Telegram Web Link
Saksikan rancangan Wanita Hari Ini TV3 pada pukul12.00 tengahari di TV3 bersama Dr. Muhammad haikal Ghazali, Pegawai Kesihatan Daerah dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak membincangkan topik berkenaan Keracunan Makanan

#SihatMilikSelangor
Musim perayaan Aidiladha ๐ŸŒ™ โœจ ini, tentunya menu berasaskan daging korban menjadi tumpuan.

Tahukah anda kaedah nyahbeku (defrost) daging korban ๐Ÿฅฉ yang selamat serta dapat mengekalkan kesegaran dagingโ“

Jangan ambil mudahโ€ผ๏ธ Proses ini penting semasa penyediaan makanan. Jika diabaikan ia boleh menjadi salah satu punca keracunan makanan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Sempena hari raya Aidiladha ๐ŸŒ™โœจ, ibadah korban akan dijalankan dan papan pemotong akan digunakan untuk memotong daging korban. Namun, kebanyakan pengguna seringkali mengabaikan kebersihan papan pemotong ketika menggunakannya.

Malah, pengguna juga sering menggunakan papan pemotong yang sama bagi memotong pelbagai bahan mentah yang boleh mengakibatkan pencemaran silang yang menyumbang kepada masalah keracunan makanan.

โš ๏ธ Oleh itu, pengguna perlu menitikberatkan kebersihan papan pemotong semasa menggunakannya agar hidangan yang disediakan bebas daripada sebarang bahan pencemar seperti bakteria, bendasing dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesihatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Jika anda telah mencapai usia 18 tahun, inilah masanya untuk mengetahui status kesihatan anda melalui saringan kesihatan secara berkala.

Dengan saringan kesihatan, kita dapat menangani masalah sebelum menjadi lebih serius.

Anda boleh mendaftar saringan kesihatan di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan melalui aplikasi MySejahtera aatau terus ke klinik kesihatan kerajaan berdekatan.

Ikuti tip penting sebelum menjalani ujian darah.

Jangan tunggu lagi. Lakukan saringan secara berkala untuk pencegahan awal!

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jauhi tempat yang berpotensi untuk dijangkiti Leptospirosis semasa berkelah.

Antara gejala leptospirosis adalah demam, sakit otot, sakit perut, muntah, jaundis dan cirit-cirit.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Masakan berasaskan daging merah ๐Ÿฅฉ merupakan salah satu menu kegemaran masyarakat Malaysia. Daging merah ada kebaikannya tersendiri. Yang penting jaga saiz hidangan daging yang diambil.

โ€ผ๏ธPastikan ambil secara sederhana dan tidak ambil secara berlebihan. Ikuti saranan pengambilan daging merah iaitu saiz daging tanpa lemak sebesar tapak tangan โœ‹๐Ÿป bagi setiap hidangan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Semasa sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha ๐ŸŒ™โœจ, menu berasaskan daging ๐Ÿฒ adalah antara yang menjadi pilihan utama. Daging cukup terkenal sebagai sumber tenaga dan sumber protein yang tinggi selain turut membekalkan sumber mineral penting seperti zat besi. Dikongsikan tips meningkatkan khasiat daging.

Ingatโ€ผ๏ธDaging mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi. Jadi, ambil hidangan daging ๐Ÿฅฉ secara sederhana dan elakkan makan secara berlebihan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Anda merancang untuk berkelah?

Ingat! Leptospirosis boleh mengancam nyawa!

โžก๏ธ Pilih kawasan yang bersih
โžก๏ธ Pilih kawasan air yang mengalir
โžก๏ธ Bilas atau mandi dengan sabun dan air bersih selepas aktiviti rekreasi
โžก๏ธ Minum air yang telah dimasak

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Penyakit Jarang Jumpa sering menjadi rahsia dalam kehidupan kita di Malaysia. Bagi kebanyakan orang, kehadiran penyakit ini masih samar dan misteri namun bagi individu yang mengalaminya, setiap hari adalah cabaran yang sebenar untuk terus melangkah dengan kasih sayang yang tidak terbatas.

Mari kita sama-sama hayati kisah keluarga adik Abeer Jannah dan adik Inaara yang mendedahkan kisah pahit manis mereka menjaga pesakit Penyakit Jarang Jumpa.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Mengharungi liku cabaran bersama Iskandar, penghidap Hyper IGM Syndrome.

Jom hayati kisah perjuangan dan harapan keluarga Siti Aminah.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Pengendalian bahan mentah terutama ayam ๐Ÿ— dan daging ๐Ÿฅฉ perlu diambil perhatian. Bagi memastikan simpanan bahan mentah tidak rosak, elakkan menyimpan terlalu padat di dalam peti sejuk.

Sebagai pilihan, penggunaan โ€˜cool boxโ€™ untuk simpanan
sementara boleh digunakan. Namun perlu diingatkan, penggunaan โ€˜cool boxโ€™ ini mestilah digunakan dengan cara yang betulโ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Johor, Unit NCD Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat akan menyiarkan Webinar bersama 4 orang panel dengan tema Lindungi Kanak-Kanak Daripada Pengaruh Industri Tembakau.

Tarikh : 4 Julai 2024 (Khamis)
Masa : 8.45 pagi hingga 1.00 tengah hari
Link : FB Wellness Hub Batu Pahat akan diberikan kemudian

Sepanjang webinar berlangsung, kami sajikan anda dengan soalan-soalan kuiz, tayangan video dan VT pemenang-pemenang Pertandingan Melukis Poster.

#haritanpatembakausedunia2024
#speakout
#AgendaNasionalMalaysiaSihat
#sihatmilikku

Sumber: Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat
Antimikrob digunakan secara meluas bagi merawat jangkitan mikroorganisma terhadap manusia. Walaupun antimikrob mempunyai banyak kesan baik, penggunaan yang tidak wajar boleh mewujudkan masalah kerintangan antimikrob AMR. AMR boleh menyebabkan penyakit sukar diubat dan akan meningkatkan risiko morbiditi dan kematian.

Antara bahaya kerintangan antimikrob adalah jangkitan menjadi lebih serius dan mungkin menyebabkan kematian, risiko penyebaran jangkitan kepada orang lain meningkat dan tempoh rawatan di hospital yang panjang dan kos rawatan meningkat.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—šโ“

Pencemaran silang adalah pergerakan fizikal atau pemindahan bakteria ๐Ÿฆ  berbahaya dari orang โœ‹๐Ÿป, bahan mentah ๐Ÿ— atau kawasan yang kotor ๐Ÿชฐ ke makanan yang siap dimasak atau makanan yang dimakan terus.

Pengendali ๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿณ atau pekerja ๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผ yang tidak menjaga kebersihan peralatan ๐Ÿณ penyediaan makanan boleh menyebabkan pencemaran silang.

Pencemaran silang juga boleh berlaku di rumah ๐Ÿกsemasa kita menyediakan makanan di dapur. Peralatan seperti papan pemotong boleh menjadi medium untuk pencemaran silang berlaku.

โ€ผ๏ธPastikan peralatan dan bahan mentah yang digunakan semasa penyediaan makanan anda dalam keadaan bersih dan selamat. Anda juga dinasihatkan untuk mencuci tangan ๐Ÿคš๐Ÿปโœ‹๐Ÿป sebelum dan selepas menyediakan makanan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
2024/06/24 10:25:17
Back to Top
HTML Embed Code: