Telegram Web Link
In sya Allah .. aamiin โค๏ธโ˜บ๏ธ
Nak sampai level "kuat" dalam hidup ni,

Kita kena lalui beberapa siri ujian dan dugaan dari Allah s.w.t dahulu...

Orang yg hari ni dia tabah, dia sabar, dia kuat, dia tenang, cuba tanya dia, bagaimana Allah uji dia dan apa yg Allah dah ambik dari dia...

Nak jadi kuat dalam hidup ni tak senang...ujian tu yg memberi kekuatan kepada diri kita...kalau kita tak diuji, kita sendiri tak tahu sejauh mana kita mampu bertahan dalam apa jua situasi...

Dalam perjalanan utk jadi kuat ketika menghadapi ujian, kita akan banyak mengalah, kita akan rasa nak putus asa, kita akan banyak menangis, kita akan hilang sabar...

Nak seiringkan akal fikiran dan perasaan tu susah...

Sebab apa kita rasa semua tu, sebab ujian tu menguji diri kita semaksimum mungkin... sehingga kita dah capai batas tertinggi dalam diri kita...

Kita berjaya lalui, maka kita kuat...sentiasa ingat, kita diuji ikut kemampuan kita...kalau kita tak mampu, Allah tak uji kita lebih-lebih...Dia tahu limit diri kita untuk menerima ujian...

Yakin dan percaya dengan diri sendiri, ini yg sebaiknya yg kita perlu buat...โœŒ๏ธ

#freepalestine
#freegaza
#tarbiahiman
Hasbunallah Wanikmal Wakil !!
Pasangan tak solat, belum tentu lagi kita mampu tegur...pasangan tak tutup aurat, belum tentu lagi kita mampu nasihat...

Kadang-kadang kita nampak isteri bertudung litup, kemas elok...suami plak berseluar pendek nampak lutut...

Kadang-kadang kita nampak suami berseluar panjang...isteri plak tak bertudung, berbaju ketat...

Setiap perubahan tu mengambil masa, itu pasti...tapi sampai bila? Ada yg dah 10 tahun berkahwin, masih tak solat, masih tak tutup aurat...

Adakah kita dah redha dapat pasangan mcm tu... adakah kita dah pasrah utk "ubah" pasangan utk ikut apa yg agama tuntut...

Didikan kita tak cukup kuat? Teguran kita tak cukup hebat? Nasihat kita tak cukup dekat?

Fikir-fikirkanlah...

Hidup berpasangan bukannya sekadar dia tak pernah menyakiti hati, setiap bulan segala nafkah semuanya dipenuhi, tapi memenuhi syariat dan tuntutan agama juga termasuk dalam tanggungjawab sebagai hamba dan juga sebagai seorang suami dan juga isteri...

Suami kena bawa isteri masuk syurga, isteri jangan tarik suami masuk neraka... renung-renungkanlah...

#tarbiahiman
#freegaza
#freepalestine
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tentera Israel menyiarkan rakaman yang menunjukkan mereka menjatuhkan bom ke atas tiga orang awam yang tidak bersenjata, yang sedang berusaha bermati-matian untuk menghidupkan motosikal oleh kerana Israel terus melarang kemasukan bahan api ke Gaza.
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kereta kebal penjajah mengelilingi Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis dan meminta orang yang kehilangan tempat tinggal meninggalkan bangunan tersebut.
ุณูŠูƒุชุจ ุงู„ุชุงุฑูŠุฎ ุจุฃู† ู‡ุฐู‡ ุงู„ุฏุงุจุฉ ุฎุฏู…ุช ุฃู‡ู„ ุบุฒุฉ ุฃูƒุซุฑ ู…ู† ุฌุงู…ุนุฉ ุงู„ุฏูˆู„ ุงู„ุนุฑุจูŠุฉ

"Sejarah akan menulis bahawa haiwan (keldai) ini lebih banyak membantu penduduk Gaza daripada semua negara Islam."

Ada sahabat saya kongsi sebuah tangkap layar luahan penduduk Gaza atas apa yang terjadi sekarang. Tangkap layar tersebut diambil daripada video di TikTok dan ia tular disana.

Jadi saya terjemah tangkap layar tersebut ke dalam bahasa Melayu agar sama-sama boleh ambil iktibar. Sedikit olahan daripada petikan asal.

*imej dijana oleh Bing Creator dan disunting di Adobe Illustrator.

Kredit: FB Akram Zulkifli
http://www.tg-me.com/gsppmalaysia
Briged Al-Qassam berjaya merampas sebuah dron peninjau Skylark yang sedang dalam misi risikan di timur kejiranan Zaytoun di Bandar Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
www.tg-me.com/duniapalestin
Tiap hari, kena azam untuk jadi lebih baik.

Tiap hari, kena azam untuk tingkatkan ibadah pada Allah.

Tiap hari, kena azam untuk baiki akhlak dan bermanfaat untuk orang sekeliling.

Tiap hari, kena azam untuk tinggalkan maksiat dan perbaharui taubat lagi dan lagi.

Tiap hari, kena azam untuk tingkatkan dakwah dan komitmen kita dalam tarbiah.

Tiap hari, kena azam untuk banyakkan membaca dan menuntut ilmu sedikit demi sedikit menggunakan segala saluran yang ada.

Tiap hari, kena azam untuk baiki segala kelemahan, tingkatkan segala kelebihan, banyakkan muhasabah diri, bergaul dengan rakan sekeliling, meminta nasihat, memberi nasihat, dan menjadi hamba yang terbaik insyaAllah.

#tarbiahiman
#freegaza
#freepalestine
2024/09/28 22:20:51
Back to Top
HTML Embed Code: