Telegram Web Link
📝 Jalani kehidupan mu dengan penuh Kebaikan 😇

@theluahann
Ya Allah, aku tidak minta Engkau angkat beban ku ini, tapi berikan lah aku kekuatan untuk melalui ujian Mu ini.

@theluahann
📝 Di antara tips memilih teman ⁣
Umar bin Khattab radhiyallahu'anhu berkata,⁣

"Bertemanlah dengan orang yang banyak bertaubat, kerana mereka paling lembut hatinya" (Raudhatul Uqala, Ibnu Hibban⁣)

@theluahann
MasjidilAqsa masjid kedua yang dibangun di muka bumi.. Maa syaa Allah..

@theluahann
ADAB DAN SUNNAH

Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

"Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu, nescaya Aku perkenankan baginya. Barangsiapa yang meminta kepadaKu nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampuninya'."

Hadis Riwayat Bukhari

@theluahann
ADAB DAN SUNNAH

Jabir رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

"Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat Witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat Witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal."

Hadis Riwayat Muslim

@theluahann
ADAB DAN SUNNAH

Abu Ayyub رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

"Solat Witir ialah syariat yang dituntut atas setiap orang Islam. Sesiapa hendak melakukannya 5 rakaat lakukanlah, sesiapa yang hendak melakukannya 3 rakaat lakukanlah, dan sesiapa hendak melakukannya 1 rakaat sahaja lakukanlah."

Hadis Riwayat Abu Daud

@theluahann
Lelaki menangis pegang mata manakala perempuan menangis pegang mulut.

Lihatlah, seolah-olah mereka tahu dari mana dosa mereka banyak terhasil.

••🕊♥️••

@theluahann
ADAB DAN SUNNAH

Abu Dzar رضي الله عنه berkata bahawa beliau telah meminta Rasulullah ‎ﷺ memberikannya satu pesanan lalu Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

"Semaikanlah rasa takut (bertaqwa) kepada Allah, sesungguhnya takut kepada Allah itu kepala (sumber) bagi segala amalan kebaikan."

Abu Dzar رضي الله عنه meminta supaya Rasulullah ‎ﷺ menambah lagi. Nabi ‎ﷺ bersabda,

"Hendaklah kamu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya bagimu di bumi (dunia) dan bekalan untukmu di langit (akhirat)."

Hadis Riwayat Ibnu Hibban

@theluahann
Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:

"Terdapat tiga pintu yang akan membawa manusia menuju ke neraka:

1. Pintu syubhat yang menyebabkan seseorang merasa ragu terhadap agama Allah.

2. Pintu syahwat yang menyebabkan manusia mendahulukan hawa nafsu daripada ketaatan kepada Allah dan keredhaanNya.

3. Pintu kemarahan yang melahirkan permusuhan terhadap makhluk"

(al-Fawaaid)

Sesiapa yang membantah arahan dan perintah Allah, meragui kebenaran agama Allah, menjadikan nafsu sebagai Tuhan serta hidup dalam permusuhan maka nerakalah tempat yang selayaknya untuk didiami kelak.

Ikutilah seluruh kehendak Allah swt, taatilah dengan sepenuh jiwa, jangan sesekali berani membantah atau mempertikaikan perintahNya, nescaya selamat daripada azab nerakaNya.

Jadilah manusia yang beriman, bertaqwa dan beramal dengan penuh kerelaan dan mengharapkan redhaNya.

@theluahann 🕋🕋🕋
Akhir zaman ni manusia semakin sulit dan sulit untuk melakukan kebaikan dan kebajikan. Ya, betul kita semua tak tahu dan tak nampak di mana letakkan kebaikan dan kebajikan yg kita buat, hanya Allah sahaja yg mengetahui, mungkin ini kebaikan tetapi di sisi Allah itu satu keburukan, begitulah sebaliknya, justeru itu teruslah berlaku jujur dalam setiap perjalanan kehidupan kita yang penuh dengan lingakaran kedustaan semata.

@theluahann 💕💕
MACAM BIASA TETAPI BAHAYA

Untuk renungan bersama...

1. Seorang sahabat bertanya : “Berapa gajimu sekarang disini?”, Maka dia menjawab: “Cuma RM1200 sahaja” “La banyak tu sahaja, cukup ker nak hidup di bandar besar nie?” Sejak saat itu, sahabat kita mula membenci pekerjaan yang dia suka dan bahagia selama ini. Ketika dia meminta dari majikan untuk dinaikkan gaji dan ditolak hingga akhirnya dia diberhentikan kerja dan tiada pendapatan hingga kini.

2. Ketika undangan seorang saudara dekat kita bertanya: “Wah, makin ramai ya anak kau ya Jemah, tak sempit ka rumah macam nie?”. Rumah yang selama ini kita rasa lapang dan bahagia mula rasa sempitnya. Kebahagian rumah tanpa hutang kita mula memikirkan untuk beli kediaman yang lebih besar dengan hutang besar yang baru. kita mula hilang rasa bahagia dari kediaman kecil kita.

3. Bapa saudara datang berkunjung untuk melihat adiknya yang baru melahirkan anak kecil: “Dapat hadiah apa kali ini dapat anak baru nie?” “Tak da lah bang” Jawab adiknya pendek sahaja. Maka bapa saudara ini berkata; “Takkan lah tak kasi apa apa, pakcik baru hadiahkan makcik kau sempena habis kelas mengaji dengan gelang bunga ketum baru baru nie”. Bila petang sang suami pulang, sang isteri mula masam muka memikirkan dia tidak beruntung bernikah selama ini, sejak itu mula jadi sensetif dan rasa tidak dihargai. Bila sedikit pergaduhan berlaku akhirnya membawa kepada penceraian. Dari mana puncanya? Dari pertanyaan sederhana saudara kita sendiri akhirnya.

4. Seseorang bertanya kepada pasangan ibubapa yang tua di kampung: “Berapa lama dah anak kau tak balik nie Musalmah?” “dah masuk 3 bulan tak boleh balik nie Rosmah”. Maka yang bertanya sambung lagi; “ish anak anak aku balik jer tiap tiap bulan waktu PKP ini. Pandai pandai la diorang cipta alasan dan cari jalan”. Maka hati ibubapa tua ini menjadi sempit, mula membanding bandingkan anaknya dengan anak tetangganya tadi. Dari dia redha selama ini, akhirnya dia mula berasa sedih sebab anak tak hargai dan mula rasa sakit sebab banyak bersedih hati.

Kawan kawan yang mulia, apa keuntungan sebenarnya yang kita dapat dari bertanya soalan² seperti ini...

Jagalah diri dan jangan mencampuri urusan kehidupan orang lain. Jangan kecilkan dunia orang lain berdasarkan kacamata kita...

@theluahann 🦋🦋🦋
Sabtu 10 SYAWAL 1442H

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Bersiaplah untuk perjalananmu dan ambillah bekalan sebelum tiba ajalmu.

Ketahuilah bahawa kau mencari dunia, sedangkan kematian juga mengejarmu.

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku."

Ya Allah terimalah amalan kebaikan kami hari ini dan ampunkan dosa² kami...Aamiin 🤲

° Perbaikilah Solat Kita
° Solat Itu Tiang Agama

@theluahann 🍎🍎
ADAB DAN SUNNAH

Abu Umamah radiallahu anhu meriwayatkan bahawa ada orang bertanya,

"Wahai Rasulullah! Doa mana satukah lebih cepat dikabulkan?"

Baginda sallallaahu alaihi wasallam bersabda,

"Doa pada waktu akhir malam dan selepas setiap solat fardhu."

Hadis Riwayat Tirmizi

@theluahann 🥥🥥
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin....

@theluahann 📓📓📓
ADAB DAN SUNNAH

Aisyah رضي الله عنها berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

"Apabila seseorang makan makanan maka hendaklah membaca, 'بسم الله [Bismillah] (Dengan nama Allah)' jika dia terlupa pada permulaan makan maka hendaklah membaca, 'بسم الله أوله و أخره [Bismillahi awwaluhu wa akhiruhu] (Dengan nama Allah pada permulaannya dan akhirnya)'.

Dengan sanad ini daripada Aisyah رضي الله عنها berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ makan makanan berserta enam orang sahabat beliau lalu seorang Badwi datang kemudian dia memakannya dengan dua kali suapan (tanpa membaca Bismillah) lalu baginda bersabda, "Ingatlah sungguh seandainya dia menyebut nama Allah, nescaya makanan itu cukup bagimu."

Hadis Riwayat Tirmizi

@theluahann 💌💌💌
ADAB DAN SUNNAH

Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Nabi ‎ﷺ bersabda,

"Orang yang selalu duduk di masjid akan mendapat tiga perkara, teman yang akan memberi apa-apa manfaat agama atau dapat mendengar apa-apa kata hikmah ataupun mendapat rahmat Allah yang sememangnya sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap orang Islam."

Hadis Riwayat Ahmad

@theluahann 🌺🌺🌺
2024/10/01 12:17:09
Back to Top
HTML Embed Code: