal ialah solat fardu. Dan ada pun ibadat yang bangsa hati ialah seperti iman dan makrifat dan tafakkur dan tawakkal dan sabar dan redha dan takut dan harap dan kasih Allah dan Rasul dan bersuci dari segala kotoran batin.

Dan amalan hati yang paling afdhal sekali ialah iman yang ia adalah wajib dan iman yang sunat itu ialah memperbaharuinya.” [Kitab Asnal Mathalib]

Wallahua’lam

@theluahann
Allah itu dekat, tak perlu lah kita menjauh. Allah itu Maha Mengabulkan. Tinggal kita saja menyalurkan doa. Dekat dan mengabulkan diletak bersebelahan dalam apa je perkara.

Terutamanya dalam berdoa, tak perlu ditekan tekan, tercari cari rasa seolah olah Allah itu jauh, tenanglah.

Dia dekat.
Dekat dalam hatimu.
Sehalus halus bisikan pasti didengar. Cuma paling penting salurkan rasa dengan tulus dalam sebuah doa.

InshaAllah diperkenan.

Ini bukan tafsiran, melainkan sebuah rasa dan pesan pada jiwa

@theluahann
Bukan semua masaalah harus berlawan untuk membuktikan dia hebat , terkadang kau harus berdiam diri dan mengaku salah tanpa memulakan sebarang peperangan

sebab apa?

sebab itu membuktikkan yang kau matang pandai mengusai masaalah

@theluahann
Hukum meninggalkan Solat Jumaat dan Solat Berjemaah di Masjid Ataupun Surau Semasa PKP

Harus hukumnya untuk meninggalkan solat Jumaat di masjid walaupun tiga kali berturut-turut dalam tempoh PKP ini, namun wajib digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

@theluahann
MANUSIA YANG PALING DICINTAI SYAITHAN

📜 Wahb bin Munabbih berkata :

"Tidak ada anak adam yang paling dicintai syaitan daripada orang yang rakus makan dan banyak tidur."

📚 [Az Zuhd Li Ahmad : 2187]

@theluahann
JUZUK 15

Surah AL ISRAA' (MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI) SURAH KE 17 : 111 ayat

Surah Al Israa' ayat 101 hinnga 111

Beberapa kisah pengalaman Nabi Musa a.s. sebagai pelipur kesusahan hati Nabi Muhammad s.a.w.

وَقُلْنَا مِن بَعْدِهِ لِبَنِي إِسْرَائِيلَ اسْكُنُوا الْأَرْضَ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ جِئْنَا بِكُمْ لَفِيفًا

Dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): "Tinggalah kamu di negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan kamu (ke Padang Mahsyar) dengan bercampur-aduk.

Al Israa' 17:104

#surah17ayat104
#QURAN

@theluahann
Terangi kubur dengan 4 perkara ini...

Paling nak highlight ialah jaga solat meskipun dlm kesibukan dunia.

Perkara pertama yg akan ditanya di akhirat kelak.

Bawalah solat di tengah² kesibukan dunia.. kelak ini yg akan menerangi kubur kelak. InshaAllah 🤲🏻

@theluahann
2024/10/01 10:12:32
Back to Top
HTML Embed Code: