Telegram Web Link
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Semoga rezeki hari ini semakin bertambah.

Ya Allah.. Permudahkanlah rezeki kami โค๏ธ

Aamiin..
Kerana harga sebuah syurga itu amat mahal..

Allah menguji hamba-hamba Nya, baik yang benar-benar dalam kesusahan, atau yang sedang melihat kesusahan orang lain.

Kita tidak mampu menghayun pedang berdepan musuh Islam, lalu apa sekecil-kecil jihad mampu kita lakukan?
Tepuk dada, tanyalah iman..

Semoga apa jua jihad kita terhadap saudara kita di Palestin, menjadi asbab untuk kita sama-sama berkumpul di syurga Allah kelak...Insha-Allah.
Aamiin..

Tidak akan berhenti berkata tentang mereka,
๐“ฉ๐“ฒ๐“ต๐“ช ๐“๐“ซ๐“š๐“ช ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

#copypaste
Assalamualaikum sahabat fillah
Alhamdulillah โค๏ธ
Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut...

#copypaste
#freepalestine
#freegaza
#tarbiahiman
Satu hari bila tiba waktunya, kita akan menoleh sekejap ke belakang, memandang perjalanan kita yang silam. Kuatnya kita selama ini. Mampu harungi semua sendirian.

Berbalut balut luka kita tutup. Sedaya upaya tidak mahu siapa lihat. Trauma dan fobia yang terbawa bawa ke dalam mimpi. Masih ada saki baki yang kita bawa sampai kini.

Fasa hidup kita berat. Berat mata memandang berat sangat bahu memikul. Tetap kita lalui dengan tabah, cukuplah hanya Tuhan yang tahu.

Kini banyak perkara sudah kita lepasi. Kita semakin tua, semakin matang belajar banyak perkara. Masih ada kesan luka lama. Yang terbawa ke dalam mimpi itu, kita simpan dan terus sorok.

Kita belajar yang menyusun takdir itu adalah Tuhan. Jika Dia kehendak, Dialah yang akan bimbing. Maka tenang sedikit hati.

Semua ini tidak lain hanya sebagai penaik martabat. Esok di syurga kita semua akan sembuh sepenuhnya. Maka berbahagialah kawan. Perjuanganmu mengubat diri sendiri besar pahalanya.

Semoga luka hatimu segera sembuh. Berbangga lah ujian yang berjaya kau lalui. Itulah petanda Tuhan tidak meninggalkanmu, terus bersamamu dari dulu sehingga ke detik hari ini.

Yakin ya.
Jalan terus!

- Saidatul Husna -

#tarbiahiman
#freepalestine
#freegaza
#copypaste
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tangisan dari utara Gaza ke negara-negara Arab dan dunia untuk memecahkan kepungan
Allahuakbar!! ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Jomm solat mgrib
Dah masuk waktu ni... Jom tunaikan solat dlu... ๐Ÿ‘
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Ya Allah..  Permudahkanlah rezeki kami ..

Semoga rezeki kami semakin bertambah..

โค๏ธ

Aamiin..
2024/09/28 20:17:44
Back to Top
HTML Embed Code: